Teori Dan Proses Pengajaran; Pengajaran

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teori Dan Proses Pengajaran; Pengajaran as PDF for free.

More details

  • Words: 5,962
  • Pages: 42
7.1 Konsep pengajaran  cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik.  Sesuatu yang diagnostik dan preskriptif  Mengaplikasikan strategi serta aktiviti yang sesuai untuk pelajar  Ringkasnya : •

Melibatkan diri dalam pembelajaran dan pertumbuhan sepanjang hayat.



Menghormati kanak-kanak dan remaja-remaja



Berkongsi pengetahuan



Membimbing, mengarah, memudahcara, mengasuh dan merancang



Menentukan matlamat untuk diri dan pelajarnya



Menghadapi cabaran-cabaran peribadi dan professional



Menyalurkan budaya dan nilai nasional kepada orang ramai.



Mereka bentuk suau kesedaran dan pengahragaan potensi diri ( Evans & Brueckner, 1992)

 rumusannya: •

Pengajaran adalah satu cara memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar. •

Pengajaran adalah memimpin, mengarah, memudahcara, mengasuh dan merancang pembelajaran pelajar.

7.2 MODEL-MODEL PENGAJARAN

Model-model pengajaran

Ekspositori

Pemerosesan maklumat

Inkuiri

Projek

Rajah 1: Model-model Pengajaran

7.2.1 MODEL PENGAJARAN EKSPOSITORI  Pendekatan pengajaran Ausubel : guru mempersembahkan bahan dalam suatu bentuk yang tersusun dan mengikut sekuen.  guru menyampaikan maklumat atau isi kandungan secara langsung  Mencadangkan penggunaan pengurusan grafik ( penyusun awal ) pada awal pengajaran  guru boleh menggunakan model ini untuk menerangkan konsep, fakta, hukum, prinsip atau teorem-teorem matematik  Penyusun awal : suatu pernyataan awalan tentang suatu hubungan atau suatu konsep peringkat tinggi yang luas untuk merangkumi semua maklumat yang berikutnya.

Penyusun awal

Komparatif ~ merangsang skema sedia

Ekspositori ada

~ menyediakan maklumat

baru

Rajah 2: Jenis Penyusun awal

7.2.2 MODEL

PENGAJARAN

PEMEROSESAN

MAKLUMAT  bergantung kepada komputer sebagai model  merupakan satu teori bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran  menekankan cara-cara merangsang desakan dalaman manusia untuk mencari makna dengan memperolehi dan mengorganisasi data, menyedari masalah dan menjana penyelesaian kepada masalah dan membentuk konsep dan bahasa untuk menyampaikannya.

Forgotten

Forgotten Episodie Memory

Input Stimulus

Semantic Memory Interference

Smell Touch

Short Term Memory Sensory Register

Hear Taste See

Rehearsal

Procedural Memory

Attention

Retriaval

Long Term Memory

Output

Rajah 1 : Model Pemerosesan Maklumat

7.2.3

MODEL PENGAJARAN INKUIRI

 semua rangsangan dari alam sekitar diterima oleh receptor.  Contoh : apabila anda menyentuh tangan anda, receptor deria akan mengesan sensasi tersebut.  Sensasi itu disimpan secara sementara dalam ingatan deria. Jadual 1: Kapasiti dan tempoh mengikut jenis ingatan

Kapasiti

Ingatan deria

Ingatan

Besar

pendek 5-9 unit

jangka Ingatan

jangka

panjang maklumat Tidak terhad

Tempoh

baru 20 saat

1-2 saat

kekal

penemuan terpandu  kekuatannya ialah : kedua-dua kandungan dan proses penyiasatan diajar pada masa yang sama  menurut John Dewey, langkah-langkah inkuiri yang digunakan ialah : •

kenal pasti dan menjelaskan masalah



membentuk hipotesis



mengumpul data



analisis dan interpretasi data untk menguji hipotesis



membuat rumusan

Mengenalpasti masalah

analisis

penyiasatan

Proses inkuiri

komunikasi

Rajah 4: Proses inkuiri

mempertimbangkan

7.2.4 MODEL PROJEK  merupakan satu kaedah pengajaran yang sistematik yang melibatkan murid-murid mempelajari kemahiran dan pengetahuan melalui satu proses inkuiri yang berstruktur  guru perlu menyediakan soalan projek serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dengan baik  melibatkan penglibatan murid-murid yang tinggi  membolehkan murid-murid berinteraksi dan berkomunikasi  satu kelebihan model projek ialah ada elemen kesepaduan di mana murid-murid dapat mengapplikasikan kemahiran-kemahiran matapelajaran yang berlainan  guru perlu memberi bimbingan dan arahan dengan terang tentang caracara mengendalikan sesuatu projek

7.3

Pendekatan dan strategi pengajaran

Pendekatan dan strategi pengajaran

Strategi berpusatkan guru

Strategi berpusatkan pelajar

Rajah 5: Pendekatan dan Strategi Pengajaran

7.3.1

STRATEGI BERPUSATKAN GURU  merupakan stategi pengajaran dan pembelajaran yang telah lama diamalkan dalam bilik darjah  guru menguasai dan mengawal segala aktiviti pembelajaran  komunikasi dan interaksi antara guru dan murid adalah sehala  guru berada dalam tengah-tengah aktiviti bilik darjah  juga dikenali sebagai pengajaran langsung  guru mengarah pemikiran pelajar dan penglibatan  contoh : latih tubi dan praktis, kuliah dan hafalan pelajar  juga dikenali sebagai pengajaran eksplisit  terdiri daripada bahan yang mengandungi langkah-langkah kecil dan sistematik  digunakan untuk menyampaikan fakta-fakta khusus dan kemahiran tertentu  contoh ; pengajaran fakta sains atau kajian sosial, perbendaharaan kata, pengiraan matematik  peranan

guru

adalah

mengemukakan

bahan

pengajaran,

membimbing pelajar melalui sesi praktis awalan dan memberi semua pelajar amalan berperingkat tinggi yang lebih kerap.

Ciri-ciri pendekatan strategi berpusatkan guru

Guru bercakap lebih daripada pelajar semasa pengajaran.

Pengajaran ditujukan kepada seluruh kelas Buu teks merupakan panduan untuk apa yang diajar dalam kelas Setiap episod dalam pengajaran ditentukan oleh guru Meja dan kerusi diatur dalam barisan; menghadap papan kapur Pelajar tidak bebas untuk bergerak dalam bilik darjah

Rajah 6: Ciri pendekatan strategi berpusatkan guru

7.3.2 STRATEGI BERPUSATKAN PELAJAR  pelajar mengambil alih tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana ia dapat dipelajari  dapat menggalakkan pelajar bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka belajar bagaimana untuk belajar  dilakukan untuk menwujudkan iklim bilik darjah yang baik di mana pelajar dapat berinteraksi dengan guru dan pelajar lain.  strategi ini sesuai digunakan apabila maklumat tidak disampaikan secara berkesan dalam strategi berpusatkan guru  matlamatnya ialah untuk memperkembangkan kemahiran pemikiran

kreatif dan kritis  pengajaran dalam bilik darjah kurang eksplisit  namun, guru masih berkuasa dan memberi sedikit tanggungjawab kepada pelajar  guru bertindak autoritatif – guru memilih untuk mengagihkan sedikit kuasanya kepada pelajar dan tidak memusatkan kuasa kepada dirinya.  Contoh Strategi berpusatkan pelajar i) Penerokaan

ii) ikuiri penemuan iii)Beberapa

bentuk

perbincangan

7.3.2.1

Peranan guru dalam strategi berpusatkan pelajar

Peranan guru dalam strategi berpusatkan pelajar

Mahir dalam mata pelajaran yang diajar

Mengetahui struktur, mengenal pasti konsep-konsep penting

Memilih atau mengembangkan pengalaman-pengalaman yang bermakna kepada pelajar

Memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka dan menemui apa yang guru hendak mereka pelajari

Rajah 7: Peranan guru dalam strategi berpusatkan pelajar

7.3.3 STRATEGI BERPUSATKAN BAHAN  terbahagi kepada dua kategori iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran  memupuk sifat-sifat sosial yang positif khasnya apabila murid dan guru berkongsi sumber dan bahan  murid-murid mendapat pengalaman realistik kerana dapat melihat situasi sebenar  interaksi yang berlaku dalam bilik darjah adalah banyak hala  strategi ini mengutamakan kecekapan dan kemahiran murid dalam memanipulasikan pelbagai jenis bahan  guru menggunakan banyak bahan seperti buku, blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, pusat akses kendiri dan lain-lain dalam menjalankan pengajarannya.  Contoh-contoh penggunaan media •

panduan pelajaran



panduan buku teks



buku kerja



video



pakej pita



pakej pembelajaran berasaskan komputer, konferens komputer



CD-ROM, multimedia dan lain-lain

7.3.3.1

PERANAN GURU PEMBELAJARAN BERPUSATKAN BAHAN

1. membimbing pelajar di mana untuk mendapat maklumat 2. membantu mereka mencari/ membentuk soalan yang sesuai untuk dikemukakan. 3. mengatasi masalah sekiranya mereka di dalam perpustakaan 4. memberi galakan apabila mereka menemui kegagalan; dan 5. membolehkan mereka berinteraksi dalam kerja kumpulan

7.4

PENDEKATAN PENGAJARAN PENDEKATAN INDUKTIF guru

menyediakan

banyak

contoh

yang

mempunyai

konsep

danperaturan yang sama persoala

guru mencungkil atribut kritikal dan atribut bukan kritikal

pelajar faham konsep yang ada persamaan mengkategori contohcontoh dan bukan contoh-contoh pelajar menyatakan perkaitan yang ditemui Rajah 8: Pendekatan Induksif  Contoh : 1.

Guru menunjukkan contoh bentuk segi empat , misalnya meja

2. Pelajar mengenal pasti ciri-ciri yang menunjukkan objek sebagai segi empat sama. 3. Guru kemudian mencungkil atribut bukan kritikal sebua segi empat

sama. 7.4.2 Pendekatan pengajaran deduktif

-

-

mula dengan memberi peraturan konsep atau pernyataan

-

mencungkil atribut kritikal dan bukan kritikal

memberi contoh dan bukan contoh

Rajah 9: Pendekatan deduktif 7.4.3 Pendekatan Pengajaran Elektif  Berasal daripada istilah bahasa Inggeris “elective” bermaksud pemilihan.  kombinasi mana-mana satu kaedah pengajaran, seperti kombinasi pendekatan induktif dan deduktif  Ia sesuai untuk mrngajar rumus, prinsip, hukum, konsep dan teorem.  Strategi ini boleh digunakan untuk pemusatan bahan. (sebagai satu aktiviti pengayaan)  Guru boleh menggunakan kreatif sendiri dan tidak terikat kepada manamana pendekatan yang khusus.  Guru mengajar mengikut kemampuan dan kebolehan murid.  Kebanyakan mata pelajaran sains dan matematik.

 Ciri-ciri pendekatan elektif ialah seperti berikut: (a) Pendekatan ini sesuai untuk murid pelbagai kecerdasan dan kebolehan. (b) Murid-murid dilibatkan secara aktif dalam pembelajaran sama ada tugas mengasas rumusan atau memberikan contoh. (c) Guru memberikan input terlebih dahulu. Ini memudahkan murid-murid membuat rumusan.

7.4.4 Pendekatan Tematik  Berasaskan idea-idea utama berhubung dengan kandungan sesuatu mata pelajaran, unit-unit tematik merentasi disiplin.  Tujuan  Unit-unit tematik selalu mengandungi pilihan-pilihan untuk pelajar-pelajar.  Langkah-langkah merancang unit-unit tematik: (1) Pilih satu tema: Tema hendaklah luas untuk memuatkan maklumat daripada banyak bidang mata pelajaran. (2) Membina jaringan perancangan :

Membuat sumbangsaran untuk

membina carta-peta semantik – yang meneroka pelbagai contoh. (3) Pilih bahan : Perancangan bertujuan untuk menyediakan bahan-bahan yang banyak. (4) Rancangan aktiviti : Pilih dan rekabentuk aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan tema. Gunakan bahan-bahan yang banyak dan galakkan peningkatan prestasi pelajar. 7.4.5

Pembelajaran Masteri

 Bahan pembelajaran dibahagikan kepada unit-unit yang lebih kecil iaitu daripada yang mudah kepada yang kompleks.  Disampaikan

kepada

murid-murid

secara

sistematik

dengan

menggunakan alat bantuan mengajar yang sesuai.  Murid akan dinilai. Jika tidak dapat menguasai, mereka disuruh

mengulangi pelajaran tersebut. •

Kebaikan pembelajaran masteri adalah seperti berikut.

(a) murid mempunyai kemahiran asas sebelum bergerak ke unit yang lain. (b) Guru perlu nyatakan objektif pengajaran dengan sangat tepat sebelum dapat melaksanakan pengajarannya. (c) Untuk setiap unit pembelajaran, guru mesti menjalankan ujian formatif dan penilaian. (d) Keputusan ujian penilaian digunakan untuk membaiki semua kelemmahan murid-murid dalam setiap unit pembelajaran. 7.4.6 Kaedah Pengajaran Bersepadu  satu cara untuk menguruskan program pengajaran agar mata pelajaran dan kemahiran yang terasing dalam kokurikulum dapat dikait antara satu sama lain.  Menjadikan pusat kesepaduan kurikulum bertujuan untuk mewujudkan kesepaduan dalam pengalaman persekolahan pelajar.  Ada perkaitan yang kuat dengan kaedah inkuiri, berbentuk kendiri, mempunyai pesekitaran yang kurang berstruktur dan berorientasikan penyelesaian masalah.  Tujuan kaedah pengajaran bersepadu •

Mengajar pelajar untuk menjadi penyelesai masalah yang berdikari.



Membantu pelajar untuk memahami dan menghargai sejauhmana pembelajaran sekolah saling berkaitan dan tidak diasingkan kepada mata pelajaran dan kemahiran tertentu.



Menekankan proses pembelajaran bertentangan dengan isi kandungan dan kemahiran spesifik.



Menggunakan nilai-nilai sosial dalam pembelajaran di mana pelajar digalakkan bekerjasama dengan orang lain.

Peranan guru •

Menentu dan menyediakan persekitaran di mana pelajar dapat menjalankan aktiviti pelajaran mengikut minat, keperluan, kebolehan, personaliti dan motivasi mereka.



Guru perlu merancang dan membimbing penerokaan pelajar tanpa menyekat inisiatif.



Perlu menyediakan pelbagai pilihan bahan pembelajaran dengan teliti.



Perlu sama-sama menjadi pelajar.

7.4.7 Pendekatan infusi  pendekatan pendidikan yang menggunakan isu sebenar sebagai konteks bagi pengajaran kemahiran akademik dan pengetahuan.  Infusi dan kesepaduan digunakan untuk program pendidikan mengatasi konflik.  Infusi ialah pengajaran dan pemodelan bagi mengatas konflik sepanjang budaya persekolahan seseorang. Ia merupakan satu matlamat jangka panjang yang melibatkan gambaran menyeluruh.  Matlamat infusi ialah membantu sekolah menjalankan secara komprehensif, sistematik dan terancang.  Kesepaduan digunakan untuk menjelaskan satu cara startegik menyepadukan mata pelajaran (isi kandungan) dan tema-tema.  Ia membantu pelajar membuat perkaitan antara disiplin. •

5 jenis kesepaduan

 Kandungan/ Mata pelajaran – Asas pengetahuan yang nyata/ unit kemahiran.  Disiplin selari – menentukan mata pelajaran antara unit-unit.  Disiplin yang pelbagai – mereka bentuk 2-3 disiplin yang membawa kepada pemusatan.

 Antara Disiplin – pusat pengurusan menggunakan semua disiplin.  Kesepaduan – Isu-isu berpusatkan pelajar.

7.5

KAEDAH DAN TEKNIK 7.5.1

KAEDAH KOPERATIF

 Berasaskan konsep di mana murid-murid belajar secara kumpulan dan berbincang secara koperatif.  Murid-murid dapat berinteraksi dan saling membantu dalam aktiviti pembelajaran.  Langkah-langkah dalam pembelajaran koperatif ialah seperti berikut: (a) Guru sampaikan pelajaran baru. (b) Murid-murid membentuk kumpulan untuk membincangkan secara koperatif. (c) Ujian dijalankan untuk mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam setiap kumpulan.  Peneguhan sosial diberikan kepada kumpulan untuk membincangkan secara koperatif.  Ciri-ciri pembelajaran koperatif adalah seperti berikut: (a) Murid-murid melibatkan diri secara aktif. (b) Murid dilatih dengan akauntabiliti diri dan tanggungjawab sesama ahli kumpulan. (c) Kemahiran dan interaksi sosial dapat dipupuk. (d) Murid-murid sedar tentang kebaikan pembelajaran ini.  Prosedur pengajaran dan pembelajaran dalam kaedah koperatif ialah seperti berikut: (a) Guru mengajar satu unit kaedah pembelajaran. (b) Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan

aktiviti-aktiviti yang mencapai objektif pembelajaran. (c) Guru membimbing dengan kaedah-kaedah dan teknik-teknik yang sesuai. (d) Murid mengikuti bimbingan guru. (e) Murid-murid berusaha bersama-sama dalam kumpulan untuk mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. 7.6

KAEDAH KOLABORASI  Kamus Dewan (1998), koboratif bermaksud kerjasama erat di antara dua ihak atau lebih.  Melibatkan sekumpulan murid yang berusaha bersama ke arah mencapai prestasi yang cemerlang sama ada dalam bidang akademik atau pun ko kurikulum.  Keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatakan dengan meminta pelajar penyelesaian sesuatu masalah dengan satu sama lain dan kemudiannya berbincang. Nilai sosial dan kerjasama dapat dipupuk dengan baik dan masalah disiplin dapat dikurang ke tahap minima.  Pembelajaran koperatif dan kolaboratif mempunyai ciri-ciri yang hampir sama di mana kedua-dua ini menekankan semangat kerjasama antara ahli kumpulan., menukar corak hubungan antara guru dan pelajar, dan kombinasi bilik darjah kolaboratif.

(a) Perkongsian pengetahuan di kalangan guru dan pelajar  Metafora untuk bilik darjah koboratif ialah perkongsian maklumat tentang

isi

kandungan,

kemahiran

dan

pengajaran

dan

menyampaikan maklumat tersebut kepada pelajar.  Guru koboratif juga menghargai dan menggunakan pengetahuan yang didapati melalui pengalaman peribadi, bahasa, strategi dan budaya yang dibawa oleh pelajar ke dalam situasi pembelajaran. (b) Perkongsian kuasa antara guru dan pelajar  Meminta pelajar menetapkan matlamat spesifik dalam kerangka kerja

yang diajar menyediakan pilihan aktiviti-aktiviti dan tugasan yang memenuhi minat dan matlamat pelajar yang berbeza.  Guru mengalakkan pelajar menggunakan pengetahuan sendiri, memastikan mereka berkongsi pengalaman dan strategi pembelajaran mereka, dan memfokuskan kepada kefahaman bertahap tinggi.  Guru membantu pelajar mendengar pelbagai pendapat, menyokong pengetahuan dengan bukti, melibatkan diri dalam pemikiran kritis dan kritikal dan terlibat dalam dialog. (c) Guru sebagai Perantara  Perantaraan

yanng

berjaya

dapat

membantu

pelajar

untuk

menghubungkan maklumat baru dengan pengalaman mereka dan pembelajaran di bidang lain dapat membantu pelajar mencari jalan penyelesaian apabila mereka keliru dan membantu mereka belajar bagaimana untuk belajar. (d) Pengumpulan pelajar secara heterogen  Perspektif, pengalaman dan latar belakang pelajar penting untuk memperkayakan

pembelajaran

dalam

bilik

darjah

memerlukan

pemahaman pelbagai perspektif.  Bilik darjah yang kolaboratif melibatkan aktiviti kurikulum berfikir dan diberi

peluang

untuk

memberi

sumbangan

dan

menghargai

sumbangan orang lain.

7.7

KAEDAH KELAS DAN KESELURUHAN KELAS

 Merupakan pengajaran langsung yang paling efektif bagi pengajaran kemahiran asas. (i)

Menstruktur Dan Menentukan Kadar Pengajaran  Mestilah jelas supaya pelajar dapat memahami isi kandungan pelajaran dengan mudah dan dapat pula mengaitkan dengan

apa yang mereka tahu.  Guru perlu membuat ulangkaji pelajaran lepas sebelum memulakan pelajaran.  Semasa mengajar, guru perlu memberi penekanan kepada isiisi penting supaya tidak hilang punca; guru perlu menunjukkan dengan jelas peralihan antara bahagian-bahagian pelajaran.  Guru perlu membuat ringkasan. (ii)

Menyampaikan Maklumat Kepada Kelas  Guru-guru

perlu

menyampaikan

maklumat

secara

jelas

dan

bersemangat dengan: (a) memberi fokus pada satu isi pada satu-satu masa dengan mengelakkan penggunaan frasa yang kabur. (b) Mengulangi dan mengulangkaji peraturan-peraturan am dan konsepkonsep penting semasa mengajar topik-topik yang lebih sukar bagi membantu pelajar mengekalkan dan memahami topik yang diajar. (c) Menggunakan pelbagai media dan kaedah untuk membantu pelajarpelajar yang mempunyai stail pembelajaran yang berbeza. Bahan pengajaran

hendaklah

disampaikan

dalam

langkah-langkah

kecil

mengikut tahap pelajar dan kemudiannya dibuat latihan sebelum beredar ke langkah yang seterusnya. (d) Penjelasan mesti jelas. (iii)

Pemodelan  Menunjukkan sesuatu kemahiran atau prosedur.  Terang dengan cara lisan, sesuai dengan pelajar yang suka stail pembelajaran visual.  Tunjukkkan tingkahlaku tersebut dan melakukannya.

(iv)

Pemetaan konseptual

 Kerangka yang boleh diberikan kepada pelajar sebelum topik pengajaran disampaikan.  Guru sediakan gambarajah ringkasan dengan mengaitkan bahagianbahagian topik yang berbeza dengan struktur yang sedia ada.

7.8

PENGAJARAN KUMPULAN  Penekanan terhadap interaksi sosial dalam situasi pengajaran pembelajaran

telah

membawa

kepada

perkembangan

teknik

pengajaran kumpulan.  Menggalakkan penglibatan pelajar dalam pembelajaran membantu pelajar menanggap apa yang penting, untuk mempelajari sesuatu prinsip dan mengaplikasikannya secara berkesan pada masa akan datang dalam pelbagai situasi.  Pelajar

akan

mengalami

variasi

situasi

yang

luas

semasa

pembelajaran sebenar.  Dapat mengaitkan hubungan yang terdapat antara prinsip baru dan konsep yang telah dipelajari untuk menjadikan satu hubungan yang bermakna.  Tiga alternatif asas pengumpulan pelajar-pelajar ialah: (a) Pengumpulan mengikut kebolehan  Percayai pelajar yang ada kebolehan intelek yang sama,yang maksimum. jika ditempat di tempat sama akan bersaing.  Kesannya, kumpulan yang sama dapat mencapai potensi. (b) Pengumpulan mengikut minat  merupakan suatu proses pemilihan kendiri.  Biasanya berorientasikan projek.

(c) Pengumpulan mengikut kadar pencapaian  Pelajar mempunyai kebolehan yang sama tetap kadar kebolehan pembelajaran yang berbeza. (d) Mengurus pengajaran kumpulan  Dijalankan dalam kelas.  Guru bergerak dari satu tempat ke tempat lain.  Ada ketua, meninjau dan memastikan tugas-tugas yang khusus seperti mengedar dan menyimpan bahan dan merekod kemajuan kerja diselesaikan mengikut rancangan.  Guru meluangkan masa untuk membincangkan kerja yang dilakukan. 7.8.1 PENGAJARAN INDIVIDU  Pembelajaran mengikut kadar individu dan berasaskan pada premis di mana setiap orang boleh belajar apa sahaja tetapi ada yang mengambil masa yang lebih.  Diperlukan bila pembelajaran masteri adalah mustahak dan penting.  Belajar mengikut kadar masing-masing tetapi juga memilih matlamat yang spesifik dan tugasan sendiri..  Kebaikan :- Dapat tingkatkan tangggungjawab, memenuhi kehendakkehendak tertentu, membolehkan penjadualan yang fleksibel dan memastikan kualiti yang berterusan.  Kelemahan :- Mahal, mengambil lebih masa dan mengurangkan aktiviti kumpulan. 7.8.2 PEMUDAHCARA  libat

kewujudan

persekitaran

dan

aktiviti

yang

baik

untuk

menghubungkan maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada, menyediakan

peluang-peluang

untuk

kerja

kolaboratif

dan

penyelesaian masalah dan menawarkan kepada pelajar pelbagai tugasan yang autentik.  Tumpuan kepada persekitaran fizikal.  Wujud iklim yang positif, guru perlu mewujudkan perasaan saling mempercayai yang dapat menyokong dan menggalakkan perasaan dihormati dan terbuka dalam perkongsian idea, pendapat, sikap dan tingkah laku.  Guru boleh membentuk sumber-sumber dalam bilik darjah untuk menyediakan pelbagai genre dan perspektif, untuk mengguna dan membina daripada artifaks, budaya dari rumah dan masyarakat pelajar dan untuk menguruskan pelbagai aktiviti pembelajaran.  Prinsip-prinsip  Pemudahacaraan anda adalah berdasarkan pengalaman pelajar sendiri.  Mengambil kira keperluan pembelajaran dilaksanakan.  Semasa

memudahacara,

guru

situasi-situasi

harian

pelajar,

rekabentuk semula konteks dalam mana pembelajaran dilaksanakan.  Aktiviti

pembelajaran

perlulah

dipilih

berdasarkan

pengalaman

sebenar pelajar.  Gunakan bahasa dan istilah yang bermakna kepada pelajar.  Mengambil kira pengetahuan dan kemahiran pelajar  Mengambil kira hubungan dengan rakan sebaya dan fasilitator.

7.9

KAEDAH PERBINCANGAN

 merupakan satu aktiviti berkumpulan di mana murid-murid dapat berinteraksi sesama mereka dalam membincangkan satu isu  Pelajar akan menjadi lebih aktif dan lebih banyak hubungan peribadi.  Guru perlu memoderasikan perbincangan dan bukan menyampaikan maklumat.  Persediaan menjalankan sesi perbincangan:

(i) Persediaan Untuk Perbincangan  peranan awal dan kajian semula isi kandungan (ii) Putuskan banyak mana masa diperlukan. (iii) Tetapkan matlamat yang jelas untuk perbincangan (iv) Timbulkan Permasalahan Untuk Perbincangan Tajuk (v) Pilih aktiviti Yang Dapat Mengatasi Masalah (vi) Pilih satu kaedah pengumpulan •

Mengikut saiz



Mengikut pemilihan



Mengikut tempoh

(vii) Pilih kaedah penyoalan (viii)Memudahcarakan Perbincangan •

wujudkan iklim selamat



wujudkan jangkaan penglibatan



tetapkan jangkaan-jangkaan yang jelas



berikan permasalahan untuk diselesaikan



memantau perbincangan



masalah-masalah dengan perbincangan

7.10 TUNJUK CARA ATAU DEMONSTRASI  merupakan satu kaedah untuk melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur-prosedur tertentu.  Melibatkan pendekatan visual untuk memerhatikan proses, maklumat dan idea.  Membolehkan

pelajar

melihat

perkara

sebenar

dan

melihat

bagaimana ia berfungsi  Tunjukcara boleh digunakan untuk menunjukkan sesuatu isi atau prosedur secara berkesan, menimbulkan minat dalam sesuatu topik,

menyediakan model untuk kemahiran mengajar dan mengubah kadar pembelajaran pelajar.  guru hendaklah menentukan topik, objektif dan mentediakan aklatan atau bahan yang hendak digunakan dalam sesi pengajaran.  kebaikan ialah memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada murid-murid melalui deria penglihatan dan pendengaran.

7.11

PENYELESAIAN

MASALAH

(THEORY

OF

CONSTRAINT(TOC)  satu proses mental yang memerlukan seseorang itu berfikir secara kritis dan kreatif dalam mencari idea-idea alternatif dan langkahlangkah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.  membina pemikiran murid supaya bersedia menghadapi masalah  membolehkan murid berfikir secara rasional dan logik apabila menghadapi masalah dan memupuk interaksi sosial yang positif.  secara berasingan atau digandingkan dengan kaedah lain untuk menyelesaikan masalah dan pengurusan perubahan yang sesuai.  Tujuan

generik ialah untuk menterjemahkkan gerak hati kepada

format yang boleh dibincangkan secara rasional, menyoal dengan bebas dan mengubahsuai kepada kefahaman situasi tersebut.  Untuk penyelesaian masalah, memudahkan komunikasi, kerjasama dan persetujuan di kalangan mereka yang terlibat.  Ketiga-tiga objektif itu menentukan -

Apa yang akan diubah: Penilaian situasi, huraian tentang kenyataan semasa, dan diagnosis - menentukan teras masalah atau konflik dan andaian andaian yang mengekalkannya.

-

Apa yang hendak diubah: Menyetakan visi atau penyelesaian dan huraian strategi untuk mendapatkan apa yang diingini – preskripsi, membuat keputusan dan perkembangan penyelesaian.

-

Bagaimana membuat perubahan: Pembinaan pelan yang terperinci dan taktik yang boleh menjelaskan apa yanng perlu berlaku dan menyelarsakan usaha kumpulan untuk melaksanakan strategimerancang, pembinaan sukan.

7.12

SIMULASI

 situasi

pembelajaran

menggunakan

yang

kemahiran,

membolehkan belajar

pelajar

mengenai

prinsip

berlatih atau

melaksanakan sesuatu tindakan dalam keadaan terkawal.  Tujuan mencapai objektif pembelajaran tertentu.  Kelebihan – satu teknik mengajar dalam bilik darjah.  Pembelajaran berlaku dalam keadaan selamat.  Penggunaan alat simulasi dalam melatih juruterbang, dan model gigi yang digunakan semasa melatih doktor pergigian.  Boleh diselia dengan rapi supaya pembelajaran menjadi lebih berkesan, berbanding sekiranya mereka berada dalam situasi sebenar.  Boleh mencuba semula sekiranya percubaan pertama mereka gagal.

7.12.1

PRINSIP-PRINSIP

MELAKSANAKAN

SIMULASI

DALAM BILIK DARJAH 1.

Guru perlu memilih suatu situasi berunsur masalah dan terangkan dengan jelas.

2.

Tetapkan peranan-peranan berdasarkan watak-watak dan pilih pelajar yang sesuai untuk berlakon.

3.

Tetapkan had masa untuk sesi simulasi.

4.

Pastikan pelajar memberi perhaian semasa simulasi.

5.

Adakah perbincangan dan rumusan selepas simulasi.

7.12.2

SESI BERCERITA

 meningkatkan

minat

dan

membina

apresiasi

serta menikmati

kesusasteraan.  Dapat memperkayakan pengajian bahasa, membekalkan pelbagai pengalaman,

mengembangkan

kemahiran

mendengar

dan

memotivasikan pelajar untuk membaca.  Langkah-langkah (a)

Persediaan sebelum sesi bercerita:

(i)

Suasana yang selesa diperlukan. Sebaik-baiknya pelajar duduk dalam

satu bulatan bersama orang yang bercerita. (ii)

Sekiranya guru merupakan orang yang bercerita, beliau perlu

mengambil kira perkara-perkara berikut:  Pastikan cerita itu boleh didengar dengan jelas oleh semua pelajar  Pastikan semua pelajar boleh melihat guru, terutamanya bahagian muka dan tangannya.  Bercakap dengan kuat dan jelas berserta itonasi yang sesuai.  Sekiranya guru tidak mahu diganggu, ingatkan pelajar untuk bertanyakan atau membuat ulasa hanya selepas selesai bercerita.  Pelajar perlu memberi sepenuh perhatian sebelum uru mula bercerita. (iii)

Jika pelajar diberi peluang sebagai orang yang bercerita, mereka perlu  Diberi maklumat tentang bahagian-bahagian dan sekuen cerita.  Diberi peluang untuk berkongsi cerita pendek atau peristiwa menarik dalam situasi yang tidak formal. Ini dijadikan pengalaman awal untuk pengalaman bercerita yang lengkap.

(b) Semasa sesi bercerita (i)

Pelajar

diberi

peluang

membuat

catatan

kemudiannya. (ii)

Pastikan pelajar menumpukan perhatian.

untuk

perbincangan

(iii)

Orang yang bercerita perlu berkemahiran membuat kontrak mata dengan pelajar seolah-olah bercerita secara langsung dengan mereka.

(c) Selepas sesi bercerita (i)

Beri peluang kepada pelajar merumuskan cerita.

(ii)

Minta mereka berkongsi nilai-nilai yang telah dipelajari.

7.12.3

SOSIO-DRAMA

 satu bentuk main-peranan atau penambahbaikan secara dramatik.  Beritahu peranan watak  Boleh tambah sendiri  Setelah habis tanya (i)

Apa perasaan anda sebagai pelakon

7.12.4

PROJEK  Kajian mendalam tentang aspek kehidupan sebenar yang sesuai dengan perhatian dan kebolehan kanak-kanak.  Kajian ini dalam kelas atau kumpulan kecil.  Kelebihan :(i)

memperkayakan

aktiviti

kanak-kanak

seperti

permainan

dramatik, pembinaan, melukis dan mewarna. (ii)

memberi peluang kanak-kanak yang lebih tua menjalankan kajian

sendiri

dalam

sains

dan

kajian

sosial

serta

membentangkan dapatan mereka dalam pelbagai cara. (iii)

Berpeluang menggunakan pengetahuan dan kemahiran asas matematik dan bahasa di sepanjang pelaksanaan projek.

7.12.5

LAWATAN PENDIDIKAN ATAU LAWATAN LUAR

 kaedah memberi pengalaman sebenar kepada pelajar di satu lokasi

sahaja.  Bertujuan membuat pemerhatian secara terus.  Boleh merangkumi teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran seperti demonstrasi, perbincanga kumpulan, temuduga, kajian kes atau penghakiman. Ciri-ciri kebaikan lawatan luar  Ia dirancang dengan baik dan mempunyai matlamat pendidikan yang jelas.  Ia boleh disesuaikan dengan kemudahan dan peluang yang ada.  Ia berkesan dalam mempengaruhi penggunaan pelbagai amalan pendidikan.  Ia memerlukan perancangan yang rapi – pengangkutan, sumber dan peralatan.  Ia memberi peluang menjelas, menilai dan mengesahkan maklumat yang sedia.  Ia boleh meningkatkan dinamika kumpulan.  Ia merupakan motivasi alternatif bagi pengajaran dalam bilik darjah.  Ia memberikan pengalaman sebenar yang sukar ditiru dalam bilik darjah.  Ia menggalakkan peserta-peserta mencuba idea-idea baru. Kelemahan o kesukaran merancang disebabkan minat yang berbeza dan boleh menyebabkan peserta hilang minat jika perancangan tidak sesuai dengan apa yang mereka inginkan. o Ia sukar untuk merancang o Banyak halangan boleh berlaku. Kita mudah hilang kawalan. o Rancangan terbaik mungkin terhalang oleh kos yang tinggi o Cuaca boleh menjadi faktor penghalang

o Isu-isu keselamatan mengambil banyak masa dan tenaga o Satu atau dua peserta yang enggan bekerjasama turut menjadi faktor penghalang.

7.13

INKUIRI-PENEMUAN

 Inkuiri- kaedah penemuan, membenarkan pelajar melibatkan diri dalam proses penemuan.  Membolehkan pelajar mendapat jawapan atau membuat kesimpulan daripada

soalan-soalan

atau

permasalahan-permasalahan

yang

dikemukan melalui pengumpulan data dan pengujian hipotesis.  Berbentuk induktif.  Guru membimbing pelajar apabila pelajar menemui makna-makna baru, mengamalkan kemahiran-kemahiran dan mengalami pengalaman yang mencorak pembelajaran mereka.

7.14 MODUL  Satu

pendekatan

yang

terbukti

berkesan

dalam

proses

pembelajaran pelajar.  Pelajar perlu membaca serta memahami konsep.  Guru perlu memudahcara pembelajaran melalui perundingan.  Modul pembelajaran kendiri adalah cara terbaik seorang guru membimbing pelajarnya meningkatkan kefahaman baru dan verifikasi konsep-konsep. Kandungan modul yang diperlukan: (iv)

Pendahuluan

(v)

Ujian pra

(vi)

Objektif

(vii)

Sumber Pembelajaran

(viii) Aktiviti Pembelajaran atau Panduan Belajar

(ix)

Aktiviti-aktiviti Pengayaan

(x)

Latihan Penilaian Kendiri

(xi)

Ujian Pos

7.14.1 Kebaikan mengguna pendekatan modul (i)

masa yang tidak digunakan untuk pengajaran boleh digunakan untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan.

(ii)

Guru berperanan sebagai pemudahcara an pembimbing, bukan sebagai penyampai maklumat dan akhirnya modul yang baik akan menjamin kelancaran urutan aktiviti dan penemuan faktor dan maklumat yang berjaya apabila selesai dibuat.

(iii)

Pelajar dapat menjadualkan masa sendiri.

Kelemahan modul (i)

interaksi pelajar dengan guru adalah terhad.

(ii)

Pelajar mungkin pilih kaedah yang pasif.

(iii)

Perkembangan kemahiran manipulatif mungkin diabaikan.

(iv)

Pelajar lembam mungkin membentuk perasaan tidak cekap dan rendah diri.

7.14.2

PERANCANGAN PENGAJARAN

MERANCANG UNTUK MENGAJAR Clark and Lampert (1986), - perancangan melibatkan peruntukan penggunaan masa dan pemilihan kaedah mengajar yang sesuai agar boleh menarik minat pelajar dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang produktif. -

sebelum merancang, guru perlu mengikuti prinsip merancang berikut:

Menentukan apa yang hendak diajar

Merancang bagaimana hendak mengajar

Mencari cara memudah cara pembelajaran

Pengurusan pembelajaran Rajah 10: Prinsip merancang

7.14.3

PRINSIP-PRINSIP UNTUK MENENTUKAN APA YANG

HENDAK DIAJAR 1) Dapatkan pengetahuan yang mantap tentang syarat-syarat dan isi kandungan kurikulum. 2) Rancang pengajaran berdasarkan pengetahuan dan kefahaman pelajar maklumat yang tepat mengenai pengetahuan pelajar tentang topik dan memanfaatkan pengetahuan sedia ada pelajar. 3) Menekankan sama ada pelajar mempunyai kemahiran sedia ada bagi menghubungkan dengan topik baru. 4) Sediakan objektif pengajaran yang khusus bagi setiap pelajaran. 5) Mengharapkan satu standard yang tinggi bagi melaksanakan sesuatu tugas.

7.14.4 RANCANG BAGAIMANA UNTUK MENGAJAR  garis panduan untuk membolehkan pelajar mencapai objektif pengajaran: o menyediakan ringkasan dan idea-idea penting dan konsepkonsep penting dimasukkan dalam pengajaran.

o Memilih

strategi

pengajaran

yang

bersesuaian

dengan

keperluan pelajar dan syarat kurikulum o Merancang

segala

pengajaran

sebagai

satu

siri

aktiviti

berurutan secara terancang untuk mengekalkan minat dan perhatian. o Merancang pengalaman pembelajaran yang menarik dan mencabar bagi membolehkan pelajar melibatkan diri secara aktif. o Merancang pengajaran yang membolehkan mereka melakukan pemindahan pembelajaran dalam situasi yang lain. o Merancang tugasan yang digredkan mengikut kebolehan pelajar. o Merancang jadual pemilihan yang membolehkan pemantauan yang berterusan terhadap perkembangan mereka. o Bersedia untuk sesuaikan perancangan yang tidak akan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

7.14.5

MENCARI CARA UNTUK MEMUDAHCARA PEMBELAJARAN

 garis panduan untuk memudahcara pembelajaran: o merancang penggunaan alat bantu mengajar dan contoh untuk menerangkan dan mengajar mengikut isi kandungan. o Mereka bentuk prosedur untuk teknik dan strategi pengajaran yang membantu dalam kefahaman. o Merancang kaedah dan strategi pengajaran alternatif untuk membantu individu yang berbeza o Merancang pelbagai motivasi ekstrinsik yang mengambilkira minat, nilai, sikap dan matlamat pelajar.

7.14.6

PENGURUSAN PENGAJARAN

 Guru perlu menyedia dan menguruskan bilik darjah serta sumber pengajaran yang dirancang dengan baik dapat dilaksanakan dengan berkesan.  Guru perlu bijak dalam pengurusan masa dalam bilik darjah dan melibatkan pelajar dalam pelajaran  Persediaan awal perlu dijalankan untuk menentukan aktiviti berjalan lancar

7.14.7

RUMUSAN

 perancangan adalah penentu utama apa yang hendak diajar di sekolah  perancangan yang baik boleh mengakibatkan pengurusan masa yang berkesan dan penggunaan kaedah pengajaran yang sesuai.  Prinsip asas merancang adalah menentukan apa yang diajar, merancang bagaimana hendak mengajar, mencari cara untuk memudahcara pembelajaran dan mengurus pengajaran.

7.15

PERANCANGAN

UNTUK

PENYAMPAIAN

PENGAJARAN ANALISIS KURIKULUM  guru harus menganalisis kurikulum untuk mata pelajaran ayng diajar  kurikulum dirancang oleh Pusta Perkembangan Kurikulum (PPK)  tugasan guru ialah untuk menyalurkan isi kandungan yang terdapat di dalam kurikulum dalam masa yang diperuntukkan.  Contoh: sukatan pelajaran Bahasa Malaysia telah menyenaraikan kemahiran yang hendak dicapai oleh pelajar untuk tahap satu dan tahap kedua di peringkat sekolah rendah.  Objektif dan kemahiran hendaklah dicapai : 1. Objektif menyediakan suatu konteks kepada guru untuk mengetahui apa yang perlu didedahkan kepada pelajar.

2. membantu guru mengetahui aras pencapaian yang sepatutnya diharapkan daripada pelajar menunjukkan apa yang semua pelajar akan belajar dalam negara ini.  guru dinasihatkan untuk merujuk kepada buku panduan guru untuk setiap mata pelajaran.

7.15.1 RANCANGAN KERJA  membantu guru menghabiskan sukatan pelajaran  mengandungi perancangan tahunan, mingguan, perancangan unit dan persediaan mengajar.  Perancangan yang menentukan apa yang akan diajar untuk satu semester/tahun dan dalam cara mana ia akan diajar.

Aspek merancang rancangan kerja

Masa yang diperuntukkan bagi satu waktu dalam seminggu/semester

Urutan isi kandungan yang hendak diajar

Isi kandungan yang perlu diselesaikan, kepentingannya dan jangka masa yang diperlukan.

Integrasi kesemua kemahiran

Aktiviti seperti pengayaan, pengukuhan dan pemulihan yang diperlukan perlu dimasukkan.

Rajah 11: Langkah-langkah semasa merancang rancangan kerja

Tentukan jumlah minggu mengajar untuk setiap semester dan darablan dengan jumlah minit yang diperntukkan untuk setiap minggu

terjemahkan sukatan pelajaran dan rujuk kepada buku panduan yang terdapat bersama buku sukatan pelajaran

Dalam urutan isi kandungan yang hendak diajar, kriteria yang perlu diambil kira adalah tahap berkaitan dengan kesukaran belajar, jenis kemahiran yang perlu diaajar, perkaiatan antara unti-unit pembelajaran.

Rajah 12:

Prosedur merancang rancangan kerja sepanjang tahun

1. Penggunaan sukatan pelajaran, buku teks, buku lembaran kerja dan garis panduan yang etrdapat di atas untuk dibahagikan kepada jumlah tema atau tajuk yang hendak diajar. 2. Penggunaan inventori kemahiran, isi kandungan untuk setiap topik. 3. Buat

keputusan

terhadap

urutan

yang

bersesuaian

untuk

mengemukakan tema tersebut.

7.15.2

PERANCANGAN UNIT  satu set pengajaran yang dihubungkan dengan seberapa prinsip yang tersusun.  Topik umum dan topik yang sesuai untuk pelajar dikenal pasti.  Unit merupakan selonggok isi kandungan dan kemahiran yang berkaitan dibangunkan bersama dalam cara yang logik.  Berhubung kait dengan pelbagai matlamat, isi kandungan dan aktiviti yang difikirkan oleh guru.  Berfungsi

sebagai peta yang

menghubungkan

beberapa

pengajaran dan memberi idea kepada guru, pelajar, dan orang lain tentang pelaksaan pengajaran.

7.15.3

PERSEDIAAN MENGAJAR

 struktur unit-unit pembelajaran yang sistematik untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah  ditulis untuk membantu guru menstruktur pembelajaran kepada mereka dan pelajar.  Membantu dalam kelancaran dan penyampaian pengetahuan.  Merupakan proses pemikiran  Boleh diselesaikan dalam 4 bahagian , iaitu: a) Tentukan kurikulum tentang apa yang pelajar akan belajar b) Tentukan pengetahuan sedia ada pelajar sebelum bermulanya pelajaran yang boleh menuju kepada kurikulum baru hari tersebut. c) Tentukan sekurang-kurangnya satu cara untuk membantu pelajar untuk belajar kurikulum baru itu. d) Tentukan sekurang-kurangnya satu cara untuk menilai hasil pembelajaran pelajar.

7.15.4

FORMAT PENULISAN

 format yang mudah untuk diikuti dan berstruktur dengan baik.  Kerangka sesuatu format boleh digunakan dengan mudah semasa dalam bilik darjah untuk dirujuk dengan cepat oleh guru  Berikut

merupakan

contoh

kerangka

format

untuk

menulis

persediaan mengajar:  mengandungi maklumat umum tentang kelas, mata pelajaran, kelas, tarikh, masa, bilangan pelajar dalam kelas, topik dan kemahiran-kemahiran yang hendak diajar, berdasarkan sukatan pelajaran Mata pelajaran

:

Kelas

:

Tarikh

:

Bil Pelajar dalam kelas

:

Tajuk

:

Kemahiran

:

Pengetahuan sedia ada

:

Hasil pembelajaran

:

Nilai

:

Sumber pengajaran/ pembelajaran Langkah/tahap/Masa

Isi kandungan

(minit) Set induksi Langkah

: Aktiviti

pengajaran Catatan

dan pembelajaran Strategi

Nilai

penyampaian Langkah 1

Proses

Lengkah 2

masa depan

Lengkah 3

kajian -

kajian

alam

sekitar -

kajian

masa

depan Penilaian

-

sumber pengajaran/

Penutup

pembelajaran -

kemahiran berfikir

Catatan Refleksi:

7.15.5

PENGETAHUAN SEDIA ADA

 semua kebolehan relevan, pengalaman atau pengetahuan di mana pelajar mesti tahu atau boleh melakukan supaya berjaya dalam pelajaran

 dapat

membantu

guru

menentukan

tahap

kesukaran

hasil

pembelajaran, strategi pengajaran dan bahan sumber yang digunakan.

7.15.6

HASIL PEMBELAJARAN

 objektif-objektif pembelajaran tingkah laku yang menghuraikan apa pelajar akan dapat melakukan setelah melalui pelajaran  suatu huraian hasil pembelajaran yang diharapkan  asas untuk pelajaran yang lain.  Membekal kriteria untuk membina penilaian untuk pelajaran dan prosedur-prosedur

pengajaran

yang

guru

rekabentuk

untuk

melaksanakan pelajaran.  Fokus dalam sesuatu persediaan mengajar  Perlu faham isi kandungan yang berkaitan dengan objektif  Elemen dalam objektif tingkah-laku 1. Keadaan  pernyataan yang menerangkan tentang keadaan di mana tingkah laku itu berlaku  mengkhususkan sesuatu keadaan, arahan, bahan, arah dan lain-lain  bermula dengan penyataan pengakuan yang mudah  Contohnya : ‘ Diberi ........... , Atas permintaan pelajar ini akan..........’ 2. Kata kerja tingkah-laku  kata kerja dalam tingkah-laku ialah kata perbuatan yang membawa maksud tingkah-laku yang boleh diperhatikan.  Contoh: walaupun kita hendak pelajar kita menghargai sesuatu, tetapi mustahil kita mengetahui bila pelajar menghargai sesuatu.

 Langkah yang ternaik ialah membuat inferen terhadap pelajar  Kata

kerja

bermaksud

tingkah-laku perbuatan

ialah

yang

satu

boleh

perkataan

yang

diperhatikan

atau

pembinaan sesuatu produk yang boleh diperhatikan 3. Kriteria  pernyataan yang menjelaskan perlakuan tingkah-laku sebaik mungkin yang ditunjukkan oleh pelajar.  Dijelaskan dalam nombor yang mudah termasuk respon pelajar  Contoh: 

Dalam senarai 100 nombor yang disusun secara meningkat ( keadaan)



Pelajar dapat mengenal pasti ( kata kerja)



Sekurang-kurangnya sembilan nombor perdana ( kriteria)

 Objektif tidak menjelaskan secara khusus bilangan sembilan nombor yang mana dan meletakkan syarat sekurang-kurangnya sembilan nombor  Cara pelajar mengenal pasti tidak dinyatakan, ditentukan dalam penilaian  Pelajar boleh membulatkan, menonjolkan, melukis pada nombor tersebut dan sebagainya.  Kesimpulannya: penulisan objektif tingkah-laku yang baik adalah intipati sesuatu persediaan mengajar.  Objektif tingkah-laku haruslah jelas dan menerangkan hasil pembelajaran yang dikehendaki

KEMAHIRAN BERFIKIR  menghuraikan secara ringkas kemahiran berfikir yang digunakan dalam pengajaran  contohnya: pelajar menggunakan kemahiran berfikir melalui satu pengurusan grafik untuk menjelaskan kebaikan dan

kelemahan

antara

pengangkutan

udara

dengan

pengangkutan darat sebagai dua jenis pengangkutan

NILAI  nyatakan nilai implisit dan eksplisit yang diharapkan dapat dicapai oleh pelajar di akhir pengajaran  huraian ringkas terhadap pemerhatian mengenai

nilai

semasa melakukan kerja ketika pengajaran.

7.15.7

SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN

 menyenaraikan semua sumber bahan dan peralatan yang akan digunakan serta cara menggunakannya

PENYAMPAIAN  mengandungi dua bahagian : (a) induksi  bahagian pengenalan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah  untuk menggalakkan pelajar untuk memberi penumpuan terhadap pembelajaran topik yang baru  masa adalah pendek dan jarang mengambil masa lebih daripada 5 minit (b) aktiviti pengajaran pembelajaran  bahagian penting dalam persediaan mengajar  isi kandungan disusun dengan teliti kepada beberapa langkah yang berurutan berdasarkan kepada pelbagai prinsip pedagodi

 mengandungi huraian tentang teknik pengajaran  menyediakan ringkasan kepada pelajar  menyenaraikan semua bahan dan peralatan yang akan digunakan dan menghuraikan cara untuk menentukan sama ada pelajar mencapai objektif pengajaran

7.15.8

RUMUSAN

 perancangan dan membuat keputusan tentang pengajaran adalah antara aspek peling penting tentang pengajaran kerana ia adalah penentu utama pengajaran dan pelaksanaan  rancangan kerja ialah rancangan yang menunjukkan pengajaran untuk satu semester/tahun  perancangan unit adalah satu set pengajaran yang dihubungkan dengan beberapa prinsip yang tersusun, meliputi pengajaran beberapa hari dang minggu, mengandungi keseluruhan objektif untuk unit tersebut, isi kandungan utama untuk diselesaikan, tugasan dan penilaian  persediaan mengajar merujuk kepada unit pembelajaran yang berstruktur secara sistematik untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah  pengetahuan sedia ada merujuk kepada semua kebolehan yang relevan pengalaman atau pengetahuan yang pelajar telah tahu atau boleh melakukan untuk memastikan kejayaan sesuatu pengajaran  hasil pembelajaran adalah objektif pembelajaran tingkah laku yang menghuraikan apa yang pelajar boleh buat selepas selesai pengajaran  set

induksi

ialah

bahagian

pengenalan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran dalam bilik darjah  aktiviti pengajaran dan pembelajaran merupakan penyampaian utama bahagian sesuatu persediaan mengajar.  Kesimpulannya, aktiviti/ bahan akan digunakan untuk mengukuh dan melanjutkan pengajaran.

Related Documents