Modul Prigel Komsas Ting 5 -edisi Murid.pdf

  • Uploaded by: Wen You Chan
  • 0
  • 0
  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Modul Prigel Komsas Ting 5 -edisi Murid.pdf as PDF for free.

More details

  • Words: 36,405
  • Pages: 153
MODUL PRIGEL KOMSAS

1

MODUL PRIGEL KOMSAS UCAPAN PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinan dan limpahNya, Modul Prigel KOMSAS Tingkatan Lima dapat dihasilkan. Oleh sebab itu, saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Unit Bahasa Malaysia, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan panel penulis Modul Prigel Bahasa Melayu atas komitmen menghasilkan modul yang sangat bermanfaat ini. Prakarasa penghasilan modul ini adalah merupakan Projek Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM yang bertujuan untuk memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). KPM telah mengetengahkan isu bahawa terdapat pelajar yang gagal dalam peperiksaan SPM setelah 11 tahun berada dalam alam persekolahan. Salah satu punca kegagalan murid yang dikenal pasti ialah murid tidak dapat menjawab dengan baik soalan peperiksaan Bahasa Melayu khususnya soalan yang berkaitan dengan Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (KOMSAS) untuk soalan 2(b), 2(c), 2(d), dan soalan 4 (novel). Murid dikenal pasti tidak menguasai cara memahami teks serta teknik menjawab soalan dengan betul. Oleh yang demikian, untuk membantu murid lulus dalam peperiksaan SPM maka Modul Prigel KOMSAS Tingkatan Lima diperkenalkan yang bersesuaian dengan tahap keperluan pembelajaran murid di negeri Sabah. Modul ini sesuai digunakan oleh guru dan murid sebagai bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan guru Bahasa Melayu. Saya berharap agar murid-murid dapat menguasai cara pembelajaran menggunakan modul ini bagi meningkatkan lagi peratus kelulusan Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Oleh itu, saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada panel penulis modul yang berusaha gigih untuk menghasilkan Modul Prigel KOMSAS ini. Modul ini diharapkan dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya dapat melonjakkan prestasi murid dalam peperiksaan awam khasnya SPM. Sekian.

ENCIK ABIDIN BIN MARJAN Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik, b.p Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

2

MODUL PRIGEL KOMSAS

PRAKATA PANEL PENGGUBAL MODUL PRIGEL KOMSAS

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan Lima ini dihasilkan dengan satu tujuan, iaitu membantu calon SPM mencapai kejayaan cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM. Hal ini dikatakan demikian kerana Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras yang memerlukan pelajar mendapat keputusan yang cemerlang dan membantu mereka meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, modul ini dihasilkan untuk membantu para guru membuat persediaan mengajar yang lebih rapi dalam usaha melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Modul ini boleh digunakan oleh guru untuk mengajar dan pelajar dapat menggunakannya untuk tujuan latih tubi dan juga sebagai rujukan. Modul ini dihasilkan mengikut topikal tetapi masih mengekalkan format peperiksaan Bahasa Melayu SPM yang sebenar iaitu dari aspek bentuk soalan dan aras soalan. Selain itu, topik-topik yang terdapat dalam modul ini mengikut Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Bahasa Melayu Tingkatan 5. Modul ini dihasilkan oleh ahli Panel Penggubal Modul yang dilantik oleh SPA Jabatan Pendidikan Sabah yang terdiri daripada Guru Cemerlang, Pemeriksa Kertas Bahasa Melayu SPM dan Jurulatih Utama Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, diharapkan pelajar-pelajar dan guru-guru dapat memanfaatkan modul ini dalam usaha memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.

Sekian. Terima kasih

PANEL PENULIS MODUL PRIGEL KOMSAS Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

3

MODUL PRIGEL KOMSAS

KANDUNGAN Ucapan Penghargaan Prakata Panel Penggubal Modul

1 3

PUISI TRADISIONAL

A

NOTA 1. Beberapa Petua Hidup 2. Berbuat Istana Zaman Dahulu

8-11 12-14

B

BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN

15-17

C

PRAKTIS TOPIKAL 1. Beberapa Petua Hidup Praktis 1 Praktis 2 Praktis 3 Praktis 4 Praktis 5

18 19 19 20 20 20

2. Berbuat Istana Zaman Dahulu Praktis 1 Praktis 2 Praktis 3 Praktis 4 Praktis 5

21 21-22 22 23 23 24

GENRE PUISI MODEN

25

A

NOTA 1. Sejadah Rindu 2. Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus 3. Erti Hidup Bererti 4. Kudup Perang

B C

BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN PRAKTIS TOPIKAL 1. Sejadah Rindu Praktis 1 Praktis 2 Praktis 3 Praktis 4 Praktis 5

38-40

2. Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus Praktis 1 Praktis 2 Praktis 3 Praktis 4 Praktis 5

43 44 44 44 44-45 45

4

26-28 29-31 32-34 35-37

41 42 42 42 43 43

MODUL PRIGEL KOMSAS 3. Erti Hidup Bererti Praktis 1 Praktis 2 Praktis 3 Praktis 4 Praktis 5

45 46 46 46 47 47

4. Kudup Perang Praktis 1 Praktis 2 Praktis 3 Praktis 4 Praktis 5

48 49 49 50 50 51

A

GENRE PROSA TRADISIONAL NOTA 1. Burung Terbang Dipipiskan Lada

52 53-54

B

BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN

55-58

C

PRAKTIS TOPIKAL Praktis 1 Praktis 2 Praktis 3 Praktis 4 Praktis 5

58-59 59 60 61 62

A

B C

GENRE CERPEN NOTA 1. Cinta Ahmad Mutawakkil 2. Hipertensi 3. Gerhana Manusia BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN PRAKTIS TOPIKAL 1. Cinta Ahmad Mutawakkil Praktis 1 Praktis 2 Praktis 3 Praktis 4 Praktis 5 2. Hipertensi Praktis 1 Praktis 2 Praktis 3 Praktis 4 Praktis 5

63 64-69 70-76 77-82 83-84 85-86 86 87 88 89

90 91 92 93 94 5

MODUL PRIGEL KOMSAS 3. Gerhana Manusia Praktis 1 Praktis 2 Praktis 3 Praktis 4 Praktis 5

95 96 97 98 99 GENRE DRAMA

A

NOTA 1. Bukan Gila

B

BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN

C

PRAKTIS TOPIKAL 1. Bukan Gila Praktis 1 Praktis 2 Praktis 3 Praktis 4 Praktis 5

100 101-107 107-108

109 110 111 112 113

GENRE NOVEL SILIR DAKSINA

115

A

NOTA 1. Biodata 2. Sinopsis keseluruhan 3. Sinopsis mengikut bab 4. Tema 5. Persoalan 6. Watak dan Perwatakan 7. Plot dan Teknik Plot 8. Latar 9. Nilai 10. Pengajaran 11. Gaya bahasa

116 117 118-137 138 138 139-142 142-144 144-145 145-146 146 147

B C

BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN Latihan Praktis Novel

148 149-152

Senarai Nama Panel Penggubal KOMSAS

6

153

MODUL PRIGEL KOMSAS

7

MODUL PRIGEL KOMSAS

A.NOTA BEBERAPA PETUA HIDUP [Za’ba] Sajak

Maksud

Fikir dan Kata Rangkap 1 Kurang fikir, kurang siasat, Tentu dirimu kelak tersesat.

Jika kita tidak mahu berfikir dan tidak teliti, sudah tentu kita akan melakukan kesilapan.

Rangkap 2 Fikir dahulu sebelum berkata, Supaya terelak silang sengketa.

Sebelum mengeluarkan kata-kata, seseorang itu hendaklah berfikir terlebih dahulu agar tidak timbul salah falam yang dapat mencetuskan perbalahan.

Rangkap 3 Perkataan tajam jika dilepas, Ibarat beringin, racun dan upas.

Kata-kata sindiran atau kecaman jika diucapkan mampu mengundang bahaya yang besar.

Rangkap 4 Kalau mulut tajam dan kasar, Boleh ditimpa bahaya besar.

Seseorang yang tidak menjaga pertuturan akan terjebak dalam masalah yang besar seperti pergaduhan.

Silang Sengketa Rangkap 5 Siapa menggemari silang sengketa, Kelaknya pasti berdukacita.

Seseorang yang suka terlibat dalam pergaduhan sudah tentu akan berasa kesedihan atau penyesalan selepas itu.

Rangkap 6 Silang selisih jangan dicari, Jika tersua janganlah lari.

Pergaduhan hendaklah dielakkan, tetapi jika tidak boleh dielakkan, kita perlu menghadapinya.

Ilmu Rangkap 7 Jikalau ilmu tiada sempurna, Tiada berapa ia berguna.

Jika ilmu tidak dipelajari sepenuhnya, kita tidak akan dapat manfaatnya.

Rangkap 8 Ilmu kepandaian boleh dikejar, Asal mahu rajin belajar.

Ilmu dan kebijaksanaan dapat dicari jika kita bersungguh-sungguh mempelajarinya.

8

MODUL PRIGEL KOMSAS

Dunia Pergaulan Rangkap 9 Dunia ini taman pergaulan, Hendaklah pilih sahabat dan taulan.

Dunia merupakan tempat untuk kita berkawan. Namun, kita perlu berhati-hati untuk memilih seseorang sebagai teman atau sahabat.

Rangkap 10 Manusia dikenal sifat budinya, Dengan dilihat siapa kawannya.

Kita dapat mengenal seseorang melalui budi pekertinya. Jika kita melihat rakan-rakannya baik, maka dia juga merupakan orang yang baik.

Rangkap 11. Burung yang sama corak dan bulu, Selalu sekumpul ke hilir ke hulu.

Lazimnya, seseorang itu akan berkawan dengan orang yang sama minat, sama umur, sama tingkah laku, dan sebagainya.

Sifat-sifat yang Baik Rangkap 12 Jikalau kamu bersifat budiman, Dipandang sebagai bunga di taman.

Jika anda seorang yang baik, anda akan dipandang tinggi oleh masyarakat.

Rangkap 13 Jikalau kamu bersifat dermawan, Segala orang dapat kautawan.

Jika anda suka menderma, semua orang akan menyukai anda.

Rangkap 14 Jikalau kamu bersifat pemurah, Segala manusia datang menyerlah.

Jika anda suka bersedekah, semua orang akan bersedia untuk menolong anda pula.

Perbuatan yang Baik Rangkap 15 Barang siapa berbuat jasa, Mulia namanya segenap masa.

Orang yang suka berbuat baik akan sentiasa dikenang sampai bila-bila.

Rangkap 16 Menolong orang sesama wajib dan perlu, Tetapi tolonglah dirimu selalu.

Sikap suka membantu orang lain perlu ada pada setiap orang. Tetapi, sebelum kita membantu orang lain, kita mestilah membantu diri kita dahulu.

Sifat-sifat yang Jahat Rangkap 17 Telunjuk lurus kelengkeng berkait, Hati sesama menjadi pahit

Seseorang yang ingin menyalahkan orang lain sebenarnya diri dialah yang bersalah. Hal ini menyebabkan orang di sekeliling tidak menyukainya. 9

MODUL PRIGEL KOMSAS

Rangkap 18 Barang siapa berbuat khianat, Tuhan kelak memberi laknat.

Seseorang yang suka berbuat jahat, dia akan menerima pembalasan daripada-Nya.

TEMA Nilai-nilai murni yang perlu diamalkan dalam kehidupan dan dijadikan sebagai pegangan. PERSOALAN 1. 2. 3. 4. 5.

Kerajinan untuk menuntut ilmu. Orang yang pemurah disukai oleh masyarakat. Kepentingan memilih sahabat yang baik. Sikap berhati-hati dalam percakapan. Sikap orang yang baik sentiasa disenangi oleh masyarakat.

Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang rajin menuntut ilmu. 2. Masyarakat yang baik hati. 3. Masyarakat yang berhemah tinggi. 4. Masyarakat yang murah hati / dermawan. 5. Masyarakat kebijaksanaan. GAYA BAHASA 1. 2. 3. 4. 5.

Asonansi Cth : Supaya terelak silang sengketa. (pengulangan bunyi vokal a) Aliterasi Cth : Mulia namanya segenap masa. (pengulangan bunyi konsonan m) Simile Cth : Ibarat beringin, racun dan upas. Repitisi Cth : kurang fikir, kurang siasat. Imej alam Cth : Burung yang sama corak dan bulu.

BENTUK 1. 2. 3. 4. 5.

Rima akhir – sama iaitu a a Suku kata-antara 9 hingga 12 suku kata sebaris Rangkap - 18 rangkap Patah kata – setiap baris antara 3 hingga 6 patah kata Setiap rangkap – 2 baris 10

MODUL PRIGEL KOMSAS

NILAI 1. 2. 3. 4. 5.

Nilai kerajinan Cth : Kerajinan dalam menuntut ilmu. Nilai baik hati Cth : Sentiasa baik hati agar disukai oleh orang lain. Nilai hemah tinggi Cth : Mempunyai tingkah laku dan tutur kata yang terpuji. Nilai murah hati Cth : Sentiasa bersifat dermawan kepada orang yang memerlukan. Nilai kebijaksanaan. Cth : Kebijaksanaan dalam mencari dan memilih sahabat.

PENGAJARAN 1. 2. 3. 4. 5.

Kita haruslah rajin belajar untuk menambahkan ilmu dan kemahiran jika ingin berjaya. Kita haruslah mengamalkan sifat-sifat yang baik dan terpuji dalam kehidupan agar sentiasa disenangi oleh orang lain. Kita haruslah sentiasa menjaga tutur kata dan tingkah laku kita agar disenangi dan mengelakkan perselisihan. Kita haruslah sentiasa bersifat murah hati agar memudahkan kita mendapatkan bantuan dan pertolongan apabila perlu. Kita mestilah bijaksana dalam mencari dan memilih sahabat kerana manusia di dunia ini mempunyai pelbagai karenah dan sifat.

11

MODUL PRIGEL KOMSAS

SELOKA ‘BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU’ [Za’ba] Puisi Rangkap 1 Baginda menitahkan orang besar empat, Membuat istana puri berkota; Lalu dipanggil Pawang raja. Pawang mengerah orang bekerja, Empat puluh empat tukang dan utas, Siang malam tidak berhenti.

Maksud Raja memerintahkan orang besar berempat untuk mendirikan sebuah istana. Baginda memanggil Pawang Raja untuk mengerahkan empat puluh empat tukang yang pakar bekerja siang dan malam untuk menyiapkan sebuah istana.

Rangkap 2 Tujuh bulan tujuh purnama, Istana siap dengan alatnya; Besar tersergam sembilan ruang, Sepuluh dengan rembat guntung, Sebelas dengan pancung serong, Dua belas dengan anjung tinggi.

Istana yang dibina selama tujuh bulan tersergam indah dengan segala kemudahan. Istana dilengkapi dengan sembilan ruang utama, sepuluh rembat guntung, sebelas pancung serong, dan dua belas anjung tinggi.

Rangkap 3 Tiga sudut menteri delapan, Tiang panjang maharaja lela, Tiang tengah syukur menanti; Galang-galangnya ular berang, Kasau kecil puteri menyembah, Kasau lentik helang berbega.

Istana juga mempunyai tiga sudut untuk lapan orang menteri. Sudut itu mempunyai reka bentuk yang unik pembinaannya, iaitu bertiang panjang dan bertiang tengah. Seterusnya, galang-galang istana bercorak ular berang, kasau kecil bercorak puteri menyembah, dan helang terbang.

Rangkap 4 Berbunga sawa mengelempai, Bertakuk bersedelinggam, Berjenang berbatu kawi, Berselimpat ukir Jawa, Lilit-melilit akar Cina; Garam sebuku sisa jeragan, Bunga kenanga dimakan ular, Layang-layang di pintu ular.

Seni ukiran istana dihias indah dengan pelbagai corak yang amat menarik. Ada yang memiliki ukiran seni bina Jawa dan Cina. Selain itu motif haiwan dan tumbuhtumbuhan juga menjadi pilihan tukangnya seperti ular, layang-layang, dan sebuku garam.

Rangkap 5 Istana siap tukang pun mati, Tiada orang dapat meniru: Dipersembahkan kepada baginda suami isteri.

Apabila istana siap dibina, ditakdirkan tukangnya telah meninggal dunia (dibunuh). Tiada seorang pun tukang lain yang dapat menandingi kehebatannya. Istana pun diserahkan kepada raja dan permaisuri.

12

MODUL PRIGEL KOMSAS TEMA Kesetiaan atau ketaatan kepada raja – rakyat yang setia telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendirikan istana yang sungguh agam PERSOALAN 1.

2. 3.

4. 5.

Persoalan kesetiaan rakyat kepada pemerintah. Cth : Rakyat amat taat kepada perintah raja. Mereka melakukan apa sahaja perintah yang diarahkan oleh raja. Persoalan kerajinan / kegigihan dalam menyiapkan sesuatu pekerjaan Cth : Rakyat gigih membina istana sehingga selesai 1. Persoalan keunikan seni ukiran dan seni bina Melayu. Cth : Binaan istana pada zaman dahulu menggunakan tenaga manusia. Binaanya kukuh dan bermutu tinggi serta dihiasi dengan ukiran menarik. Persoalan kerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Cth : Rakyat bekerjasama melaksanakan perintah raja untuk membina istana Persoalan fungsi istana Cth : Istana bukan sahaja sekadar menjadi kediaman rasmi raja malah menjadi tempat pemerintah mengadakan pelbagai aktitiviti dan pertemuan para pembesar dan tetamu.

BENTUK 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Seloka berbentuk bebas atau tidak terikat. Terdiri daripada lima rangkap Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama, iaitu antara 3-8 baris. Bilangan perkataan bagi setiap baris tidak sama, iaitu antara 2-6 patah kata. Bilangan suku kata setiap baris tidak sama, iaitu antara 8-17 suku kata Rima akhir tidak sama.

GAYA BAHASA 1. 2. 3. 4. 5.

Asonansi Cth : Tujuh bulan tujuh purnama (pengulangan bunyi vokal u) Aliterasi Cth : Tiang tengah syukur menanti (pengulangan bunyi konsonan t) Penggunaan kata arkaik/klasik Cth : utas; bersedelingam; puri Repitisi Cth : Empat pulu empat tukang dan utas. Responsif Cth : Sepuluh dengan rembat guntung, Sebelas dengan pancung serong 13

MODUL PRIGEL KOMSAS 6. 7.

Anafora Cth: Tiang panjang maharaja lela, Tiang tengah syukur menanti; Personifikasi Cth: Tiang tengah syukur menanti

NILAI 1. 2. 3. 4.

Nilai ketaatan Cth : Orang Besar Berempat telah menurut perintah raja dengan membina dan menyiapkan sebuah istana agam yang dikelilingi parit dan tembok. Nilai kegigihan/ kerajinan Cth : empat puluh empat tukang dan utas yang pakar telah bekerja dengan gigih untuk menyiapkan istana dalam tempoh tujuh bulan. Nilai kerjasama. Cth : tukang dan utas telah bekerjasama untuk mengilhamkan seni bina dan seni ukir pada istana dengan menggunakan unsur alam. Nilai tanggungjawab Cth : Raja seorang yang bertanggungjawab kerana telah menyediakan sebuah istana agam untuk permaisuri kesayangannya

PENGAJARAN 1. 2. 3. 4.

Kita hendaklah memberi taat setia kepada pemerintah Kita hendaklah menghasilkan sesuatu kerja dengan penuh kesungguhan Kita mestilah menyerlahkan keunikan senia bina Kita wajarlah bekerjasama ketika melaksanakan sesuatu pekerjaan yang diamanahkan kepada kita.

14

MODUL PRIGEL KOMSAS B. BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN Bentuk Soalan

Markah

Bertanyakan maksud baris /rangkap(bertumpu)

Soalan i (2 markah)

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) (memberikan pandangan atau pendapat, alasan, menyatakan kewajaran dan sebagainya)

Soalan ii (3 markah)

Elemen kajian KOMSAS (bertumpu) (menyatakan aspek sastera seperti tema, persoalan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran daripada petikan dan keseluruhan puisi)

Soalan iii ( 4 markah)

Teknik Menjawab. Jawapan menggunakan ayat sendiri Jawapan dengan ayat lengkap/gramatis Peruntukan markah bagi setiap ceraian soalan menggambarkan jumlah isi yang diperlukan (Cth:3 markah = 3 isi), kecuali soalan memberi maksud. Pelajar boleh menyalin semula sebahagian daripada ayat-ayat dalam petikan sebagai jawapan (kaedah potong tampal) Bagi soalan kemahiran berfikir, jawapan mestilah logik dan relevan dengan kehendak soalan. Bagi soalan komsas yang menggunakan kata kunci soalan jelaskan atau huraikan, pelajar perlu memberikan contoh atau huraian ringkas.

15

MODUL PRIGEL KOMSAS

Contoh Soalan dan Jawapan Baca petikan puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. PUISI BEBERAPA PETUA HIDUP Fikir dan Kata Kurang fikir, kurang siasat, Tentu dirimu kelak tersesat.

Sifat-sifat yang Baik Jikalau kamu bersifat budiman, Dipandang sebagai bunga di taman.

Fikir dahulu sebelum berkata, Supaya terelak silang sengketa.

Jikalau kamu bersifat dermawan, Segala orang dapat kautawan.

Perkataan tajam jika dilepas, Ibarat beringin, racun dan upas.

Jikalau kamu bersifat pemurah, Segala manusia datang menyerlah.

Kalau mulut tajam dan kasar, Boleh ditimpa bahaya besar.

Perbuatan yang Baik

Silang Sengketa

Barang siapa berbuat jasa, Mulia namanya segenap masa.

Siapa menggemari silang sengketa, Kelaknya pasti berdukacita.

Menolong orang sesama wajib dan perlu, Tetapi tolonglah dirimu selalu.

Silang selisih jangan dicari, Jika tersua janganlah lari.

Sifat-sifat yang Jahat

Ilmu

Telunjuk lurus kelengkeng berkait, Hati sesama menjadi pahit.

Jikalau ilmu tiada sempurna, Tiada berapa ia berguna.

Barang siapa berbuat khianat, Tuhan kelak memberi laknat.

Ilmu kepandaian boleh dikejar, Asal mahu rajin belajar.

(Kalung Bunga Za’ba, 2008 Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Dunia Pergaulan Dunia ini taman pergaulan, Hendaklah pilih sahabat dan taulan. Manusia dikenal sifat budinya, Dengan dilihat siapa kawannya. Burung yang sama corak dan bulu, Selalu sekumpul ke hilir ke hulu.

16

MODUL PRIGEL KOMSAS

i.

Berikan maksud baris membuat istana puri berkota

(2 markah) Tip: Calon perlu memberikan maksud baris sajak dengan menggunakan ayat yang gramatis. Jawapan lengkap: Maksud membuat istana puri berkota ialah membina istana yang dikelilingi oleh parit sebagai benteng pertahanan.

ii

Dunia ini taman pergaulan, Hendaklah pilih sahabat dan taulan. Bait gurindam di atas menyarankan agar kita perlu berhati-hati dalam pergaulan. Pada pendapat anda, mengapakah kita disarankan agar menjaga batas pergaulan dalam persahabatan? (3 markah)

Tip: Calon perlu memberikan alasan munasabah pentingnya berhati-hati menjaga tingkah laku dalam pergaulan seharian.

Pada pendapat saya, kita perlu menjaga batas pergaulan dalam persahabatan untuk menghindari diri kita daripada terjebak dalam kancah maksiat. Selain itu, kita dapat merapatkan hubungan silaturahim antara rakan. Kita juga dapat melahirkan masyarakat yang bersahsiah mulia sekiranya kita dapat menjaga batas pergaulan dengan orang orang lain. Di samping itu, kita juga dapat memupuk perpaduan dan mampu memelihara maruah diri sendiri daripada gejala sosial yang tidak sihat. iii. Jelaskan dua persoalan yang boleh dikaitkan dengan ilmu pengetahuan dalam gurindam di atas? (4 markah) Jawapan lengkap: Persoalan yang dikaitkan dengan ilmu pengetahuan berdasarkan gurindam tersebut ialah persoalan ketekunan dalam menuntut ilmu sehingga sempurna agar dapat dimanfaatkan dalam kehidupan. Selain itu, persoalan kerajinan dalam menuntut ilmu dapat menjamin kecemerlangan dalam kehidupan juga diketengahkan dalam gurindam.

17

MODUL PRIGEL KOMSAS

C. PRAKTIS TOPIKAL PUISI BEBERAPA PETUA HIDUP Za’ba Fikir dan Kata Sifat-sifat yang Baik Kurang fikir, kurang siasat, Tentu dirimu kelak tersesat. Jikalau kamu bersifat budiman, Dipandang sebagai bunga di taman. Fikir dahulu sebelum berkata, Supaya terelak silang sengketa. Jikalau kamu bersifat dermawan, Segala orang dapat kautawan. Perkataan tajam jika dilepas, Ibarat beringin, racun dan upas. Jikalau kamu bersifat pemurah, Segala manusia datang menyerlah. Kalau mulut tajam dan kasar, Boleh ditimpa bahaya besar. Silang Sengketa

Perbuatan yang Baik

Siapa menggemari silang sengketa, Kelaknya pasti berdukacita.

Barang siapa berbuat jasa, Mulia namanya segenap masa.

Silang selisih jangan dicari, Jika tersua janganlah lari.

Menolong orang sesama wajib dan perlu, Tetapi tolonglah dirimu selalu.

Ilmu

Sifat-sifat yang Jahat

Jikalau ilmu tiada sempurna, Tiada berapa ia berguna.

Telunjuk lurus kelengkeng berkait, Hati sesama menjadi pahit.

Ilmu kepandaian boleh dikejar, Asal mahu rajin belajar.

Barang siapa berbuat khianat, Tuhan kelak memberi laknat.

Dunia Pergaulan

(Kalung Bunga Za’ba, 2008 Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Dunia ini taman pergaulan, Hendaklah pilih sahabat dan taulan. Manusia dikenal sifat budinya, Dengan dilihat siapa kawannya. Burung yang sama corak dan bulu, Selalu sekumpul ke hilir ke hulu.

18

MODUL PRIGEL KOMSAS

Praktis 1 i

Nyatakan maksud rangkap gurindam di bawah. Perkataan tajam jika dilepas, Ibarat beringin, racun dan upas?.

(2 markah)

ii

Pada pendapat anda, apakah kebaikan amalan suka menderma?

iii

Kemukakan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam tersebut.

(3 markah)

(4 markah)

Praktis 2 i.

Fikir dahulu sebelum berkata, Supaya terelak silang sengketa. Huraikan maksud rangkap kedua gurindam di atas.

ii.

(2 markah)

Pada pendapat anda, sebagai seorang rakan, apakah yang akan anda lakukan untuk membantu kawan anda yang selalu ponteng sekolah? (3 markah)

iii

Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam gurindam tersebut.

19

(4 markah)

MODUL PRIGEL KOMSAS

Praktis 3 i

Apakah dua manfaat apabila mempunyai sifat yang baik?

ii

Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri sahabat yang baik?

iii. Jelaskan

(2 markah)

(3 markah)

dua nilai yang terdapat dalam gurindam tersebut.

(4 markah)

Praktis 4 i

Apakah maksud rangkap keenam gurindam di atas?

ii

Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat mengekalkan hubungan yang harmoni dalam masyarakat? (3 markah)

iii

Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam tersebut. markah)

(2 markah)

(4

Praktis 5 i

Menolong sesama wajib dan perlu Tetapi tolonglah dirimu dahulu Apakah maksud rangkap gurindam di atas?

ii

Pada pendapat anda, apakah seseorang?

faktor yang mepengaruhi

(2 markah) pembentukan

peribadi

(3 markah)

20

MODUL PRIGEL KOMSAS iii

Kemukakan dua persoalan yang terdapat dalam gurindam tersebut.

(4 markah)

BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU C. PRAKTIS TOPIKAL Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU Baginda menitahkan orang besar empat, Membuat istana puri berkota; Lalu dipanggil Pawang raja. Pawang mengerah orang bekerja, Empat puluh empat tukang dan utas, Siang malam tidak berhenti.

Tiga sudut menteri delapan, Tiang panjang maharaja lela, Tiang tengah syukur menanti; Galang-galangnya ular berang, Kasau kecil puteri menyembah, Kasau lentik helang berbega.

Tujuh bulan tujuh purnama, Istana siap dengan alatnya; Besar tersergam sembilan ruang, Sepuluh dengan rembat guntung, Sebelas dengan pancung serong, Dua belas dengan anjung tinggi.

Berbunga sawa mengelempai, Bertakuk bersedelinggam, Berjenang berbatu kawi, Berselimpat ukir Jawa, Lilit-melilit akar Cina; Garam sebuku sisa jeragan, Bunga kenanga dimakan ular, Layang-layang di pintu ular. Istana siap tukang pun mati, Tiada orang dapat meniru: Dipersembahkan kepada baginda suami isteri.

Praktis 1. i.

Nyatakan maksud rangkap seloka di bawah. Istana siap tukang pun mati, Tiada orang dapat meniru:

(2 markah)

21

MODUL PRIGEL KOMSAS

ii.

Tujuh bulan tujuh purnama, Istana siap dengan alatnya; Besar tersergam sembilan ruang, Sepuluh dengan rembat guntung, Sebelas dengan pancung serong, Dua belas dengan anjung tinggi. Pada pendapat anda, mengapakah istana raja itu dibina sedemikian rupa? (3 markah)

iii. Kemukakan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam tersebut. (4 markah)

Praktis 2. i

Empat puluh empat tukang dan utas, Siang malam tidak berhenti. Huraikan maksud baris seloka di atas gurindam di atas. (2 markah)

ii.

Selain mementingkan aspek kesenian dan keunikan seni bina, apakah aspek lain yang perlu diambilkira oleh seseorang raja dalam pembinaan sesebuah istana? Berikan tiga aspek.

iii

Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam seloka tersebut. (4 markah)

22

MODUL PRIGEL KOMSAS

Praktis 3. i

Apakah seni ukiran dan seni binaan tersebut?

yang digunakan oleh tukang pada istana (2 markah)

ii

Istana siap tukang pun mati, Tiada orang dapat meniru: Dipersembahkan kepada baginda suami isteri. Pada pendapat anda, apakah manfaat jika tukang yang membina istana raja tersebut tidak mati selepas istana tersebut siap dibina ? (3 markah)

iii.

Jelaskan

dua latar masyarakat yang terdapat dalam seloka tersebut. (4 markah)

Praktis 4. i

Apakah ciri-ciri seni ukiran yang digunakan dalam pembinaan istana tersebut? (2 markah)

ii

Pada pendapat anda, apakah kepentingan mengekalkan bangunan bersejarah? (3 markah)

iii. Huraikan dua nilai yang terdapat dalam seloka tersebut. (4 markah)

23

MODUL PRIGEL KOMSAS Praktis 5. i

Istana siap dengan alatnya; Besar tersergam sembilan ruang, Apakah maksud baris seloka di atas? (2 markah)

ii

Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang raja yang terpuji? (3 markah)

iii

Kemukakan dua nilai yang terdapat pada seloka tersebut tersebut. (4 markah)

24

MODUL PRIGEL KOMSAS

25

MODUL PRIGEL KOMSAS A.NOTA SAJAK SEJADAH RINDU Karya Mohd. Haikal Aminuddin Sajak Rangkap 1 Terkedu aku di sejadah rindu mengungkap kalimah syahdu merekah keinsafan di hati yang beku mengenang dosaku yang terdahulu

Maksud Penyajak terkedu di atas sejadah ketika mengucapkan kalimah syahdu yang menyentuh hati dan mengenang dosa lalu yang telah dilakukannya.

Rangkap 2 Berbekal pancaindera anugerah Tuhan Kupohon kembali nafas kehidupan dalam keterhadan dan keterbatasan insan moga terbuka ruang keampunan sebelum saat aku dinisankan di masa yang Kautetapkan.

Penyajak juga menggunakan seluruh pancaninderanya untuk memohon keampunan sebelum dia meninggal dunia pada masa yang telah ditentukan oleh Tuhan.

Rangkap 3 Air mata menjadi saksi keikhlasan menjadi bukti akhirnya aku sujud menghadap Ilahi di keheningan yang sepi lafaz taubat mengiringi nafas sebak kian mengikuti.

Dengan bersaksikan air mata dan keikhlasan diri sebagai bukti, penyajak akhirnya bersujud untuk melafazkan taubat dalam suasana yang sepi

Rangkap 4 Hati ini luluh jiwa yang kaku tersentuh ayat-ayat cinta disusun kukuh di sejadah rindu yang lusuh kemaafan yang kupohon sungguh dari Pencipta dalam gemuruh.

Penyajak berasa sedih amat dan jiwanya yang tersentuh dengan lafaz-lafaz cinta yang disusun rapi ketika dia memohon keampunan daripada Pencipta dengan perasaan yang berdebar-debar.

Rangkap 5 Ungkapan doa pada Yang Esa izinkan aku menjadi manusia yang taat sentiasa pada perintah Maha Kuasa agar aku tidak lupa dunia ini hanya bersifat sementara

Penyajak juga melafazakan rdoa kepada Yang Maha Esa agar mengizinkannya menjadi insan yang sentiasa taat kepada perintah-Nya. Penyajak juga menaruh harapan agar dia tidak lupa bahawa dunia ini tidak kekal abadi selamanya.

26

MODUL PRIGEL KOMSAS TEMA Ketuhanan serta ketaatan kepada agama Penyajak memohon keampunan daripada Tuhan terhadap dosa silam yang dilakukannya. Penyajak memohon keampunan dengan bersungguh-sungguh sebelum dia meninggal dunia PERSOALAN 1.

Keinsafan atas dosa lalu yang telah dilakukan. Cth : Penyajak telah insaf dari kesalahan-kesalahan yang telah dilakukannya

2.

Ketaatan terhadap perintah Tuhan Cth : Penyajak taat pada perintah Tuhan setelah menginsafi kesalahannya

3.

Keikhlasan ketika memohon keampunan kepada Tuhan Cth : Penyajak begitu ikhlas memohon keampunan dan mengalir airmata sebagai tanda keinsafan apabila menghadap Tuhan

4.

Keampunan yang diharapkan hanyalah daripada Pencipta. Cth : Penyajak memohon keampuan dosa-dosanya daripada Tuhan

GAYA BAHASA 1. 2. 3. 4.

inversi Cth : Terkedu aku (sepatutnya Aku terkedu ) personifikasi Cth : Air mata menjadi saksi metafora Cth : sejadah rindu bahasa Arab Cth : kalimah

NILAI 1.

Nilai keinsafan Cth : Penyajak menginsafi segala dosa yang pernah dilakukan.

2.

Nilai ketaatan Cth : Penyajak taat akan perintah Tuhan dan hanya memohon kemaafan daripada-Nya

3.

Nilai keikhlasan Cth : Penyajak begitu ikhlas ketika memohon keampunan daripada Tuhan

27

MODUL PRIGEL KOMSAS PENGAJARAN 1.

Kita hendaklah insaf setelah banyak melakukan dosa lalu Cth : Penyajak benar-benar insaf atas dosa yang telah dilakukan lalu memohon keampunan daripada Tuhan

2.

Kita wajarlah taat akan perintah Tuhan Cth : Sebagai manusia, penyajak taat akan perintah Tuhannya dengan melakukan segala suruhan-Nya.

3.

Kita hendaklah ikhlas apabila memohon keampunan daripada Tuhan Cth : Penyajak begitu sebak amat ketika memohon keampunan daripada Tuhan. Penyajak juga mengerti bahawa dunia ini hanya pinjaman semata-mata.

28

MODUL PRIGEL KOMSAS SAJAK PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS Karya Sazalee Yacob Sajak

Maksud

Rangkap 1 Kuhantar kau mengecapi angin baru udara lain dari kampung bendang kuningmu bumantara asing dari yang sering kaumesrai yang sama sekali berbeza dengan suasana suntimu kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu memesrai azimat dan tangkal dari tangga gading.

Lelaki kecil (miskin) menghantar anak perempuannya ke menara gading untuk menuntut ilmu dengan persekitaran yang jauh berbeza daripada kampung halamannya.

Rangkap 2 Kulepaskan kau menjadi burung putih dengan sayap berkembang menongkah awan perak dan kabut dingin mengenal kalimat hujan dan bilah petir menyelit antara sembilu nasib dan waras akal.

Lelaki kecil mengharapkan kebebasan yang diberikan mampu menjadikan anaknya seorang yang tabah dan kuat berbekalkan akal untuk keluar / meloloskan diri dari cabaran yang sukar.

Rangkap 3 Di awan kampus yang sarat ilmu hadir sihir angin bernafas api di pohon kampus yang tegas status berceracak selumbar noda mengabur fikir di padang kampus yang hijau pertimbangan tumbuh gunung ego menghalau pekerti.

Walaupun berada di menara gading namun masih terdapat anasir-anasir yang jahat, kejam dan keji yang mampu melalaikan seseorang. Di menara gading, gadis kampus baru mengenali erti kehidupan dan mula timbul perasaan sombong yang menebal sehingga melenyapkan sikapnya yang baik.

Rangkap 4 Pandai-pandailah kau terbang menongkah awan mulus dan kabus dingin jangan kau pulang dengan percikan duka dan balutan luka di sayapmu yang patah.

Lelaki kecil mengharapkan agar anaknya mampu menempuh segala dugaan dan tidak pulang dengan kegagalan.

29

MODUL PRIGEL KOMSAS TEMA Nasihat orang tua kepada anak gadis yang melanjutkan pelajaran di menara gading – Anak gadis perlu bijak menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampus. Anak gadis perlu menjaga maruah diri. Anak gadis perlu belajar bersungguh-sungguh supaya tidak pulang dengan kegagalan. PERSOALAN 1. 2. 3. 4.

Persoalan kepentingan ilmu dalam kehidupan Cth : Ilmu yang dipelajari di menara gading menjadi azimat dan tangkal (pendinding diri) kepada gadis kampus. Persoalan tanggungjawab seorang bapa terhadap anaknya Cth : Lelaki kecil menghantar dan melepaskan anak gadisnya untuk menuntut ilmu di menara gading Persoalan penjagaan maruah diri di perantauan Cth : Lelaki kecil berpesan kepada anak gadisnya supaya menjaga maruah diri semasa belajar di menara gading. Persoalan menuntut ilmu sehingga mencapai kejayaan Cth : Lelaki kecil tidak mahu anak gadisnya pulang dengan kegagalan akibat tidak dapat menempuh segala cabaran.

Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan Cth : Lelaki kecil menghantar anaknya untuk menuntut ilmu di menara gading untuk dijadikan bekalan dalam kehidupan. 2. Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap anak Cth : Lelaki kecil bertanggungjawab memberikan nasihat dan peringatan kepada anak gadisnya yang belajar di menara gading. 3. Masyarakat kampung yang mengerjakan sawah padi Cth : Gadis kampus sudah terbiasa dengan suasana kampung yang di kelilingi sawah padi yang sedang menguning. 4. Masyarakat mahasiswa yang hidup berdikari Cth : Gadis kampus terpaksa belajar berdikari dan menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampus tanpa keluarga di sisinya. GAYA BAHASA 1. 2. 3. 4.

Personifikasi Cth : tumbuh gunung ego menghalau pekerti Metafora Cth : sembilu nasib, selumbar noda, gunung ego Ambiguiti Cth : burung putih, lelaki kecil Sinkope Cth : Kuhantar kau mengecapi angin baru

30

MODUL PRIGEL KOMSAS NILAI 1. 2. 3.

Nilai tanggungjawab Cth : Lelaki kecil bertanggungjawab memberikan nasihat dan peringatan kepada anak gadisnya yang belajar di menara gading. Nilai kerajinan Cth : Penduduk di kampung gadis kampus rajin mengusahakan sawah padi sehingga masak menguning. Nilai berdikari Cth : Gadis kampus terpaksa belajar berdikari dan menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampus tanpa keluarga di sisinya.

PENGAJARAN 1. 2. 3.

Kita hendaklah mementingkan ilmu pengetahuan dalam kehidupan. Cth : Lelaki kecil menghantar anaknya untuk menuntut ilmu di menara gading untuk dijadikan bekalan dalam kehidupan. Kita hendaklah rajin berusaha sehingga mencapai kejayaan. Cth : Penduduk di kampung gadis kampus rajin mengusahakan sawah padi sehingga masak menguning. Kita hendaklah hidup berdikari tanpa mengharapkan orang lain. Cth : Gadis kampus terpaksa belajar berdikari dan menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampus tanpa keluarga di sisinya.

31

MODUL PRIGEL KOMSAS SAJAK ERTI HIDUP BERERTI Karya Teo Wei Sing Sajak Rangkap 1 Aku selalu didatangi malam sepi bagai kalung yang melingkari leherku tidak berubah keesokan hari siapa yang akan datang menjengukku keluhan seorang tua sunyi.

Maksud penyajak sering dihimbau oleh nasib malang yang mengongkongi hidupnya dan tidak pernah berubah. Tiada sesiapa yang datang menziarahinya. Keluhan daripada seorang insan tua yang kesunyian.

Rangkap 2 Keheningan tasik kehijauan rumput hanya menjadi bayangan di penjuru ruang zaman cinta dalam rahim dilupai dari sulung ditendang ke bongsu dari angah ditendang ke sulung balik kucari erti hidup menderita mengerang sakit berdiri tanpa ruang.

Kebahagiaan hidup yang diimpikan oleh penyajak hanya angan-angan sahaja sehingga penghujung hidupnya. Anak-anak kandungnya sendiri sudah melupai dan tidak sanggup untuk menjaganya. Anak-anaknya juga saling menolak untuk menjaganya. Penyajak mencari kehidupannya sendiri dan menanggung penderitaan hidup tanpa ada tempat bergantung yang kukuh.

Rangkap 3 Aku bagi mereka tiada makna anakku bakaku baik setia mahupun derhaka semoga disirami benih keinsafan menjadi penawar dalam hati embun cinta atasi angina dingin jangan terpegun ada yang mati ada yang hidup tiada yang kekal kecuali Tuhan.

Penyajak menganggap dirinya tidak dihargai dan diperlukan lagi walaupun mereka merupakan anak kandungnya sendiri. Penyajak berharap agar anak-anaknya sama ada yang sanggup berbakti atau yang telah melupakannya akan diberikan keinsafan. Penyajak turut berharap agar dapat hidup dengan berkasih sayang dan menggantikan hubungan yang hambar sebelum ini. Penyajak juga mengingatkan supaya manusia jangan leka kerana dalam putaran hidup ini akan ada yang hidup dan mati kecuali hanya Tuhan yang kekal.

32

MODUL PRIGEL KOMSAS TEMA Keluhan ibu tua yang diabaikan oleh anaknya sendiri - Seorang ibu yang mengharapkan belaian kasih sayang anak-anak pada penghujung usianya. Walau bagaimanapun anak-anak tidak mengendahkan dan melaksanakan tanggungjawab menjaganya. Jauh di sudut hati ibu tua ini masih mengharapkan anak-anaknya akan insaf. PERSOALAN 1. Persoalan kasih sayang seorang ibu Cth : Seorang ibu yang mengandungkan dan menjaga anak semasa kecil sehinggalah anak-anaknya dewasa. 2. Persoalan nasib warga tua yang dipinggirkan oleh anak-anak Cth : Anak-anak tidak boleh mengabaikan ibu yang melahirkan dan membesarkan mereka. 3. Persoalan kebahagiaan hidup merupakan impian setiap individu Cth : Seorang ibu berharap agar anak-anak dapat memberikan kebahagiaan pada hari tuanya. 4. Persoalan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapa Cth : Anak-anak perlu sedar terhadap tanggungjawab untuk menjaga kebajikan ibu kandung/ ibu bapa dan memberikan kebahagian kepadanya/ mereka. 5. Persoalan keyakinan terhadap kekuasaan Tuhan Cth : Penyajak mengingatkan pembaca bahawa dalam putaran hidup ini akan ada yang hidup dan mati kecuali hanya Tuhan yang kekal. GAYA BAHASA 1. Personifikasi Cth : malam sepi (rangkap 1; baris 2) 2. Simile Cth : bagai kalung ( rangkap 1; baris 3) 3. Sinkope Cth : anakku bakaku (rangkap 3; baris 3) 4. Anafora Cth : ada yang mati ada yang hidup (rangkap 3; baris 9 & 10) 5. Responsi Cth : dari sulung ditendang ke bongsu dari angah ditendang ke sulung balik (rangkap 2; baris 6 & 7) 6. Metafora Cth: benih keinsafan (rangkap 3; baris 5)

33

MODUL PRIGEL KOMSAS NILAI 1. Kasih sayang Cth : Penyajak tetap menyayangi anak-anaknya walaupun dipinggirkan misalnya penyajak tetap mendoakan anaknya agar Tuhan memberikan keinsafan terhadap anak-anaknya. 2. Tanggungjawab Cth : Anak-anak penyajak seharusnya bertanggungjawab menjaga kebajikan ibu mereka walaupun telah berkeluarga dan tinggal berjauhan. 3. Ketabahan Cth : Penyajak tabah menjalani kehidupan yang sunyi akibat diabaikan oleh anakanaknya. 4.

Keinsafan Cth : Penyajak sedar dan insaf bahawa yang kekal hanyalah Tuhan.

PENGAJARAN 1.

Kita hendaklah sentiasa menyayangi ahli keluarga Cth : Penyajak mengharapkan belaian kasih sayang daripada anak-anak pada penghujung usianya.

2.

Kita perlu tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan terutamanya ketika usia tua. Cth : Penyajak tabah menjalani kehidupannya yang diabaikan oleh anak-anak dengan mencari kehidupannya sendiri serta menanggung penderitaan hidup tanpa ada tempat bergantung yang kukuh.

3.

Kita haruslah bertanggungjawab menjaga kebajikan dan menggembirakan ibu bapa walaupun tinggal berjauhan Cth : Anak-anak perlu sedar terhadap tanggungjawab untuk menjaga kebajikan ibu kandung/ ibu bapa dan memberikan kebahagian kepadanya/ mereka.

4.

Kita haruslah sedar dan insaf bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara dan hanya Tuhan sahaja yang kekal. Cth : Penyajak sedar dan insaf bahawa dalam kehidupan ini tidak ada yang kekal kecuali Tuhan.

34

MODUL PRIGEL KOMSAS KUDUP PERANG Karya Tuah Saujana Sajak Rangkap 1 Sementara dia bergelar panglima laskar perang; yang terus-menerus membajakan kezaliman – sering mengudupkan putik dendam kita masih perlu berterima kasih kepada jari-jemari takdir kerana membenarkan sepasang mata untuk berlari dengan tangan bergari sempat juga menadah sejambak puisi untuk sehari lagi; sambil bertanya: siapakah pahlawan yang asli?

Maksud Penyajak menggambarkan seorang panglima perang yang zalim dan sering berdendam. Penyajak juga berterima kasih kerana masih boleh menyelidik perkara lampau walaupun dalam keadaan terkongkong sambil mempersoalkan orang yang dikatakan sebagai pahlawan yang sebenar.

Rangkap 2 Memang kita tidak sempat menjenguk ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus ringkik kuda, gemerincing pedang pusaka dan darah yang tiba-tiba membuak di daerah angkara – perciknya menumbuhkan kelopak rahsia dalam keliru, tertanya-tanya kita tangan mana yang memenggal leher sang pendusta? Rangkap 3 Andai namamu Tuah, kita masih tidak mahu menyanjungnya pendekar paling gagah kerana takhta setia terbina di istana wangsa bukanlah penjamin kukuhnya pasak saksama sesekali turut direntakan daki pendusta melekatlah selumbar sengsara di tiang maruah kota.

Penyajak tidak sempat untuk mengkaji sejarah tentang peristiwa pertumpahan darah masa lampau. Masyarakat sering tertanya-tanya tentang individu yang telah membunuh orang yang sanggup melakukan pendustaan.

Penyajak tidak berasakan Hang Tuah merupakan pejuang yang paling gagah kerana kesetiaannya kepada sultan tidak menjamin kedudukan dirinya apabila difitnah oleh musuhnya.

Rangkap 4 Andai namamu Jebat, kita masih tidak menggelarnya sebagai pengkhianat kerana kita masih menangisi peta keadilan yang tersiat – nun, karam di lautan kesumat sedang warga memanggilnya keramat.

Penyajak juga tidak berasa Hang Jebat seorang pengkhianat kerana Hang Jebat dilihat sebagai individu yang berjuang untuk keadilan walaupun menyimpan perasaan dendam

35

MODUL PRIGEL KOMSAS Rangkap 5 Perang pun melecurkan lidah muslihat bercabang lalu bertemu bayu palsu; bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya mewarnakan keindahan pada hodohnya menjungkitkan amarah pada damainya teramat lara kita menjahit semula perca-perca bahagia – seperti perawan yang dibungkamkan cinta pertama.

Tipu muslihat dalam peperangan yang menyebabkan kebenaran tidak dapat ditegakkan. Manusia pula perlu membina kehidupan mereka semula akibat peperangan.

Rangkap 6 Sehingga senja tiba, kita masih bertengkar tentang siapa pahlawan sebenarnya.

Penyajak masih berdebat tentang orang yang dikatakan sebagai pahlawan yang sebenarnya.

TEMA Kepentingan kewibawaan dan ketokohan pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi – Ketika menjadi seorang pemimpin, ada kezaliman dilakukan terhadap penentang dasar. Hal ini menimbulkan perasaan dendam dan tidak berpuas hati. Akibatnya, keadaan menjadi tidak tenteram dan sukar mengembalikan keamanan.. PERSOALAN 1.

Pengorbanan diri untuk orang lain Cth : kesanggupan berkorban demi menegakkan kebenaran dan keadilan

2.

Kesan peperangan Cth : dalam peperangan berlaku tipu daya dan muslihat serta telah membangkitkan perasaan dendam antara satu sama lain

3.

Menegakkan keadilan Cth : menjadi tanggungjawab setiap orang penindasan demi menegakkan keadilan

4.

Kesetiaan terhadap negara Cth : setiap orang mesti menunjukkan kesetiaan terhadap negara yang didiaminya

5.

Penilaian perlu dibuat secara adil berdasarkan konteks.. Cth : tindakan Jebat memberontak adalah untuk menuntut keadilan terhadap Tuah dan bukan menderhaka kepada raja

36

untuk menghentikan kezaliman dan

MODUL PRIGEL KOMSAS GAYA BAHASA 1. 2. 3. 4. 5.

Asonansi Cth : sesekali turut direntakan daki pendusta.(pengulangan bunyi vokal e). Aliterasi Cth : kerana takhta setia terbina. (pengulangan bunyi konsonan t). Metafora Cth : lautan kesumat; selumbar sengsara; tiang maruah Hiperbola – Perang pun melecurkan lidah muslihat Cth : Perang pun melecurkan lidah muslihat Imej alam Cth : fajar; senja;kuda

NILAI 1. 2. 3. 4.

Keadilan Cth : Tuah dan Jebat hendaklah diadili dengan saksama. Keberanian Cth : penyajak berani mencari jawapan dan kepastian antara pahlawan dengan pengkhianat. Ketaatan Cth : Pembesar taat setia akan perintah Raja/Sultan Kebijaksanaan Cth : Pemimpin yang bijak menghadapi cabaran dalam pemerintahannya

PENGAJARAN 1. 2. 3. 4.

Kita perlu menjadi warganegara yang setia kepada negara. Kita hendaklah berani untuk berjuang untuk menegakkan keadilan Kita hendaklah mengkaji sejarah untuk mengelakkan kesalahan yang sama berulang kembali. Kita hendaklah berusaha menyelesaikan perselisihan dengan cara yang aman

37

MODUL PRIGEL KOMSAS B. BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAJAK BENTUK SOALAN

PERINCIAN MARKAH

Bertanyakan maksud baris /rangkap(bertu

Soalan i (2 markah)

Pemahaman teks (bertumpu) (mengenal pasti /mengesan jawapan dalam petikan)

Soalan i (2 markah)

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) (memberikan pandangan atau pendapat, alasan, menyatakan kewajaran dan sebagainya)

Soalan ii (3 markah)

Elemen kajian KOMSAS (bertumpu) (menyatakan aspek sastera seperti tema, persoalan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran daripada petikan dan keseluruhan puisi)

Soalan iii( 4 markah)

TEKNIK MENJAWAB Jawapan menggunakan ayat sendiri Jawapan dengan ayat lengkap/gramatis Peruntukan markah bagi setiap ceraian soalan menggambarkan jumlah isi yang diperlukan (Cth:3 markah = 3 isi), kecuali soalan memberi maksud. Pelajar boleh menyalin semula sebahagian daripada ayat-ayat dalam petikan sebagai jawapan (kaedah potong tampal) Bagi soalan kemahiran berfikir, jawapan mestilah logik dan relevan dengan kehendak soalan. Bagi soalan komsas yang menggunakan kata kunci soalan jelaskan atau huraikan, pelajar perlu memberikan contoh atau huraian ringkas.

38

MODUL PRIGEL KOMSAS

Contoh Soalan dan Jawapan: Baca sajak di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda sendiri ERTI HIDUP BERERTI Teo Wei Sing Aku selalu didatangi malam sepi bagai kalung yang melingkari leherku tidak berubah keesokan hari siapa yang akan datang menjengukku keluhan seorang tua sunyi.

Aku bagi mereka tiada makna anakku bakaku baik setia mahupun derhaka semoga disirami benih keinsafan menjadi penawar dalam hati embun cinta atasi angina dingin jangan terpegun ada yang mati ada yang hidup tiada yang kekal kecuali Tuhan.

Keheningan tasik kehijauan rumput hanya menjadi bayangan di penjuru ruang zaman cinta dalam rahim dilupai dari sulung ditendang ke bongsu dari angah ditendang ke sulung balik kucari erti hidup menderita mengerang sakit berdiri tanpa ruang.

Antologi Sejadah Rindu, Sasbadi Sdn Bhd.

39

MODUL PRIGEL KOMSAS

i.

Berikan maksud embun atasi angin dingin. Tip: Calon perlu memberikan maksud keseluruhan frasa yang diberikan.

(2 markah)

Jawapan lengkap: Maksud embun atasi angin dingin ialah perasaan kasih syang dapat menghindari pengabaian terhadap ibu dan bapa. ii.

Pada pendapat anda, sekiranya seseorang anak mengabaikan ibu bapanya, apakah yang terjadi kepada anak itu pada masa akan datang? (3 markah) Tip: Calon perlu memberikan tiga isi yang bernas. Soalan ini memerlukan calon mengemukakan pendapat mengenai kesan kepada anak yang mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa. Jawapan lengkap: Pada pendapat saya, implikasi yang diterima oleh seorang anak sekiranya mengabaikan ibu bapa ialah kemungkinan dia akan menerima nasib yang sama iaitu diabaikan oleh anak-anaknya. Selain itu, anak yang meminggirkan ibu bapa tidak akan mengalami kehidupan yang tenteram kerana berasa berdosa terhadap ibu bapanya. Di samping itu, anak yang tidak mempedulikan ibu bapa akan menyesal kerana tidak menghormati ibu bapanya.

iii.

Jelaskan tema yang diketengahkan dalam sajak tersebut. ( 4 markah) Tip: Calon perlu jelaskan tema yang terdapat dalam sajak dengan huraian yang jelas. Jawapan lengkap: Sajak Erti Hidup Bererti memaparkan tema keluhan ibu tua yang diabaikan oleh anaknya sendiri . Seorang ibu yang mengharapkan belaian kasih sayang anak-anak pada penghujung usianya. Walau bagaimanapun anak-anak tidak mengendahkan dan melaksanakan tanggungjawab menjaganya. Jauh di sudut hati ibu tua ini masih mengharapkan anak-anaknya akan insaf.

40

MODUL PRIGEL KOMSAS

C. PRAKTIS TOPIKAL Baca sajak di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda sendiri. SEJADAH RINDU Terkedu aku di sejadah rindu mengungkap kalimah syahdu bait bicara tersentuh kalbu merekah keinsafan di hati yang beku mengenang dosaku yang terdahulu.

Hati ini luluh jiwa yang kaku tersentuh ayat-ayat cinta disusun kukuh di sejadah rindu yang lusuh kemaafan yang kupohon sungguh dari Pencipta dalam gemuruh.

Berbekal pancaindera anugerah Tuhan kupohon kembali nafas kehidupan dengan keterhadan dan keterbatasan insan moga terbuka ruang keampunan sebelum saat aku dinisankan di masa yang Kau tetapkan

Ungkapan doa pada Yang Esa izinkan aku menjadi manusia yang taat sentiasa pada perintah Maha Kuasa agar aku tidak lupa duna ini hanya bersifat sementara

Air mata menjadi saksi keikhlasan menjadi bukti akhirnya aku sujud menghadap Illahi di kebeningan yang sepi lafaz taubat mengiringi nafas sesak sebak kain mengikuti

Kalam Pertama, 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka

41

MODUL PRIGEL KOMSAS

Praktis 1 i.

Berikan maksud rangkap kedua sajak di atas.

ii.

Pada pendapat anda, sebelum bertaubat apakah perkara-perkara yang mesti dilakukan? [3 markah]

iii. Nyatakan dua persoalan sajak dikaji.

[2 markah]

[4 markah]

Praktis 2 i.

Apakah tema sajak dikaji.

[2 markah]

ii.

Nyatakan pendapat anda, ciri-ciri orang yang beriman.

[3 markah]

iii. Huraikan dua pengajaran yang ingin disampaikan oleh penyajak berdasarkan sajak di atas. [4 markah]

Praktis 3 i.

Berikan maksud rangkai kata Hati ini luluh dalam rangkap keempat sajak di atas. [2 markah]

ii.

Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan pegangan agama seseorang longgar. [3 markah]

iii. Nyatakan nilai kemanusiaan sajak yang dikaji.

42

[4 markah]

MODUL PRIGEL KOMSAS Praktis 4 : i.

Berikan maksud rangkap terakhir sajak di atas.

[2 markah]

ii.

Nyatakan perubahan-perubahan yang perlu dilakukan setelah bertaubat.

[3 markah]

iii. Berikan dua nilai yang terdapat berdasarkan sajak di atas.

[4 markah]

Praktis 5: i.

Berikan maksud rangkap keempat sajak di atas.

[2 markah]

ii.

Berdasarkan pendapat anda , apakah ciri-ciri orang yang beriman?

[3 markah]

iii. Jelaskan dua persoalan dalam sajak tersebut.

[4 markah]

C. PRAKTIS TOPIKAL Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampus Kuhantar kau mengecapi angin baru udara lain dari kampung bendang kuningmu bumantara asing dari yang sering kaumesrai yang sama sekali berbeza dengan suasana suntimu kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu memesrai azimat dan tangkal dari tangga gading.

Di awan kampus yang sarat ilmu hadir sihir angin bernafas api di pohon kampus yang tegas status berceracak selumbar noda mengabur fikir di padang kampus yang hijau pertimbangan tumbuh gunung ego menghalau pekerti.

Kulepaskan kau menjadi burung putih dengan sayap berkembang menongkah awan perak dan kabut dingin mengenal kalimat hujan dan bilah petir menyelit antara sembilu nasib dan waras akal.

Pandai-pandailah kau terbang menongkah awan mulus dan kabus dingin jangan kau pulang dengan percikan duka dan balutan luka di sayapmu yang patah. Belati Cinta Zulaika,2004 Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

43

MODUL PRIGEL KOMSAS Praktis 1 i.

Berikan maksud baris bumantara asing dari yang sering kau mesrai.

ii.

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara menyesuaikan diri di tempat yang asing daripada kehidupan kita sebelumnya? [3 markah]

iii. Huraikan tema yang diungkapkan dalam petikan sajak tersebut.

[2 markah]

[4 markah]

Praktis 2. i.

Berikan maksud baris hadir sihir angin bernafas api.

ii.

Pada pendapat anda, mengapakah ibu bapa menghantar anak-anak mereka belajar di institusi pengajian tinggi? [3 markah]

iii. Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam petikan sajak.

[2 markah]

[4 markah]

Praktis 3. i.

Berdasarkan rangkap ketiga, nyatakan perkara-perkara negatif yang cuba diingatkan oleh lelaki kecil kepada gadis kampus. [2 markah]

ii.

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara mengelakkan perkara negatif yang terjadi di kampus supaya tidak mempengaruhi tindak-tanduk kita? [3 markah]

iii. Huraikan dua gambaran masyarakat yang terdapat dalam petikan sajak.

[4 markah]

Praktis 4. i.

Berikan maksud baris di bawah. Pandai-pandailah kau terbang menongkah awan mulus dan kabus dingin

ii.

[2 markah]

Andaikan anda mendapat surat panggilan untuk menjalani sesi temuduga untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi. Apakah persiapan-persiapan yang perlu anda lakukan sebelum menghadiri sesi temuduga tersebut? [3 markah] 44

MODUL PRIGEL KOMSAS

iii. Huraikan dua nilai yang terkandung dalam petikan sajak di atas.

[4 markah]

Praktis 5. i.

Nyatakan gambaran suasana kampung seperti yang terdapat dalam rangkap pertama sajak. [2 markah]

ii.

Pada pendapat anda, apakah cabaran yang bakal anda hadapi apabila melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi? [3 markah]

iii. Huraikan dua pengajaran yang terkandung dalam petikan sajak di atas.

[4 markah]

C. PRAKTIS TOPIKAL Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. ERTI HIDUP BERERTI Aku selalu didatangi malam sepi bagai kalung yang melingkari leherku tidak berubah keesokan hari siapa yang akan datang menjengukku keluhan seorang tua sunyi.

Aku bagi mereka tiada makna anakku bakaku baik setia mahupun derhaka semoga disirami benih keinsafan menjadi penawar dalam hati embun cinta atasi angina dingin jangan terpegun ada yang mati ada yang hidup tiada yang kekal kecuali Tuhan.

Keheningan tasik kehijauan rumput hanya menjadi bayangan di penjuru ruang zaman cinta dalam rahim dilupai dari sulung ditendang ke bongsu dari angah ditendang ke sulung balik kucari erti hidup menderita mengerang sakit berdiri tanpa ruang.

Teo Wei Sing Suara Anak Pahang, 2009 Pekan Ilmu Sdn. Bhd.

45

MODUL PRIGEL KOMSAS Praktis 1 i.

Apakah maksud rangkap kedua sajak di atas.

ii.

Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak tidak ada tandingannya. Oleh sebab itu anakanak harus menyayangi mereka.

[2 markah]

Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang perlu dilakukan oleh anak-anak untuk membuktikan kasih sayang mereka terhadap ibu bapa? (3 markah)

iii. Huraikankan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.

[4 markah]

Praktis 2 i.

Apakah saranan penulis dalam rangkap kedua sajak di atas.

ii.

Anak-anak bertaggungjawab untuk menjaga kebajikan ibu bapa. Pada pendapat anda, huraikan tiga tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa? [3 markah]

iii. Huraikankan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.

[2 markah]

[4 markah]

Praktis 3 i.

cinta dalam rahim dilupai Kemukakan maksud frasa di atas.

[2 markah ]

ii. Belakangan ini media massa sering memaparkan berita tentang pengabaian warga emas. Pada pendapat anda, bagaimanakah menyedarkan masyarakat agar menghargai warga emas? [3 markah]

iii. Huraikankan dua nilai yang dikemukakan dalam sajak tersebut.

46

[4 markah]

MODUL PRIGEL KOMSAS

Praktis 4

i.

Nyatakan maksud rangkap pertama sajak di atas.

[2 markah ]

ii.

Dalam rangkap kedua sajak, penulis menggambarkan pengabaian tanggungjawab anakanak terhadap ibu bapa. Pada pendapat anda, mengapakah anak-anak sanggup bertindak sedemikian? [3 markah]

iii. Huraikankan dua pengajaran yang terdapat dalam rangkap ketiga sajak tersebut. [4 markah]

Praktis 5 i.

Nyatakan maksud frasa semoga disirami benih keinsafan.

[2 markah ]

ii. Belakangan ini bilangan penghuni pusat jagaan orang-orang tua semakin meningkat. Pada pendapat anda, wajarkah anak-anak menghantar ibu bapa ke pusat jagaan orangorang tua? Jelaskan dua alasan anda.

[3 markah]

iii. Huraikankan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.

47

[4 markah]

MODUL PRIGEL KOMSAS C. PRAKTIS TOPIKAL Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. KUDUP PERANG Sementara dia bergelar panglima laskar perang; yang terus-menerus membajakan kezaliman – sering mengudupkan putik dendam kita masih perlu berterima kasih kepada jari-jemari takdir kerana membenarkan sepasang mata untuk berlari dengan tangan bergari sempat juga menadah sejambak puisi untuk sehari lagi; sambil bertanya: siapakah pahlawan yang asli?

sesekali turut direntakan daki pendusta melekatlah selumbar sengsara di tiang maruah kota. Andai namamu Jebat, kita masih tidak menggelarnya sebagai pengkhianat kerana kita masih menangisi peta keadilan yang tersiat – nun, karam di lautan kesumat sedang warga memanggilnya keramat. Perang pun melecurkan lidah muslihat bercabang lalu bertemu bayu palsu; bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya mewarnakan keindahan pada hodohnya menjungkitkan amarah pada damainya teramat lara kita menjahit semula perca-perca bahagia – seperti perawan yang dibungkamkan cinta pertama.

Memang kita tidak sempat menjenguk ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus ringkik kuda, gemerincing pedang pusaka dan darah yang tiba-tiba membuak di daerah angkara – perciknya menumbuhkan kelopak rahsia dalam keliru, tertanya-tanya kita tangan mana yang memenggal leher sang pendusta?

Sehingga senja tiba, kita masih bertengkar tentang siapa pahlawan sebenarnya.

Andai namamu Tuah, kita masih tidak mahu menyanjungnya pendekar paling gagah kerana takhta setia terbina di istana wangsa bukanlah penjamin kukuhnya pasak saksama

Tuah Sujana (Dipetik daripada antologi Sejadah Rindu, hlm. 20-21)

48

MODUL PRIGEL KOMSAS Praktis 1 i

Berikan maksud rangkap keempat sajak tersebut (2 markah)

ii

Setujukah anda jika Hang Jebat dinobatkan sebagai pahlawan? Berikan pandangan anda. (3 markah)

iii

Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. (4 markah)

Praktis 2 i

Nyatakan kesan perang yang digambarkan dalam rangkap kelima? (2 markah)

ii

Jasa den pengorban pahlawan akan disanjung dan diingati oleh ahli masyarakat. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara menghargai jasa seorang pahlawan? (3 markah)

iii

Huraikan dua pengajaran yang diketengahkan dalam sajak.

49

(4 markah)

Praktis 3

MODUL PRIGEL KOMSAS

i

Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh penyajak berdasarkan rangkap pertama (2 markah)

ii

Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang pahlawan sejati?

iii

Jelaskan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak di atas

(3 markah)

(4 markah) Praktis 4 i

Berikan maksud ‘kerana takhta setia terbina di istana wanga’ yang terdapat dalam rangkap pertama sajak. (2 markah)

ii

Pemimpin yang berwibawa sentiasa disayangi oleh rakyat jelata. Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang dapat menonjolkan kewibawaannya sebagai pemimpin masyarakat yang disegani? (3 markah)

iii

Huraikan tema yang diketengahkan dalam sajak di atas.

50

(4 markah)

MODUL PRIGEL KOMSAS Praktis 5 i

Berikan maksud , teramat lara kita menjahit semula perca-perca bahagia. (2 markah)

ii

Pada pendapat anda, apakah perkara yang perlu dilakukan oleh pemimpin supaya mereka ditentang oleh golongan bawahan? (3 markah)

iii

Huraikan dua latar masyarakat yang digambarkan dalam sajak. (4 markah)

51

MODUL PRIGEL KOMSAS

52

MODUL PRIGEL KOMSAS

BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA SINOPSIS

Cerita memaparkan percubaan raja Siam, Bubunnya hendak menyerang kerajaan Melaka yang tidak kesampaian kerana kebijaksanaan pemerintah dan kesaktian hulubalang Melaka. Ceritanya bermula pada zaman dahulu kala negeri Siam yang dikenali sebagai Syahrunnuwi begitu kuat sehingga semua kerajaan bawah angin telah ditakluki oleh Siam kecuali kerajaan Melaka. Apabila Melaka yang diperintah oleh Sultan Muzaffir Syah enggan memberi surat sebagai tanda tunduk kepada Siam, raja Siam telah menyuruh panglimanya Awi Cakri membawa hulubalang dan rakyatnya yang sangat ramai untuk menyerang Melaka melalui hulu Pahang. Apabila Sultan Muzaffir Syah mendengar berita tentang rancangan serangan Siam itu, baginda pun menghimpunkan rakyat Melaka dari segenap pelusuk negeri. Tun Perak dari Kelang telah datang membawa bersama-sama dengan anak isteri masing-masing. Pada masa itu, Seri Amerta dilantik oleh sultan sebagai bentara kerana kecerdikan dan kepetahannya berkata-kata. Seri Amerta telah diminta oleh sultan untuk menyiasat tindakan Tun Perak tersebut. Tindakan Tun Perak itu dipersoalkan sebanyak tiga kali oleh Seri Amerta. Tun Perak meminta Seri Amerta jangan mencampuri urusan orang lain. Baginda menjelaskan sekiranya orang Kelang yang datang dari jauh itu ditemani anak isteri masing-masing, mereka akan berperang dengan lebih bersemangat. Apabila hal ini disampaikan kepada Duli Yang diPertuan, baginda amat bersetuju dengan tindakan Tun Perak itu lalu menitahkan Tun Perak terus bermastautin di Melaka. Apabila serangan Siam itu telah dapat dipatahkan, Tun Perak telah dijadikan sebagai bentara di Melaka. Tidak lama kemudian Seri Amerta menyuruh Tun Perak menghadap kerana ada seorang orang Kelang mengadu bahawa dirinya dianiayai oleh Tun Perak. Setelah disoal siasat, Tun Perak menyatakan bahawa Seri Amerta tidak memahami tugas dan tanggungjawab diamanahkan oleh Sultan. Sultan bersetuju dengan penjelasan Tun Perak lalu melantiknya sebagai Perdana Menteri dengan gelaran Paduka Raja yang setaraf dengan Seri Nara Diraja. Seri Nara Diraja sudah tua dan tidak mempunyai anak lelaki,hanya ada seorang anak perempuan yang bernama Tun Putih hasil perkahwinan dengan anak bendahara. Setelah isterinya itu mangkat barulah Seri Nara Diraja mengakui bahawa baginda mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Tun Nina Madi hasil perhubungan dengan gundik istana. Pada masa itu masyarakat Melayu telah berpecah kepada dua puak iaitu puak Paduka Raja dan puak Seri Nara Diraja kerana kedua-duanya mempunyai taraf yang sama. Kedua-dua orang besar ini tidak dapat bekerjasama kerana berbeza pendapat. Apabila hal ini diketahui oleh Sultan Muzaffir Syah, baginda amat kecewa kerana bimbang negara akan lemah jika pembesarnya saling tidak bermuafakat. Baginda telah memikirkan jalan penyelesaian dengan mencai jodoh baru kepada Seri Nara Diraja, tetapi semuanya telah ditolak oleh Seri Nara Diraja sehinggalah dia dijodohkan dengan Tun Kudu anak perempuan Bendahara Seri Wak Raja, saudara kepada Paduka Raja. Hubungan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja kembali baik apabila baginda 53

MODUL PRIGEL KOMSAS

bersetuju supaya Paduka Raja dilantik sebagai bendahara manakala Seri Nara Diraja menjadi penghulu bendahari. Tidak lama kemudian orang Siam di bawah pimpinan Awi Dicu menyerang Melaka. Sultan mengetahui hal tersebut lalu menitahkan Paduka Raja dengan diiringi Seri Bija Diraja dan segala hulubalang untuk mempertahankan Melaka. Anak Seri Bija Diraja bernama Tun Umar yang berkelakuan aneh telah disuruh melanggar perahu pihak Siam, tiga buah perahu Siam telah dikalahkan dengan hanya sebuah perahunya. Pihak Siam menjadi takut dan membatalkan hasrat menyerang Melaka. Bendahara Paduka Raja menggunakan strategi memasangkan puntung api pada pokok-pokok di sepanjang pantai seolah-olah banyak perahu perang Melaka yang dibawa untuk mempertahankan Melaka. Angkatan perang Siam telah berundur. Setelah pihak Siam berundur, Bendahara Paduka Raja dan orang-orangnya telah dianugerahkan persalinan yang mulia. Walau bagaimanapun, berita kegagalan serangan Siam itu sampai ke pengetahuan Paduka Bubunnya, raja Siam itu amat marah dan diri sendiri membuat keputusan untuk menyerang Melaka tetapi anaknya Cau Pandan menawarkan diri untuk menyerang Melaka. Raja Siam bersetuju lalu menggunakan lapan ratus buah kapal perang besar dan banyak kapal perang kecil di bawah pimpinan Pra Kelong untuk membantu Cau Pandan menyerang Melaka. Apabila berita rancangan Siam untuk menyerang Melaka itu diketahui oleh sultan Melaka, Sidi Arab yang mempunyai kesaktian ilmu memanahnya telah memanah Cau Pandan yang berada di Siam. Akhirnya Cau Pandan yang belum sempat menyerang Melaka itu telah terkena panahan tersebut di dada, telah muntah darah lalu mati. Kesaktian Sidi Arab itu amat dihargai sultan dan diberi ganjaran yang setimpalnya. Setelah empat puluh dua tahun Sultan Muzaffir Syah memerintah Melaka, akhirnya baginda mangkat dan digantikan oleh anaknya Raja Abdullah gelaran Sultan Mansur Syah. Ketika menaiki takhta, Sultan Mansur Syah berusia 27 tahun. Baginda beristerikan anak Seri Nara Diraja iaitu Tun Putih Nur Pualam. Baginda seorang raja yang kacak, adil, dan murah hati yang tiada tolok bandingnya pada masa itu.

54

MODUL PRIGEL KOMSAS

B. BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN PROSA TRADISIONAL BENTUK SOALAN Soalan prosa tradisional dikemukakan dalam Soalan 2(c) Pelajar wajib menjawab semua soalan yang dikemukakan Markah yang diperuntukkan sebanyak 8 markah untuk tiga soalan iaitu gabungan 2-3-3. Satu petikan daripada teks prosa Burung Terbang Dipipiskan dikemukakan. Tiga soalan akan dikemukakan yang terdiri daripada:  Soalan memberikan maksud kata/frasa/ungkapan/ayat  Soalan pemahaman langsung terhadap kandungan petikan atau keseluruhan cerita.  Soalan pemahaman atau aplikasi yang berasaskan KBAT berdasarkan petikan prosa. 6. Lazimnya soalan maksud dan pemahaman langsung terhadap kandungan teks berasaskan kata tanya berikut:  Apa..  Siapa...  Di mana...  Mengapa/Kenapa...  Bagaimana... Ataupun menggunakan arahan berikut: 1. 2. 3. 4. 5.

   

Jelaskan... Terangkan... Huraikan secara ringkas... Gambarkan...

7. Soalan pemahaman/ aplikasi berasaskan KBAT:  Pada pendapat anda...  Pada pandangan anda...  Sekiranya anda/ Andaikan anda...  Jika anda...  Mengikut pemahaman anda... 8. Soalan (i) menanyakan soalan tentang maksud rangkai kata berdasarkan petikan yang diberi. Contoh: Apakah maksud rangkai kata gila-gila bahasa? 9. Soalan (ii) menanyakan soalan pemahaman berdasarkan petikan yang diberi. Contoh: Nyatakan tiga keistimewaan Tun Perak. 10. Soalan (iii) menanyakan soalan pemahaman berdasarkan kemahiran berfikir berdasarkan teks pentikan. Contoh : Pada pendapat anda, wajarkah Sultan Muzaffar Syah menceraikan Tun Kudu lalu dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja? Berikan tiga sebab 55

MODUL PRIGEL KOMSAS

TEKNIK MENJAWAB SOALAN

Kebanyakan murid tidak dapat menjawab soalan Prosa Tradisional kerana sukar memahami cerita yang dipaparkan dalam teks dan tidak memahami istilah bahasa klasik. Untuk mengatasi kelemahan semasa menjawab soalan, murid harus: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12.

Baca petikan dari awal hingga akhir Fahami apa yang terkandung dalam petikan walaupun ia menggunakan bahasa klasik. Baca soalan dan garisi kata kunci soalan. Pastikan manakah soalan langsung dan soalan KBKK Padankan apa yang disoal dengan markah yang diperuntukkan kerana jumlah markah boleh menggambarkan berapa isi yang dikehendaki. Tulis menggunakan ayat yang gramatis dari segi struktur ayat dan tanda baca yang digunakan. Gunakan bahasa yang standard, iaitu bukan bahasa klasik yang dipetik daripada teks. Pastikan juga bahasa yang anda gunakan tidak dipengaruhi kata pinjaman atau dialek tempatan. Sekiranya soalan terdiri daripada dua bahagian, jawab bahagian kedua dalam baris baru. Untuk soalan KBKK terutama yang berkehendakkan pandangan anda, jangan sesekali menjawab secara melawan arus, iaitu menentang gagasan atau saranan yang dikemukakan. Pelajar boleh menyalin semula sebahagian daripada ayat-ayat dalam petikan sebagai jawapan (Kaedah potong tampal) Dicadangkan anda menggunakan tidak lebih 15 minit untuk menjawab ketiga-tiga soalan dalam bahagian ini.

56

MODUL PRIGEL KOMSAS

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

Baca petikan Prosa Tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka kata Awi Dicu, “Benarlah seperti kata kamu itu;marilah kita kembali sementara belum siang ini.” Maka segala orang Siam pun kembalilah. Adapun perigi di Batu Pahat itu, orang Siamlah membuat dia. Maka diikut oleh Bendahara Paduka Raja sampai ke Singapura. Maka bendahara pun kembali ke Melaka menghadap Sultan Muzaffar Syah.maka segala perihal ehwal itu sekaliannya dipersembahkan oleh bendahara Ke Bawah Duli Sultan. Maka beginda pun terlalu suka;maka baginda pun memberi persalinan akan Bendahara Paduka Raja daripada pakaian yang mulia-mulia, dengan segala hulubalang yang pergi bersama-sama itu semuanya dianugerahi baginda persalinan masingmasing pada kadarnya. Adapun segala orang Siam yang kembali itu, telah ia sampai ke benua Siam, maka Awi Dicu pun masuk menghadap Paduka Bubunnya. Maka Paduka Bubunya pun terlalu marah; maka ia sendiri hendak pergi menyerang Melaka itu. Maka ada seorang anak Paduka Bubunnya, Cau Pandan namanya. Maka ia bercakap Ke Bawah Duli Paduka Bubunnya hendak menyerang Melaka, sembahnya “Duli Pra Cau, lengkapi patik, patiklah mengalahkan Melaka itu.” i.

Berikan maksud rangkai kata memberi persalinan.

[2 markah]

Tip: Calon perlu menukarkan rangkai kata dengan perkataan bersinonim. Jawapan lengkap: Maksud rangkai kata memberi persalinan ialah menyediakan/menghadiahkan pakaian. ii.

Apakah reaksi Sultan Muzaffar Syah apabila menerima kedatangan pulang bendahara? [2 markah] Tip: Calon perlu menyatakan reaksi/tindakan Sultan Muzaffar Syah berdasarkan petikan yang diberi.

57

MODUL PRIGEL KOMSAS

Jawapan lengkap: Reaksi Sultan Muzaffar Syah apabila menerima kedatangan pulang bendahari ialah baginda terlalu gembira. Baginda seterusnya memberikan persalinan kepada bendahara daripada pakaian yang mahal dan cantik. Tindakan baginda yang selanjutnya ialah menganugerahi hulubalang yang bersama-sama dengan bendahara dengan persalinan yang cantik. iii

Sekiraya anda Awi Dicu, bagaimanakah anda hendak menembusi pertahanan negeri Melaka? [3 markah] Tip: Calon perlu memberikan idea yang bernas dan munasabah untuk mengalahkan pertahanan negeri Melaka. Jawapan lengkap: Sekiranya saya Awi Dicu, antara tindakan yang saya perlu lakukan untuk menembusi pertahankan Melaka ialah saya akan memohon bantuan ketenteraan yang lebih besar daripada Paduka Bubunnya. Selain itu, saya juga akan melengkapkan tentera dengan alatan yang mencukupi. Tindakan seterusnya yang saya akan lakukan ialah melatih tentera dengan lebih sistematik dan proaktif.

Praktis 1 Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja, “Bagaimana makan datuk hendak beristeri muda, kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu kering sudah bertemu?” Maka kata Seri Nara Diraja, “Di mana kamu sekalian tahu?” Jikalau demikian sia-sialah cula dibeli oleh bapaku sekatil emas di benua Keling itu.” Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu. Maka menjadi muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada SultanMuzaffar Syah, “Tunku, baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak Bendahara. Maka titah baginda, “Baiklah.” Maka Paduka Raja pun dijadikan bendahara. Syahadan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana, kerana pada zaman itu tiga buah negeri yang sama besarnya;pertama, Majapahit;kedua, Pasai;ketiga,Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu, ada tiga orang yang bijaksana;di Majapahit, Patih Aria Gajah Mada; dan di Pasai, Orang Kaya Kanayan; dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja; dan Seri Nara Diraja menjadi penghulu bendahari.

58

MODUL PRIGEL KOMSAS

i

Berikan maksud rangkai kata sudah lepas idah

ii

Bagaimanakah hubungan antara Seri Nara Diraja dengan Bendahara Paduka Raja?

iii.

Pada andaian anda, apakah kesan yang akan berlaku sekiranya Seri Nara Diraja dan Bendahara Paduka Raja tidak sehaluan? [3 markah]

[2 markah]

[3 markah]

Praktis 2 Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani, kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja suluh perahu Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng. Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu,maka dilanggarnya sekali, dua tiga perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik, dilanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah. Maka orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar itu. Telah hari malam, maka Awi Dicu datanglah. Maka oleh bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. Telah dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam, “Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada tiada terlawan oleh kita.” Maka kata Awi Dicu, “Benarlah seperti kata kamu itu;marilah kita kembali sementara belum siang ini.” Maka segala orang Siam pun kembalilah. i

Berikan maksud rangkat kata perahunya olang-oleng.

ii

Apakah tindakan berani yang dilakukan oleh Tun Umar berdasarkan petikan.

iii

Sekiranya, anda seorang ketua, apakah tindakan yang anda ambil apabila melihat tentera berundur daripada peperangan? [3 orang]

59

[2 markah] [3 markah]

Praktis 3

MODUL PRIGEL KOMSAS

Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah samasama orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak. “Tuan Tun Perak, segala orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan. Adapun orang teluk rantau yang lain semuanya menghadap laki-laki juga; adapun orang Kelang ini menghadap dibawa Tun Perak dengan membawa perempuan sekali. Mengapakah maka demikian fiil tuan?” Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata itu. Sekali lagi Seri Amerta berkata, itu pun tiada disahuti oleh Tun Perak. Genap tiga kali Seri Amerta berkata ini, maka barulah disahuti oleh Tun Perak, katanya, “Hai Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu juga hendaklah baik-baik tuan hamba peliharakan, jangan diberi berkarat, jangan kemakanan matanya. Akan pekerjaan kami orang bekerja ini, di mana tuan hamba tahu? Adapun akan sekarang Duli Yang Dipertuan di dalam negeri ini dengan perempuan anak isteri dan segala perkakas. Maka benarlah pada fikir tuan hamba kami sekalian datang dengan laki-laki juga, dengan begini jauh Selat Kelang? Jikalau satu hal negeri ini, apa hisab pada kami sekalian? Sebab itulah maka segala orang Kelang ini hamba suruh bawa dengan anak isterinya sekali. Nescaya berperang dengan musuh bersungguh-sungguh hatinya;kurang-kurang ia berlawankan Duli Yang Dipertuan lebih ia berlawankan anak isterinya bersungguh-sungguh.” Maka oleh Seri Amerta kata Tun Perak itu semuanya dipersembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan. Maka baginda pun tersenyum, seraya bertitah, , “Benar seperti kata Tun Perak itu.”

i.

Berikan maksud “ jangan kemakanan matanya”

ii.

Apakah alasan yang diberikan oleh Tun Perak kepada Seri Amerta tentang tujuan orang Kelang membawa sekali anak dan isteri mereka untuk berlawan dengan musuh. [3 markah]

iii.

Pada pendapat anda, apakah peranan yang boleh dimainkan oleh golongan wanita semasa peperangan? [3 markah] 60

(2 markah)

Praktis 4

MODUL PRIGEL KOMSAS

Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka ada seorang Kelang mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak sedikit. Maka dia berdatang sembah ke bawah duli baginda. Maka baginda memberi titah kepada bentara Seri Amerta, menyuruh berkata kepada Tun Perak. Maka Tun Perak pun datang menghadap. Maka Seri Amerta pun berkata kepada Tun Perak, “ Orang ini ya Tuan Tun Perak, mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan, mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak. Mengapakah maka demikian pekerti tuan hamba?” Maka diam Tun Perak tiada disahutinya kata Seri Amerta itu. Setelah tiga kali Seri Amerta berkata-kata itu, maka barulah disahutinya oleh Tun Perak, katanya, “Tuan Seri Amerta, akan tuan hamba dijadikan Yang Dipertuan Bentara, dianugerahi pedang sebilah itu jua tuan hamba peliharakan baik-baik, usahakan jangan diberi berkarat kemakanan. Akan pekerjaan kami orang memegang negeri dimana tuan hamba tahu? Jikalau sebesar tempurung sekalipun, negeri namanya;baik juga kepada kami, maka kami kerjakan, kerana Yang Dipertuan tahu akan baiknya juga kepada kami, tiada tahu akan jahatnya. Tetapi jikalau Duli Yang Dipertuan hendak mencerca hamba sebab orang itu,pecatlah hamba dahulu, maka cercakan hamba dengan dia. Jikalau hamba belum dipecat, bagaimana hamba hendak dicerca?” Syahadan, maka berkenan Sultan Muzaffar Syah mendengar kata Tun Perak itu. Pada hati baginda, “Adapun Tun Perak ini tidaklah patut jadi bentara lagi, patut menjadi Perdana Menteri.” i.

Berikan maksud usahakan jangan diberi berkarat kemakanan.

ii.

Nyatakan reaksi Tun Perak apabila dititahkan oleh Sultan Muzaffar Syah menghadap baginda kerana dikatakan menganiayai seorang orang Kelang. [ 3 markah]

iii.

‘Rakyat mempunyai tanggungjawab yang sangat besar kepada raja dan negara’

Pada pendapat anda, apakah tanggungjawab rakyat terhadap raja dan negara.

61

[2 markah]

[3 markah]

Praktis 5

MODUL PRIGEL KOMSAS

Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai, dihadap orang banyak. Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat,lalu diribanya oleh Seri Nara Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk itu, “Tahukah tuan hamba sekalian bahawa ia ini anak hamba?” Maka sembah segala orang banyak itu, “Sahaya semua tahu juga; oleh tuanku tiada mengaku, sahaya semua takut mengatakan dia anak tuanku.” Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum. Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka Raja, setengah pada Seri Nara Diraja kerana kedua-duanya sama orang berasal. Maka Seri Nara Diraja tidak muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga; beberapa kali lain Paduka Raja kedapatan dengan Paduka Raja dalam kampung Seri Nara Diraja. Maka Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu maka terlalulah dukacita baginda melihat kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja itu. Maka fikir di dalam hati baginda, “Jikalau demikian binasalah negeri ini, kerana orang besarnya tidak muafakat sama orang besar.”

i.

Berikan maksud rangkai kata senantiasa beringgit.

ii

Apakah perkara yang dilakukan oleh Padukan Raja sehingga dimurkai oleh Sultan Muzaffar Syah?

[2 markah]

(3 markah) iii

Pada pendapat anda, wajarkah Sultan Muzaffar Syah mendamaikan Padukan Raja dengan Seri Nara Diraja. Berikan tiga alasan anda. [3 markah]

62

MODUL PRIGEL KOMSAS

63

MODUL PRIGEL KOMSAS

A.NOTA CERPEN CINTA AHMAD MUTAWAKKIL Zainal Rashid Ahmad

SINOPSIS Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil ( Zainal Rasyid Ahmad) telah menggunakan pendekatan sorot balik tentang kisah perjuangan Ahmad Mutawakkil dalam menzahirkan cintanya terhadap bangsa dan negara. Ahmad Mutawakkil yang parah ditembak telah memeranjatkan penduduk kampung yang ketika itu sedang berdoa seusai solat maghrib. Setelah menjelaskan keadaan Ahmad Mutawakkil yang parah, terkulai lalu pengsan, penulis mula mengimbas kembali kisah perjuangan anak muda tersebut bermula daripada perubahan sosioekonomi penduduk kampung kesan kehadiran Tuan Booth sekeluarga. Kehadiran mereka bukan sahaja berjaya meningkatkan ekonomi penduduk kampung, malahan Ahmad Mutawakkil membesar sebagai pemuda berilmu hasil bantuan anak Tuan Booth, Sandra. Dia bukan sahaja menjadi penyebar maklumat tentang hal ehwal semasa kepada masyarakat di kampungnya, malahan turut bekerja membaca dan menjawab surat-surat rahsia daripada Inggeris untuk kumpulan anti-Jepun. Cerpen ini diteruskan lagi dengan Ahmad Mutawakkil menyampaikan khabar kepada penduduk kampung tentang pengeboman Hiroshima dan Nagasaki yang membawa kelegaan dan rasa syukur mereka. Ahmad Mutawakkil kemudiaannya digambarkan sebagai pemuda yang berjiwa pemimpin apabila dia dapat mempengaruhi penduduk kampung dengan pidatonya yang membangkitkan semangat patriotisme dalam jiwa mereka. Dalam masa yang sama Ahmad Mutawakkil berjaya mengajak penduduk kampung untuk menjalinkan silaturahim dengan Tuan Booth sekeluarga yang tidak pernah memusuhi masyarakat di situ. Cerpen ini juga dikembangkan dengan kisah hubungan antara Ahmad Mutawakkil dengan Sandra yang sering menjadi tanda tanya kepada penduduk di situ. Plot dirumitkan lagi dengan situasi 16 Jun 1948 di Perak apabila darurat diisytiharkan kerana Parti Komunis Malaya mula menggila. Ahmad Mutawakkil tetap mengajak masyarakat kampungnya berjuang tanpa menghiraukan keselamatan dirinya walaupun pihak komunis telah memberi amaran kepadanya melalui Tuan Booth agar tidak menghasut orang kampung membenci komunis. Kemuncaknya, Ahmad Mutawakkil berjaya meniupkan semangat perjuangan yang begitu mendalam dalam jiwa penduduk kampung melalui pidato citra merdeka dan kritikan terhadap bangsa Melayu yang sanggup diperalat Parti Komunis Malaya. Setelah ditemui oleh seorang budak lelaki yang tidak dikenali seusai majlis ceramah tersebut, Ahmad Mutawakkil pergi dan tidak pulang-pulang sehingga dia datang pada malam esoknya di surau kampung dalam keadaan berlumuran darah. Ahmad Mutawakkil terbunuh namun semangat perjuangannya terus membara dalam masyarakat kampung sama seperti mereka rindu akan katakata semangat anak muda itu “ Tanah Melayu pasti merdeka!”. Tuan Booth sekeluarga pulang ke England seminggu selepas Tanah Melayu merdeka namun rasa cinta yang mendalam Sandra terhadap Ahmad Mutawakkil telah membawa dia pulang ke kampung tersebut untuk meneruskan kehidupannya di situ. 64

MODUL PRIGEL KOMSAS TEMA

Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil memaparkan tema perjuangan menentang penjajah. Ahmad Mutawakkil yang merupakan watak utama dalam cerpen ini telah menzahirkan cintanya terhadap bangsa dan negara melalui perjuangan menentang penjajah Inggeris, Jepun dan Komunis. Ahmad Mutawakkil telah menggunakan penguasaan ilmunya dalam menjadi penyebar maklumat tentang penjajah kepada mesyarakat di kampungnya. Sejak usia belasan tahun lagi, Ahmad Mutawakkil telah menonjolkan dirinya sebagai seorang pemimpin muda yang berpengaruh. Hal ini dibuktikan melalui pidato- pidato yang disampaikan kepada masyarakat kampung untuk meniupkan semangat patriotisme dalam diri setiap ahli masyarakat. Ahmad Mutawakkil merupakan seorang pemuda yang mempunyai semangat perjuangan yang tinggi sehinggakan tidak sanggup menerima sebarang pujian selagi Tanah Melayu belum merdeka. Dia sanggup menggadaikan nyawanya untuk menentang komunis dan akhirnya dia terbunuh sebelum mengecap kemerdekaan Tanah Melayu. Perjuangan dan pengorbanannya terus diingati oleh masyarakat kampungnya sama seperti mereka mengingati kata-kata anak muda itu “Tanah Melayu pasti merdeka!”. PERSOALAN 1.

2. 3. 4.

5.

6

Persoalan perubahan sosioekonomi masyarakat kampung Cth : Kedatangan Tuan Booth dan keluarga telah merubah sosioekonomi masyarakat kampung apabila beliau telah mengupah beratus-ratus buruh termasuk penduduk kampung sendiri untuk meneroka belukar bagi meluaskan penanaman getah Persoalan kepentingan sikap berdikari dalam kehidupan Cth : Ahmad Mutawakkil belajar berdikari setelah kematian bapanya, Wan Sadir dengan cara bekerja dengan orang putih Persoalan kesan kedatangan penjajah Cth : Kedatangan penjajah yang membawa kepada serangan telah menyebabkan seluruh ketenangan hidup masyarakat kampung hilang Persoalan tanggungjawab seorang pemimpin Cth : Imam Ngah Deraman bergegas meninggalkan surau selepas solat isyak untuk mencari Ahmad Mutawakkil yang kehilangan tempat menumpang nasib setelah pemergian Tuan Booth sekeluarga akibat kedatangan Jepun dan mengambil Ahmad Mutawakkil sebagai anak angkatnya Persoalan kepentingan menguasi ilmu dalam kehidupan Cth : Ahmad Mutawakkil menjadi tempat penduduk kampung mendapatkan maklumat tentang hal ehwal semasa kerana dia boleh menulis dan bercakap dalam bahasa Inggeris Persoalan semangat patriotisme dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan Cth Ahmad Mutawakkil menyeru ahli masyarakat agar mengikis tabiat buruk, berjuang mengubah sikap dan pandangan sempit bangsa Melayu untuk merdeka 65

PLOT

MODUL PRIGEL KOMSAS

Tidak mengikut kronologi 1.

Permulaan/Eksposisi Pada hari Jumaat bulan Ogos tahun 1953, Ahmad Mutawakkil muncul di kampung dengan mempunyai luka yang parah dan bajunya dipenuhi dengan darah. Oleh sebab mempunyai luka yang besar di bahunya, Ahmad Mutawakkil telah terkulai lalu pengsan.

2.

Perkembangan Pada pertengahan tahun 30-an, muncul satu keluarga orang putih, iaitu Tuan Booth. Tuan Booth telah mengupah beratus-ratus orang kampung di estet getahnya. Pada tahun 1941, tentera Jepun telah berjaya masuk ke Tanah Melayu. Tuan Booth sekeluarga telah berpindah sebelum tentera Jepun datang. Pada tahun 1945, bandar Hiroshima dan Nagasaki telah dibom dan Jepun telah menyerah kalah. Selepas itu, keluarga Tuan Booth telah kembali ke kampung selepas Jepun menyerah kalah. Pada masa yang sama, Ahmad Mutawakkil telah dilantik sebagai pejuang nasionalis Melayu yang paling muda. Ahmad Mutawakkil telah berusaha mengadakan ceramah kepada penduduk kampung dan menulis di surat khabar untuk menentang penjajahan Inggeris dan Parti Komunis Malaya

3.

Klimaks Pada malam Jumaat, seorang budak lelaki telah mendekati dan berbisik dengan Ahmad Mutawakkil. Selepas itu, Ahmad Mutawakkil berdiri dan mengikuti budak lelaki itu. Hari keesokannya, Ahmad Mutawakkil telah hilang dan amat mrmbimbangkan penduduk kampung. Oleh itu, mereka mencari Ahmad Mutawakkil. Akhirnya, Ahmad Mutawakkil telah meninggal dunia kerana ditembak oleh Komunis.

4.

Peleraian Pada malam 31 Ogos 1957, penduduk kampung telah mengadakan majlis kesyukuran untuk Ahmad Mukawakkil yang telah terkorban. Selepas merdeka, keluarga Tuan Booth telah kembali ke England. Selepas setahun, Sandra telah kembali ke banglo ayahnya. Sandra juga mengajar anak-anak kampung di situ supaya mereka mengingati seorang pejuang nasionalis Melayu yang telah berkorban untuk tanah air.

66

MODUL PRIGEL KOMSAS

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama : Ahmad Mutawakkil 1. Bijak merancang masa depan Cth : belajar menulis dan membaca daripada Sandra semasa menumpang tinggal di rumah 2. 3. 4.

5.

Tuan Booth Seorang yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi Cth : menjadi sebagai seorang pejuang nasionalis semasa berumur tujuh belas tahun. Seorang yang sanggup berkorban untuk tanah airnya Cth : dibunuh oleh orang komunis kerana hendak mempertahankan tanah air. Seorang yang menghargai jasa dan budi orang lain Cth : menghargai jasa dan budi baik Tuan Booth dengan menghadiri majlis yang diadakan oleh Tuan Booth di banglo estetnya Seorang yang sangat berpengaruh dan dihormati Cth : Penduduk kampung sangat menghormati Ahmad Mutawakkil

Nama Watak Sampingan Tuan Booth 1. Seorang yang baik hati Cth : turut menyertai misi pencarian Ahmad Mutawakkil 2. Seorang yang peramah Cth : mesra dengan penduduk kampung 3. Seorang yang bersikap terbuka Cth : Tidak menghalang Sandra berbaik-baik dengan Ahmad Mutawakkil Nama Watak Sampingan Imam Ngah Deraman 1. Seorang yang penyayang Cth : Sayang akan Ahmad Mutawakkil yang yatim piatu 2. Taat akan agama Cth : Menunaikan solat Jemaah dengan penduduk kampong setiap waktu solat 3. Seorang yang prihatin Cth : Sentiasa ambil tahu pergerakan Ahmad Mutawakkil Nama Watak Sampingan Sandra 1. Seorang yang baik hati Cth : mengajar Ahmada membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris 2. Seorang yang prihatin Cth : ambil berat tentang kehilangan Ahmad Mutawakkil

67

MODUL PRIGEL KOMSAS

LATAR

Latar Masa 1. Pertengahan tahun 30-an Cth : Sebuah keluarga orang putih (keluarga Tuan Booth) datang ke kampung Ahmad 2. 3.

Mutawakkil Tahun 1941 Cth : Jepun memasuki Tanah Melayu Tahun 1943 Cth : Ahmad Mutawakkil bekerja di bandar untuk membaca dan menjawab surat-surat bahasa Inggeris

Latar Tempat 1. Estet getah Tuan Booth Cth : Beratus-ratus orang kampung dan Ahmad Mutawakkil bekerja di ladang estet getah 2. 3.

Surau

Tuan Booth

Ahmad Mutawakkil telah sentiasa mengadakan ceramah tentang kemerdekaan kepada penduduk kampung Estet Ephill dan Estet Sungai Siput Cth : Peristiwa serangan yang mengorbankan tiga orang pengurus Inggeris Cth :

Latar Masyarakat 1.

Masyarakat yang bekerja dengan bersungguh-sungguh Cth : Ahmad Mutawakkil dan beratus-ratus orang kampung telah bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat rezeki

2.

Masyarakat yang penyayang Cth : Penduduk telah mengadakan doa kesyukuran kepada Ahmad Mutawakkil yang telah berkorban untuk kemerdekaan tanah air

3.

Masyarakat yang berusaha membebaskan tanah air daripada penjajahan negara lain Cth : Ahmad Mutawakkil telah bekerja dengan golongan anti-Jepun, iaitu membaca dan menjawab surat-surat yang berasal daripada bahasa Inggeris

4.

Masyarakat yang gigih bertani Cth : Kebanyakan penduduk kampung penulis yang berbangsa Melayu bertani padi sawah, pisang, ubi kayu, dan keledek

5.

Masyarakat penjajah asing yang mengaut keuntungan tanah air Cth :

Tuan Booth yang membuka estet getah mengupah lima belas keluarga berketurunan India untuk bekerja sebagai buruh di estet getahnya

68

GAYA BAHASA 1. 2. 3. 4. 5.

MODUL PRIGEL KOMSAS

Personifikasi Cth : Tiada seorang pun antara kami yang pernah diratah atau dirobek oleh peluru Simile Cth : Sawah pula, laksana lautan emas kala musim menuai Metafora Cth : bola matanya Peribahasa Cth : menjaga tepi kain orang Bahasa Arab Cth : Alhamdulillah

NILAI 1. 2. 3. 4. 5.

Patriotik Cth : Ahmad Mutawakkil seorang remaja yang sayang akan negaranya Keberanian Cth : Ahmad Mutawakkil berani untuk menghadapi pelbagai cabaran untuk kemerdekaan negara. Tanggungjawab Cth : Imam Ngah Deraman telah menjadikan Ahmad Mutawakkil yang masih kecil itu sebadai anak angkatnya Kebijaksanaan Cth : Ahmad Mutawakkil seorang pemuda yang bijaksana. Kasih sayang Cth : Tuan Booth amat menyayangi isteri dan anak perempuannya, Sandara.

PENGAJARAN 1.

2. 3. 4.

5.

Kita hendaklah bertanggungjawab melaksanakan tugas kita dengan sebaik-baiknya. Cth : Ahmad Mutawakkil bertanggungjawab semasa melaksanakan tugasnya sebagai seorang wartawan dalam menulis surat khabar kepada rakyat untuk kemerdekaan tanah air. Kita hendaklah bekerjasama untuk melakukan sesuatu aktiviti Cth : Penduduk kampung telah bekerjasama dalam membentuk tiga kumpulan pencari untuk mencari Ahmad Mutawakkil yang hilang. Kita hendaklah berkorban untuk kemerdekaan tanah air kita Cth : Ahmad Mutawakkil telah berkorban untuk mempertahankan tanah air daripada ancaman Parti Komunis Malaya Kita mestilah memupuk cinta akan negara untuk memerdekaan tanah air daripada penjajah Cth : Ahmad Mutawakkil menggesa rakyat menentang penjajah Inggeris Kita hendaklah bijak mengambil peluang untuk menambahkan ilmu pengetahuan Cth : Ahmad Mutawakkil belajar membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris daripada Sandra ketika menumpang selama tiga tahun di bangle Tuan Booth 69

HIPERTENSI Karya Illias Zaidi

MODUL PRIGEL KOMSAS

SINOPSIS Cerpen ini mengisahkan kehidupan seorang budak lelaki genius bernama Aiman Aqil. Kepintarannya menyebabkan dia berasa bosan belajar di dalam kelas. Pada usia yang muda, dia telah dapat menyelesaikan masalah Matematik Tingkatan Lima. Aiman Aqil juga sering memperkecil adik dan rakan-rakannya yang sukar menyelesaikan soalan Matematik. Aiman Aqil memberikan alasan kepada bapanya bahawa dia seorang yang pintar. Akibat tindakan Aiman Aqil itu, bapanya sering merotannya. Ibunya tidak setuju dengan tindakan bapanya tetapi berdiam diri sahaja. Situasi bertambah buruk apabila dia mengambil tindakan untuk ponteng sekolah dan ponteng kelas sebagai tanda bantahan terhadap tindakan bapanya yang sering merotannya. Aiman sentiasa mengambil kesempatan untuk mewujudkan halusinasi futuristik penuh cabaran. Dia pernah membayangkan dirinya telah lulus pengajian tinggi dalam bidang aeroangkasa. Walaupun Aiman Aqil sering berhalusinasi, namun dia mempunyai prinsipnya yang tersendiri. Dia tidak mahu berangan-angan seperti Mat Jenin dan Si Luncai. Angan-angan Aiman terus mekar apabila dia terus berhalusinasi menjalani latihan intensif di bawah program aeroangkasa di bawah Rusia. Pada suatu hari, Aiman Aqil memanjat pokok kelapa untuk berangan-angan fantasi futuristik. Aiman Aqil telah berfantasi menjadi seorang angkasawan yang telah ke Stesen Angkasa Antarabangsa dan ke bulan. Angan-angan Aiman terus mekar apabila dia terus berhalusinasi menjalani latihan intensif di bawah program aeroangkasa di bawah Rusia. Kemudian, dia terus berangan-angan hendak memantapkan diri sebagai persediaan untuk berlepas ke angkasa. Halusinasi Aiman tidak terhenti setakat itu sahaja, malah dia turut membayangkan jutaan khalayak menyaksikan siaran langsung perlepasan kapal angkasa yang dinaikinya. Aiman akhirnya berjaya mendarat di bulan dalam halusinasinya itu. Ketika berfantasi, Aiman Aqil terdengar suara halus yang mengajaknya supaya mendekatkan diri kepada Tuhan. Pada masa yang sama, suara halus itu meminta Aiman Aqil supaya tidak membinasakan alam sekitar di bumi. Akhirnya, Aiman sedar daripada khayalannya bahawa dia perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu bukan sekadar berangan-angan. Jauh di sudut hati Aiman, dia memanjatkan doa dan harapan ke hadrat Ilahi.

70

TEMA

MODUL PRIGEL KOMSAS

Keinginan yang tinggi dalam bidang sains angkasa – Aiman Aqil sangat berminat dengan aeroangkasa. Dia membayangkan dirinya mendapat ijazah pertama dalam bidang aeroangkasa. Sedekad selepas itu, dia berjaya menjejakkan kaki ke bulan di bawah program aeroangkasa bersama dengan pihak Rusia. PERSOALAN 1.

Persoalan adab menuntut ilmu Cth : Aiman Aqil selalu tidak fokus terhadap pengajaran Cikgu Faridah menyebabkan Cikgu Faridah hilang kesabarannya.

2.

Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya Cth : Ibu Aiman Aqil tidak setuju dengan tindakan suaminya yang sering merotan Aiman kerana perilaku Aiman sering berkontradiksi dan berkontras dengan watak babahnya.

3.

Persoalan amalan hormat terhadap guru Cth : Aiman Aqil membetulkan jawapan soalan Teori Graviti dengan baiknya dan serius apabila melihat gurunya tidak suka akan gurauannya.

4.

Persoalan kepentingan prinsip hidup Cth : Aiman Aqil bertekad tidak akan menjadi seperti Si Luncai dan Mat Jenin yang hanya memasang angan-angan tanpa merealisasikan angan-angan tersebut.

5.

Persoalan pengorbanan seorang guru terhadap anak murid. Cth : Cikgu Faridah mengajar Aiman Aqil dan murid-murid yang lain subjek Sains dengan bersungguh-sungguh.

PLOT 1.

Permulaan/Eksposisi Aiman yang berada di banglo keluarganya merenung lereng bukit yang terhakis dan runtuhan tanahnya yang menimpa sebuah banglo melalui celah jari-jemari tangannya yang kurus runcing. Tiba-tiba sebiji mempelam yang jatuh di hadapannya telah mengingatkannya tentang Teori Graviti oleh Isaac Newton, sainstis berbangsa Inggeris serta peristiwa ketika Cikgu Faridah bersoal jawab tentang Teori Graviti semasa di kelas.

2.

Perkembangan Aiman digambarkan sebagai seorang murid pintar yang digelari Cikgu Faridah sebagai profesor ekoran memiliki IQ yang tinggi. Dia bersikap angkuh, suka memberontak, dan marah-marah kepada suasana persekitarannya. Di rumah, dia suka menyakat dan mengganggu adik-adiknya ketika mereka membuat kerja rumah. Di sekolah pula, dia selalu 71

MODUL PRIGEL KOMSAS

memandang rendah dan menyindir rakan-rakannya yang gagal menjawab soalan Matematik. Akibatnya, dia dipanggil oleh Guru Besar kerana menimbulkan masalah di kelas. Akibat tindakan Aiman itu, bapanya sering merotannya. Ibunya tidak setuju dengan tindakan bapanya tetapi berdiam diri sahaja. Situasi bertambah buruk apabila dia mengambil tindakan untuk ponteng sekolah dan ponteng kelas sebagai tanda bantahan terhadap tindakan bapanya yang sering merotannya. Keadaan ini menyebabkan Aiman mula berhalusinasi dengan membayangkan dirinya menjalani latihan intensif di bawah program aeroangkasa di Rusia. Dia berhalusinasi berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa dan sampai ke bulan. 3.

Klimaks Sewaktu berhalusinasi ke angkasa lepas, Aiman terdengar suara halus yang mengajaknya supaya mendekatkan diri kepada Tuhan.

4.

Peleraian Aiman nekad untuk berubah. Dia tidak mahu melayan halusinasi dunia aeroangkasanya lagi. Aiman berdoa kepada Tuhan agar membantunya untuk hidup dalam dunia realiti.

TEKNIK PLOT / PENCERITAAN 1.

Imbas muka Cth: Aiman Aqil membayangkan dirinya sudah lulus dalam peperiksaan pada peringkat pengajian tinggi dengan memperoleh ijazah kelas pertama.

2.

Imbas Kembali Cth: Ketika belajar di sekolah rendah, Aiman Aqil selalu ponteng sekolah kerana bosan dengan pembelajaran yang dianggapnya tidak sesuai dengan tahap IQ yang dimilikinya.

WATAK DAN PERWATAKAN Aiman Aqil 1. Seorang murid genius Cth : Aiman Aqil mampu menyelesaikan masalah Matematik pelajar Tingkatan Lima pada usia lapan tahun. 2.

Seorang yang sombong Cth : Aiman Aqil juga sering memperlekeh adik dan rakan-rakannya yang sukar menyelesaikan soalan Matematik.

72

MODUL PRIGEL KOMSAS

3.

Seorang murid yang menghormati guru Cth : Aiman Aqil cepat-cepat membetulkan jawapan kepada soalan teori graviti dengan baiknya dan serius apabila melihat gurunya tidak suka akan gurauannya.

4.

Seorang pendendam Cth : Aiman Aqil menyimpan dendam terhadap babahnya yang sering merotan dan menamparnya.

5.

Seorang yang bercita-cita tinggi Cth : Aiman Aqil menyimpan angan-angan untuk menjadi seorang angkasawan yang berjaya seperti Neil Armstrong.

Babah 1.

Seorang yang tegas Cth : Babah sering merotan Aiman Aqil kerana Aiman selalu berkontradiksi dengannya sehingga lebam di pinggul Aiman.

2.

Seorang yang penyayang Cth : Babah berusaha merawat masalah kegagapan anaknya, Aiman Aqil dengan membawanya menjalani latihan intensif dan terapi.

Ibu 1.

Seorang ibu yang penyayang Cth : Ibu Aiman Aqil tidak setuju dengan tindakan suaminya yang sering merotan Aiman kerana Aiman selalu ponteng sekolah dan melawan kata-katanya.

2.

Seorang ibu yang bertanggungjawab. Cth : Ibu menyediakan makanan seimbang untuk Aiman Aqil sehingga Aiman Aqil membesar dengan sihatnya

3.

Seorang yang penyabar Cth : Ibu sabar dengan sikap garang suaminya dalam mendidik anak-anak terutamanya Aiman Aqil yang bersikap kontras dengan suaminya.

Cikgu Faridah 1.

Seorang yang berdedikasi Cth : Cikgu Faridah menerangkan ilmu Teori Graviti secara bersungguh-sungguh kepada Aiman dan kawan-kawannya.

73

MODUL PRIGEL KOMSAS

2.

Seorang yang bijak Cth : Cikgu Faridah bijak melihat potensi yang ada pada Aiman Aqil dan menggelarnya sebagai profesor kerana kepintaran dan kecerdikan muridnya itu.

3.

Seorang yang sensitif Cth : Wajah Cikgu Faridah segera berubah apabila Aiman Aqil mempertikaikan Teori Graviti yang diajarnya dengan kuasa Tuhan

LATAR Latar Masa 1.

Waktu tengah hari Cth : Aiman Aqil sedang bersoal jawab dengan Cikgu Faridah tentang Teori Graviti dan kaitannya dengan alam sejagat.

2.

Waktu malam Cth : Aiman Aqil mengganggu adik-adiknya yang sedang membuat kerja rumah dengan menyindir mereka kerana tidak dapat menjawab soalan matematik

3.

Zaman sekolah rendah Cth : Aiman Aqil mengganggu rakan-rakan sekelasnya yang sedang membuat latihan ketika sesi pembelajaran

Latar Tempat 1.

Kelas Cth : Aiman Aqil sedang bersoal jawab dengan Cikgu Faridah tentang Teori Graviti dan kaitannya dengan alam sejagat.

2.

Bulan Cth : Aiman Aqil berfantasi menjadi seorang angkasawan yang berjaya pergi ke bulan.

3.

Rumah keluarga Aiman Cth : Aiman Aqil mengganggu adik-adiknya yang sedang membuat kerja rumah dengan menyindir mereka kerana tidak dapat menjawab soalan matematik

74

Latar Masyarakat

MODUL PRIGEL KOMSAS

1.

Masyarakat yang menghormati guru Cth : Aiman Aqil membetulkan jawapan kepada soalan teori graviti dengan baiknya dan serius apabila melihat gurunya tidak suka akan gurauannya.

2.

Masyarakat yang bertanggungjawab Cth : Ibu menyediakan makanan seimbang untuk Aiman Aqil sehingga Aiman Aqil membesar dengan sihatnya

3.

Masyarakat yang terlalu bijak Cth : Aiman Aqil mampu menyelesaikan masalah Matematik Tingkatan Lima walaupun berusia lapan tahun

4.

Masyarakat yang penyayang Cth : Ibu Aiman Aqil tidak setuju dengan tindakan bapanya yang sering merotannya tetapi terpaksa memprotes dalam hati sahaja

5.

Masyarakat yang terlalu meminati bidang sains angkasa Cth : Aiman Aqil sangat berminat dengan aeroangkasa. Dia membayangkan dirinya mendapat ijazah pertama dalam bidang aeroangkasa dan berangan-angan menjejakkan kaki ke bulan.

GAYA BAHASA 1.

Diksi – penggunaan istilah sains Cth : orbit (hlm. 61); aeroangkasa (hlm. 62), planet (hlm. 64)

2.

Bahasa Inggeris Cth : IQ (hlm. 61); genius (hlm. 62)

3.

Simile Cth : Dia merasakan bahangnya umpama sudah mencecah angka 150 darjah Celsius. (hlm. 65)

4.

Personifikasi Cth : Sang suria terus setia memancarkan cahayanya (hlm. 67)

75

NILAI

MODUL PRIGEL KOMSAS

1.

Kebijaksanaan Cth : Aiman Aqil mampu menyelesaikan masalah Matematik Tingkatan Lima walaupun berusia lapan tahun

2.

Kasih sayang Cth : Ibu Aiman Aqil tidak setuju dengan tindakan bapanya yang sering merotannya tetapi terpaksa memprotes dalam hati sahaja

3.

Hormat-menghormati Cth : Aiman Aqil membetulkan jawapan kepada soalan teori graviti dengan baiknya dan serius apabila melihat gurunya tidak suka akan gurauannya

4.

Ketegasan Cth : Bapa Aiman mengambil tindakan tegas dengan merotan Aiman atas kesalahannya yang membuat onar di dalam kelas

5.

Bertanggungjawab Cth : Ibu menyediakan makanan seimbang untuk Aiman Aqil sehingga Aiman Aqil membesar dengan sihatnya

PENGAJARAN 1.

Kita haruslah bijak dalam menyelesaikan masalah. Cth : Aiman bijak menyelesaikan latihan matematik murid Tingkatan 5 walaupun baru berusia 8 tahun, Aiman bijak semasa berdebat dengan Cikgu Faridah tentang teori graviti

2.

Kita perlulah bertangungjawab terhadap keluarga di bawah tanggungan kita Cth : Ibu menyediakan makanan seimbang untuk Aiman Aqil sehingga Aiman Aqil membesar dengan sihatnya

3.

Kita hendaklah menghormati guru yang banyak berjasa Cth : Aiman Aqil membetulkan jawapan kepada soalan teori graviti dengan baiknya dan serius apabila melihat gurunya tidak suka akan gurauannya.

4.

Kita hendaklah saling menyayangi sesama ahli keluarga Cth : Ibu Aiman Aqil tidak setuju dengan tindakan bapanya yang sering merotannya tetapi terpaksa memprotes dalam hati sahaja

5.

Kita hendaklah tegas dalam memberikan didikan kepada anak-anak Cth : Bapa Aiman mengambil tindakan tegas dengan merotan Aiman atas kesalahannya yang membuat onar di dalam kelas

76

GERHANA MANUSIA Karya Aminah Mokhtar

MODUL PRIGEL KOMSAS

SINOPSIS Cerpen Gerhana Manusia karya Aminah Mokhtar mengisahkan kesibukan di Wad Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital. Di wad tersebut, Tuan Besar Musa sedang koma dan hanya bergantung pada alat sokongan hidup kerana mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru akibat gaya hidupnya yang tidak sihat sedang. Beliau memerlukan pek darah yang banyak untuk meneruskan hidup. Walau bagaimanapun hospital tersebut mengalami masalah kekurangan bekalan darah dan Doktor Murni mengarahkan Nusia, jururawat yang bertugas di wad tersebut agar membuat hebahan melalui media supaya orang ramai menderma darah untuk menyelamatkan Tuan Besar Musa. Nusia tidak bersetuju kerana tubuh pesakit tersebut sudah tidak menerima kemasukan darah lagi dan hanya membazir kerana terdapat pesakit lain yang memerlukannya dan berpotensi untuk hidup. Doktor Murni menegaskan itu adalah arahan Profesor Doktor Juaidi dan mereka mesti akur kerana mereka hanya pekerja. Beberapa orang pesakit juga sedang koma dan berada dalam keadaan kritikal di wad yang sama sangat memerlukan bekalan darah. Antaranya, Solehah, seorang ibu yang koma akibat janinnya pecah di ovari, Al-Hafiz yang cedera parah akibat kemalangan, seorang bayi, seorang gadis mangsa dera, dan seorang mahasiswa yang menghidap leukemia. Nusia berasa sedih melihat keadaan mereka. Profesor Doktor Juaidi mengarahkan Doktor Murni mendapatkan 10 pek darah untuk menyelamatkan Tuan Besar Musa. Profesor tersebut lebih memberikan perhatian kepada Tuan Besar Musa kerana sumbangan beliau yang merupakan seorang ahli korporat yang kaya dan penyumbang dana pada kelab elit di hospital itu. Keadaan Solehah kian tenat menyebabkan Nusia memaklumkannya kepada Profesor Juaidi namun beliau mengarahkan Nusia agar memberikan bekalan gelafundin sebagai ganti darah kepada Solehah yang hanya boleh memperlahankan kematiannya. Nusia tidak berpuas hati tindakan profesor tersebut yang tidak memperdulikan pesakit lain kerana taraf sosial yang berbeza. Nusia kesal dengan tindakan profesor yang lebih mengutamakan Tuan Besar Musa sedangkan beliau tidak mempunyai harapan untuk sembuh. Nusia tidak berpuas hati terhadap tindakan profesor tersebut lalu menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada Doktor Murni. Malangnya, Doktor Murni tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana Profesor Doktor Juaidi lebih berkuasa di wad tersebut. Nusia mendesak juruteknik makmal supaya memberikan 5 pek darah yang terakhir kepadanya untuk menyelamatkan pesakit lain yang kian kritikal. Dia sanggup dimarahi oleh profesor tersebut demi menyelamatka nyawa pesakit lain di wad tersebut. Akhirnya Tuan Besar Musa meninggal dunia. Profesor Doktor Juaidi mengeluh kerana kematian Tuan Besar Musa menyebabkan kelab elit hospital mereka kehilangan penyumbang dana yang besar. Doktor Murni menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Profesor Doktor Juaidi kerana tidak sanggup menggadaikan nilai kemanusiaannya. Doktor Murni kemudiannya mengajak Nusia ke bank darah untuk menyelamatkan pesakit-pesakit di wad Unit Rawatan Rapi.

77

TEMA

MODUL PRIGEL KOMSAS

Tema Gerhana Manusia tentang etika kerja doktor yang mementingkan ganjaran dan material ketika merawat pesakit sehingga menyebabkan berlakunya pengabaian dalam nilai kemanusiaan. Contoh: Profesor Doktor Juaidi cuba menguasai kakitangannya agar memastikan semua pek darah yang ada di hospital tersebut hanya diberikan kepada Tuan Besar Musa yang menjadi penyumbang utama pada jamuan tahunan kelab kebajikan mereka.

PERSOALAN

1.

1.

Persoalan tentang tanggungjawab ahli perubatan – Contohnya, Nusia dan Doktor Murni bertanggungjawab untuk merawat pesakit di wad Unit Rawatan Rapi.

2.

Persoalan tentang ajal maut seseorang adalah kuasa Tuhan.- Contohnya, walaupun pelbagai usaha yang dilakukan oleh Profesor Doktor Juaidi untuk menyelamatkan nyawa Tuan Besar Musa namun akhirnya beliau meninggal dunia kerana ajalnya.

3.

Persoalan sikap pilih kasih dan ketidakadilan dalam menjalankan tugas kerana status sosial yang berbeza. Contohnya, Profesor Doktor Juaidi yang lebih mengutamakan Tuan Besar Musa yang kaya daripada pesakit yang lain kerana kepentingan beliau pada hospital mereka.

4.

Persoalan tentang nilai kemanusiaan yang perlu ada pada setiap manusia. Contohnya, Nusia dan Doktor Murni yang menentang tindakan Profesor Doktor Juaidi yang tidak berperikemanusiaan terhadap pesakit yang lain sehingga memberikan semua bekalan darah kepada Tuan Besar Musa sahaja.

5.

Persoalan tentang kesungguhan untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Nusia dan Doktor Murni mendapatkan bekalan darah di bank darah demi menyelamatkan nyawa pesakit di wad Unit Rawatan Rapi.

PLOT 1. PERMULAAN Suasana cemas di wad Unit Rawatan Rapi apabila Tuan Besar Musa yang sedang koma tidak memberikan tindak balas terhadap rawatan yang diberikan walaupun sudah banyak pek darah dimasukkan ke dalam tubuhnya. Bekalan darah di bank darah juga hampir habis.

78

MODUL PRIGEL KOMSAS

2. PERKEMBANGAN Nusia, seorang jururawat yang bertugas di wad tersebut mempertikaikan perkara itu kerana menganggapnya satu pembaziran lantaran masih ramai pesakit di wad yang sama memerlukan bekalan darah tersebut. Doktor Murni mengatakan bahawa itu adalah arahan Profesor Doktor Juaidi. Nusia memaklumkan Profesor Doktor Juaidi keadaan pesakit lain namun professor itu hanya mahu mengutamakan rawatan Tuan Besar Musa. Nusia meluahkan ketidakpuasannya pada Doktor Murni kerana pengabaian nilai kemanusiaan sehingga sanggup menggadaikan nyawa pesakit lain demi kepentingan pihak tertentu. 3. KLIMAKS Nusia nekad mendapatkan baki pek darah daripada juruteknik makmal yang dikhaskan untuk Tuan Besar Musa dan sanggup menghadapi risiko dimarahi oleh Profesor Doktor Juaidi demi menyelamatkan empat pesakit kritikal di wad Unit Rawatan Rapi yang sangat memerlukan bekalan darah. Tuan Besar Musa meninggal dunia dan Profesor Doktor Juaidi mempersoalkan kehilangan baki 5 pek darah dari bank darah yang sepatutnya diberikan kepada Tuan Besar Musa. Doktor Murni segera meletak jawatan kerana nilai kemanusiaan tidak ada di hospital tersebut. 4. PELERAIAN Profesor Doktor Juaidi terkejut dengan tindakan Doktor Murni. Doktor Murni dan Nusia ke bank darah untuk mendapatkan bekalan darah bagi menyelamatkan nyawa pesakt di wad Unit Rawatan Rapi. TEKNIK PLOT 1. Teknik Pemerian Pengarang menggambarkan keadaan pesakit di wad Unit Rawatan Rapi yang sedang kritikal. 2. Teknik Dialog Perbualan antara Nusia dengan Doktor Murni tentang pesakit di wad Unit Rawatan Rapi yang memerlukan bekalan darah dengan segera. 3. Teknik Monolog Nusia berkata-kata dalam hatinya tentang keperluan bekalan darah yang diperlukan daripada hospital lain. 4. Teknik Saspens Pembaca tertanya-tanya tentang keadaan Solehah. 5. Teknik Kejutan Nusia dan Profesor Doktor Juaidi terkejut apabila Doktor Murni memberikan surat perletakan jawatannya.

79

MODUL PRIGEL KOMSAS

WATAK DAN PERWATAKAN WATAK UTAMA : NUSIA

1. Seorang yang berani – Contoh, Nusia berani bertindak mengambil bekalan darah yang dikhaskan kepada Tuan Besar Musa oleh Profesor Doktor Juaidi dan sanggup menghadapi risiko dimarahi oleh beliau. 2. Seorang yang pekerja bertanggungjawab- Contohnya, Nusia seorang jururawat yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya membantu Doktor Murni merawat pesakit di wad Unit Rawatan Rapi. 3. Seorang yang penyayang – Contohnya, Nusia sayang akan nyawa pesakit di wad Unit Rawatan Rapi yang diabaikan oleh Profesor Doktor Juaidi dan sanggup mengambil bekalan darah untuk menyelamatkan nyawa pesakit tersebut. 4. Seorang yang rasional - Contohnya, Nusia berpendapat bahawa bekalan darah yang ada diberikan kepada pesakirt lain yang lebih memerlukan dan berpotensi untuk sembuh berbanding dengan Tuan Besar Musa yang sudah tidak menunjukkan tanda-tanda akan sembuh kerana kondisinya yang sudah tidak menerima bekalan darah yang dimasukkan ke dalam tubuhnya. WATAK SAMPINGAN PROFESOR DOKTOR JUAIDI 1.

Seorang doktor yang mementingkan material dan ganjaran - Contohnya, beliau mementingkan sumbangan dana yang diberikan oleh Tuan Besar Musa pada kelab elit di hospital mereka menyebabkan professor itu hanya mementingkan pesakit tersebut.

2.

Seorang yang tidak mematuhi etika kerja sebagai seorang doktor- Contohnya, Profesor Doktor Juaidi tidak menjalankan tugasnya mengikut etika kedoktoran yang patut menyelamatkan semua pesakit tetapi beliau hanya mahu menyelamatkan seorang pesakit iaitu Tuan Besar Musa.

3.

Seorang ketua yang tidak berperikemanusiaan –contohnya, Profesor Doktor Juaidi sanggup menyuruh Nusia supaya memberikan gelafundin kepada Solehah yang memerlukan bekalan darah untuk memperlahankan kematiannya sahaja dan bukannya untuk menyelamatkannya.

80

DOKTOR MURNI

MODUL PRIGEL KOMSAS

1

Seorang doktor yang patuh pada arahan ketua- Contohnya, Doktor Murni mengikut semua arahan Profesor Doktor Juaidi dalam menjalankan tugasnya di wad Unit Rawatan Rapi.

2

Seorang doktor yang penyabar – Contohnya, walaupun beliau diasak dan disindir oleh Nusia kerana enggan memberikan bekalan darah kepada pesakit lain di wad Unit Rawatan Rapi namun beliau tetap menjawab soalan Nusia dengan tenang.

3

Seorang doktor yang berani membuat keputusan - Contohnya, Doktor Murni berani meletakkan jawatannya serta merta kerana beliau tidak mahu menggadaikan nilai kemanusiaannya.

TUAN BESAR MUSA 1

Seorang pesakit di wad Unit Rawatan Rapi, koma dan banyak menggunakan bekalan darah namun tubuhnya tidak menerima bekalan darah tersebut. Penyakit yang dihidapinya adalah akibat gaya hidup beliau yang bebas dan pengambilan minuman keras. Tidak ada ahli keluarga yang datang menjenguk ketika beliau di hospital mahupun menderma darah. Beliau ialah seorang korporat yang kaya dan penyumbang dana yang besar pada kelab elit di hospital tempat Profesor Doktor Juaidi, Doktor Murni, dan Nusia bertugas.

LATAR MASYARAKAT 1.

Masyarakat yang berani – Contohnya, Nusia dan Doktor Murni berani menentang tindakan Profesor Doktor Juaidi yang tidak berperikemanusiaan kerana tidak mementingkan nyawa semua pesakit di wad tempat mereka bertugas.

2.

Masyarakat yang penyayang – Contohnya, Nusia sayang akan nyawa pesakit di wad Unit Rawatan Rapi.

3.

Masyarakat yang bertanggungjawab – Contohnya, Nusia dan Doktor Murni bertanggungjawab untuk merawat pesakit di wad Unit Rawatan Rapi dan berusaha untuk menyelamatkan nyawa mereka.

4.

Masyarakat yang rasional dalam membuat tindakan dan keputusan – Nusia dan Doktor Murni bertindak rasional apabila ke bank darah dengan segera untuk mendapatkan bekalan darah bagi menyelamatkan pesakit di wad Unit Rawatan Rapi yang sangat memerlukan bekalan darah untuk hidup.

81

LATAR MASA

MODUL PRIGEL KOMSAS

1. Zaman moden – peralatan canggih di wad Unit Rawatan Rapi menunjukkan cerita ini berlaku pada zaman moden / kini. 2. Waktu siang – Cth. Ketika Profesor Doktor Juaidi bertanya tentang lima pek darah yang ada di bank darah pada pagi itu. LATAR TEMPAT 1. Wad Unit Rawatan Rapi – tempat semua pesakit kritikal dirawat 2. Bank darah – tempat Nusia berjumpa dengan juruteknik makmal untuk mendapatkan baki bekalan darah yang dikhaskan oleh Profesor Doktor Jauidi kepada Tuan Besar Musa. NILAI 1. Nilai keberanian – Contohnya, Nusia dan Doktor Murni berani menentang tindakan Profesor Doktor Juaidi yang tidak berperikemanusiaan kerana tidak mementingkan nyawa semua pesakit di wad tempat mereka bertugas. 2. Nilai kasih sayang – Contohnya, Nusia sayang akan nyawa pesakit di wad Unit Rawatan Rapi. 3. Nilai tanggungjawab – Contohnya, Nusia dan Doktor Murni bertanggungjawab untuk merawat pesakit di wad Unit Rawatan Rapi dan berusaha untuk menyelamatkan nyawa mereka. 4. Nilai rasional– Nusia dan Doktor Murni bertindak rasional apabila ke bank darah dengan segera untuk mendapatkan bekalan darah bagi menyelamatkan pesakit di wad Unit Rawatan Rapi yang sangat memerlukan bekalan darah untuk hidup. PENGAJARAN 1. Kita haruslah berani untuk mempertahankan sesuatu yang benar – Contohnya, Nusia dan Doktor Murni berani menentang tindakan Profesor Doktor Juaidi yang tidak berperikemanusiaan kerana tidak mementingkan nyawa semua pesakit di wad tempat mereka bertugas. 2. Kita mestilah sayang akan nyawa – Contohnya, Nusia sayang akan nyawa pesakit di wad Unit Rawatan Rapi. 3. Kita hendaklah menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab – Contohnya, Nusia dan Doktor Murni bertanggungjawab untuk merawat pesakit di wad Unit Rawatan Rapi dan berusaha untuk menyelamatkan nyawa mereka. 4. Kita haruslah rasional dalam membuat sesuatu tindakan– Nusia dan Doktor Murni bertindak rasional apabila ke bank darah dengan segera untuk mendapatkan bekalan darah bagi menyelamatkan pesakit di wad Unit Rawatan Rapi yang sangat memerlukan bekalan darah untuk hidup.

82

MODUL PRIGEL KOMSAS

B. BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN BENTUK SOALAN

Soalan pemahaman cerpen lazimnya ditanya dalam soalan 2(b). Walau bagaimanapun, soalan 2(b) ini akan bertukar ganti antara genre cerpen dengan genre drama yang memperuntukkan sembilan (9) markah keseluruhannya. Terdapat tiga pecahan dalam soalan ini seperti yang berikut: -

Soalan (i): pemahaman berdasarkan isi dalam petikan Soalan (ii): soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Soalan (iii): soalan aspek sastera

TEKNIK MENJAWAB SOALAN -

Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri Jawapan hendaklah dalam ayat yang sempurna/lengkap. Peruntukan markah bagi setiap pecahan soalan menggambarkan jumlah isi yang dikehendaki. Kesalahan bahasa dan ejaan akan menjejaskan markah penuh setiap pecahan soalan.

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Biasanya orang perempuanlah yang sibuk benar menyiasat dan merisik-risik perkara itu. Cuma yang agak menghairankan ketika Ahmad Mutawakkil berada di kampung, tiada seorang pun yang berani bertanyakan perihal itu. Dalam diam-diam, sebenarnya kami juga ingin tahu apatah lagi setelah menyedari kehadiran anak gadis tuan booth di surau, setiap kali ahmad mutawakkil balik ke kampung untuk berceramah. Perlahan-lahan – barangkali dilemahkan oleh rasa malu kepada diri sendiri kerana sibuk menjaga tepi kain orang – di mata kami, misteri cinta itu akhirnya lenyap tak berjejak. Ahmad Mutawakkil! Sudah jarang-jarang benar balik kampung. Perjuangan parti meruntun waktunya dihabiskan di bandar. Tahun 1952. Dalam usia 24 tahun, dia dipilih menduduki kerusi pemimpin nombor dua parti di peringkat daerah. Tidak cukup dengan tanggungawab ke sana sini untuk berceramah, Ahmad Mutawakkil turut menulis dalam surat khabar. Dia juga terkenal sebagai wartawan. Tulisannya banyak merangsang orang melayu untuk bersiap sedia mengisi kemerdekaan. “Jangan nanti selepas merdeka, kita jadi macam kera mendapat bunga.” Untuk merdeka, katanya perjuangan bukan setakat mendesak Inggeris berundur.

83

i.

MODUL PRIGEL KOMSAS

Apakah sumbangan yang dilakukan Ahmad Mutawakkil dalam usaha memerdekakan negara? [2 markah]

Tip: Calon kenal pasti sumbangan Ahmad Mutawakkil yang terdapat dalam petikan. Jawapan lengkap: Ahmad Mutawakkil menghabiskan waktunya di bandar untuk perjuangan parti. Selain itu, Ahmad Mutawakkil menduduki kerusi pemimpin nombor dua parti di peringkat daerah. Seterusnya, Ahmad Mutawakkil juga menulis dalam surat khabar untuk merangsang orang Melayu bersiap sedia mengisi kemerdekaan. ii.

Pada pendapat anda bagaimanakah rakyat Malaysia dapat mengekalkan kedaulatan negara kita. [3 markah] Tip: Calon perlu kemukakan tiga isi penting untuk mendapat tiga markah penuh. Pastikan tiada kesalahan ejaan dan bahasa. Pada pendapat saya rakyat Malaysia dapat mengekalkan kedaulatan negara kita dengan wujudnya perpaduan antara kaum. Sekira tidak wujudnya perpaduan antara kaum, rakyat akan pecah-belah dan ini akan memberi kesempatan kepada penjajah untuk menjajah negara kita. Selain itu, rakyat malysia juga perlu didedahkan mata pelajaran sejarah sejak kecil lagi. Dengan ini, kita akan belajar daripada kesilapan nenek moyang kita dan tidak akan mengulangi kesilapan mereka. Selain itu, kita akan menghayati kedaulatan negara kita selepas didedahkan dengan usah-usaha dilakukan untuk memerdekakan negara kita. iii.

Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai yang terdapat dalam cerpen ini. [4 markah]

Nilai yang terdapat dalam petikan di atas ialah nilai patriotisme. Buktinya, ahmad mutawakkil berjuang meniupkan api semangta patriotik melalui penulisannya di surat khabar dan melalui ceramah yang disampaikannya kepada masyarakat kampung. Nilai lain yang terdapat dalam cerpen ini ialah nilai kerjasama. Contohnya, tiga kumpulan pencari bekerjasama mencari jejak Ahmad Mutawakkil yang hilang.

84

MODUL PRIGEL KOMSAS

CERPEN CINTA AHMAD MUTAWAKKIL PRAKTIS TOPIKAL

Praktis 1 Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Ahmad Mutawakkil, sudah jarang-jarang benar balik ke kampung. Perjuangan partin meruntun waktunya dihabiskan di bandar. Tahun 1952, dalam usia 24 tahun, dia dipilih menduduki kerusi pemimpin nombor dua parti di peringkat daerah. Tidak cukup dengan tanggungjawabnya ke sana sini untuk berceramah, Ahmad Mutawakkil turut menulis dalam surat khabar. Dia juga terkenal sebagai wartawan. Tulisannya banyak merangsang orang Melayu untuk bersiap sedia mengiri kemerdekaan. “Jangan nanti selepas merdeka, kita jadi macam kera mendapat bunga.” Untuk merdeka, katanya, perjuangan bukan setakat mendesak Inggeris berundur. “Malah, demi mengisi kemerdekaan, kita juga perlu mendesak diri sendiri, mengikis semua tabiat buruk bangsa kita. Kita pasti akan merdeka, dan untuk itu, kita perlu berjuang mengubah sikap dan pandangan sempit bangsa kita...” Akhirnya, selepas berbulan-bulan lamanya Ahmad Mutawakkil menghilang, satu hari, pecahlah berita tentang kepulangannya. Oleh sebab namanya sebagai wartawan masyhur disebut orang di sana sini. Tuan Booth mahu meraikan kejayaannya itu. Seperti biasa, kami dijemput sama. Di majlis itulah, seorang daripada kami secara tidak sengaja terdengar perbualan Ahmad Mutawakkil dengan anak gadis Orang Putih itu. “Kalau bukan awak yang ajar saya menulis dan membaca ,” kata Ahmad Mutawakkil, “tak mungkin saya jadi wartawan. Saya sangat terhutang budi.” Gadis itu tersenyum, menjawab dalam bahasa Melayu yang fasih. “Dari dulu, saya tahu awak bijak...tapi saya tak sangka, awak akan sehebat ni.” Ahmad Mutawakkil terdiam, memandang tepat wajah gadis itu. “Pujian itu terlalu besar. Selagi Tanah Melayu belum merdeka, saya tidak layak menerima apa-apa pujian, Sandra.”

i.

Apakah nasihat yang disampaikan oleh Ahmad Mutawakkil kepada bangsanya berdasarkan petikan cerpen [2 markah]

ii

Pada pendapat anda, apakah aktiviti yang boleh anda lakukan di sekolah untuk menunjukkan anda bersyukur dengan kemerdekaan yang dikecapi? [3 markah]

85

iii

MODUL PRIGEL KOMSAS

Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar masyarakat lain dalam keseluruhan cerpen. [4 markah]

Praktis 2 Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Ahmad Mutawakkil dalam keadaan terhuyung-hayang, bangun perlahan-lahan. Sebelah tangannya memaut tiang pintu manakala sebelah lagi terkulai. Waktu itu, kami sedar - perkara yang ditakuti belakangan ini benar benar terjadi. Anak tunggal arwah Wak Sadir yang selama ini disanjung laksana lampu ayan yang menerangi kampung, kini di ambang maut. Ahmad Mutawakkil - malam itu, Jumaat bulan Ogos 1953 - dek luka yang parah melangkah dengan longlai ke arah Imam Ngah Deraman. Ketika kami semua masih terpegun dan tertanya-tanya, Ahmad Mutawakkil jatuh melutut dan wajahnya tersembam di ribaan Imam Ngah Deraman. Pada waktu itu, dalam keadaan dia mengerekot, kami nampak luka besar di belakang bahunya - bekas tusukan peluru. Darah masih mengalir, betul-betul di belakang pendayung kiri Ahmad Mutawakkil. Menyedari darah terlalu banyak mengalir hingga menitis ke lantai. Penghulu Ibrahim Deraman Sigap segera membaringkan Ahmad Mutawakkil. Tak lama kemudian, bunyi nafasnya separuh mengeruh. Dalam keadaan tercungap-cungap, dia terkulai lalu pengsan. Kampung kami dipugar sejak tiga generasi lalu. Sejarahnya hanya jaluran kebun dan sawah. Pertengahan tahun 30-an, datang satu keluarga Orang Putih – mengupah beratus-ratus orang buruh, termasuk kami sendiri – meneroka belukar. Tak lama kemudian, berjejerlah anakanak getah.

i.

Nyatakan keadaan Ahmad Mutawakkil semasa berada di ambang maut berdasarkan petikan. [2 markah]

ii

Pada pendapat anda, apakah cabaran yang dihadapi pejuang kemerdekaan semasa berjuang menuntut kemerdekaan negara? [3 markah]

iii. Jelaskan satu persoalan daripada petikan dan satu persoalan daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

86

Praktis 3

MODUL PRIGEL KOMSAS

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri Sejak kembali, Tuan Booth jauh berubah. Dia tak lagi terperap di estet. Pada setiap petang, biasanya selepas solat asar, dia akan menjengah ke surau. Dia akan duduk berbual-bual, bercerita itu ini. Ada sekali, sewaktu Ahmad Mutawakkil balik ke kampung, Tuan Booth mengundang kami ke banglonya. “Dia pelawa kita minum teh di banglonya,” kata Ahmad Mutawakkil. “Saya fikir, Tuan Booth ikhlas nak berbaik-baik.” Kami terdiam, tak berani bersuara, menantikan kata putus daripada Imam Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap. Akhirnya, setelah agak lama buntu, Ahmad Mutawakkil meluahkan pandangan. “Selama Tuan Booth di sini, sejak dulu lagi, tak pernah dia memusuhi kita. Jadi, saya fikir atas sifat hati Melayu, orang berbudi kita berbahasa. Hati Melayu tak reti bermusuh, hati Melayu punuh dengan persahabatan. Dengan kata-kata hikmat itu, runtuhlah segala tembok penghalang antara kampung kami dengan estet Tuan Booth. Sekalipun tanpa Ahmad Mutawakkil, kami sudah biasa bertandang ke banglo mewah itu. Malah, ada ketikanya, majlis yang diadakan di estet itu turut disertai orang perempuan. Isteri Tuan Booth yang terkenal dengan masakannya yang sedap-sedap itu kerap menghidangi kami dengan menu Orang Putih. Lebih istimewa, pada setiap kali ada majlis perkahwinan, Tuan Booth sekeluarga pasti akan meraikan pasangan pengantin di estetnya. Ada antara kami yang agak ragu-ragu dengan perkara itu.

i.

Nyatakan cara-cara Tuan Booth sekeluarga menunjukkan sikap berbaik-baik dengan masyarakat kampung penulis. [2 markah]

ii.

Pada pendapat anda, adakah keputusan penduduk kampung itu mengikut nasihat Ahmad Mutawakkil agar tidak memusuhi Tuan Booth sekeluarga suatu keputusan yang wajar? Berikan alasan anda. [3 markah]

iii. Huraikan satu perwatakan Ahmad Mutawakkil berdasarkan petikan dan satu perwatakan lain daripada keseluruhan cerpen [4 markah]

87

MODUL PRIGEL KOMSAS

Petikan 4 Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri Cuma sejak kematian Wak Sadir, anaknya, Ahmad Mutawakkil, yang sudah yatim piatu itu menjadi satu-satunya anak kampung yang sentiasa keluar masuk ke pekarangn estet Tuan Booth. “Eloklah...paling tidak dia bekerja dengan Orang Putih tu, belajar mencari makan sendiri.” Begitulah pandangan kami. Walaupun hasil getah Tuan Booth setiap tahun nampaknya sangat menjadi, kami tetapi bertani secara tradisi. Di kebun, berselerak pokok pisang yang ditanam, berselang-seli dengan ubi kayu dan keledek. Swah pula, laksana emas kala musim menuai. Kami tetap orang kampung yang dulu, yang hidup atas dua matlamat – rezeki dan ibadat. Tatkala bom pertama meledak, diikuti oleh rentetan dentuman meriam serta serangan kapal terbang, seluruh ketenangan hidup warisan moyang-poyang kami terasa tersentap pergi dan terlucut begitu saja daripada genggaman. Sebaik-baik saja perang pecah pada tahun 1941 dan Jepun masuk keadaan jadi berkecemuk. Suasana kehidupan kampung dipengap ketakutan. Namun, kami bersyukur atas dua perkara. Pertama, kampung kami terpencil, maka jarang-jarap ketakutan.ng dihendap oleh Jepun. Garisan perang pula tidak melintang di atas tanah kami, maka itu, tiada seorang pun antara kami yang pernah diratah atau dirobek peluru. Kedua, kami bersyukur kerana kacau-bilau zaman Jepun menyedarkan kami betapa hinanya hidup terjajah.

i.

Berdasarkan petikan cerpen,bagaimanakah kehidupan Ahmad Mutawakkil selepas kematian ayahnya? [2 markah]

ii.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha untuk mengekalkan keamanan dalam sesebuah negara? [3 markah]

iii. Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

88

MODUL PRIGEL KOMSAS

Praktis 5 Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri Di hadapan pagar estet, Ahmad Mutawakkil berjalan lesu. Sudah tiga tahun banglo dan Estet itu menjadi tempatnya menumpang nasib. Akhirnya, khabar tentang serangan Jepun mengakhiri kisah pergaulannya dengan keluarga Tuan Booth. Malam itu, selepas solat isyak, Imam Ngah Deraman bergegas meninggalkan surau dan esoknya, kami mendapat tahu dia pergi mencari Ahmad Mutawakkil. Budak itu dibawa ke rumahnya. Sejak itu, dalam kesulitan zaman Jepun, Ahmad Mutawakkil menjadi anak angkatnya. Cuma kekerapan budak itu menghilang, lama-kelamaan diterima Imam Ngah Deraman sebagai satu kebiasaan. “Aku tak sangka budak tu pandai menulis. Anak Orang Putih tu ajar dia banyak benda. Dia juga pandai cakap Orang Putih,” kata Iman Ngah Deraman. Di surau, terutama pada malam hari, di hadapan Penghulu Ibraim Sigap, Imam Ngah Deraman menyampaikan apa-apa sahaja berita yang dikhabarkan Ahmad Mutawakkil.

i.

Berdasarkan petikan cerpen, mengapakah Imam Ngah Deraman mencari Ahmad Mutawakkil? [2 markah]

ii.

Pada pendapat anda, apakah kelebihan orang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas? [3 markah]

iii. Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran lain daripada keseluruhan cerpen.

89

CERPEN HIPERTENSI

MODUL PRIGEL KOMSAS

PRAKTIS TOPIKAL Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Praktis 1 Dia kembali menekup wajahnya, wajah yang geruh dan bengis. Sebiji buah mempelam jatuh terlepap di hadapannya, gugur dengan tiba-tiba. Spontan, dia teringat akan Isaac Newton, saintis berbangsa Inggeris itu. “Jika aku lahir sezaman dengan Newton pada tahun 1642, ataupun beberapa dekad kemudian, aku pasti tidak berasa hairan tentang sebab buah mempelam itu gugur dengan tibatiba,” fikir Aiman. Malangnya, tarikh keramat itu sudah lama gugur dalam helaian kalendar waktu. Pada suatu hari, Newton takjub melihat sebiji epal gugur lalu jatuh tepat di bumi. Idea tercetus, fikiran terlarik, pendapat terukir, sehingga akhirnya lahirlah Teori Graviti. “Maksudnya, kuasa tarikan bumi,” suara lantang Cikgu Faridah di muka kelas masih terngiang-ngiang di cuping telinganya. Gegendang telinga itu sudah amat bosan mendengarkan butiran yang sama terus-terusan diucapkan. Kegelisahan diriku mencairkan kesabaran sang guru lalu terlarik segera soalan: Aqil, cuba awak kaitkan Teori Graviti dengan alam sejagat.” Nama sebenar murid lelaki yang bernama Aiman itu ialah Aiman Aqil. Dia bangga akan nama itu, nama yang diberikan sebaik-baik sahaja rengekan pertama memecah kesunyian di bilik bersalin. Pada ketika itu, Sang Suria memuncaki ubun-ubun. Betapa tak bangganya? Aiman bermaksud insan yang beriman. Aduh, terukir senyuman lebar menabiri wajahnya! Aqil pula bermakna yang berakal. Insan dianugerahi akal untuk berfikir secara rasional dan matang. Kebanggaannya kian menguntum dan terkelopak kembang mawar mewangi menyentuhi deria penghiduan i.

Berdasarkan petikan, nyatakan cara Teori Graviti dilahirkan?

ii.

Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mempelajari Sains?

[2 markah]

[3 markah]

iii. Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

90

Praktis 2

MODUL PRIGEL KOMSAS

Seisi kelas terdiam dan terpegun. Saat begini memberi ruang kepadanya kepadanya untuk menguliti diri. Betapa tidak, Aiman sedar bahawa dirinya lain daripada yang lain. Dia tiga beradik. Dia yang sulung. Dua lagi adik-beradiknya perempuan. Adiknya yang tengah dinamai Fadilah Fatnin. Yang bongsu pula Azilah Atiqah. Kedua-dua orang adiknya itu mudah dibentuk. Dia pula selalu memberontak dan marah-marah kepada suasana sekitarnya. “Ah, tambah, kurang, darab dan bahagi yang mudah itu pun tak boleh jawab!” Aiman mengetis sindiran kepada adik-adiknya yang sedang membuat kerja rumah. “Babah, tengok abang ni, ganggu kami nak buat kerja rumah,” yang tengah selalu marahmarah terhadap sikap abangnya. Usianya muda dua tahun daripada si abang. Dulu-dulu ketika di sekolah rendah, Aiman selalu ponteng sekolah. “Bosan dan jelak,” tingkahnya kepada babah dan ibu. “Mengapa bosan dan jelak,” tanya babah. Ibu mengerling tajam, marah akan perilaku si anak yang selalu berkontradiksi dan berkontras dengan watak babahnya. “Heh, kan Aqil ni budak genius, budak cerdik dan pintar! Aqil dan cipta formula sendiri. Biarpun baru berusia lapan tahun, baru belajar tahun dua tahap satu, Aqil mampu menyelesaikan masalah matematik Tingkatan Lima,” kata murid pintar itu membela diri. Dia mundar-mandir di dalam kelas. “Apalah kau ni Chee Keong, masalah mudah itu pun kau tak dapat buat.” Hujung-hujung cakapnya berbunga sindiran di sebalik dedaun kemaafan.

i.

Berdasarkan petikan, berikan perbezaan Aiman Aqil dengan adik-beradiknya.

ii.

Aiman Aqil selalu ponteng sekolah kerana bosan dengan pembelajaran di kelas.

[2 markah]

Sekiranya anda bapa Aiman, apakah yang akan anda lakukan untuk menangani masalah ketidakhadiran Aiman ke sekolah? [3 markah]

iii. Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar masyarakat lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

91

Praktis 3

MODUL PRIGEL KOMSAS

Dia terus terapung-apung di udarakasa bulan tanpa udara. pakaian angkasa lepas yang serba putih dan lengkap itu membekalinya oksigen. Di kiri dan kanannya kelihatan padang pasir yang luas terhampar persis Sahara keadaannya. “Ah, macam bumi juga!” Aiman mendengus. Kawah besar, lurah dalam dan melebar, dataran terhampar dan gunung-ganang – semuanya ada dan wujud. Eh, tengok di sana itu! Gelap betul. Tidak nampak apa-apa. Oh, barangkali inilah yang dikatakan ‘lautan’! Penamaan yang pelik dan ganjil. Ada unsur sinisnya. Kerana: Kajian saintifik membuktikan bahawa air tidak wujud di planet bulan. Tidak ada udara. Tidak ada air. Bagaimanakah umat bumi hendak dipindahkan ke bulan? Sesuatu yang mustahil. Sesiapa pun tidak dapat wujud di sini. Sekali lagi dia kaget. Kawah besar ternganga tidak jauh daripada situasi keterapungannya. Cuaca cukup membahang panas. Dia merasakan bahangnya umpama sudah mencecah angka 150 darjah Celcius; amat panas, kepanasan tahap tinggi. Suara itu datang lagi biarpun dia berusaha untuk menepisnya beberapa kali. Suara halus yang mendesah di tengah-tengah keterasingan diri itu menghamparkan keinsafan yang benar-benar memilukan. Dirinya semacam terpenjara ratusan tahun lamanya. Dia mahu berangkat pulang dengan segera ke planet bumi. i.

Nyatakan gambaran suasana di bulan mengikut bayangan Aiman.

[2 markah]

ii.

Penerokaan angkasa lepas telah membuka banyak ruang kepada manusia untuk memperkembangkan sains dan teknologi sejagat. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat menarik minat masyarakat terhadap bidang penerokaan angkasa lepas? [3 markah]

iii. Huraikan satu latar tempat yang terdapat dalam petikan dan satu latar tempat lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

92

Praktis 4

MODUL PRIGEL KOMSAS

Spontan, dia mengambil kesempatan itu untuk mewujudkan suasana halusinasi futuristik yang penuh cabaran, disaluti persaingan kompetitif yang menyengat hebat. Betapa tidak; dia membayangkan dirinya sudah lulus pengajian tinggi, dapat ijazah pertama dalam bidang aeroangkasa. Takah usia dianjakkan lebih sedekad ke hadapan. Sebatang pohon nyiur dara di penjuru banglonya, sudah sekian lama menjadi idamannya. Jangan jadi Mat Jenin sudahlah! Biarlah Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Jadi, aku terpaksa memasang angan-angan dengan jangkauan fantasi tanpa tebing tepinya, akan tetapi aku tidak mahu berlagak seperti Si Luncai. Pijakanku sungguh kuat, cengkamanku cukup berat. Dia lantas berpaut pada pelepah-pelepah pucuk kelapa yang masih lembut kerana masih muda tetapi Aiman tidak peduli. Dia menarik pelepah dan pucuk muda itu sekuat-kuatnya. Pinggulnya terus menjadi kubu persinggahan hentaman rotan babahnya. Si ibu mahu melawan dan memprotes tindakan babahnya, tetapi suara bantahan itu tidak keluar daripada mulutnya. Jeritan kemarahan kepada suaminya hanya bergema dalam sanubari. Keterujaan Aiman terus melonjak. Pentas halusinasinya terus mekar dan segar. Usianya dianjakkan dua tahun lagi, memberi ruang kepadanya mengikuti latihan intensif di bawah program aeroangkasa bersama dengan pihak Rusia. Pucuk nyiur berbalam-balam di pelupuk pandangan. Latihan dan ujian memantapkan diri hendak berlepas ke ruang angkasa pula segera mengambil ruang. Akhirnya, balaman pohon kelapa dara terus ternyah daripada pandangan. i.

Berdasarkan petikan, nyatakan gambaran suasana halusinasi futuristik Aiman Aqil. [2 markah]

ii.

Kehidupan seseorang akan menjadi jauh lebih baik jika orang itu mempunyai impian atau cita-cita. Pada pendapat anda, mengapakan kita perlu mempunyai impian atau cita-cita? [3 markah]

iii. Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

93

Praktis 5

MODUL PRIGEL KOMSAS

Paul Broca, pakar anatomi dan pakar antropologi berbangsa Perancis. Kucintai penemuan tahun 1861 itu, fungsi otak manusia bergantung pada bahagian yang membina otak itu sendiri. Bronca memeriksa pesakit gagap melalui pendekatan rawatan khusus dan terapi. Perkara yang lebih penting, layanan mesra berpaksikan pendekatan humanis melalui teknologi perlakuan dan sahsiah rupa diri. Dia hanya dapat mengucapkan satu suku kata, biarpun dia faham penuh akan pertuturan yang dilafazkan. Akhirnya, dia fasih berbicara. Keadaan diriku lebih baik, fikir Aiman. Situasi pertuturanku tidak segagap itu. Aku dapat bertutur, biarpun mulutku ternganga lebar dahulu sebelum lahir diksi yang berisi. Babah barangkali tidak tahu akan penemuan Broca. Babah lebih dekat pada kejuruteraan mekanikal. Ibu juga saintis, tetapi lebih kepada bidang geologi. Aiman teringat akan bisikan halus yang didengarinya ketika dia dalam keterasingan di planet bulan melalui pentas halusinasinya. Suara ghaib itu mengajaknya agar lebih mendekatkan diri kepada Ilahi. Jangan kaubinasakan habitan semula jadi di planet bumi. Salahnya barangkali, dia menganggap pucuk kelapa muda sebagai kapal Soyus, yang menghantuinya sekian lama. Aiman tidak perlu akan latihan yang intensif dan istimewa itu, babah; tidak perlu akan latihan terapi itu, ibu. Aiman akan mengusahakannya sendiri. Aiman mendongak ke langit. Sisik-sisik awan berarak tenang, seteduh air kolam sewaktu malam jernih. Sang suria terus setia memancarkan cahayanya. Sayup-sayup kedengaran muzik beralun, lembut dan penuh bermakna, semacam mengubati kelukaan hatinya ketika menjenguk ke lereng cerun bukit di hadapannya. Jauh-jauh di sudut hati, dia memanjatkan doa dan harapan ke hadrat Ilahi!

i.

Berdasarkan petikan, mengapakah Aiman menganggap keadaan dirinya lebih baik daripada pesakit Paul Broca yang gagap? [2 markah]

ii.

Pada pendapat anda, mengapakah latihan intensif dan terapi di hospital?

seseorang

pesakit

gagap

perlu

menjalani [3 markah]

iii. Huraikan satu perwatakan Aiman Aqil yang terdapat dalam petikan dan satu perwatakan lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

94

MODUL PRIGEL KOMSAS

CERPEN GERHANA MANUSIA Praktis 1

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Alat sokongan hayat mengepam, menggelembungkan alveolus paru-paru. Mata terpejam rapat. Tubuh tua lelaki pemuja nafsu itu berkulit hitam berkedut seribu. Najis lendir berdarah - teramat busuk bertakung di punggung. “Bank darah sudah kering.” “Dia Tuan Besar. Hebahkan ke media. Mustahil kalau tiada orang yang mahu menderma darah.” “Perlukah berbuat begitu, Doktor Murni?” Hujung getah sedutan kucecahkan ke hujung bibir pesakit yang koma itu. Lendir liur berdarah-busuk amat, berpintal-pintal masuk ke dalam botol tadahan kumuh sudah dibuang untuk kali ketiga dalam sehari. Aku menjeling. Aku cuba tersenyum walaupun hati terasa pedih. Biar Tuan Besar Musa itu mati; lebih bermanfaat kepada yang hidup. “Dia sudah tidak boleh diselamatkan. Dia di ambang sakaratulmaut. Syahadah, Yasin lebih diperlukan. Kenapa tak ada waris yang datang menjenguknya?” “Profesor Doktor Juaidi mahu dia hidup.” “Untuk membela atau membuang kemanusiaan?” Wad Unit Rawatan Rapi dilimpahi cahaya kalimantang. Kilau kilatnya gagal memadamkan amarah hati. “Doktor Murni, semalam 50 pek darah masuk ke tubuhnya, 50 pek darah juga yang keluar. Hari ini dia mahu diberi darah lagi? Prognosisnya terlalu tipis.”

i

Mengapakah Aku mengatakan bahawa sakaratulmaut? (2 markah)

Tuan Besar Musa itu berada di ambang

ii

“Dia Tuan Besar. Hebahkan ke media. Mustahil kalau tiada orang yang mahu menderma darah.” Pada pendapat anda, apakah kebaikan amalan menderma darah?

iii

(3 markah)

Jelaskan satu perwatakan watak Aku yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi perwatakannya yang terdapat pada keseluruhan cerpen. (4 markah)

95

Praktis 2

MODUL PRIGEL KOMSAS

“Darah dan manusia itu, berbezakah nilainya? Kalau harganya pangkat dan darjat, padamkan saja istilah kemanusiaan dalam hati. Untuk apa kalau semuanya boleh dibeli?” “Nusia!” Aku cepat-cepat beredar. Suara Doktor Murni melantun ke dinding pejal wad Unit Rawatan Rapi. Solehah yang tenat, yang pundi janinnya pecah di ovari, juga sedang koma. AlHafiz masih terlantar, tulang selangkanya patah riuk, diheret kereta sejauh dua meter di tar keras, tidak pernah pun dijengkuk Profesor Doktor Juaidi. Juga si kecil, bayi buangan yang hampir kekeringan darah. Gadis malang yang dibelasah hingga tinggal nyawa-nyawa ikan dan mahasiswa leukemia yang semakin cair sel darah merah di tubuhnya itu, tidak perlukah mereka itu diberi darah? “Hidup yang ditentukan oleh tangan manusia ini, tidak pernah adil. Solehah. “Titis air mataku gugur di hujung jari Solehah. “Engkau hanya memerlukan tiga pek darah sahaja, tetapi tidak diberikan. Tuan Besar Musa itu, tubuhnya tidak mahu menerima darah tetapi pakar-pakar itu…,” sebak menyendat di dadanya. “Dapatkah 10 pek darah sekarang!” Arah Profesor Doktor Juaidi apabila cupingnya diusapi suara lembut Doktor Murni, yang menyampaikan berita tentang bank darah yang kontang. “Dapatkan di hospital lain; segera.”

i.

Bagaimanakah keadaan pesakit yang bernama Solehah menurut Aku?

(2 markah)

ii.

“Dapatkah 10 pek darah sekarang!” Arah Profesor Doktor Juaidi apabila cupingnya diusapi suara lembut Doktor Murni, yang menyampaikan berita tentang bank darah yang kontang.” Masalah kekurangan bekalan darah di hospital adalah disebabkan sikap masyarakat yang enggan menderma darah. Pada pendapat anda, apakah punca sesetengah masyarakat tidak menderma darah? (3 markah)

iii. Jelaskan satu perwatakan watak Aku yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi perwatakannya yang terdapat pada keseluruhan cerpen. (4 markah)

96

Praktis 3

MODUL PRIGEL KOMSAS

“Awak tahu siapa Tuan Besar Musa itu? Korporat, teknokrat yang banyak menyumbangkan dana kepada kelab elit kita. Kita tak mahu dia mati. Dia dermawan yang prihatin. Kita begitu terhutang budi kepadanya. Makan malam tahunan kita yang beratus-ratus ribu itu ditaja olehnya.” Tekanan darah Solehah semakin rendah. Jeritku menyapa kuping Profesor Doktor Juaidi. Dia menoleh. “Berikan gelafundin,” arahnya acuh tak acuh. “Dia memerlukan darah.” Hatiku pilu tiba-tiba. “Kandungan gelafundin itu seakan-akan darah.” Mata bulat berkening lebat doktor tua itu terjegil. “Paling tidak pun dapat meningkatkan tekanan darah. Sekurang-kurangnya dia tidak mati untuk hari ini.” Aku tersentap. Tidak terdaya kuangkat muka menentang suara yang menyakitkan hatiku itu. Manusiakah dia? “Kenapa tidak diberi darah yang tulen? Darah daripada Allah untuk manusia. Itu hak dia.” Terhidu amrahnya, suara kulontar dengan selembut yang boleh walaupun hatiku ketara pedih. “Bank darah sudah kontang. Faham?” “Siapakah perempuan yang sedang koma itu? Bandingkan dengan Tuan Besar Musa. Cari kepentingan mereka. Siapakah yang lebih memerlukan darah?”

i.

Mengapakah Profesor Doktor Juaidi mahu menyelamatkan Tuan Besar Musa?

ii.

Pelbagai penyakit kronik mengancam nyawa manusia. Pada hemat anda, apakah yang wajar dilakukan untuk mengelakkan kita terhindar daripada penyakit kronik? (3 markah)

(2 markah)

iii. Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi persoalan yang terdapat pada keseluruhan cerpen. (4 markah)

97

Praktis 4.

MODUL PRIGEL KOMSAS

“Setengah pek darah sahaja yang diperlukan untuk menghidupkan bayi itu. Mustahil sangatkah? Tidak mustahil dia bakal Perdana Menteri. Firasat itu umpama mimpi barangkali, dia tidak perlu dihidupkan.” Doktor muda itu tunduk. Peratusan oksigen di mesin sokongan hayat ditingkatkan. Aku menjeling ke tubuh al-Hafiz. Tulang selangka yang remuk, salur darah di ruang foraks, memancut bagai paip bocor. Di katil nombor empat, gadis malang, kaku dalam selimut merah jambu. Otak yang berdarah, hentaman beroti, anak mata yang membulat penuh, saat kematiannya begitu hampir. Penganiaya telah memberikannya tiket ke jannah. Kutinggalkan dinding pejal Unit Rawatan Rapi. “Hanya lima pek darah untuk empat orang yang sedang koma. Prognosis yang baik, kalau awak tidak melepaskan pek-pek darah ini, awak jadi pembunuh.” “Tapi darah ini untuk Tuan Besar Musa.” Juruteknik makmal darah berwajah kelat. Anak mataku bulat penuh. “Hanya ardenalina, dopamin dan atropina yang merangsang denyutan jantungnya. Tiada tanda-tanda hayat. Dia sudah mati.” “Tandatangan Profesor Doktor Juaidi ini bagaimana?” “Saya rela menerima herdiknya.” i.

Jelaskan keadaan pesakit di katil nombor empat.

(2 markah)

ii.

Pada pendapat anda, wajarkah Aku mengambil bekalan darah yang sepatutnya diberikan kepada Tuan Besar Musa untuk diberikan kepada pesakit yang lain? Berikan alasan anda. (3 markah)

iii. Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi nilai lain yang terdapat pada keseluruhan cerpen. (4 markah)

98

Praktis 5.

MODUL PRIGEL KOMSAS

Tegang muka Profesor Doktor Juaidi, 300 botol kecil adrenalina tinggal kosong. Stok penyimpan atropina kehabisan. Dua puluh botol gelafundin kosong tergolek di dalam tong sampah. Dua jam lalu pesakit koma di Unit Rawatan Rapi ditinggalkan. Masya-Allah, betapa agungnya tubuh Tuan Besar Musa. “Dia sepatutnya tidak mati sebelum acara jamuan tahunan. Kelab akan kehilangan RM100 ribu. Huh!” Profesor Doktor Juaidi terhenyak di kerusi. Tajam mata liar garangnya menangkap wajah lembut Doktor Murni. “Tulis laporan kematian Tuan Besar Musa. Ke mana perginya lima pek darah yang saya tahu ada di bank darah pagi tadi?” Suaranya memetir. “Prof.” Tidak percaya aku, Doktor Murni boleh tersenyum semanis itu. “Ini surat perletakan jawatan saya. Tidak cukup menjadi doktor manusia, saya mahu menjadi doktor kemanusiaan juga. Kalau tiada di hospital ini, saya yakin ada di hospital lain.” Profesor Doktor Juaidi ternganga. Doktor Murni berlari menggapai tanganku. “Nusia, kita ke bank darah. Dua pek darah daripada awak, dua pek darah daripada saya, mampu menghidupkan semua yang koma dalam Unit Rawatan Rapi kecuali Profesor Doktor Juaidi.” i

Mengapakah Doktor Murni memberikan surat perletakan jawatannya?

(2 markah)

ii.

Pada pendapat anda, wajarkah tindakan Profesor Doktor Junaidi yang lebih mementingkan nyawa Tuan Besar Musa berbanding dengan pesakit-pesakit yang lain? Berikan alasan anda. (3 markah)

iii. Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi pengajaran lain yang terdapat pada keseluruhan cerpen. (4 markah)

99

MODUL PRIGEL KOMSAS

100

DRAMA BUKAN GILA Karya Sharry Sharif

MODUL PRIGEL KOMSAS

SINOPSIS ADEGAN I Drama ini mengisahkan Azmir yang dimasukkan ke wad kerana dikatakan kurang siuman. Semasa di dalam wad, fikirannya bercelaru dan dengan membayangkan kehadiran Ani, bapa dan Pak Haji serta berdialog dengan mereka. Dialog-dialog tersebut telah memperlihatkan perbezaan prinsip yang menjadi pegangan Azmir.

ADEGAN II Azmir telah dilawati oleh doktor. Doktor telah mengizinkan Azmir untuk keluar bersiar-siar dari wad pesakit jiwa. Namun begitu, doktor berpesan supaya Azmir tidak pergi jauh, hanya di kawasan wad sahaja. ADEGAN III Dalam adegan ini terdapat sesi pementasan lakonan yang diarahkan oleh Arif dan tiga orang pelakon. Setiap watak menyatakan prinsip hidup yang berbeza tentang dunia (dunia ialah kuasa, wang ialah dunia dan dunia ialah fikiran). Azmir pula berpendapat bahawa yang penting ialah sistem. Sistem yang betul ialah sistem yang prorakyat. Rakyat yang berkuasa menentukan segala-galanya. Dialog mereka berkisar tentang kehidupan ini yang berbentuk lakonan atau realiti. Azmir berpendapat bahawa sejarah membuktikan bahawa rakyat yang betul dan kemenangan sentiasa berpihak kepada rakyat. Pada masa yang sama Azmir sering melaung kesakitan pada kepalanya. Azmir diragui oleh kawan-kawannya sama ada Azmir benar-benar sakit atau hanya lakonan. Kemudian Doktor Razi telah datang dan membawa Azmir kembali ke wad setelah tiga hari tidak pulang-pulang. ADEGAN IV Arif, Pelakon I, Pelakon II dan Pelakon III telah menziarahi keluarga Azmir. Mereka ingin mendapatkan maklumat tentang latar belakang Azmir. Ibu bapa Azmir nenceritakan kisah Azmir yang tinggal dengan neneknya, bersikap gila-gila, mula berkelakuan aneh apabila berada dalam tingkatan 6 dan tidak dapat menamatkan pengajian di universiti. Dia juga menggunakan nama W.A. Domski dan bercakap dalam bahasa Indonesia. Rakan Azmir pula mempunyai persepsi yang berbeza tentang diri Azmir. Rakan Azmir berpendapat mungkin Azmir kekurangan kasih sayang dan sokongan daripada kedua-dua ibu bapanya. Pelakon II pula berpendapat Azmir sedang menanggung kesakitan yang berat. Arif pula berpendapat mereka perlu membantu Azmir kerana pada tanggapannya dia memerlukan kasih sayang, bukan cemuhan dan penghinaan.

101

MODUL PRIGEL KOMSAS ADEGAN V Azmir bermonolog tentang kisah lampau hidupnya bercinta dengan Ani. Azmir juga bermonolog tentang suka duka kehidupannya. Manusia sering tertipu dengan keindahan dunia tanpa pertimbangan yang rasional. Akhirnya dia memilih untuk hidup bersendirian dan menilai cinta dalam kehidupan. Manusia ialah pemburu dalam kehidupan ADEGAN VI Berita kematian Azmir dilaporkan dalam akhbar pada 21 Jun 1993. Kematiannya amat mengejutkan dan dikaitkan berpunca daripada penyakit barah otak yang dialaminya. Ani menyesal kerana meninggalkan Azmir.

PEMIKIRAN Ketabahan seorang anak muda yang terpaksa melawan penyakitnya bersendirian – Azmir tabah dalam melawan penyakit barah yang dihidapinya tanpa diketahui oleh sesiapa sehinggalah dia meninggal dunia. Dia dianggap gila oleh ibu bapanya, kekasih, doktor dan masyarakat di sekitarnya kerana perlakuannya yang sering menghantuk-hantukkan kepalanya ke lantai atau ke dinding sehingga berdarah.

PERSOALAN 1.

Persoalan perbezaan pemikiran dan tindakan menyebabkan seseorang itu dianggap janggal oleh masyarakat sekeliling. Cth :

2.

Azmir dianggap gila kerana mempunyai pandangan yang berbeza tentang hidup (cinta, sifat kemanusiaan, prinsip hidup) berbanding orang lain. Persoalan dunia ini ibarat pentas lakonan. Cth :

3.

Dalam kehidupan di dunia ini, manusia ialah pelakonnya yang membawa pelbagai watak. Kepentingan cinta dan kasih sayang. Cth :

4.

Azmir memerlukan orang-orang yang disayanginya seperti kekasih dan ibu bapanya untuk menempuh kesakitan yang dialaminya. Persoalan sokongan daripada ahli keluarga terdekat boleh memberi kekuatan dalam menghadapi cabaran hidup. Cth :

5.

Azmir menanggung cabaran hidup tanpa sokongan ibu bapa dan kekasih hati.

Persoalan keprihatinan dalam diri setiap insan.

102

Cth :

MODUL PRIGEL KOMSAS

Arif, Pelakon I, II dan III berkunjung ke rumah Azmir lalu berjumpa dengan ibu bapa Azmir untuk mengetahui latar belakang hidup Azmir.

PLOT 1.

Permulaan/Eksposisi Drama ini mengisahkan watak utama, iaitu Azmir berada di wad pesakit jiwa di Besar seorang diri dan berada dalam keadaan berhalusinasi.

2.

Perkembangan Azmir yang berhalusinasi akan kehadiran kekasihnya, Ani. Ani telah meninggalkan Azmir kerana telah dianggap kurang siuman. Azmir memohon Ani supaya membawanya keluar dari wad. Selepas itu, Azmir berhalusinasi akan kehadiran bapanya pula. Kedatangan bapanya telah menimbulkan pertelingkahan antara Azmir dengan bapanya. Azmir menuduh bapanya tidak menyayanginya lagi. Kemudian Azmir menerima kedatangan Pak Haji yang telah mempertikaikan namanya. Azmir tidak berpuas hati akan sikap manusia yang tidak bertindak seperti yang dikatakan oleh mereka. Doktor telah memberikan keizinan kepada Azmir untuk bersiar-siar di luar wad. Arif yang merupakan pengarah drama Sasau ingin memantapkan kefahaman pelakon-pelakonnya tentang tajuk drama mereka. Ketibaan Azmir secara tiba-tiba di situ telah mempertikaikan dialog drama Sasau yang mengagungkan kekuasaan. Pada pendapat Azmir, sistem yang terbaik ialah sistem prorakyat, iaitu sistem yang dapat mengawal wang serta mengawal kuasa dan juga dapat mengawal manusia.

3.

Klimaks Secara tiba-tiba Azmir bertindak di luar dugaan kewarasan manusia. Dia telah menghantuk kepalanya ke lantai sehingga kepalanya berdarah. Kemudian Azmir berguling-guling di lantai. Arif dan pelakon-pelakon lain membantu Azmir. Doktor datang lalu membawa Azmir ke wadnya semula. Arif yang prihatin terhadap penderitaan Azmir telah meminta doktor supaya membantu Azmir namun doktor menyatakan bahawa orang gila sememangnya bijak ketika menuturkan kata-kata.

4.

Peleraian Arif dan pelakon-pelakon lain telah mengunjungi rumah ibu bapa Azmir bagi tujuan untuk menjelaskan kepada ibu bapanya bahawa Azmir bukan gila tetapi menderita. Pelakon I memohon ibu dan bapa Azmir agar memberikan perhatian dan kasih sayang terhadap Azmir. Di wad pesakit jiwa, Azmir mengenang kenangan lalu antaranya dengan Ani. Akhirnya, keadaan Azmir semakin lemah dan dia jatuh ke lantai lalu meninggal dunia. Pada suatu ketika, Ani sedang membaca berita tentang kematian Azmir seorang diri di wad. Apabila mengetahui punca kematian Azmir akibat barah otak yang dihidapinya, Ani berasa kesal kerana bertindak meninggalkan Azmir bersendirian.

103

Hospital

MODUL PRIGEL KOMSAS TEKNIK PLOT / PENCERITAAN 1.

Dialog Dialog antara Azmir dengan bapanya.

2.

Imbas kembali Bapa Azmir teringat akan waktu penyakit gila-gila Azmir berlaku.

3.

Monolog Azmir bercakap seorang diri di wad pesakit jiwa.

4.

Saspens Teknik ini menimbulkan tanda tanya pembaca akan kesudahan percintaan Azmir dengan Ani.

WATAK DAN PERWATAKAN Azmir 1. Seorang yang tabah Cth : Azmir tabah menghadapi penderitaan penyakit barah otak tanpa pengetahuan orang lain sehinggalah dia meninggal dunia. 2. Seorang yang penyayang Cth : Azmir menghargai ibu bapanya yang telah melahirkan dan membesarkannya. 3. Seorang yang setia Cth : Azmir begitu setia kepada Ani yang merupakan kekasihnya. 4. Seorang yang teguh pendirian Cth : Azmir seorang yang teguh pendirian ketika berdialog dengan Pak Haji apabila Pak Haji mulai meragui dirinya sebagai orang Melayu. Azmir juga menyatakan bahawa dia tidak percaya kepada manusia kerana dia hanya percaya kepada Tuhan sahaja. 5. Seorang yang bijak Cth : Azmir sangat bijak ketika memberikan pandangan dan pendapat yang bernas terutama ketika memperkatakan soal kemanusiaan dan cinta. Arif 1. Seorang yang prihatin Cth : Arif berjumpa dengan ibu Azmir untuk menjelaskan bahawa Azmir sebenarnya tidak gila sebaliknya menanggung penderitaan yang sangat berat. Doktor Razi 1. Seorang doktor yang tidak memahami pesakit Cth : Doktor Razi tidak mengetahui penyakit sebenar yang dihadapi oleh Azmir. 2. Seorang yang baik hati Cth : Doktor Razi telah membenarkan Azmir bersiar-siar di luar kerana Azmir telah 104

MODUL PRIGEL KOMSAS

menunjukkan perubahan tingkah laku yang positif.

Bapa Azmir 1. Seorang bapa yang prihatin Cth : Bapa Azmir telah menghantar Azmir ke hospital bagi merawat penyakit anaknya. 2. Seorang bapa yang kurang memberikan kasih sayang terhadap anaknya Cth : Bapa Azmir kurang memberikan kasih sayang dan sokongan terhadap Azmir yang sebenarnya menghidap barah otak.

Ibu Azmir 1. Seorang yang tidak prihatin Cth : Ibu Azmir tidak prihatin terhadap penyakit yang ditanggung oleh Azmir malah menganggap Azmir sengaja buat-buat gila. 2. Seorang yang kurang memberikan kasih sayang kepada anaknya Cth : Ibu Azmir kurang memberikan sokongan kepada Azmir dan tidak menyedari bahawa anaknya menghidap penyakit kronik, iaitu barah otak. LATAR Latar Masa 1. Waktu siang Cth : Azmir dibenarkan keluar bersiar-siar oleh doktor pada waktu siang. Latar Tempat 1. Wad Pesakit Jiwa, Hospital Besar rumah Azmir Cth : Tempat Azmir dirawat kerana dikatakan menghadapi sakit jiwa sedangkan dia menghidap barah otak. 2. Pentas Cth : Arif dan pelakon-pelakon lain berlatih drama yang berjudul Sasau. 3. Rumah Azmir Cth : Arif dan rakan-rakan pelakon berkunjung ke rumah ibu bapa Azmir. Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup Cth : Azmir tabah mengharungi kesakitan akibat penyakit barah otak yang dideritainya selama ini. 2. Masyarakat yang simpati akan penderitaan orang lain Cth : Arif simpati akan penderitaan Azmir telah meminta doktor supaya membantu Azmir. 3.

Masyarakat yang kurang memberikan kasih sayang kepada anak Cth : Ibu bapa Azmir tidak memberikan sokongan dan semangat kepada Azmir yang menderita kesakitan malah menganggapnya sebagai gila. 105

MODUL PRIGEL KOMSAS GAYA BAHASA 1. 2. 3. 4. 5.

Peribahasa Cth : gila-gila bahasa Penggunaan bahasa Arab Cth : assalamuaikum Simile Cth : Bapa pun macam doktor juga dan macam mereka semua Metafora Cth : angin kemudaan Sinkope Cth : Abang dah tak sanggup lagi...

NILAI 1. 2. 3. 4. 5.

Kasih sayang Cth : Azmir yang menyayangi ibu bapanya telah mengucapkan terima kasih kepada kedua-duanya kerana telah melahir dan membesarkannya. Kesetiaan Cth : Azmir begitu setia dengan cintanya terhadap Ani. Keprihatinan Cth : Arif yang prihatin terhadap Azmir telah mengambil tindakan untuk berkunjung ke rumah Azmir bagi mengetahui keadaan sebenar Azmir melalui ibu bapanya. Simpati Cth : Arif dan rakan-rakannya amat bersimpati dengan keadaan Azmir yang berada dalam kesakitan. Ketabahan Cth : Azmir tabah menghadapi dan melawan sakit barah otak.

PENGAJARAN 1. 2. 3. 4.

Kita haruslah sayang akan ibu bapa/keluarga Cth : Azmir menyayangi ibu bapa yang telah melahirkan dan membesarkannya hingga sekarang. Kita wajarlah tabah dalam menghadapi dugaan Cth : Azmir tetap tabah menempuh dugaan dalam hidupnya walaupun dia mendapat barah otak. Kita hendaklah prihatin terhadap masalah yang dialami oleh orang lain Cth : Arif dan rakan-rakannya telah berkunjung ke rumah ibu bapa Azmir bagi mendapatkan maklumat tentang Azmir. Kita hendaklah menghargai sumbangan orang lain Cth : Azmir amat menghargai sumbangan golongan petani, nelayan, dan buruh yang 106

5.

MODUL PRIGEL KOMSAS

menyumbang kepada kesejahteraan hidup. Kita hendaklah setia dalam perhubungan Cth : Azmir seorang yang setia dalam pencintaan berbanding kekasihnya Ani.

B. BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN BENTUK SOALAN Soalan pemahaman cerpen lazimnya ditanya dalam soalan 2(b). Walau bagaimanapun, soalan 2(b) ini akan bertukar ganti antara genre cerpen dengan genre drama yang memperuntukkan sembilan (9) markah keseluruhannya. Terdapat tiga pecahan dalam soalan ini seperti yang berikut: -

Soalan (i): pemahaman berdasarkan isi dalam petikan Soalan (ii): soalan kemahiran berfikir Soalan (iii): soalan aspek sastera

TEKNIK MENJAWAB SOALAN -

Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri Jawapan hendaklah dalam ayat yang sempurna/lengkap. Peruntukan markah bagi setiap pecahan soalan menggambarkan jumlah isi yang dikehendaki. Kesalahan bahasa dan ejaan akan menjejaskan markah penuh setiap pecahan soalan.

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN Baca petikan drama di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. PELAKON 1 : Tadi, saudara ada menyebut tentang system. Bukankah system itu dicipta oleh manusia? Manusia boleh dipengaruhi oleh kuasa dan dibeli oleh wang. Maka, tidak mustahil system juga akhirnya akan dipengaruhi oleh kuasa dan wang. AZMIR : Memang system itu dicipta oleh manusia, tetapi pada tahap akhirnya, system itu disahkan oleh rakyat. Rakyat yang menentukan. Rakyat yang membenarkan. Rakyat yang merestuinya. Tanpa kebenaran, restu dan pengesahan rakyat, wang dan kuasa kehilangan makna. Jadi, pada hakikatnya system itu dicipta oleh rakyat, bukan manusia. Hal ini menunjukkan bahawa rakyat lebih besar daripada manusia. Rakyat lebih berkuasa daripada wang. Rakyat lebih berkuasa daripada kuasa. PELAKON 3 : (Berbisik dengan PELAKON 1). Kau faham apa yang diperkatakan itu? PELAKON 1 : Aku sedang cuba memahaminya.

107

MODUL PRIGEL KOMSAS i.

Berdasarkan petikan di atas, apakah pendapat Azmir tentang sistem?

[2 markah]

Tip: Calon perlu membaca dengan teliti dan mengenal pasti peristiwa yang terdapat dalam petikan. Jawapan bagi soalan (i) terdapat dalam petikan. Jawapan lengkap: Pendapat Azmir tentang ialah sistem dicipta oleh rakyat, bukan manusia. Selain itu, Azmir mengatakan bahawa sistem disahkan oleh rakyat. ii.

Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pemimpin

[3 markah] Tip: Calon perlu kemukakan ciri-ciri pemimpin yang positif dan boleh dicontohi oleh ahli masyarakat. Sifat pemimpin yang negatif tidak perlu dinyatakan. Jawapan lengkap: Pada pendapat saya, seorang pemimpin haruslah memiliki ciri-ciri yang positif dan boleh dijadikan teladan oleh ahli masyarakat yang lain. Salah satu ciri pemimpin yang baik ialah sentiasa berlaku adil kepada orang lain. Selain itu, pemimpin yang suka membantu golongan masyarakat yang serba kekurangan pasti disenangi oleh ahli masyarakat. Sifat pemimpin yang seterusnya yang perlu ada ialah prihatin terhadap keperluan bawahan dan tidak melakukan sebarang provokasi yang boleh mendatangkan mudarat kepada diri sendiri dan bawahannya.

iii. Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar masyarakat daripada keseluruhan drama? [4 markah] Tip: Calon perlu kemukakan satu latar masyarakat berdasarkan petikan dan satu latar masyarakat berdasarkan drama. Sebaiknya, calon beri dua latar masyarakat berdasarkan petikan dan dua latar masyarakat daripada keseluruhan drama yang dikaji. Jawapan lengkap: Latar masyarakat berdasarkan petikan ialah masyarakat yang gemar bertanya. Contohnya, Pelakon 1 ingin tahu lebih lanjut lagi tentang sistem, manusia, kuasa dan wang. Manakala, latar masyarakat yang terdapat dalam keseluruhan drama ialah masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup. Misalnya, Azmir tabah mengharungi kesakitan akibat penyakit barah otak yang dideritainya selama ini. Selain itu, terdapat juga masyarakat yang simpati akan penderitaan orang lain. Contohnya, Arif simpati akan penderitaan Azmir telah meminta doktor supaya membantu Azmir.

108

MODUL PRIGEL KOMSAS C. PRAKTIS TOPIKAL Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Praktis 1 AZMIR: W.A Domski. PAK HAJI: Nama apa tu, Azmir? Pak Haji rasa pelik benar bunyinya tu. Rasa-rasa Pak Haji, macam bukan nama orang sini saja. AZMIR: Memang betul. Itu nama Orang Putih. Itu bermakna saya bukan orang Melayu lagi. PAK HAJI: (Menggeleng). Habis…? AZMIR: (Tersenyum sinis). Apa yang habis? PAK HAJI: Astaghfirullah, Azmir. Azmir, mengucaplah banyak-banyak. Mengapa sampai jadi macam ni, Azmir? AZMIR: Itu hak saya. Tapi saya buat begitu bukan tanpa sebab. Saya bertindak demikian kerana dalam masyarakat di sini sudah tidak ada kasih sayang. Kasih sayang hanya wujud di bibir saja. Hanya wujud pada nama saja. Nama saja tidak membawa makna apa-apa. Yang penting ialah praktiknya yang diiringi dengan hati nurani yang bersih dan suci. Apa, Pak Haji memiliki apa-apa yang saya sebut sebentar tadi tu? Saya ragui Pak Haji memilikinya. PAK HAJI: Azmir mengucap Azmir.

i.

Mengapakah Azmir bertindak menukar namanya?

[2 markah]

ii.

Pada pendapat anda, apakah langkah untuk memupuk budaya penyayang dalam kalangan masyarakat di negara kita? [3 markah]

iii. Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latar masyarakat yang lain daripada keseluruhan drama. [4 markah]

109

MODUL PRIGEL KOMSAS Praktis 2 PELAKON I: Duniaku ialah kuasa. Kuasa ialah duniaku. Duniaku ialah wang. Wang ialah kuasa, dunia berada di bawahku. Kuasa mencipta kuasa. PELAKON II: Bukan, kau salah. Wang ialah duniaku. Duniaku ialah wang. Wang ialah kuasa. Dengan wang, dunia berada di bawahku. Wang membeli kuasa, membeli dunia, membeli manusia. PELAKON III: Bukan, kamu berdua salah. Kamu berdua ialah manusia-manusia sasau. Sasau boleh membawa gila. Gila boleh membawa kehancuran dunia, kehancuran manusia. Ikutlah aku. Dunia aku ialah fikiran. Fikiran ialah kewarasan. Kewarasan fikiran dapat mengawal hawa nafsu, mengawal wang, dapat mengawal kuasa. Kewarasan fikiran dapat mengawal manusia, dapat mengawal dunia. PELAKON I: Hei, kawan! Kau lupa satu perkara. Fikiran juga dapat merosakkan fikiran. Fikiran yang rosak boleh menyebabkan sasau. Sasau boleh membawa gila. Gila boleh membawa kehancuran dunia, kehancuran manusia. Oleh sebab itu ikutlah aku. Dengan kuasa, aku boleh mengawal fikiran. Dengan kuasa, aku boleh mengawal wang dan dunia. PELAKON II: Telah terbukti bahawa wang juga boleh mengawal fikiran dan sekali gus mengawal kuasa, seterusnya mengawal manusia dan dunia.

i.

Apakah kelebihan kewarasan fikiran berbanding kuasa dan wang?

[2 markah]

ii.

Pada pendapat, apakah adab dalam menyuarakan pendapat?

[3 markah]

iii. Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan drama. [4 markah]

110

MODUL PRIGEL KOMSAS Praktis 3 AZMIR: Memang sistem itu dicipta oleh manusia, tetapi pada tahap akhirnya, sistem itu disahkan oleh rakyat. Rakyat yang menentukan. Rakyat yang membenarkan. Rakyat yang merestuinya. Tanpa kebenaran, restu dan pengesahan rakyat, wang dan kuasa kehilangan makna. Jadi, pada hakikatnya sistem itu dicipta oleh rakyat, bukan oleh manusia. Hal ini menunjukkan bahawa rakyat lebih besar daripada manusia. Rakyat lebih berkuasa daripada wang. Rakyat lebih berkuasa daripada kuasa. PELAKON III: (Berbisik dengan PELAKON I). Kau faham apa yang diperkatakan tu? PELAKON I: (Kepada Azmir). Tidakkah sesuatu sistem itu mempunyai kelemahan tertentu? Kalau begitu, bagaimana sistem itu hendak mengawal wang, manusia dan kuasa? AZMIR: Suatu sistem itu mungkin terdapat kelemahan tertentu tetapi sejarah telah membuktikan bahawa rakyat senantiasa akan membetulkannya. Soalnya, cepat atau lambat. Sejarah juga telah membuktikan bahawa kemenangan senantiasa memihak kepada rakyat. Saudara-saudara jangan bimbang, sistem baik adalah bagaikan segala nilai dan norma serta tradisi yang telah berakar umbi dalam budaya sendiri. Bagaimana sukarnya kita menolak institusi-institusi tertentu yang terdapat pada sesebuah masyarakat itu, begitulah sukarnya kita menolak sesuatu sistem yang mantap dan bertapak kukuh di hati rakyat. (AZMIR kemudian memegang kepalanya seakanakan sedang menahan kesakitan).

i.

Apakah kuasa yang ada pada rakyat terhadap sistem yang dicipta oleh manusia? [2 markah]

ii.

Peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam tamadun manusia telah tercatat dalam sejarah sejak sekian lamanya. Pada pendapat anda, apakah kepentingan sejarah dalam kehidupan masyarakat? [3 markah]

iii. Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran lain daripada keseluruhan drama. [4 markah]

111

MODUL PRIGEL KOMSAS Praktis 4 PELAKON II: (Kepada PELAKON I). Setelah hamper pecah kepala, dia masih ingat tentang hujahnya. PELAKON II: Agaknya makin dihantukkan kepalanya tu, makin kuat ingatannya. PELAKON I: Betul ke? PELAKON II: Kalau nak tau cubalah tengok! (Perhatian mereka terarah kepada AZMIR apabila dia mula bersuara). AZMIR: Selepas orang itu menghantukkan kepalanya ke lantai, maka darah merah pun mengalirlah membasahi pipinya. Sesiapa yang menyaksikan kejadian itu pasti mengatakan bahawa orang yang menghantukkan kepalanya ke lantai itu ialah orang gila. Orang yang siuman tentu tidak berbuat demikian. Orang yang menonton tidak tahu bahawa orang yang menghantukkan kepalanya ke lantai itu sebenarnya sedang mengalami dan menderita suatu kesakitan yang tidak tertanggung, yang tak terucap dengan kata-kata lagi. Kata-kata kehilangan makna. Kata yang bermakna adalah dengan menghantukkan kepalanya ke lantai. (Kesemua mereka terpegun mendengar penjelasan AZMIR). Apakah saya sudah menjawab soalan saudara? (Sambil tersenyum ke arah PELAKON I). PELAKON I: (Semacam kagum bercampur bingung sambil menghantukkan kepalanya perlahan-lahan). Ya, terima kasih.

i.

Mengapakah Azmir menghantukkan kepalanya ke lantai?

[2 markah]

ii.

Pada pendapat anda, apakah yang sepatutnya dilakukan oleh Azmir untuk menghadapi penderitaan yang ditanggungnya? [3 markah]

iii. Huraikan satu perwatakan Azmir yang terdapat dalam petikan dan satu perwatakan Azmir daripada keseluruhan drama. [4 markah]

112

MODUL PRIGEL KOMSAS Praktis 5 PELAKON II: Bersabarlah, mak cik. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini buat kita semua. PELAKON III: Betul juga kata rakan saya tu. Peristiwa yang berlaku kepada Azmir mungkin berpunca daripada kurangnya perhatian dan kasih sayang. IBU: Nak buat macam mana lagi, encik. universiti.

Kami dah beri pelajaran hingga dia masuk ke

ARIF: Betul mak cik, tetapi… masuk ke universiti saja belum menjamin seseorang itu mendapat kasih sayang yang secukupnya. PELAKON I: Pak cik, mak cik … marilah kita sama-sama membantu Azmir. Dia amat memerlukan perhatian dan kasih sayang bukan cemuhan dan penghinaan. Dia memerlukan semangat dan perangsang daripada kita semua, bukan kutukan dan hukuman. PELAKON II: Kami lihat, Azmir seperti sedang menderita suatu penderitaan yang tak tertanggung. Kutukan, cemuhan dan hukuman akan hanya menyebabkan sakit yang dialaminya menjadi lebih parah. ARIF: Kami fikir, eloklah pak cik dan mak cik berjumpa dengan Azmir di hospital dengan segera sebelum terlambat. Dia amat memerlukan kita semua; lebih-lebih lagi, pak cik dan mak cik. Kami minta diri dulu.

i.

Apakah yang menyebabkan penyakit Azmir menjadi lebih parah?

[2 markah]

ii.

Sekiranya anda salah seorang ahli keluarga Azmir, apakah yang akan anda lakukan untuk membantu Azmir menghadapi penyakit yang dialaminya? [3 markah]

iii. Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai lain daripada keseluruhan drama? [4 markah]

113

MODUL PRIGEL KOMSAS

114

MODUL PRIGEL KOMSAS

115

NOVEL SILIR DAKSINA

MODUL PRIGEL KOMSAS

BIODATA PENGARANG. NIZAR PARMAN Dilahirkan pada tanggal 31 Ogos 1973 di Kampung Asam Bubok, Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor. Beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Paya, Parit Raja dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Menteri, Ayer Hitam. Melanjutkan pengajian dalam bidang perguruan di Maktab Perguruan Kinta, Jalan Diary, Ipoh (MPKI). Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah di Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Beliau telah bertugas sebagai Guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Seri Lalang, Kluang, Johor. Melibatkan diri dalam penulisan kreatif pada tahun 1995. Memenangi tempat pertama Sayembara Menulis Cerpen Hari Guru Peringkat Negeri Perak 1995, tempat ketiga Sayembara Cerpen Hari Guru anjuran DBP – BPG 1998, dan hadiah sagu hati Sayembara Jubli Emas DBP kategori cerpen 2007. Pada tahun 2009, novel pertama beliau, Silir Daksina telah diangkat sebagai pemenang tempat kedua kategori novel remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan – Exxon Mobil. Novel kedua beliau, Jajahan Bonda memenangi hadiah sagu hati Sayembara ITBM-BHPena. Beliau menghasilkan kumpulan cerpen Rinduku ke Syurga terbitan ITBM tahun 2015. Karya-karyanya pernah tersiar dalam Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Dewan Pelajar, dan Mingguan Wanita serta beberapa buah tabloid.

116

MODUL PRIGEL KOMSAS SINOPSIS Kisah dalam Silir Daksina bermula apabila Haiqal mendapat sebuah manuskrip lama. Alamat pengirim manuskrip tersebut sama dengan alamat tempat lahirnya tetapi pengirimnya berbangsa Cina iaitu Ong See Hwa. Haiqal mendapati bahawa kisah yang terdapat dalam manuskrip tersebut seakan-akan benar berlaku dan menceritakan kisah hidup arwah ayahnya; Abdullah bin Kayan tetapi kisah itu dimainkan oleh watak Cikgu Nizam. Haiqal bertekad untuk pulang ke Johor untuk menjejak warisan ayahnya walaupun niat itu ditentang oleh uminya. Walid tidak menghalang pemergian Haiqal malah berjanji akan mengirimkan wang kepadanya untuk dibelanjakan ketika di Johor. Kehadiran Haiqal di Kampung Seri Purnama disambut baik oleh penduduk-penduduk di sana terutamanya Tauke Ong. Kemudian, Tauke Ong telah menyerahkan wang simpanan, hasil jualan kelapa sawit dan kebun kelapa sawit kepada Haiqal untuk diuruskan. Haiqal telah mengenali anak Tauke Ong iaitu Ong See Hwa. Haiqal mendapati bahawa perwatakan Ong See Hwa mirip dengan watak Ai Ling. Haiqal juga telah bersahabat baik dengan Lazim. Perkenalan Haiqal dengan Lazim dan Ong See Hwa memudahkan Haiqal untuk menjejak warisan Abdullah bin Kayan. Mereka telah menunjukkan kisah hidup Abdullah bin Kayan melalui pameran di balai raya lama. Haiqal mendapat bahawa arwah bapanya merupakan orang yang hebat dalam bidang seni dan sastera. Haiqal juga mendapat tahu bahawa bakat arwah ayahnya diiktiraf oleh pihak kerajaan negeri. Kehadiran Haiqal di Kampung Seri Purnama hanyalah untuk mencari kenangan yang ditinggalkan oleh Abdullah bin Kayan. Penduduk kampung seperti Pak Cik Bakar, Haji Salim dan Tauke Ong mengharapkan Haiqal supaya mengembalikan kegemilangan tarian zapin di kampung mereka kerana mereka melihat semangat kepemimpinan Haiqal mirip arwah ayahnya, Abdullah bin Kayan. Haiqal tidak mahu menghampakan harapan mereka kerana mereka telah melayan Haiqal dengan baik. Haiqal dan penggiat tarian zapin jincat seperti Pak Cik Bakar dan Haji Salim telah bersepakat untuk mengadakan persembahan tarian zapin. Ketika hari persembahan, Lazim telah ditimpa kemalangan. Haiqal dan Ong See Hwa telah menarikan tarian zapin sehingga ada sebilangan penduduk kampung yang berasa terharu kerana terkenangkan arwah Abdullah bin Kayan. Umi, walid dan Nurul Aisyah juga turut hadir untuk menyaksikan persembahan zapin tersebut. Umi juga telah ke kubur Abdullah bin Kayan dan umi telah mengaku kesilapannya memisahkan Haiqal daripada bapa kandungnya kerana darahnya turut mengalir dalam tubuh Haiqal. Setelah beberapa bulan di Kampung Seri Purnama, Haiqal melanjutkan pelajaran dalam bidang keguruan di sebuah universiti di Sarawak.

117

MODUL PRIGEL KOMSAS SINOPSIS MENGIKUT BAB 1 TERSINGKAP RAHSIA Haiqal sangat tertarik oleh sebuah mansukrip lama yang baru diperolehinya. Sudah seminggu dia membaca dan membelek-belek manuskrip itu. Haiqal leka dalam alam Abdullah bin Kayan. Nama itu pernah disebut oleh uminya tetapi uminya tidak mahu menceritakan lebih lanjut tentang sejarah hidup Abdullah bin Kayan. Ketika Haiqal berusia enam tahun, dia mendapat tahu bahawa orang yang dipanggil sebagai “walid” bukanlah ayah kandungnya. “Walid” atau Abdul Fatah ialah ayah tirinya. Namun begitu, ayah tirinya tidak membezabezakan kasih sayang antara Haiqal dengan adik tirinya; Nurul Aisyah. Ketika umi menerangkan bahawa Haiqal bukanlah anak kandung “walid”, Haiqal berasa sangat sedih sekali. Umi memberitahu bahawa ayah kandungnya tinggal berjauhan daripada mereka dan Haiqal akan tahu segala-galanya apabila Haiqal sudah besar. 2 KISAH SEORANG TEMAN Haiqal menemui Ratna di warung milik keluarga Ratna. Mereka berbual-bual tentang masa depan masing-masing. Ratna bercita-cita untuk membuka restoran sendiri apabila keputusan SPM Ratna tidak begitu baik. Haiqal pula meneruskan pelajaran ke tingkatan 6. Sekarang, Haiqal sedang menunggu keputusan STPM. Haiqal sentiasa mendorong Ratna supaya gigih meneruskan cita-citanya. Haiqal turut memberitahu bahawa tokoh-tokoh dunia seperti Abraham Lincoln juga pernah gagal berkali-kali sebelum mencapai kejayaan. Ketika mereka berjalan-jalan di tepi pantai, Haiqal telah menceritakan kisah manuskrip yang diterimanya beberapa hari yang lalu. Alamat pengirim manuskrip itu sama dengan alamat yang tercatat di sijil kelahirannya iaitu Kampung Seri Purnama, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Pengirim manuskrip itu berbangsa Cina yang bernama Ong See Hwa. 3 SENASKHAH MANUSKRIP LAMA (i) Manuskrip lama yang menceritakan kisah Cikgu Nizam ini merupakan manuskrip yang diterima dan dibaca oleh Haiqal. Manuskrip lama ini mengisahkan penduduk kampung Sri Purnama yang aktif dalam aktiviti seni tradisional seperti zapin dan ghazal. Seni tradisional ini turut mendapat tempat di hati Ai Ling; anak kepada Tauke Lim. Ai Ling minat menari zapin. Rakan-rakan sebaya Cikgu Nizam seperti Roslan, Ramli dan Sudin juga gigih berlatih menari zapin. Penduduk kampung Seri Purnama sering berkumpul di warung Pak Dolah. Cikgu Nizam memuji Ai Ling yang mahir menari zapin. Hubungan bapa Ai Ling iaitu Tauke Lim dengan penduduk kampung Seri Purnama adalah sangat rapat. Cikgu Nizam menggalakkan Ai Ling untuk belajar menari zapin. Apabila Cikgu Nizam melihat Ai Ling, 118

MODUL PRIGEL KOMSAS

secara tidak langsung dia terkenang akan anaknya; Aiman. Usia Aiman sebaya dengan usia Ai Ling. Hubungan kekeluargaan antara keluarga Cikgu Nizam dengan keluarga Tauke Lim sangat rapat. Tauke Lim berasal dari Perak. Rumah Tauke Lim dibina di atas tanah yang dibeli daripada ayah Cikgu Nizam. Sebelum ini, tanah tersebut merupakan kebun getah. Ayah Cikgu Nizam mengupah orang untuk mengerjakannya kerana dia sibuk mengurus kebun kelapa sawit. Emak Cikgu Nizam pula tidak berdaya untuk mengerjakan kebun getah kerana tidak boleh berdiri lama akibat kemalangan. Kemudian, Tauke Lim telah menyewa tanah tersebut daripada ayah Cikgu Nizam setelah berhijrah ke Parit Raja. Ayah Cikgu Nizam berasa kasihan akan Tauke Lim kerana semua tanah milik keluarganya di Perak habis dijual untuk membayar hutang abang Tauke Lim yang suka berjudi. Ayah Cikgu Nizam dan Tauke Lim bersetuju untuk membahagi dua hasil daripada kebun getah tersebut. Hubungan antara keluarga Cikgu Nizam dan Tauke Lim semakin rapat sejak Tauke Lim menyewa kebun getah tersebut. Tambahan pula, Tauke Lim selalu membawa ahli keluarganya berkunjung ke rumah keluarga Cikgu Nizam. Mereka selalu minum petang bersama-sama. Tauke Lim seorang yang rajin. Pada waktu pagi, dia menoreh getah manakala pada waktu petang, Tauke Lim akan mengelilingi kampung untuk membeli hasil-hasil kampung. Sebagai contohnya, buah pinang, getah beku atau getah sekerap, biji kopi dan pisang. Kemudian, dia akan menjualnya di bandar. Tauke Lim juga sentiasa membersihkan kebun getah yang disewanya. Hasil kegigihan Tauke Lim, dia berjaya mengumpul wang untuk membeli setengah ekar daripada kebun ayah Cikgu Nizam. Tanah yang dibelinya itu telah dijadikan tapak rumah. Hubungan antara keluarga Tauke Lim dengan penduduk kampung Sri Purnama sangat rapat sekali. Apabila ada majlis kenduri-kendara, dia pasti akan turut bersama-sama penduduk untuk bergotong-royong. Tauke Lim juga sentiasa bermurah hati untuk menaja jamuan untuk setiap majlis keramaian di kampung. Ketika ayah Cikgu Nizam masih hidup, dia menganggap bahawa anak-anak perempuan Tauke Lim iaitu Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya sendiri. Hidup ayah Cikgu Nizam sunyi setelah kematian isterinya akibat darah beku di kepala. Pada suatu hari, Cikgu Nizam telah menumpangkan Ai Ling dan Ai Ching ke sekolah kerana bateri kereta Tauke Lim telah rosak. Cikgu Nizam mengajar di sekolah yang sama dengan Ai Ling. Tauke Lim menghantar semua anaknya belajar di sekolah kebangsaan di kampung itu. Dia beranggapan bahawa di mana-mana sahaja anak-anaknya boleh belajar asalkan mereka rajin. Pada setiap minggu, Tauke Lim menghantar anak-anaknya ke kelas tuiysen bahasa Cina di pekan Parit Raja. Cikgu Nizam mempelawa Ai Ling menaiki keretanya pada setiap hari tetapi Ai Ling tidak mahu menyusahkan gurunya itu. Namun begitu, setelah Ai Ling berbincang dengan Tauke Lim, Ai Ling telah menumpang kereta Cikgu Nizam untuk ke sekolah pada setiap hari. Ketika di bilik guru, Cikgu Latifah yang terkenal oleh kegarangannya telah meluahkan perasaan. Cikgu Latifah menyatakan kekesalannya terhadap sikap murid-murid yang tidak menyelesaikan kerja rumah dan tulisan mereka juga tidak kemas ibarat “cakar ayam”. Cikgu Latifah turut menyatakan bahawa golongan guru kerap dipersalahkan jika anak-anak murid 119

MODUL PRIGEL KOMSAS

tidak berjaya. Cikgu Nizam menenangkan Cikgu Latifah dengan mengatakan bahawa orang luar tidak faham akan tugas guru yang banyak. Cikgu Nizam turut berpandapat bahawa golongan guru perlu sentiasa bijak mengatur tugas mereka. Berbeza dengan zaman dahulu, guru ibarat pakar rujuk. Apabila zaman semakin moden dan golongan cendekiawan semakin ramai, banyak teori pendidikan telah diwujudkan. Cikgu Latifah meneruskan kerjanya dan kadang kala dia membebel lagi. Dalam hati Cikgu Nizam, dia kagum akan kesungguhan Cikgu Latifah yang sanggup pulang lewat untuk membimbing murid-murid yang lemah dalam Matematik. Cikgu Nizam terus menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua panitia Bahasa Melayu dengan menyelesaikan minit mesyuarat panitia. Selain itu, Cikgu Latifah turut menyatakan bahawa Ai Ling tidak mahu ke perpustakaan ketika waktu Pendidikan Islam. Ai Ling berminat untuk mempelajari Pendidikan Islam daripada Ustazah Munirah. Ai Ling suka membaca buku kisah-kisah nabi dan rasul serta tokoh-tokoh Islam. Ai Ling juga selalu bertanya tentang nabi-nabi kepada Ustazah Munirah, terutamanya tentang Nabi Muhammad. Perwatakan Ai Ling berbeza dengan kakaknya. Apabila murid-murid Islam membaca doa, dia akan turut serta menadah tangan untuk berdoa. Cikgu Nizam mengambil peluang ini untuk cuba mengenali Ai Ling dengan lebih dekat. (ii) Bateri kereta Tauke Lim telah digantikan dengan bateri baharu. Cikgu Nizam membantu Tauke Lim memasang bateri tersebut. Cikgu Nizam menyuruh Tauke Lim supaya membeli kereta baharu tetapi Tauke Lim tidak mahu kerana dia perlu berjimat untuk belanja persekolah anak-anaknya. Pada masa yang sama, Tauke Lim tidak selalu jalan jauh. Kereta buruknya digunakan untuk mengangkut hasil-hasil kampung untuk dijual di pekan. Jika Tauke Lim pulang ke kampung di Kuala Kangsar untuk menziarahi emaknya, dia dan keluarganya akan menaiki bas sahaja. Tauke Lim seorang yang suka bersederhana dan berjimat. Sebagai contohnya, dia sentiasa berbaju lusuh. Cikgu Nizam jarang melihat Tauke Lim berbaju cantik kecuali ketika Tahun Baru Cina. Setelah kereta Tauke Lim berjaya dihidupkan, Tauke Lim telah mengajak Cikgu Nizam ke pekan untuk minum teh tarik mamak pada waktu petang. Ketika menikmati teh tarik, Tauke Lim telah bersetuju dan membenarkan Ai Ling menumpang kereta Cikgu Nizam untuk ke sekolah. Pada awalnya, dia tidak mahu menyusahkan Cikgu Nizam. Tauke Lim turut menyatakan bahawa keluarga Cikgu Nizam telah banyak membantu keluarganya ketika mereka susah dahulu. Tauke Lim berasa terhutang budi dengan keluarga Cikgu Nizam. Pada masa yang sama, Cikgu Nizam turut mengucapkan terima kasih kerana telah menjaga kebun ayahnya dengan baik. Tauke Lim tidak menghalang jika Cikgu Nizam mahu mengajar Ai Ling dan menganggap Ai Ling sebagai anak kandungnya sendiri. Ketika minum juga, mereka berbual tentang Aiman. Cikgu Nizam memberitahu bahawa keluarga isterinya seolah-olah tidak suka Cikgu Nizam melawat Aiman. Tauke Lim meminta Cikgu Nizam bersabar. Tauke Lim yakin bahawa Aiman akan datang mencari Cikgu 120

MODUL PRIGEL KOMSAS

Nizam apabila dia sudah besar nanti. Tauke Lim percaya bahawa Cikgu Nizam merupakan seorang yang kuat dan tabah seperti ayahnya dahulu. Tauke Lim turut menasihati Cikgu Nizam supaya jangan susah hati kerana penduduk kampung sayang akan Cikgu Nizam. Sejak Cikgu Nizam kembali ke kampung, banyak aktiviti dapat dijalankan. Sebagai contohnya, aktiviti zapin. Cikgu Nizam juga turut memuji Tauke Lim yang banyak memberi sumbangan terhadap aktiviti yang dijalankan di kampung mereka. Pada waktu malam nanti, Cikgu Nizam mempelawa Tauke Lim ke balai raya untuk menonton latihan zapin. Tauke Lim menyatakan bahawa dia akan hadir kerana Ai Ling meminati tarian zapin. Tauke Lim juga seronok melihat anak-anak muda gigih berlatih zapin. (iii) Ketika di balai raya pada malam itu, Tauke Lim telah menyuruh Cikgu Nizam menari zapin. Ai Ling berasa sangat gembira sekali apabila melihat Cikgu Nizam menari zapin. Selesai latihan, Tauke Lim, Cikgu Nizam, Pak Haji Salam dan beberapa orang ahli kumpulan zapin berkumpul di atas pentas. Mereka membincangkan persiapan majlis untuk menyambut kehadiran YB Samsuri dan pegawai daripada Yayasan Warisan Negeri untuk mengkaji rentak zapin jincat yang unik. Mereka hanya mempunyai masa seminggu sahaja lagi untuk berlatih. Kumpulan zapin D’Purnama telah berkubur lebih dua puluh tahun. Mereka beranggapan bahawa kedatangan pegawai dan YB Samsuri merupakan peluang kepada mereka untuk menghidupkan tarian zapin jincat semula. Kumpulan zapin tersebut berkubur kerana beberapa orang ahlinya telah keluar daripada kumpulan asal dan menubuhkan kumpulan baharu. Akhirnya, kumpulan baharu tersebut juga mengalami kegagalan. Akibatnya, kumpulan zapin D’Purnama telah berkubur. Dalam perbincangan itu, Cikgu Nizam telah diminta untuk menyiapkan atur cara dalam majlis itu nanti. Tauke Lim menyatakan kesediaannya untuk menaja jamuan makan. Ketika semua orang sudah pulang, Abang Bakir menyatakan hasratnya supaya Cikgu Nizam menyelitkan deklamasi puisi dalam majlis itu nanti. Abang Bakir turut mencadangkan supaya Cikgu Nizam memilih murid-murid sekolahnya yang berbakat untuk mendeklamasi puisi. Abang Bakir juga memberi semangat kepada Cikgu Nizam supaya meneruskan bakatnya dalam bidang sastera. Abang Bakir menasihati Cikgu Nizam supaya tidak merajuk lagi. (iv) Cikgu Nizam berasa gembira apabila Ai Ling merupakan salah seorang peserta pertandingan deklamasi puisi. Ai Ling menunjukkan minatnya terhadap puisi dengan membaca buku puisi. Ai Ling membaca buku puisi sebagai persediaan untuk menyertai pertandingan mendeklamasi puisi. Cikgu Nizam telah mengajak Ai Ling datang ke rumahnya untuk berlatih mendeklamasikan puisi pada waktu petang. Ai Ching telah menemani Ai Ling ke rumah Cikgu Nizam. Ai Ling telah memilih sajak bertemakan kasih sayang terhadap ibu dan bapa. Ketika Cikgu Nizam melatih Ai Ling mendeklamasi puisi, Ai Ching membelek-belek novel dan majalah sastera yang diletakkan di atas meja. Kemudian, Ai Ching memilih senaskhah novel dan membacanya sementara menunggu Ai Ling berlatih. 121

MODUL PRIGEL KOMSAS

Pada awal latihan, Ai Ling sukar untuk mengawal pernafasannya perlahan-lahan. Cikgu Nizam mengajar Ai Ling supaya bijak mengawal pernafasan kerana dapat mengurangkan perasaan gemuruh ketika berada di pentas. Cikgu Nizam tetap memberi semangat kepada Ai Ling walaupun Ai Ling seolah-olah putus asa. Akhirnya, Ai Ling berjaya. Dia berjanji akan datang lagi pada hari esok. Sebelum pulang, Ai Ling mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Nizam kerana telah melatihnya. Ai Ching pula telah meminjam dua buah novel. Cikgu Nizam berpesan kepada Ai Ching supaya jangan leka membaca novel kerana Ai Ching perlu menumpukan perhatian dalam pelajaran dan menyelesaikan kerja rumah. (v) Ai Ling telah berjaya memenangi pertandingan deklamasi puisi peringkat tahap satu. Dia berjaya menyampaikan sajaknya sehingga memukau semua murid yang menyaksikannya. Kemenangan Ai Ling juga telah menjadi buah mulut penduduk kampung. Orang yang paling gembira ialah Tauke Lim. Dia sanggup membelanja pelanggan-pelanggan warung Abang Dolah. Ketika di warung, Tauke Lim menyatakan hasratnya untuk melihat Cikgu Nizam membaca puisi di balai raya seperti zaman Cikgu Nizam muda dahulu. Pak Dolah turut menyokong cadangan Tauke Lim. Pak Dolah berasa seronok jika para pemuda kampung berkumpul di balai raya kampung mereka untuk berpuisi, berkompang, berseloka dan bergurindam. Jika khazanah bangsa ini tidak diteruskan oleh generasi muda, khazanah ini akan pupus. Cikgu Nizam telah menyatakan kepada Abang Bakir dan Roslan bahawa dia berhenti berkarya kerana jiwanya tidak tenang setelah berpisah dengan isteri dan anaknya, Aiman. Karyanya ibarat tiada semangat. Oleh sebab itu, Cikgu Nizam mengambil keputusan untuk berhenti berkarya. Dia juga sering berasa rindu akan Aiman. Hanya potret Aiman yang dapat dijadikan penawar rindunya. Cikgu Nizam seperti ayahnya juga yang menjadikan Ai Ling sebagai tempat untuk mencurahkan kasih sayang. (vi) Perancangan untuk menjayakan persembahan zapin berjalan dengan lancar. Ai Ling bersetuju untuk mendeklamasikan sajak sebelum persembahan zapin. Sajak yang akan dipersembahkan oleh Ai Ling ialah sajak yang ditulis oleh Cikgu Nizam sendiri. Ketika hari persembahan, kawasan balai raya dipenuhi oleh penduduk kampung. Ai Ling telah mendeklamasikan sajak dengan penuh bersemangat. Para penduduk yang hadir telah terpukau dengan persembahan Ai Ling. Mereka memberi tepukan yang gemuruh kepada Ai Ling. Ketika Ai Ling mendeklamasikan sajak, Cikgu Nizam telah membayangkan bahawa Ai Ling dan Aiman sedang mendeklamasikan sajak bersama-sama. Tepukan yang gemuruh terhadap sajak yang ditulis oleh Cikgu Nizam merupakan penghormatan yang tertinggi untuk dirinya. Persembahan zapin bertambah meriah apabila YB Samsuri juga turut menari zapin dengan para penari zapin. Majlis persembahan zapin itu berakhir pada jam 12.15 malam. YB Samsuri juga telah berjanji akan memberikan perutukan wang ringgit kepada kumpulan zapin D’Purnama. Wang tersebut akan digunakan untuk membeli peralatan muzik zapin yang baharu. Walaupun majlis sudah tamat, penari-penari daripada Yayasan Warisan Negeri masih 122

MODUL PRIGEL KOMSAS

sibuk mempelajari cara-cara menari zapin jincat, alip-alip daripada Abang Bakir, Wak Parmin dan Ramli. Kemudian, YB Samsuri juga mengucapkan tahniah kepada Cikgu Nizam atas usaha gigihnya mengembalikan kegemilangan tarian zapin di kampung Seri Purnama. Pada masa yang sama, beliau berharap supaya Cikgu Nizam turut mengembangkan bahasa dan sastera di kampung itu. Beliau berharap supaya Kampung Seri Purnama akan dijadikan perkampungan bahasa dan sastera. (vii) Masa berlalu begitu pantas. Ai Ling kini sudah berusia 12 tahun. Cikgu Nizam menganggap Ai Ling seperti anaknya sendiri. Tauke Lim dan Mak Cik Kim juga gembira apabila Cikgu Nizam turut mengambil berat akan diri Ai Ling. Namun begitu, pada masa ini, Cikgu Nizam sering mengalami sakit kepala. Cikgu Nizam sering berulang-alik ke hospital. Walau bagaimanapun, dia tetap pergi ke balai raya untuk berlatih kompang dan zapin. Pada suatu petang, Cikgu Nizam membawa Ai Ching dan Ai Ling berkunjung ke Pantai Punggur. Ketika di Pantai Punggur, Ai Ling ingin tahu sama ada Cikgu Nizam mempunyai anak atau tidak. Cikgu Nizam menyatakan bahawa dia mempunyai seorang anak lelaki yang menetap di Terengganu. Umur anak lelaki Cikgu Nizam sebaya dengan umur Ai Ling. Hampir sepuluh tahun Cikgu Nizam tidak menemui anaknya itu. Ai Ling menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan anak Cikgu Nizam. Ai Ling mahu berkawan dengannya. Pada masa yang sama, Ai Ling turut memberitahu Cikgu Nizam tentang arwah ayah Cikgu Nizam yang selalu memuji Cikgu Nizam. Ayah cikgu Nizam sangat sayang akan Cikgu Nizam kerana kasih sayang yang diberikan oleh Cikgu Nizam kepada ayahnya setanding dengan kasih sayang sepuluh orang walaupun Cikgu Nizam hanyalah seorang anak tunggal. Ketika membiarkan Ai Ling dan Ai Ching bermain-main di tepi pantai, Cikgu Nizam mengelamun sambil menikmati ketenangan ombak dan angin di tepi pantai. Cikgu Nizam berharap supaya dia dapat menjadi manusia biasa yang berkeluarga dan berbahagia selalu tetapi dia sentiasa menghadapi ujian dalam kehidupannya. (viii) Kampung Seri Purnama telah dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim. Dalam bulan ini, program Berkampung Bersama Puisi akan dilancarkan. Ramai penduduk di sekitar kawasan Batu Pahat berminat untuk menyertainya. Yang Berhormat juga telah bersetuju untuk mendeklamasikan puisi pada malam perasmian nanti. Cikgu Nizam pula semakin sibuk membuat persiapan di balai raya. Cikgu Nizam tidak mahu program itu menjadi seperti “melepaskan batuk di tangga”. Ai Ling juga gigih berlatih mendeklamasikan sajak. Pada masa ini, kesihatan Cikgu Nizam bertambah buruk. Cikgu Nizam hanya mampu bergantung pada ubat tahan sakit yang dibekalkan oleh doktor untuk menahan kesakitan yang dialaminya. Cikgu Nizam menerima takdir Tuhan dengan tabah jika hidupnya akan berakhir tidak lama lagi. Walaupun Cikgu Nizam menderita kesakitan, Cikgu Nizam berlagak seperti biasa seolah-olah dia sihat.

123

MODUL PRIGEL KOMSAS

Ai Ling telah datang ke rumah Cikgu Nizam sambil membawa apam balik untuk Cikgu Nizam. Ai Ling memberitahu bahawa dia telah menyelesaikan semua kerja rumahnya ketika menunggu Cikgu Nizam habis bermesyuarat di sekolah. Cikgu Nizam telah menunjukkan manuskrip yang sedang ditulis olehnya kepada Ai Ling. Cikgu Nizam telah berjanji untuk memberikan manuskrip itu kepada Ai Ling sekiranya manuskrip itu siap ditulis. Ai Ling menyatakan bahawa dia mahu menjadi orang pertama membaca manuskrip tersebut. Ai Ling mendapati bahawa muka Cikgu Nizam pucat. Ai Ling beranggapan bahawa Cikgu Nizam sedang sakit. Namun begitu, Cikgu Nizam menafikannya. Cikgu Nizam memberi alasan bahawa dia hanya penat sahaja. Ai Ling juga mendapati bahawa fizikal Cikgu Nizam sudah berubah. Urat-urat di kepala Cikgu Nizam sudah timbul dan tubuhnya juga sudah kurus. Walau bagaimanapun, Cikgu Nizam tetap menyatakan bahawa dia sihat. Ai Ling juga bertanya tentang Aiman kepada Cikgu Nizam. Ai Ling ingin tahu bila Cikgu Nizam akan membawa Aiman ke kampung ini. Ai Ling ingin berkenalan dengannya. Cikgu Nizam ingin menceritakan masalah yang dihadapinya kepada Ai Ling tetapi dia membatalkan hasratnya itu. Cikgu Nizam tidak mahu melibatkan Ai Ling dalam masalah kehidupannya. (ix) Majlis pelancaran Malam Sekampung Puisi akan dilangsungkan. Balai raya telah dicat baharu. Buku-buku sastera lama telah dipamerkan di balai raya. Gambar-gambar serta latar belakang sasterawan terkenal tanah air juga dipamerkan. Cikgu Nizam berasa lega apabila beberapa orang penyair yang pernah memenangi pertandingan deklamasi puisi telah mengesahkan penyertaan mereka. Selain itu, ahli jawatankuasa untuk program tersebut juga telah menunjukkan komitmen yang tinggi bagi menjayakan majlis itu. Cikgu Nizam beranggapan bahawa Aksara yang pernah diceritakannya kepada Abang Bakir, Roslan, Ramli dan Mazli akan berjaya sekiranya program ini berjaya. Sakit kepada yang dialami oleh Cikgu Nizam semakin kronik. Cikgu Nizam terpaksa menahan kesakitannya itu dengan ubat yang dibekalkan oleh doktor. Pada masa ini, Cikgu Nizam menyelesaikan semua tugasan sebagai guru di sekolah sehingga dia pulang lewat. Ai Ling pula terpaksa menunggunya. Mujur Ai Ling memahami kesibukannya. Pada waktu malam, Cikgu Nizam menunaikan solat sunat. Ketika ini, dia berasa bahawa dirinya dekat dengan Allah. Kerinduannya terhadap Aiman semakin memuncak. Cikgu Nizam sentiasa membayangkan wajah Aiman. Cikgu Nizam menatap potret kecil Aiman dan mendakapkannya ke dada. Cikgu Aiman berharap Aiman datang menemuinya. Cikgu Aiman terus menangis teresak-esak.

4 124

MODUL PRIGEL KOMSAS DESAKAN HATI

Haiqal tidak dapat membuat keputusan sama ada ingin ke Johor atau tidak. Haiqal yakin bahawa uminya pasti tidak akan mengizinkan. Haiqal tidak pernah membantah keputusan uminya kecuali sekali. Manuskrip yang dibaca oleh Haiqal mempengaruhinya untuk ke Johor. Haiqal merasakan bahawa manuskrip yang dibaca olehnya merupakan kisah benar. Haiqal yakin bahawa si penghantar manuskrip itu mempunyai sebab yang tersendiri dengan menghantar manuskrip itu kepadanya. Pada malam itu, Haiqal telah keluar untuk bertemu Ratna. Perkara itu menghairankan umi dan walidnya. Ketika bertemu Ratna, Haiqal memberitahu bahawa dia sudah selesai membaca manuskrip tersebut. Haiqal beranggapan bahawa manuskrip itu menceritakan kesunyian dan kesakitan yang ditanggung oleh ayahnya. Kandungan manuskrip dalam manuskrip itu benar-benar merumitkan fikiran Haiqal. Dalam manuskrip itu, watak utamanya ialah seorang penulis. Ratna membuat persamaan antara watak utama manuskrip itu dengan diri Haiqal yang merupakan pelajar yang hebat dalam bidang sastera. Haiqal sering memenangi pertandingan deklamasi puisi peringkat sekolah, johan menulis sajak dan cerpen peringkat negeri. Namun begitu, umi tidak pernah berbangga akan pencapaian Haiqal. Kebencian umi terhadap ayahnya ada kaitan dengan dunia sastera ayahnya. Haiqal berasa bingung. Haiqal tidak tahu cara untuk dia berhadapan dengan umi dan walidnya. Ratna memberi sokongan kepada Haiqal. Ratna memberitahu bahawa jika niat Haiqal betul, Allah akan menunjukkan jalan penyelesaiannya. Haiqal menyatakan bahawa uminya pernah kecewa dengan keputusan Haiqal yang memilih kelas sastera apabila masuk ke tingkatan enam. Itulah kali pertama Haiqal berkeras dengan uminya. Ratna menasihati Haiqal supaya memikirkan perkara tersebut masak-masak sebelum membuat keputusan. Kemudian, Haiqal memohon diri untuk pulang kerana jam sudah menunjukkan jam 12.00 malam. Haiqal tidak mahu umi dan walidnya bimbang. 5 RINDU Haiqal berasa terkilan kerana dia tidak mempunyai kenangan indah bersama dengan ayahnya. Haiqal membelek-belek manuskrip itu sekali lagi. Haiqal ingin kepastian tentang watak Ai Ling yang mungkin memiliki persamaan dengan individu yang bernama Ong See Hwa. Haiqal juga ingin membuat andaian tentang watak Ai Ling yang mungkin watak rekaan ayahnya sahaja.

Suasana Kampung Seri Purnama terbayang-bayang di mata Haiqal. Bunyi kompang dan alunan irama zapin seakan-akan kedengaran di telinga Haiqal. Zapin merupakan tarian terkenal di negeri Johor. Haiqal hanya pernah menontonnya di televisyen sahaja. Haiqal tidak pernah memalu kompang apatah lagi menari zapin. Berdasarkan manuskrip tersebut, Haiqal mendapat gambaran bahawa ayahnya handal menari zapin. Perkara itu menyebabkan Haiqal 125

MODUL PRIGEL KOMSAS

berasa kagum akan kehebatan ayahnya. Jika catatan dalam manuskrip tersebut benar, ayah Haiqal merupakan orang yang hebat.

Haiqal berasa rugi kerana dia tidak dapat hidup lama bersama-sama dengan ayahnya. Dunia umi dan walidnya hanyalah butik dan kilang batiknya. Uminya mahu Haiqal mewarisi perniagaan keluarga tetapi Haiqal tidak berminat. Haiqal hanya bekerja di kedai batik uminya di Pasar Payang untuk memenuhi duit poket. Hanya adik tirinya, Nurul Aisyah yang menunjukkan minat dalam perniagaan. Sewaktu ayahnya meninggal dunia tujuh tahun yang lepas, Haiqal tidak dapat mengikut umi dan walidnya menziarahi jenazah ayahnya. Ketika itu, Haiqal sedang menduduki UPSR. Haiqal terpaksa ditenangkan oleh pengawas kerana dia menangis sepanjang masa menjawab soalan peperiksaan. Haiqal berasa hairan kerana dia tidak tahu tentang masalah yang dihadapi oleh ayah dan uminya sehingga menyebabkan mereka berpisah. 6 SATU KETETAPAN Haiqal telah membuat keputusan yang muktamad. Haiqal ingin pulang ke kampung halaman ayahnya di Johor walaupun dia tidak pernah ke sana. Haiqal menyatakan hasratnya kepada Ratna. Hasrat Haiqal disokong oleh Ratna. Sebagai sahabat, Ratna hanya mampu mendoakan Haiqal agar selamat sampai ke Johor. Ratna menasihati Haiqal supaya menjaga diri apabila berada di tempat orang. Setelah solat maghrib, Haiqal menyuarakan hasrat itu kepada uminya. Seperti jangkaan Haiqal, uminya melarang Haiqal ke Johor kerana ayahnya sudah meninggal dunia. Uminya menyuruh Haiqal menerima kenyataan. Namun begitu, Haiqal berkeras untuk ke Johor kerana dia perlu mengetahui asal usul ayahnya. Haiqal juga ingin melihat peninggalan arwah ayahnya. Umi tetap berkeras melarang Haiqal ke Johor kerana uminya tidak mahu Haiqal menjadi seperti ayahnya yang hanya hidup mengejar bayang-bayang. Uminya juga tidak mahu memberikan wang kepada Haiqal sepanjang Haiqal berada di Johor. Ketika perbalahan itu, walid cuba mententeramkan keadaan. Walid menenangkan Haiqal. Sikap keterbukaan walid menyebabkan Haiqal tidak menganggap bahawa walidnya seperti orang asing. Haiqal memohon maaf kepada walidnya atas kejadian perbalahan tersebut. Walid memberi keizinan kepada Haiqal untuk ke Johor. Pada masa yang sama, walid berjanji akan memberikan wang perbelanjaan sepanjang Haiqal berada di Johor.

126

MODUL PRIGEL KOMSAS 7

PERJALANAN YANG JAUH Haiqal memulakan perjalanan ke Johor dengan menaiki bas. Tayangan filem lucu di dalam bas tidak menarik minat Haiqal. Wajah Ratna sentiasa bermain-main di mindanya. Ketika di stesen bas, Haiqal berjanji kepada Ratna bahawa dia akan kembali ke Terengganu.Ketika Haiqal keluar dari rumah, uminya langsung tidak menghantarnya. Hanya walid dan Nurul Aisyah sahaja yang menghantarnya ke pintu pagar. Haiqal sempat menjeling ke arah jendela rumahnya tetapi ibunya tidak kelihatan. Walid dan Nurul Aisyah mahu menghantar Haiqal ke stesen bas tetapi Haiqal tidak membenarkan kerana bimbang akan menyakiti hati uminya. Sepanjang perjalanan, Haiqal tertidur. Haiqal hanya tersedar ketika bas berhenti di RnR Kuantan. Haiqal memesan mihun sup dan teh tarik. Walaupun Haiqal tidak berselera untuk makan, tetapi dia terpaksa menelannya kerana perutnya lapar. Kemudian, bas meneruskan perjalanan ke Johor. Sepanjang perjalanan tersebut, Haiqal hanya tidur sepanjang masa kerana dia tidak mahu menempuh perjalanan yang terlalu panjang. 8 TIBA DI KAMPUNG Haiqal sampai di stesen Batu Pahat tepat jam 5.30 pagi. Pada waktu itu, hanya kedai mamak sahaja yang dibuka namun, Haiqal belum berselera untuk sarapan pagi. Haiqal menunaikan solat subuh di bilik solat yang terdapat di stesen bas tersebut. Dengan bantuan seorang pengawal keselamatan, Haiqal berjaya mendapatkan teksi menuju ke Kampung Seri Purnama. Pemandu teksi tersebut memperkenalkan dirinya sebagai pak cik Salleh. Sepanjang perjalanan, mereka berbual-bual. Pak cik Salleh sudah menjadi pemandu teksi selama sepuluh tahun. Memandu teksi merupakan kerja samping pak cik Salleh. Pada waktu siang, pak cik Salleh menjadi tukang rumah. Pak cik Salleh membuat dua kerja pada satu hari kerana dia mahu menampung perbelanjaan persekolahan anak-anaknya. Pak cik Salleh menasihati Haiqal supaya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah kerana pekerjaan bergaji lumayan pada zaman moden ini memerlukan ijazah. Sepanjang perjalanan itu juga, pak cik Salleh telah menunjukkan pembangunan di kawasan Parit Raja yang dipenuhi dengan kawasan perindustrian. Kawasan ini semakin maju apabila sebuah institusi pengajian tinggi awam telah dibina. Mereka telah sampai di Kampung Seri Purnama. Namun begitu, Haiqal tidak tahu arah tujuannya kerana dia tidak mempunyai alamat rumah ayahnya. Pak cik Salleh bersungguhsungguh membantunya dengan membawa Haiqal mencari penduduk kampung di situ untuk bertanya tentang kedudukan rumah Abdullah bin Kayan; ayah Haiqal. Kesungguhan pak cik Salleh membuatkan Haiqal terharu. Mereka berhenti di sebuah warung. Haiqal bertanya kepada penebar roti canai tentang rumah arwah Cikgu Abdullah. Apabila Haiqal menyatakan bahawa dirinya ialah anak arwah Cikgu Abdullah, penebar roti canai itu mempelawanya duduk. Haiqal diminta untuk menunggu kedatangan Tauke Ong pada jam 7.30 pagi. Haiwal 127

MODUL PRIGEL KOMSAS

mempelawa pak cik Salleh untuk bersarapan dengannya tetapi pak cik Salleh menolak kerana dia takut terlambat untuk pergi bertukang. Kemudian, Haiqal membayar tambang kepada pak cik Salleh. Penebar roti canai memperkenalkan dirinya sebagai Sakimin atau lebih dikenali sebagai Wak Min. Isterinya pula dipanggil Mak Menah. Fikiran Haiqal terus bermain-main dengan soalan. Haiqal cuba mengaitkan watak Tauke Lim dengan Tauke Ong. Haiqal tertanya-tanya sama ada Tauke Lim dan Tauke Ong merupakan orang yang sama atau tidak. Ketika Tauke Ong datang bersarapan di warung, Wak Min telah memperkenalkan Haiqal kepada Tauke Ong. Pelanggan-pelanggan lain turut memerhatikan Haiqal. Tauke Ong menyatakan bahawa hajat arwah ayah Haiqal telah tercapai. Selepas bersarapan, Tauke Ong berjanji akan membawa Haiqal ke rumah ayahnya. Rumah tersebut dijaga oleh Tauke Ong. Haiqal berasa lega kerana dia mempunyai tempat untuk bermalam. Tauke Ong telah menghantar Haiqal ke rumah ayahnya. Rumah itu bersih kerana anak Tauke Ong, See Hwa mengemasnya dua hari sekali. Haiqal menyatakan kepada Tauke Ong bahawa dia ke sini kerana manuskrip yang dihantar oleh Ong See Hwa. Tauke Ong memaklumkan bahawa manuskirp itu telah diserahkan kepada Ong See Hwa dua hari sebelum ayahnya meninggal dunia. See Hwa terlalu sayang akan manuskrip itu tetapi dia perlu menyerahkan kepada pewarisnya. Ketika di rumah, Haiqal telah melihat sijil-sijil milik ayahnya; Abdullah Kayan. Haiqal berasa bahawa ayahnya lebih hebat daripada watak yang digambarkan dalam manuskrip tersebut. 9 PERTEMUAN Tauke Ong telah membawa Haiqal ke pekan untuk makan tengah hari. Ketika dalam perjalanan, Tauke Ong menceritakan bahawa setelah kematian ayah Haiqal, dia telah diamanahkan untuk menjaga kebun-kebun ayahnya. Tauke Ong akan menyerahkan kebunkebun tersebut kepada Haiqal. Pada masa yang sama, ayah Haiqal turut mewariskan wang simpanannya di bank untuk Haiqal. Haiqal mengucapkan terima kasih kepada Tauke Ong kerana menjaga amanah ayahnya. Tauke Ong memberitahu bahawa jasa keluarga ayah Haiqal kepada keluarganya sangat besar. Tauke Ong berkata bahawa hutang budi keluarga ayah Haiqal tidak dapat dibayar sehingga mati. Apabila sampai di kedai makan, Tauke Ong menurunkan Haiqal dan See Hwa di hadapan kedai. Tauke Ong tidak turut serta kerana dia mempunyai urusan lain. Walaupun baru berjumpa, Haiqal dan See Hwa mudah mesra. Haiqal seolah-olah mengenali See Hwa kerana perwatakannya hampir sama seperti yang digambarkan melalui perwatakan Ai Ling. Mereka menikmati kari kepala ikan yang pedas. See Hwa tidak kekok makan dengan menggunakan tangan. Kemudian, See Hwa menceritakan tentang keenakan ikan haruan masak cili api yang dimasak oleh ayah Haiqal. Pada waktu ini, Haiqal berasa sedih kerana tidak mendapat kasih sayang daripada arwah ayahnya. Kasih sayang ayahnya telah dicurahkan kepada See Hwa.

128

MODUL PRIGEL KOMSAS

Selesai makan tengah hari, mereka ke kedai buku berhampiran. See Hwa membeli novel kegemarannya. See Hwa dan Haiqal meminati penulis yang sama seperti Shahnon Ahmad dan Shakespeer. See Hwa mengatakan bahawa minat Haiqal dan arwah ayahnya adalah sama seperti peribahasa “ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”. Apabila Haiqal pulang ke rumah, dia berasa rindu akan adik tirinya Nurul Aisyah. Masing-masing berbalas mesej untuk berkongsi perasaan rindu. Pada masa yang sama, Haiqal turut berasa rindu akan Ratna. Haiqal sengaja tidak membalas mesej Ratna kerana mahu membiarkan gadis itu tertunggu-tunggu 10 PUSARA Tauke Ong telah meminjamkan motosikalnya kepada Haiqal. Motosikal tersebut memudahkan pergerakan Haiqal di kampung. Kemudian, Haiqal menunggang motosikal itu untuk menziarahi pusara ayahnya. Ketika di pusara, Haiqal seolah-olah tidak mahu meninggalkan pusara ayahnya kerana terlalu rindu akan ayahnya. Haiqal membaca surah Yasin untuk roh ayahnya. Selepas menziarahi pusara ayahnya, Haiqal telah berkenalan dengan pak cik Bakar. Ketika itu pak cik Bakar sedang memancing ikan. Pak cik Bakar merupakan orang yang rapat dengan arwah ayah Haiqal. Ketika kali pertama pak cik Bakar melihat Haiqal, pak cik Bakar seolah-olah melihat arwah ayah Haiqal. Pak cik Bakar mempelawa Haiqal untuk datang ke rumahnya bila-bila masa. Rumahnya tidak jauh dari rumah Tauke Ong. Selepas bersolat magrib dan isyak di masjid, Haiqal menuju ke warung untuk makan kerana dia belum makan lagi sejak petang tadi. Haiqal dan Mak Menah berbual-bual tentang pelajaran dan pemuda-pemuda di Kampung Seri Purnama yang majoritinya bekerja di kilang di pekan dan menunggu keputusan SPM. Ada empat orang pemuda yang menganggur. Mak Menah memberitahu bahawa pemuda-pemuda di kampung ini suka berlonggok dan bersembang. Ada juga yang suka menunggang motosikal ke sana ke mari membuang masa. Keadaan itu tidak berlaku ketika arwah ayah Haiqal masih hidup kerana banyak aktiviti boleh dilakukan. Pak cik Bakar telah datang ke warung diikuti oleh Haji Salim dan Wak Arif. Mereka menyatakan bahawa golongan pemuda di kampung sudah tidak meminati muzik dan tarian tradisional. Kumpulan zapin juga sudah tidak aktif selama 7 tahun. Selepas kematian ayah Haiqal, seorang demi seorang orang ahli kumpulan zapin yang pandai menari meninggal dunia. Ketika di warung, Haiqal berasa kagum dengan budaya sopan santun yang diamalkan oleh golongan pemuda kampung itu. Mereka akan bersalaman dengan semua pengunjung warung sebelum duduk di tempat masing-masing. Perbualan antara Haiqal dan pak cik Bakar berterusan sehingga ke rumah pak cik Bakar. Perwatakan Haiqal sama seperti ayahnya yang lebih suka berbual di luar rumah sahaja. Pak cik Bakar mengatakan bahawa ayah Haiqal merupakan seorang yang tabah. Ayah Haiqal cuba untuk membawa Haiqal tinggal bersama-samanya tetapi gagal. Haiqal menyatakan hasrat sebenarnya berkunjung ke kampung ini. Antara hasratnya termasuklah untuk 129

MODUL PRIGEL KOMSAS

mengetahui lebih lanjut tentang kisah hidup ayahnya. Pak cik Bakar memberitahu Haiqal bahawa hubungan antara ayah Haiqal sangat unik kerana ayahnya menganggap bahawa See Hwa seperti Haiqal. 11 SUASANA BAHARU Haiqal sudah berada di Kampung Seri Purnama selama seminggu. Tauke Ong telah menyerahkan wang simpanan dan wang hasil jualan kelapa sawit semenjak ayah Haiqal meninggal dunia. Jumlah wang tersebut adalah banyak. Namun begitu, Haiqal memberitahu Tauke Ong bahawa kehadirannya bukanlah untuk menuntut harta. Haiqal tidak mahu kehadirannya di kampung itu disalah anggap oleh Tauke Ong. Pada masa yang sama, Haiqal mengucapkan terima kasih kepada Tauke Ong kerana menguruskan harta peninggalan arwah ayahnya. Tauke Ong memberitahu bahawa dia hanya menjalankan amanah arwah ayah Haiqal. Tauke Ong juga memberitahu bahawa jasa keluarga ayah Haiqal sangat besar kepada keluarga Tauke Ong. Sebelum meninggal dunia, arwah ayah Haiqal telah berpesan supaya menyerahkan semua wang simpanan dan kebun kelapa sawitnya kepada Haiqal jika Haiqal datang ke Kampung Seri Purnama. Tauke Ong juga telah menyerahkan pengurusan kebun kelapa sawit peninggalan arwah ayah Haiqal kepada Haiqal. Pada mulanya, Haiqal mahu Tauke Ong menguruskannya seperti biasa tetapi Tauke Ong tetap mahu Haiqal mengusahakannya. Haiqal tidak tahu menguruskan kebun kelapa sawit. Oleh itu, Tauke Ong mahu Haiqal belajar menguruskannya daripada Abang Bidin dan Abang Salleh. Apabila Haqal melanjutkan pelajaran, barulah Tauke Ong akan mengambil alih semula tugas mengurus kebun kelapa sawit. Haiqal telah berkenalan dengan Abang Bidin dan Abang Salleh ketika kali pertama Haiqal sampai di warung. Abang Bidin dan Abang Salleh merupakan bekas tentera. Selepas bersara, mereka sepakat untuk mengambil upah memetik buah kelapa sawit dan menguruskan kebun kelapa sawit. Upah yang diambil oleh mereka dikiran berdasarkan jumlah tan buah kelapa sawit. Semakin berat buah kelapa sawit, semakin banyaklah upah yang akan diperolehi mereka. Haiqal telah bersetuju untuk mengupah Abang Bidin dan Abang Salleh kerana mereka mahir melakukan kerja. Kebun-kebun yang dikerjakan oleh mereka juga bersih. Hampir seminggu Haiqal berada di kampung Seri Purnama, Haiqal telah berkenalan dengan ramai pemuda di kampung itu. Antaranya termasuklah Lazim yang sedang menunggu keputusan STPM seperti Haiqal. Bezanya, Lazim belajar dalam bidang ekonomi manakala Haiqal belajar dalam bidang kesusasteraan Melayu. Lazim bekerja di kilang tekstil di pekan sementara menunggu keputusan SPM. Pada waktu lapang, Lazim memancing ikan puyu di sungai. Ikan-ikan puyu tersebut dikumpulkan di dalam tempayan. Apabila ikan semakin bertambah, Lazim menjualnya di pekan.

130

MODUL PRIGEL KOMSAS

Ketika Lazim bermalam di rumah Haiqal, Lazim telah bercadang untuk membawa Haiqal ke balai raya pada esok petang kerana di sana kenangan ayah Haiqal sangat banyak. Asalnya, balai raya tersebut adalah sunyi tetapi sejak kedatangan ayah Haiqal, balai raya tersebut semakin meriah dengan aktiviti kebudayaan. Lazim juga memberitahu bahawa dia pandai menari zapin. Haiqal menggunakan kesempatan itu untuk menyuruh Lazim mengajarnya menari zapin. Pada masa yang sama, Lazim menyuruh Haiqal mengenali See Hwa dengan lebih dekat kerana See Hwa ialah orang yang paling rapat dengan arwah ayah Haiqal. Selain itu, ayah Haiqal mencurahkan kasih sayangnya kepada See Hwa. Selepas menunaikan solat subuh, See Hwa mempelawa Haiqal untuk bersarapan bersama-sama dengan Tauke Ong di pekan. Mereka bersarapan di kedai lontong Haji Halim. Lontong di situ benar-benar enak. Selepas Tauke Ong membayar harga makanan dan minuman, dia sengaja membiarkan See Hwa dan Haiqal berbual-bual. See Hwa berkongsi kisah hidupnya bersama-sama ayah Haiqal. See Hwa menyatakan bahawa sesiapa yang rapat dengan ayah Haiqal, orang itu akan sentiasa beranggapan bahawa ayah Haiqal seolah-olah masih hidup. See Hwa memberitahu bahawa dia bukanlah orang yang layak untuk ayahnya mencurahkan kasih sayang. See Hwa juga yakin bahawa Haiqal benar-benar wujud pada masa itu. Kemudian, Haiqal mengucapkan terima kasih kepada See Hwa kerana membahagiakan ayahnya. 12 RAHSIA BALAI LAMA Lazim dan See Hwa telah membawa Haiqal berkunjung ke balai raya. Di dalam balai raya, terdapat sebuah bilik bacaan yang diusahakan oleh arwah ayah Haiqal. Menurut See Hwa dan Lazim, bilangan buku di bilik bacaan tersebut semakin berkurangan kerana sebilangan peminjam buku tidak memulangkan buku. Bilik bacaan tersebut adalah bersih dan kemas kerana See Hwa secara sukarela datang seminggu sekali untuk mengemas bilik bacaan tersebut. Kemudian, Lazim menunjukkan ruang pameran Abdullah Kayan. Di sini, Lazim melihat biodata ayahnya; Abdullah Kayan. Biodata tersebut memaparkan sumbangan dan pencapaian arwah ayahnya yang sangat hebat dalam bidang kesusasteraan. Selain itu, banyak gambar arwah ayahnya dipamerkan. Lazim menyatakan bahawa arwah Abdullah bin Kayan sangat hebat dalam tarian zapin. Kemudian, Lazim menunjukkan buku-buku yang ditulis oleh ayahnya tersimpan dalam bilik bacaan tersebut. Haiqal ingin tahu maksud Aksara seperti yang tertulis dalam manuskrip tersebut. See Hwa memberitahu bahawa Aksara ialah Akademi Sastera Rakyat. Idea untuk menghidupkan kembali kumpulan zapin telah tercetus selepas kunjungan Haiqal ke balai raya lama tersebut. Tanpa berlengah, Haiqal menyuarakan hasrat tersebut kepada pak cik Bakar, Haji Salim dan Wak Arif. Haiqal menaruh harapan supaya mereka dapat membantu Haiqal. Haji Salim memberitahu bahawa pemuzik tarian zapin masih hidup. Namun begitu, penari zapin yang tinggal hanyalah tiga orang sahaja. Walau bagaimanapun, mereka sudah tua. Semangat yang ditunjukkan oleh Haiqal sama seperti semangat yang ditunjukkan oleh arwah ayahnya dahulu. Pak cik Bakar memberi cadangan supaya perkara ini 131

MODUL PRIGEL KOMSAS

dibincangkan terlebih dahulu bersama-sama dengan ketua kampung. Pak cik Bakar memaklumkan bahawa cadangan Haiqal bukanlah cadangan yang perlu dibuat secara sambalewa sahaja. Haiqal sudah berada di kampung Seri Purnama selama sebulan lebih. Haiqal dilayan dengan baik oleh penduduk kampung. Haiqal percaya bahawa jika dia bukan anak Abdullah bin Kayan, penduduk kampung tersebut akan tetap melayannya dengan baik. Perasaan rindu akan Pantai Timur juga turut lahir dalam hati Haiqal. Walaupun Haiqal selalu menghubungi Nurul Aisyah dan Walid, dia belum lagi menghubungi uminya. Walid memberitahu bahawa uminya masih terkilan dengan tindakan Haiqal. Namun begitu, Haiqal telah menetapkan niatnya untuk meneruskan usaha menghargai perjuangan ayahnya. Pada masa yang sama, Haiqal juga mempunyai hak untuk menyayangi ayah kandungnya sendiri. Haiqal berdoa supaya uminya akan memahami tindakannya pada suatu hari nanti. Haiqal juga mengenali ayahnya daripada See Hwa. Gadis itu banyak menyimpan kenangan bersama-sama dengan ayahnya. See Hwa juga menyimpan koleksi buku yang ditulis oleh ayah Haiqal. See Hwa berjanji untuk meminjamkan koleksi buku tersebut kepada Haiqal. 13 SINAR HARAPAN Haiqal berasa lega apabila Haji Jamil iaitu Ketua Kampung Seri Purnama telah bersetuju untuk mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk membincangkan cadangan Haiqal untuk menghidupkan kembali kumpulan zapin. Pada petang itu, Haiqal telah ke rumah Tauke Ong. See Hwa berjanji akan menyerahkan koleksi buku yang ditulis oleh arwah ayah Haiqal. See Hwa menjalankan amanah arwah ayah Haiqal yang mahu koleksi buku itu diserahkan kepada Haiqal. Puan Khei telah menyediakan pisang goreng dan teh pada petang itu. Mereka minum petang bersamasama. Haiqal berasa kagum akan See Hwa yang bukan sahaja cantik, malah seorang gadis yang berbudi bahasa dan fasih berbahasa Melayu. Ketika Tauke Ong pulang, dia menyertai Haiqal, See Hwa dan Puan Khei minum petang. Kemudian, Tauke Ong memuji cadangan Haiqal yang mahu menghidupkan semula kumpulan zapin di kampung itu. Walau bagaimanapun, Haiqal berasa bimbang jika cadangannya akan menyusahkan penduduk kampung. Tauke Ong menasihati Haiqal supaya tidak berasa bimbang kerana Tauke Ong sangat yakin bahawa penduduk kampung pasti akan bersetuju dengan cadangan Haiqal. Jika cadangan itu tidak diterima, sudah tentulah warisan budaya itu akan lenyap. Tauke Ong memberitahu bahawa ada beberapa orang anak muda di kampung itu yang mahir menari zapin tetapi mereka malu untuk menunjukkan kebolehan mereka. Layanan mesra yang diberikan oleh keluarga Tauke Ong terhadap diri Haiqal membuatkan Haiqal membuatkan diri Haiqal berasa terharu. Haiqal juga tidak merasakan dirinya sebagai orang asing apabila bergaul dengan keluarga Tauke Ong. Oleh sebab itu, Haiqal berasa selesa untuk 132

MODUL PRIGEL KOMSAS

meluahkan masalahnya kepada See Hwa. Haiqal telah menceritakan masalah antara dirinya dengan uminya. See Hwa mengerti akan masalah yang melanda Haiqal. See Hwa menasihati Haiqal supaya tabah menghadapi dugaan itu. See Hwa menasihati Haiqal supaya tidak mensia-siakan bakat menulisnya. Menurut kata arwah ayah Haiqal, orang yang mensia-siakan bakat yang dikurniakan oleh Tuhan ibarat mengkhianati bakat itu. See Hwa memberi galakan kepada Haiqal untuk terus menulis. Kemudian, See Hwa menceritakan kisah ayah Haiqal yang sentiasa menjadikan See Hwa sebagai orang pertama yang akan membaca manuskrip yang telah siap dikarang terutamanya mansukrip cerpen dan novel kanak-kanak. Haiqal menghabiskan masa di kampung dengan melihat Abang Bidin dan Abang Salleh bekerja di kebun kelapa sawit. Selain itu, Haiqal turut menghabiskan masanya membaca novel-novel dan antologi cerpen yang ditulis oleh ayahnya. Apabila membaca cerpen yang ditulis oleh ayahnya, Haiqal mendapati bahawa cerpen yang ditulis bertemakan kisah keguruan, kehidupan masyarakat setempat dan kebudayaan. Pada masa ini, Haiqal dapat menyelami jiwa ayahnya sebagai penulis. Haiqal sangat mengagumi bakat menulis yang ada pada diri ayahnya. Tauke Ong juga sentiasa mengajaknya mengelilingi kampung sebelah untuk meraih hasil tani penduduk-penduduk kampung itu. Tauke Ong membeli hasil tani secara tunai. Menurut Tauke Ong, dia tidak suka berhutang. Pada masa yang sama, berniaga perlu jujur. Ketika Haiqal asyik membaca, pak cik Bakar datang ke rumah Haiqal untuk mengundang Haiqal ke balai raya. Mereka akan bermesyuarat pada malam itu. Pak cik Bakar meminta Haiqal untuk mempelawa See Hwa dan Tauke Ong untuk turut hadir dalam mesyuarat itu. Haiqal menghitung hari keputusan STPM yang akan diumumkan. Tempohnya tinggal sebulan sahaja lagi. Haiqal tidak pasti ke mana arah tujuannya selepas ini. Uminya benarbenar mahu Haiqal meneruskan pelajaran dalam bidang perniagaan malah uminya bercadang mahu menghantar Haiqal belajar di luar negara. Uminya mahu Haiqal mewarisi perniagaan batik. Namun begitu, Haiqal lebih suka untuk menjadi guru seperti arwah ayahnya. Haiqal bertegas untuk menjadi dirinya sendiri. Setelah bermesyuarat, mereka telah membuat keputusan untuk menerima cadangan Haiqal yang mahu menghidupkan kembali kumpulan zapin D’Purnama. Haji Jamil juga turut menyatakan bahawa usaha ini dapat mengingati jasa-jasa Cikgu Abdullah yang besar terhadap Kampung Seri Purnama. Usaha Cikgu Abdullah telah mengharumkan nama kampung Seri Purnama. Haji Jamil juga memaklumkan bahawa Yang Berhormat Datuk Syaiful Azizi, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan itu jug akan hadir sebagai tetamu kehormat. Dalam mesyuarat itu, mereka telah mengagih-agihkan tugas. JKKK lelaki ditugaskan untuk mengetuai bahagian memasang balai, seranta, memasang sistem pembesar suara manakala ahli JKKK wanita ditugaskan untuk menyediakan juadah jamuan. Tauke Ong telah bermurah hati untuk menaja jamuan untuk majlis itu. Mereka mempunyai masa hanya sebulan sahaja lagi untuk membuat persiapan.

133

MODUL PRIGEL KOMSAS

Setelah bermesyuarat, mereka tidak terus pulang tetapi berbual-bual di bahagian beranda balai raya. Pak cik Bakar memaklumkan bahawa balai raya ini merupakan pusat aktiviti kebudayaan dan sastera di kampung ini. Pada masa yang sama, balai raya ini menyimpan banyak kenangan tentang kumpulan zapin D’Purnama dan Aksara. Setelah Cikgu Abdullah meninggal dunia, usaha untuk menghidupkan kumpulan zapin itu tetap dilakukan. Malangnya, masing-masing bagaikan kehilangan arah tujuan lebih-lebih lagi ada orang kuat D’Purnama yang telah meninggal dunia. Pak cik Bakar memberitahu bahawa sambutan terhadap Aksara sangat menggalakkan tetapi setelah kematian Cikgu Abdullah, Aksara terbiar begitu sahaja. Cikgu Abdullah merupakan orang yang sangat berpengaruh di kampung ini. Ketokohannya dalam bidang kesusasteraan diiktiraf oleh kerajaan negeri. 14 MENCARI KESERASIAN Haiqal banyak menghabiskan masa malamnya dib alai raya untuk persiapan persembahan zapin. Balai dan pentas sudah dipasang di hadapan balai raya. Haji Salim yang sudah berusia masih hebat memetik gambus. Wak Arif pula memalu gendang panjang dengan penuh bertenaga. Pak cik Bakar dan dua orang rakannya memalu gendang marwas. Haji Salim menyanyikan lagu Gholiyabu dalam bahasa Arab. Suara serak-serak garau Haji Salim sangat merdu untuk didengari. Haiqal memberanikan diri bermain tamborin. Haiqal berasa seronok bermain tamborin. Latihan zapin bertambah meriah apabila Wak Parmin, Abang Ramlan, Wan Seman dan Haji Selamat turut menarikan zapin jincat. Tauke Ong menyuruh Haiqal mencuba untuk menari zapin. Tauke Ong menyuruh Haiqal mempelajarinya daripada pak cik Bakar. Haiqal cuba menolak kerana kehadirannya di sini bukan untuk belajar zapin tetapi dia ingin merasai suasana suasana kehidupan ketika ayahnya masih hidup. Namun begitu, Haiqal terpaksa menerima pelawan untuk belajar menari zapin apabila Pak Cik Bakar, Haji Selamat, Wak Parmin, Abang Ramlan dan Wak Seman bersungguh-sungguh mahu mengajarnya. Haiqal bimbang kerana jika Haiqal menolak sudah tentu mereka akan berkecil hati. Pak Cik Bakar mengajar Haiqal dengan tekun. Gerakan Haiqal masih keras. Haiqal juga berasa penat. Sekarang, barulah Haiqal benar-benar faham bahawa tarian zapin memerlukan kecergasan untuk menarikannya. Hampir pukul 12.00 tengah malam, barulah mereka bersurai. Sebelum pulang, mereka minum di warung Wak Min. Di warung, Haiqal telah diajarkan tarian zapin secara teori. Haiqal mengakui bahawa tarian zapin memang memenatkan tetapi sangat unik! Haiqal turut berasa kesal kerana anak-anak muda di kampung ini seperti tidak meminati tarian zapin kerana tidak ada seorang anak muda yang sudi menjengah walaupun mereka sudah mula berlatih beberapa hari yang lalu. Menurut Pak Cik Bakar, anak-anak muda di kampung ini ibarat “hangat-hangat” tahi ayam, Sebagai contohnya, kumpulan kompang yang dianggotai oleh anak-anak muda pun turut berkubur. Punca perkara ini berlaku kerana tidak ada minat dalam diri mereka. Haiqal menerangkan bahawa dia suka tinggal di kampung ini kerana kekayaan budayanya. Pak Cik Bakar memaklumkan bahawa ayah Haiqal merupakan seorang lelaki yang tabah dan mempunyai keinginan luar biasa. Ayah Haiqal sanggup berpisah dengan

134

MODUL PRIGEL KOMSAS

umi Haiqal kerana kecintaannya terhadap kebudayaan di kampung ini. Arwah ayah Haiqal tidak mahu tarian zapin ini lenyap. Haiqal kemudiannya menceritakan kisah yang tertulis dalam manuskrip tersebut termasuklah watak-wataknya juga. Haiqal bertanya kepada Pak Cik Bakar sama ada See Hwa pandai menari zapin atau tidak. Sebenarnya, Haiqal masih ragu-ragu sama ada Ai Ling yang terdapat dalam manuskrip ayahnya merupakan See Hwa dalam dunia sebenar. Haiqal juga tidak pasti sama ada watak Ai Ling merupakan imaginasi ayahnya sahaja untuk menguatkan jalan cerita atau watak yang benar-benar wujud. Pak Cik Bakar meminta Haiqal menggunakan peluang yang ada untuk mengenali See Hwa. Tauke Ong mengatakan bahawa Haiqal mempunyai kebolehan semula jadi dalam tarian zapin walaupun tarian Haiqal masih sumbang. Lazim yang sudah lama tidak menari mudah menangkap gerak tari zapin itu semula. Haiqal berasa malu kerana dirinya menjadi tumpuan ketika berlatih zapin. Sekarang, beberapa orang anak muda sudah mula melihat mereka berlatih menari zapin. Walaupun mereka tidak bermain alat muzik atau menari zapin, kehadiran mereka merupakan satu sokongan moral kepada kumpulan zapin D’ Purnama. Haiqal mengakui bahawa Lazim merupakan seorang penari zapin jincat yang hebat. Haiqal yakin bahawa Lazim dapat mengekalkan kumpulan D’Purnama. Namun begitu, Lazim tidak boleh bergerak seorang diri. Lazim memerlukan sokongan daripada beberapa orang anak muda kampung itu yang mewarisi kemahiran yang sama. Haiqal sering tidur lewat sejak akhir-akhir ini. Haiqal teringatkan kata Lazim, Pak Cik Bakar dan juga manuskrip yang ditulis oleh arwah ayahnya. Haiqal perlu mencari peluang untuk mengenali See Hwa. Namun begitu, Haiqal tidak mahu emosi See Hwa terganggu tambahan pula See Hwa sedang belajar di kolej. Haiqal mengakui bahawa See Hwa seorang gadis yang agak unik. Keunikan See Hwa disebabkan oleh dia membesar dalam kelompok masyarakat Melayu dan hanya warna kulit sahaja yang menunjukkan See Hwa berbangsa Cina. Pada waktu petang, See Hwa mengajak Haiqal bersiar-siar di tepi pantai. Peluang keemasan ini digunakan oleh Haiqal untuk mengenali See Hwa dengan lebih dekat. See Hwa memberitahu bahawa pantai tersebut menyimpan banyak kenangan bersama-sama dengan arwah ayah Haiqal. Pantai ini juga sangat istimewa untuk arwah ayah Haiqal. Menurut See Hwa, di pantai ini, arwah ayah Haiqal bercerita tentang diri Haiqal. See Hwa menambah, jika Haiqal tidak pulang ke kampung ini, dia pasti akan ke Terengganu untuk mencarinya. Haiqal juga menyatakan kehairanan tentang manuskrip tersebut yang tidak diselesaikan. Cerita dalam manuskrip itu tergantung di pertengahan jalan. See Hwa memberitahu bahawa hanya arwah ayah Haiqal dan Haiqal sahaja yang mempunyai jawapannya. Tugas See Hwa hanyalah menyampaikan manuskrip itu kepada Haiqal.

135

MODUL PRIGEL KOMSAS

See Hwa memberitahu bahawa dia suka melihat Haiqal menari. Menurut Tauke Ong, kehebatan Haiqal menari zapin sama seperti arwah Abdullah bin Kayan. See Hwa meminta Haiqal untuk menari zapin dengan Lazim pada minggu depan. See Hwa yakin bahawa orang kampung pasti akan menyukainya. Haiqal inginkan kepastian sama ada See Hwa pandai menari zapin atau tidak. Namun begitu, See Hwa hanya tersenyum sahaja dan tidak memberi apa-apa jawapan. Apabila hari beransur senja, mereka berdua pulang ke rumah masingmasing. 15 TETAMU ISTIMEWA Haji Jamil gembira apabila melihat persiapan yang telah dibuat oleh penduduk kampung. Pak Cik Bakar, Haji Salim dan Wak Arif ialah orang yang paling sibuk pada malam itu. Haiqal juga turut membantu. Haiqal menyusun kerusi-kerusi plastik manakala See Hwa mengemas bahagian dalam balai raya agar kelihatan cantik dan berseri. Sebilangan penduduk kampung bergotong-royong di belakang balai raya. Mereka memasak makanan untuk hidangan para tetamu pada malam ini. Seminggu sebelum acara ini berlangsung, Haiqal telah memaklumkan kepada walidnya tentang majlis pada hari ini. Haiqal meminta walid, umi dan Nurul Aisyah mendoakan Haiqal dapat membuat persembahan yang terbaik. Ketika mereka sibuk membuat persiapan, Lazim telah ditimpa kemalangan ketika pulang dari tempat kerja. Peristiwa itu hampir mematahkan semangat mereka. Walaupun kecederaan yang dialami oleh Lazim tidak parah, luka-luka di kakinya perlu dijahit dan sudah tentulah Lazim tidak dapat menari zapin pada malam ini. Mereka perlu mencari pengganti Lazim dengan segera kerana tarian zapin akan terjejas jika bilangan penari tidak cukup. Haji Salim mencadangkan supaya See Hwa menggantikan tempat Lazim. Haiqal terkejut dengan cadangan itu. Haji Salim menyuruh Haiqal memujuk See Hwa supaya menari zapin dengannya. Haiqal ragu-ragu dengan kebolehan See Hwa tetapi Haji Salim memberitahu bahawa See Hwa ialah pengerusi kelab tarian tradisional di kolejnya. Haiqal telah ke rumah See Hwa untuk memujuk See Hwa menari zapin. Haiqal terkejut apabila See Hwa sedang menggosok pakaian zapin. See Hwa dan Lazim sebenarnya ingin membuat kejutan kepada Haiqal. See Hwa dan Lazim akan menari zapin untuk dipersembahkan kepada Haiqal. Rancangan ini ialah rancangan Pak Cik Bakar dan Haji Salim. Namun begitu, rancangan itu tidak dapat dilakukan kerana Lazim terlibat dalam kemalangan. Haiqal mempelawa See Hwa untuk menari zapin bersama-samanya. Haiqal benar-benar berharap supaya See Hwa dapat menari zapin bersama-samanya. Persembahan zapin D’Purnama berjalan dengan lancar. Haiqal dapat mempersembahkan tarian zapinnya dengan baik walaupun ada perasaan gementar dalam hatinya. Beberapa orang warga emas yang mengalirkan air mata apabila menyaksikan tarian Haiqal. Lazim juga turut hadir pada malam itu walaupun terpaksa dipapah oleh rakanrakannya. Ketika lagu Anak Ayam dimainkan, YB Datuk Syaiful Azizi meminta Haiqal dan See Hwa sekali lagi menari berpasangan. YB sangat terpesona melihat kelembutan gerak tari See Hwa dan Haiqal. 136

MODUL PRIGEL KOMSAS 16

BERMULALAH EPISOD Haiqal merasakan bahawa hidupnya sangat serasi di Kampung Seri Purnama. Haiqal turut merasakan bahawa silir daksina (angin selatan) seolah-olah mendakap tubuhnya dan tidak mahu melepaskannya. Haiqal perlu berani membuat keputusan. Haiqal tidak mampu untuk membahagiakan semua orang tetapi dia juga tidak mahu untuk melakukan insan-insan yang menyayanginya terutamanya umi. Haiqal telah membuat keputusan untuk meninggalkan Semenanjung Malaysia. Haiqal telah melanjutkan pelajaran di sebuah university di Bumi Kenyalang (Sarawak). Haiqal percaya bahawa dendam umi terhadap ayahnya telah hilang apabila umi datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari zapin jincat pada malam persembahan D’Purnama. Tambahan pula, umi mengajak walid ke kubur ayah. Haiqal melihat umi menangis di kubur ayahnya. Umi telah sedar bahawa darah Abdullah bin Kayan turut mengalir dalam tubuh Haiqal. Ratna telah menyepikan diri apabila Haiqal pulang ke Terengganu. Sebenarnya, Ratna telah mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawan muda yang sanggup menjadi rakan kongsinya. Ketika Haiqal mahu pulang ke Terengganu, Tauke Ong sempat memberitahunya bahawa ada seseorang yang istimewa sedang menunggu Haiqal di Kampung Seri Purnama. Tauke Ong berharap agar Haiqal kembali ke kampung Seri Purnama. Haiqal tidak memberikan harapan dan dia hanya mampu tersenyum. Haiqal perlu menjadi seperti ayahnya untuk menghidupkan Aksara kembali. Walau bagaimanapun, Haiqal sedar bahawa ilmu dan pengalamannya belum cukup untuknya memimpin Akasara. Manuskrip lama milik arwah ayah Haiqal masih berada dalam simpanannya. Kandungan manuskrip itu masih belum berubah. Pada suatu malam, Haiqal menghantar pesanan ringkas kepada See Hwa. Haiqal memberitahu bahawa dia akan mencari jejak Abdullah bin Kayan dan jika See Hwa benar-benar seperti Ai Ling, Haiqal juga akan menjejakinya. Silir daksina (angin selatan) benar-benar mententeramkan jiwa Haiqal.

137

MODUL PRIGEL KOMSAS

TEMA

Novel Silir Daksina memaparkan tema kekeluargaan, iaitu konflik keluarga yang dihadapi oleh seorang anak apabila perceraian ibu bapa berlaku. Haiqal Hakimi yang mendukung watak utama dalam novel ini telah kehilangan kasih sayang ayahnya apabila perceraian antara ayah dengan ibu kandungnya. Melalui kehadiran sebuah manuskrip yang ditulis oleh ayahnya, Abdullah bin Kayan telah menyemarakkan hasrat dan keinginan Haiqal untuk menjejaki kehidupan sebenar ayahnya. Malah melalui manuskrip tersebut, Haiqal Hakimi tahu bahawa kasih sayang dan kerinduan ayahnya terhadap dirinya tidak pernah surut sehinggalah menjelang kematiannya.

PERSOALAN 1.

Persoalan kasih sayang anak terhadap bapanya. Cth : Haiqal sanggup ke Johor seorang diri untuk menjejak peninggalan arwah Abdullah bin Kayan

2.

Persoalan kasih sayang ibu terhadap anaknya. Cth : Umi tidak mahu Haiqal menjadi penulis seperti bapanya. Umi mahu Haiqal mewarisi perniagaan

3.

Persoalan ketabahan menghadapi dugaan Tuhan Cth : Cikgu Nizam tidak memberitahu sesiapa pun tentang penyakitnya. Walaupun sakit, dia tetap meneruskan tugasnya memperkembang seni budaya di kampungnya. Persoalan kegigihan memperjuangkan seni budaya Cth : Haiqal dan penduduk Kampung telah berusaha dengan penduduk kampung untuk mengadakan persembahan zapin. Walaupun Lazim ditimpa kemalangan, Haiqal berjaya menarikan zapin bersama Ong See Hwa Persoalan ketabahan menghadapi dugaan Tuhan Cth : Cikgu Nizam tidak memberitahu sesiapa pun tentang penyakitnya. Walaupun sakit, dia tetap meneruskan tugasnya memperkembang seni budaya di kampungnya. Persoalan semangat kerjasama dalam kalangan masayarakat kampung Cth Penduduk kampung bekerjasama untuk menjayakan persembahan zapin. Haji Jamil telah mengadakan mesyuarat dengan penduduk kampung dan membahagibahagikan tugas seperti memasak dan persiapan pentas. Persoalan minat golongan muda terhadap warisan seni budaya. Cth Haiqal telah bekerjasama dengan penduduk kampung untuk mengadakan persembahan zapin dengan tujuan untuk menghidupkan semula kegemilangan kumpulan zapin D’Purnama. Haiqal juga tidak mahu usaha ayahnya menjadi sia-sia. Haiqal juga berazam akan menghidupkan kembali Akasara. Haiqal juga belajar menari zapin dan mengadakan persembahan zapin bersama See Hwa.

4.

5.

6.

7.

walaupun Haiqal tidak mengenali sesiapaun di sana. batik mereka.

138

MODUL PRIGEL KOMSAS

WATAK DAN PERWATAKAN

Nama Watak Utama – Haiqal Hakimi Watak Dia anak tunggal Abdullah bin Kayan dan Rafiqah. Dia berumur 19 tahun dan sedang menunggu keputusan peperiksaan STPM. Perwatakan Dia berbakat dalam bidang seni sastera dan budaya bangsa – Haiqal sering memenangi pertandingan menulis dan mendeklamasi sajak. Beliau berbakat sebagai penari zapin. Dia gigih menghidupkan warisan seni budaya – Haiqal telah bekerjasama dengan penduduk kampung untuk mengadakan persembahan zapin dengan tujuan untuk menghidupkan semula kegemilangan kumpulan zapin D’Purnama. Dia seorang yang peramah – Haiqal mudah bergaul dengan penduduk kampung disebabkan sikapnya yang ramah. Dia menghormati yang tua – walaupun Haiqal telah melukai hati uminya, dia tetap memberitahu pergerakannya dan aktivitinya di Johor sebagai tanda hormat kepada ibunya. Dia seorang yang berdikari – Haiqal berseorangan menaiki bas untuk ke Kampung Seri Purnama. Dia tabah menghadapi cabaran – Haiqal tetap pergi ke Kampung Seri Purnama, Johor walaupun dia tidak mendapat restu daripada uminya. Nama Watak Sampingan : Abdullah bin Kayan/ Cikgu Amirulnizam Watak Ayah kandung Haiqal Meninggal dunia ketika Haiqal berumur 12 tahun Tinggal di kampungnya di Johor setelah bercerai dengan isterinya, Rafiqah Susuk tubuh agak kecil. Beliau bertugas sebagai guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani di Sekolah Kebangsaan Seri Purnama. Perwatakan Beliau seorang yang baik hati – Abdullah bin Kayan mengajak See Hwa menumpangnya kerana mereka menuju ke sekolah yang sama. Beliau suka menolong orang lain – membantu See Hwa berlatih untuk pertandingan deklamasi sajak peringkat sekolah. Beliau seorang yang penyayang - amat merindui anaknya yang berada di Kuala Terengganu bersama-sama dengan bekas isterinya.Beliau mempunyai bakat dalam bidang penulisan kreatif malah telah mendapat pengiktirafan oleh kerajaan negeri. Beliau seorang guru yang gigih memperjuangkan warisan seni budaya – bekerjasama dengan penduduk kampung untuk membuat persembahan kumpulan zapin D’Purnama. Beliau mencintai bidang sastera – berhasrat mewujudkan AKSARA

139

MODUL PRIGEL KOMSAS Nama Watak Sampingan : Umi (Rafiqah) Watak Ibu Haiqal Berkahwin dengan Abdul Fatah setelah bercerai dengan Abdullah Kayan Pengusaha batik dan mempunyai kedai batik di Pasar Payang Perwatakan Seorang ibu yang penyayang – Dia tidak mahu Haiqal menjadi penulis seperti arwah ayahnya kerana hidup penulis seperti hidup dengan bayang-bayang. Seorang ibu yang prihatin – umi menasihati Haiqal supaya berhati-hati ketika menunggang motosikal pada waktu malam dan pulang dengan segera. Seorang ibu yang berwawasan – umi tidak mahu Haiqal meneruskan pelajaran dalam bidang sastera tetapi umi mahu Haiqal menyambung pelajaran dalam bidang perniagaan supaya Haiqal dapat meneruskan perniagaan batik milik keluarganya. Seorang usahawan yang berjaya – mempunyai kedai batik di Pasar Payang. Seorang yang ego – memandang remeh dan tidak menghargai bakat seni suaminya, Abdullah bin Kayan Seorang yang pemarah – memarahi Haiqal yang berhajat untuk pulang ke kampung ayahnya. Seorang yang keras hati – melarang Haiqal balik ke kampung arwah suaminya. Bahkan menggugut tidak memberikan wang kepada Haiqal.

Nama Watak Sampingan : Walid Watak Ayah tiri Haiqal Perwatakan Seorang yang memahami jiwa anak muda – Walid membenarkan Haiqal ke Johor untuk menjejak warisan ayah kandungnya. Seorang yang penyayang – Walid tidak pernah membeza-bezakan kasih sayang antara anak kandungnya, Nurul Aisyah dengan Haiqal yang merupakan anak tirinya. Seorang yang pemurah – Walid telah memasukkan wang ke dalam akaun Haiqal untuk perbelanjaan Haiqal di Johor.

140

MODUL PRIGEL KOMSAS

Nama Watak Sampingan : Ratna Watak Sahabat baik Haiqal Gadis yang sederhana – lebih selesa memakai buju kurung dan bertudung Usianya sebaya dengan Haiqal Belajar setakat SPM Berkulit mulus dan bermata jernih Mengusahakan warung makan di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Perwatakan Seorang yang berpandangan jauh – Ratna berazam untuk menjadi seorang usahawan yang terkenal setelah keputusan peperiksaannya tidak memuaskan. Seorang yang setia kawan – Ratna sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada Haiqal dan menyokong tindakan Haiqal untuk menjejaki warisan Abdullah bin Kayan di Johor. Seorang yang rajin – Ratna sentiasa membantu abangnya di warung yang terletak di Pantai Rantau Abang, Terengganu. Seorang yang meminati bidang perniagaan – mengambil alih pengurusan gerai makan ibunya. Seorang yang baik hati – menghantar Haiqal ke stesen bas ketika Haiqal balik ke Kampung Seri Purnama. Seorang gadis yang bersopan santun dan menawan. Nama Watak Sampingan : Taukeh Lim @ Tauke Ong Watak Nama dalam manuskrip ialah Tauke Lim. Berasal dari Ipoh. Berbadan gempal, gemar memakai seluar labuh separas lutut dan memakai baju kemeja lusuh. Suami Puan Khei (Mak Cik Kim). Perwatakan Seorang yang murah hati – Tauke Lim sering menaja jamuan makan apabila penduduk kampung Seri Purnama mengadakan majlis keramaian. Seorang yang rajin bekerja – Pada waktu pagi, Tauke Lim menoreh getah manakala pada waktu petang, Tauke Lim akan mengelilingi kampung untuk membeli hasilhasil kampung. Seorang bapa yang mementingkan pendidikan anak-anak – Tauke Lim menghantar anak-anaknya di sekolah kebangsaan dan kelas tuisyen. Seorang yang meminati seni budaya Melayu – Tauke Lim suka menonton tarian 141

MODUL PRIGEL KOMSAS

zapin di kampungnya. Seorang yang amanah – menyerahkan kepada Haiqal semua harta dan wang simpanan Abdullah Kayan apabila Haiqal balik ke kampung. Nama Watak Sampingan : Ai Ling @ Ong See Hwa Watak Anak bongsu Tauke Ong (Tauke Lim) dan Puan Khei (Mak Cik Kim) Dikenali sebagai Ai Ling dalam manuskrip Abdullah bin Kayan Berumur 19 tahun. Perwatakan Seorang murid yang menghargai masa – Ai Ling menyiapkan kerja rumahnya ketika menunggu Cikgu Nizam bermesyuarat. Seorang yang berbudi bahasa – Ai Ling mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Nizam yang menumpangkannya ke sekolah. Seorang yang gigih berusaha – Ai Ling sentiasa berlatih sajak pada waktu lapang bersama-sama dengan Cikgu Nizam. Seorang yang amanah – See Hwa telah menyerahkan manuskrip lama milik Abdullah bin Kayan kepada Haiqal. See Hwa juga memberikan koleksi buku yang ditulis oleh Abdullah bin Kayan kepada Haiqal kerana itulah permintaan Abdullah bin Kayan sebelum beliau meninggal dunia. Meminati seni tari dan sastera Melayu – pandai menari zapin. Suka berpuisi, membaca karya sastera karya penulis tersohor. PLOT Plot novel Silir Daksina tidak dijalin mengikut kronologi kerana pengarang turut menggunakan teknik imbas kembali. 1.

Permulaan/Eksposisi watak seorang remaja bernama Haiqal yang menerima sebuah manuskrip lama daripada pengirim Ong See Hwa dari Johor. Haiqal mendapati bahawa kisah yang terdapat dalam manuskrip tersebut seakan-akan benar berlaku dan menceritakan kisah hidup arwah ayahnya, Abdullah bin Kayan tetapi kisah itu dimainkan oleh watak Cikgu Nizam. Haiqal bertekad untuk pulang ke Johor untuk menjejak warisan ayahnya walaupun niat itu ditentang oleh uminya.

142

MODUL PRIGEL KOMSAS

2.

Perkembangan Haiqal disambut baik oleh penduduk Kampung Seri Purnama terutamanya Tauke Ong. Malah Tauke Ong memberikan kepercayaan kepada Haiqal untuk mengurus wang simpanan, hasil jualan kelapa sawit dan kebun kelapa sawit. Haiqal telah mengenali anak Tauke Ong, iaitu Ong See Hwa. Haiqal mendapati bahawa perwatakan Ong See Hwa mirip dengan watak Ai Ling. Lazim dan Ong See Hwa telah menunjukkan kisah hidup Abdullah bin Kayan melalui pameran di balai raya lama. Haiqal mendapati bahawa arwah bapanya merupakan orang yang terkenal dalam bidang seni dan sastera malah diiktiraf oleh kerajaan negeri.

3.

Perumitan Penduduk kampung seperti Pak Cik Bakar, Haji Salim, dan Tauke Ong mengharapkan Haiqal supaya mengembalikan kegemilangan tarian zapin di kampung mereka kerana mereka melihat semangat kepemimpinan Haiqal mirip arwah ayahnya, Abdullah bin Kayan. Haiqal tidak mahu menghampakan harapan mereka kerana mereka telah melayan Haiqal dengan baik. Haiqal juga melihat bahawa anak-anak muda di kampung tersebut tidak meminati tarian zapin dan kesusasteraan. Haiqal dan penggiat tarian zapin seperti Pak Cik Bakar dan Haji Salim telah bersepakat untuk mengadakan persembahan tarian zapin.Cadangan tersebut telah dipersetujui oleh ketua kampung malah ketua kampung turut mengundang ahli dewan undangan negeri untuk hadir bagi memeriahkan persembahan tersebut.

4.

Klimaks Ketika hari persembahan, pasangan Haiqal, iaitu Lazim telah ditimpa kemalangan. Ong See Hwa menggantikan Lazim pada saat akhir. Haiqal dan Ong See Hwa telah menarikan tarian zapin sehingga ada sebilangan penduduk kampung yang berasa terharu kerana terkenangkan arwah Abdullah bin Kayan. Umi, walid, dan Nurul Aisyah juga turut hadir untuk menyaksikan persembahan zapin tersebut. Umi juga telah ke kubur Abdullah bin Kayan dan umi telah mengaku kesilapannya memisahkan Haiqal daripada bapa kandungnya kerana darahnya turut mengalir dalam tubuh Haiqal.

5.

Peleraian Haiqal meninggalkan Kampung Seri Purnama kerana mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang keguruan di sebuah universiti di Sarawak. Ratna pula telah bertunang dengan usahawan muda.

TEKNIK PLOT / PENCERITAAN 1.

Pemerian Digunakan untuk memerihalkan pelbagai peristiwa, perlakuan watak, latar, dan sebagainya. Contohnya, memerihalkan hati Haiqal yang bergelora kerana ingin tahu kisah perjalanan

143

MODUL PRIGEL KOMSAS

hidup ayahnya, Abdullah bin Kayan. 2.

Dialog Digunakan untuk menggambarkan perlakuan watak, memperjelas peristiwa, dan sebagainya. Contohnya, dialog antara Haiqal dengan Ratna. “ Kau ni, Haiqal. Kalau hari-hari nak makan percuma, boleh bankrupt aku!” balas Ratna dengan nada bergurau.

3.

Monolog Dalaman Haiqal berkata-kata dalam hatinya apabila mendengar cerita See Hwa tentang kepandaian ayahnya memasak ikan haruan

4.

Saspens Manuskrip lama milik Abdullah bin Kayan tidak ada kesudahannya dan jalan ceritanya tergantung. Pembaca tertanya-tanya sama ada Haiqal akan meneruskan sambungan cerita itu ataupun sebaliknya.

5

Imbas Kembali Haiqal sentiasa teringat akan teletah adik tirinya, Nurul Aisyah yang sangat manja apabila Haiqal rindu akan adik tirinya itu.

6

Kejutan Peristiwa kehadiran umi, ayah tiri, dan adik tiri semasa Haiqal sedang menari. Melalui peristiwa tersebut, pembaca tidak menyangka bahawa perkara itu akan berlaku kerana umi melarang keras Haiqal balik ke kampung bekas suaminya.

LATAR Latar Masa 1. Malam Cth : Persembahan kumpulan zapin D’Purnama berlangsung pada waktu malam dan mendapat sambutan hangat daripada penduduk kampung. 2. Pagi Cth : Haiqal sampai di Kampung Seri Purnama pada awal pagi dan dia telah berhenti di warung Wak Min untuk bertanyakan arah rumah Abdullah bin Kayan. 3. 4.

Petang Cth : Haiqal melihat Lazim memancing ikan puyu di sungai pada waktu petang. Subuh Cth. Haiqal menunaikan solat Subuh di masjid dan mendengar kuliah Subuh.

144

MODUL PRIGEL KOMSAS

Latar Tempat 1. Bilik Haiqal di Kuala Terengganu Huraian: Haiqal menghabiskan masa membaca manuskrip berkulit biru muda 2. Pantai Batu Buruk Huraian: Haiqal sering berjalan-jalan di persisiran pantai tersebut. 3. 4 5

Kampung Seri Purnama Huraian : Kampung Seri Purnama terkenal oleh kehebatan kumpulan zapin D’Purnama yang dipimpin oleh arwah Abdullah bin Kayan Pantai Punggur Huraian: Cikgu Nizam membawa Ai Ling dan Ai Ching bersiar-siar di tepi pantai ini pada waktu petang. Balai raya lama Huraian: menempatkan galeri dan pameran Abdullah bin Kayan

Latar Masyarakat. 1. Masyarakat pendidik. Huraian : Cikgu Abdullah bin Kayan (Cikgu Amirulnizam), Cikgu Latifah, dan Cikgu Zanariah mengajar di Sekolah Kebangsaan Seri Purnama. 2.

Masyarakat remaja yang berakhlak mulia Huraian : Haiqal mempunyai akhlak dan jati diri yang teguh.

3.

Masyarakat yang saling membantu. Huraian : Keluarga Abdullah bin Kayan sering membantu Tauke Ong ketika kali pertama Tauke Ong berhijrah ke Kampung Seri Purnama seperti menyewakan kebun getah kepada Tauke Ong.

4.

Masyarakat yang gigih memperjuangkan seni budaya. Huraian : Haiqal juga bekerjasama dengan penduduk kampung untuk mengadakan persembahan zapin D’Purnama sebagai usaha untuk menghargai perjuangan ayahnya, Abdullah bin Kayan. Masyarakat yang bersatu padu dan saling bekerjasama. Huraian : Penduduk kampung Seri Purnama bergotong-royong untuk menjayakan persembahan zapin D’Purnama. Haji Jamil membahagi-bahagikan tugas mereka, iaitu memasak jamuan dan memasang khemah. Masyarakat yang rajin berusaha Huraian: Lazim bekerja di kilang tekstil di Batu Pahat sementara menunggu keputusan STPM. Pada masa yang sama, dia menjual ikan puyu yang dipancingnya di pasar.

5.

6.

145

NILAI 1. 2. 3.

4.

5.

6.

7.

8

9.

MODUL PRIGEL KOMSAS

Hormat-menghormati. Cth : Abdul Fatah, ayah tiri Haiqal sangat menghormati hasrat Haiqal balik ke kampung ayah kandungnya di Kampung Seri Purnama, Batu Pahat. Ketabahan. Cth : Abdullah bin Kayan tabah menanggung penderitaan akibat penyakit yang dialaminya. Tanggungjawab Cth : Cikgu Nizam menghabiskan tugasnya dahulu seperti menanda kertas peperiksaan murid-muridnya sebelum meneruskan aktiviti-aktiviti kebudayaan di Kampung Seri Purnama. Kerajinan Cth : Lazim bekerja di kilang tekstil di Batu Pahat sementara menunggu keputusan STPM. Pada masa yang sama, dia menjual ikan-ikan puyu yang dipancingnya di pasar. Kegigihan. Cth : Haiqal dan penduduk kampung gigih berlatih untuk mengadakan persembahan zapin D’Purnama sebagai usaha untuk menghargai perjuangan ayahnya, Abdullah bin Kayan. Kasih sayang. Cth: Cikgu Nizam sangat menyayangi Ai Ling dan menganggap Ai Ling sebagai anaknya sendiri. Pada masa yang sama, kehadiran Ai Ling dapat mengurangkan rindunya kepada Aiman. Kerjasama. Cth: Penduduk kampung Seri Purnama bergotong-royong untuk menjayakan persembahan zapin D’Purnama. Haji Jamil membahagi-bahagikan tugas mereka iaitu memasak jamuan dan memasang khemah. Amanah Cth: Tauke Ong berpegang pada janji, iaitu menjaga harta pusaka (tanah) Abdullah bin Kayan di baruh dan di belakang rumah dengan baik. Selain itu, menyerahkan buku bank kepada Haiqal seperti yang diamanahkan oleh Abdullah bin Kayan. Setia kawan Cth: Persahabatan antara Haiqal dengan Ratna bertambah teguh kerana saling menasihati dan memberikan motivasi.

PENGAJARAN 1. 2. 3.

Kita haruslah reda akan ketentuan Tuhan Huraian: Haiqal reda akan ketentuan yang berlaku dalam kehidupannya setelah ibu bapanya bercerai. Kita mestilah tekun melakukan sesuatu perkara Huraian: Haiqal tekun membaca dan memahami manuskrip ayah kandungnya dan berusaha memahami maksud sebenar manuskrip tersebut. Kita perlulah gigih memperjuangkan seni budaya Huraian: Haiqal bekerjasama dengan penduduk kampung untuk mengadakan persembahan zapin D’Purnama sebagai usaha untuk menghargai perjuangan ayahnya, Abdullah bin Kayan. 146

4.

5.

6. 7.

MODUL PRIGEL KOMSAS

Kita hendaklah rajin berusaha Huraian: Lazim bekerja di kilang tekstil di Batu Pahat sementara menunggu keputusan STPM. Pada masa yang sama, dia menjual ikan-ikan puyu yang dipancing di pasar. Kita hendaklah saling bekerjasama ketika melakukan sesuatu aktiviti Huraian: Penduduk kampung Seri Purnama bergotong-royong untuk menjayakan persembahan zapin D’Purnama. Haji Jamil membahagi-bahagikan tugas mereka, iaitu memasak jamuan dan memasang khemah. Kita tidak seharusnya kedekut akan kepandaian yang kita miliki Huraian: Wak Arif, Pak Cik Bakar, dan Pak Haji Salim berusaha mengajarkan zapin kepada Haiqal dan rakan-rakannya. Kita haruslah menyayangi ahli keluarga Huraian: Haiqal bertegas untuk pulang ke Johor semata-mata untuk menjejak warisan yang ditinggalkan oleh arwah bapanya, Abdullah bin Kayan.

GAYA BAHASA 1.

2.

3.

Personifikasi Cth: Beberapa ketika kemudian, dunia Abdullah bin Kayan hilang daripada ingatannya ditelah kedinginan dinihari yang kian menggigit. (hlm. 6 Aku damai melihat ombak yang membelai pantai. Aku tenang menikmati angin yang mengusap pepohon kelapa. (hlm. 82) Simile Cth: Jantungnya berdegup kencang seperti injap kereta yang menderum. (hlm. 174) Apa yang pasti karya sasteraku seperti kehilangan rohnya. (hlm. 65) Metafora Cth: Ditambah pula dengan udara bersih yang terpinggir daripada ciuman pencemaran. (hlm.148) Peristiwa itu masih basah di layar mindanya. (hlm. 4) Adakalanya, aku seakan-akan lemas dalam lautan rindu itu. (hlm. 43)

4.

Hiperbola Cth:

5.

Singkope Cth.

6.

Perlambangan Cth. Haiqal melambangkan pasang surut kehidupan ibu bapanya seperti ombak dan pantai. “Ada ketikanya ombak lembut mengelus-ngelus pantai, penuh kasih sayang. Namun, adakalnya mereka juga bertengkar. Ombak yang mengganas, seolah-olah ingin melenyapkan pantai,” hujah Haiqal lagi. (hlm. 15)

Jeritan loceng menyentap lamunanku. (hlm. 31) “Bagi akaklah, tak ada salahnya kalau Ai Ling tu memang berminat nak belajar. (hlm. 38)

147

MODUL PRIGEL KOMSAS

7.

Peribahasa Cth.

8.

Bahasa asing Cth. Bahasa Inggeris – sentimental (hlm. 213) Bahasa Arab – Insya-Allah (hlm.75) Bahasa Indonesia – omong kosong (hlm. 92) Bahasa Cina – Semua tanah mendiang bapanya habis digadaikan abangnya kerana hutang kepada tai long. (hlm. 25)

Macam mana akak tak naik angin. Kerja rumah dahlah tak siap, tulisannya pula macam cakar ayam. (hlm. 35) Itulah padahnya kalau jadi tahi judi. (hlm. 26) Bangkai gajah, tentu tidak boleh ditutup dengan nyiru, umi. (hlm. 24)

B. BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN BENTUK SOALAN Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) . (memberikan pandangan atau pendapat, alasan, menyatakan kewajaran, perbandingan [persamaan atau perbezaan] dan sebagainya berdasarkan novel). Elemen kajian KOMSAS (bertumpu) (menyatakan aspek sastera seperti tema, persoalan, watak dan perwatakan, plot dan teknik plot, latar masa, tempat dan masyarakat, nilai dan pengajaran daripada keseluruhan novel) Soalan 4(a): Soalan aspek komsas berdasarkan sebuah novel yang telah dipelajari (sama ada novel tingkatan 4 atau novel tingkatan 5). Soalan 4(b): Soalan perbandingan atau aspek komsas berdasarkan kedua-dua buah novel yang telah dipelajari. PERATURAN PEMARKAHAN Peruntukan markah soalan 4 : 15 markah. Peruntukan Markah bagi soalan 4a: (1 isi ialah 1 fakta dan 1 huraian/contoh lengkap = 2 markah Bahasa Baik = 3M, sederhana = 2M, dan Lemah=1m) Markah 2 isi = 4 markah Markah Bahasa = 3 markah 7 markah Peruntukan markah soalan 4b: (1 isi beserta 1 huraian/contoh lengkap = 2 markah Bahasa baik = 2m, dan lemah=1m) Markah 3 isi (3 fakta berserta huraian lengkap) = 6 markah Markah Bahasa = 2 markah

148

MODUL PRIGEL KOMSAS

8 markah

C.PRAKTIS TOPIKAL NOVEL

Praktis 1. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan tema yang diketengahkan dalam novel tersebut. (7 markah)

Praktis 2. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan sinopsis novel tersebut.

(7 markah)

Praktis 3. Sesebuah novel banyak memaparkan peristiwa yang dapat dijadikan teladan. Berdasarkan novel kajian anda, jelaskan peristiwa yang memberi teladan kepada pembaca. (7markah)

Praktis 4. Novel yang telah anda baca mengandungi banyak peristiwa menarik. Nyatakan tiga peristiwa menarik berdasarkan novel tersebut.

(7markah)

Praktis 5. Cerita yang menarik dalam sesebuah novel akan meninggalkan kesan perasaan kepada pembaca. Nyatakan tiga peristiwa yang meninggalkan kesan kepada anda berpandukan sebuah novel yang anda baca. (8 markah)

149

MODUL PRIGEL KOMSAS Praktis 6. Pengarang menyelitkan persoalan dalam novel yang telah anda baca. Huraikan tiga persoalan utama berdasarkan sebuah novel tersebut.

(7 markah)

Praktis 7. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan peranan yang dimainkan oleh watak utama dalam novel tersebut. (7 markah)

Praktis 8. Keperibadian dalam diri sesorang watak amat penting untuk menarik minat pembaca. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan perwatakan dinamik dalam novel tersebut. (7markah)

Praktis 9. Watak utama dalam sesebuah novel banyak menghadapai cabaran. Jelaskan cabaran yang dialami oleh watak utama berdasarkan sebuah novel yang anda baca. (7markah)

Praktis 10. Watak utama mencerminkan banyak nilai murni. Huraikan dua contoh nilai ketabahan watak utama dalam novel yang telah anda kaji.

150

(7 markah)

MODUL PRIGEL KOMSAS Praktis 11. Setiap peristiwa dalam novel berlaku dalam latar masa tertentu. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, jelaskan tiga latar masa yang penting. (7 markah)

Praktis 12. Latar tempat yang terdapat dalan sesebuah novel menjadikan cerita lebih realistik. Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan tiga latar tempat utama.

(8 markah)

Praktis 13. Cerita dalam novel sememangnya memaparkan latar masyarakat sezaman. Huraikan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang telah anda baca.

(8 markah)

Praktis 14. Cerita dalam novel memaparkan kisah yang berlaku dalam sesebuah masyarakat. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa yang menggambarkan kepincangan dalam masyarakat. (7 markah)

Praktis 15. Pengakhiran sesebuah cerita dalam novel akan memberikan kepuasan kepada pembaca. Huraikan pendapat tersebut berdasarkan novel yang telah anda kaji (7 markah)

151

MODUL PRIGEL KOMSAS Praktis 16. Pembaca novel akan mendapat banyak pengajaran berguna yang boleh dijadikan panduan hidup. Jelaskan tiga pengajaran utama yang dapat anda petik daripada novel yang telah anda kaji.. (7 markah)

Praktis 17. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa yang menggambarkan teknik imbas kembali yang digunakan oleh pengarang dalam novel tersebut. (7 markah)

152

MODUL PRIGEL KOMSAS SENARAI NAMA PANEL PENULIS MODUL PRIGEL KOMSAS

BIL

NAMA

SEKOLAH

01 02 03 04 05 06

Encik Juilis Mokujal Encik Ronnie Leong Kim Fui Encik Sulaiman Suhaili Puan Azlida Abd Rahman Puan Halina Jumaring Cik Suzanah Dahlin

SMK Narinang, Kota Belud SMK Likas, Kota Kinabalu SMK Pengiran Omar 11, Sipitang SM Shan Tao, Kota Kinabalu SMK Taman Tun Fuad, Kota Kinabalu SMK St Joseph

153

Related Documents

Komsas
May 2020 14
Komsas
May 2020 15
Komsas
November 2019 20

More Documents from ""

Bab 3 2.docx
July 2020 1
Bm & Eng Quotes.docx
July 2020 1
June 2020 18
Uratex Supplement Ad
November 2019 34