Nilai Dan Pengajaran Bab 4,5 & 6 - Copy

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Nilai Dan Pengajaran Bab 4,5 & 6 - Copy as PDF for free.

More details

  • Words: 883
  • Pages: 5
Nilai Bab 4 •

Kemesraan -Apabila menerima kehadiran seseorang dalam institusi kekeluargaan, maka mereka akan disambut dengan penuh mesra. Cth : Setibanya di rumah Hanaoka, Kae berjalan seorang diri masuk ke rumah Otsugi dan disambut mesra oleh Otsugi yang seolah-olah tidak sabar menunggu untuk mengalu-alukan ketibaan Kae ( m/s 36 P2).



Optimistik -Jika seseorang berada dalam susasana yang berbeza, maka mereka akan memikirkan suasana dan keadaan yang akan mereka alami pada masa hadapan. Cth : Sewaktu Kae melihat air dituang ke dalam cawan,pemikirannya mula melayang kepada kehidupan baru yang akan ditempuhinya mulai saat itu.(m/s 38 P2)



Kesederhanaan dalam kehidupan -Sesebuah masyarakat yang hidup dalam serba kekurangan terpaksa menjalani kehidupan secara bersederhana.(m/s 39 P1) Cth : Kesederhanaa hidup keluarga Hanaoka terserlah daripada makan malam yang dihidangkan. (m/s 39 P1)

Pengajaran •

Kita hendaklah menghormati adat dan budaya sesebuah masyarakat -Adat melambangkan identiti sesebuah masyarakat yang perlu dihormati bagi mengelakkan permusuhan. Cth : Semasa perkahwinan Kae,ketidakhadiran pengantin lelaki tidak diperbesarkan masyarakat pada masa itu dan tempat duduk Kae digantikan dengan buku keturunan Hanaoka yang terkemuka bertajuk Honzo Komaku.



Kita hendaklah mentaati perintah orang yang lebih tua. -Dalam adat-adat masyarakat, kebiasaannya, orang tua akan menjadi golongan yang perlu ditaati perintahnya.

Cth : Semasa Naomichi menceritakan kisah-kisah kehebatan keturunannya, Kae cuba untuk membantu Koriku dan Okatsu membawa pinggan-pinggan ke dapur namun dihalang oleh Otsugi yang menyuruhnya mendengar cerita tersebut.



Kita hendaklah sentiasa memberikan komitmen yang penuh semasa melakukan pekerjaan -Komitmen merupakan aspek yang amat penting supaya seseorang dapat melakukan sesuatu pekerjaan dengan lancar.

Cth : Semasa Naomichi bercerita, dia menyataan bahawa seorang doktor tidak boleh menunjukkan perasaannya, kerana hal ini akan menjejaskan pekerjaannya.

Bab 5 •

Kerajinan -Terdapat sebilangan ahli keluaraga yang sangat rajin menguruskan berbagai-bagai kerja di rumah

Cth : Kerja-kerja membersih rumah yang kecil itu dan menyediakan makanan mengambil masa yang sedikit sahaja…………….. Di situlah terletaknya perkakas tenun, untuk terus memulakan kerja-kerja tenunan. ( m/s 49 )



Berterima kasih setelah mendapat sesuatu kebaikan. -Seseorang itu perlulah berterima kasih terhadap layanan yang diberikan dengan cara membalas jasa mereka.

Cth : Untuk menunjukkan rasa terima kasihnya, Kae bekerja keras menenun,dan tidak lama kemudian dia sudah boleh menghasilkan sekurangkurangnya lima inci kain sehari.( m/s 51 B17)



Berusaha dalam melakukan sesuatu perkara. -Sesebuah masyarakat perlu berusaha untuk mempertingkatkan prestasi dalam menghadapi cabaran dan kesukaran.

Cth : Sungguhpun dilanda kemiskinan,namun mereka tidak pula kelihatan seperti orang miskin dan juga tidak kelihatan sugul……………

Naomichi,Okatsu,Koriku dan juga Kae semuanya mempertingkatkan usaha masing-masing untuk membantu Umpei.( m/s 55 B9)

Pengajaran •

Kita hendaklah sentiasa saling membantu sesama keluarga. -Setiap ahli keluarga berperanan membantu ahli keluarga masing-masing untuk meringankan beban.

Cth : Setiap ahli keluarga wanita keluarga Hanaoka melakukan kerja-kerja menenun sebagai punca pendapatan yang kemudiannya diserahkan kepada Umpei untuk perbelanjaannya semasa belajar.



Janganlah bersifat terburu-buru semasa melakukan sesuatu pekerjaan. -Semasa melakukan sesuatu pekerjaan, janganlah bersifat terburu-buru supaya kerja tersebut mendapat hasil yang berkualiti.

Cth : Otsugi menasihati Kae supaya tidak bersifat tergopoh-gopoh semasa menenun kerana benang yang ditenun akan menjadi kusut.



Sesebuah keluarga hendaklah tabah dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan cabaran dan kesukaran. -Setiap keluarga berperanan menjadi pendorong kepada ahli keluarga yang lain supaya mereka tidak akan mudah berputus asa terhadap cabaran yang dihadapi.

Cth : Semasa keluarga Hanaoka dilanda kemiskinan, mereka tidak beranggapan bahawa mereka dalam keadaan miskin,malahan Otsugi telah menonjolkan ketrampilan yang menarik untuk meningkatkan lagi semangat ahli keluarganya.

Nilai 6 •

Kreatif -

Kekreatifan dapat menambahkan pengetahuan seseorang untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan lebih mudah.

Cth : Saya telah memutuskan bahawa saya boleh memperbaiki cara-cara pembedahan yang terdapat sekarang ini dengan menyatukan pengetahuan

dan teknik Caspar dengan pengetahuan luas Yoshimasu tentang badan manusia.( m/s 65 B29)



Berkeyakinan dan bersemangat -

Semasa menyampaikan ilmu pengetahuan pada orang lain, seseorang perlulah mempunyai keyakinan dan semangat yang tinggi supaya mereka kan berasa lebih kagum.

Cth : Umpei begitu bersemangat menceritakan pengetahuannnya terhadap bidang perubatan kepada bapanya. ( “Ya Hu Tulah”, tegas Umpei dengan penuh keyakinan dan bersemangat, m/s 67 P4) .



Bersungguh-sungguh -

Untuk membuktikan komitmen seseorang dalam bidang yang diceburinya, maka seseorang itu perlulah sentiasa bersungguh-sungguh untuk melakukan segala pekerjaan.

Cth : Tetapi seperti yang saya katakan tadi Kyoto hanya sebagai permulaan. Saya mesti membuat penyelidikan yang selanjutnya jika ingin menjadikan pembedahan yang gagal dilakukan doktor-doktor lain berjaya.

Pengajaran •

Kita hendaklah mengembara sejauh mana sekalipun bagi mendapatkan ilmu pengetahuan. -

Ilmu pengetahuan tidak terbatas kepada sesuatu tempat sahaja kerana terdapat banyak ilmu yang jarang dikenali hanya boleh didapati melalui pengembaraan.

Cth : Sepanjang pembelajaran Umpei di Kyoto, dia bukan sahaja memperoleh pengetahuan perubatan Jepun, cara perubatan dari Belanda dan China juga dipelajarinya semasa belajar di sana.



Kita hendaklah menjaga hati dan perasaan orang lain -

Sebagai manusia, seseorang perlulah menjaga hati dan perasaan orang lain supaya mereka tidak akan berasa tersinggung dan menjauhkan diri dalam kelompok masyarakat

Cth : Perbuatan Otsugi yang hanya menyatakan bahawa Koriku dan Okatsu sahaja yang menenun untuk mendapatkan wang bagi keperluan Umpei menyebabkan Kae tersinggung.



Kita hendaklah tabah menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang -

Sudah menjadi lumrah bahawa setiap kebahagiaan tidak akan berkekalan, maka seseorang haruslah tabah menghadapi cabaran yang mendatang

Cth : Kae sedar bahawa hubungan baik antara mentua dan menantu tidak akan berkekalan, lebihan lagi dengan kehadiran Umpei mereka terpaksa bersaing untuk mendapatkan perhatian. Maka Kae sudah bersedia menghadapi persaingan tersebut.

Related Documents