E
B
A H A N
T
B
A C A A N
A Z K I R A H
Bagaimanakah menentukannya?
Neraca Kebenaran dan Kebatilan
T yang haq?
idakkah kita sering menyifatkan percakapan-percakapan, pekerjaan-pekerjaan, buah-buah fikiran, aliran pemikiran dan sesuatu itu benar (haq) dan selain daripada itu sebagai batil (salah)? Lalu, daripada manakah pula datangnya kebatilan dan kebenaran, yakni, apakah cara penentuan yang batil dan
Jawapan: Sesungguhnya terhasilnya sifat haq itu adalah menurut kadar hubungannya dengan haq yang mutlak iaitu Allah Subha Nahu Wa Ta’ala dan memihak kepada-Nya serta meredhaiNya. Sementara sifat kebatilan pula adalah terhasil menurut kadar jauhnya daripada Allah Subha Nahu Wa Ta’ala, terputusnya hubungan dengan-Nya. Apa sahaja yang berpunca daripada Allah Subha Nahu Wa Ta’ala adalah haq dan apa yang datang selain daripada-Nya adalah batil. Apabila kamu mengetahui bahawa Allah adalah haq, maka ketahuilah bahawa firman-Nya juga adalah haq dan perbuatan-Nya adalah haq. Allah tidak pernah berfirman dan berbuat sesuatu yang batil dan salah. Oleh kerana itulah maka terdapat doa orang-orang yang berakal (ulil Albaab) sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah Subha Nahu Wa Ta’ala di dalam firman-Nya: “Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, atau duduk, atau dalam keadaan berbaring dan mereka berfikir
tentang kejadian langit dan bumi (seraya berkata); Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan segalanya ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka jauhilah kami daripada azab api neraka.” [Ali-Imran: 191]
Di sini, Al-Quran menjawab dalam bentuk menyangkal serta melahirkan rasa kehairanan terhadap mereka yang menyangka bahawa kejadian makhluk ini tidak ada apa-apa hikmah, kehidupan ini tiada matlamat serta sia-sia, tidak berguna dan batil, sedangkan perbuatan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala yang Maha Bijaksana adalah bersih daripada semua itu dan bersih juga daripada segala kebatilan. Firman Allah Subha Nahu Wa Ta’ala; “Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja yang sebenarnya.” [Al-Mu’minun: 115-116]
Firman-Nya lagi:
“Dan tidak Kami jadikan langit-langit dan bumi dan apa yang di antara keduanya (atas jalan) main-main. Kami tidak menciptakan keduanya melainkan dengan haq, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.” [Ad-Dukhaan: 3839]
Firman-Nya lagi: “Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya tanpa hikmah. Yang demikian itu adalah anggapan orang-orang kafir.” [Shaad: 27]
Apa sahaja yang telah diberitahu oleh Allah Subha Nahu Wa Ta’ala di dalam kitab-kitab-Nya melalui para Rasul-Nya adalah haq. Segala apa yang dijelaskan oleh Allah Subha Nahu Wa Ta’ala mengenai alam ghaib, kesudahan hidup dan akhirat adalah benar dan wajib dibenarkan serta diterima kebenarannya. Demikian juga apa-apa yang telah disyariatkan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala di dalam kitab-kitab-Nya dan perkhabaran para Rasul-Nya kesemuanya adalah haq. Firman Allah Subha Nahu Wa Ta’ala: “Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu (Al-Quran) sebagai kalimat yang benar dan adil.” [Al-An’aam: 115]
Segala apa yang dijelaskan oleh Allah Subha Nahu Wa Ta’ala mengenai alam ghaib, kesudahan hidup dan akhirat adalah benar dan wajib dibenarkan serta diterima kebenarannya, di mana berlakunya semua itu tidaklah mustahil sama sekali. Dengan ini, janji Allah Subha Nahu Wa Ta’ala itu adalah haq, mati itu adalah haq, berlakunya Hari Kiamat adalah haq, kebangkitan itu adalah haq,
perhitungan, syurga dan neraka itu adalah haq. Al-Quran menjelaskan: “Dan janji Tuhanmu itu adalah benar.” [Al-Kahfi: 98] “Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar.” [Luqman: 33] “Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari daripadanya.” [Qaaf: 19] “Dan mereka menanyakan kepadamu: “Benarkah (azab yang dijanjikan) itu?” Katakanlah: “Ya, demi Tuhanku sesungguhnya azab itu adalah benar dan kamu sekali-kali tidak boleh luput (daripadanya).” [Yunus: 53] “Dan (pada hari itu) kamu lihat tiap-tiap umat berlutut. Tiap-tiap umat dipanggil untuk (melihat) buku catatan amalnya. Pada hari itu kamu diberi balasan terhadap apa yang kamu kerjakan. (Allah berfirman): “Inilah kitab (catatan) Kami yang menuturkan terhadapmu dengan benar.” [Al-Jaatsiyah: 28-29]
Inilah hukum-hukum (penentuanpenentuan) yang disyariatkan oleh Allah kepada hamba-Nya agar mereka dapat mengatur hubungan di antara mereka dengan Allah atau di antara mereka dengan alam dan kehidupan atau di antara sesama mereka baik secara perseorangan, keluarga dan masyarakat. Ini semua adalah haq. Kita wajib berhukum dan patuh tunduk kepada-Nya serta wajib menerima keadilan-Nya sepertimana firman-Nya: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran supaya kamu mengadili di antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu.” [An-Nisa: 105] “Dan Kami telah turunkan kepadamu AlQuran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya iaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian (penyaksi) terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka
putuskanlah di antara mereka dengan apa yang diturunkan olah Allah dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan
kebenaran yang telah kepadamu.” [Al-Maidah: 48]
datang
Rujukan: Manusia & Kebenaran Menurut Islam, Syeikh Yusuf Al-Qaradawi