Ghazwah Badar Al-Kubra (Perang Badar) 1. Berlaku pada hari ke 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah 2. Sebab Perang Badar ialah Rasulullah s.a.w. telah memberi mandat kepada para sahabatnya agar menghalang kafilah Quraisy yang kembali dan Syam ke Mekah. Ia tidak bermaksud untuk berperang 3. Tetapi rombongan yang diketuai oleh Abu Sufian telah berjaya melepaskan diri dan meminta bantuan kepada orang Quraisy supaya melindungi rombongan itu, lalu keluarlah tentera Quraisy seramai 1000 orang -100 orang memakai baju besi, 100 penunggang kuda, 100 ekor unta, 700 penunggang unta dan bersama mereka beberapa penyanyi sambil memukul gendang atau rebana menghina orang Islam. 4. Di pihak orang Islam pula bilangan mereka 313 atau 314 orang lelaki. Kebanyakan mereka adalah dan golongan Ansar dan bersama mereka 70 5. unta dan 2 atau 3 orang penunggang kuda sahaja. 6. Sebelum berlakunya peperangan, Rasulullah saw. mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat. Mereka bertukar-tukar pendapat tentang pertempuran yang bakal ditempohi. 7. Pada ketika ini ada di kalangan orang Islam yang masih ragu-ragu, tidak mahu berhadapan dengan tentera musuh. Mereka tidak mahu berperang sedangkan keadaan sudah mendesak. 8. Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a, telah memberikan pendapatnya, diikuti oleh Saidina Umar r.a. Kedua-duanya bersetuju dengan pandangan Rasulullah saw. 9. Seterusnya diikuti oleh Al-Miqdad bin Amru lalu berkata, Wahai Rasulullah! Buatlah seperti mana yang disuruh oleh Allah dan kami menyertaimu . Demi Allah kami tidak berkata sepertimana kata Bani Israil kepada Musa a.s :“ Pergilah engkau (Musa as.) dengan Tuhanmu, kami hanya duduk sahaja di sini.” Tetapi kami berkata “Pergilah engkau bersama Tuhanmu, berperang dan kami akan turut sama berperang.” Demi Tuhan yang telah mengutus engkau dengan kebenaran, jika engkau hendak pergi bersama kami ke mana-mana tempat sekalipun, nescaya kami akan menyertai engkau Ya Rasulullah!” 10. Kemudian Sa’ad bin Mu’az wakil daripada Ansar pula bangun dan memberi pendapat katanya, Kami sudah beriman dengan engkau ya Rasulullah, kami mempercayaimu, kami naik saksi bahawa apa yang engkau bawa adalah benar. Kami sudah berjanji akan mendengar dan taat kepadamu. Demi Tuhan yang telah mengutus engkau dengan kebenaran, kalau engkau minta kami mengharungi lautan sekalipun, kami akan harunginya bersama engkau. Tiada seorang pun daripada kami yang akan berundur. Kami tidak benci dengan kehadiran musuh esok hari. Kami sabar dalam menghadapi perang, benar ketika bertemu. Lakukanlah tugasmu bersama kami dengan berkat Allah.” Tentera Islam telah berjaya dalam peperangan ni walaupun bilangan tentera Quraisy jauh Iebih ramaL Pengajaran 1. Jumlah yang ramai bukanlah penentu kepada kekuatan sesuatu perkara tetapi yang penting ialah strategi dan keazaman yang tinggi, serta bergantung harap kepada Allah s.w.t. Dalam peristiwa Badar 313 orang tentera Islam berjaya mengalahkan 1000 orang tentera musuh. 2. Sikap gentar adalah sikap negatif yang tidak patut ada pada diii seorang muslim. Allah s.w.t telah menceritakan bagaimana ada dalam kalangan sahabat yang takut menghadapi peperangan, sedangkan medan perang itu belum ditempuhinya lagi. 3. Begitu juga dengan sikap seorang pelajar, peperiksaan di sekolah ibarat satu peperangan. Pelajar haruslah menanamkan sikap berani menghadapi perjuangan itu dan bukannya Ian daripadanya. Segala persiapan ulangkaji haruslah dilakukan sebelum menghadapi peperiksaaan. 4. Ada pelajar yang mengalah sebelum menempuh medan peperiksaan lagi. Dia merasakan bahawa peperiksaan itu akan menyusahkannya dan dia pasti tewas.
Modul Pelaksanaan Usrah Fil-Halaqah : 4 Biro ICT BADAR SMKASik 2008
Sirah