Mpw

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Mpw as PDF for free.

More details

  • Words: 4,118
  • Pages: 16
ISLAM DAN KEHARMONIAN HIDUP BERAGAMA DI MALAYSIA : PROSPEK DAN CABARAN Oleh: Dr. Ghazali Basri Pendahuluan Dengan bertemakan Islam dan Keharmonian Sesebuah Masyarakat Majmuk dari Perspektif Sejarah, kita memilih tajuk ‘Islam dan Keharmonan Hidup Beragama di Malaysia: Prospek dan Cabaran’ dengan tujuan membolehkan kita membincangkan aspek berikut. Pertama, sejarah yang dilalui Malaysia sebagai sebuah bangsa yang lahir daripada benua Alam Melayu , kedua , Islam bukan sahaja sebagai anutan fahaman beragama, tetapi ia juga sebagai

sumber

pembentukan sarwa pandangan hidup

(worldview) yang melahirkan tradisi keilmuan and komitmen penganutnya dalam mempertahankan keharmonian hidup beragama ketiga

beberapa faktor penyumbang

seperti keadilan social, politik, ekonomi yang diterjemah dariapda prinsip-prinsip Islam bagi menjamin kelangsungan heharmonian hidup beragama dan keempat prospek dan cabaran dan kelima cadangan dan penutup.

Berdasarkan empat asepk di atas kertas ini cuba menelusuri setiap satunya dan seterusnya mengajak kita menganalsis unsur -unsur kekuatan dan kelemahannya. Apa yang diharapkan di akhir nanti ialah akan ada semacam satu panduan yang dapat dijadikan asas kita berhujah dan bertindak.

I

Pengalaman Sejarah. Satu hakikat yang pe rlu diperjelaskan semula ialah memahami Malaysia adalah sebuah Negara kelahiran Benua Melayu atau lebih dikenali sebagai Alam Melayu. Sebagai sebuah

benua

miritim

yang

terdiri

daripada

ribuan

pulau

besar

dan

kecil(berjumlah:17,508) menempatkan ratusan kelo mpok entik, kepelbagaian budaya dan bahasa(melebihi 300 bahasa dan dialek) sejak dari zaman awal sejarah hinggalah kedatangan kuasa-kuasa asing : Hindu, Buddha, dari tanah besar India, Islam dari Timur Tengah dan Kristian dari Eropah barat. Namun identiti Melayu tetap utuh seperti yang terungkap dalam cetusan citra bahasa dan budaya. Ada empat perkara penting yang dapat

1

kita ambil daripada pengalaman ini. Pertama dari aspek entisiti. Apa yang dikenali dengan rumpun Melayu ialah penjelasan tentang satu bangsa yang memilikki citra bahasa dan budaya tersediri. Walau pun terdapat ribuan dialek , bahasa sub-etnik yang terdapat di Alam Melayu, namun mereka tetap menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa milik bersama. Dalam konteks inilah sejak zaman keagungan Melaka lagi telah menyebutkan Bahasa Melayu sebagai lingua franca membolehkan para pedagang luar dan dalam berinteraksi. Kedua dari segi kedudukan geografi yang melibatkan penghijrahan orangorang Melayu serumpun. Sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat Eropah, bagi penduduk di rantau ini mereka bebas bergerak dan bermastautin di mana sahaja mereka mahu, dengan erti kata lain tempat disinggahinya adalah tempatnya juga. Tidak timbul istilah “pendatang haram”, sebagai contoh jika seseorang itu meninggalkan pulau Jawa dan menetap di pulau Singapura atau sebaliknya. Ketiga, hasil daripada interaksi orang-orang Melayu dengan bangsa-bangsa asing sama ada dalam bidang perdagangan, ketenteraan dan diplomasi ia telah menjadikan bangsa Melayu cukup kaya dengan pengalaman dan keupayaan

berinteraksi dan bergaul dengan bangsa-bangsa asing di samping dapat

mengekalkan identiti KeMelayuannya. Justeru itu masyarakat majmuk ini memang sudah

keberadaan kita dalam konteks

mendarah mendaging

bagi kaum rumpun

Melayu. Kempat, dalam konteks sejarah kedatangan Islam dan cara penyampaianpenerimaan Islam di rantau ini perlu diperjelas dalam perspektif yang betul. Kedatangannya adalah melaui proses dakwah dan tarbiah, lewat kegiatan pendakwahan dan tradisi sufi. Daripada penelitian kita ke atas bahan-bahan sastera, histriografi dan sejarah dan beberapa penulisan ilmiah, kita dapati kehadiran Islam lewat dakwah dan tarbiah ke alam Melayu sekitar abad 13 dan 14 benar-benar mendapat tempat dan serasi dengan psyche orang Melayu. Kita amb il contoh kedatangan agama Hindu di awal abad pertama dan kedua, kemudian agama Buddha di abad-abad berikutnya , diikuti pula dengan Islam pada abad-abad ke13 dan 14 dan seterusnya didatangi pula kuasa-kuasa Eropah Barat di abad-abad 16 dan 17 dan 18. Secara relatif kesan yang ditinggalkan Islam adalah lebih dominant berbanding dengan Hindu, Buddha dan Kristian walau pun dari segi jangka waktu kehadiran mereka lebih lama berbanding dengan Islam, seperti yang pernah diperkatakan (Seyyed Naquib Al-Attas: 1990)

2

Dalam perbincangan kita mengenai pengalaman sejarah yang telah dilaluinya, rantau Melayu umumnya dan Malaysia khasnya memang cukup kaya dengan tradisi amalan berinteraksi, berdialog antara budaya, agama, fahaman dan berupaya mengekalkan kerukunan hidup dalam suasana kemajmukan seperti yang terungkap dalam konsep bhineka tunggal ik a, kesatuan dalam kepelbagaian (unity in diversity). Deleted: ¶ ¶

II

Kemantapan Tradisi Kerohanian dan Keilmuan Islam Islam yang dijadikan anutan fahaman dan amalan beraga ma membawa perubahan besar cara berfikir umat. Islam membawakan konsep keadilan sejagat, keadilan pemerintahan, tanggungjawab pemimpin, hak rakyat, hak asasi manusia berbanding dengan yang sebelum kedatangan Islam. Ajaran Islam yang bersumberkan al- Qur’an dan al- Sunnah membolehkan keilmuan Islam terbina dengan epistemologinya yang mencakup seluruh aspek kehidupan sehingga membentuk world-view (tassawwur) nya sendiri. Dari segi aplikasinya dapat kita saksikan dalam perbicangan berikut.

Pendekatan para mubaligh dan pendakwah Islam dalam menyebarkan Islam di rantau ini turut menyumbang kepada pembinaan tradisi berinteraksi dan berdialog berdasarkan kekuatan kerohanian dan ilmu. Tokoh mubaligh sembilan wali (wali songo) lewat wayang kulit , demikian pula tokoh sufi-pendakwah-penulis lewat hasil tulisan mereka sebagai contoh, Hamzah Fansuri dan kemudian Raja Ali. Dalam konteks ini,

malah

lebih tepat lagi kita dapat sebutkan sumbangan Nuruddin al-Raniri (m. 1656M) yang membahas

kewujudan pelbagai aliran fahaman agama dengan pendekatan dialog-

perbandingan dengan karyanya bertajuk Tibyan Fi Ma ‘rifat al-Adyan. Pada hemat kami Tibyan merupakan kesinambungan tradisi kesarjanaan dalam bidang perbandingan agama dan dialog ketamadunan di zaman sebelumnya (Zainul Amal:2002) seperti Al- Biruni (m. 1048M) dengan karya berjudul Kitab al-Hind, Ibn Hazm (m.1064M) dengan karya bertajuk Al-Fasl Fi al-Milal wa al-Ahwa wa al-Nihl, Al-Syahrastani (m. 1153M) dengan

3

kitabnya berjudul Al-Milal wa al-Nihl dan Ibn Taimiyah (m 1317M) dengan Al-Jawab alSahih Liman Baddala Din al-Masih. Apa yang dapat kita simpulkan daripada pemaparan di atas ialah wujudnya kekuatan intelektual (quwwah al-‘aql) yang dipelopori oleh para ulamak silam dan dipadukan pula dengan kekuatan spiritual (quwwah al-ruh) yang wujud pada diri mereka sendiri . Sesungguhnya tradisi pemaduan kedua-dua kekuatan ini benar-benar menjadi asset terpenting bagi pembinaan sesebuah tamadun .

Islam dan Masyarakat Majmuk . Islam sebagai agama yang ditanzilkan diperuntukkan oleh Penciptanya kepada seluruh manusia, justeru Islam adalah milik manusia di mana sahaja mereka berada sesuai dengan konsep qur’aniy, rahmatan lil alamin (Q 21 ayat 107) yang memberi makna : Islam membawakan kesejahteraan kepada seuluruh alam. Feno mena

masyarakat

majmuk

bukan

perkara

asing

bagi

Islam.

Al-Qur’an

memperjelaskannya dalam banyak tempat antaranya yang bermaksud: “Wahai manusia, sesungguhnya Kami jadikan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa dan berpuak-puak semoga kamu dapat kenal mengenali anatara satu sama lain” (Al-Hujurat, S49 ayat 13) “Dan di antara tanda-tandaNya ialah kejadian penciptaan langit dan bumi dan kepelbagaian bahasa dan warna kulit di kalangan kamu, sesungguhnya ia adalah menjadi bukti bagi mereka yang berilmu” (Al- Rum, ayat 22) Islam juga mengakui kewujudan pelbagai agama selain daripada Islam seperti yang terungkap dalam ayat-ayat berikut, maksudnya: “Dan jika dikehendakki Tuhanmu, tentu beriman semua manusia yang ada di bumi; lantaran itu, patutkah engkau (Muhammad) hendak paksa manusia sampai mereka menjadi mu’minin (beriman)” (Yunus, S10 ayat 99) “Dan sekiranya Tuhanmu menghendakki, nescaya Ia jadikan manusia (semua) satu umat, tetapi tetap mereka berselisih (berbeza-beza)” (Hud, S11, ayat 118) “Dan kalau Allah mahu, nescaya Ia jadikan kamu (semua) satu umat, tetapi ia sesatkan siapa yang Ia kehedakki dan Ia pimpin siapa yang Ia kehendakki; dan kamu akan ditanya darihal sesuatu yang kamu telah kerjakan” (al-Nahl, S16, ayat 93)

4

Mengenai pengakuaan Islam terhadap kewudujan berbagai agama bukanlah bermakna Islam mengakui kebenaran agama-agama tersebut. Memang, dalam soal akidah, tidak ada kompromi bagi Islam tetapi dalam soal- soal lain masih banyak ruang yang sememangnya Islam sangat galakkan umatnya berinteraksi dengan kelompok-kelompok berlainan agama. Jika kita teliti kandungan al- Qur’an mengenai agama-agama lain seperti Yahudi dan Nasara (Kristian) dan Majusi yang banyak diceritakan bukan tentang akidahnya, tetapi tentang tingkahlaku bangsa atau kaumnya. Justeru dalam usaha mendekati mereka a l-Qur’an cukup teliti, dengan pendekatan yang lunak serta sistematik seperti yang biasa dijelaskan dalam konteks dakwah (Rujuk maksud ayat-ayat al-Qur’an berikut: “Ajaklah mereka kepada jalan Tuhan dengan bijaksana dan pengajaran yang baik, dan bertukar fikiranlah dengan mereka menurut cara yang sebaik-baiknya…. Al-Nahl S 16 ayat 125).

Demikian juga dalam hal umat Islam bermuamalah dengan bukan Islam, prinsip keadilan sejagat dijadikan asas seperti yang terungkap dalam an tahkumu bil ‘adl (al-Nisa,4 ayat 48) dan ungkapan ‘idilu, huwa aqrabu li al-taqwa (al-Maidah S 5 ayat 8) . Dan sekiranya diadakan dialog (jidal) dengan pihak-pihak berlainan fahaman agama maka prinsip yang harus dijadikan pegangan ialah bil lati hiya ahsan, menurut cara terbaik.

Keharmonian Hidup Beragama Di Kalangan Berbagai Kelompok Agama Dalam konteks menyediakan suasana selesa bagi pemupukan keharmonian hidup beragama dalam sebuah masyarakat majmuk kita akan beri perhatian kepada ungkapan ayat: La ikraha fi al-din qad tabayyana al-rusyd min al-ghayyi , bermaksud: Tidak ada paksaan pada agama. Telah nyata kebenaran daripada kesesatan..(al- Baqarah, S2 ayat 256)

Dariapda ayat di atas lahirlah prinsip -prinsip berikut:

5

1. Dalam perkara fahaman dan anutan agama seseorang tidak oleh memaksakan kepada orang lain untuk mengikuti fahaman agamanya. Ini bererti Islam memberi kebebasan untuk memilih agama yang diyakininya. 2. Pada dasarnya dalam tatacara kehidupan umat, orang bukan Islam bebas menganut agama menurut keyakinan mereka dan mereka bebas mengamalkannya. 3. Islam mengiktiraf kemampuan manusia berbanding dengan makhluk lain untuk menggunakan akalnya dengan memberi kebebasan untuk membeza , memilih yang mana satu benar atau salah. 4. Islam memberi ruang seluas- luasnya kepada kekuatan intelek untuk melakukan penelitian dengan hujah-hujah ilmiah untuk sampai kepada kebenaran. Ungkapan qad tabayyana al-rusyd min al-ghayyi memberi maksud kebenaran tetap terserlah apabila bercampur baur dengan pelbagai kepalsuan dengan syarat dilakukan penelitian dan penyelidikan ilmiah. Dengan perkataan lain Islam memberi kebebasan seluas- luasnya untuk berhujah, memeriksa butir-butir kebenaran (scrutiny and vetting) serta merumusnya berdasarkan hujah-hujah yang sah.

Daripada empat prinsip di atas dapat ditarik kesimpulan bahawa Islam memberi ruang yang cukup selesa kepada kehidupan masyarakat berbilang agama bukan setakat berinteraksi dalam urusan harian, bahkan dalam wacana intelektual dan keilmuan hatta menyangkut soal kepercayaan

dan akidah

sekalipun jika sekiranya ada

kemampuan dan kesediaan yang ikhlas pihak-pihak terlibat. Apa yang lebih penting ialah kesediaan Islam untuk diteliti (scrutinize) , dianalisis secara kritikal (critically analyzed ) segenap aspek ajarannya (Abm. Mahbubul Islam: 2002). Atas semangat inilah ahli ilmuan Islam silam mempamirkan Islam di mata orang bukan Islam.

Apa yang kita telah bincangkan semunya merujuk kepada potensi besar yang disediakan Islam kepada umatnya dalam menempuh realiti kehidupan masyarakat berbilang kaum etnik dan agama. Prinsip toleransi beragama, kebebasan beragama, sikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain yang berlainan anutan agama adalah sebahagian daripada ajaran Islam yang wajib dilaksanakan.

6

III

Faktor Penyumbang Dengan menjadikan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai nota peringatan kepada rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan budaya, tidak keterlaluan jika menganggap Malaysia setakat ini berjaya mengekalkan keharmonian hidup beragama di kalangan rakyatnya. Terdapat beberapa faktor menyumbang kepada keadaan ini antaranya ialah peruntukan perlembangan perkara 11 (3). Perlembangaan Persekutuan menyebutkan bahawa , di bawah tajuk Kebebasan Beragama menjamin tiap-tiap kumpulan agama berhak mengamal, mengurus hal ehwal agama, menubuh, menyelanggara yayasan, dan memperoleh, memilikki harta bagi kepentingan agama mereka. Peruntukan ini ada kaitannya dengan perkara 3 Perlembagaan, iaitu Islam sebagai Agama Negara. Implikasi daripada peruntukan perlembagaan ini ialah penerimaan semua kaum beragama terhadap Islam sebagai agama “rasmi” negara dan yang paling penting lagi ialah keyakinan orang bukan Islam terhadap Islam sebagai agama yang memperjuangka n hak kebebasan beragama orang lain. Memang sewajarnyalah, seperti yang kita bincangkan sebelum ini, jika sekiranya tidak disebut pun dalam perlembangaan, Islam pastinya secara de facto memberikan kebebasan beragama dan mengamalkannya.

Beberapa dasar negara yang digubal sama ada bermatlamatkan integrasi nasional seperti Rukun Negara, Dasar Kebudayaan nasional, Dasar Pendidikan Kebangsaan atau pun dasar-dasar yang bermatlamatkan pemuafakatan dalam membangun ekonomi seperti Dasar Ekonomi Baru dan Wawasan 2020 turut menyumbang kepada kehidupan harmoni di kalangan kaum. Dalam hubungan ini, amalan demokrasi dan sistem kepartian parti-parti politik, walaupun pada umumnya berdasarkan kelompok etnik tertentu tetapi setelah berada di bawah gagasan koalasi Barisan Nasional (14 parti-parti komponen-perluasan daripada konsep Perikatan sebelum ini) ia turut

7

memberi saham budaya saling faham memahami antara satu sama lain. Budaya tolak ansur dalam istilah politiknya disebut quid pro quo yang sejak awal terjalin di kala ngan tiga kaum terbesar: Melayu, Cina dan India merupakan unsur- unsur positif yang terus merangsang semangat setiakawan dan saling hormat menghormati antara kaum.

Peranan badan-badan bukan kerajaan (Ngos), pertubuhan-pertubungan hubungan antara agama (interfaiths), badan dakwah dan sukarela seperti MIRO (Malaysian Interreligious Organization) ditubuhkan pada tahun 1957, dianggap sebagai pelopor utama dalam menimbulkan kesedaran perlunya kesefahaman dan perasaan hormat menghormati di kalangan penganut berlainan agama. Malangnya MIRO tidak aktif lagi apabila Kerajaan Malaysia menubuhkan Lembaga Perpaduan Negara (National Unity Board pada awal 1970an. Kemudian dengan penubuhan Angkatan Belia Islam pada awal 1970an, tumpuan juga mula diberi dalam aktiviti latihan perkheman pemuda daripada berlainan agama (inter-religious youth camps) pada akhir tahun 1970an. Perkembangan selepas 1979 (revolusi Iran dan kebangkitan semula Islam) memperlihatkan keaktifan badan-badan antara-agama tanpa diturutserta oleh pihak Islam. Umpamanya penubuhan Majlis Perundingan Agama-agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh pada bulan Ogos 1983, walau pun mempromosikan kesefahaman dan perasaan hormat menghormati di kalangan penganut berbagai agama, tetapi matlamat utama-nya ialah menjadikan badan itu sebagai forum – jambatan bagi menyatakan hasrat dan kesangsian berkait dengan hal-ehwal kehidupan beragama kaum bukan Islam kepada pihak Kerajaan yang pada waktu itu telah melancarkan dasar penerapan nilai- nilai Islam (Islamisasi). Dala m jangka waktu yang sama kita juga menyaksikan penyatuan lebih 40 buah kelompok-mazhab di kalangan penganut Kristian ke dalam sebuah badan payung, seperti Christian Federation of Malaysia (CFM) pada tahun 1986. Namun pasca 1990an beberapa pertubuhan antara-agama telah memperlihatkan kesungguhan mereka bagi mempertingkat kesedaran rakyat

8

tentang perlunya kerukunan hidup beragama. Antaranya selain yang disebutkan di atas ialah INSAF (Interfaith Spiritual Dialogue), FIRE (Fostering Interreligious Encounters), JUST ( International Movement for a Just World) dan terbaru (tahun 2000)

MIN (Malaysian Interfaith Network ) dan

AKK (Akademi Kajian

Ketamadunan) .

IV

Prospek dan Cabaran Pengalaman sejarah yang dilalui negara Malaysia dalam konteks sebuah ba ngsa dalam lingkungan Alam Melayu yang diwarnai dengan kekayaan pengalaman berinteraksi dengan tamadun-tamadun besar dunia: Hindu, Buddha, Islam dan Kristian Barat , sejak zaman silam hingga sekarang telah menjadikan bangsa Malaysia cukup mahir dengan suasana kehidupan masyarakat pelbagai agama. Demikian pula dalam sejarah Malaysia moden, sejak awal lagi dalam usaha mahu mencapai kemerdekaan semangat pemuafakan kaum terbesar: antara Melaytu, Cina dan India dalam arena politik berdasarkan sikap tolak-ansur telah juga meletakkan asas kukuh dalam semangat hormat menghormati antara satu sama lain. Justeru, beberapa peruntunkan perlembgaan yang pada zahirnya memperlihatkan kepentingan satu kaum sahaja seperti Islam sebagai agama Persekutuan, Kedudukan Raja-Raja Melayu , Hak istemewa Orang Melayu (Bumiputra) tidak dipersoalkan lagi. Demikian juga dengan pengenalan dan perlaksanaan beberapa dasar negara seperti Rukunegara, dasar Bahasa Kebangsaan , dasar Ekonomi Baru seperti yang telah dibincang di atas, semuanya mendorong kepada suasana yang memantapkan lagi keharmonian hidup beragama di kalangan kaum.

9

Namun begitu , sikap optimis kita tidak seharusnya menutup minda kita untuk melihat halangan dan cabaran yang sedang kita hadapi. Kita akan bincangkan satu persatu. Cabaran pertama terbesar ialah kita sedang berhadapan dengan kesenggangan generasi (generation gap). Kalau kita berpandukan teori Ibnu Khaldun satu genarasi bersamaan 40 tahun umur alami, ini bermakna kita sudah melahirkan generasi kedua sesudah generasi pertama negara mencapai kemerdekaan. Seperti yang ditelah Ibnu Khaldun semangat juang dan semangat kekitaan (‘asabiah) telah mulai luntur pada generasi kedua, dan keadaanya semakin longgar dan mulai pupus apabila sampai ke generasi ketiga. Menurut Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia Tahun 2000 (Taburan Penduduk - Jab. Perangkaan Malaysia: hal 86) lebih kurang 65% daripada jumlah penduduk 23,274,690 adalah kelahiran selepas merdeka. Gejala ini sudah dapat dikesan di kalangan generasi muda, umpamanya tidak ramai yang sedar dan ingin tahu apatah lagi menjiwai semangat perjuangan datuk nenek mereka dalam membangun negara dan bangsa. Bukan sesuatu yang di luar dugaan apabila perkaraperkara yang telah disepakati antara kaum sudah mula dipersoalkan disebabkan sikap hormat menghormati serta percaya mempercayai sudah mulai luntur.

Kedua, sehubungan dengan perkara ini faktor lain selain daripada fenomena kesenggangan generasi ialah faktor perubahan nilai, gaya hidup dan impak sistem komunikasi dan informasi. Kacanggihan media komunikasi yang dinikmati, walau pun banyak membawa faedah, namun ia juga banyak mendatangkan aspek-aspek negatif: umpamanya kehidupan menjadi sangat individualistik, lunturnya rasa kepeduliaan sosial, mudah terperangkap dalam gaya hidup hedonistik dan berbagai lagi yang pada akhirnya memperkukuh (reinforced) kelunturan idealisme dan semangat juang. Keadaan ini akan memperkukuh lagi sikap agnostik (tak acuh) terhadap kepentingan agama di kalangan rakyat.

Ketiga, dalam sesebuah masyarakat majmuk (pularal society) seperti yang pernah diperjelas J.S. Furnival, ia ditakrif sebagai satu kelompok manusia terdiri daripada berbagai etnik yang berinteraksi (inter-mingled) tetapi tidak bercampur-gaul (mixed),

10

memang semestinyalah mengekalkan ident ity masing- masing khususnya dalam kehidupan beragama dan berbudaya. Apabila berlaku kecenderungan satu-satu etnik menzahirkan dan memurnikan (asserting and affirming) kehidupan beragamanya, ini akan mempengaruhi kaum lain berbuat perkara yang sama. Keadaan seperti ini akan menimbulkan

sikap

persaingan

yang

membentuk

pendekatan

eksklusivistik

keterlaluan dan boleh membawa kepada salah faham dan ketegangan. Suasana demikian dapat dirasakan pada tahun-tahun 1980an sebagai reaksi kaum bukan Islam terhadap dasar Islamisasi Kerajaan dan juga kebangkitan pemurniaan Islam (Susan E. Ackerman, Raymond LEE, 1990). Sikap eksklusivistik keterlaluan dalam beragama pada hemat kami masih dominan khususnya di kalangan orang Islam di negara ini. Sikap ini jika tidak diperbetulkan ia akan membawa kepada penafian hak beragama orang lain dan tidak mahu berurusan dengan orang yang bukan se agama.

Keempat sebagai reaksi kepada sikap

eksklusivistik keterlaluan sesetengah

kelompok akan ada pula sikap inklusivistik keterlaluan yang mahu menyamakan semua agama sama. Kebiasaannya sikap sebegini dizahirkan atas nama toleransi beragama. Gejala ini sudah memberi ruang kepada bertapaknya faham pluaralisme agama (pemikiran dari Kristian Barat) yang sedang rancak dipolemikan di kalangan akademia kajian agama-agama. Pokok pemikiran utamanya terletak pada Kesatuan Transenden Agama-agama (Transcendent Unity of Religions) yang menganggap Kebenaran Mutlak tentang Tuhan bukan milik satu-satu agama, sebaliknya milik semua agama. Justeru semua agama berada atas dataran (plane) yang sama- semuanya benar. (Alwi Sihab: 1999). Kini gerakan pemikiran ini sangat aktif di Indonesia dan salah satunya ialah Jaringan Islam Liberal (JIL). Bebebrapa buah buku diterbitkan bagi tujuan meyakinkan hujah- hujah mereka, antaranya Fiqih Lintas Agama (2002) dan Syariat Islam: Pandangan Muslim Liberal (2003). Isu pluralisme agama, menerut perspektif Barat ini harus ditangai segera secara ilmiah kerana ia boleh mengeliru, merosak dan melunturkan akidah umat beragama.

Kelima, secara jujur pada hemat kami hakikat sebenar keharmonian hidup beragama di kalangan kaum di negara ini tidak tulin kerana ia tidak berasaskan kepada ilmu dan

11

keyakinan (knowledge and conviction). Ia hanya berupa selaput nipis yang bersahaja dan bersifat kosmetik Memang tidak kita nafikan amalan kunjung mengunjung di waktu-waktu perayaan, rumah terbuka seperti Deepavali, Kong Xi Fa Choy, Hari Raya Eidulfitri, Krismas dan sebagainya, akan dapat memupuk dan mengeratkan lagi hubungan kaum berlainan aga ma. Tetapi fenomenan ini hanya berlaku di kalangan penghuni Bandar. Sebahagian besar masyarakat baik Melayu, Cina, India termasuk juga Bumiputra di Sabah dan Sarawak misalnya mungkin tidak banyak terlibat. Keadaan sedemikian pastinya tidak akan dapat berta han

dan

yang

lebih

membimbangakan lagi ia tidak memberi kesan mendalam di sanubari rakyat.

Keenam, gejala polarisasi kaum semakin ketara di akhir-akhir ini . Seperti yang kita sama-sama maklumi antara punca menyebabkan keadaan berlaku ialah sistem pendidikan yang diamalkan sekarang, tidak dinafikan juga sistem politik kepartian yang berlandaskan ras/kaum. Tetapi pada hemat kami faktur pencetus kepada keadaan ini berpunca kepada kebangkitan kesedaran agama yang bersifat eksklusif. Dalam konteks Islam, pendekatan dakwah yang berjalan dua setengah dekad yang sehingga sekarang tidak mengambil kira suasana (setting) yang ada di Malaysia. Keadaan begini semakin menebal jika tiada usaha menanganinya diambil.

V

Cadangan dan Penutup Keprihatinan kita mengenai kehidupan beragama di kalangan kaum berbilang agama (pluralisme agama) amatlah berasas kerana

keadaannya amat menentukan masa

hadapan negara. Kejahilan merupakan punca untama kepada persengketaan dan pergaduhan. Sejarah telah banyak membuktikan

punca pertumpahan darah

berdasarkan perbezaan agama dan anutan kepercayaan merupakan seburuk-buruk musibah. Kejahilan satu-satu kaum/kelompok terhadap amalan serta fahaman kelompok yang bukan sefahaman atau seagama dengannya akan mudah tercetusnya salah faham dan buruk sangka . Apabila keadaan ini wujud masing- masing akan

12

membina “tembok”nya sendiri sehingga tidak memungkinkan adanya interaksi apatah lagi kesediaan untuk berbincang atau berdialog.

Sehubungan dengan ini apa yang kita inginkan ialah biarlah setiap kelompok agama memahami ajaran agamanya dan beramal dengannya, dan dalam waktu yang sama mestilah ada ruang untuk berinteraksi dalam hal- hal keagamaan yang bukan bersifat doktrinal, hal- hal yang tidak bercanggah dengan prinsip ajaran agama supaya wujud suasana keharmonian, saling hormat menghormati yang tulin. Keadaan begini hanya akan dapat dinikmati setelah setiap kelompok beragama tersebut memilikki pengetahuan yang cukup tentang agama yang dianutinya dan juga pengetahuan asas tentang agama temannya. Justeru tidak tidak timbul sebarang usaha yang mahu menyamaratakan semua agama. Apa yang penting ialah sikap keterbukaan dan bersikap saling hormat menghormati dalam kehidupan beragama.

Apa yang dikhuatirkan ialah sebenarnya negara kita Malaysia belum la gi teruji atau diuji sejauh mana ketahanan toleransi beragama di kalangan rakyatnya. Kita akan dapat menyaksikannya apabila berlakunya kekacauan politik atau pun ekonomi, yang pada

kebiasaannya

akan

menimbulkan

keresahan

di

kalangan

satu-satu

kelompok/kaum, kerana potensi ke arah konflik itu sentiasa ada pada masyarakat majmuk seperti Malaysia ini. Sebenarnya apa yang kita hasratkan ialah kesefahaman dalam bentuk muhibbah (mutual consensus) di kalangan semua penganut berlainan agama bukan setakat toleran, sebab toleran sahaja masih belum menjamin keadaan hubungan yang tulin.

Bagi tujuan mencapai hasrat di atas, dan sesuai dengan sikap proaktif, kita kemukakan beberapa syor seperti berikut:

1 Bagi mengatasi kejahilan rakyat tentang fahaman serta anutan agama rakan, perlulah diperkenalkan matapelajaran/disiplin kajian Agama-agama di Malaysia. Sebaiknya diperkenalkan di peringkat sekolah menengah lagi sehinggalah ke peringkat kolej dan universiti.

13

2 Menerusi badan-badan serta agensi Kerajaan yang sedia ada akktiviti/program dialog atau wacana antar-agama (interreligious - interfaith) hendaklah dipertingkatkan. Di sini Jabatan Perpaduan Negara boleh memainkan peranan lebih berkesan.

3 Peruntukan harus diberi kepada badan-badan-badan sukarela (Ngos) yang terlibat secara aktif dalam projek/program interfaith dan dialog ketamadunan sebagi insentif, kerana kebanyakan badan ini menghadapi kekurangan sumber/dana. Dan tidak secara langsung menggalakan lebih ramai yang terlibat dalam aktiviti begini.

4

Sebuah badan /Jabatan yang menjalankan penyelidikan mengenai hubungan etnik (ethnic relations) amatlah perlu diwujudkan bagi memantau serta mengukur tahap keharmonian etnik dan kehidupan beragama supaya perancangan dan tindakan menjadi terfokus.

5. Bagi mempastikan generasi seterusnya menjiwai semangat perpaduan dan kehidupan keharmonian beragama pendidikan tak formal

menerusi media

elektronik dan cetak hendaklah memperbanyak program, aktiviti ke arah pemupukan semangat saling menghargai nilai- nilai agama-budaya orang lain.

6. Membina kekuatan intelektual terutama sekali di kalangan cendekiawan Muslim dalam bidang Kajian

Agama-agama (dahulunya Perbandingan Agama) dan

Ketamadunan bagi menjamin generasi berilmu di samping memberi keyakinan kepada intelek yang berada dalam berla inan tradisi agama bukan Islam. Ini dirasakan perlu kerana secara relatif persediaan para intelektual Islam dalam bidang masih di tahap permulaan.

14

Penutup

Daripada perbincangan ringkas mengenai Keharmonian kehidupan beragama di kalangan masyarakat ma jmuk di atas kesimpulan yang dapat kita ambil ialah peranan Islam sebagai unsur terpenting yang membentuk world -view umat Melayu yang mempunyai kekuatan ruhani dan intelek . Dengan kekuatan itu ia membolehkan umat ini mempunyai kemahiran berkomunikasi , berinteraksi dengan sesiapa sahaja walaupun dengan orang asing. Budaya dan psyche orang Melayu yang berlandaskan Islam telah membentuk ciriciri kelembutan, mudah bersahabat, empatik dan toleran. Semua ini merupakan khazanah besar yang sedia ada dan yang perlu dipelihara, dipupuk dan disuburkan.

Kita juga menyaksikan dalam perkembngan sejarah moden Malaysia, kesinambungan ciri-ciri di atas masih dapat dikekalkan walaupun menghadapi berbagai rintangan. Dalam konteks ini kita merasakan usaha-usaha lebih gigih perlu dilaksanakan memandangkan cabaran mendatang semakin hebat dan sukar. Justeru kita mengambil langkah proaktif dengan menaruh harapan semua pihak terlibat: pemaduan di antara kesediaan pihak berkuasa (political will) dengan kesediaan rakyat bagi merealisasikan hasrat murni ini.

Dalam konteks masyarakat Malaysia, terutama sekali apabila melibatkan soal kehidupan beragama- dalam hal ini mahu memastikan kerukunan hidup beragama di kalangan kaum berlainan anutan agama, orang Melayu (Islam)lah yang harus mendahului usaha-usaha ini. Apa yang berlaku sekarang, pada hemat penulis, usaha - usaha tersebut kurang mendapat tempat di kalangan (hati) orang Melayu. Penglibatan mereka dalam organisasi, program atau aktiviti dialog antara agama, antara kepercayaan atau dialog ketamadunan (interreligious, interfaith, civilizational dialogues) masih terlalu kurang berbanding dengan kaum lain bukan Islam di negara ini. Harapan penulis ialah sesudah Seminar ini harus akan ada kesedaran yang menyeluruh di kalangan orang Melayu (Islam) bagi menjayakan usaha murni ini.

*** ** ***

15

Rujukan Ata’ullah Siddiqui ed. 1998, Ismail Raji al-Faruqi: Islam and Other Faiths, The Islamic Foundation United Kingdom. Abm. Mahbubul Islam ,1422/2002, Freedom of Religion in Shari ‘ah: A Comparative Analysis, A.S. Noordeen, Kuala Lumpur. Alwi Sihab, 1999, Islam Inklusif: Menuju Sikap Terbuka Dalam Beragama, Penerbit Mizan, Bandung Indonesia. Ackerman and Lee , 1990, Heaven in Transition: Non-Muslim Religious Innovation and Ethnic Identity in Malayisa, Forum, Kuala Lumpur. Hassan Ahmad , 2003, Metafora Melayu: Bagaimana Melayu Mencipta Makna dan Membentuk Epistemologinya, Monograf 1, Akademi Kajian Ketamadunan Sungai Ramal Dalam, Kajang Selangor. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, 1990, Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu, ABIM, Kuala Lumpur. Toto Suharto, 2002 , Epistemologi Sejarah Kritis Ibnu Khaldun, Fajar Pustaka Baru Yogyakarta, Indonesia. Zainal Amal Mat Zin, 2002, ‘Pemikiran Syeikh Nuruddin Al-Raniri: Kajian Berdasarkan Kitab Tibyan Fi Ma‘rifat al-Adyan’, Tesis Sarjana Kesusasteraan (tanpa terbit), UKM, Bangi Selangor.

*** ** *** Akademi Kajian Ketamadunan Kompleks Dar al- Hikmah Sg. Ramal Dalam, Kajang Selangor 06 Disember 2004

16

Related Documents

Mpw
May 2020 2
Assigment For Mpw
April 2020 0
Assigment For Mpw
April 2020 1
Mpw 1143 Lesson 1
May 2020 3