Negara Malaysia

  • Uploaded by: Syafiq Khir
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Negara Malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 3,913
  • Pages: 21
Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan makmur. Sejak penubuhan Malaysia pada tahun 1963, Malaysia terdiri daripada 14 buah negeri hingga ke hari ini. Kini Malaysia telah mencapai kemerdekaan yang ke-52. Di sini akan diceritakan tentang liku-liku yang diredahi bagi membentuk negara yang aman makmur ini. Antara tatapan yang akan dibentangkan adalah sejak era prasejarah, menyusuri zaman Melayu Melaka, seterusnya zaman pemerintahan kuasa British, dan lain-lain arus pemodenan yang direntangi.

Prasejarah Malaysia Prasejarah Malaysia terbahagi kepada tiga zaman. Zaman –zaman berikut mengharungi perubahan demi perubahan. Antaranya adalah, Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik dan Zaman Neolitik. Zaman ini menunjukkan bahawa manusia telah tahu cara hidup. Mereka telah mencipta kapak yang diperbuat daripada batu, membuat cincin, tembikar, lembing dan pelbagai lagi.

Kerajaan Gannga Negara Gannga Negara bererti “bandar di Ganges” dalam Sanskrit. Terkenal sebagai pedagang Hindu, mereka membina wilayah di Asia Tenggara sekitar 2000 tahun dahulu di lembah Mekong dan pelbagai lagi tempat lain di Asia.

Langkasuka Merupakan sebuah kerajaan Hindu Melayu silam yang berkedudukan di Pattani (dahulunya Kedah). Bersama Kerajaan Kedah Tua, kedua-dua kerajaan ini berkemungkinann merupakan kerajaan paling awal di Tanah Melayu. Sesetengah berpendapat, nama Langkawi diambil daripada nama Langkasuka.

Pan Pan Merupakan sebuah kerajaan Hindu yang dipercayai wujud sekitar tahun ketiga dan ketujuh masihi. Kerajaan ini dikatakan berada di salah satu kawasan antara Kelantan dan Terengganu sewaktu pemerintahannya.

Srivijaya Lokasinya di daerah yang sekarang dikenali sebagai Palembang di Sumatra. Pengaruhnya amat luas di atas Indonesia, Malaysia dan Filipina. Kerajaan Srivijaya pada mulanya berpegang kepada agama Hindu, kemudiannya beralih angin kepada agama Buddha. Srivijaya menyebarkan kebudayaan Melayu ke Sumatra, Semenanjung Melayu dan Borneo Barat. Kerajaan Srivijaya mula ditakluki berbagai kerajaan Jawa, mulanya Kerajaan Singkasari, kemudian Kerajaan Majapahit.

Kedah Tua Terletak di Kedah di Tanah Melayu. Kedah Tua dipengaruhi agama Buddha pada awalnya, diikuti agama Hindu. Bukti dikukuhkan dengan penemuan candi yang terletak di Lembah Bujang. Kerajaan Kedah Tua mencapai zaman kegemilangannya semasa pemerintahan Sultan alMutawakil. Bukti dapat dikukuhkan melalui penemuan wang perak, kaca yang dibawa dari Timur Tengah dan manik dari India

Majapahit Merupakan kerajaan yang ditubuhkan sekitar tahun 1293M hingga 1500M dan berpusat di Pulau Jawa, Sumatra Borneo, Sulawesi, Madura, Bali dan banyak wilayah di sekitar Nusantara.

Kesultana Melayu Melaka Diasaskan oleh Parameswara, seorang putera Palembang beragam Hindu, berasal dari Palembang. Melaka menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi sewaktu pemerintahan Sultan Muzaffar Shah. Hal ini demikian kerana, Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai yang beragama Islam pada zaman pemerintahannya. Kesultanan Melayu Melaka menyaksikan banyak kejayaan dengan kehadiran pedagang dari seluruh pelusuk dunia. Era Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama hampir satu abad sehinggalah Melaka ditewaskan di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada tahun 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultana Melayu Melaka. Pada tahun 1528, seorang putera baginda, Sultan Alaudin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarsi Kesultanan Melayu Melaka.

Kesultanan Johor Banyak peristiwa yang berlaku pada awal era Kesultanan Johor. Kejatuhan Sultan Mahmud Shah. Kekalahan baginda sultan di tangan Portugal bukannya di saat pertama menyerang, bahkan Portugis telah banyak kali menyerang, tetapi berakhir kekalahan. Akhirnya, pada tahun 1526, Portugis telah berjaya menewaskan Kesultanan Johor. Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Selat Melaka, ke Kampar, Sumatra tempat baginda mangkat. Banyak lagi boleh dibaca mengenai Kesultanan Johor, antaranya Perang Tiga Segi yang melibatkan Johor, Portugis dan Aceh. Kedua, kisah antara Belanda dan Melaka. Belanda bukanlah sekutu atau kawan Portugis dan ini menyebabkan Belanda bersekutu dengan Johor untuk memerangi Portugis di Melaka. Akhir sekali perang Johor-Jambi.

Raja Putih Merupakan sebuah dinasti pemerintahan sebuah keluarga orang putih di Sarawak iaitu keluarga Brooke. Raja Putih juga dikenali sebagai Rajah Sarawak atau Rajah Putih. Penggunaan kata Rajah adalah untuk membezakan gelaran keluarga diraja dengan keluarga Brooke. Sarawak ialah sebuah jajahan milik Kesultanan Brunei sehinggalah James Brooke (Raja Putih pertama Sarawak) mendapat tanah dan lama kelamaan Sarawak menjadi semakin besar. Selepas Perang Dunia II, Raja Putih Sarawak yang terakhir menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British. Gelaran Raja Putih diperolehi kerana keluarga Brooke merupakan orang putih jadi begitulah gelaran Raja Putih terhasil. Terdapat tiga orang Raja Putih, antaranya, James Brooke, Charles Brooke dan Charles Vyner Brooke.

Malaya British Kurang tepat diperihalkan sebagai sekumpulan negeri di Semenanjang Tanah Melayu yang dijajah oleh British dari abad ke-18 dan ke-19 sehingga abad ke-20. Sebelum pembentukan Malayan Union pada tahun 1946, tanah-tanah jajahan ini tidak diletakkan di bawah sebuah pentadbiran tunggal yang disatukan. Sebaliknya, Malaya British terdiri daripada Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dan Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu. Malaya juga merupakan salah satu negeri naungan British yang

paling menguntungkan disebabkan ia adalah pengeluar timah dan kemudiannya getah yang paling besar di dunia. Malayan Union dibubarkan dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos1957. Pada 16 September 1963, sebuah persekutuan yang lebih besar yang dikenali sebagai Malaysia dibentuk, bersama-sama dengan Sabah, Sarawak dan Singapura.

MALAYA BRITISH Perjanjian InggerisBelanda (1824)

Syarat-syarat PerjanjianInggeris-Belanda adalah seperti berikut :  Belanda mengiktiraf pertapakan Inggeris di Singapura.  Belanda akan menyerahkan melaka kepada pihak Inggeris dan sebagai balasannya pihak Inggeris pula akan memberikan bangkahulu kepada pihak Belanda.  Penghapusan lanun di kawasan Kepulauan Melayu adalah tanggungjawab kedua-dua belah pihak (Inggeris & Belanda).  Belanda tidak boleh membuat sebarang perjanjian atau terlibat didalam hal ehwal negeri-negeri Melayu.  Inggeris pula tidak boleh membuat sebarang perjanjian atau terlibat dalam hal ehwal mana-mana kerajaan di selatan Singapura, yang berada di bawah pengaruh pihak Belanda dan juga di Sumatera.

Kesan Perjanjian Inggeris Belanda  Pembahagian Kepulauan Melayu kepada dua lingkungan pengaruh iaitu pengaruh British dan Pengaruh Belanda.  Perpecahan Empayar Johor-Riau. Empayar Johor berakhir apabila Singapura dan Tanah Besar Johor jatuh ke tangan British dan Kepulauan Riau di bawah pengaruh Belanda. Persaingan kuasa di antara Belanda dengan British semakin sengit.

Perjanjian Burney (1826)

Adalah satu perjanjian ditandatangani antara Siam dan Pihak British pada 1826. Ia mengakui tuntutan Siam keatas empat negeri Melayu utara iaitu Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu. Perjanjian ini selanjutnya menjamin pemilikan Pulau Pinang bagi British dan memberikan hak kepada British untuk berdagang di Kelantan dan Terengganu tanpa ganguan Siam. Keempatempat negeri Melayu tidak diwakili dalam rundingan perjanjian ini. Pada tahun 1909, pihak dalam perjanjian tersebut menandatangani satu perjanjian baru yang menggantikan perjanjian 1826. Perjanjian 1909, dikenali sebagai Perjanjian Anglo-Siam 1909, atau juga sebagai Perjanjian Bangkok 1909, memindahkan keempat-empat negeri Melayu daripada Siam menjadi wilayah British.

Penempat an Selat Negerinegeri Selat (18261846)

Penempatan Selat koloni diraja Britain diwujudkan pada 1826. Negeri-negeri Selat ini terdiri dari negeri Pulau Pinang, Melaka, Singapura dan Dinding. Kesemua negeri ini dahulunya di bawah jajahan takluk British. Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Pulau pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor sementara Melaka dan Singapura ditadbir oleh Residen. Pada tahun 1826, ketiga-tiga negeri tersebut digabungkan bagi membentuk Negeri-negeri Selat.

Perang Kelang – Perang Saudara Selangor (18671874)

Perang Kelang ataupun Perang Saudara Selangor berlaku dari tahun 1867 ke 1874 dan ia bermula dengan perbalahan di antara Raja Abdullah bin Raja Jaafar dan Raja Mahdi bin Raja Sulaiman.

Perjanjian Pangkor (1874)

Ditandatangani pada 20 Januari 1874 di antara Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir Andrew Clarke di pihak Inggeris dan Raja Muda Abdullah yang berkuasa di Hilir Perak bersama-sama dengan pembesar-pembesar yang menyokong baginda iaitu Bendahara, Temenggung, Orang Kaya Menteri, Shahbandar, Raja Mahkota, Laksamana dan Dato' Sagor. Perjanjian ini memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan negeri Perak, satu kesilapan yang telah dilakukan oleh Raja Abdullah dan membuka kepada campur tangan Inggeris secara rasmi dalam urusan negeri Melayu. Perjanjian ini telah ditandatangani di atas kapal HMS Pluto yang berlabuh di Selat Dinding, iaitu di kawasan perairan di antara Lumut dan Pulau Pangkor. Dengan persetujuan Sultan Abdullah juga, Gabenor Sir Andrew Clarke berani bertindak menjalan dan menurunkan Sultan Ismail yang berkuasa di Hulu Perak dan bersemayam di Tanjong Belanja, Parit, daripada pangkat sultan tetapi membenarkan Sultan Ismail memakai gelaran "Sultan Muda" dengan memberi pencen 1,000 ringgit tiap-tiap bulan. Che Ngah Ibrahim tidak lagi diakui sebagai pemerintah Larut.

Negerinegeri Melayu Bersekutu (1895)

Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah sebuah sistem persekutuan untuk empat negeri Semenanjung Tanah Melayu iaitu Pahang,Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan. Sistem ini dilaksanakan oleh pihak British pada tahun 1895 dan ia bertahan sehingga tahun1946, apabila ia bersama-sama dengan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu digabungkan bagi membentukMalayan Union. Dua tahun kemudian, Malayan Union dibatalkan dan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan. Akhirnya pada tahun1963, Malaysia diasaskan dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura. Pihak British bertanggunjawab dalam hal ehwal luar negeri dan keselamatan sementara negeri-negeri bertanggungjwab dalam polisi domestik. Walau bagaimanapun, pihak sultan pada realitinya hanya berkuasa dalam hal ehwal agama Islam dan adat resam. Pihak negeri terpaksa mengikut nasihat yang diberikan oleh Residen Jeneral. Ibu kota persekutuan ialah Kuala Lumpur yang ketika itu merupakan sebahagian daripada Selangor. Residen Jeneral pertamanya ialah Sir Frank Swettenham.

Negerinegeri Melayu Tidak Bersekutu (abad ke19 - 1946)

Adalah sekumpulan lima buah Negeri-negeri Melayu. Negerinegeri itu ialah Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis. Kumpulan ini tidak menggambarkan negeri-negeri berikut sebagai satu entiti tetapi hanyalah sebagai satu terma untuk menerangkan tentang negeri-negeri Melayu berkenaan. Johor menandatangani Perjanjian perlindungan pada tahun 1885 dan akhirnya tunduk kepada tekanan untuk menerima Penasihat British pada tahun 1904. DibawahPerjanjian Bangkok 1909, Siam (kini Thailand) memindahkan hak-hak mereka terhadap Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada pihak British. Pihak British kemudiannya memaksa negeri-negeri Melayu berkenaan menandatangani perjanjian seperti perjanjian

dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pegawai kanan pentadbiran koloni British disitu dikenali sebagai "Penasihat".

Perjanjian InggerisSiam (1909)

Dikenali juga sebagai Perjanjian Bangkok 1909 atau Perjanjian Anglo Siam 1909. Perjanjian ini diadakan di Istana Raja Thailand di Bangkok yang diusahakan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu Sir John Anderson. Britain tidak dapat bertangguh lagi untuk menguasai seluruh Tanah Melayu kerana negeri-negeri ini kaya dengan bijih timah dan sesuai ditanam dengan getah. Tambahan pula negeri-negeri Melayu ini amat sesuai disatukan kerana mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu sama dari segi bahasa, agama, bangsa, cara hidup, kebudayaan dan lain-lain.

Pertempur an Pulau Pinang (1914)

Berlaku pada 28 Oktober 1914, semasa Perang Dunia I. Ia merupakan pertempuran laut di Selat Melaka, dalam mana penjajah Jerman SMS Emden menenggelamkan dua kapal perang Pihak Berikat. Pada masa itu, Pulau Pinang merupakan sebahagian daripada Negeri-negeri Selat, sebuah Koloni Mahkota British. PUlau Pinang merupakan sebuah pulau di persisiran pantai barat Malaysia (ketika itu dikenali sebagai Malaya). Ia terletak berhampiran dengan tanah besar. Bandar utama Pulau Pinang, George Town, merupakan pelabuhan. Pada awal bulan pertempuran, ia digunakan oleh tentera laut dan kapal dagangan pihak Berikat. Tidak lama selepas perperangan meletus, Skuardan Asia Timur Jerman meninggalkan pengkalannya di Tsingtao, China. Skuardan tersebut berpecah dan sebuah kapal, SMS Emden, di bawah Korvettenkapitän (Lt. Kommander) Karl von Müller, meneruskan misi menyerbu secara solo. Pada awal pagi 28 Oktober 1914, Emden muncul di persisiran jalan George Town dan menyerang pelabuhan dan kapal yang berlabuh di sana. Sebelum sebarang kapal tentera sempat bertindak balas, penjajah Russia Zhemchug, di torpedodan ditenggelamkan. Kapal pembinasa Perancis Mosquet bertindak mengejar Emden tetapi turut menjadi mangsa dan ditenggelamkan oleh kapal Jerman tersebut.

Emden meneruskan misi menyerbu selama beberapa minggu lagi, sebelum akhirnya ditenggelamkan dalam Pertempuran Cocos.

Borneo Utara (North Borneo) merupakan satu negeri naungan British di bawah Kompeni Berpiagam Borneo Utara pada 1882-1946, dan kemudian menjadi tanah jajahan British 1946-1963. Ia terletak di bahagian timur laut pulau Borneo dan kini dikenali sebagai Sabah sejak menyertai gagasan Malaysia.

Datu Mat Salleh Lebih dikenali dengan mudah sebagai Mat Salleh, merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam penentangan yang hebat terhadap penjajahan British di Sabah. Beliau pernah mengisytiharkan daerah Tambunan sebagai daerah di bawah kekuasaannya. Mat Salleh ialah anak kedua dalam sekeluarga empat adik-beradik daripada suku Suluk Paitan. Ibunya daripada suku Bajau. Abangnya bernama Ali, sedangkan adikadiknya bernama Badin dan Bolong. Isteri Mat Salleh yang bernama Dayang Bandang berasal daripada keluarga Kesultanan Sulu dan berkampung di Pengalaban, Paitan.

Pendaratan Jepun di Tanah Melayu Berlaku secara sepantas kilat. Tempoh antara waktu konvoi Jepun berlepas dari Saigon,Indochina Perancis menuju ke arah selatan pada 6 Disember 1941 sehingga pendaratannya di Kota Bharu, Kelantan pada 8 Disember1941 cuma mengambil masa tiga hari. Mitos keunggulan ketenteraan British di Timur Jauh dimusnahkan dalam tempoh 69 hari sewaktu Singapura, yang merupakan pusat pangkalan Tentera British di Timur Jauh, melutut kepada kekuatan pihak Jepun pada 15 Februari 1942.

Pembunuhan beramai-ramai Parit Sulong Berlaku pada 23 Januari 1942 yang dilakukan oleh anggota Division Pengawal Imperial (Imperial Guards Division) dari Tentera Imperial Jepun terhadap tentera berikat semasa penaklukan Tanah Melayu ketika Perang Dunia II. Beberapa hari sebelumnya, tentera Berikat telah menyerang hendap tentera Jepun berhampiran Gemas dan meletupkan jambatan di situ dalam pertempuran Jambatan Gemencheh.

Pertempuran Singapura

Merupakan pertempuran yang berlaku di pentas Asia Tenggara dalam Perang Dunia II apabila Jepun menjajah kubu kuat Pihak Berikat di Singapura. Pertempuran di Singapura bermula dari 7 Februari 1942 – 15 Februari 1942 dan mengakibatkan kejatuhan Singapura ke tangan Jepun dan penyerahan diri terbesar anggota tentera diketuai British dalam sejarah. Sekitar tentera 80,000 India, Australia dan British menjadi tahanan perang, bergabung dengan 50,000 yang ditawan dalam penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

Syburi Syburi (Thai: ไทรบุร)ี ) adalah nama bagi negeri Melayu Kedah yang diberikan oleh raja Siam ketika penjajahan Jepun keatas British Tanah Melayu semasa Perang Dunia II. Pada Julai 1943, Perdana Menteri Jepun Hideki Tojo mengumumkan bahawa Kedah (bersama dengan Perlis, Kelantan dan Terengganu) akan diserahkan kepada Siam sebagai sebahagian daripada satu Perjanjian Persahabatanyang ditandatangani oleh Siam dan Jepun pada permulaan Perjuangan Tanah Melayu. Terdahulu, pada tahun 1941, Siam telah bersetuju untuk membenarkan pasukan tentera Jepun untuk merentasi Siam ke Tanah Melayu. Daripada 18 Oktober 1943 hingga penyerahan Jepun di penghujung perang, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis terletak di bawah pentadbiran Siam. Selepas Jepun menyerah kalah, Kedah dan tiga negeri lain telah dipulangkan kembali pada British. Orang dilahirkan di Syburi dianggap rakyat Baginda Thailand; oleh itu, orang yang telah lahir di sana dan sekarang tinggal di keadaan Kedah adalah dibenarkan untuk membeli tanah dan hidup di Thailand walaupun dari segi teknik, kini mereka tinggal sebagai Rakyat Malaysia.

Kawat Kematian Sandakan Adalah kejadian paling buruk diketahui dalam siri kejadian yang mengakibatkan kematian sehingga 6,000 orang awam hamba kerahan Indonesia dan tahanan perang pihak Berikat, yang ditahan oleh Empayar Jepun semasa Perang Pasifik semasaPerang Dunia II, di kem penjara di Borneo Utara. Dari keseluruhan tahanan yang ditawan di kem tersebut semasa perbarisan, hanya 6 yang diketahui terselamat selepas perperangan. Pada 1942, orang awam Indonesia, diimport dari pulau Jawa, bersama tahanan perang Australia dan British, yang telah ditahan semasa kejatuhan Singapura, dihantar melalui kapal ke Borneo Utara, untuk membina padang terbang di Sandakan. Seperti pada landasan kereta api Burma, tahanan dipaksa bekerja keras dengan diacukan senapang kepada mereka, sering dipukul dan tidak menerima makanan serta ubatan yang cukup. Mereka terus ditahan walaupun kerja pembinaan telah siap. Ramai yang mati. Pada awal 1945, apabila Pihak Berikat makin hampir, komandan kem Kapten Susumi Hoshijima memutuskan untuk memindahkan baki tahanan ke pedalaman di Ranau, kira-kira 250 kilometer (160 batu). Tahanan Australia dan Indonesia ini telah dikerah oleh tentera Jepun untuk berjalan dari Sandakan di pantai timur ke Kota Kinabalu di pantai barat. Dalam perjalanan tersebut, lebih 1000 orang telah maut akibat keletihan, kebuluran dan penyakit. Sebagai memperingati peristiwa ini, kerajaan Australia telah mendirikan Tugu Peringatan perang bertempat di Kundasang Ranau.

Malayan Union Ditubuhkan pada 1 April 1946 selepas Perang Dunia II merupakan sebuah gabungan Negeri-Negeri Melayu dengan Negeri-Negeri Selat (tanpa Singapura) untuk menjadi pengganti British Malaya.

Persekutuan Tanah Melayu Merupakan sebuah persekutuan 11 negeri di Tanah Melayu. Ia dibentuk pada 31 Januari 1948 oleh sembilan Negeri-Negeri Melayu dan dua penempatan British Pulau Pinang dan Melaka.

Darurat Tanah Melayu Merupakan darurat yang telah diisytiharkan oleh kerajaan British di Malaya dari tahun 1948 hingga tahun1960. Darurat ini diikuti dengan penarikan hakhak sivil, pemberian kuasa istimewa kepada pihak polis, dan langkah-langkah lain yang bertujuan untuk mengongkong kegiatan politik haluan kiri, terutamanya Parti Komunis Malaya (PKM). Perang gerila merupakan sebahagian daripada konflik yang sedang berlaku antara PKM dan parti haluan kiri yang lain dengan kerajaan British bermula dari penyerahkalahan Jepun pada tahun 1945 sehingga penandatanganan perjanjian damai antara komunis dengan kerajaan Malaysia pada Disember 1989.

Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong Adalah kesan kekejaman pengganas komunis semasa keadaan darurat selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950. Dalam kejadian tersebut, para anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru. Dalam mempertahankan balai polis Bukit Kepong, 17 orang anggota telah terkorban.

Rundingan Damai Baling Merupakan perundingan di antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Parti Komunis Malaya(PKM). Rundingan ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Tunku Putera, Baling, Kedah Darul Aman, Malaysia pada 28 dan 29 Disember 1955. Rombongan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, David Marshall danHamid Jumat sementara rombongan PKM terdiri daripada Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin.

Hari Kebangsaan Malaysia Disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun. Pada 31 Ogos 1957, Malaysia telah menyambut ulangtahun hari kemerdekaan yang ke-50. Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka. Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putrajaya. Bangunanbangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalaur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan merupakan hari cuti am di Malaysia.

Malaysia (Jawi: ‫ )مليسيا‬ialah sebuah negara persekutuan yang terletak di Asia Tenggara. Malaysia mempunyai dua kawasan utama yang terpisah oleh Laut China Selatan; iaitu Semenanjung Malaysia, bersempadankan Thailand di utara dan Singapura di selatan; dan Malaysia Timur, bahagian utara Pulau Borneo yang bersempadan dengan Indonesia di selatan dan Brunei di utara. Malaysia adalah salah satu negara perintis ASEAN.

Konfrontasi Indonesia-Malaysia

Merupakan satu penentangan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia yang bermula dari tahun 1962 hingga 1966. Penentangan ini telah dilakukan oleh Presiden Sukarno kerana cita-cita tingginya untuk menubuhkan Indonesia Raya yang mencantumkan Tanah Melayu dengan Indonesia terhalang akibat daripada pengisytiharan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.

Penyingkiran Singapura Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil secara perseorangan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau di London pada tahun 1965. Ketika itu Tunku Abdul Rahman bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik di London.

Peristiwa 13 Mei Berlaku pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) Merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato’ Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:  mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan  mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasaional (DPN) pada 1991. Walaupun begitu elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.

Operasi Lalang atau Weeding Operation atau Ops Lalang Dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh polis Malaysia / Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik 1987. Dalam Operasi Lalang ini, 106 ahli politik terutama parti pembangkang

ditahan di bawah ISA dan pembatalan dua akhabar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan.

Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 Merupakan satu siri peristiwa yang dicetuskan oleh pemilihan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1987 yang berakhir dengan penggantungan perkhidmatan dan kemudiannya penyingkiran Ketua Hakim Negara Tun Mohamad Salleh Abas dari jawatannya yang dijamin tidak boleh dipecat oleh Perlembagaan Malaysia. Pemecatannya oleh Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir bin Mohamad telah diperlihatkan sebagai satu penyekatan terhadap kebebasan kehakiman yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia.

al-Ma'unah Adalah sebuah organisasi pengganas militan di Malaysia yang terkenal dengan keberaniannya melakukan pencerobohan nekad ke atas sebuah kem Rejimen Askar Wataniah pada subuh 2 Julai 2000 dan melarikan sejumlah besar senjata api daripada stor persenjataan. Kumpulan tersebut kemudiannya mendirikan pangkalan rahsianya di kawasan hutan berhampiran perkampungan di Sauk, Perak dan terlibat dalam pertempuran di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

Perhimpunan Bersih 2007 Bertempat di Dataran Merdeka telah diadakan pada hari Sabtu, 10 November 2007 . Perhimpunan ini tidak mendapat permit Ibu pejabat Polis Kontingen Kuala Lumpur. Ia telah dianjurkan oleh pertubuhan BERSIH yang turut disertai pelbagai parti pembangkang, NGO dan pertubuhan lain. Matlamat perhimpunan ini ialah untuk menuntut pilihan raya yang adil. Perhimpunan ini disertai oleh 10,000-40,000 orang. Bersih menganjurkan perhimpunan ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur , Malaysia dengan sasaran 100,000 orang bagi menyerahkan memorandum kepada Yang diPertuan Agong di Istana Negara di Jalan Tuanku Syed Putra. Memarandum ini berkaitan dengan pendakwaan bahawa pilihan raya umum Malaysia lalu kendalian Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) tidak bersih dan menyebelahi kerajaan Barisan Nasional. BERSIH menggunakan slogan "Gelombang Kuning". Ketika perhimpunan ini diadakan, semua peserta memakai baju berwarna kuning. Amalan ini mirip dengan Orange Revolution di Ukraine, yang juga merupakan gerakan yang menuntut keadilan pilihan raya.

Esei sempena kemerdekaan Malaysia yang ke-52 Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-52. Lama dah negara ni dibentuk. masih lagi dalam kategori negara membangun, syukur alhamdulillah. Bermula dari era Tunku (Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama, tahun memerintah 19571970), pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 merupakan satu pencapaian yang teragung. selain sinonim dengan panggilan Tunku, beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia". Tun Abdul Razak (Perdana Menteri kedua, tahun memerintah 1970-1976), termahsyur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (NEP) (1971) yang bertujuan untuk menangani masalah ekonomi dan sosial. selepas pemergiannya, beliau dikenang sebagai "Bapa Pembangunan". beliau dilihat sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum. tindakan beliau (Tun Hussein Onn, Perdana Menteri ketiga, tahun memerintah 1976-1981) telah menjadikan Malaysia sebagai negara berbilang kaum hingga ke hari ini. beliau akan terus dikenang sebagai "Bapa Perpaduan". "Dr. M" seperti yang sedia maklum, beliau adalah mantan Tun Dr. Mahathir Mohamad (Perdana Menteri keempat, tahun memerintah 1981-2003) telah memberi banyak impak terhadap negara Malaysia. beliau memimpin negara ke arah arus kemodenan yang amat deras dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia. beliau merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang bersifat kontroversi. Tun juga dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega pada era pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Lapangan Terbang Kuala Lumpur, (Kuala Lumpur International Airport/KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC). Dr. M terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia", negarawan yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. gelaran Tun dianugerahkan pada tahun 2005, pangkat tertinggi di Malaysia. Pak Lah (Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri kelima, tahun memerintah 2003-2009) telah mewarisi kepimpinan Tun Dr. M. Pak Lah telah mengemukakan Islam Hadhari, satu tafsiran Islam yang mengatakan bahawa perkembangan ekonomi dan teknologi adalah secocok dengan ajaran Islam. Tahun kemerdekaan Malaysia ke-52 jatuh di tangan Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Haji Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak. marilah kita sama-sama memeriahkannya bersama mengiringi slogan "Satu Malaysia".

Sumber Rujukan • Wikipedia • Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 • Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 • capek22.blogspot.com

Related Documents

Negara Malaysia
May 2020 30
Malaysia Negara Hibrid.docx
December 2019 34
Bank Negara Malaysia
June 2020 23
Negara
May 2020 35

More Documents from ""

Negara Malaysia
May 2020 30
Caracter Of
April 2020 23
Folio Sejarah
April 2020 22
Luyuan Quotation
November 2019 21