E
B
A H A N
T
B
A C A A N
A Z K I R A H
1. Kebaikan Dua Orang Tiada kebaikan di dunia ini melainkan kepada dua orang; seorang yang mengerjakan beberapa dosa lantas diiringi dengan taubat, dan seorang yang segera mengerjakan kebaikan.
2. Tiga Perkara Merbahaya Tidak ada yang lebih membahayakan manusia melainkan 3 perkara ; 1) Memikul sesuatu yang ia tidak berupaya kerana percaya kepada kekuatannya 2) Tidak berusaha kerana bersandar kepada Qadha dan Qadar 3) Tidak berjaga-jaga dalam makanan kerana bersandar kepada kesihatan yang baik
3. Akal Tumbuh Seperti Tanaman Akal tumbuh seperti tumbuhnya tanam-tanaman dan bajanya adalah dengan ilmu dan pengalaman
4. Kesudahan Kebenaran & Kebatilan Sesungguhnya kebenaran itu berat (sukar) tetapi baik kesudahannya. Sesungguhnya kebatilan itu ringan dan buruk kesudahannya MUTIARA HIKMAH_________________________________________________
5. Jangan Lupa Tanggungjawab Kepada Allah Janganlah engkau terlalu sibuk menghabiskan masa untuk urusan keluarga dan anakmu (sehingga lalai terhadap tanggungjawab kepada Allah dsb), kerana jika mereka itu adalah kekasih Allah, maka sesungguhnya Allah SWT tidak akan mensia-siakan kekasihNya, tetapi jika mereka itu musuh Allah, maka apakah gunanya kesibukan dan segala usahamu terhadap musuh-musuh Allah ?
6. Tiada Kebaikan Pada Hati.... Sebagaimana tiada kebaikan pada bejana (bekas) yang tidak dapat menyimpan (melindungi) sesuatu di dalamnya, begitulah juga tidak ada kebaikan pada hati yang tidak dapat menyimpan (menyembunyikan) rahsia.
7. Menyembah @ disembah harta Orang yang pemurah itu disembah harta sementara orang yang kikir itu menyembah harta
8. Tiap-Tiap Perkataan.... Tiap-tiap perkataan yang tidak ada padanya peringatan kepada Allah itu adalah tidak berfaedah, tiap-tiap diam yang tidak diikuti dengan berfikir itu adalah kelalaian dan setiap pandangan yang tidak dapat memberi pengajaran itu adalah siasia
9. Sejahat Manusia Sejahat-jahat manusia ialah orang yang tidak pedulikan manusia melihat dia berbuat kejahatan
MUTIARA HIKMAH_________________________________________________
10. Malulah kepada.... Malulah dari mencela orang yang kalau dia hadir, nescaya engakau berlebih-lebihan memujinya dan malulah dari memuji orang yang kalau dia tidak hadir, nescaya engkau cepat-cepat mencelanya.
11. Jangan Bersekutu Dengan Iblis.... Janganlah engkau jadi daripada golongan yang melaknat Iblis di tempat ramai dan menjadi temannya di tempat sunyi.
12. Hati Adalah Ladang Sesungguhnya sesetengah perkataan itu ada yang lebih keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara. Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah ia dengan perkataan yang baik, kerana jika tidak tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik), nescaya tumbuh sebahagiannya.
13. Bandingan Perkataan Yang Lembut & Kasar Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati-hati yang lebih keras daripada batu-batu gunung dan perkataan yang kasar itu dapat mengkasarkan hati yang lebih halus daripada sutera.
14. Bandingan Keadilan Keadilan itu benteng yang tidak boleh dikarami (dipecahkan) oleh air, tidak dapat dihangusi oleh api dan tidak dapat dihancurkan oleh meriam.
15. Kelebihan Orang Berakal Orang berakal itu mempunyai dua kelebihan; akal yang ia dapat mengambil faedah (dengannya) dan perkataan yang ia dapat memberi faedah (dengannya) MUTIARA HIKMAH_________________________________________________
1) 4 Perkara Yang Tidak Diketahui Kadarnya Hatim berkata : "4 perkara yang tidak diketahui kadarnya melainkan oleh 4 perkara 1) Muda tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang tua 2) Kesejahteraan (kedamaian) tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang terkena bala 3) Kesihatan tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang sakit 4) hidup tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang telah mati
2) 4 Perkara Yang Lebih Baik 1) Malu drp lelaki adalah baik tetapi drp perempuan lebih baik 2) Adil bagi setiap orang adalah baik tetapi drp pemerintah lebih baik 3) Taubat drp pemuda adalah baik tetapi drp orang tua lebih baik 4) Dermawan drp orang kaya adalah baik tetapi drp orang miskin lebih baik
3) Kalau Tidak Kerana... 1) Kalau tidak kerana orang saleh, akan hancurlah semua orang jahat 2) Kalau tidak kerana ulama' nescaya akan jadilah semua manusia itu seperti binatang 3) Kalau tidak kerana pemerintah yang baik, akan berpecahlah manusia kepada kehancuran
4) Orang Yang Paling Kuat "Orang yang paling kuat ialah orang yang dapat bangun waktu Subuh"
5) Akibat Selalu Kenyang... "Sesiapa yang selalu kekenyangan maka banyaklah dagingnya, dan siapa yang banyak dagingnya maka kuatlah nafsunya, siapa yang kuat nafsunya maka banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka keraslah hatinya dan sesiapa yang keras hatinya maka tenggelamlah dia dalam bencana dunia serta keindahannya" MUTIARA HIKMAH_________________________________________________
6) Buah Akal, Iman Dan Fizikal "Buah akal ialah ilmu pengetahuan, buah jiwa ialah ilmu pengetahuan dan buah fizikal ialah kemajuan. Alangkah indahnya kalau ketiga-tiga anggota itu melahirkan buah dalam kehidupan"
7) Rugi Meninggi Diri "Gunung yang tinggi tidak boleh menakung air tetapi lembah yang rendah boleh menjadi tasik yang saujana memandang luasnya". Ertinya, orang yang meninggi diri, orang tidak akan jatuh hati kepadanya. Sebaliknya orang yang merendah diri dapat mengambil hati orang tanpa bersusah payah.
8) Pahala Percuma "Apakah kamu rasa kecil dan malu dihina ? Apakah kamu tidak tahu orang yang dihina itu sebenarnya memungut pahala percuma tanpa perlu bersusah payah"
9) Bermusuh Dengan Sibijak "Bemusuhan dengan seorang yang bijak lebih merbahya daripada bersahabat dengan 100 orang yang bodoh" - peribahasa Arab
10) Semulia Manusia "Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat" - Khalifah Abdul Malik bin Marwan
11) Kepuasan "Anda tidak boleh memberi kepuasan kepada semua orang, tetapi anda boleh memberi kepuasan kepada golongan yang berakal, beradab dan terpilih" - Ibnu Maqaffa MUTIARA HIKMAH_________________________________________________
12) Akhlak Yang Buruk "Adab dan akhlak yang buruk seperti tembikar yang sudah pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah" - Wahab Munabih
13) Keadilan "Keadilan itu syurga bagi orang dizalimi dan neraka bagi penzalim" - Saidina Umar bin Al-Khatab
14) Keadilan Raja "Keadilan pada diri seorang raja umpama sebentuk mutiara. Meskipun empunya telah mati, mutiara itu tetap bercahaya"