MOTIVASI KEJAYAAN AKHIAR PARDI
[email protected]
SATU GENERALISASI
KEJAYAAN IALAH APABILA SEORANG PELAJAR MEMPEROLEHI BILANGAN “A” YANG BANYAK DALAM PEPERIKSAAN AWAM ATAU TERSENARAI SEBAGAI PELAJAR “SENARAI DEKAN”.
APA ITU KEJAYAAN?
KEJAYAAN IALAH PENCAPAIAN MATLAMAT JANGKA PENDEK JANGKA PERTENGAHAN JANGKA PANJANG
HIRARKI KEPERLUAN ABRAHAM MASLOW
ًَربّنَآ آتِنَا فِى ٱلدّ ْنيَا حَسَنَة ِسنَةً َوقِنَا عَذَابَ ٱلنّار َ َوَفِى ٱلخِرَةِ ح
RABBANA AATINA FID DUNYA HASANAH WAFIL AKHIRATI HASANAH WAQINA ‘AZABAN NAAR
CERITA 1
CT TELAH MENCAPAI KEJAYAAN 5A DALAM PEPERIKSAAN PMR TAHUN 1999 DI SEBUAH SEKOLAH AGAMA BERASRAMA DI SARAWAK. GURU SEKOLAH MEMASUKKAN BELIAU KE KELAS SAINS TULEN SEDANGKAN BELIAU SANGAT TIDAK BERMINAT DENGAN MATA PELAJARAN KIMIA DAN FIZIK. BELIAU MINTA DITUKARKAN KE KELAS TANPA FIZIK DAN KIMIA. MALANGNYA PERMINTAAN SEORANG MURID TELAH TIDAK DILAYAN WALAUPUN IBU BAPA CT CUBA BERUNDING DENGAN PIHAK SEKOLAH. PADA AKHIR TINGKATAN 4 BARULAH CT DIBENARKAN TUKAR KELAS SETELAH PENCAPAIAN BELIAU DALAM MATA PELAJARAN FIZIK DAN KIMIA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TIDAK MENAMPAKKAN APA-APA PERKEMBANGAN.
APAKAH PANDANGAN ANDA DENGAN KEPUTUSAN PIHAK SEKOLAH?
CT SUDAH KETINGGALAN BANYAK PERKARA DALAM MATA PELAJARAN YANG SANGAT DIMINATI TETAPI TIDAK DITAWARKAN KEPADA PELAJAR SAIN TULEN. DALAM KEADAAN “DESPERATE” CT MENERUSKAN PELAJARAN DALAM KELAS SAINS TULEN. KEPUTUSAN SPM MEMANG MENGECEWAKAN PIHAK SEKOLAH, IBU BAPA DAN CT SENDIRI – KIMIA DAN FIZIK F9. BAPA CT MENJELASKAN BAHAWA KEJAYAAN BUKAN DIUKUR SEMATA-MATA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK YANG CEMERLANG. CT DITAWARKAN MELANJUTKAN PELAJARAN DI SEBUAH IPTA TERBESAR DI MALAYSIA DALAM JURUSAN YANG SANGAT DIMINATI IAITU BIDANG TEKNOLOGI PERTANIAN. CT MEMPEROLEHI PENCAPAIAN YANG BAIK DAN DITAWARKAN MELANJUTKAN PENGAJIAN KE PERINGKAT SARJANA MUDA KE SEMENANJUNG. PENCAPAIAN CT MEMANG MEMUASKAN SEHINGGA DITAWARKAN PEKERJAAN SEBELUM CT TAMAT PENGAJIAN. CT SETERUSNYA BEKERJA SEBELUM SAMBUTAN KONVOKESYEN LAGI. SETERUSNYA CT DITAWARKAN JAWATAN SEBAGAI SEORANG RESEARCHER DALAM BIDANG YANG DIMINATINYA. ANDA TAHU APAKAH KELAYAKAN UNTUK MENJADI RESEARCHER?
CERITA 2
K SEORANG PELAJAR SEDERHANA DI SEKOLAH RENDAH. KEPUTUSAN 3A UPSR MEMBOLEHKAN BELIAU DITAWARKAN KE SEKOLAH AGAMA. K TINGGAL DI ASRAMA SEKOLAH. KEPUTUSAN PMR K JUGA SEDERHANA IAITU 4A SAHAJA. K MASUK KE KELAS SAIN TETAPI MENDAFTAR MATA PELAJARAN EKONOMI ASAS. K BELAJAR EKONOMI ASAS SENDIRI TANPA BANTUAN SESIAPA. DALAM PEPERIKSAAN SPM 1999 K BERJAYA MEMPEROLEHI 6A DENGAN SALAH SATUNYA IALAH EKONOMI ASAS. K DITAWARKAN KE MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. SETAHUN KEMUDIAN K MELANJUTKAN PELAJARAN PERINGKAT IJAZAH DI UiTM. K BERJAYA MEMPEROLEHI KELAS PERTAMA. K DITAWARKAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE PERINGKAT LEBIH TINGGI TETAPI MENOLAK TAWARAN TERSEBUT ATAS ALASAN PENAT BELAJAR.
TIDAK SAMPAI SEBULAN TAMAT PENGAJIAN DI UiTM, K DITAWARKAN JAWATAN DI SEBUAH SYARIKAT SESUAI DENGAN MINATNYA DALAM BIDANG PERAKAUNAN. K MASIH BELUM BERKONVO WAKTU ITU. DUA TAHUN KEMUDIAN K DINAIKKAN PANGKAT KE JAWATAN SENIOR EXEC. DI MANAKAH SEBENARNYA TITIK KEJAYAAN K?
CERITA 3
S DAN S ADALAH SAUDARA KEMBAR. KEDUA-DUANYA DITAWARKAN MATRIKULASI DI UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA. SAUDARA KEMBAR INI, MESKIPUN MEMPEROLEHI KEJAYAAN CEMERLANG DALAM SPM YANG DIDUDUKI TETAPI MERASA KECEWA DIMASUKKAN KE MATRIKULASI UPM. MEREKA BERDUA BERCITA-CITA MENJADI DOKTOR TETAPI TAWARAN YANG ADA DI UPM WAKTU ITU HANYA DOKTOR VETERINAR. S DAN S MENJADI PELAJAR YANG KIAN MEROSOT PENCAPAIAN MEREKA KERANA DIPAKSAKAN UNTUK TERUS BELAJAR DI UPM OLEH KEDUA IBU BAPA MEREKA. SUATU HARI SAYA BERJUMAPA DENGAN SALAH SEORANG SAUDARA KEMBAR INI. SAYA BERBINCANG DENGANNYA TENTANG APAKAH ERTI SEBUAH KEJAYAAN…….. S MERASAKAN BERSEMANGAT SEMULA DAN MULA BELAJAR DENGAN BAIK. S TELAH MENUKAR TREK CITA-CITANYA. S BERJAYA MEMPENGARUHI KEMBARNYA. KEDUA-DUA MEREKA BERJAYA DALAM MATRIKULASI DAN AKHIRNYA MELANJUTKAN PELAJARAN KE PERINGKAT IJAZAH. KEDUA SAUDARA KEMBAR INI BERJAYA DENGAN CEMERLANG DALAM AKADEMIKNYA. APAKAH KAITAN KEJAYAAN DENGAN CITA-CITA?
CERITA 4
M SEORANG PELAJAR DI IPTA DALAM NEGARA. APABILA DITANYA ADAKAH M BENAR-BENAR MEMANG MAHUKAN BIDANG YANG DITAWARKAN? M HANYA MENJAWAB…. “ASALKAN DAPAT MASUK UNIVERSITI SUDAH DIKIRA BAGUS”. SETELAH BERGRADUAT, M MENGANGGUR SELAMA 3 TAHUN. AKHIRNYA M MENYERTAI KPLI DI MAKTAB PERGURUAN UNTUK MENJADI SEORANG GURU. DI MANAKAH KEJAYAAN M YANG SEBENARNYA? MENGAPA TERJADI SEDEMIKIAN?
CERITA 5
J IALAH SEORANG PENGURUS LADANG SETELAH BERGRADUAT DARIPADA UNIVERSITI DALAM BIDANG TEKNOLOGI PERTANIAN. SEBAGAI PENGURUS LADANG HIDUP J MEMANG LUMAYAN DENGAN RUMAH, KENDERAAN SERTA PELBAGAI KEMUDAHAN DIBERIKAN SELAIN BONUS TIDAK KURANG DARIPADA 4 BULAN GAJI. GAJI J PADA WAKTU ITU IALAH RM4500.00 SEBULAN PADA TAHUN 2000. SEBAGAI SEORANG YANG MASIH BELUM BERISTERI, PENDAPATAN J MEMANG MEMUASKAN. J TIDAK PERLU MEMBELI KERETA ATAU MENYEWA BANGLO. SAYA TEMUI J KETIKA BELIAU MENDAFTARKAN DIRI SEBAGAI PELATIH KPLI. KETIKA DITANYA MENGAPA MEMILIH SATU JAWATAN YANG TIDAK MUNGKIN SETARAF DENGAN JAWATANNYA SEBAGAI PENGURUS, J HANYA MENJAWAB…. “KEJAYAAN ITU BUKAN SEMATA-MATA DALAM BENTUK WANG. KEPUASAN KERJA DAN KETENTERAMAN JIWA ADALAH PILIHAN SAYA”. SEJAUH MANA ANDA BERSETUJU ATAU TIDAK BERSETUJU DENGAN J? BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN SAYA TEMUI J SEMULA. J MENGUCAPKAN TERIMA KASIH DAN MERASA SANGAT BERSYUKUR DENGAN JAWATAN YANG DISANDANG IAITU SEORANG GURU DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH. KINI J SUDAH PUN BERUMAHTANGGA.
CERITA 6
MJ MELETAKKAN JAWATANNYA SEBAGAI SEORANG JURUTERA DI SEBUAH SYARIKAT TELEKOMUNIKASI. BELIAU BERALIH MENJADI SEORANG AGEN INSURAN. SAYA TEMUI BELIAU DI BANGUNAN HASIL DALAM NEGERI DI SELANGOR SEDANG MEMPROMOSIKAN INSURAN. DALAM PERBUALAN BERSAMANYA, MJ BERKONGSI TENTANG ERTI KEJAYAAN. BELIAU BUKANLAH PELAJAR CEMERLANG DI SEKOLAH MAHUPUN UNIVERSITI. KEPUTUSAN SPM DAN DIPLOMA YANG DIPEROLEHI SEBELUM IJAZAH PERTAMA BUKANLAH BAIK SANGAT. SEKADAR LAYAK UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN. MENURUT MJ BELIAU MEMILIH UNTUK MENJADI BOS SENDIRI DAN BUKAN BEKERJA DI BAWAH ORANG LAIN. SAKIT, LETIH DAN JARANG DI RUMAH, KATANYA. SUDAH 7 TAHUN J BERKAHWIN TETAPI JARANG BALIK KE RUMAH ATAS URUSAN TUGAS. MEREKA BERCERAI AKHIRNYA. SEBAGAI BOS SENDIRI SAYA RASA LEBIH TENTERAM DAN BEBAS. PERNIAGAAN INSURAN TIDAK MENDESAK SAYA UNTUK BEKERJA SEPERTI SEORANG JURUTERA SYARIKAT. KINI J SUDAH BERKAHWIN LAIN DAN DIKURNIAKAN 3 CAHAYA MATA. SAYA BERTANYA KEPADA RAKAN MJ YANG SAMA-SAMA MEMPROMOSIKAN INSURAN TAKAFUL – ADAKAH ANDA JUGA SUDAH BERHENTI KERJA? IA HANYA MENJAWAB…. INSURAN IALAH KERJA PART TIME SAYA. APAKAH ANDA TIDAK BERJAYA DALAM KERJAYA ANDA HINGGA PERLU BUAT PART-TIME? SOALAN INI
CERITA 7
KR BELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN DAN BELAJAR DALAM KELAS KETIGA TERBAIK SEMASA DI TINGKATAN SATU. SAYA SEMPAT MENGENALI BELIAU KETIKA MENGUNJUNGI SEKOLAH BELIAU UNTUK MEMBERIKAN CERAMAH MOTIVASI. ADAKAH ANDA MAHUKAN KEJAYAAN AKADEMIK YANG BOLEH DIBANGGAKAN WALAU ANDA BUKAN DALAM KELAS TERBAIK? BEGITULAH SOALAN YANG SAYA KEMUKAKAN. DON’T RUSH BUT A STEADY IMPROVEMENT – ANTARA NASIHAT SAYA KEPADANYA. KAEDAH PSYCHOLOGY OF WINNING SAYA KONGSIKAN DENGAN BELIAU. BELIAU BERJAYA MASUK KE KELAS TERBAIK APABILA NAIK KE TINGKATAN DUA. NAMUN BEGITU MASIH BELUM MENJADI PELAJAR TERBAIK. DISEBABKAN BELIAU TINGGAL BERHAMPIRAN RUMAH SAYA, SAYA SERING MEMBERIKAN SOKONGAN DAN AKHIRNYA MEMPEROLEHI 7 A PMR DAN DIPILIH SEBAGAI MURID TERBAIK AKADEMIK PADA TAHUN 2001 DI SEKOLAHNYA. BELIAU MELANJUTKAN PELAJARAN KE SEKOLAH MENENGAH SAINS. BELIAU SETERUSNYA MEMPEROLEHI 9A DALAM SPM PADA TAHUN 2003 DAN DIANUGERAHKAN SIJIL KECEMERLANGAN AKADEMIK. ADAKAH SIJIL KECEMERLANGAN ITU TANDA SUATU KEJAYAAN? ADAKAH IA SATU KEJAYAAN MUTLAK?
KR MASUK MATRIKULASI UNTUK SELAMA 2 TAHUN SEBAB TIADA ASAS BAHASA ARAB. SETERUSNYA KE PERINGKAT IJAZAH KEJURUTERAAN PEMBUATAN. PADA TAHUN KETIGA… BELIAU BERJUMPA DENGAN SAYA DAN MEMBERITAHU…. TERLALU PENAT BELAJAR. LAMA SANGAT. BUANG MASA HANYA DISEBABKAN BAHASA ARAB DAN TIDAK DAPAT MENGAMBIL KURSUS TERTENTU KERANA TIDAK DITAWARKAN PADA SEMESTER ITU SEDANGKAN BELIAU MASIH MAMPU UNTUK MENGAMBIL LEBIH KURSUS PADA SETIAP SEMESTER. KR TERPAKSA BELAJAR DALAM SEMESTER PENDEK TANPA ADA CUTI BELAJAR ANTARA SEMESTER. MASIH LAGI ADA KURSUS YANG TIDAK DITAWARKAN SEMASA SEMESTER PENDEK.
KEPUTUSAN KR SEMAKIN MEROSOT LANTARAN BOSAN MENUNGGU UNTUK TAMAT PENGAJIAN. SAYA MEMINTA BELIAU UNTUK TIDAK MENJADI “SUPERMAN” SEBALIKNYA MENJADI MANUSIA NORMAL. KEJAYAAN ITU BUKAN DALAM BENTUK AKTIVITI“SUPERMAN” YANG KELIHATAN HEBAT. HIDUP INI ADA NAIK TURUNNYA. SAYA KONGSIKAN ANALISIS SWOT DAN BIORTHYM DENGANNYA. KINI (2009) BELIAU BERADA DALAM TAHUN AKHIR PENGAJIAN DAN MASIH MAMPU BERTAHAN DENGAN CGPA 2.9 SETELAH JATUH KE 2.75 PADA TAHUN 2008 SEDANGKAN PADA TAHUN PERTAMA BELIAU MEMPEROLEHI CGPA ATAS 3.0. SEBAGAI PELAJAR YANG PERNAH CEMERLANG SAYA YAKIN BELIAU BOLEH MENCAPAI 3.0 ITU SEKIRANYA MENGAMALKAN APA YANG TELAH DIKONGSIKAN.
KINI KR BERGIAT AKTIF MEMBERI PENJELASAN KEPADA PELAJAR JUNIOR AGAR TIDAK MELALUI JALAN YANG PERNAH DILALUINYA DENGAN MENGATUR KURSUS YANG AKAN DIAMBIL. APAKAH PIHAK AKADEMIK UNIVERSITI BERKENAAN TIDAK MEMBIMBING PELAJAR SEPERTI SEHARUSNYA? SAYA TIDAK PASTI NAMUN SEBAGAI PELAJAR…. KITA PERLU SENTIASA MENCARI PELUANG TANPA MENUNGGU EMAS TURUN DARI LANGIT.
CERITA ….
BERPANDUKAN SEBAHAGIAN DARIPADA KEJAYAAN MANUSIA YANG DIKONGSIKAN, APAKAH DEFINISI OPERASIONAL KEJAYAAN BAGI ANDA? KEPADA IBU BAPA PELAJAR, PASTIKAN KEJAYAAN ANDA BUKAN SAMA ATAU SERUPA DENGAN KEJAYAAN ANAK-ANAK. BEGITU JUGA KEJAYAAN BAGI SEORANG GURU BUKAN SAMA ATAU SERUPA DENGAN KEJAYAAN PELAJAR-PELAJARNYA. OLEH ITU BERIKAN ERTI KEJAYAAN YANG LEBIH LUAS DARI SEKADAR PENCAPAIAN SEBANYAK “A” YANG MUNGKIN DALAM PELAJARAN. PEPERIKSAAN AWAM BUKAN SATU-SATUNYA KAYU UKUR KEJAYAAN.
BANYAK LAGI CERITA-CERITA TENTANG KEJAYAAN YANG BOLEH DIDAPATI DI SEKELILING HIDUP KITA. PERHATIKAN DAN RENUNGKAN DAN JANGAN JADIKAN ANAK BERKATA…. IJAZAH INI UNTUK BAPA YANG MEMAKSAKAN SAYA MENGAMBIL BIDANG YANG TIDAK SAYA MINATI. DAN SAYA AKAN MENGAMBIL BIDANG LAIN SEMULA SECARA SENDIRI.
SAYA PERNAH BERJUMPA DENGAN SEORANG INSPEKTOR POLIS YANG BERKATA… “KETIKA MEMAKAI UNIFORM SAYA BUKAN SAYA TETAPI BAPA SAYA. SAYA AKAN BERHENTI DARIPADA MENJADI POLIS DAN AKAN MENERUSKAN HIDUP DENGAN RANCANGAN ASAL SAYA UNTUK MENJADI PENSYARAH DI UNIVERSITI.