Ecah.docx

  • Uploaded by: Mohd Hazieq
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ecah.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,084
  • Pages: 7
1.0 PENGENALAN Drama atau dikenali juga sebagai teater merupakan wajah dan wadah kebudayaan kebangsaan bagi sebuah negara dan merupakan tempat yang menakung peradaban sesebuah bangsa semenjak zaman dahulu dan masih berkekalan sehingga hari ini. Drama membawa maksud karya yang dipersembahkan oleh pelakon di pentas, radio atau televisyen yang melakonkan pelbagai situasi atau urutan peristiwa meggunakan emosi yang sesuai (Kamus Dewan Edisi Keempat , 2010). Maka, makna umum drama boleh disimpulkan sebagai inspirasi kehidupan manusia atau peristiwa yang diserlahkan dalam sebuah karya atau lakonan yang indah. Dalam meniliti sejarah kelahiran drama, pelbagai perkara perlu dilihat kerana perkembangan drama telah banyak mengalami perubahan semasa ke semasa, sesuai dengan perkembangan masyarakat yang menghidupkannya (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Setelah konsep drama ditaakul, maka dalam lembaran kerja kursus ini akan menerangkan tentang sejarah, aliran dan jenis drama di dunia serta drama kanak-kanak di Malaysia khususnya. 2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN DRAMA DUNIA Kesenian drama ini merangkumi seni-seni lainnya seperti lakonan, muzikal dan nyanyian bagi menimbulkan kesan yang memukaukan audien. Selain itu, drama sebenarnya merupakan sebahagian daripada kehidupan kebudayaan dan kesusasteraan sesebuah bangsa. Justeru itu, Safian Hussain, et.al (1988), menjelaskan bahawa setiap bangsa memiliki sejarah dramanya yang tersendiri. Sejarah perkembangan drama di dunia dapat dibahagikan kepada dua benua 2.1 SENI DRAMA BARAT Perkembangan drama Barat dikatakan bermula kegiatannya adalah sejak zaman Yunani atau dikenali sebagai zaman Greek (Rahmah Bujang , 1975). Drama terawal zaman Greek ini berkembang berdasarkan hubungannya dengan adanya dasar ritual atau pemujaan tuhan sehingga berkembang menjadi sebuah seni. Mereka mengadakan tarian dan lakonan di bangunan-bangunan yang dijadikan pentas kepada alam seni drama dan pertunjukkan-pertunjukkan drama kebiasaannya diadakan di hari-hari perayaan tuhan Dionysos sahaja (Abdul Rahman Napiah , 1987). Tambahan lagi, drama pada zaman Greek ini melahirkan empat tokoh penulis paling terkemuka iaitu Aeschylus, Sophocles, Euripides dan Aristophanes yang memperlihatkan kecenderungan yang berbeza dari segi stail dan penggarapan tema yang beragam iaitu mengamalkan falsafah aliran klasik dan memilih dua bentuk drama iaitu tragedi dan komedi. Dalam bentuk drama 1

komedi ini, Wahab Ali (2004), menyatakan bahawa drama ini memaparkan lakonan kejadian-kejadian lucu yang berlaku dalam kalangan rakyat untuk menggambarkan kehidupan seharian mereka. Manakala, bentuk drama tragedi jelas mengisahkan berkenaan cerita sedih atau megharukan dan dapat dibuktikan pada zaman ini yang mengisahkan tentang lakonan mengenai kejatuhan dewadewa seterusnya kepada kejatuhan raja-raja dan golongan bangsawan. Sesungguhnya, drama dalam zaman Greek ini dikatakan mendapat tempat yang istimewa dalam masyarakat dunia kerana di situ bermulanya aliran sungai drama yang mengalir ke laut dunia drama. Selanjutnya, kejatuhan tamadun Yunani atau Greek ini diambil alih oleh tamadun Romawi (Mana Sikanan dalam Zuraidi Che Amat , 2019). Perubahan yang dibawa ke zaman Rom ini adalah banyak persamaanya dengan zaman Greek kerana bentuk kebudayaan adalah lebih kurang sama iaitu bentuk drama tragedi kan komedi dan dipanggil “Greek New Drama” (Rahmah Bujang , 1975). Kelebihan drama dalam zaman Rom ini adalah lebih cenderung dalam pementasan drama iaitu perhiasan dan keindahan pentasnya. Zaman Rom ini juga telah dipelopori oleh tiga tokoh drama yang diiktiraf iaitu Plautus, Terence dan Seneca. Rahmah Bujang (1975), menyatakan bahawa antara drama yang terkenal yang telah dihasilkan oleh Plautus ialah sebanyak 24 buah drama dan kebanyakkannya adalah berbentuk komedi dan salah satu dramanya yang terbaik ialah “The Hanbted”. Keruntuhan zaman Rom ini adalah disebabkan oleh penaaklukan pentadbiran oleh “Rumah-Rumah Bible” yang mengatakan bahawa aktiviti kebudayaan dianggap tidak suci dan bertentangan dengan ajaran agama (Abdul Rahman Napiah , 1987). Namun, pada akhir zaman pertengahan, muncul satu kesedaran oleh pihak gereja bahawa pentingnya drama itu untuk memartabatkan sistem feudalisme (Rahmah Bujang , 1975). Antara perubahan yang jelas dilihat dalam perkembangan drama zaman Pertengahan ini ialah kegiatan drama disokong oleh orang ramai dan diusahakan secara bersama dalam membentuk skrip melalui persetujuan umum. Zaman Pertengahan ini membawa aliran Neo-Klasik yang didasarkan dengan bentuk komedi dan tragedi yang berlandaskan kepada ajaran moral yang digunapakai di beberapa buah negara seperti German, Perancis dan Itali. Perkembangan drama di dunia selepas berakhirnya zaman Greek dan zaman Rom telah beralih kepada negeri-negeri di Eropah iaitu dikenali sebagai zaman Rennaissance (Shahanom Hussain, 1991). Pada zaman ini tidak dihadkan lagi drama dengan hubungan keagamaan tetapi lebih menjurus kepada satu bentuk 2

hiburan dan menjadi satu usaha perdagangan yang menguntungkan. Pada peringkat zaman ini juga telah muncul bentuk-bentuk baru drama iaitu pantomine serta melodrama tetapi masih mengamalkan bentuk tragedi dan komedi dan berlandaskan kepada aliran Neo-Klasik. Melodrama membawa maksud drama yang dimasukkan muzik dan tarian yang kemudiaannya berkembang menjadi persembahan yang dikenali sebagai Opera (Rahmah Bujang , 1991). Pada zaman ini juga timbulnya corak penulisan drama yang beraliran romantisme, simbolisme, naturalisme dan realisme sejajar dengan perkembangan pemikiran manusia (Abdul Rahman Napiah , 1987). Negara Jerman telah membawa perubahan yang terbesar dalam perkembangan zaman Rennaisance dengan membawa aliran realisme dalam pertunjukkan drama. Tokoh yang mengpolopori aliran ini di Jerman ialah Ibsen yang berbangsa Norway yang mementingkan peralatan-peralatan yang realisitik. Sebagai contoh, apabila peralatan dalam drama seperti roti diperlukan, aliran realisme ini mementingkan kepada penggunaan roti yang sebenar bukannya kayu yang dilukis bentuk roti. Antara drama yang terkenal yang dibawa oleh Ibsen ialah Rumah Patung dan Hantu pada 1881. Pada kurun ke-19, drama berkembang dengan pesatnya pada zaman Moden dan telah mengalami perkembangan yang rencam sehingga setiap bangsa ingin mencipta tradisi drama masing-masing. Abdul Rahman Napiah (1987), menjelaskan bahawa perubahan yang pesat ini dikatakan merupakan punca pertumbuhan dan perubahan aliran dan dikatakan aliran realisme menjadi satu pembahagi antara zaman moden dengan zaman sebelumnya. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa drama di Barat bermula pada zaman Greek dan diakhiri sehingga zaman Moden. 2.2 SENI DRAMA TIMUR Perkembangan drama di Timur dikatakan terdapat kekurangan dari segi dokumentasi berkenaan sejarah kegiataan drama dari negeri-negeri di Timur (Abdul Rahman Napiah , 1987). Hal ini disebabkan oleh pembuktian beberapa faktor iaitu kekurangan bahan-bahan tulisan yang menunjukkan perkembangan kelahiran sesebuah bentuk drama itu. Namun, di negara India, kelahiran seni drama juga sama dengan kelahiran di benua Barat iaitu berkaitan dengan agama Hindu

(Siti

Aisah

Murad

,

2008).

Drama

menjadi

satu

medium

memperkembangkan agama Hindu kepada rakyat jelata kerana dikatakan drama dapat disampaikan kepada audien dengan mudah. Kelahiran drama pada permulaannya adalah untuk memperkenalkan cara-cara penyembahan tuhan3

tuhan Hindu kepada penakluknya. Rahmah Bujang (1975), menjelaskan bahawa ahli-ahli teori India membahagikan drama kepada dua corak penyampaian iaitu “Lokadharmi” yang membawa maksud penggambaran kelakuan manusia di atas pentas serta membentangkan objek-objek secara semula jadi dan “Natyadahrmi” yang diertikan sebagai melakonkan dengan menggunakan gerakan-gerakan yang sengaja. Namun, perkembangan drama di India ini mulai merosot apabila kedatangan pihak Inggeris dengan membawa nilai-nilai Baratnya.

3.0 SEJARAH DAN ANALISIS DRAMA KANAK-KANAK Siti Aisah Murad (2008), menjelaskan bahawa pengertian drama kanak-kanak ini selari dengan pengertian drama iaitu lakonan. Namun, drama kanak-kanak ini adalah lakonan yang terdiri daripada pelakon dewasa atau kanak-kanak atau digabungkan kedua-duanya dan dipertontonkan kepada kanak-kanak. Drama kanak-kanak yang dipersembahkan merupakan satu persembahan pelbagai yang juga dikenali sebagai drama kreatif, teater kanak-kanak atau teater reakrasi. Md Sidin Ahmad Ishak (2005), menjelaskan bahawa drama kanak-kanak ini bertujuan untuk menghiburkan dan drama ini diselitkan dengan unsur pengajaran dan kecindan yang menyeronokkan untuk menarik minat kanak-kanak. Perkembangan drama kanak-kanak di Malaysia mulai bertapak pada kurun 40an apabila munculnya semangat nasionalisme Melayu yang sememangnya mempunyai unsur tempatan. Perkara ini jelas dibuktikan melalui drama kanak-kanak pertama di Malaysia iaitu “Macam mana Kassin diubatkan” yang berkisarkan kepada kepentingan

perubatan

moden

yang

berlandaskan

kepada

bentuk

drama

melodramatik (Jin Shamsudin, 2015). Perkembangan pesat drama kanak-kanak ini berlaku pada dekad 60-an apabila penampakan sikap positif penulis dan penggiat drama kanak-kanak. Hal ini kerana pada tahun sebelumnya, drama kanak-kanak yang dilaksanakan di Malaysia datangnya daripada negara-negara Barat seperti Itali, England dan Sepanyol. Drama-drama daripada negara Barat berkenaan telah diterjemahkan oleh Persatuan Kanak-Kanak Malaysia (PKM) iaitu salah satu dramanya ialah “Macbeth” karya Shakespeare yang telah diterjemahkan oleh Hussein Ahmad pada tahun 1957. Perkembangan yang pesat pada abad 60-an itu atas kesedaran pihak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mempertingkatkan lagi taraf drama kanak-kanak di Malaysia. Antara drama yang telah dihasilkan pada abad itu yang menggambarkan kehidupan realiti manusia yang mencabar ialah “Biar Puteh Tulang” dan “Kerja Baik Jangan Ditangguh” (Md Sidin Ahmad Ishak , 2005).

4

Selanjutnya, pada dekad 70-an, salah seorang daripada pengkarya drama kanakkanak di Malaysia iaitu Vijaya Samarawickrama yang menjadi pensyarah sambilan di Universiti Sains Malaysia telah mementaskan beberapa drama iaitu drama yang bertajuk Dewi Bunga hasil kerjasama dengan penuntut di situ. Pada abad ini juga, drama kanak-kanak di Malaysia telah mempamerkan wajah dan wadah baharu iaitu memperkenalkan drama yang berbentuk muzikal iaitu drama lakonan yang diselitkan dengan nyanyian (Marzuki Ali , 2018). Contoh drama yang terkenal pada abad ini yang disadurkan dengan muzikal ialah “Lagu Tiga Kupang” yang dipelopori oleh Abdul Aziz Abas. Pada perkembangan drama kanak-kanak pada abad 80-an pula, antara drama kanak-kanak yang berjaya dipentaskan ialah drama yang bertajuk “Tempayan Ajaib” dan “Semandin” pada tahun 1982 oleh Ghouse Nasaruddin. Drama kanak-kanak pada tahun 1990-an ini hingga sekarang telah berkembang pesat kerana terdapat beberapa bentuk drama yang berwajah baharu muncul dengan zaman negara Malaysia yang mencapai zaman pemodenan ini. Salah satu pementasan yang terkenal pada abad ini ialah drama “Taman Baginda (Muzikal)” yang dipentaskan di Auditorium Tun Abdul Razak pada 1997 yang melibatkan 57 orang kanak-kanak yang diusahakan oleh Pak Ngah Production yang masih kekal hingga ke hari ini (Siti Aisah Murad , 2008). Pada zaman kemodenan ini iaitu zaman 20-an, Institut Bahasa Melayu Malaysia banyak mengambil beberapa langkah dalam meningkatkan atau mengukuhkan lagi kedudukan drama kanak-kanak seperti karya arahan Faziah Sulaiman. Jelas juga daoat dibuktikan pada era ini, terdapat banyak drama kanak-kanak yang ditayangkan di televisyen hasil karya tempatan seperti Upin Ipin yang diterbitkan oleh Les’ Copuque Production yang memaparkan pelbagai pengajaran dan hiburan yang boleh diamalkan oleh kanak-kanak di Malaysia (Les' Copaque Production, 2015). 3.0 RUMUSAN Kesimpulannya, perkembangan drama telah mengalami perubahan dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain. Perubahan dalam membentuk perkembangan drama ini akan menghasilkan satu kebudayaan yang menjadi satu warisan kekal kepada sesebuah bangsa. Kesannya, drama ini akan menjadi satu medium yang boleh menjadikan sesuatu bangsa itu diangkat ke mata dunia dan meningkatkan daya kekreatifan masyarakat didalamnya. Hal ini kerana, penghasilan sesebuah karya drama ini memerlukan penilitian yang tinggi supaya sebuah karya agung dapat dicipta dan digunapakai untuk kemaslahatan di sesebuah negara. Selain itu, perubahan dalam perkembangan drama kanak-kanak khususnya yang ditonjolkan dalam sebuah drama itu mengikut tempoh tertentu telah memberi satu tanda kepada dunia

5

kesusasteraan bahawa dunia drama kanak-kanak ini akan terus berkembang menjadi sebuah genre yang penting dan setaraf dengan genre lain (Md Sidin Ahmad Ishak , 2005).

5.0 RUJUKAN Abdul Rahman Napiah . (1987). Drama moden Malaysia : Perkembangan dan perubahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Barrett H.Clark dan George Freedley. (1947). A History of Modern Drama. New York: D. Appleton Century Company. David Bradby, Philip Thomas dan Kenneth Pickering. (1980). Studying Drama A Handbook. Bristol: British Library Cataloguing. Endraswara, Suwardi. (2003). Metodologi Penelitian Sastra. Yogyakarta: Pustaka Widyatama. Hadijah Rahmat. (2006). Peranan dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Awang. (1983). Pengajaran Kesusasteraan di Sekolah Menengah: Satu Perbincangan Dasar. Kertas yang Dibentangkan dalam Seminar Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan di Malaysia, Anjuran Persatuan Linguistik Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 9-11 April. Jin Shamsudin. (2015). Filem Melayu : citra budaya dan rakaman sejarah . Kedah : Universiti Utara Malaysia. Kamus dewan edisi keempat . (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Les' Copaque Production. (2015). Dipetik daripada http://www.lescopaque.com/ Mana Sikana. (2016). Drama dalam Penskripan, Pementasan dan Kritikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mana Sikana dalam Zuraidi Che Amat . (2019). Dipetik daripada Sejarah Drama Tradisonal dan

Drama

Moden:

https://edoc.site/sejarah-drama-tradisional-amp-moden-pdf-

free.html Marzuki Ali . (2018). Kumpulan Dekon: Saya dari Tanjung Penaga. Jurnal Melayu, 287.

6

Md Sidin Ahmad Ishak . (2005). Perkembangan sastera kanak-kanak di Malaysia: buku Melayu mencari nafas baharu . Selangor : Cerdik Publications Sdn Bhd. Oscar G. Brockett. (1970). History of The Theatre. United States: Allyn and Bacon.

Rahmah Bujang . (1975). Sejarah perkembangan drama bangsawan di Tanah Melayu dan Singapura . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Rahmah Bujang . (1991). Lakon, drama dan pemikiran : latar belakang intelektual drama dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Safian Hussain , Mohd Thani Ahmad , Zakaria Ariffin , Ahmad Kamal Abdullah , & Suhaimi Hj. Muhamad . (1988). Glosari istilah kesusasteraan . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Shahanom Hussain. (1991). Drama-drama Shahanom Hussain. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Aisah Murad . (2008). Penelitian sejarah kesusasteraan Melayu moden (1940-1969). Selangor: Dawama Sdn. Bhd. Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu I edisi kedua . Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Wahab Ali. (2004). Tradisi pembentukan sastera Melayu moden . Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

7

More Documents from "Mohd Hazieq"