Kgt_petempatan&perkembangan_pmr09

  • Uploaded by: syafiq
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kgt_petempatan&perkembangan_pmr09 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,996
  • Pages: 19
1. Tajuk Kajian

PETEMPATAN DAN PERKEMBANGAN DI AMPANG TASIK PERMAI ( TAMAN PERMAI JAYA) DAN PERBANDINGAN DENGAN BANGKOK, THAILAND.

1

2. Senarai Kandungan

BIL TAJUK 1. TAJUK KAJIAN 2.

SENARAI KANDUNGAN

3.

PENGHARGAAN

4.

PENDAHULUAN

5.

OBJEKTIF KAJIAN

6.

KAWASAN KAJIAN

7.

KAEDAH KAJIAN

8.

DAPATAN KAJIAN

9.

RUMUSAN

10.

LAMPIRAN

11.

RUJUKAN

MUKA SURAT

2 3. Penghargaan.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya akhirnya saya dapat juga menyiapkan Kerja Kursus Geografi ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Saya juga dapat menyiapkannya tanpa sebarang masalah yang boleh mengendalakan perjalanan ketika menyiapkan Kerja Kursus Geografi (KKG) ini. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Tuan Haji Gazi bin Samsuddin, Pengetua Maktab Rendah Sains Mara Serting diatas dorongan yang diberi untuk menyiapkan Kerja Kursus ini. Tidak lupa juga kepada Puan Zunida binti Abdul Rahman selaku guru matapelajaran Geografi Tingkatan 3 2009 yang telah banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar serta panduan ketika menyiapkan Kajian Geografi Tempatan ini. Sekalung jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu, Salina binti Hj.Mohd Yusop, ayah, Shamsul b. Majid, serta ahli keluarga lain yang telah banyak memberi sokongan dari segi kewangan mahupun pengetahuan dalam mencari bahan rujukan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain, iaitu, Muhammad Anas bin Abdul Malik dan juga ahli-ahli kelas yang lain kerana telah banyak beri kerjasama dengan berkongsi pengetahuan dan tunjuk ajar. Akhir sekali, tidak lupa juga kepada orang-orang sumber yang juga maklumat terpenting dalam menjayakan kajian ini iaitu, terdiri daripada , penduduk di Taman Permai Jaya.

3

4. Pendahuluan Saya, Muhamad Syafiq bin Shamsul merupakan salah seorang pelajar Tingkatan 3 di Maktab Rendah Sains Mara, Serting. Tajuk yang telah saya dan rakanrakan Tingkatan 3 terima untuk kerja kursus geografi bagi persediaan kerja sekolah ialah Petempatan dan Perkembangan bagi satu kawasan kajian. Kawasan saya menjalankan kajian ini ialah kawasan Ampang Tasik Permai. Manakala kawasan kajian yang saya hendak bandingkan pula ialah kawasan Bangkok di Thailand. Tujuan saya memilih kawasan Ampang Tasik Permai ini adalah kerana kawasan ini merupakan kawasan tempat tinggal saya. Ekoran itu, kawasan ini memudahkan lagi saya menjalankan kajian ini. Manakala, kawasan kajian bandingan saya iaitu Bangkok, Thailand kerana saya amat tertarik untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang kawasan tersebut. Tempoh kajian yang diberikan kepada saya serta rakan seperjuangan saya yang lain adalah dari bulan Februari hingga Julai. Saya melakukan tugasan ini pada musim cuti persekolahan.

4

5. Objektif Kajian

Terdapat beberapa objektif kajian yang didapati sepanjang menyiapkan Kerja Kursus Geografi (KKG) ini. Antaranya ialah :I.

Mengenal pasti jenis dan pola petempatan di Ampang Tasik Permai dan 5actor bandingan di Bangkok, Thailand..

II.

Mengenal pasti 5actor yang mempengaruhi perkembangan petempatan di Ampang Tasik Permai dan Bangkok, Thailand.

III.

Mengkaji fungsi petempatan di Ampang Permai dan Bangkok, Thailand.

IV.

Mengenal pasti masalah petempatan di Ampang Permai dan Bangkok, Thailand.

V.

Mencadangkan langkah-langkah mengatasi masalah petempatan di Ampang Permai dan Bangkok, Thailand.

VI.

Saya bersyukur menjadi penduduk di petempatan ini kerana petempatan ini maju dalam semua sektor.

5

6. Kawasan Kajian

Kawasan kajian yang saya pilih adalah Ampang Tasik Permai dan fokus kajian di Taman Permai Jaya. Kawasan kajian saya ialah di sekitar SMK Taman Tasik, dan di sekitar perumahan di Taman Permai. Kawasan ini terletak di pinggir bandar dan bersempadan daerah Hulu Langat. Kawasan ini merupakan bekas aktiviti pelombongan. Tambahan pula kawasan ini sesuai untuk petempatan perumahan. Tiada aktiviti pertanian di sekitar kawasan ini tetapi terdapat beberapa aktiviti perniagaan di jalankan di sini. Kawasan petempatan di ini di bina di kawasan yang rata. Kawasan ini terletak di bawah pentadbiran Majlis Pembandaran Ampang Jaya. Iklim di kawasan kajian ialah panas dan lembap sepanjang tahun. Kawasan ini terletak di pinggir Kuala Lumpur dan jaraknya lebih kurang 15 km. Tambang bus dari rumah saya adalah RM 1.00. Jaringan pengangkutan di kawasan kajian baik iaitu bas dan juga LRT.

6

7

8

7. Kaedah Kajian Dalam kajian yang telah dilakukan oleh saya, antara kaedah-kaedah yang telah digunakan ialah : 1. Pemerhatian. Saya telah melawat kawasan kajian saya bersama-sama keluarga dan rakan saya untuk melihat kegiatan jenis-jenis ekonomi, pandang darat, dan jenis perumahan di kawasan tersebut. Maklumat yang diperhatikan saya catat di bukau catatan.

2. Temu bual. Saya juga sempat untuk menemu bual beberapa orang penduduk di kawasan Ampang Tasik Permai bagi mendapatkan maklumat-maklumat penting.

3. Soal selidik. Saya telah membuat soal selidik di kawasan kajian serta penduduk-penduduk kampung berdekatan.

4. Rujukan. Saya telah merujuk bahan bahan bacaan seperti Buku Teks Geografi Tingkatan 3 dan buku rujukan sasbadi untuk mendapatkan maklumat mengenai petempatan. 5. Internet Saya juga telah melayari internet untuk mendapatkan mal=klumat mengenai Ampang tasik permai dan Bangkok, Thailand. Sya telah mendapat pete Negara Thailand melalui internet.Kesemua maklumat yang di perolehi telah digunakan untuk menulis laporan. 9

8. Dapatan Kajian

8.1

Jenis dan pola petempatan Ampang Tasik Permai merupakan satu petempatan yang didiami oleh

penduduk yang berbilang kaum. Taman ini merupakan petempatan pinggir Bandar. Ini dapat di lihat apabila pelbagai jenis perniagaan dan beberapa perkilangan yang giat dijalankan. Bentuk muka bumi yang rata dapat mempengaruhi pembinaan petempatan. Pola petempatan di Ampang Tasik Permai ialah pola berkelompok. Ini disebabkan petempatan ini terletak di persimpangan jalan raya dan petempatan ini dikelilingi oleh kedai, sekolah, dan lain-lain lagi. Manakala jenis petempatan di Bangkok, Thailand pula adalah petempatan Bandar. Ini dapat di lihat apabila banyak banggunan di bina di sekitar kawasan Bangkok, Thailand dan kawasan perumahan yang dikelilingi dengan pelbagai banggunan seperti sekolah, perpustakaan, medan selera, dan macam-macam lagi. Pola petempatan di nagara itu pula ialah pola berjajar. Ini dapat di lihat apabila petempatan di Bangkok, Thailand di bina selari dengan sungai.Selain itu terdapat juga perniagaan yang giat di jalankan di Sungai Menom Chao Pharya. Saya berasa amat bersyukur kerana tinggal di kawasan kajian.

10

8.2

Faktor yang mempengaruhi petempatan. Faktor petempatan yang mempengaruhi di kawasan kajian antaranya adalah

bentuk muka bumi yang rata. Ini membolehkan pelbagai pembinaan dapat didirikan seperti rumah kedai, rumah dan lain lain lagi. Petempatan Ampang Tasik Permai di bina di atas kawasan perlombongan yang terbiar. Ini juga boleh mempengaruhi dalam faktor petempatan kerana terdapat beberapa petempatan sebelum petempatan berkembang maju. Kegiatan perniagaan dan perkilangan yang giat dijalankan.Ini membolehkan petempatan menjadi ramai. Manakala faktor yang mempengaruhi petempatan di Bangkok antaranya adalah bentuk muka bumi yang rata dan luas. Ekoran itu, banyak pembinaan banggunan dan prasanara yang boleh di dirikan dikawasan tersebut. Ini menyebabkan Bangkok menjadi maju dan menjadi tumpuan penduduk. Selain itu tahap ketersampaian ke Bangkok tinggi kerana terdapat pelbagai alternatif untuk ke sana seperti pengangkutan awam, bas, kereta, teksi dan sebagainya. Selain itu, pembinaan jalan-jalan raya juga memudahkan perjalanan ke kota tersebut. Bangkok merupakan pusat perlabuhan dan perlancongan.

11

8.3

Fungsi petempatan Fungsi utama petempatan di kawasan Ampang Tasik Permai antaranya

adalah dari segi perniagaan. Kegiatan perniagaan ini dilakukan di sekitar kawasan perumahan seperti kedai-kedai runcit, restoran, bengkel kereta dan lain-lain. Fungsi kedua pula adalah pendidikan. Ini dapat dilihat apabila terdapat beberapa buah sekolah. Contohnya Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Permai. Fungsi ketiga pula adalah pengangkutan dan perhubungan. Kegiatan ini di sekitar Ampang Tasik Permai. Contohnya perhentian bas di sekitar taman permai. Tedapat beberapa kilang di kawasan kajian. Ini dapat menyumbangkan kepada ekonomi negara. Fungsi petempatan di Bangkok pula tertumpu kearah aspek perindustrian. Ini dapat dilihat apabila banyak kilang-kilang perindustrian yang terdapat di bandar ini termasuk kilang mengisar padi, kilang simen, loji pembersih minyak dan lain-lain. Industri pelancongan juga merupakan salah satu sumber pendapatan yang penting di Thailand. Ini di sebab kan terdapat beberapa tempat yang boleh menarik pelancong seperti kompleks Istana agung yang menjadi destinasi popular dari pelancong.Aspek perdagang berfungsi untuk meningkatkan ekonomi di Thailand. Ini dapat dilihat apabila Sungai Chao Phraya berfungsi sebagai sebuah perlabuhan yang maju.Saya bersyukur di lahirkan di Malaysia kerana di sini terdapat pelbagai kemudahan yang lengkap.

12

8.4

Masalah petempatan

.

Masalah dalam petempatan di Ampang Tasik Permai adalah yang pertama

pencemaran bunyi dan udara. Contohnya pencemaran bunyi. Ianya dapat di kesan apabila banyak kenderaan lalu di jalan raya dan kerja-kerja pembinaan yang giat di jalankan. Manakala pecemaran udara pula dapat di kesan semasa kesesakan lalu lintas berlaku dan menyebabkan asap kenderaan keluar dengan berleluasa. Masalah kedua adalah kesesakan lalu lintas. Ini disebabkan ramai orang bekerja di Bandaraya Kuala Lumpur. Masalah jenayah juga sering berlaku. Hal ini demikian kerana, kebanyakan kes kecurian ini sering berlaku di kawasan yang sunyi, kurang berpenduduk dan ketika penghuni rumah sedang tidur. Pencemaran udara merupakan masalah yang besar di Bangkok dan ini disebabkan oleh kesesakan lalulintas yang sering berlaku di bandar itu. Masalah kedua adalah jenyah penjualan barang-barang cetak rompak (kebanyakannya perisian komputer dan cakera DVD) yang berleluasa di Bangkok. Tempat popular untuk membeli barang-barang ini adalah di Pantip Plaza. Bongkok juga mengalami masalah pulau haba Bandar dan ini di sebabkan pembinaan banggunan pencakar langit yang berleluasa dan kekurangan pokok. Pembinaan banggunan boleh menjejaskan hutan dan menyebabkan kepupusan flora dan fauna.Sebagai penduduk di sini, kita mestilah perihatin terhadap isu-isu atau masalah yang melanda di petempatan kita.

13

Bilangan masalah penduduk di Ampang Tasik Permai.

Perkara Kesesakan lalu lintas Pencemaran Jenayah ( mencuri ) Lain-lain

Bilangan 7 orang 6 orang 5 orang 2 orang

Bilangan masalah penduduk di Ampang Tasik Permai

8 6 4

kesesakan lalu lintas pencemaran jenayah (mencuri) lain-lain

2 0

14

8.5

Langkah mengurangkan masalah petempatan Langkah untuk mengatasi masalah di atas adalah dengan cara menambah

kemudahan awam. Kerajaan juga haruslah menambah jaringan pengangkutan. Contohnya seperti pengangkutan udara, ataupun kemudahan keretapi. Ini dapat meningkatkan tahap ketersampaian. Selain itu, kerajaan digalakkan membuat kempen untuk kesedaran masyarakat untuk kesedaran masyarakat agar mengetahui bahayanya pencemaran udara yang berlaku yang akan mengakibatkan penipisan ozon serta jerebu, hal ini berkemungkinan besar dapat mengurangkan pencemaran ini dari terus meningkat. Menguatkuasakan undang-undang dapat mengurangkan jenayah yang kian berlaluasa di petempatan kita. Selain itu, pihak kerajaan juga haruslah mengawal petempatan dengan lebih cekap .Ini bertujuan untuk menjaga keselamatan penduduk di petempatan ini. Langkah mengurangkan masalah di Bangkok adalah dengan pembinaan lebuh raya dua tingkat yang boleh selesaikan masalah lalulintas ini. Mengadakan kempen juga dapat mengurangkan pencemaran dri terus meningkat.sebagai contoh, dengan megadakan kempen penanaman pokok supaya dapat mengelakkan berlakunya pulau haba. Penampalan poster juga boleh meningkatkan kesedaran kepada penduduk terhadap alam sekitar. Ini bertujuan untuk mengenali masalah yang sedang melanda di Bangkok. Menguat kuasa undang-undang dapat mengurangkan gejala penjualan barang cetak rompak. Pihak berkuasa juga haruslah memerhati sikap penduduk yang sering melakukan jenayah. Saya bersyukur kerana pihak kerjaan telah berusaha mengambil langkah untuk mengurangkan kemelut ini.

15

Mengadakan kempen kesedaran

Ubah sikap penduduk

LANGKAH LANGKAH MENGURANGANKAN MASALAH

Kuatkuasa undangundang

16

Tambah jaringan pengankutan

9.

Rumusan Jenis petempatan di Ampang Tasik Permai merupakan sebuah petempatan

pinggir bandar. Mempunyai bentuk muka bumi yang baik untuk melakukan aktiviti pembinaan menyebabkan kawasan tersebut berkembang maju seperti Bandar-bandar yang lain. Pola petempatan bagi kawasan tersebut adalah berkelompok. Fungsi petempatan bagi kawasan Ampang Tasik Permai banyak tertumpu kepada aktivitiaktiviti perniagaan. Di kawasan Ampang STasik Permai juga mempunyai beberapa masalah seperti masalah Kesesakan lalu lintas, pencemaran, kecurian dan sebagainya. Ekoran itu, saya telah membuat kajian cara untuk mengatasi masalah tersebut, iaitu, dengan menguatkuasakan undang-undang, menampal poster-poster dan sebagainya. Jenis petempatan Bangkok, Thailand merupakan sebuah Bandar. Mempunyai bentuk muka bumi yang rata dan luas menyebabkan banyak bangunan-bangunan didirikan di kawasan tersebut. Hal ini demikian menyebabkan kawasan tersebut menjadi tumpuan penduduk dan semakin pesat membangun dan menjadi sebuah Bandar yang penting bagi Thailand. Pola petempatan bagi kawasan tersebut adalah pola petempatan berjajar. Fungsi petempatan bagi kawasan Bangkok, Thailand banyak tertumpu kepada aktiviti-aktiviti perindustrian, perlancongan dan juga perkhidmatan. Namun begitu, kawasan Bangkok, Thailand juga mempunyai beberapa masalah seperti pencemaran udara, pulau haba, kepupusan sumber dan sebagainya. Oleh yang demikian, beberapa langkah telah diambil bagi mengatasi masalah tersebut, antaranya, menampal poster-poster, mengadakan kempen-kempen serta programprogram yang sesuai.Saya berbangga menjadi penduduk di petempatan ini kerana kerajaan telah berusaha untuk meningkatkan taraf hidup penduduk dari semasa ke semasa. 17

10.

Lampiran

18

11.

Rujukan 1. Buku rujukan • 2. Buku Teks •

3. Internet •

http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangkok



http://ms.wikipedia.org/wiki/Ampang



http://www.pdfcoke.com/doc/3827483/kgt



http://maps.google.com/



http:// www.mpaj.gov.my

4. Orang sumber •

Bapa, Shamsul b. Majid, 43 tahun



Ibu, Salina bt. Hj Mohd Yusop, 42 Tahun



Abdul Rahman b. Ayub, 39 tahun

19

More Documents from "syafiq"

Caracter Of
April 2020 23
Folio Sejarah
April 2020 22
Luyuan Quotation
November 2019 21
Sejarah(1)
April 2020 20