Munajat Di Jalan Dakwah

  • Uploaded by: Ujang
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Munajat Di Jalan Dakwah as PDF for free.

More details

  • Words: 22,448
  • Pages: 111
MUSTAFA MASYHUR

Munajat Di Jalan Dakwah __________________________ Mustafa Masyhur

Diterbitkan oleh:

Taawun Medi Resources

No. 6, Jalan Angsana 2, Taman Pinggiran Golf, 70400 Seremban, Negeri Sembilan Tel/Fax: 06-6797907 HP: 019-2199871

Cetakan Pertama 2008

©TMR Hak Cipta Terpelihara Melainkan dengan kebenaran pengarang dan penerbit, mana-mana bahagian dari buku ini tidak boleh dihasilkan semula dalam apa jua bentuk sekalipun.

Urus Cetak:

Munajat Di Jalan Dakwah

Kandungan: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15.

Muqadimah Di sekitar munajat di jalan dakwah Munajat 1 Munajat 2 Munajat 3 Munajat 4 Munajat 5 Munajat 6 Munajat 7 Munajat 8 Munajat 9 Allah Mencintai Mereka dan Mereka MencintaiNya Allah Mencintai Mereka Mereka Mencintai ‘Dia’ Kesimpulan

Mukasurat i 1 10 16 26 44 48 53 60 63 68 73 75 89 106

1

i

Munajat Di Jalan Dakwah

MUQADDIMAH Hubungan yang kuat dengan ALlah dan iman yang hidup lagi kukuh, adalah perkara yang paling penting dan perlu bagi saudara muslim di jalan da'awah, supaya dangan itu, dia manjadi lelaki da'awah dan tentera aqidah. Kaduaduanya memudahkannya melintasi segala rintangan, menjauhi kegelinciran di jalan da'awah. Dengan itu dia tidak terlajak di dalam berbagai selekoh yang bengkang-bengkok dan tersungkur di dalam lubang-lubang di tengah jalan yang memesongkannya dari Siratul Mustaqim dan jalan yang sahih. Oleh kerana iman yang hidup dan hubungan yang kuat dengan ALlah berkait rapat dan menjadi punca kemenangan, jadi di sini kita manekankan bahawa jurusan ini amat penting dalam bidang fiqhud da'awah. Dengan lahirnya buku 'Zaadun Ala Tariq' diharapkan dapat menolong saudara berbekal dengan bekalan taqwa dan iman di tengah-tengah perjalanan da'awah. Kita telah pun menyentuh berbagai aspek dari sumbersumber bekalan ini. Buku ini, Munajat Di Jalan Dakwah' bermunajat, berbisik-bisik dengan ALlah di atas jalan da'awah, juga bermaksud untuk mengukuhkan hubungan dengan ALlah, hidup bersama ALlah, bermunajat dan berhening cipta dengan ALlah. Di dalam masa-masa seperti inilah saudara merayu dan mengadukan segala lintasan hati, cetusan perasaan, kesakitan, kepayahan dan cita-cita yang datang kepada saudara di atas jalan da'awah. Tidak ketinggalan juga memohon kepadaNya hidayah, taufiq, pertolongan, kelurusan, keredhaan dan penerimaan amal. Alangkah bagus dan indahnya munajat si hamba kepada Tuhannya dalam keadaan hatinya murni kepadaNya, perhatiannya tertumpu sepenuhnya mengadap kepadaNya. Betapa berkesannya pengaruh itu di dalam hatinya. Barangsiapa yang telah merasai nikmat munajat dia telah mencapai taraf Arif (bijaksana) dan berkekalan munajatnya hendaknya.

Munajat Di Jalan Dakwah

1

DI SEKITAR MUNAJAT DI ATAS JALAN DA'WAH Sesungguhnya hamba-hamba ALlah (yang beriman) sentiasa berseru (berdoa) dan bermohon kepada Tuhan mereka setiap masa dan waktu, kerana ALlah itu dekat, menerima doa dan seruan siapa yang menyeruNya. Maka Allah Taala telah berfirman:

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran". (Surah Al Baqarah: Ayat 186) Pun begitu munajat itu mempunyai suasana keliling yang khusus dan caracara yang istimewa. Masa yang paling istimewa ialah menjelang fajar, sebaik sahaja si hamba Allah itu menunaikan qiyamullail dan solat tahajjud. Di dalam suasana yang demikian sunyi dan sepi, mudahlah kita berhening cipta dengan ALlah, bertadarru' (mcrayu-rayu dan mengadu kepadaNya) jauh dari sebarang pendengaran dan pandangan makhluk ALlah yang sedang nyenyak tidur.

2

Munajat Di Jalan Dakwah

Firman ALlah Taala:

"Berdoalah, kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut". (Surah Al A'raaf: Ayat 55) Di dalam munajat itu perlunya keikhlasan hati sepenuhnya kepada ALlah, melupakan segala yang lain daripadaNya, berhias dengan perasaan hina diri sang hamba kepada ALlah, dikuasai oleh rasa kelemahan, kekurangan tenaga dan daya upaya lantas berlari daripada yang Maha Kuat dan Maha Perkasa. Suasana di kala itu dipenuhi oleh perasaan taqwa kepada ALlah, takut dari siksaanNya, mengakui segala dosa dan kecuaian yang telah dilakukan terhadap hak ALlah, merayu-rayu dengan segenap kebulatan hati semasa meminta keampunan dan kemaafan daripada yang Maha Pemaaf dan Maha Pengampun. Merasa gerun dan takut disertai pula perasaan minat, sayang, merasa cemas dan harap dan meminta rahmat kurnia dari yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Di dalam munajat itu juga kita cetuskan ucapan pujian dan pujaan, syukur dan doa, taazim dan kagum kepada ALlah, mengagungkan dan memuliakan ALlah. Lahirlah tasbih dan tahlil dari mulut sang hamba ini. Lahirlah sikap tawakkal, menyerah dan inayah, taubat dan istiqamah. Di sanalah kita memohon hidayah, meminta bantuan, perlindungan dan keselamatan daripadaNya, meminta pertolongan dan sokongan di dunia, kejayaan dan kebahagian di akhirat. Semuanya itu kita lakukan di bawah naungan

'Dia mencintai mereka dan mereka mencintai Dia' yakni berkasih sayang dengan ALlah. Sekiranya qiyamullail (solat tahajjud) dan munajat, merupakan di antara perkara-perkara yang perlu bagi setiap muslim, maka ia adalah lebih perlu malah mesti bagi sesiapa yang mendukung da'awah Islam dan berjalan di atas jalan da'awah. Di dalam qiyamullail itu, pendukung da'awah akan mendapat bekalan yang cukup ampuh dalam memikul bebanan da'awah dan kesusahan kerananya di tengah jalan seperti bekalan kesabaran, kekuatan, keazaman, kcmahuan yang diperlukan oleh pendukung da'awah. Di dalam qiyamullail jiwa dilatih meninggalkan kebiasaan seperti biasa tidur nyenyak, menghangatkan diri dengan selimut di malam yang sejuk dan bersenang-

Munajat Di Jalan Dakwah

3

senang. Di dalam qiyamullail pendukung da'awah meminta sokongan, pertolongan dan bekalan di waktu malam yang hening untuk memikul bebanan da'awah dan amanatNya. ALlah telah mengarahkan kepada RasululuLlah SallaLlahu 'A1aihi Wasallam pada hari-hari pertama baginda berda'awah supaya bangun mendirikan qiyamullail kerana meminta pertolongan dari ALlah dalam mendukung misi da'awah. Allah menjelaskan hubungan yang kuat di antara qiyamullail dan tartil Al Qur'an. Maka berfirman ALlah Ta'ala:

"Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah untuk sembahyang di malam hari kecuali sedikit daripadanya iaitu seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu. Dan bacalah, Al Qur'an itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat untuk khusyuk dan bacaan di waktu itu lebih berkesan". (Surah Al Muzammil: Ayat 1-6) Munajat selalunya mengubah suasana jiwa dan perasaan sang hamba kepada suasana yang lebih baik. Kesan ini dapat dilihat dengan nyata di dalam cara pengucapan munajatnya. Jalan da'awah dipenuhi dengan berbagai-bagai peristiwa, berbagai-bagai perkara yang selalu berubah-ubah dan beraneka ragam kepayahan dan cita-cita. Padanya ada da'awah, tunjuk ajar, nasihat, merawat jiwa dan adat. Padanya juga ada tekanan, gangguan dan gugatan berserta dengan gigitannya. Padanya ada kemenangan dan kekalahan. Padanya ada kesabaran dan pcnanggungan. Padanya ada jihad dan pengorbanan. Padanya ada fitnah, ujian dan tribulasi. Padanya ada kehormatan dan kemuliaan. Padanya ada cinta dan ithar (mengutamakan orang lain lebih dari diri sendiri), padanya ada mati syahid and tebusan. Padanya ada pertarungan di antara al-hak dan al-batil. Padanya ada kekuasaan, pimpinan dan akhirnya menegakkan kuasa agama ALlah dengan izin ALlah. Kesimpulannya kita dapati bahawa sesiapa sahaja yang berjalan melalui jalan da'awah sangat-sangat memerlukan munajat yang mempunyai cara dan

4

Munajat Di Jalan Dakwah

uslubnya yang khusus. Sekiranya bukan kepada ALlah, kemanakah dia hendak berlindung, untuk membentangkan segala pengaduan, kesakitan dan rintihan hatinya dengan segala apa yang tercetus dari dalam jiwanya? Sekiranya bukan kepada ALlah, kemanakah dia hendak berlindung di sepanjang jalan yang sangat menggerunkan dan mengerikan itu? Sekiranya bukan kepada ALlah, kemanakan dia akan mencari naungan untuk mendapat keamanan dan menghapuskan ketakutannya? Sekiranya bukan ALlah siapakah yang akan mendengar segala luahan perasaan, segala kesusahan, kesengsarannya dan menghapuskan dukacitanya. Sekiranya bukan ALlah siapakah lagi yang menghiburkan kesunyian dirinya yang termenung seorang diri di dalam kegelapan penjara yang tertutup? Sekiranya bukan kepada ALlah, kepada siapakah lagi tempat meminta meringankan kesakitan penangan cemeti dan pelbagai penyeksaan yang menimpa tubuhnya? Kepada siapakah dia hcndak bergantung dalam saat-saat yang tersangat susah tatkala ditipu dan diterkam oleh orang-orang zalim. Dan kalau bukan kapada Allah, siapakah yang menurunkan sakinah (ketenteraman)kepadanya dan mengisi hatinya dengan ketenangan di dalam suasana kezaliman dan kegelapan? Dan kalau bukan kapada Allah, siapakah yang mcmelihara dan menjaganya dari terseleweng dari jalan da'awah dan Siratul Mustaqim? Bagaimana dia tidak meminta perlindungan dan pertolongan dan ALlah padahal dia tidak mampu mengorak selangkah demi selangkah di atas jalan da'awah kecuali dengan perintah dan pertolongan dari ALlah? Bagaimana dia tidak meminta perlindungan dan bantuan dari ALlah padahal apabila ALlah membiarkannya walau sekelip matapun dia akan sesat dan tergelincir? Bagaimana dia tidak merayu kepada ALlah padahal dia fakir dan berhajat

Munajat Di Jalan Dakwah

5

kepada ALlah padahal dialah yang lemah dan ALlahlah yang kuat? Bagaimana dia tidak merayu kepada ALlah padahal dialah yang berdosa pada hak ALlah dan ALlahlah yang Maha Pengampun, penerima taubat lagi Maha Pengasih dan Penyayang? Alangkah besarnya keperluan orang yang berjalan melalui jalan dahwah kepada ALlah supaya Allah menyapu bersih hatinya dari pelbagai penyakit hati dan jiwa, supaya hatinya ikhlas, selamat, sejahtera dan jernih. Alangkah besarnya hajat dia kepada ALlah supaya Allah memandang kepadanya di tengah-tengah malam dengan pandangan redha dan penerimaan amal. Alangkah besarnya hajat dia kepada ALlah supaya Allah membuka baginya pintu rahmatNya, kerana tiada kejayaan dan kemenangan baginya jika ALlah menahan daripadanya akan rahmatNya! Alangkah besarnya hajat dia kepada ALlah, supaya Allah menyeru hatinya lalu ALlah menghapuskan karat dan penutupnya sehingga hatinya bersinar dengan Nur Al Qur'an. Alangkah besarnya hajat, dia bermunajat dengan Tuhannya supaya dia mendapat bekalan iman yang kelak dapat menolongnya melintasi jalan yang susah, bengkang-bengkok dan licin! Alangkah besarnya hajat jiwanya kepada ALlah di kala dahaga untuk mendapat air sejuk dari siraman ALlah yang dahulunya meniupkan ruh ini kepada wadah bumi yang fana ini. Sesungguhnya kemampuan pengurusan, pentadbiran, ketelitian dan kerapian di dalam tanzim dan harakah semuanya itu tidak berguna di dalam amal dan usaha di atas jalan da'awah, apabila tidak disertai dan tidak dikuasai dengan bekalan rohani dan kekuatan hubungan dengan ALlah kerana itulah yang melayakkannya mendapat taufiq ALlah dan memeliharanya dari kesalahan dan penyelewengan. Munajat itulah jalan dan wasilah untuk mencapai bekalan ini. Usaha dan amal di atas jalan da'awah adalah berkait rapat dengan ketulusan hati dan kesucian jiwa manusia. Tidak siapa yang mampu berbuat demikian kecuali orang yang mempunyai bekalan untuk dilemparkan kepada orang

6

Munajat Di Jalan Dakwah

lain. Kalau tidak, orang yang tidak mempunyai sesuatu tidak dapat memberi sesuatu. Berusaha dan beramal di atas jalan da'awah bermakna penguasa dan pekerja mesti melapurkan setiap amal dan hasilnya kepada ALlah yang menguasai segenap urusan, yang memberi ganjaran di atas amal hambaNya, yang mengharap kepada Tuhannya semoga Dia menerima amal saleh yang telah dilaksanakan menurut taufiq dan hidayah Tuhannya, meminta ampun dan beristighfar kepada Tuhannya di atas segala kecuaian dan kelalaian yang telah dilakukannya. Lalu dia terus menerus memohon hidayah, petunjuk dan pertolongan dari Tuhannya. Alangkah indah perbuatan yang demikian direalisasikan di bawah naungan munajat tanpa sebarang perantaraan. Di tengah-tengah usaha dan amal di atas jalan da'awah, syaitan itu selalu masuk campur lalu menimbulkan persengketaan dan perselisihan di antara al amilin (para pekerja). Setelah terjadi perselisihan, kadang-kadang susah didamaikan di antara mereka. Hanya hati-hati yang benar-benar ikhlas dan jujur sahaja akan merasa pilu dan dukacita melihat suasana yang demikian. Jadi kepada siapakah dia hendak mengadu dan meminta pertolongan untuk melindungi mereka (orang yang berselisih) dari gangguan dan tipudaya syaitan dan memadukan hati mereka semula dan mendamaikan mereka kalau bukan kepada ALlah? Jadi secara keseluruhannya, kita dapati bahawasanya munajat di atas jalan da'awah, sangat panting. Munajat mempunyai bentuk dan cara yang khusus bahkan kelazatan yang istimewa. Di dalam munajat itu ALlah telah memberi tunjuk ajar kepada kita untuk menyusun rangkaikata dan kalimah munajat dengan ALlah untuk menjadi bantuan kepada sesiapa yang berjalan melalui jalan da'awah tatkala mereka bermunajat dengan Tuhan mereka. Setiap kali mereka memohon kepada Tuhan mereka, kami juga berharap kepada mereka supaya mereka tidak lupa mendoakan kami di saat-saat yang baik dan mubarakah itu. Oleh kerana waktu yang paling baik untuk bermunajat dengan ALlah itu, ialah pada waktu sahur di dalam keheningan malam, dicelah-celah solat tahajjud dan qiyamullail, maka akan berfaedah rasanya kalau kita sebutkan di sini beberapa arahan dan doa-doa dari RasuluLlah SallaLlahu Alaihi Wasallam: Ibn Abbas Radhiallahu anhu telah meriwayatkan bahawasanya:

Munajat Di Jalan Dakwah

"Adalah RasuluLlah itu apabila bangun di tengah malam untuk bertahajjud Baginda bersabda: "Wahai Tuhan kami bagiMulah segenap pujian. Engkaulah Pemelihara segala langit dan bumi dan apa yang ada padanya dan bagiMulah segala kepujian. Engkaulah Nur segala langit dan bumi dan apa yang ada padanya dan bagiMulah segenap pujian. Engkaulah pemilik segenap langit dan bumi dan apa yang ada padanya dan bagiMulah segenap pujian. Engkaulah al hak dan janjiMu adalah hak, bertemu dengan Engkau adalah hak dan perkataanMu adalah hak dan syurga itu hak dan neraka itu hak. Nabi-nabi itu hak dan Muhammad SallaLlahu Alaihi Wasallam itu hak. Wahai Tuhanku kepada Mulah aku menyerah, diri dan dengan Engkaulah aku beriman dan kepada Mulah aku bertawakkal dan kepada Mulah aku bertaubat dan kerana Mulah aku bertarung dan

7

8

Munajat Di Jalan Dakwah

kepada Mulah aku meminta penyelesaian dan pengadilan, maka ampunilah aku dan segala apa yang telah ku lakukan, yang telah aku kemudiankan yang telah ku rahsiakan, yang telah ku buat terangterangan. Engkau lebih mengetahui daripadaku. Engkaulah yang mendahulukan dan mengemudiankan, tiada Tuhan kecuali Engkau sahaja" Adalah lebih afdhal jika kita memulakan munajat dengan pujian dan pujaan kepada ALlah, kemudian kita berselawat dan salam kepada Rasu1uLlah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam dan akhirnya kita sudahi munajat kita dengan selawat dan salam kepada RasuluLlah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam. Anas Radhiallahu anhu berkata: "Seorang lelaki berdoa;

"Wahai Tuhanku sesungguhnya aku meminta kepadaMu. Sesungguhnya bagiMulah segala pujian, tidak ada Tuhan kecuali Engkau yang Maha Pemberi nikmat, Pencipta segala langit dan bumi yang empunya kebesaran dan kemurahan, wahai yang Hidup, wahai Pemelihara" RasuluLlah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda:

"Tahukah kamu dengan apakah laki-laki itu berdoa? Mereka menjawab "ALlah dan RasulNyalah yang lebih mengetahui" Baginda bersabda: "Demi ALlah yang diriku di dalam genggamanNya, sesungguhnya dia telah berdoa kepada ALlah dengan namaNya yang paling agung yang

Munajat Di Jalan Dakwah

9

apabila diseru dengannya, dia menerima dan apabila diminta dengannya, Dia memberi". (Riwayat Enam Perawi) Ibn Mas'ud Radhiallahu anhu telah berkata:

"Kami telah mendatangi RasuLuLLah SaLlallahu 'Alaihi Wasallam di dalam majlis Sa'ed bin Ubaidah. Tiba-tiba Bashir berkata "ALlah telah menyuruh kami berselawat kepadamu wahai RasuluLlah, maka bagaimana (caranya) kami berselawat kepadamu? Beliau bersabda: "Wahai Tuhanku, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberi selawat kepada Ibrahim dan berkatilah Muhammad dan keluarganya sebagaimana engkau telah berkati Ibrahim kerana sesungguhnya Engkaulah terpuji lagi Maha Mulia". (Dikeluarkan oleh enam perawi kecuali Al Bukhari)

10

Munajat Di Jalan Dakwah

MUNAJAT (1) Wahai Tuhanku bagiMulah segenap pujian scbagaimana yang layak bagi wajahMu dan keagungan kekuasaanMu. Kami tidak dapat menghitung segala kata-kata pujian kepadaMu kerana adalah Engkau sebagaimana Engkau memuji kepada diriMu, perkasalah perlindunganMu dan agunglah pujianMu dan tidak ada Tuhan kecuali Engkau sahaja. Wahai Tuhanku sesungguhnya kami telah lemah untuk menghitung nikmatMu kepada kami maka bagaimanakah kami mampu mensyukurinya. Kami memujiMu dengan pujian yang sungguh-sungguh dan banyak di atas semulia-mulia nikmatMu di atas kami iaitu nikmat Islam, kerana itulah ad deen al-Qayum agama yang benar dan lurus yang telah Kamu redhai bagi hamba-hambaMu dan Kamu telah berfirman:

"Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi". (Surah Ali 'Imran: Ayat 85) Kami memuji Engkau wahai Tuhan kami yang Maha Pemelihara lantaran Engkau telah mengurniakan kami dengan makrifat Mu dan dengan beriman dengan Mu. Lalu Engkaulah sahaja menjadi tujuan kami, kami mencari redhaMu di dalam segala usaha kami. Maka jadikanlah kami ini dikalangan orang yang benar. Kami puji Engkau kerana Engkau jadikan Muhammad sebagai Nabi dan petunjuk kepada kami menuju jalanMu yang lurus. Apabila

Munajat Di Jalan Dakwah

11

baginda dilantik sebagai pemimpin dan pemandu bagi kami di atas jalan da'awah lalu Engkau memberi taufiq kepada kami untuk mengikuti dan mencontohi Baginda sebagai tauladan yang paling baik bagi kami. Kami memuji Engkau wahai Tuhan kami kerana Engkau telah mengurniakan kepada kami akan firmanMu yang mulia iaitu Al-Qur'an yang agung yang tidak mungkin dapat dicemari oleh al batil samada dari hadapan atau dari belakangnya, yang telah dibawa turun oleh Jibril di atas hati Al Amin Muhammad SallaLlahu 'Alaihi Wasallam, lalu menjadi nur, hidayah, rahmat, pengajaran, tunjuk ajar bagi kami dan menyembuhkan segala penyakit hati dan jiwa. Kami memuji Engkau wahai Pemelihara segenap alam kerana Engkau memudahkan kami untuk memikirkan dan merenungkan ayat-ayat AlQur'an ini dan Engkau telah memeliharanya lalu sampai kepada kami tanpa perubahan dan pertukaran, lalu kami mengambilnya sebagai dustur, manhaj dan perlembagaan bagi kami. Maka jadikanlah dia wahai Tuhan kami sebagai taman sari hati kami dan nur di dada kami. Aku memuji Engkau wahai Tuhanku kerana Engkau memudahkan sebahagian dari hamba-hambaMu untuk memegang tanganMu ke jalan da'awah, ke jalan Siratul Mustaqim supaya aku berjalan bersama para petugas dan pekerja yang benar di jalanMu. Tetapkanlah tapak kaki ku wahai Tuhanku di atas ja1anMu. Aku memuji Engkau Ya Rabbi kerana Engkau telah meperkenalkan mcreka kepadaku dan bersama-sama mereka aku memahami akan segala kewajipan ku terhadap Islam dan muslimin dan apakah ertinya aku menganut Islam. Aku memuji Engkau wahai Tuhanku dan bersyukur kepadaMu kerana Engkau memudahkan kepadaku untuk memahami Islam dengan kefahaman yang syamil, lengkap, meliputi, sejahtera dan jernih sebagaimana yang dibawa oleh RasulMu Muhammad SallaLlahu 'Alaihi Wasallam jauh dari segala penyelewangan, perubahan, pemecahan kepada beberapa bahagian yang terpisah dari bahagian yang lain. Jauh dari pindaan, pertukaran, keterlaluan dan kecuaian. Aku memuji Engkau wahai Tuhanku dan bersyukur kepadaMu kerana Engkau memudahkan kepadaku untuk memahami Islam dengan scbagaimana yang dibawa oleh RasulMu Muhammad SallaLlahu 'Alaihi Wasallam, jauh dari segala pcnyelewengan, perubahan, pemecahan kepada beberapa bahagian yang terpisah dari bahagian yang lain. Jauh dari pindaan, pertukaran, keterlaluan dan kecuaian. Aku memohon Engkau Ya Rabbi

12

Munajat Di Jalan Dakwah

lantaran Engkau telah memberi taufiq kepadaku untuk beramal dan berusaha untuk Islam pada jalan yang sahih. Bukan kepalang banyalnya manusia yang sesat jalan lalu membuat amal sesat ataupun tidak mendapat taufiq langsung dalam melakukan amalan. Aku memuji Engkau Ya Rabbi kerana Engkau telah menolong ku untuk mendukung berbagai-bagai bebanan dan tugas amal dan menanggung kesusahan perjalanan ini. Limpah kurnia itu hanyasanya daripadaMu jua. Kekalkanlah aku di dalam limpah kumiaMu dengan kesabaran, ketahanan, keteguhan dengan taufiq dan jalan yang lurus sehingga aku menemuiMu di dalam pelukan keredhaanMu Wahai yang Maha Luas limpah kumianya, wahai yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Aku memujiMu dan bersyukur kepadaMu Ya Rabbi kerana Engkau telah memberi taufiq kepadaku untuk mensyukuri dan memujiMu. Kerana hanya sedikit sahaja dari hambaMu yang bcrsyukur.

Munajat Di Jalan Dakwah

13

"Wahai TuhanKu berikanlah kepada Muhammad al wasilah, kemuliaan, darjat yang tinggi di syurga seperti yang telah Engkau janjikan kepadanya kerana sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. Wahai Tuhanku sesungguhnya aku mengakui kepadaMu bahawasanya Muhammad SalLaLlahu 'Alaihi Wasallam lebih aku cintai daripada diri sendiri yang ada di antara dua lambungku. Wahai Tuhanku, aku tetap beriman kepada baginda padahal aku tidak pernah melihat baginda maka janganlah Engkau hampakan daku dari melihat baginda di dalam syurga dan menyertai baginda sebagai sahabat baginda dan berilah minum kepadaku dari kolamnya dengan minuman yang aku tidak akan merasa dahaga buat salama-lamanya. Tuhanku berilah selawat kepada baginda, kepada keluarga, kepada sahabatsahabat, para penolong, para isteri, ibu- ibu mukminin dan seluruh keturunan baginda. Berilah salam sejahtera yang sesungguhnya". Ya! Ilahi, aku menuju pintu Mu dalam kesunyian malam tatkala manusia sedang tidur nyenyak untuk aku meminta kepadaMu lalu Engkau memberi kepadaku. Inilah seorang fakir yang benar-benar memerlukanMu, yang dating mengetuk-ngetuk pintu yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah. Di antara dalil-dalil kemurahanMu, Engkau mempersilakan aku secara langsung mengadap kepadaMu tanpa perantaraan dan tabir di antara ku dengan Mu kerana sesungguhnya Engkau telah berfirman:

"Berdoalah kepadaku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu". (Surah Al-Mukmin: Ayat 60) Aku maksudkan pintuMu, aku meminta kepadaMu dari limpah kurniaMu dan aku menyeruMu kerana aku yakin dengan penerimaanMu terhadap seruanku dan sesungguhnya Engkau tidak menolak aku dalam keadaan rugi dan kecewa. Kerana aku tamakkan kemurahanmu, maka aku meminta kepadaMu, Engkaulah yang mengilhamkan kepadaku doa-doa yang baik yang ku pakai ketika berdoa kepadaMu. Ilahi! Aku menyembahMu padahal Engkau tidak memerlukan ibadatku. Aku meminta pertolongan kepada Mu kerana aku sentiasa memerlukan pertolongan Mu, Ya Rabbi! Tunjukilah aku jalan yang lurus menuju kepadaMu. Pulangkanlah aku kepadaMu dengan kepulangan yang elok. Wahai Tuhanku, aku taat kepadaMu selama Engkau menghidupkan daku

14

Munajat Di Jalan Dakwah

dan berilah taufiq kepadaku untuk mencapai segala yang Engkau redhai daripadaku. Peliharalah aku dan jauhkan daku dari segala perkara yang Engkau murkai. Wahai Tuhanku penuhilah taqwa ke dalam jiwaku dan sucikan dia kerana Engkaulah sebaik-baik yang mensucikan jiwa, Engkaulah Pemimpin, Tuan dan Tuhannya. Ilahi (wahai Tuhanku) sesungguhnya telah menjadi kehendakMu. Engkau menjadikan aku dan saudara-saudaraku becrjalan di atas jalan da'awah yang sedang berada di tengah-tengah marhalah yang penting ini dari umur da'awah Islam setelah tumbangnya daulah dan khilafah Islam. Kami kini berjalan di atas mendapan dan longgokan sampah sarap jahiliyyah yang berupa kejahilan terhadap hakikat Islam, salah faham, pengamalan adat lapuk jahiliyyah, berbagai-bagai penyelewengan aqidah, kelemahan, perpecahan, perselisihan, al wahnu (cinta dunia dan takut mati) dan akhir sekali kerana penjajahan yang rakus, kejam disertai dengan tipudaya dan serangan ganas mereka terhadap Islam dan muslimin. Islam kami yang agung yang Engkau redhai bagi kami dan kami memandang mulia kepadaNya, mewajibkan ke atas kami supaya kami tidak berdiam diri, berpangku tangan menghadapi kenyataan ini, malah situasi ini mewajibkan muslimin seluruhnya supaya bangun dan bangkit untuk berpegang teguh kepada kitab Tuhan mereka dan sunnah Nabi mereka SallaLlahu 'Alaihi Wasallam supaya mereka dapat menghapuskan sampah sarap yang bertaburan ini. Supaya mereka dapat membebaskan diri dari sebarang bentuk dan warna kelemahan, al wahnu, peperangan dan perselisihan. Supaya mereka seluruhnya bergantung dan berpegang teguh dengan tali ALlah, supaya mereka tolong menolong dan sokong menyokong untuk menegakkan daulah Islam dan mengembalikan semula khilafah Islam dan supaya mereka dapat menangkis pcncerobohan musuh sekaligus menegakkan kuasa agama ALlah. Firman ALlah Ta'ala:

"Sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) agama, itu hanya untuk ALlah belaka". (Surah Al-Baqarah; Ayat 193) Ilahi! Alangkah beratnya amanah ini, alangkah besarnya tugas ini. Kami berkewajipan menghapuskan segala sampah sarap jahiliyyah yang

Munajat Di Jalan Dakwah

15

bertimbun-timbun itu. Kami berkewajipan pula menegakkan asas yang kuat dan teguh di atasnya untuk membina satu bangunan baru yang besar, iaitu bangunan daulah Islam. Walaupun kami merasai betapa beratnya amanah ini, tetapi kami juga merasai betapa mulia dan agungnya tugas ini. Kami memainkan peranan dan memberi saham di dalam menyempurnakan kewajipan ini. Kami ikut bersama merealisasikan kebaikan untuk manusia dan generasi yang akan datang, generasi demi generasi. Kami juga merasai bahawa cita-cita agung ini mendapat ganjaran yang banyak dan pahala yang besar di sisiMu. Kami memohon kepadaMu Ya Rabbi untuk menjadi ahli dalam usaha pemulihan ini. Jadi lapangkanlah dada kami dan mudahkanlah urusan kami Wahai yang di tanganNya terletak segala urusan dan Dialah Maha Kuasa di atas segala sesuatu. Wahai Tuhanku tidak ada yang mudah kecuali yang telah Engkau mudahkan, maka mudahkanlah dan tolonglah Wahai yang Maha Pemurah dan Maha Mulia. Wahai Tuhanku, Kami mengetahui bahawa merealisasikan tugas yang besar ini satu kewajipan yang wajib kepada muslimin. Kami juga mengetahui bahawa kewajipan ini tidak mungkin tercapai dengan usaha bersendirian (individu), tetapi mestilah memerlukan amal jama'i dan usaha organisasi yang tersusun kemas. Lantaran itu tidak sempurna kewajipan kecuali dengannya, maka setiap diri perlulah membuat pilihan yang baik dan betul, lengkongan jama'ah yang manakah patut dimasuki demi memudahkan kami merealisasikan kewajipan ini di tengah-tengah organisasi yang telah kami pilih. Sesungguhnya adalah taufiqMu mcenyertai kami di dalam membuat pilihan ini, lalu Engkau tunjukkan kami kepada jalan da'awah ini bersama Al Amilin (para petugas dan pekerja untuk Islam) yang benar. BagiMulah segenap pujian dan kesyukuran. Bagimulah segala pujian di atas hidayah dan taufiqMu kepada kami. Barangsiapa yang telah menunjuki kami kepada kebaikan ini. ALlahlah yang memberi ganjaran yang sebaik-baiknya.

16

Munajat Di Jalan Dakwah

MUNAJAT (2) Ilahi! Scsungguhnya aku telah melalui jalan da'awah ini dengan thiqah (kepercayaan) dan ketenangan setelah Engkau terangkan kepadaku segala petunjuknya. Aku telah mengenali bahawa inilah juga jalan Rasu1uLlah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam, pemimpin kami yang tercinta yang berjalan bersama para sahabat baginda Radhiallahu anhum dengan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan persaudaraan. Kami telah mengenali dari seerah kekasih mu Al Mustafa (yang terpilih) bahawa jalan ini, tidak ditaburi dengan bunga-bunga, tetapi dipenuhi oleh berbagai perkara yang dibenci oleh hawa nafsu. Padanya ada duri dan onak, rintangan dan gangguan, ujian dan dugaan, mihnah, bencana dan malapetaka. Namun demikian aku rela kerana inilah pilihanku sendiri, semata-mata kerana aku taat setia kepadaMu dan ingin menghampirkan diri kepadaMu, kerana menyahut seruanMu, berharap kepada redha dan syurgaMu. Sesungguhnya Engkau telah memanggil lalu aku menyahut seruanMu:

Munajat Di Jalan Dakwah

17

"Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada ALlah dan RasulNya dan berjihad di jalan ALlah dengan harta dan jiwa mu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, nescaya ALlah, akan mengampuni dosa-dosa mu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman". (Surah Ash Shaff: Ayat 10-13) Tolonglah kami wahai Tuhanku dalam melaksanakan segala tugas kewajipan jalan ini dan segala taklif dan bebanan perniagaan yang menguntungkan ini. Janganlah Engkau hampakan kami dari keuntungannya yang melimpah ruah, samada berupa keuntungan duniawi dan ukhrawi, samada kemenangan dan kekuasaan di dunia, kejayaan, nikmat kurnia dan keselamatan dari azab di akhirat. ALlahuma amin! Ilahi! Sesungguhnya aku telah mengetahui segala tuntutan jalan ini, segala tujuan dan cita-citanya, segala sistem, peraturan, syarat-syarat dan perjanjian yang perlu difahami oleh sesiapa yang melaluinya. Aku telah berjanji denganMu Ya Rabbi: Aku akan menyempurnakan syarat-syarat ini dan aku akan beriltizam dengannya sepanjang hidup ku. Kerana janji ini, janjiMu, jalan ini jalanMu dan kami ini, hambaMu dan segenap amal dan usaha kami, ikhlas semata kepada wajahMu dan tidak ada tujuan duniawi atau habuan dari seorang dari kami. Tolonglah kami Ya Rabbi supaya kami dapat menyempurnakan janjiMu dan supaya kami termasuk di kalangan orangorang yang benar (as siddiqin). Ya Rabbi! Sesungguhnya Engkau telah berfirman dan firmanMu adalah hak:

"Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia kepada ALlah. Tangan ALlah di atas tangan mereka, maka barangsiapa yang melanggar janjinya

18

Munajat Di Jalan Dakwah

nescaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri. Dan sesiapa yang menepati janjinya dengan ALlah maka ALlah akan memberiya pahala yang besar". (Surah Al Fath: Ayat 10) Tariklah tanganku ini Ya Rabbi supaya aku dapat menyempurnakan janji dan bai'ahMu dan tidak memungkirinya supaya aku berjaya dengan pahala yang besar daripadaMu wahai yang Maha Mulia. Ilahi! Selalu aku dilambung ombak perasaan, harapan dan cita-cita, bercampur perasaan gerun dan cemas setiap kali ku baca firmanMu yang mulia:

"Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menungganunggu dan mereka sedikitpun tidak berubah (janjinya), supaya ALlah memberikan balasan kepada orang-orang yang benar itu kerana kebenarannya dan menyiksa orang munafik jika dikehendakiNya atau menerima taubat mereka. Sesungguhnya ALlah adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang". (Surah Al Ahzab: Ayat 23-24) Aku mempunyai harapan dan cita-cita, aku berharap menjadi salah seorang dari mereka yang menunggu giliran untuk menemuiMu di dalam keadaan menepati janjiku tanpa gantian dan pindaan supaya aku dapat bertemu dengan orang-orang yang telah mendahuluiku di atas jalan ini supaya kami berjaya bersama mereka dengan mendapat ganjaran orang-orang yang benar. Aku juga merasa cemas dan takut. Takut aku terdedah kepada sebarang penyelewengan, mungkir janji, menukar-nukar, mengubah-ubah haluan dan pendirian lalu aku diharamkan dari mencapai pahala orang-orang yang benar. Aku semakin cemas dan takut apabila hari-hari akhirku dalam hidup

Munajat Di Jalan Dakwah

19

ku ini akan menjelang tiba. Wahai Tuhanku yang Maha Pemurah, wahai Tuhanku yang Maha Penyayang, wahai Tuhanku yang Maha Pengasih, wahai Tuhanku yang ihsannya di atas segala ihsan. Wahai yang empunya kebesaran dan kemuliaan, aku meminta kepadaMu supaya Engkau mengampuni segala dosa dan kesalahanku yang telah lalu dan perbaikilah segala perbuatan dan amalanku di masa hadapan. Aku meminta Engkau memberi Husnul Khatimah, (mati dalam keadaan beriman) supaya aku dapat mengikuti angkatan as salihin, as siddiqin kerana sesungguhnya Engkau Maha Kuasa di atas apa yang Engkau kehendaki, layak menerima segala permohonan. Wahai sebaik-baik pemimpin, wahai sebaik-baik penolong! Firman ALlah Ta'ala:

"Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sesunggulmya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang". (Surah Al-Hasyr: Ayat 10) Wahai Tuhan kami matikanlah kami sebagai muslimin dan kumpulkan kami bersama dengan as salihin! Firman ALlah Ta'ala;

"Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang

20

Munajat Di Jalan Dakwah

menyeru kepada iman (iaitu); "Berimanlah kamu kepada Tuhanmu", maka kami pun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosadosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami dan wafatkanlah kami berserta orang-orang yang banyak membuat bakti. Ya Tuhan kami, berilah pada kami apa yang telah Engkau janjikan kami dengan perantaraan rasul-rausl Engkau. Dan janganlah, Engkau hinakan kami di hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji". (Surah Ali 'Imran: Ayat 193-194) Ilahi! Kami telah berjanji kepada Engkau bahawa sesungguhnya kami akan bangun melaksanakan segala tuntutan amal jama'i. Janji itu kami buat pada permulaan langkah kami di atas jalan da'awah dan kami berjanji akan beramal dan berusaha sekadar kemampuan kami supaya kami dapat menjadi orang-orang yang benar (as siddiqin) dan memenuhi segala janji yang telah kami janjikan kepada Mu. Maka tolonglah kami memenuhinya. Kami telah berjanji kepadaMu untuk memelihara faham yang sahih dan selamat sejahtera terhadap Islam. Faham yang diperolehi dari kitabMu dan sunnah NabiMu SallaLlahu 'Alaihi Wasallam, faham yang syumul, lengkap dan meliputi tanpa pensukuan dan pemecahan, selamat sejahtera, sahih tanpa kesalahan dan perubahan atau penyelewengan, bersih dari segala campuran, jauh dari segala bid'ah dan khurafat serta karut marut. Iaitu Islam dengan kekuatannya, keasliannya dan kelurusannya sebagaimana yang dibawa oleh Muhammad SallaLlahu 'Alaihi Wasallam. Kami akan bersungguh-sungguh memeliharanya tanpa pertukaran, dan perubahan lalu kami mempusakakan kepada generasi di masa akan datang. Supaya dapat ditegakkan di atasnya bangunan daulah Islam yang dicita-citakan (InsyaALlah), di atas aqidah Tauhid yang jernih dari segala campuran, di atas ibadat yang sahih yang jauh dari segala bid'ah, di atas syariah yang adil yang mengatur dan menyusun segenap jurusan hidup, di atas akhlak Islam yang mulia, di atas jihad yang fardu dan berterusan hingga ke hari kiamat. Dengan agama yang hak ini, umat Islam menjadi guru kepada kemanusiaan. Kami telah berjanji kepadaMu untuk mengikhlaskan tujuan dan niat kami. Di dalam setiap perkataan, amal, jihad dan usaha kami untuk Islam hanyalah bertujuan mencari redhaMu dan kerana wajahMu yang Maha Mulia dan pahala yang baik yang telah Engkau janjikan. Kami ikhlas semata-mata kepadaMu tanpa mengira untung, rugi, kemegahan, pengaruh, pangkat, gelaran, kemajuan dan kemunduran. Sucikanlah hati kami Ya Rabbi dari segala penyakit hati yang merosakkan niat dan meruntuhkan segala amal.

Munajat Di Jalan Dakwah

21

Sesungguhnya yang demikian itu telah menimpa beberapa orang lalu menjauhkan mereka dari jalan da'awah dan mereka ketinggalan keretapi da'awah. Jadi peliharalah kami Ya Rabbi dari segala penyakit yang demikian itu supaya kami dapat menemuiMu dengan hati yang selamat sejahtera. Firman ALlah Ta'ala:

"Iaitu di hari harta dan anak-anak laki-laki tidak memberi manfaat, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih". (Surah Asy Syu'ara: Ayat 88-89) Ilahi! Kami telah berjanji kepadaMu untuk berjihad pada jalanMu dan berkorban dengan segala apa yang kami miliki, harta, waktu dan usaha. Kami akan menyerahkan seluruhnya untuk da'awah bukan hanya sebahagiannya sahaja untuk meraih keuntungan perniagaan denganMu. Firman ALlah Ta'a1a:

"Sesunguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga umuk mereka" (Surah At Taubah: Ayat 111) Diri itu meliputi segala yang berhubung dengannya, meliputi waktu, usaha, kesihatan, ilmu dan seumpamanya. Wahai Tuhanku mudahkanlah bagi kami untuk menyempurnakan janji ini, supaya kami tidak bacul, tidak keberatan untuk berjihad dan tidak bakhil menyerahkan diri dan harta kami pada jalanMu. Kerana fitnah dan dugaan itu banyak dan godaan duniawi memenuhi hidup manusia. Sesungguhnya kami merasa kasihan melihat diri kami setiap kami membaca ancamanMu yang keras, yang berupa azab dan pembalasannya terhadap sesiapa yang bakhil dan keberatan untuk berjihad dan berkorban. Di dalam firman Mu yang mulia;

22

Munajat Di Jalan Dakwah

"Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu: "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalah ALlah, kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempat mu?" Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, nescaya ALlah menyeksa kamu dengan seksaan yang pedih dan digantikan (kamu) dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepadaNya sedikitpun. ALlah Maha Kuasa atas segala sesuatu". (Surah At Taubah: Ayat 38-39) Dan di dalam firmanMu:

"Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (harta mu) pada jalan ALlah. Maka di antara kamu ada orang yang kikir dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan ALlahlah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang berkehendak (kepadanya), dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain dan mereka tidak akan seperti kamu (ini)".

Munajat Di Jalan Dakwah

23

(Surah Muhammad: Ayat 38) Wahai Tuhan ku! Bagaimanakah kami boleh bakhil menyerahkan diri kami, padahal Engkaulah yang mengurniakannya kepada kami? Bagaimanakah kami boleh bakhil menyerahkan harta kami padahal Engkaulah yang memberikannya kepada kami? Bagaimanakah kami sanggup merugikan diri kami dalam perniagaan yang menguntungkan dengan harga yang mahal ini, lantaran bakhil menyerahkan diri yang pasti mati dan harta yang pasti kami tinggalkan di belakang kami kemudian kami akan dihisab di atasnya? Kami telah berjanji kepadaMu Ya Rabbi untuk membulatkan tekad kami untuk mendokong amanah yang besar dan mulia ini dengan sepenuh ketahanan dan kesabaran lalu Engkau memberi taufiq kepada kami untuk menyerahkan diri kami dengan kcbulatan yang sempurna kepadamu. Lalu kami tidak tunduk dan tidak memberi kesetiaan (wa1a') kecuali kepadaMu sahaja. Kerana hanya Engkau sahajalah Pemimpin, Pengurus dan Pemelihara kami dan cukuplah Engkau bagi kami dan Engkaulah sebaik-baik pemimpm. Kurniakanlah kepada kami ketahanan berpegang kcpada al hak, tidak mudah renggang, tidak longgar dari jalan da'awah, jalan Mu yang lurus. Kami memohon perlindungan Mu daripada berpaling tadah setelah Engkau memberi hidayah kepada kami. Maka tetapkanlah hati kami wahai Tuhan kami di atas agama Mu dan tetapkanlah tapak kaki kami di atas jalanMu. Firman ALlah Ta'ala:

"(Mereka berdoa) "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dah sisi Engkau kerana sesungguhnya Eugkaulah Maha Pemberi (kurnia)". (Surah Ali 'Imran: Ayat 8) Ya Ilahi! Kami telah mengetahui bahawasanya jalan ini, jauh jaraknya, segala marhalahnya juga panjang dan banyak rintangannya, banyak duri dan onaknya. Tetapi itulah satu-satunya jalan yang dapat menyampaikan maksud kami. Kami benar-benar mengharapkan pertolongan dengan pengukuhan Engkau kepada kami, supaya kami tidak duduk berhenti berpangku tangan dan tidak menyeleweng. Masukkanlah kami di dalam golongan yang dimaksudkan di dalam firmanMu:

24

Munajat Di Jalan Dakwah

"ALlah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat". (Surah Ibrahim: Ayat 27) Firman ALlah Ta'ala:

"Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami dan kukuhkanlah pendirum kamvi dan tolonglah kami terhadap orangorang kafir". (Surah A1 Baqarah: Ayat 250) Begitu juga kami berjanji kepadaMu Ya Rabbi untuk mengukuh persaudaraan dan cinta terhadap saudara-saudara kami. Lalu kami ikat segenap hati kami dan jiwa kami dengan ikatan aqidah dan itulah ikatan yang kukuh. Kami telah mengetahui bahawasanya sekurang-kurangnya martabat persaudaraan ini, baik sangka dan hati yang sejahtera terhadap saudara-saudara kami dan setinggi martabatnya ialah al ithar (mengutamakan saudara lebih dari kepentingan diri sendiri). Berkatilah Ya Rabbi persaudaraan kami dan tolonglah kami dalam menyempurnakan janji ini. Janganlah membuka jalan kepada syaitan yang merosakkan persaudaraan kami dan kami mohon perlindungan Mu daripadanya kerana sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Maka teguhkanlah ikatan persaudaraan kami dan kekalkanlah kasih sayang kami dan tujukkanlah jalan kami. Naungilah kami dengan persaudaraan Islam yang sejati ini pada hari tidak ada lagi naungan kecuali naunganMu. Kami telah berjanji kepadaMu untuk percaya, mendengar dan taat kepada Amir di waktu senang dan susah, di waktu suka dan benci. Kurniakanlah wahai Tuhan kami kelazatan ibadat kepadaMu dengan mendengar dan taat kepada Ulul Amri (pemimpin-pemimpin) dari kalangan kami di dalam perkara yang tidak maksiat dan mungkar.

Munajat Di Jalan Dakwah

25

Peliharalah kepercayaan ini Ya Rabbi di dalam diri kami sehingga tidak dapat dilemahkan dan dirosakkan oleh golongan yang tertentu dengan tujuan tertentu dan golongan yang suka menimbulkan keraguan dan kekeliruan. Ilahi! Inilah dia janji-janji kami dan kami semua berusaha bersungguhsungguh untuk menyempurnakannya menurut cara yang paling sempurna. Kami tidak akan merosakkan sedikitpun daripadanya, sehingga kami dimasukkan ke dalam golongan yang Engkau maksudkan dalam firmanMu:

"Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada ALlah". (Surah A1 Ahzab: Ayat 23)

"Supaya ALlah, memberikan balasan kepada orang-orang yang benar itu kerana kebenarannya". (Surah Al Ahzab: Ayat 24)

26

Munajat Di Jalan Dakwah

MUNAJAT (3) Ilahi! Demikianlah adanya kehendak IradatMu dan sunnahMu di ats jalan da'awah, siapa yang berjalan di atas jalan da'awah, akan terdedah kepada pelbagai mihnah, bencana dan tribulasi sebagai ujian, tapisan dan pemisahan di antara siapa yang benar dan siapa yang berdusta. Sekalipun telah kami ketahui sebahagian dari hikmat yang besar yang terkandung padanya yang belum kami ketahui. Sesungguhnya Engkau telah berfirman dan firmanMulah yang hak:

"Alif laam miim. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALlah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta". (Surah Al Ankabut: Ayat 1-3) Firman ALlah Ta'ala:

Munajat Di Jalan Dakwah

27

"ALlah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk (munafik) dengan yang baik (mukmin)". (Surah Ali 'Imran: Ayat 179) Dan Engkau telah berfirman:

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan ALlah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan ALlah, itu amat dekat". (Surah Al Baqarah: Ayat 214) Dan banyak lagi ayat-ayat yang demikian. Sesungguhnya kekasihMu Muhammad Sa1laLlahu 'Alaihi Wasallam adalah makhluk yang paling mulia disisiMu telah terdedah kepada gangguan dan gugatan yang paling dahsyat dari pihak Musyrikin. Baginda bersabar menghadapi semua itu. Sekiranya Engkau kehendaki nescaya Engkau telah melindungi baginda dan sahabat-sahabat baginda daripada yang demikian. Akan tetapi Engkau hendak menjadikannya untuk kami sebagai contoh teladan yang baik di atas jalan ini, perihal bagaimana baginda terdedah kepada gangguan dan seksaan supaya kami juga bersabar sebagaimana baginda telah bersabar tanpa kecuaian di dalam satu urusan dari berbagai urusan agama kami. Sahabat-sahabat baginda yang mulia juga telah tcrdedah kepada gangguan dan penyeksaan lalu mereka bersabar sehinggalah Yasir dan isterinya Sumaiyyah Radhiallahu anha mati syahid di dalam penyeksaan itu, tanpa berlembut dan menyerah kalah di hadapan kesombongan dan kekejaman syirik dan jahiliyah. Demikian juga Bilal Radhiallahu anhu, telah terdedah kepada gangguan yang demikian tetapi semua itu lebih

28

Munajat Di Jalan Dakwah

menambahkan kepadanya kebersihan, kelicinan, kilatan, penapisan, pemutihan, keteguhan dan pegangan kuat terhadap agama mereka. Ya Rabbi, kami tahu bahawasanya segala mihnah, malapetaka dan tribulasi yang menimpa kami dan para pendukung da'awah di sepanjang sejarah adalah sebahagian dari perkara asasi di jalan da'awah. Semuanya itu adalah baik kerana itulah sunnah, kehendak dan iradatMu. Engkau tidaklah menghendaki kecuali yang baik sahaja. Dengan adanya mihnah dan ujian, segala hati dibersihkan dari segenap pengaruh dan kekuasaan hawa nafsu dan dengan itu, keluarlah angkatan lelaki yang beriman laksana tiang-tiang yang teguh dan utuh sebagai asas untuk menjadi tapak tempat dibangunkan binaan yang besar dan kukuh, penuh kemantapan dan ketahanannya dalam mengatasi scgala tipu daya musuh. IIahi! Sesungguhnya RasulMu dan para sahabat baginda telah terdedah kepada gangguan, azab dan seksa, tetapi mereka bersabar lantaran Engkau memberi kesabaran kepada mereka. Mereka telah bertahan sebab Engkau telah menetapkan hati mereka dan memberi ketahanan kepada mereka sehingga Engkau bukakan jalan bagi mereka dengan berhijrah ke Madinah. Kemudian Engkau kurniakan kemenangan yang cemerlang kepada mereka di dalam peperangan Badar yang menjadi pemisah di antara marhalah gangguan, penindasan dan tekanan dengan marhalah kemuliaan dan kekuasaan. Berilah kesabaran kepada kami Ya Rabbi sebagaimana Engkau telah memberi kesabaran kepada mereka. Tetapkanlah hati kami sebagaimana Engkau telah menetapkan hati mereka. Bukalah jalan keluar kepada kami dan kumiakanlah kemenangan kepada kami dengan kemenangan Badar yang kedua. Bahkan kami ini sangat memerlukan kemenangan seperti kemenangan Badar di setiap tanahair Islam malah di seluruh dunia Islam. Itu semuanya tidaklah susah kepadaMu. Moga dengan demikian kami akan tutup dan lipat segenap situasi gangguan, fitnah dan tribulasi lalu kami membuka lembaran zaman baharu dan situasi baharu iaitu zaman baharu untuk kemenangan Islam dan umatnya, kepada kekuasaan Islam dan khulafah Islam sejagat yang akan membawa rahmat dan bahagia ke seluruh dunia. Ilahi! Sesungguhnya golongan yang zalim telah melampaui batas, telah mengganas, telah melakukan segala azab dan seksaan yang sangat kejam dengan segala alat dan senjatanya yang moden. Mereka menyeksa hambahambaMu yang beriman, dengan berbagai rupa bentuk, corak dan rona penyeksaan, di mana berita kengeriannya menegakkan bulu roma dan mengeletarkan tubuh badan. Mereka melakukan penangkapan, memenjara, menakut-nakutkan, menggertak, mengusir, membuang negeri, membunuh

Munajat Di Jalan Dakwah

29

samada dengan cemeti penyeksaan, hukum gantung di tali gantung, dengan tembakan peluru, menghempap dengan bangunan masjid yang telah mereka runtuhkan ataupun ditanam hidup-hidup di dalam lubang lalu ditimbus hingga mati. Demikian juga mereka melakukan berbagai bentuk penyeksaan dan pembunuhan terhadap muslimat tanpa belas kasihan dan rasa peri kemanusiaan. Itu semua menyakitkan hati, sehinggakan pen tidak berdaya hendak menuliskan segala bentuk seksaan yang telah mereka lakukan kepada kami dan sahabat-sahabat kami di seluruh dunia Islam. Sesungguhnya angkatan taghut menyangka bahawasanya mereka tidak akan dihisab di dunia dan akhirat terhadap perbuatan terkutuk dan kezaliman mereka, lalu mereka sewenang-wenangnya menjadi penjahat yang ganas, sesuka hati menerkam dengan kuku besi mereka terhadap para pendukung da'awah yang menyeru manusia kepada ALlah sehingga hamper-hampirlah manusia terpedaya. Ya Rabbi! Sesungguhnya kami tahu bahawasanya Engkau terus menerus mengintip mereka dan tidak melupakan segala perbuatan yang dibuat oleh golongan yang zalim itu. Malah Engkau tangguhkan pembalasannya ke hari yang padanya terbeliak mata mereka. Kami tahu bahawa Engkau menangguhkannya tetapi Engkau tidak akan melepaskan mereka dari azab seksaMu. Ilahi! izinkanlah kami menyembahkan pengaduan kami kepadaMu kerana mencontohi teladan RasuluLlah SallaLlahu 'AlaihiWasallam yang mengadu kepadaMu apabila baginda diganggu dan disakiti di Ta'if. Kami mengadukan kepadaMu wahai Tuhan pemelihara golongan lemah yang teraniaya, betapa lemahnya kekuatan kami, betapa kurangnya daya upaya kami dan betapa lemahnya kami dalam menghadapi kerenah manusia. Engkaulah Tuhan pemalihara golongan lemah yang dizalimi dan Engkaulah pemelihara kami wahai Tuhanku yang paling Pengasih dan Pemurah. Kami tidak perduli kepada siapakah Engkau serahkan kami, samada kepada orang asing yang membabi buta terhadap kami ataupun kepada musuh yang menguasai urusan kami asalkan Engkau tidak murka kepada kami. Akan tetapi afiatMu itu, itulah yang lebih melapangkan kami. Kami memohon perlindungan dengan Nur wajahMu yang menyinari kegelapan dan memperbaiki urusan dunia dan akhirat. Janganlah dengan itu sampai turun murkaMu kepada kami ataupun dating kepada kami marahMu (lindungilah kami dari murkaMu Ya Rabbi). KepadaMu1ah kami panjatkan pengaduan kami hingga Engkau redha kepada kami, wala haula walaquwwata illabilla. Tidak ada daya dan kakuatan kecuali dengan Engkau. Ya Rabbi! KepadaMulah kami memohon perlindungan dengan doa di tengah-tengah kezaliman dan kegelapan ini sebagaimana NabiMu Yunus

30

Munajat Di Jalan Dakwah

Alaihi Salam memohon perlindunganMu di dalam perut ikan di dalam kegelapan malam dan lautan. Kami menyeru kepadaMu Ya Rabbi dengan berkata:

"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim". (Surah Al Anbiya': Ayat 87) Kami seluruhnya berharap Ya Rabbi supaya Engkau lepaskan kami dari kesengsaraan, kezaliman dan kegelapan sebagaimana Engkau lepaskan dia (Yunus) Ya Rabbal 'alamin. Wahai Tuhanku! Dengan pertolonganMulah kami tolak leher pengganas yang zalim dan Engkaulah tempat kami memohon perlindungan dari kejahatan mereka. Wahai Tuhan kami hentikanlah kejahatan mereka dari kami dan tolaklah penyeksaan mereka dari kami. Firman ALlah Ta'ala:

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim dan selamatkanlah kami dengan rahmat Engkau dari (tipu daya) orang-orang yang kafir". (Surah Yunus: Ayat 85-86) Wahai Tuhan kami tolonglah kami untuk mengalahkan mereka melalui kudrat IradatMu dan sebagaimana kehendak IradatMu kerana sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa di atas apa yang Engkau kehendaki. Sesungguhnya mereka menyangka bahawasanya mereka memerangi diri kami, tubuh kami yang lemah ini mereka jadikan sasaran cemeti mcreka, peluru mereka, tali gantung mereka dan kuku besi mereka. Sayang! mereka itu salah faham. Sesungguhnya mereka itu pada hakikatnya memerangi Engkau, memerangi agamaMu yang menjelma di dalam diri kami. Kerana sesungguhnya kami telah menjual diri kami kepadaMu, tidak ada bahagian dunia yang membawa kami bersengketa dengan mereka padanya. Maka

Munajat Di Jalan Dakwah

31

Engkaulah yang membela kami mempertahankan kami dan membalas mereka bagi pihak kami jika Engkau kehendaki ataupun mengampunkannya jika Engkau kehendaki. Kami tidak membuat cadangan kepadaMu. Maka sekiranya Engkau kehendaki, Engkau menyeksa golongan yang zalim itu dan jika Engkau kehendaki, Engkau terima taubat mereka. Kerana sesungguhnya Engkau telah bertitah kepada RasulMu dari dahulu. Firman ALlah Ta'ala:

"Tak ada sedikitpun campur tanganmu dalam urusan mereka itu atau ALlah menerima taubat mereka atau mengazab mereka, kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim". (Surah Ali 'Imran: Ayat 128) Dan Engkau telah berfirman:

"Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan cubaan kepada orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar". (Surah Al Buruj: Ayat 10) Ilahi! Sesungguhnya orang-orang yang zalim dan orang-orang yang dizalimi, semuanya mcrupakan hamba-hamba Engkau. Engkau akan menyeksa sesiapa yang engkau kehendaki. Engkau ampuni siapa yang Engkau kehendaki menurut keadilan, hikmat dan rahmatMu. Engkau tidak menzalimi hamba-hambaMu. Mereka tidak berhak bertanyakan segala apa yang Engkau buat. Sesungguhnya kami pandang orang-orang zalim itu sebagai golongan yang celaka dan malang. Mereka telah dikuasai oleh hawa nafsu mereka. Syaitan telah merasuk mereka dan menyebabkan mereka memandang bahawa kezaliman mereka itu indah belaka. Mereka mendedahkan diri-diri mercka untuk menerima balasan yang telah ditentukan kepada orang-orang yang zalim. Kedudukan mereka mungkin bertukar ganti, lalu kami mungkin menjadi orang-orang zalim pula dan mereka menjadi orang yang dizalimi. Maka kami puji Engkau Ya Rabbi

32

Munajat Di Jalan Dakwah

kerana Engkau telah mentakdirkan kami tidak menjadi orang-orang yang zalim, moga kami tidak terdedah kepada pembalasan dan azab yang ditentukan kepada orang-orang yang zalim. Tetapi kini kamilah golongan yang dizalimi, yang telah Engkau janjikan akan diberi pertolongan dan ganjaran di atas kesabaran kami. Ilahi! Alangkah perlunya kami kepada kesabaran dalam menghadapi kezaliman ini. Limpahkanlah kcsabaran kepada kami yang denganNya kami meminta pertolongan kerana kezaliman ini. Sesungguhnya Engkau telah menyeru kami kepada kesabaran di dalam banyak ayatMu lalu Engkau berfirman:

"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya ALlah berserta orang-orang yang sabar". (Surah Al Baqarah: Ayat 153) Dan Engkau telah beriirman:

"Dan Kami jadikan sebahagian kamu cubaan bagi sebahagian yang lain. Mahukah kamu bersabar dan adalahTuhanmu Maha Melihat". (Surah Al Furqan: Ayat 20) Kami bersabar dengan pertolongan daripadaMu dan Engkau telah berfirman:

"Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (diperbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada ALlah, supaya kamu beruntung". (Surah Ali 'Imran: Ayat 200) Ilahi! Sesungguhnya Engkau telah sabarkan kami lalu kami bersabar, Engkau

Munajat Di Jalan Dakwah

33

telah tetapkan pendirian kami lalu kami tetap di atas jalanMu yang lurus. Kami tidak merasakan sedikitpun ianya daripada diri kami atau daripada kudrat kami, tetapi kami rujukkan segala limpah kumia itu kepadaMu kerana limpah kurnia itu daripadaMu, kerana Engkau telah berfirman kepada NabiMu: Firman ALlah Ta'ala:

"Bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan ALlah". (Surah An Nahl: Ayat 127) Wahai Tuhanku berilah kesabaran yang sungguh-sungguh daripadaMu. Ilahi! Janganlah Engkau hampakan kami dari pahala orang-orang yang sabar kerana Engkau telah berfirman:

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah, yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas". (Surah Az Zumar: Ayat 10) Dengan kesabaran ini, janganlah Engkau penyertaanMu kerana Engkau telah berfirman:

hampakan

kami

dari

"Sesungguhnya ALlah berserta orang-orang yang sabar". (Surah Al Baqarah: Ayat 153) Scsungguhnya kami bergembira sekalipun kami dizalimi. Kami tahu semuanya itu lambat laun mesti akan terhenti. Malam yang gelap ini pasti diiringi dengan fajar dan terbitnya matahari. Kami masih ingat bagaimana RasuluLlah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam menggembirakan orang yang beriman di Mekah tatkala mereka mengadu kepada baginda tentang penyeksaan kaum Quraisy terhadap mereka. Maka bersabdalah Rasu1uLlah Sal1aLiahu 'Alaihi Wasallam:

34

Munajat Di Jalan Dakwah

"Demi ALlah. ALlah pasti menyempurnakan urusan ini (agama Islam) sehingga berjalanlah rombongan kafilah dari Sanaa ke Hadhramaut tanpa takutkan sesuatu kecuali kepada ALlah dan tidak bimbangkan serangan serigala ke atas kambingnya. Tetapi kamu ini terlalu gopoh-gapah." Setiap kami membaca ucapan Saidina Musa alihi salam kepada kaumnya semasa menerima ancaman Firaun yang akan menyeksa mereka. Nabi Musa alaihi salam berkata: Firman ALlah Ta'ala:

"Mohonkanlah partolongan kepada ALlah dan bersabarlah. Sesunggulmya bumi (ini) kepunyaan ALlah, dipusakakanNya kepada siapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa". (Surah Al A'raaf: Ayat 128) Kami gembira dan tenteram. Jadikanlah hambamu ini Ya Rabbi dari golongan orang-orang yang bertaqwa dan berikanlah kesabaran kepada kami dan kurniakanlah kemenangan kepada kami. Wahai Tuhan ku! Kami berjalan di atas jalan da'awah dan kami terdedah kepada berbagai cabaran. Ada di antara kami yang singkat cita-citanya lalu dia berundur dan duduk. Ada dan kalangan kami yang Engkau beri pertolongan kepadanya dan Engkau tetapkan dia lalu dia sabar menanti bertahun-tahun di dalam penjara. Kemudian setelah dikeluarkan dari penjara, dia tetap tidak berubah dan pendiriannya tidak berganti untuk meneruskan perjalanannya di atas jalan da'awah tanpa kelemahan, al wahnu dan kemunduran. Engkau telah pilih sebahagian dari mereka ke sisiMu,

Munajat Di Jalan Dakwah

35

sebahagian dari kami Engkau pilih sebagai syuhada' (mati syahid) di medan jihad atau di bawah cengkaman penyeksaan ataupun di tali gantung. Ilahi. Setiap ku baca firmanMu yang mulia:

"Janganlah kamu mengira bahawa mereka yang gugur di jalan ALlah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki, mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia ALlah, yang diberikanNya kepada mereka dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati". (Surah Ali Imran: Ayat 169-170) Tatkala itulah aku dilambung ombak perasaan rindu dan cemas. Tatkala itulah aku mengingati saudara-saudaraku yang telah menjadi syuhada' yang dahulunya mereka bersama-sama dengan kami di atas jalan ini. Aku mengingati setiap 1angkah kami di mana kami bekerjasama dengan mereka di atas jalan da'awah. Aku mengingati cinta dan persaudaraan di antara kami lalu bergeloralah perasaan dan bertambah rindulah aku untuk menemui mereka dan mendapatkan mereka, hendak mencapai kejayaan seperti martabat mereka dengan berbagai-bagai rahmat dan limpah kurniaMu kepada mereka. Yang demikian itu mendorong aku mendesak di dalam setiap doaku supaya aku masuk di dalam apa yang Engkau kehendaki dengan firmanMu:

36

Munajat Di Jalan Dakwah

"Dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati". (Surah Ali 'Imran: Ayat 170) Itulah rasa rindu. Rasa cemas pula timbul kerana aku takut tidak termasuk ke dalam golongan mereka, lantaran terdedah kepada fitnah, kerana selagi aku hidup aku tidak akan aman dari fitnah. Lantaran itu Ya Rabbi aku memohon kepadaMu supaya Engkau mamelihara aku dan saudara-saudaraku dari fitnah yang zahir dan batin sehinggalah kami menemuiMu dalam keadaan Engkau redha kepada kami, dan kami pula tidak membuat fitnah atau difitnah. Wahai Tuhan kami kurniakanlah kami as syahadah (mati syahid) di jalanMu supaya Engkau himpunkan kami bersama pada An Nabiyin, Was Siddiqm, Was Syuhada', Was Salihin kerana mereka itulah sebaik-baik teman. Ya Rabbi! Kami meminta kepadaMu Jannatul Firdaus yang tertinggi. Al Firdaus Al A'ala, Al Firdaus Al A'ala, Al Firdaus Al A'ala. Wahai Tuhanku kami hanya menuntut kemuliaan daripadaMu. Ilahi! Di tengah-tengah kezaliman dan kegelapan ini, aku sangat memerlukan sakinahMu yang Engkau turunkan kepada kami dan RahmatMu yang meliputi kami, supaya kami tidak gentar dan tidak mengeluh. Jadi penuhilah segenap hati kami dengan NurMu yang tidak pernah muram sinarannya. Lapangkanlah dada kami dengan limpah iman kepadaMu dan elokkanlah tawakkal kami kepadaMu. Ya Rabbi. Tutuplah aurat (maruah) kami. Amankanlah kami dari ketakutan kami. Luruskanlah perjalanan kami, berilah hidayah kepada kami dan ampunkanlah segala kesilapan kami. Firman ALlah Ta'ala:

Munajat Di Jalan Dakwah

37

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya, Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkanu kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir". (Surah Al Baqarah: Ayat 286) Firman ALlah Ta'ala:

"Ya Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan hak (adil) dan Engkaulah Pemberi keputusan yang sebaikbaiknya". (Surah Al A'raaf: Ayat 89) Ilahi! tatkala kami berjalan di at;as jalan da'awah ini kami dapati bidang da'awah ini terus berkembang dan meluas sehingga hampir meliputi gelanggang International bukan hanya berkembang luas di dunia Islam sahaja. Kami dapati pertarungan antara pendukung al hak dan pendukung al batil bertambah banyak dan bertimbun-timbun, malah terus mendidih dan meledak. Tiap-tiap satunya memerlukan usaha dan tenaga yang sungguhsungguh, memerlukan, jihad, amal, pemberian dan pengorbanannya. Kami tidak mungkin mengenepikan sebarang urusan itu dan tidak boleh mengabaikannya kerana ia merupakan satu kewajipan yang mesti kita tunaikan. Ilahi! Sesungguhnya itu semua menyusahkan hati dan sangat menggelisahkan jiwa kami. Kami sangat gelisah melihat perihal kaum muslimin yang diganggu gugat di segenap penjuru dunia, musuh-musuh mencerobohi mereka, nyawa mereka dicabut, kehormatan mereka dicabuli, bumi mereka dirampas dan penduduknya ditindas dan anak-anak mereka diperdaya untuk dikristiankan ataupun mereka dipaksa menjadi Atheis dengan menggunakan berbagai cara dan tipudaya. Kami merasa gundah gulana apabila melihat penguasan musuh-musuh ALlah di atas hambahambaMu kaum muslimin. Kami merasa sangat dukacita melihat sebahagian besar dari muslimin ditimpa gcjala kefakiran, penyakit dan kejahilan. Sesungguhnya darah muslimin hari ini merupakan darah yang paling murah dan paling banyak ditumpahkan oleh musuh-musuh ALlah di seluruh dunia Islam. Padahal musliminlah yang sepatutnya menjadi pemimpin dunia yang

38

Munajat Di Jalan Dakwah

mempunyai kemuliaan di dalam hidup ini. Merekalah yang sepatutnya menjadi guru dan pengarah kepada seluruh manusia di dunia ini. Wahai Tuhanku, kami tahu bahawa segala yang demikian itu disebabkan oleh kelemahan iman muslimin dan kerana mereka dimabukkan oleh dunia dan cintakan dunia. Untuk merubah hal dan situasi ini, mereka harus kembali kepada iman, amal dan jihad. Ilahi! Sesungguhnya itu adalah tanggungjawab yang besar dan amanah yang berat yang kami rasai terhadap muslimin dalam segenap urusan mereka. Padahal kami baharu di peringkat da'awah dan kami belum tiba di peringkat daulah (Islam). Kami sedang diburu, dikejar, ditindas dan dizalimi. Namun demikian, muslimin menunggu-nunggu kedatangan kami, semuanya berharap supaya Allah menolong kami untuk merealisasikan pembentukan daulah Islam. Mereka berharap-harap semoga ALlah melahirkan kebaikan, kesentosaan dan keamanan melalui tangan-tangan kami, terutamanya kerana mereka telah merasai bagaimana pahit maungnya dan sakit deritanya segala sistem dan prinsip yang datang dari bumi, hasil rekaan manusia jahiliyyah yang dipaksakan ke atas mereka dari Barat ataupun dari Timur. Wahai Tuhan kami. Berilah pertolongan dan bantuan kepada kami dan janganlah Engkau hampakan cita-cita dan harapan muslimin pada kami. Jadikanlah kami ahli untuk kebaikan dan thiqah (kepercayaan) ini. Kami mohon kepadaMu supaya Engkau menegakkan kuasa agamaMu melalui amal dan usaha kami di atas mukabumi ini, lalu kami bangunkan daulah Islam yang melindungi bumi, jiwa dan kehormatan muslimin dari pencerobohan musuh-musuh Islam. Kami akan bebaskan Masjid Al Aqsa dari tangan Zionisma yang kotor dan najis itu. Kami akan laksanakan syariat agamaMu di segenap jurusan hidup manusia dan kami sampaikan Islam kepada segenap manusia. Firman ALlah Ta'ala:

"Sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) agama itu hanya untuk ALlah belaka". (Surah Al Baqarah: Ayat 193) Wahai Tuhan kami. Kami mengadukan kepadaMu tentang apa yang telah

Munajat Di Jalan Dakwah

39

menimpa umat muslimin setelah mereka menjauhi Islam? Apakah yang telah dibuat oleh sebahagian dari mereka? Mereka telah mencampuradukkan Islam dengan berbagai bid'ah, karut marut, kekotoran, penyelewengan, kedangkalan dan keterlaluan. Kami adukan juga kepadaMu tentang akibat yang telah menimpa muslimin, tidak lain hanyalah perpecahan, perselisihan, permusuhan, dengki mendengki, caci mencaci di antara mereka di sekitar beberapa urusan cabang dan bahagian yang kecil-kecil dan remeh temeh. Ini semua terjadi tatkala segenap musuh-musuh Islam bersatupadu dan bekerjasama untuk memukul muslimin dengan tujuan menghapuskan mereka. Ya Rabbi. Sesungguhnya kami telah dan sedang berusaha sungguh-sungguh untuk menghapuskan segala perselisihan dan pertentangan di kalangan muslimin, memadukan kalimah mereka dan menyatupadukan segenap barisan mereka ke arah Islam yang hak sebagaimana yang dibawa oleh NabiMu Muhammad SallaLlahu 'Alaihi Wasallam sekalipun kami diganggu oleh sebahagian dari muslimin. Kami tetap bersabar terhadap yang demikian itu, bahkan kami tetap mencintai mereka dan mengharapkan kesedaran mereka sehingga mereka kembali semula ke pangkal jalan, kepada Al Islam al hak. Ya Rabbi. Tolonglah kami di dalam menyatukan kalimah muslimin dan mengembalikan mereka kepada kitabMu dan sunnah NabiMu Muhammad SallaLlahu 'Alaihi Wasallam, kerana sesungguhnya Engkau telah menyeru kami kepada kesatuan tanpa perpecahan dan persengketaan. Engkau telah berfirman:

"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) ALlah dan janganlah, kamu bercerai berai". (Surah Ali 'Imran: Ayat 103) Dan Engkau berfirman:

"Dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu". (Surah Al Anfaal: Ayat 46)

40

Munajat Di Jalan Dakwah

Ilahi! Sesungguhnya semua hati di tanganMu, Engkau berkuasa di dalam sekelip mata untuk memadukan di antaranya dan membuang segala perasaan dengki dan benci daripadanya. Maka sesungguhnya Engkau telah berfirman kepada NabiMu:

"Dialah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan para mukmin dan yang menyatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati mereka, akan tetapi ALlah telah menyatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana". (Surah Al Anfaal: Ayat 62-63) Wahai Tuhan kami. Capaikan kami kepada rahmatMu, kumpulkan kalimah kami di atas al hak, damaikanlah di antara kami dan padukanlah segenap hati kami. Ya ALlah. Kami adukan kepadaMu tentang tabiat sebahagian dari muslimin yang telah Engkau limpahkan rezekiMu kepada mereka, lalu mereka dengan itu terlalu cintakan dunia, hendak hidup menongkat langit kerana kemewahan itu membawa mereka kepada kesenangan hidup dan terlalu kenyang. Pada waktu yang sama, mereka bakhil dan kedekut memberi bantuan harta kepada Mujahidin yang berjihad pada jalanMu, bakhil terhadap anak-anak tinggalan para syuhada' yang telah menjadi yatim. Mereka bakhil terhadap muslimin yang ditawan oleh musuh Islam. Ya Rabbi! Tariklah tangan mereka kepada jalanMu, cabutlah perasaan cinta dunia dan harta dari hati mereka. Berilah taufiq kepada mereka untuk memberi nafakh dan harta pada jalanMu dan peliharalah kami dari fitnah yang demikian. Kami mengadu kepadaMu Ya ALlah dan kami berlepas diri dari segala perbuatan sistem pemerintahan di negeri kami (bahkan di seluruh dunia Islam) yang melakukan berbagai-bagai kemungkaran dan maksiat. Mereka sewenang-wenangnya melakukan apa yang telah Engkau haramkan seperti riba', judi, minuman keras, kefasikan, kezaliman dan bermacam-macam kejahatan dengan menggunakan segala media massa, suratkhabar, majalah

Munajat Di Jalan Dakwah

41

dan televisyen mereka untuk merosakkan jiwa dan akhlak angkatan muda muslimin dan muslimat, sekaligus meracuni fikiran generasi muda muslimin dan muslimat. Mereka menindas muslimin dan muslimat dengan tekanan, penjara dan azab seksa yang tidak berperi kemanusiaan. Kami adukan mereka kepadaMu Ya ALlah supaya Engkau memberi hidayah kepada mereka ataupun Engkau bebaskan kami dari cengkaman kuku besi mereka dan dari segala kejahatan mereka. Firman ALlah Ta'ala:

"Ya Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan hak (adil) dan Engkaulah Pemberi keputusan yang sebaikbaiknya". (Surah A1 A'raaf: Ayat 89) KepadaMulah, Kami mengadukan hal diri kami, kecuaian Kami, keletihan kami, kelemahan kami dan kemalagan kami.

"Ya Rabbi kami berlindung denganMu dari kesengsaraan dan kedukacitaan, kami berlindung denganMu dari kelemahan dan kemalasan, kami berlindung denganMu dari kebaculan dan kebakhilan dan kami berlindung denganMu dari tanggungan hutang. Wahai Tuhan berikanlah kepada diri kami akan ketaqwaan dan sucikanlah dia kerana sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkannya. Kerana Engkaulah pengurus dan pemimpin".

42

Munajat Di Jalan Dakwah

Firman ALlah Ta'ala:

"Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi". (Surah A1 A'raaf: Ayat 23)

Wahai Tuhan kami! Perbaikilah hati kami hapuskanlah cacat cela kami, pimpinlah kami ke arah kebaikan, hiasilah kami dengan taqwa, kurniakanlah kepada kami taat setia kepaduMu sepanjang hidup kami. Tuhan kami! Jadikanlah kami ikhlas kepadaMu, syukur kepadaMu, bertawakkal kepadaMu, taubat kepadaMu, khusyuk kepadaMu. Wahai Tuhan kami sesungguhnya kami mohon kepadaMu ketetapan di dalam urusan ini, keazaman di dalam hidayah, tolonglah kami untuk mengingati Engkau dan menyebut namaMu, mensyukuri Engkau dan terbaik dalam ibadat kepadaMu. ALlahumma Amin. Terimalah ya Allah. Wahai Tuhan kami. Bahagikanlah kepada kami perasaan takut kepadaMu

Munajat Di Jalan Dakwah

43

yang menghalang kami dari menderhaka kepadaMu, perasaan taat kepadaMu yang membawa kami kepada syurgaMu dan keyakinan yang menyebabkan kami mampu menanggung segala bencana dunia. Wahai Tuhan kami! Permudahkanlah pendengaran, penglihatan dan kekuatan kami selama Engkau hidupkan kami dan jadikanlah dia waris dari kami. Jadikannya sebagai alat untuk menuntut bela kami ke atas siapa yang menzalimi kami. Tolonglah kami dari orang-orang yang mencerobohi kami. Janganlah Engkau menjadikan kami sebagai musibah di dalam agama kami. Janganlah Engkau jadikan dunia ini sebesar-besar perhatian kami dan bukan pula matlamat terakhir ilmu kami. Janganlah Engkau memberi kuasa pemerintah terhadap orang-orang yang tidak merahmati kami wahai ALlah yang lebih Pengasih dari segala Pengasih.

44

Munajat Di Jalan Dakwah

MUNAJAT (4) Ilahi! Malam kezaliman dan kegelapan ini telah terlalu panjang mengancam kami. Jadi kurniakanlah waktu subuh yang terbit kepada kami dengan nur iman, untuk menghapuskan kegelapan kufur dan jahiliyah. Kurniakanlah kepada kami pertolongan dan kemenangan yang akan menghapuskan kufur dan puak katir. Dengan kemenangan itu, sekaligus kami potong tulang belakang kezaliman dan puak yang zalim. Ilahi! Kami benar-benar menantikan kedatangan hari ini, satu kemenangan seperti kemenangan di peperangan Badar, di dalam banyak peperangan yang sedang berlangsung di seluruh dunia Islam. Kamu inginkan satu kemenangan seperti penaklukan kota Mekah, di mana muslimin berada di bawah pimpinan RasuluLlah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam yang bersorak gemuruh dan mengumandangkan firmanMu.

"Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap". Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap". (Surah Al Isra': Ayat 81) Setelah itu disambut dengan kumandang suara yang melafazkan firmanMu:

"Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akarakarnya. Segala puji bagi ALLah, Tuhan semesta alam". (Surah Al An'aam: ayat 45)

Munajat Di Jalan Dakwah

45

Walaupun ramai orang menyangka perkara yang demikian itu hanyalah mimpi di siang hari, khayal dan angan-angan kosong belaka. Akan tetapi kami melihatnya sebagai satu hakikat, kerana yang demikian itu tidak susah bagi ALlah. Ya Rabbi! Realisasikanlah cita-cita kami ini dengan pertolonganMu kepada al hak dan ahlinya lalu Engkau hapuskan al batil dengan para pendukungnya. Ilahi inilah mereka yang beramal dan berusaha, yang benar dan bersungguhsungguh untuk menolong agamaMu. Bilangan mereka sedikit, mereka lemah, mereka teraniaya, mereka diburu dan dikejar dan mereka diterkam dan disambar oleh manusia jahiliyah. Lindungilah mereka, bantulah mereka dengan pertolonganMu, limpahkanlah rezeki kepada mereka dari yang baik dan halal dan berilah taufiq kepada rnereka untuk bcrsyukur kepadaMu. Kerana Engkau pun telah menyatakan kurniaMu kepada golongan beriman yang pertama yang menolong agamaMu bersama Nabi Mu Muhammad SallaLlahu 'Alaihi Wasallam lalu Engkau berfirman:

"Dan ingatlah, (hai para Muhajirin) ketika kamu masih berjumlah sedikit, lagi tertindas di mukabumi (Mekah), kamu takut orang-orang (Mekah) akan menculik kamu, maka ALlah memberi kamu tempat menetap (Madinah) dan dijadikanNya kamu kuat dengan pertolonganNya dan diberiNya kamu rezeki dari yang baik-baik agar kamu bersyukur". (Surah AI Anfaal: Ayat 26) Wahai Tuhan para Mustadh'afin (golongan yang lemah dan tertindas), realisasikanlah kemenangan itu bagi kami sebagaimana kamu telah membuktikan kemenangan itu kepada mereka yang berjihad di zaman Rasulullah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam dan al khulafa' Ar Rashidin, para pemerintah yang mendapat hidayah ALlah, supaya kami menjadi golongan yang bersyukur kepadaMu. Ya Rabbi! Sesungguhnya cita-cita dan harapan ini sentiasa menyala di hati kami walau bagaimana dahsyatnya kezaliman dan kegelapan.

46

Munajat Di Jalan Dakwah

Kami yakin dan pcrcaya bahawasanya masa hadapan ini adalah untuk Islam, zaman Islam, sebagai bukti kenyataan bagi firman ALlah yang Maha Mulia:

"Dialah yang mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang hak agar dimenangkanNya terhadap semua agama. Dan cukuplah ALlah sebagai saksi". (Surah Al Fath: Ayat 28) Dan kami tahu bahawasanya sunnahMu akan menjadi realiti:

"Demikianlah ALlah membuat perumpamaan (bagi) yang benar dan yang bathil. Adapun buih itu, akan datang sebagai sesuatu yang tak ada harganya, adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi". (Surah Ar Ra'd: Ayat 17) Firman ALlah Ta'ala:

"Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta merta yang batil itu lenyap". (Surah Al Anbiya': Ayat 18) Jadikanlah kami Ya Rabbi sebagai ramzul hak (lambang kebenaran) dan pendukung al hak yang dengannya kami limpahkan ke atas al batil dan ahlinya tiba-tiba dihapus dan dibinasakan. Ilahi! Sesungguhnya kami walaupun diikat dengan pasung besi, disumbatkan di dalam pcnjara yang gelap gelita dan kem-kem tahanan, namun kami merasai kemerdekaan dan cahaya. Kerana sesungguhnya kami

Munajat Di Jalan Dakwah

47

telah melepaskan diri kami dengan bantuanMu dari kongkongan hawa nafsu; tamak haloba duniawi dan kami disinari oleh Nur Al Qur'an dan hidayah Al Iman. Kami merasa kuat sekalipun kami diterkam musuh dengan berbagai gangguan dan penyeksaan mereka, kerana kami sentiasa merasarasa kehadiran Mu dan berlindung kepadaMu, Engkaulah yang kuat, Maha Perkasa yang membalas dan Maha Pemaksa. Kami merasai kemuliaan Ya Rabbi, walaupun kami dikuasai dan ditindas oleh musuh dengan sewenang-wenang mereka kerana sesungguhnya kami mengetahui bahawasanya kemuliaan itu bagi ALlah, bagi RasulNya dan bagi orang-orang yang beriman. Kami merasa tenang dan tenteram sekalipun kami menghadapi tipu daya musuh dengan ancaman dan gertakan mereka kerana sesungguhnya kami berlindung dengan tiang yang kuat dan hebat. Kami tahu bahawasanya tidak ada sesiapa yang boleh mengapa-apakan kami kecuali apa yang telah Engkau tentukan untuk kami. Sesungguhnya kami telah menyerahkan diri kami dan segala urusan kami kepadaMu, wahai yang ditangannya terletak segala urusan dan Dia Maha Kuasa di atas segala sesuatu. Maka cukuplah Engkau bagi kami dan Engkaulah sebaik-baik pemimpin, dengan Engkau kami menolak leher musuh dan orang-orang yang ganas. Ya Rabbi! Dari Engkaulah kami minta pertolongan, maka tolong1ah kami. Dari Engkaulah kami minta keselamatan maka selamatkanlah kami. Dari Engkaulah kami meminta perlindungan, maka lindungilah kami. Dari Engkaulah kami minta bantuan, maka bantulah kami. Janganlah Engkau membiarkan kami seorang diri walau sekelip mata wahai sebaik-baik pemimpin dan sebaik penolong.

48

Munajat Di Jalan Dakwah

MUNAJAT (5) Ilahi! Scsungguhnya Engkau telah berjanji (dan janjiMulah yang benar) untuk memberi pertolongan, sokongan, ketetapan, pembelaan dan kekuasaan kepada orang yang beriman dan nas yang demikian telah datang kepada muslimin. Maka Engkau telah berfirman:

"Dan kami selalu berkewajipan menolong orang-orang yang beriman".

"ALlah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat". (Surah Ibrahim: Ayat 27)

"Sesungguhnya ALlah membela orang-orang yang telah beriman". (Surah Al Hajj: Ayat 38) Firman ALlah Ta'ala:

Munajat Di Jalan Dakwah

49

"Dan ALlah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang salih bahawa Dia sungguhsungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Dia benar-benar akan menukarkan (keadaan) mereka sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku". (Surah An Nuur: Ayat 55) Sebagaimana Engkau tentukan penjualan yang untung itu kepada Al Mukmin lalu Engkau berfirman:

"Sesungguhnya ALlah telah membeli dan orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga". (At Taubah: Ayat 111) Di dalam kebanyakan dari ayat-ayat di dalam kitabMu, Engkau menjanjikan syurga kepada mukmin yang beramal salih. Kami tahu Ya Rabbi bahawasanya mukminin mempunyai sifat-sifat yang tersebut di dalam kitabMu dan sunnah NabiMu Muhammad Sal1aLlahu 'AlaihiWasallam. Sifat-sifat mulia ini perlu kami punyai supaya kami layak merealisasikan janji-janjiMu kepada orang-orang mukminin. Engkau Ya Rabbi yang empunya limpah kurnia. Kami memohon kepadaMu

50

Munajat Di Jalan Dakwah

supaya Engkau mengurniakan iman yang benar kepada kami dan menolong kami hingga kami mempunyai sifat-sifat orang mukminin, setelah itu Engkau kurniakanlah kemenangan dan kekuasaan kepada kami. Ya Rabbi semakin bertambah lagi ketamakan kami pada kemurahanMu dan harapan kami pada rahmatMu supaya Engkau masukkan kami ke dalam golongan orang yang telah Engkau pilih dari mukminin dan yang Engkau kehendaki di dalam firmanMu:

"Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada ALlah, maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang memunggununggu dan mereka sedikitpun tidak merubah (janjinya) supaya ALlah memberikan balasan kepada orang-orang yang benar itu kerana kebenarannya? (Surah Al Ahzab: Ayat 23-24) Ya Rabbi! Sesungguhnya bebanan da'awah di atas gelanggang itu amatlah banyak dan amanah amal itu amatlah berat, memerlukan angkatan lelaki mukminin, assiddiqin lagi berpendirian tetap, maka ramaikanlah, angkatan lelaki yang demikian di kalangan kami Ya Rabbi. Ya Rabbi kami mohon kepadaMu iman yang kuat yang dapat mencetuskan daya dan tenaga untuk melakukan kebaikan, amal, jihad, pengorbanan, kcsabaran dan penanggungan, iman yang menolong kami mengatasi segala rintangan di jalan itu dan melindungi kami dari penyelewengan di setiap simpangnya yang bercelaru. Ilahi! Kami mengingini iman seperti iman Yasir, Sumaiyyah, Bilal dan sahabat-sahabat mereka yang menjadi angkatan pertama dan utama dari mukminin. Demikian juga iman seperti iman tukang-tukang sihir Firaun, iman yang menjadikan mereka tidak gentar menghadapi ancaman Firaun

Munajat Di Jalan Dakwah

51

kepada mereka yang pelbagai rupa dan bentuk azab, maka jawaban mereka kepadanya:

"Mereka berkata: "Kami sekali-kali tidak akan mengutamakan kamu daripada bukti-bukti yang nyata (mukjizat), yang telah datang kepada kami dan daripadaa Tuhan yang telah menciptakan kami, maka putuskanlah apa yang hendak kamu putuskan. Sesunggalmya kamu hanya akan dapat memutuskan pada kehidupan di dunnia ini saja. Sesungguhnya kami telah beriman kepada Tuhan kami, agar Dia mengampuni kesalahan-kesalahan kami dan sihir yang telah kamu paksakan kepada kami melakukannya. Dan ALlah lebih baik (pahalaNya) dan lebih kekal (azabnya)". (Surah Taha: Ayat 72-73) Ilahi! Alangkah perlunya kami kepada bekalan di atas jalan ini, bekalan iman dan taqwa yang dengannya kami dapat merasai penyertaanMu di atas jalan ini. Maka Engkau berfirman:

"ALlah Pelindung orang-orang yang beriman, Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman)". (Surah Al Baqarah: Ayat 257) Dan Engkau bertirman:

"Sesungguhnya ALlah berserta orang-orang yang bertaqwa dem orang-orang yang berbuat kebajikan". (Surah An Nahl: Ayat 128)

52

Munajat Di Jalan Dakwah

Dan Engkau berfirman lagi:

"Sesungguimya Allah menyukai orang-orang yang bertaqwa". (Surah At Taubah: Ayat 4) Barangsiapa yang dicintai oleh ALlah dan Allah bersama dengannya, sesuatu apa pun tidak akan menyusahkannya dan dia tidak takut kepada sesuatu apa pun. Ya Rabbi! Jadikanlah iman itu perkara yang paling kami cintai dan hiasilah dia di dalam hati kami. Jadikanlah kufur, kefasikan dan derhaka itu perkara yang kami benci. Jadikanlah kami dari kalangan orang-orang yang mendapat hidayah kerana limpah kurnia dan nikmat dari Engkau, Kami mohon kepadaMu sakinah (ketenteraman), yang Engkau turunkan ke dalam hati kami supaya dengan itu menambahkan lagi iman yang telah sedia ada.

Munajat Di Jalan Dakwah

53

MUNAJAT (6) Ilahi! Sesungguhnya musuh-musuhMu itu yang terdiri dari pelbagai agama dan latarbelakang adalah musuh-musuh agamaMu yang memerangi kami. Di zaman ini, mereka telah membuat dan mencipta berbagai-bagai bentuk senjata pembunuh, menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta memajukannya dan sentiasa membuat pembaharuan supaya lebih kuat dan lebih berkesan. Mereka telah mengadakan penyalarasan di antara mereka dan menyatupadukan segenap usaha mereka untuk memerangi Islam dan muslimin. Mereka menggunakan cara-cara termoden dalam media massa, sistem komunikasi untuk tujuan pengintipan dan seumpamanya. Mereka memperalatkan (sungguh menyedihkan) boneka-boneka mereka yang terdiri dari kalangan kita dan warisan kita yang bernama muslimin. Boneka-boneka itu samada terdiri dari kalangan orang biasa dan juga dari kalangan pemerintah dan orang yang ternama di negeri-negeri umat Islam. Pun begitu, kami tidak takut kepada mereka dan boneka-boneka mereka, malah kami tidak pernah merasa putus asa. Kerana kami yakin dan percaya bahawasanya segenap kekuatan, pendukung kebatilan walau bagaimana banyaknya dan bagaimana kuatnya pakatan mereka, mereka akan tertewas juga di hadapan tenteraMu dan kekuatanMu tatkala Engkau mentakdirkan pertolongan terhadap hamba-hambaMu yang beriman. Kerana sesungguhnya kepunyaanMulah segenap tentera langit; dan bumi, tidak ada sesuatu yang melemahkan Engkau di bumi dan di langit. Maha Sucilah Engkau, Engkaulah yang kuat, yang Maha Kuasa, yang Membalas dan yang Maha Perkasa. Wahai Tuhanku. Sesungguhnya Engkau telah menerang kan kepada kami di

54

Munajat Di Jalan Dakwah

dalam kitabMu tentang hakikat; peperangan kami melawan golongan kuffar dan bagaimana mereka menjadi sahabat setia syaitan padahal tipu daya syaitan itu sangatlah lemah. Engkau telah terangkan kepada kami taktik peperangan terhadap mereka dan itu terjadi dengan Iradat KudratMu. Kami hanyalah sebagai sifat kudratMu kerana Engkau telah berfirman dan firmanMu yang hak:

"Orang-orang yang beniman berperamg di jalan Allah dan orangorang yang kafir berperang di jalan taghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah". (Surah An Nisa': Ayat 76) Sebagaimana Engkau berfirman:

"Maka (yang sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, akan tetapi ALlahlah yamg membunuh mereka dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi ALlahlah yang melempar (Allah berbuat, demikian untuk membinasakan mereka)". (Surah Al Anfaal: Ayat 17) Dan Engkau berfirman:

Munajat Di Jalan Dakwah

55

"Perangilah mereka, nescaya ALlah akan menyeksa, mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan ALlah akam menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka serta melegakan hati orang-orang yang beriman. Dan menghilangkan panas hati orangorang mukmin". (Surah At Taubah: Ayat 14-15) Akan tetapi Ya Rabbi sungguhpun demikian, Engkau menuntut kami melengkapkan segala kekuatan yang mampu disediakan. Ini adalah perkara yang wajib yang mesti dibuat kerana Engkau bcrfirman kepada kami dalam bentuk kata perintah.

Firman ALlah Ta'ala:

"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh ALlah, musuh mu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang ALlah mengetahuinya". (Surah Al Anfaal: Ayat 60) Jadi kami berkewajipan menyediakan semua faktor-faktor kekuatan. Kekuatan yang utama ialah kekuatan aqidah, kemudian kekuatan kesatuan, kemudian kekuatan tangan dan senjata. Demikian juga kekuatan harta, kekuatan ilmu, kekuatan badan dan lain-lain lagi bentuk kekuatan. Oleh kerana limpah kurnia itu daripada Engkau dan kepada Engkau maka kami mohon kepadaMu menolong kami di dalam menyediakan segala sebab bagi kekuatan ini. Walau bagaimana banyaknya pengorbanan yang telah kami curahkan di dalam persediaan ini, tetapi apabila lahir satu kemenangan, kami tidak akan rujukkan segala persediaan itu, latihan dan ramainya bilangan kami sebagai hak kami tetapi kami rujukkan itu semuanya kepadaMu kerana Engkau telah berfirman: ·

56

Munajat Di Jalan Dakwah

"Dah kemenangan itu hanyalah dari ALlah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". (Surah Ali 'Imran; Ayat 126) Ilahi! Kami tahu bahawasanya kami bertanggungjawab untuk beramal dan berusaha semampu kami dan kami tidak semestinya memetik hasil dan buahnya. Kami mesti beramal dengan ikhlas kerana Engkau semata-mata, amal yang sesuai dengan syariat Engkau dan ajaran agamaMu. Kami dipertanggungjawabkan untuk berjihad dengan diri dan harta dan kami tidak bertanggungjawab untuk mencapai kemenangan kerana itu terserah kepada ALlah. Kami tahu bahawasanya Engkau akan memberi ganjaran di atas amal dan jihad kami samada kami mencapai kemenangan di tangan kami ataupun kami tidak dapat mengecapinya. Pun begitu kami amat menyukai kemenangan itu dan kami merasa gembira dengan kemenangan itu, kemenangan yang memuaskan hati kami dan menghapuskan kemarahan hati kami. Engkau mengetahui perkara yang demikian dan Engkau mengakuinya di dalam kitabMu lalu Engkau berfirman:

"Dan (ada lagi) kurnia yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari ALlah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman". (Surah Ash Shaff: Ayat 13) Dan ALlah berfirman:

"Perangilah mereka, nescaya ALlah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan-tangan mu dan ALlah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati

Munajat Di Jalan Dakwah

57

orang-orang yang beriman dan menghilangkan panas hati orangorang mukmin". (Surah At Taubah: Ayat 14-15) Firman ALlah Ta'ala:

"Dan di hari (kemenangan bangsa Rumawi) itu bergembiralah orangorang yang beriman kerana pertolongan ALlah. Dia menolong siapa dikehendakiNya dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang". (Surah Ar Ruum: Ayaf 4-5) Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kemurahanMu kepada kami dengan pertolongan dari sisiMu supaya kami bergembira dengannya, berpuas hati dan menghapuskan kemarahan hati kami. Kemenangan yang membawa kepada kemuliaan Islam dan muslimin di seluruh dunia Islam. Kemenangan yang menggagalkan segenap usaha dan tipu daya golongan kuffar dan Munafiqin yang menjadi musuh agama ini. Kemenangan yang membebaskan Masjid Al Aqsa dan Palestin dan cengkaman kuku besi zionisma yang kotor itu. Kemenangan yang merampas kembali setiap inci bumi Islam. Kemenangan yang menegakkan kuasa agamaMu dan membangunkan kembali daulah Islam, menyebarkan agamaMu di seluruh dunia dan menyampaikannya kepada semua manusia di seluruh pelusuk mukabumi. Kemenangan yang membawa rahmat bahagia ke seluruh alam. Firman ALlah Ta'ala:

"Supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata bagi ALlah". (Surah Al Anfaal: Ayat 39) Wahai Tuhanku yang menurunkan kitab, yang menggerak awan dan mengalahkan segenap angkatan musuh dan menolong kami mengalahkan mereka. Wahai Tuhanku tolonglah saudara-saudara kami, para Mujahidin di

58

Munajat Di Jalan Dakwah

segala tempat. Satukanlah segenap barisan mereka, teguhkanlah kekuatan mereka dan jadikanlah jihad mereka ikhlas kerana Engkau semata-mata. Supaya jadilah kalimatMu itu yang paling tinggi dan kalimah orang-orang kafir paling rendah. Wahai Tuhan kami tolonglah kami dengan pertolongan yang menguatkan kami dan kurniakanlah as syahadah (mati syahid) pada ja1anMu kerana itulah cita-cita kami yang paling tinggi. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami dengan segala kelengkapan dan kelayakan kemenangan dengan mencabut 'a1 wahnu' dan rasa ketakutan kepada segala musuh, dengan mengurniakan iman, kebaikan dan tawakkal hanya kepadaMu sehingga kami menjadi seperti apa yang Engkau sebutkan di dalam firmanMu.

"(Iaitu) orang-orang (yang mentaati ALlah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan "Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka", maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah ALlah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar) dari ALlah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan ALlah. Dan ALlah, mempunyai kurnia yang besar. Sesuugguhnya mereka itu tidak lain hanyalah syaitan yang menakut-nakuti (kamu) dengan kawankawannya (orang-orang musyrik Quraisy), kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah, kepadaKu, jika kamu benar-benar orang yang beriman". (Surah Ali 'Imran: Ayat 173-175) Ya Rabbi. Kami memohon per1indunganMu dari segenap perasaan yang condong dan cenderung kepada duniawi, tatkala panggilan umum dan

Munajat Di Jalan Dakwah

59

kerahan tenaga untuk berjihad. Panggilan umum demikian telah dikumandangkan untuk mengharungi medan jihad di beberapa tempat di dunia Islam. Kami memohon per1indunganMu daripada berpaling tadah dari medan jihad. Kami memohon per1indunganMu Ya Rabbi dari fitnah dan godaan dunia kerana sesungguhnya Engkau telah menguji kami dengan kejahatan dan kebaikan seperti di dalam firman Mu:

"Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cabaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan". (Surah Al Anbiya': Ayat 35) Kami memohon perlindunganMu dari fitnah anak dan isteri supaya mereka tidak menyebabkan kami bacul dan mundur atau menjadi penghalang kerana Engkau telah berfirman:

"Sesungguhnya di antara isteri-isteri dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka". (Surah At Taghaabun: Ayat 14) Akan tetapi jadikanlah mereka Ya Rabbi penolong kepada kami yang menyejukkan mata kami dan menggembirakan hati kami sebagaimana Engkau arahkan kami di dalam doa ini:

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dam jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa". (Surah Al Furqaan: Ayat 74) Wahai Tuhan kami. Berilah taufiq kepada kami supaya kami menyerahkan segenap jiwa raga kami kepada da'awah Engkau, da'awah Islam tanpa bimbang dan ragu ataupun bakhil.

60

Munajat Di Jalan Dakwah

MUNAJAT (7) Wahai Tuhanku! Tatkala kami memperkatakan nikmat dan kurniaMu kepada kami di atas jalan da'awah, kami sebutkan di sini apa yang telah kami alami dan rasai melalui pelbagai perubahan di atas gelanggang Islam. Kami rasakan memang ada hasil dan buah yang menggembirakan kami dan ini menjadikan kami memandang ke depan penuh optimis, harapan dan kcgembiraan. Tatkala kami memulakan perjalanan kami di atas jalan da'awah, memang terdapat beberapa kekurangan yang besar di dalam memahami Al Islam dalam keadaan syumul dan kelurusannya. Hanya ada beberapa kelompok yang kecil, yang sangat sedikit bilangannya, yang dapat memahami Islam sebagai satu manhaj yang sempurna, cara hidup yang lengkap, yang mengatur segenap urusan hidup, yang merangkumi segenap kegiatan hidup manusia dunia dan akhirat. Alhamdulillah, pada hari ini kami melihat kefahaman syumul seperti ini telah meliputi segenap gelanggang Islam dan persidangan kenegaraan di seluruh dunia terutamanya di dunia Islam. Dulu setiap tuntutan untuk melaksanakan syariat Islam, dipandang scbagai satu perkara asing dan ganjil tetapi pada hari ini kita dapati tuntutan ini scbagai tuntutan orang ramai, merupakan pandangan umum (public opinion) malah menjadi tuntutan segenap bangsa Islam dan mereka terus menerus mendesak dengan sungguh-sungguh dan tegas. Dulu ruh jihad untuk membela Islam dan bumi Islam hampir padam dan mati. Tetapi pada hari ini kami dapati ruh jihad berkobar-kobar di dalam jiwa muslimin tidak mengira tua ataupun muda, mereka telah menjelmakan contoh-contoh yang nyata, ideal dan cemerlang dalam jihad di dalam

Munajat Di Jalan Dakwah

61

berbagai medan jihad. Dahulunya yang taat beragama hanyalah kalangan orang-orang tua dan sangat sedikit dari kalangan pemuda-pemudi. Itupun hanyalah beragama dalam ertikata yang sempit dan negatif. Akan tetapi pada hari ini kami melihat ketaatan beragama telah merata di kalangan pemuda-pemudi Islam dalam bentuk dan cara yang mengembirakan mukminin dan menggerunkan yang bukan mukminin. Ketaatan mereka beragama ini, secara positif, berkesan, berpengaruh, hidup dan kuat yang bakal dan mampu merubah situasi dan realiti yang rosak kepada realiti Islam yang sahih. Sebelum ini, kaum muslimin tidak dapat merasai atau mengalami dan tidak menyedari apa yang terjadi kepada saudara-saudara mereka, umpamanya pencerobohan musuh-musuh Islam terhadap mereka. Oleh itu hati mereka tidak tergerak untuk menolong saudara-saudara mereka. Tetapi pada hari ini kita melihat umat seluruhnya sentiasa mengikuti pergolakan semasa dan segenap urusan muslimin di segenap penjuru dunia. Malah mereka samasama ikut merasakan penderitaan, cita-cita dan harapan mereka dan menolong mereka menurut kemampuan mereka dengan usaha, harta dan jihad mereka. Sebelum hari ini kami melihat bid'ah, khurafat, karut marut dan adat lapuk pusaka usang jahiliyyah menguasai sebahagian besar kehidupan muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Tetapi hari ini kami melihat mereka bangkit dan berusaha sungguh-sungguh untuk membebaskan diri mereka, keluarga mereka dan masyarakat mereka dari segala gejala syirik itu, sekaligus terus kembali ke pangkal jalan, kembali kepada kitab ALlah dan sunnah RasuluLlah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam. Kebangkitkan yang demikian tambah meningkat dan kuat bersama peredaran masa. Mulalah kita melihat sunnah lahir secara terang-terangan dan menyeluruh setelah hampir-hampir tersembunyi dan hilang lenyap. Hari ini kita dapat melihat contoh-contoh yang baik dan ideal dari angkatan lelaki da'awah Islam dan angkatan tentera aqidah yang tidak dilalaikan fitnah harta, pangkat, kuasa dan wanita. Mereka itu mengikhlaskan tujuan hidup mereka semata-mata mencari keredhaan ALlah tanpa takut cercaan orang. Mereka bersabar menanggung derita, gangguan, seksaan dan mihnah pada jalan ALlah. Mereka tidak berganjak dan tidak lemah. Mereka telah menjadi penghuni penjara dan kem-kem tahanan selama bertahun-tahun, malah berpuluh-puluh tahun. Mereka keluar masuk penjara terus menerus dengan berbagai-bagai tekanan dan tindasan yang mengerikan. Pun begitu mereka terus menerus mengebarkan bendera Islam menjulang tinggi di

62

Munajat Di Jalan Dakwah

angkasa zaman mereka untuk diserahkan kepada generasi muda angkatan demi angkatan yang akan datang setelah mereka kembali menemui Tuhan mereka. Supaya angkatan yang menyusul di belakang nanti bangkit pula mengebarkan bendera Islam menjulang tinggi dan meneruskan perjalanan mereka di atas jalan da'awah tanpa pindaan, perubahan, kelemahan, al wahnu dan kemunduran. Demikian juga, angkatan muslimat, serikandi tanahair muslimin yang telah bangkit pada hari ini dan tampil ke hadapan untuk mencabar segenap gelombang keruntuhan, al ibahiyah (yang mengharuskan segala perkara) dan kerosakan. Mereka berpegang teguh dengan tali kemuliaan dan mendokong segenap ajaran Islam tanpa bertolak ansur dan kelonggaran. Kami dapati mereka sebagai teladan yang baik, sebagai contoh untuk menjadi akhawat yang muslim, ibu yang pengasih, pendukung da'awah yang tegas, muslimat yang baik, menjadi madrasah atau sekolah-sekolah muslimat. Mereka itu semuanya memainkan peranannya di dalam bidang da'awah menurut bentuk dan cara yang Engkau redhai Ya Rabbi. Di dalam situasi yang demikian generasi muda muslimin mudah mendapat pasangan hidupnya untuk bersama dengan puteri Islam yang telah dipilihnya untuk mendirikan rumahtangga muslim. Rumahtangga ini kelak yang menjadi pusat da'awah yang dibangunkan di atas dasar taqwa dan menjadi tiang seri di dalam pembangunan daulah Islam. Rumahtangga yang akan membentuk zuriat dalam bi'ah (suasana) Islam yang salih dan kuat yang akan menyambung terus perjalanan di atas jalan da'awah. Mereka bakal mewarisi amanah dari ibubapa mereka. Kemudian mereka pula akan mewariskan kepada gencrasi berikutnya, sepertimana yang dilaksanakan oleh angkatan yang mendahului mereka tanpa penyelewengan dan pertukaran. Sambungan generasi ini akan terus memelihara keutuhan da'awah dengan segenap kemurniaan dan kekuataannya. Ilahi! Engkaulah sebenarnya yang empunya limpah kurnia di dalam merealisasikan segala kebaikan dan kejayaan yang demikian itu dengan penjagaan, pembelaan dan taufiqMu terhadap da'awah dan para pendukungnya kerana Engkaulah yang menghimpunkan segenap hati yang benar di atas da'awah ini, Maka kami mohon kepadaMu Ya Rabbi supaya Engkau mengekalkan penjagaan, pembelaan dan taufiqMu di atas kami. Tidak lupa kami mohonkan supaya Engkau memberi ganjaran yang sebaikbaiknya kepada Imam kami As Syahid Hasan Al Banna lantaran jasanya kepada kami dan umat Islam. Kami mohon kepadaMu supaya Engkau mengumpulkan beliau dengan kami di kalangan an Nabiyyn, Was Saddiqin Was Syuhada' Was salihin waaasuna ulaika rafiqa.

Munajat Di Jalan Dakwah

63

MUNAJAT (8) Ilahi! Kami persaksikan kepadaMu wahai Tuhan kami bagaimana besarnya kegembiraan kami melihat kebangkitkan Islam yang meletakkan dirinya di dalam segala gelanggang. Sebagaimana besarnya penghargaan dan harapan kami kepadaNya demikian juga kecemasan kami ke atasnya. Kami melihat padaNya segala buah yang baik dari pokok kayu yang baik itu, pokok kayu Lailaha ilLaLLah, Muhammadur Rasulullah. Pokok kayu yang telah disirami oleh darah para syuhada'. Firman AL1ah Ta'a1a:

" ........... akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya". (Surah Ibrahim: Ayat 24-25) Kami melihat pada kebangkitan Islam itu perkembangan perjalanan dan citacita masa hadapan. Kami melihat lambang hidup dan gelora hidup yang berkobar-kobar di dalam jasad umat Islam yang akan membebaskan mereka dari segala pcnyakit. Nah! Lihatlah! raksaksa dunia Islam telah mula menggeliat dan bergerak untuk melepaskan dirinya dari belenggu dan cengkaman kuku besi taghut. Mulalah bergegar dan bergoncang segala kerusi dan singgahsana orang-orang zalim dan taghut. Mulalah bergema suara yang menyahut laungan yang diserukan dari tekanan arus dan gelora Islam yang memanggil ummah muslimin di seluruh dunia Islam. Itulah

64

Munajat Di Jalan Dakwah

panggilan untuk melaksanakan syariat Islam (hokum Islam) di segenap jurusan hidup, sekaligus melahirkan kesan-kesan yang menggembirakan dengan kebaikan dan kejayaan Alhamdulillah. Kami mengharapkan kesempurnaan tanpa penyelewengan. Di samping itu kami cemas dan kasihan wahai Tuhanku, dalam saat-saat kebangkitan kami, kedapatan beberapa sikap negatif yang tidak diingini. Kami merasa cemas kerana kedangkalan ilmu di dalam segala urusan, tidak punya pemahaman yang mendalam. Yang ada hanya semangat yang meluapluap, keterlaluan dan tidak terkawal, yang menjerumuskannya ke dalam beberapa gelanggang tanpa persiapan dan perancangan rapi. Kami cemas kerana sikap gopoh-gapah di dalam segala langkah yang tidak bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan. Kami sangat cemas kerana berlakunya perpecahan dan perselisihan atas sebab-sebab urusan cabang (furu'iyah) yang menyebabkan mereka lupa masalah pokok dasar dan tugastugas besar yang penting yang menunggu mereka. Terutamanya tatkala mereka sedang berada di ambang pintu marhalah jihad untuk menegakkan kuasa dan agama ALlah dan membangunkan daulah Islam dengan izin ALlah. Ilahi! Kami mohon kepadaMu Ya Rabbi, kami yang sedang mendekati pertemuan denganMu meminta supaya Engkau menyediakan pengganti yang bakal menggantikan kami di dalam kebangkitan ini dengan segala kebaikan dan memelihara mereka sebagaimana Engkau telah memelihara hamba-hambaMu yang salih. Berilah taufiq kepada mereka supaya mereka dapat memperbaiki hubungan mereka dengan kitab Engkau, supaya mereka mendapat sinar hidup dari Nur Al Qur'an dan hikmatnya, dari pengajaran dan penyembuhannya, supaya mereka dapat memperbaiki perjalanan menurut contoh teladan RasuluLlah SaIlaLlahu 'Alaihi Wasallam di dalam segala hal, samada perkataan dan perbuatan mereka. ALlah mengetahui bahawasanya kami mengharapkan semoga mereka lebih mulia dari kami lantaran tugas-tugas penting yang sedang menunggu mereka. Ya Tuhan kami. Luruskan mereka, tambahkan kekuatan, kejituan, kelurusan, ketegasan dan keteguhan mereka di dalam memperjuangkan al hak sehingga mereka menjadi tiang seri yang kuat di dalam asas yang kuat untuk pembangunan daulah Islam sejagat yang dicita-citakan. Ya Rabbi kurniakanlah taufiq, sokongan, kemenangan dan kekuasaan di muka bumi, kerana sesungguhnya Engkau berkuasa atas apa yang Engkau kehendaki, wahai yang Maha Kuasa dan Maha Layak menerima segala permohonan.

Munajat Di Jalan Dakwah

65

Ilahi! Inilah kami telah mengangkatkan doa kepadaMu (padahal Engkau Maha Alim dan Maha Mengetahui) di dalam munajat kami dengan Engkau di atas jalan da'awah. Kami maklumkan sebahagian dari perasaan, rasa gelisah, kesengsaraan, cita-cita dan harapan kami dan sejauh mana penglibatan kami di dalam hal dan urusan Islam dan muslimin. Kami adukan segala bebanan yang memberatkan bahu kami lantaran amanah dan tugas-tugas serta tanggungjawab yang sedang kami dokong ini. Kami adukan setiap apa yang sering menganggu tidur kami dan menggelisahkan hati kami lantaran apa yang menlmpa muslimin kerana diceroboh, diganggu dan diseksa. Pengaduan ini semua kami panjatkan kerana kami taat setia kepadaMu dan mengharap keredhaanMu dan kerana menyedari apa yang telah difardhukan Islam ke atas kami dari segala kewajipan kami terhadap agama ini dan terhadap segenap penganut Islam di segala tempat. Ilahi, setiap bertambahnya perhatian, belas kasihan kami, kami kembali kepadaMu dan berkata: Ya Rabbi sesungguhnya itu agamaMu dan Engkaulah lebih cemburu ke atasnya daripada kami dan sesungguhnya mereka itu hamba-hambaMu dan Engkaulah yang lebih merahmati mereka daripada kami. Akan tetapi itulah sebahagian dari perasaan yang dahulunya telah dirasai oleh Rasu1uLlah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam tatkala Engkau berfirman kepada baginda:

"Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh diri mu kerana bersedih hati sesudah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al-Qur'an)". (Surah Al Kahfi: Ayat 6) Dan sebahagian dari sifat-sifat Rasulullah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam yang sedang kami teladani tatkala Engkau berfirman:

"Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa, olehnya penderitaannya, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin". (Surah At Taubah: Ayat 128)

66

Munajat Di Jalan Dakwah

Ya Rabbi, di dalam gelora perasaan ini terhadap da'awah ini, hari ini dan hari besoknya dengan segala apa yang kami harapkan untuknya, kami tidak melupakan diri kami di dalam munajat ini dengan segala kefakiran dan hajat kami kepadaMu. Maka inilah kami berdiri di hadapan pintuMu tunduk khusyuk, hina dina, mengadu, memohon, merayu-rayu, mengharap, tamak kepada rahmatMu, kami mengakui segenap dosa kami dengan meminta ampun daripadaMu. Ya Rabbi, kami tidak jemu berdiri di hadapan pintuMu. Kami tidak akan berhenti dari mengetuk pintuMu dengan segala doa, permohonan yang disertai cucuran airmata, beberapa rakaat, rukuk dan sujud kepadaMu. Seluruh jiwa raga kami dipenuhi dengan harapan dan cinta semoga Engkau tidak menolak kami dan pulang dengan kehampaan dan kerugian. Ya Rabbi, kami meminta kepadaMu segala yang baik, membuat segala yang baik, meninggalkan segala yang mungkar dan maksiat dan mencintai semua fakir miskin. Wahai Tuhan! kami meminta iman yang tidak akan murtad, nikmat kurnia yang tidak akan habis, kegembiraan yang berkekalan dan menyertai NabiMu Muhammad SallaLlahu 'Alaihi Wasallam di dalam Jannatun Khuldi, syurga yang berkekalan.

"Wahai Tuhanku Engkaulah Tuhan yang memelihara aku, tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Engkaulah yang menciptakan daku dah akulah hambaMu dan aku sedang berusaha sungguh-sungguh di atas janjiMu sepanjang kemampuanku. Aku berlindung denganMu dari kejahatan yang telah aku buat, aku kembali dengan nikmatMu kepadaMu dah aku kembali dengan dosaku. Oleh kerana itu ampunilah aku kerana sesungguhnya tidak ada yang mengampum segala dosa kecuali Engkau". Ya Rabbi berilah taufiq kepada kami untuk mengikuti NabiMu Muhammad

Munajat Di Jalan Dakwah

67

SallaLlahu 'AlaihiWasallam supaya kami berjaya mencapai cintaMu dan keampunanMu. Kerana sesungguhnya Engkau telah berfirman:

"Katakahlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai ALlah, ikutilah aku, nescaya ALlah mengasihi dan mengampun dosa-dosamu". ALlah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang". (Surah Ali 'Imran: Ayat 31) Wahai Tuhanku berilah kurnia kepada kami sehingga kami mencintaiMu, mencintai siapa yang mencintaiMu dan mencintai segala amal yang menghampirkan kami kepada mencintaiMu dan kami berlindung denganMu dari murkaMu dan dari segala amal yang menghampirkan kami kepada murkaMu. Letakkan kami Ya Rabbi, di kalangan orang-orang yang Engkau redhai dan mereka redha kepadaMu. Tempatkanlah hidup kami dalam suasana kebaikan tanpa membuat fitnah dan terfitnah. Ilahi, sebagaimana hambaMu Ibn Ata'iLlah telah bermunajat kepadaMu dengan doa ini dan kami menyeru kepadaMu dengan doa ini pula, kami mengharap kepadaMu supaya memperkenankannya. Ilahi, inilah kehinaanku nyata di hadapanMu dan inilah keadaanku tidak tersembunyi kepadaMu, daripadamulah aku mohon supaya tiba kepadaMu dan denganMulah aku mohon petunjuk kepadaMu. Tunjukilah aku dengan NurMu kepadaku. Tinggalkan aku dengan kesabaran perhambaan kepadaMu. Ilahi! ajarkanlah kepadaku dari ilmuMu yang tersimpan. Peliharalah aku dengan rahsia namaMu yang terpelihara dan kepadaMulah aku bertawakkal dan janganlah Engkau membiarkan daku dan hanya kepadaMu aku mohon. Janganlah Engkau menghampakan daku daripada limpah kurniaMu. Aku berharap janganlah Engkau haramkan daku daripadaNya dan kepada sisiMulah aku bernasab maka janganlah Engkau menjauhkan daku dariMu. DipintuMulah kini aku berdiri maka janganlah Engkau mengusirku.

68

Munajat Di Jalan Dakwah

MUNAJAT (9) Kita tamatkan 'Al Munajat Ala Tariq Ad Dakwah' ini dengan sebahagian dari apa yang tersebut di akhir risalah 'Al Munajat' yang dipetik o1eh Imam As Syahid dari doa-doa Mathurat yang didapati dari Rasu1uLlah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam. Dari Abu Hurairah Radhiallahu anhu, yang telah meriwayatkan. Adalah RasuluLlah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

"Wahai Tuhanku perbaikilah bagiku agamaMu yang menjadi pemelihara urusanku dan perbaikilah bagiku yang menjadi kehidupanku dan perbaikilah bagiku akhiratku yang menjadi tempat kepulanganku dan jadikanlah hidup ini sebagai tambahan bagiku di dalam segala kebaikan dan jadikanlah al maut itu sebagai kerehatan dari segala kejahatan". (Riwayat Muslim) Anas Radhiallahu anhum berkata: RasuluLlah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam selalu berdoa dengan:

Munajat Di Jalan Dakwah

69

"Wahai Tuhanku berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan pelihara kami dah neraka". (Al Bukhari, Muslim dan Abu Daud) Dari Ali KarramaLlah Wajhuh: bahawasanya RasuluLlah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam telah mengajarkan kepada sebahagian dari para sahabat supaya mereka berkata:

"Wahai Tuhanku cukupkanlah aku dengan halalMu dari apa yang Engkau haramkan dan kayakanlah aku dengan limpah kurniaMu daripada yang lain daripadaMu". (At Tarmizi dan An Nasa'i) Dari Abu Hurairah Radhiallahu anhu, bahawasanya RasuluLlah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda:

"Kami memohon perlindungan ALlah dan kesusahan Bencana, ditimpa kecelakaan, keburukan qada' dan kegembiraan musuhmusuh". (As Syaikhaan dan An Nasa'i) Dari Abdullah bin Amru bin Al Ash, dia berkata. Adalah RasuluLlah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

70

Munajat Di Jalan Dakwah

"Wahai Tuhanku aku berlindung dari hati yang tidak khusyuk dan doa yang tidak didengar (diperkenankan) dan dari ilmu yang tidak berguna. Aku berlindung denganMu dari empat perkara ini)". (At Tarmizi dan An Nasa'i) Dari hadith Syaddad bin Aus, adalah RasuluLlah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

"Wahai Tuhanku sesungguhnya aku memohon kepadaMu ketetapan di dalam urusan ini, azam yang teguh di dalam hidayah dan aku meminta kepadaMu hati yang khusyuk, yang selamat sejahtera, akhlak yang lurus, lidah yang benar dan amal yang diterima dan aku meminta kepadaMu dari kebaikan yang Engkau ketahui dan aku berlindung denganMu dari kejahatan yang Engkau ketahui dan aku meminta ampun kepadaMu bagi yang Engkau ketahui kerana sesungguhnya Engkau mengetahui dan aku tidak mengetahui dan Engkaulah yang mengetahui segala yang ghaib ". (At Tarmizi)

Munajat Di Jalan Dakwah

71

Al Imam As Syahid pernah berkata: "Wahai saudara! minta tolonglah kepada Tuhanmu dan hadirkanlah hatimu dan kemukakanlah hajatmu kepada ALlah dan tutuplah doaMu dengan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SallaLlahu 'Alaihi Wasallam, kepada keluarga baginda dan akhirilah kata-katamu dengan doa seperti di bawah ini supaya Engkau diukur dcngan ukuran yang paling sempuma".

Ya Rabbi, ya Rabbi, ya Rabbi. Aku minta kepadaMu redhaMu dan syurgaMu dan aku berlindung dari murkaMu dan nerakaMu. ALlahumma wahai Tuhanku peliharalah aku sebagaimana Engkau memelihara hambahambaMu yang salih. Wahai Tuhanku peliharalah aku dari segala kejahatan dan dari fitnah yang lahir dan batin. Jadikanlah segala amalku yang paling baik sebagai khatamnya dan sebaik hari-hariku, ialah hari aku bertemu denganMu. Wahai Tuhanku kurniakanlah kepadaKu as syahadah di jalanMu dan aku minta kepadaMu Ya Rabbi Al Firdaus Al A'ala, Al Firdaus Al A'a1a, Al Firdaus Al A'ala, syurga Firdaus yang tertinggi bersama Nabi-Nabi, as Was Syuhada', Was Salihin, Wahasuna Ula ika rafiqa Allahumma amin. Wahai Tuhanku jadikanlah selawatMu, rahmatMu dan berkatMu ke atas Saidil Mursalin dan Imam Al-muttaqin dan Khatimul Anbiya' Muhammad hambaMu dan RasulMu imam (pemimpin) kebaikan, panglima kebaikan dan Rasul pembawa rahmat. Wahai Tuhanku bangkitkanlah baginda di makam orang yang terpuji yang disukai oleh orang-orang dahulu dan orang-orang yang kemudian.

72

Munajat Di Jalan Dakwah

Di dalam suasana munajat, kami kemukakan ucapan ini kerana ini berhubung dengan munajat.

Munajat Di Jalan Dakwah

73

ALLAH MENCINTAI MEREKA DAN MEREKA MENCINTAINYA Setinggi-tinggi hubungan cinta yang mungkin dicapai oleh manusia ialah darjat 'ALlah mencintai mereka dan mereka mencintai Allah. Alangkah besarnya limpah kemurahanMu Ya Rabbi kerana Engkau telah mengurniakan hubungan cinta di antaraMu dengan beberapa hambaMu dari makhlukMu. Alangkah besamya kebahagiaan mereka yang telah mencapai cintaMu kepada mereka. Kami tidak mampu membayangkan bagaimana besarnya keistimewaan yang Engkau berikan kepada mereka. Engkau akan kurniakan kepada mereka limpah RahmatMu, pemeliharaanMu, penjagaanMu, kasih sayangMu dan ihsanMu kerana ikatan cinta itu mempunyai bentuk, ciri-ciri yang khusus dan keistimewaannya yang tersendiri. Mungkinkah ada di kalangan manusia seorang yang tidak berminat terhadap hubungan ini (hubungan cinta dengan ALlah). Mungkin manusia jenis ini hanya boleh didapati di kalangan musyrikin dan kafirin, tetapi tidak mungkin terdapat orang sebegini di kalangan ahli al iman. Kerana kita semua ini berharap-harap dalam lubuk jiwa semoga mencapai martabat yang tinggi ini dengan kejayaan besar yang dicapai oleh pencinta yang mencintai ALlah. Betapa perlunya kita berhenti sejenak untuk mcngetahui sejauh manakah kita berada di dalam hubungan ini? Adakah kita telah mencapai hubungan ini dengan perbuatan? Ataupun kita sentiasa berada di dalam lengkongan usaha untuk naik kepadanya? Adakah

74

Munajat Di Jalan Dakwah

kita bersungguh-sungguh di dalam usaha ini ataupun hanya berusaha sambil lewa? Adakah kita mencintai ALlah dengan cinta yang benar atau hanya pengakuan semata-mata! Adakah realiti kita selaras dcngan bukti-bukti terhadap kebenaran cinta ini?

Munajat Di Jalan Dakwah

75

ALLAH MENCINTAI MEREKA Kita akan berbicara di sekitar pengertian ini dengan pertolongan ALlah wabilahi taufiq. Mungkin berfaedah jika kita mulakan tajuk ini dengan berusaha mengenali kedudukan orang-orang yang dicintai ALlah dcngan kebaikan yang banyak dan kejayaan yang besar yang telah mereka capai. Semoga pemahaman ini mendorong kita berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu supaya kita menjadi sebahagian dari mereka. Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiallahu anhu, yang berkata: RasuluLlah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda: Sesungguhnya ALlah telah berfirman:

76

Munajat Di Jalan Dakwah

"Barangsiapa memusuhi kekasihku maka sesungguhnya aku telah mengistiharkan perang terhadapnya dan tidaklah hambaKu melakukan sesuatu untuk menghampirkan diri denganKu lebih Ku sukai dari apa yang telah Aku fardukan kepadanya, sentiasalah hambaKu menghampirkan diri kepadaKu dengan solat sunat sehingga aku mencintainya. Maka apabila Aku mencintainya jadilah Aku pendengarannya yang dengannya dia mendengar dan pandangannya yang dengannya dia memandang dan tangannya yang dengannya dia bekerja dan kakinya yang dengannya dia berjalan dan apabila dia meminta kepadaKu, Aku beri kepadanya dan apabila dia memohon perlindungan kepadaKu aku mesti melindunginya". (Riwayat Al Bukhari) Kebaikan apakah lagi yang lebih daripada ini setelah ini? Siapa yang mencapai kedudukan atau makam ini, adakah ia kehilangan sesuatu? Padahal ALlah telah berjanji kepadanya:

"Jika dia minta kepada Aku, Aku beri kepadanya dan apabila dia memohon perlindungan mesti Aku melindunginya" Demikianlah dengan lam taukid untuk penegasan terhadap jaminan ALlah. Maha Suci Engkau. Ya Rabbi adakah perlu kita mendapatkan taukid (penegasan jaminan) terhadap janjiMu padahal janjiMu adalah benar. Tetapi itu merupakan limpahan kurnia daripadaMu untuk menenangkan hati kami. Di sini ada satu hadith lain yang menjelaskan kesukaan penghuni langit dan bumi terhadap orang-orang yang dicintai ALlah. Dari Abi Hurairah radhiallahu anhu dari RasuluLlah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam yang telah bersabda:

Munajat Di Jalan Dakwah

77

"Apabila ALlah Ta'ala telah mencintai seorang hamba, dia memanggil Jibril: "Sesungguhnya, Allah Ta'ala mencintai si polan (si anu) maka cintailah dia maka Jibril mencintai dia lalu dia berseru pada, penghuni langit: Sesungguhnya ALlah mencintai si polan maka cintailah dia, maka dia dicintai oleh penduduk langit kemudian diapun disambut baik di mukabumi". (Mutafaq Alaihi) Dan ditambah di dalam riwayat Muslim:

"Dan apabila ALlah murka kepada seorang hamba, Dia menyeru Jibrail lalu berfirman sesungguhnya Aku murka kepada si polan maka murkailah dia lalu dimurkai oleh Jibrail. Kemudian dia berseru di kalangan penduduk langit, sesungguhnya Allah memurkai sipolan, maka murkailah dia lalu dia dimurkai oleh penghuni langit, kemudian dimurkai pula oleh penghuni bumi". Selepas itu, cubalah sama-sama kita renungi ayat yang mulia yang menyebutkan tentang perhubungan yang sedang kita perkatakan ini. Maka ALlah Ta'a1a berfirman:

78

Munajat Di Jalan Dakwah

"Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lembah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan ALlah dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia ALlah diberikanNya kepada siapa yang dikehendakiNya dan ALlah Maha Luas (pemberianNya) lagi Maha Mengetahui". (Surah Al Maidah: Ayat 54) Kita dapati, bahawasanya panggilan ini ditujukan kepada mukminin dan berfirman. Ini menunjukkan bahawa mungkin dia dari kalangan mukminin yang telah murtad dari agamanya. Oleh kerana itu kita mesti berwaspada dan cuba menjauhkan diri daripadanya terutamanya di zaman fitnah. Dari Abi Hurairah radhiallahu anhu bahawasanya RasuluLlah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda:

"Bersegaralah membuat amal-amal salih kerana akan terjadi fitnah yang banyak seperti keping-keping malam yang gelap di mana seorang lelaki berpagi-pagi sebagai orang mukmin dan menjadi kafir di petang hari, menjual agamanya dengan harta dunia". (Riwayat Muslim)

Munajat Di Jalan Dakwah

79

Di sana ada satu pengertian lain. Iaitu ALlah mendatangkan satu kaum lain yang menggantikan siapa yang murtad dari agama mereka dari kalangan mukminin. Ini tidak semestinya murtad seratus peratus dengan terangterangan. Kerana telah tersebut di dalam beberapa tempat lain di dalam kitab ALlah, yang mengatakan tentang urusan penggantinya dengan kaum lakilaki lain sebagai natijah dari beberapa peristiwa yang berlaku dalam kehidupan sebahagian mukminin di dalam firman ALlah Ta'ala:

"Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu: "Berangkatlah untuk berperang) pada jalan ALlah, kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu?" Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. Jika kamu tidak berangkat umntuk berperang, nescaya ALlah menyeksa kamu dengan seksa yang pedih dan ditukarnya (kamu) dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepadaNya sedikitpun. ALlah Maha Kuasa atas segala sesuatu". (Surah At Taubah: Ayat 38-39) Di tempat lain Dia berfirman:

80

Munajat Di Jalan Dakwah

"Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada orang yang kikir dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan ALlahlah yang Maha Kaya sedangkan kamulah yang berkehendak (kepadaNya), dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain dan mereka tidak akan seperti kamu ini)". (Surah Muhammad: Ayat 38) Kemudian kita dapati di dalam ayat-ayat yang menyebutkan perhubungan cinta di antara ALlah dengan golongan ini dari kalangan mukminin yang mempunyai sifat-sifat khas yang penting:

"….. yang bersikap lemah lembut terhadap orang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan ALlah dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela" (Surah Al Maidah: Ayat 54) Kita lihat di sini ketegasan para muslimin, yang mempunyai kemuliaan, kekuatan, tidak lemah dan tidak merendah diri kepada puak kafirin. Kemudian maju ke depan untuk berjihad pada jalan ALlah dengan pengorbanan, keazaman yang kuat dan kesabaran tanpa keraguan ataupun takutkan seorang kecuali kepada AL1ah sahaja. Ini akan menjadi lebih jelas lagi jika kita memeriksa ayat yang terdahulu dan terkemudian dari ayat ini. Di dalam ayat yang terdahulu ALlah telah melarang mukminm daripada menjadikan Yahudi dan Kristian sebagai kawan setia, sekaligus memberi tamparan hebat kcpada orang-orang yang mempunyai penyakit hati iaitu perasaan ragu-ragu dan takut. Di dalam ayat yang datang kemudiannya, ALlah berfirman:

Munajat Di Jalan Dakwah

81

"Sesungguhnya penolong kamu hanyalah ALlah, RasulNya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada ALLah). Dan barangsiapa mengambil ALlah, RasulNya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) ALlah, itulah yang pasti menang". (Surah Al Maidah: Ayat 55-56) Hakikat yang wajib ditanamkan dan dimantapkan di dalam otak ialah bahawasanya beramal untuk menolong agama ALlah, berjihad untuk menegakkan kekuasaan agama ALlah di bumi ini, memerlukan kepada angkatan lelaki mukminin yang mempunyai sifat-sifat istimewa seperti ini. Iaitu mereka yang tahu kejelasan jalan dan penentuan tugas di dalam segala gelanggang yang dimasuki muslimin dalam menentang orang-orang kafir. Apabila segala keistimewaan dan sifat-sifat ini tidak melengkapi mukminin, ALlah akan mendatangkan satu kaum yang lain, yang tidak sama dengan mereka. Mungkinkah tercapai kemenangan di tangan mukminin yang berpecah-belah, yang saling bertentangan, tidak berkasih sayang, dan tidak cinta mencintai di antara satu sama lain? Mungkinkah tercapai kemenangan di tangan mukminin yang marasa lamah dan hina menghadapi puak kafirin ataupun mencintai mereka dan barsahabat satia dengan mereka? Mungkinkah tarcapai satu kemanangan di tangan mukminin yang lebih condong dan cenderung kepada kehidupan dunia ataupun mengelakkan diri mereka dari berjihad ataupun bakhil menyerahkan hartanya untuk menolong agama ALlah? Wahai pambaca yang mulia. Alangkah pearlunya kita memikirkan urusan kita dan selalu memeriksa perihal keaadaan kita sebagai langkah barjagajaga takut kita digantikan oleh ALlah dengan satu kaum yang lain dari kita. Maka marilah barsama-sama mengkaji sejauh, mana kita menghampiri orang-orang (ALlah mencintai mereka dan mereka mencintai ALlah) dan sejauh mana kita menjauhi golongan yang bakal digantikan olah Allah dengan satu kaum yang lain daripada mereka. Jadi urusan ini sangat penting dan genting dan hasilnya adalah berlawanan antara satu deangan lain. Sama ada

82

Munajat Di Jalan Dakwah

kemenangan dan kekuasaan di dunia, keselamatan dari neraka, kejayaan dan nikmat kurnia di dalam syurga dan di akhirat ataupun sebaliknya kemurkaan ALlah, azab neraka di akhirat dan kehampaan dari nikmat kurnia ALlah. Setelah kita meneliti segala pengertian ini, di sekitar ayat yang mulia ini, terdapat padanya hubungan cinta ini, bahawa ALlah mencintai mereka dan merekapun mencintai ALlah. Kita ambil bahagian pertama dari hubungan ini (Dia mencintai mereka), ertinya ALlah mencintai mereka dan bagaimanakah pula kita harus berusaha kepadaNya supaya berjaya memenangi cintaNya. Sebelum kita bermula di jurusan ini, kita suka menyatakan bahawasanya di antara perkara yang menyebabkan kita benar-benar memerlukan kecintaan ALlah kepada kita ialah kerana kita selalu diganggu gugat dan mendapat kesulitan di dalam pelbagai perkara. Kita selalu mealihat campurtangan syaitan itu sangat nyata dan jelas dan jiwa kita sempit dan semput, walhal dalam masa yang sama kita tidak berupaya untuk menyelesaikan semua masalah dalam segala perkara. Kita rasakan bahawasanya jalan yang paling mudah dan paling terjamin bagi penyelesaiannya, ialah dengan terjalinnya hubungan cinta di antara kita dengan ALlah (cinta mencintai di antara ALlah dengan kita). Secara tiba-tiba segala kemusykilan akan berakhir, segala urusan akan selesai, segala kesempitan menjadi lapang, segala perkara menjadi mudah dan segala kusut masai dan perkara berbelit-belit dapat diselesaikan. Perkara ini hanya boleh berlaku setelah ALlah campurtangan di dalamnya dengan rahmat kurnia dan kudrat kuasaNya. Tidak syak lagi bahawasanya iman ini adalah merupakan asas yang mesti ada untuk dijadikan tapak bangunan hubungan cinta dengan ALlah. Kemudian diikuti pula oleh usaha untuk menghiasi diri dengan sifat-sifat yang telah diakui ALlah. Bahawasanya Dia akan mencintai siapa yang telah bersifat dengan sifat-sifat tersebut. Para mukminin adalah berbeza-bcza sama ada di dalam darjat, kekuatan, kedaiaman dan kemantapan iman mereka. Barangsiapa yang hendak meningkat naik kepada makam dan darjat yang 'ALlah mencintai mereka, mereka mencintai Allah', ia mestilah mempunyai iman yang benar, kuat, mendalam dan mantap, yang mendorong pemiliknya beramal dengan amal yang salih, bersegera membuat amal kebajikan. Iman yang demikian itulah yang menghampirkan pemeluknya untuk dicintai ALlah dan menjauhkan dia dari segenap perkara yang tidak diredhai ALlah. Perkara pertama yang harus diperhati dan dititikberatkan sungguh-sungguh oleh orang yang mahu mencapai kejayaan yang menyebabkan dia dicintai ALlah, iaitu menghampirkan diri kepada ALlah dengan melakukan perkaraperkara yang difardhukan ALlah kepadanya. Dia mula-mula membuat mana

Munajat Di Jalan Dakwah

83

yang wajib dari berbagai-bagai ibadat samada ibadat solat, puasa, zakat, haji, jihad dan berbagai-bagai lagi perkara yang wajib. Diikuti pula dengan membuat berbagai-bagai sunat dan nawafil sebagaimana yang tersebut di dalam hadith RasuluLlah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam. Di antara jalan-jalan yang paling jelas yang telah ditunjukkan ALlah kepada kita untuk mencapai cintaNya kepada kita, iaitu firman ALlah Ta'ala:

"Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai ALlah, ikutilah aku, nescaya ALLah mengasihi dah mengampuni dosa-dosamu". ALLah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Surah Ali 'Imran: Ayat 31) Sckiranya kita bersungguh-sungguh di dalam usaha kita untuk mencapai makam orang-orang yang dicintai ALlah dan mereka mencintai ALlah, wajiblah kita mengikuti jejak RasuluLlah Muhammad SallaLlahu 'Alaihi Wasallam yang tercinta, mengikuti segala apa yang telah dibawa oleh baginda kepada kita dan mencontohi baginda dalam setiap sabda, perbuatan dan hal ehwal baginda. Setelah itu kita paparkan sifat-sifat manusia mukmin yang dicintai ALlah sebagaimana yang tersebut di dalam kitabNya yang mulia. Dengan itu kita dapat mengenali sifat-sifat itu dan mengukur diri kita dengannya, supaya kita ketahui sejauh manakah kita menjiwai sifat-sifat ini di dalam hidup kita. Sampai dimanakah cinta kita kepadaNya dan setakat manakah kccenderungan kita kepadaNya. Selepas itu kita perangi hawa nafsu kita siang dan malam supaya sifat-sifat ini terbukti dan menjadi kenyataan dalam diri kita menurut rupa dan bentuk yang paling sempurna sebagaimana yang dicintai ALlah. Firman ALlah Ta'ala:

"Sesungguhnya ALlah, menyukai orang yang berbuat baik". (Surah Al Baqarah: Ayat 195)

84

Munajat Di Jalan Dakwah

Di dalam ayat yang lain:

"ALlah menyukai orang yang membuat kebajikan". (Surah Ali 'Imran: Ayat 134) Demikian juga: "Sesungguhnya ALlah, menyukai orang-orang yang bertaubat dem memnyukai orang-orang yang mensucikan diri". (Surah Al Baqarah: Ayat 222) Di dalam ayat yang lain: "Sesungguhnya ALlah, menyukai orang-orang yang bertaqwa". (Surah At Taubah: Ayat 4) Demikian juga ayat ini; "ALlah menyukai orang-orang yang sabar". (Surah Ali 'Imran: Ayat 146) Juga ayat ini: "Sesungguhnya ALlah menyukaij orang-orang yang adild". (Surah Al Maidah: Ayat 42) Di medan pertempuran dan jihad, ALlah berfirman: "Sesungguhnya ALlah menyukai orang-orang yang berperang di jalannyaNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh". (Surah Ash Shaff: Ayat 4) Demikian juga sifat-sifat yang tersebut di dalam ayat asal yang kita bicarakan di sekitarnya:

Munajat Di Jalan Dakwah

85

" ........... maka kelak ALlah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang mukmin, yang berskap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan ALlah dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela". (Surah Al Maidah: Ayat: 54 ) Itulah dia sifat-sifat yang jelas, khusus dan perlu menjadi perhiasan hidup kita supaya kita dicintai ALlah dan kita pun mencintai Dia. Di sini bukanlah tempatnya untuk memberi kupasan yang lebih lengkap mengenainya. Tetapi apa yang dikehendaki di sini ialah supaya kita berusaha sepenuh kesungguhan dalam usaha menghiasi diri kita denganNya sehingga Dia menjadi sifat yang mendarah daging dalam diri kita, malah menjadi sifat sejati pada kita, yang tidak mudah bertukar ganti dan tidak berubah walaupun keadaan dan situasi selalu berubah. Bahkan kita meningkat naik ketarafnya yang tinggi menurut peredaran masa. Lantaran kebaikan rahmat kurnia ALlah, apabila sebahagian daripada sifatsifat ini telah dijadikan sebagai perhiasan hidup kita, kita sentiasa disertai ALlah di dalam segala situasi sebagaimana dilihat di dalam firman Allah Ta'ala:

"Sesungguhnya ALlah berserta orang-orang yang sabar". (Surah Al Anfaal: Ayat 46) "Dan ALlah berserta orang-orang yang sabar". (Surah Al Anfaal: Ayat 66) Firman ALlah Ta'ala:

86

Munajat Di Jalan Dakwah

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya ALlah, benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik". (Surah Al Ankabut: Ayat 69) Firman ALlah Ta'ala: "Sesungguhnya ALlah, berserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan". (Surah An Naml: Ayat 128) Alangkah agung dan mulianya seorang mukmin yang telah menjiwai penyertaan cinta ALlah. Keagungan itu hanya akan dapat dicapainya apabila dia dihiasi dengan sifat-sifat mulia yang tersebut tadi. Jadi berusahalah dan bekerjalah dengan bersungguh-sungguh supaya kita mencapai penyertaan ALlah dan memenangi cintaNya. Ada faedahnya juga jika kita sebutkan di sini ayat-ayat yang mulia yang menjelaskan sifat-sifat golongan orang yang tidak dicintai ALlah atau sifatsifat yang dimurkai ALlah supaya kita dapat mengenalinya, mengukur diri kita dengannya, supaya kita mengetahui setakat manakah jauhnya kita daripadaNya atau dekatnya kita kepadaNya. Bahkan sejauh mana kebencianNya dan kemarahanNya kepada kita. Firman ALlah Ta'ala:

"Dan ALlah, tidak menyukai orang-orang yang zalim". (Surah Ali 'Imran: Ayat 57) Di dalam ayat lain: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim". (Surah Asy Syuura: Ayat 40) "Sesunggahnya ALlah, tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas". (Surah Al Maidah: Ayat 87)

Munajat Di Jalan Dakwah

Firman ALlah Ta'ala:

"Dan ALlah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerosakan". (Surah Al Maidah: Ayat 64)

"Jika kamu berpaling maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang--orang kafir". (Surah Ali 'Imran: Ayat 32)

"Dan ALlah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran dan selalu berbuat dosa". (Surah Al Baqarah: Ayat 276) "Sesunggahnya ALlah tidak menyukai orang-orang yang sonbong lagi membanggakan diri". (Surah Luqman: Ayat 18)

"Sesungguhnya ALlah tidak menyukai orang-orang yang selalu berkhianat lagi bergelumang dosa". (Surah An Nisa': Ayat 107)

"Sesungguhnya ALlah tidak menyukai orang-orang yang khianat" (Surah Al Anfaal: Ayat 158)

"Sesungguhnya ALlah tidak menyukai orang-orang yang berlebihlebihan". (Surah Al An'aam: Ayat 141)

"Sesungguhnya Dia tiaak menyukai orang-orang yang sombong". (Surah An Nahl: Ayat 23)

"Ssungguhnya ALlah tidak mencintai orang-orang yang sombong". (Surah Al Qashash: Ayat 76)

87

88

Munajat Di Jalan Dakwah

"ALlah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan dengan terus terang) kecuali oleh orang yang teraniaya". (Surah An Nisa': Ayat 148) "Amat besar kebencian di sisi ALLah bahawa kamu mengatakan apaapa yang tidak kamu kerjakan". (Surah Ash Shaff: Ayat 3)

"Barangsiapa yang membelakangi mereka (mundur) di waktu itu, kecuali berbelok untuk (siasat) perang atau hendak menggabungkan diri dengan pasukan yang lain maka sesungguhnya orang itu kembali dengan membawa kemurkaan dari ALlah dan tempatnya ialah neraka Jahanam. Dan amat buruklah tempat kembalinya". (Surah Al Anfaal: Ayat 16) Semuanya itu merupakan sifat-sifat yang jelas dan khusus, yang tidak sempat kita kupas dengan lebih lanjut di sini. Apa yang dikehendaki di sini ialah kita perlu mencari dan meneliti sebarang kesan, tanda atau saki baki dan pengaruh sifat-sifat ini di dalam diri kita lalu kita berusaha bersungguhsungguh untuk melepaskan diri daripadanya. Dengan itu kita terus menerus dan sentiasa berwaspada supaya tidak menghampirinya. Alangkah buruknya keadaan orang-orang yang terdedah kepada kutukan ALlah dan kemurkaanNya. Semoga Allah menyelamatkan kita daripada bencana seperti ini.

Munajat Di Jalan Dakwah

89

MEREKA MENCINTAI 'DIA' Setelah kita bicarakan belahan pertama dari hubungan cinta yang tinggi mulia ini iaitu: 'cinta ALlah kepada mereka', kita perkatakan pula belahan yang kedua iaitu 'mereka mencintai Dia' artinya cinta hamba kepada ALlah. Mengaku cinta dengan lidah dan hati, tetapi tidak dibuktikan dengan amal, perbuatan dan kelakukan adalah pengakuan yang tidak diterima. Kerana ALlah melihat dan memerhatikan segala isi-hati dan amal di dalam diri kita. Dia tidak hanya memandang kepada (maksud hati) dan kata-kata pengakuan kita. Kita akan berusaha membincangkan beberapa dalil-dalil dan buktibukti cinta kepada ALlah dengan cinta yang benar, sekadar kemampuan kita. Dengan itu kita dapat melihat sejauh mana benarnya perilaku kita dengan cinta kita kepada ALlah, sejauh mana renggangnya kita dengan cinta itu dan akhirnya dapat merasakan betapa perlunya kita membaiki kerenggangan ini. Antara bukti cinta kita kepada ALlah ialah kita bersegera melaksanakan segala apa yang dikehendakiNya dari kita, disertai dengan perasaan yang mendalam di lubuk jiwa, ini akan mendorong kita bersungguh-sungguh mengadap kepada ALlah dengan taat setia kepadaNya di dalam segenap urusan dan segala kegiatan hidup kita. Kita mentaati scgala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya sebagaimana yang tersebut di dalam kitabNya dan sunah RasuluLlah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam dan merasai kelazatan taat (tatkala kita telah menyempurnakan itu semua). Kita merasa bahagia dan riang gembira dengan limpah kurnia ALlah, taufiq dan pertolonganNya kepada kita. Bukti cinta yang benar ialah kita hanya melaksanakan segala urusan yang diredhai AL1ah dari kita, lalu kita bersegera melaksanakannya tanpa

90

Munajat Di Jalan Dakwah

keraguan, kebimbangan dan bertangguh-tangguh. Firman ALlah Ta'ala:

"Mereka itu bersegera untuk mendapat kebaikan-kebaikan dan merekalah orang-orang yang segera memperolehinya". (Surah Al Mukminuun: Ayat 61) Bukti cinta yang benar kepada ALlah ialah kita menyelidiki setiap perkara yang dimurkai dan dilaknat ALlah ke atas kita lalu kita menjauhinya dan tidak mahu lagi menghampirinya, bahkan hati kita tidak minat langsung kepadanya, kita sentiasa benci kepadanya. Bukti cinta yang benar kepada ALlah ialah, apabila kita terlajak mendurhakai ALlah ataupun kita membuat dosa, kita bersegera bertaubat dan memohonn ampun kepada Allah dengan sepenuh harapan semoga ALlah menerima taubat kita dan mengurniakan keampunan kepada kita:

"Aku berlindung kepadaMu Ya ALlah, akibat dari kejahatan yang terlanjur telahku lakukan. Ya Allah aku mangakui (sekian banyak) nikmatMu kepada aku mengakui juga, akan sekian banyak dosaku, maka ampunlah kiranya dosaku. Tiada yang dapat mengampunkan dosa kecuali Engkau." Bukti cinta yang sejati, ialah perasaan kita merasa bahagian apabila kita merasa-rasa kehadiran kekasih yang kita cintai. Demikian juga dengan cinta kepada ALlah, kita merasa terhibur, merasa seronok, merasa nikmat dan enak di dalam solat kita kepada ALlah Ta'ala. Kita rindukan kedatangan waktu solat dan kita sering menunggu-nunggu masuknya waktu solat dengan penuh perhatian dan penuh minat. Di sini kita sebutkan teladan dan ikutan dari kekasih kita RasuluLlah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam yang bersabda:

Munajat Di Jalan Dakwah

91

"Senangkanlah hati kami wahai Bilal dengan solat" Dan bersabda lagi

"Dan telah dijadikan kegembiraan hatiku di dalam as-solat.” Lihatlah Rasulullah menunaikan solat tahajjud di tengah-tengah malam. Baginda bersembahyang tahajjud hingga dua pertiga malam, atau setengah malam ataupun sepertiga malam (pada tiap-tiap malam) sehingga bengkakbengkak kakinya (lantaran lamanya berdiri di dalam as solat) tanpa merasa penat atau jemu. Apakah sebabnya? Kerana hatinya merasa terhibur apabila mengadap ALlah. Baginda merasa bahagia dan puas hati, lantaran ruhani baginda merasa gembira bermunajat dengan ALlah yang Maha Pengasih dan Penyayang. Marilah kita berusaha sungguh-sungguh supaya kita dapat menikmati sebahagian dari kelazatan seperti itu. Bukti cinta yang benar, bertambahnya kebahagian orang yang menanggung cinta setiap kali dia menghampiri kekasih yang dicintainya. Demikian juga hubungan dengan ALlah, kita akan bertambah bahagia, apabila kemesraan kita dengan ALlah bertambah mekar terutama tatkala sedang sujud kepada ALlah. Kerana RasuluLlah kekasih kita bersabda:

"Sehampir-hampir hamba itu kepada Tuhannya ialah tatkala dia sedang sujud lantaran itu berdoalah banyak-banyak." Diriwayatkan dari Aisyah radhiallahu anha, bahawasanya RasuluLlah SallaLlahu 'AlaihiWasallam memanjangkan sujud baginda sehingga beliau menyangka baginda telah wafat. Alangkah baiknya kalau perasaan asyik ini dihayati ketika kita sedang sujud di dalam solat kita lalu kita terus sujud dengan penuh kerinduan. Kita panjangkan sujud kita di dalam as solat dan kita merayu-rayu di dalam doa kita terutamanya tatkala bersembahyang tahajjud di tengah-tengah malam yang sunyi sepi. Jika ahli dunia membayangkan bahawa setinggi-tinggi

92

Munajat Di Jalan Dakwah

perkara, sebesar-besar kebahagiaan bagi seorang hamba di dunia ini, ialah dengan menjadi raja yang duduk di atas singgahsana kerajaan, memakai mahkota kerajaan yang bersadur dengan emas tempawan dan bertatahkan intan berlian, dikelilingi oleh angkatan bala tentera, pelayan-pelayan dan dayang-dayang yang taat setia menjunjung segala titah perintahnya, tetapi sebaliknya pandangan orang yang beriman adalah berlainan, mereka melihat bahawa semulia-mulia darjat baginya di dunia ialah tatkala dia meletakkan wajahnya di bumi, sujud kepada ALlah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Apakah guna dan faedah kekayaan yang melimpah ruah itu kepada Quran? Tetapi sekali sujud dari seorang mukmin kepada ALlah, lebih baik daripada dunia dengan segala apa yang ada padanya. Bukti di atas benarnya cinta seorang yang menanggung cinta, ialah dia menyebut-nyebut dan teringat-ingatkan kekasihnya. Demikian juga kalau kita bercinta dengan ALlah, kita merasa senang, enak dan bahagia tatkala berzikir kepada ALlah, samada berzikir dengan hati, lisan atau perbuatan. Melakukan segala apa yang diredhai oleh ALlah walau di manapun kita berada dan di dalam segala keadaan apa pun tidak kira siang ataupun malam. Betapa tidak. Padahal ALlah telah memanggil kita untuk mengingatiNya, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada ALlah:

"Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) ALlah, zikir yang sebanyak-banyaknya," (Surah Al Ahzab: Ayat 41-42) Di dalam mensifatkan orang-orang yang beraqal, Dia berfirman:

"(Iaitu) orang-orang yang mengingati ALlah sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring". (Surah Ali Imran: Ayat; 191) Di dalam surah Al Insan, Dia berfirman:

Munajat Di Jalan Dakwah

93

"Dan sebutlah, nama Tuhanmu pada (waktu) pagi dan petang. Dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadanya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang paling panjang di malam hari". (Surah Al Insan: Ayat 25-26) ALlah telah terangkan kepada kita bagaimana besarnya kesan dan pengaruh zikrullah di hati kita. Bacalah firman ALlah ini:

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati ALlah, ingatlah hanya dengan mengingati ALlah hati menjadi tenteram". (Surah Ar Ra'd: Ayat 28) Di sanalah terletaknya kemuliaan yang agung bagi kita dan limpah kurnia yang besar dari ALlah di dalam firman ALlah Ta'ala:

"Kerana itu, ingatlah kamu kepadaku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu dan bersyukurlah kepadaku dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)Ku". (Surah Al Baqarah: Ayat 152) Siapakah gerangan kita ini sehingga ALlah mengingati kita? Setelah melihat ganjaran besar yang sedemikian itu semua, masih mahukah kita berlengahlengah lagi dari zikrullah. Jadi wajiblah kita melatih lidah kita dan mulut kita sentiasa basah dengan zikrullah dan mengingat ALlah terus menerus dengan hati kita dan kita melupakan zikrullah sepanjang hidup kita. Bukti cinta yang benar ialah kita suka mendengar firman ALlah, Tuhan yang

94

Munajat Di Jalan Dakwah

kita cintai sesuai dengan pengakuan kita. Kita suka mendengar dan diam tatkala orang membaca Al Qur'an. Ertinya kita berminat sungguh-sungguh kepada tilawah Al Qur'an Kalamullah dan mendengarnya dengan menghadirkan hati, memikirkan isinya, bersungguh-sungguh hendak memahaminya, berusaha untuk menghayatinya, tertarik kepadanya dan sentiasa asyik kepadanya. Mengenali segala apa yang dikehendaki ALlah dari kita, menikmati segala hidayah yang ada padaNya yang semuanya itu untuk kebaikan kita, sepenuh keyakinan tanpa sedikitpun keraguan bahawasanya segala apa yang terkandung di dalamnya adalah benar belaka dan semuanya untuk kebahagiaan kita dunia dan akhirat. Sebagaimana kita sedia maklum, bahawasanya Al Qur'an itu, adalah Nur, Hidayah, Rahmat, tunjuk ajar dan penawar dan berbagai-bagai lagi sifat keistimewaan Al Qur'an. Alangkah perlunya kita meminum air penawar yang mujarab dari Al Qur'an dan menghiasi diri kita dengan A1Qur'an sekaligus membentuk diri kita menurut bentuk Al Qur'an.

"Dan apabila dibacakan Al Qu'ran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah. Dengan tenang agar kamu mendapat rahmat". (Al A'raaf: Ayat 204) Bukti cinta yang benar kepada ALlah ialah kita mencintai sesiapa yang dicintai oleh ALlah dan membenci siapa yang dibenci oleh ALlah. Orang yang pertama dari makhluk ALlah yang kita mesti cintai ialah Rasu1uLlah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam, kerana baginda adalah orang yang paling dicintai ALlah. Oleh itu kita mesti menyahut seruan ALlah yang telah menyuruh kita berselawat dan bersalam kepada baginda:

"Sesungguhnya ALLah, dan Malaikat-MalaikatNya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah, kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya". (Surah Al Ahzab: Ayat 56) Juga kita mesti mencintai semua para Rasul, para Nabi ALlah, para hamba ALlah yang beriman. Bersahabat setia dengan segenap mukminin, tolong menolong dengan mereka

Munajat Di Jalan Dakwah

95

di jalan kebaikan dan taqwa, bergabung dcngan mereka di dalam hizbullah, (parti ALlah) untuk menolong agama Allah dan membangun daulah Islam. Di samping itu kita mesti membenci musuh-musuh ALlah, tidak berjanji setia dengan mereka, tidak menyukai mereka sekalipun mereka itu kerabat kita atau suku sakat kita, kerana ALlah telah berfirman:

"Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada ALlah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang ALlah dan RasulNya, sekalipun orang-orang itu bapa-bapa atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mareka itulah orang-orang yang ALlah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripadaNya. Dan mereka dimasukkan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. ALlah redha terhadap mereka dan mereka pun merasa puas terhadap (limpahan rahmatNya. Mereka itulah golongan ALlah, Ketahuilah, bahawa sesungguhnya golongan ALlah, itulah golongan yang beruntung". (Surah Al Mujaadilah: Ayat 22) Bukti cinta yang benar kepada ALlah ialah kita mencintai segala amal yang menghampirkan kita kepada kecintaan ALlah kepada kita lalu bersegera dan berusaha kepadaNya. Wahai Tuhanku kurniakanlah kepada kami kudrat untuk mencintaiMu dan mencintai sesiapa yang Engkau cintai dan mencintai setiap amal yang menghampirkan kami kepada mencintaiMu. Wahai Tuhanku, kurniakanlah ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada kami sepanjang hidup kami. Bukti kecintaan yang benar kepada ALlah, ialah

96

Munajat Di Jalan Dakwah

cinta sejati yang ikhlas Lillahi Ta'ala, yang tidak terikat dengan sebarang harapan untuk mencintai tujuan, kebaikan dan kebendaan dunia. Cinta yang tidak berubah menurut perubahan suasana dan situasi. Cinta yang tidak terjejas dengan gangguan sekitarnya dan cuaca yang silih berganti. Cinta yang tidak bercampurbaur dengan sebarang campuran riya' dan seumpamanya. Bukti cinta yang benar, ialah adanya iman dan kepercayaan yang tidak bergoncang kepada ALlah dan dengan rahmatNya sebagai natijah dari terdedahnya kita kepada bermacam ujian mihnah dan bencana yang ditentukan ALlah kepada kita. Cinta kita adalah cinta yang kental, bukan cinta yang rapuh. Cinta yang tidak terjejas oleh pasang surutnya air lautan kebangkitan Islam dan kalah menangnya jihad kita. Cinta yang tidak terjejas oleh tribulasi yang telah ditakdirkan oleh ALlah ke atas kita. Jadi kita tidaklah serupa dengan golongan yang telah hanyut di dalam arus banjir ujian. Firman ALlah Ta'ala:

"Dan di antara manusia ada orang yang menyembah ALlah dengan berada di tepi maka jika ia memperoleh kebajikan, tetaplah ia dalam keadaan itu dan jika dia ditimpa oleh suatu bencana, berbaliklah dia kebelakang. Rugilah dia di dunia dan di akhirat. Yang demikian itu adalah kerugian yang nyata". (Surah Al Hajj: Ayat 11) Kita hendaklah bersabar tatkala bala' datang melanda kita, tatkala kita terdedah kepada gangguan, mihnah, fitnah dan tribulasi dari pihak musuhmusuh kita. Kerana yang demikian itulah Sunnah ALlah di dalam bidang da'awah dan ALlah telah menyeru kita kepada kesabaran dan kesabaran lalu berfirman:

Munajat Di Jalan Dakwah

97

"Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada ALLah, supaya kamu beruntung". (Surah Ali 'Imran: Ayat 200) Dan Dia berfirman;

"Dan kami jadikan sebahagian kamu cubaan bagi sebahagian yang lain. Mahukah kamu bersabar?" (Surah A1 Furqaan: Ayat 20) Kami sabar wahai Tuhan kami dengan pertolonganMu.

"Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir". (Surah Al Baqarah: Ayat 250) Bukti cinta yang benar kepada ALlah ialah hanya meminta kepadanya setiap kali kita meminta sesuatu atau setiap kali memohon perlindungan. Kita tidak meminta kepada yang lain daripadaNya. Kita hanya condong kepadanya, tidak cenderung kepada yang lain. Segala urusan berada di dalam genggamanNya dan Dia Maha berkuasa. Dia telah memanggil dan menyeru kita supaya berdoa kepadaNya seperti di dalam firmanNya:

"Berdoalah kepadaku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu". (Surah A1 Mukmin: Ayat 60)

98

Munajat Di Jalan Dakwah

Dan firmanNya:

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu". (Surah Al Baqarah: Ayat 186) ALlah Subhanahu waTa'ala sangat meredhai hambaNya yang hanya meminta kepadaNya, sebaliknya Dia amat murka apabila kita meminta kepada orang lain. Jadi kita wajib meminta dariNya dan kita mestilah yakin Dia akan memperkenankannya. Janganlah cepat bosan, atau keluh kesah, apabila doa kita tidak diterima kerana ALlah itu memilih mana yang lebih baik untuk kita. ALlah juga memilih waktu yang paling sesuai untuk memperkenankan doa itu kerana Dia amat mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Bukti cinta yang benar kepada ALlah, kita menunaikan segala janji kita kepadaNya juga segala apa-apa yang kita telah akui dan sanggupi untuk dilaksanakan tanpa penangguhan. Kita tidak mungkiri janjj kita kepadaNya, tidak membatalkannya, janji sentiasa terpelihara tanpa pertukaran atau perubahan sehinggalah kita menemuiNya dalam keadaan yang demikian, semoga kita termasuk ke dalam golongan yang diberitakan oleh ALlah di dalam firmanNya:

"Di antara arang-orang yang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada ALlah, maka di antara

Munajat Di Jalan Dakwah

99

mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah janjinya), supaya ALlah memberikan balasan kepada orang-orang yang benar itu kerana kebenarannya". (Surah Al Ahzab: Ayat 23-24) Scmoga kita juga berada di kalangan orang-orang yang ALlah berfirman pada mereka:

"(Iaitu) orang-orang yang memenuhi janji ALlah dan tidak merosak perjanjian." (Surah Ar Ra'd: Ayat 20) Kita telah berjanji kepada ALlah untuk beramal, berjihad dan berkorban pada jalan ALlah untuk menolong agama ALlah, untuk membangun dan menegakkan daulah Islam, untuk meneguhkan kuasa agama ALlah di mukabumi. Jadi kita hendaklah menjadi asiddiqin, orang-orang yang benar di dalam segala apa yang telah kita janjikan kepada ALlah. Bukti cinta yang benar ialah kita percaya kepada segala janjiNya, percaya kepada semua berita yang datang dariNya termasuk tentang perkara-perkara ghaib, kita mempercayai dan mengakuinya tanpa syak dan ragu-ragu. Kita percayakan segala janji syurga dan segala nikmat yang ada padanya, yang telah di untukkan untuk kaum mukminin. Kita percaya kepada janji balasan neraka yang penuh azab dan seksa, yang telah disediakan untuk puak kafirin dan zalimin. Kita percaya kepada sokongan dan pertolongan ALlah di dunia untuk mukminin dalam usaha untuk menegakkan daulah Islam sebagai natijah dari jihad mukminin dan da'awah mereka kepada ALlah. Kita percaya dengan janji Allah untuk menghapuskan al batil dan para pendukungnya di dalam firmanNya:

"Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang bathil lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta merta yang batil itu lenyap". (Surah Al Anbiya': Ayat 18) Bukti cinta kita yang benar kepada ALlah ialah kita tunduk dan patuh

100

Munajat Di Jalan Dakwah

menerima hukum ALlah dan RasulNya disegenap urusan kita tanpa rasa susah. Kita menyerah penuh pasrah dan menerimanya dengan penuh ketenangan bahawasanya itulah yang baik kerana Dia lebih Mengetahui daripada kita, mana yang lebih baik buat kita.

"Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila ALlah dan RasulNya telah, menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka". (Surah Al Ahzab: Ayat 36) Firman AL1ah Ta'ala;

"Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan kemudian mereka tidak mersa dalam hati mereka sesuau keberatan terhadap putusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya". (Surah An Nisa': Ayat 65)

"Sesungguhnya jawaban orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan RasulNya agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan, kami mendengar dan kami patuh". (Surah An Nuur: Ayat 51) Bukti cinta yang benar kepada ALlah ialah kita tidak bakhil untuk mendermakan harta kepada jalan ALlah. Bahkan merasakan bahawa diri kita dan segala yang kita punyai itu adalah hak mutlak ALlah dan diri kita tidak punya apa-apa. Bagaimana kita akan bakhil dan dengan apa kita bakhil?

Munajat Di Jalan Dakwah

101

Padahal semuanya itu nikmat kurnia ALlah yang telah dianugerahkan kepada kita dan Dialah sahaja yang Kaya dan Maha Kaya dan kita ini pula yang fakir miskin. AL1ah telah menyeru kepada perniagaan yang paling menguntungkan! Bagaimanakah kita tidak mahu bersegera menyahut seruan ALlah? Padahal orang yang lain dari kita di dunia ini bersegera dan berlumba-lumba kepada perniagaan mereka yang remeh temeh yang kadang-kadang tidak tahu untung rugiNya? Bagaimana kita tergamak bersikap begitu rupa? Padahal kita mengakui ahli da'awah atau sahibud da'awah? Padahal ALlah berfirman:

"Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada ALLah dan RasulNya dan berjihad di jalan ALlah dengan harta dan jiwa mu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, nescaya ALlah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada Lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari ALlah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman". (Surah Ash Shaff: Ayat 10-13) Firman ALlah Ta'a1a:

102

Munajat Di Jalan Dakwah

"Sesungguhnya ALlah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan ALlah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari ALlah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada ALlah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan itulah kemenangan yang besar." (Surah At Taubah: Ayat 111) Bukti cinta yang benar, kita sentiasa mahu berda di sisi kekasih yang kita cintai, kita tidak mahu berenggang, apalagi untuk melupakannya atau mengabaikannya. Demikian juga dengan cinta terhadap ALlah, tatkala kita berdiri mengadap kepada ALlah di dalam solat, kita tidak lalai daripadaNya dan kita hendaklah mengadap dengan sepenuh jiwa raga dan hati kita. Bukti cinta yang benar kepada ALlah ialah kita berusaha sungguh-sungguh siang dan malam sepanjang hidup kita untuk melawati rumah kekasih kita, rumah ALlah, di masjid, di surau, di majlis ilmu, majlis zikrullah dan tempattempat yang diredhai ALlah. Firman ALlah Ta'ala:

Munajat Di Jalan Dakwah

103

"Hanyasanya yang memakmurkan masjid-masjid ALlah ialah orangorang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada ALlah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk". (Surah At Taubah: Ayat 18) Bukti cinta yang benar kepada ALlah ialah kita lebih mencintai ALlah daripada segala sesuatu yang lain daripada ALlah. Jika RasuluLlah SallaLlahu 'AlaihiWasallam bersabda:

"Tidak beriman salah seorang dari kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada bapanya, anaknya dan manuasia seluruhnya". (Riwayat Muslim) Maka adalah lebih utama jika ALlah dan RasulNya1ebih kita cintai daripada segala yang lain daripadaNya. Dari Anas radhiallahu anhu, dari Rasulullah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam yang bersabda:

"Tiga perkara siapa yang ada padanya, dia telah mendapat kemanisan iman: ALlah dan Rasulnya adalah yang lebih dicintainya daripada segala yang lain daripadanya dan dia mencintai seseorang kecuali kerana ALlah dan bahawa dia benci akan kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci dilemparkan ke neraka". (Riwayat Bukhari) Kemudian di sana terdapat ancaman yang sangat keras yang ditujukan kepada sesiapa yang lebih mencintai sesuatu yang ada di dunia ini daripada

104

Munajat Di Jalan Dakwah

ALlah, RasulNya dan berjihad pada jalanNya. Kerana ALlah telah berfirman:

"Katakanlah: Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada ALlah dan RasulNya (dari) berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya". "Dan ALlah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq". (Surah At Taubah: Ayat 24) Perkara lain yang boleh dikiaskan sebagai yang demikian, ialah setiap sesuatu yang memalingkan kita dari jihad dan melalaikan kita daripada ibadat kepada AL1ah, sesuatu yang menghalang daripada taat kepada ALlah dan daripada zikrullah. Semuanya menjejaskan cinta kita kepada ALlah. Di sinilah kita mesti sentiasa berwaspada sepanjang hidup kita supaya kita sentiasa meletakkan diri kita di tempat yang ALlah redhai. Marilah kita baca firman ALlah ini:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anakanakmu melalaikan kamu dari mengingati ALlah. Barangsiapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang ragu". (Surah Al Munafiquun: Ayat 9)

Munajat Di Jalan Dakwah

105

Memang benar, kita semua mencintai harta, anak-anak, isteri, kerabat dan seumpamanya, demikian juga harta benda dunia tetapi janganlah kesayangan kita terhadap perkara itu melampaui batas sehingga yang demikian itu menguasai hati kita dan menjadikan kita lebih mencintainya daripada ALlah dan jihad pada jalanNya. Janganlah perkara itu melalaikan kita daripada ibadat kepada ALlah dan zikrullah. Bahaya ini adalah tersembunyi dan tidak ketara. Bukti cinta yang benar, kita tidak melupakan ALlah, kerana kalau kita melupakanNya, maka ALlah melupakan kita dengan membiarkan diri kita bersendirian, lantas kita hilang pedoman, hidup sia-sia dan sesat. Pada akhirnya, bukti yang dapat kita sebutkan di sini, bukti cinta benar kepada AL1ah ialah kita cinta kcpada pertemuan dengan ALlah dan tidak bencikan al maut. Kerana sesiapa yang cintakan kepada pertemuan dengan ALlah, maka ALlah juga berlebih lagi cinta kepada pertemuan dengannya. Kita mohonkan Husnul Khatimah kepada ALlah.

106

Munajat Di Jalan Dakwah

KESIMPULAN Untuk menutup perbincangan kita di sekitar perhubungan yang tinggi, percintaan di antara ALlah dengan sebahagian dari hamba-hambaNya, marilah kita renungi bersama dan lihat kembali ke dalam diri kita, nescaya kita dapati diri kita sedang berhadapan dengan satu perjalanan yang jauh, semakin meningkat dan meninggi mencakar langit untuk mencapai ke puncak. Jadi untuk mendaki dan meningkat itu kita memerlukan usaha dan mujahadah yang sungguh-sungguh. Kita berharap setelah apa yang telah kita sebutkan ini, kita telah bersedia dengan keazaman yang benar dan kuat untuk berjihad melawan hawa nafsu (mujahadah Annafs) kita masingmasing supaya nafsu menjadi bersih, meningkat dan sampai kepada yang dituju iaitu keredhaan ALlah.

"Dan orang-oraiig yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik". (Surah Al Ankabut: Ayat 69)

Related Documents

Di Jalan
November 2019 43
Munajat
May 2020 14
Munajat
May 2020 14
Dakwah Di Sekolah
May 2020 19
Zikir Munajat
November 2019 17

More Documents from ""