Oh Mamaku,
Di mana kan ku cari ganti Mungkinkah di syurga Untuk kawan berduka Menangis bersama, selama-lamanya ~P.Ramlee
Maimunah Yusof, 64 tahun, seorang ibu tunggal yang tinggal di kampung Bahagia. Mempunyai tiga orang anak. Zamani, seorang jututera kilang yang kerja keluar malam balik pagi, Zack, seorang kaki mabuk yang asyik meminta duit dari ibunya. Anak ketiga, mempunyai cacat akal. Anak yang dibesarkan dengan hasil titik peluh jualan nasi lemak di tepi jalan yang dijual setiap pagi selepas subuh. Haji Rahim, ayah mereka, meninggal dunia disebabkan kemalangan seusia anak-anak mereka kecil lagi. Jadi, tanggungjawab membesarkan anak-anak jatuh ke tangan Maimunah. Kudrat yang tidak seberapa ini membesarkan tiga anaknya hingga ke hari ini.
Aku seorang ibu, ibu kepada 3 orang anak. Kehidupanku banyak berubah setelah kematian suamiku. Hidupku menjadi serba kekurangan. Satu persatu masalah menimpa diriku, Tapi apakan daya, mengingati tanggungjawab yang harus dipikul aku terpaksa kuatkan diriku…..
Babak 1
Lihat saja keluarga ini. Tidak lekang dengan masalah dan porak peranda. Ada saja masalah yang menimpa. Tidak pernah hidup dengan kebahagiaan. Pada suatu hari, berlaku pergaduhan yang dasyat di dalam keluarga ini.