Nota Prinsip Perakaunan Stpm (topik Pendapatan Dan Perbelanjaan)

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Nota Prinsip Perakaunan Stpm (topik Pendapatan Dan Perbelanjaan) as PDF for free.

More details

  • Words: 592
  • Pages: 3
Topik: Pendapatan dan Perbelanjaan Pengertian dan Pengelasan Pendapatan 1. Pendapatan ialah wang yang yang diterima atau yang akan diterima oleh perniagaan pada suatu tarikh yang akan dating, daripada jualan barang niaga (perniagaan dagangan) atau perkhidmatan yang diberi (perniagaan perkhidmatan). 2. Terdapat dua jenis pendapatan, iaitu: (a) pendapatan hasil; (b) pendapatan modal. 3. Pendapatan hasil ialah hasil yang berkaitan dengan aktiviti utama perniagaan, iaitu: (a) hasil daripada jualan barang niaga (perniagaan dagangan); (b) hasil daripada perkhidmatan yang diberi (perniagaan perkhidmatan); (c) hasil daripada penyewaan harta benda (kedai sewa kereta, dan kedai buku). 4. Pendapatan modal ialah hasil yang tidak berkaitan dengan aktiviti utama perniagaan, misalnya: (a) Faedah simpanan bank; (b) Sewa diterima; (c) Dividen diterima daripada pelaburan; (d) Untung daripada jualan aset bukan semasa yang terpakai. 5. Prinsip catatan bagi pendapatan ialah kredit semua hasil/pendapatan. 6. Pendapatan akan menambahkan ekuiti pemilik perniagaan. 7. Pendapatan hasil direkod ke dalam Penyata Pendapatan untuk menentukan untung manakala pendapatan modal dipermodalkan dalam Kunci Kira-kira sebagai rizab. 8. Perbezaan antara pendapatan hasil dengan pendapatan modal dapat adalah seperti berikut: Pendapatan Hasil Pendapatan Modal 1. Berkaitan dengan aktiviti utama 1. Tidak berkaitan dengan aktiviti perniagaan seperti hasil daripada utama perniagaan seperti faedah jualan barang niaga. simpanan bank. 2. Direkod ke dalam Penyata 2. Dipermodalkan ke dalam Kunci Pendapatan untuk menentukan Kira-kira sebagai rizab. untung yang tepat Pengertian dan Pengelasan Perbelanjaan 1. Perbelanjaan ialah kos perkhidmatan atau barangan yang digunakan dalam proses memperoleh hasil. 2. Sesuatu perbelanjaan dianggap telah berlaku apabila belanja itu digunakan untuk mendapat hasil dalam sesuatu tempoh perakaunan, tanpa kira belanja itu telah dibayar atau belum. 3. Terdapat dua jenis perbelanjaan, iaitu: (a) Perbelanjaan hasil; (b) Perbelanjaan modal. 4. Perbelanjaan hasil ialah belanja yang terlibat dalam menjalankan urusniaga harian perniagaan, misalnya: (a) Sewa dibayar;

5.

6. 7. 8.

9.

(b) Gaji; (c) Belanja elektrik dan air (kadar bayaran); (d) Belanja angkutan; (e) Insurans; (f) Belanja telefon; (g) Belanja am; (h) Alat tulis; (i) Iklan. Perbelanjaan modal ialah belanja yang tidak berkaitan dengan dengan urusniaga harian yang biasa bagi sesuatu perniagaan. Contohnya: (a) Faedah pinjaman bank; (b) Rugi atas jualan asset bukan semasa terpakai (c) Kerugian akibat bencana alam atau kejadian di luar dugaan seperti banjir, kebakaran, dan kecurian. Prinsip catatan bagi perbelanjaan ialah debit semua belanja dan kerugian. Perbelanjaan akan mengurangkan ekuiti pemilik perniagaan. Perbelanjaan hasil perlu dicaj ke Penyata Pendapatan untuk menentukan untung manakala perbelanjaan modal tidak boleh dicaj ke Penyata Pendapatan. Perbezaan antara perbelanjaan hasil dengan perbelanjaan modal adalah seperti berikut: Perbelanjaan Hasil Perbelanjaan Modal 1. Belanja yang terlibat dalam 1. Belanja yang tidak berkaitan menjalankan urusniaga harian dengan pengendalian harian yang perniagaan seperti belanja kadar biasa seperti faedah pinjaman. bayaran. 2. Boleh dicaj ke Penyata Pendapatan 2. Tidak boleh dicaj ke Penyata untuk menentukan untung yang Pendapatan. tepat.

Kesan Pendapatan Hasil, Pendapatan Modal, Perbelanjaan Hasil, dan Perbelanjaan Modal terhadap Untung dan Kedudukan Kewangan 1. Tujuan pengelasan atau membezakan antara pendapatan hasil dengan pendapatan modal dan perbelanjaan hasil dengan perbelanjaan modal adalah untuk merekod ke dalam Penyata Kewangan yang betul. 2. Hal ini demikian kerana ini dapat memberitahu keuntungan atau kerugian sesuatu perniagaan serta kedudukan kewangan perniagaan pada akhir sesuatu tempoh perakaunan. 3. Oleh itu, pendapatan hasil, pendapatan modal, perbelanjaan hasil, dan perbelanjaan modal akan memberi kesan terhadap untung dan kedudukan kewangan bagi sesebuah perniagaan. 4. Kesan ini dapat ditunjukkan dalam Penyata Kewangan iaitu Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira. Contohnya adalah seperti berikut:

Penyata Pendapatan 1. Penyata Pendapatan meringkaskan kesan kegiatan perniagaan bagi sesuatu tempoh

2.

perakaunan sama ada keuntungan atau kerugian diperoleh bagi tempoh berkenaan. Penyata Pendapatan merangkumi Akuan Perdagangan dan Akaun Untung Rugi.

Related Documents