Modul Ulangkaji 5 Geografi Alam sekitar Fizikal Tingkatan Enam
Isi Kandungan BAB 2; SISTEM GEOMORFOLOGI 1
a) b) c)
2
a) b)
3
a) b) c)
4
a) b) c)
5
a) b)
6
a) b) c)
7
a) b) c)
8
a) b) c)
Terangkan secara ringkas proses orogenesis Huraikan mengapa gunung berapi mempunyai pelbagai bentuk. Terangkan kesan-kesan letusan gunung berapi terhadap manusia
[5 markah] [10 markah]
Bezakan ciri-ciri utama dua contoh kumpulan geologi yang berlainan. Kepelbagaian bentuk muka bumi di kawasan tropika lembap adalah kesan daripada geologi yang berlainan. Jelaskan pernyataan ini
[12 markah]
Nyatakan cara dan jenis hakisan sungai Dengan merujuk kepada 3 bentuk muka bumi hasil tindakan sungai, terangkan proses pembentukkannya Jelaskan empat kepentingan bentuk muka bumi hasil tindakan sungai terhadap kegiatan manusia
[5 markah] [12 markah]
Apakah yang dimaksudkan dengan pergerakan jisim? Huraikan proses-proses pergerakan jisim yang berlaku di kawasan tropika lembap Terangkan bagaimana aktiviti manusia boleh menyebabkan berlakunya pergerakan jisim
[5 markah] [10 markah]
Terangkan kesan aktiviti gunung berapi terhadap pembentukan bentuk muka bumi Huraikan kepentingan bentuk-bentuk muka bumi akibat aktiviti gunung berapi terhadap kegiatan manusia
[8 markah]
Terangkan kaedah mengukur pemendapan dan hakisan Jelaskan faktor-faktor fizikal yang menyebabkan berlakunya pemendapan dan hakisan pantai Huraikan kemerosotan persekitaran pantai akibat aktiviti manusia
[5 markah] [10 markah]
Apakah yang dimaksudkan dengan gempa bumi Huraikan hubungan antara kejadian gempa bumi dasar laut dengan kejadian tsunami Jelaskan kesan tsunami terhadap alam skitar manusia
[5 markah] [10 markah]
Nyatakan lima cara pengangkutan beban sungai Huraikan proses pembentukan tiga bentuk muka bumi hasil pemendapan sungai Jelaskan tiga pengaruh bentuk muka bumi hasil
[5 markah] [10 markah]
[10 markah]
[13 markah]
[8 markah]
[10 markah]
[12 markah]
[10 markah]
[10 markah]
[10 markah]
29
pemendapan sungai terhadap aktiviti manusia 9
a) b) c)
10
a) b) c)
11
12
Apakah yang dimaksudkan dengan pemendapan sungai Huraikan faktor fizikal yang menyebabkan berlakunya pemendapan sungai Jelaskan langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah pemendapan sungai di Malaysia
[5 markah] [10 markah]
Apakah yang dimaksudkan dengan profil pantai seimbang Jelaskan faktor yang menghalang pembentukan profil pantai seimbang Jelaskan kesan profil pantai tidak seimbang terhadap aktiviti manusia
[5 markah] [10 markah]
Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan di sebatang sungai a) i) Apakah yang dimaksudkan dengan luahan sungai? ii) Huraikan bagaimana luahan sungai dapat diukur. b) i) Bagaimanakah halaju aliran sungai dapat diukur? ii) Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi halaju aliran sungai tersebut c) i)Nyatakan tiga bentuk muka bumi pemendapan di kawasan kajian ii) Huraikan kepentingan bentuk muka bumi pemendapan tersebut kepada aktiviti manusia Berdasarkan kajian luar yang telah anda lakukan di sebuah pantai a) Nyatakan ciri-ciri pantai tersebut b) i) Nyatakan kaedah mengukur arah ombak ii)Terangkan pengaruh jenis ombak terhadap bentuk muka bumi pinggir pantai di kawasan kajian c) Huraikan empat faktor yang mempengaruhi proses hakisan pinggir pantai d) Jelaskan tiga kepentingan kawasan pinggir pantai terhadap aktiviti manusia
[10 markah]
[10 markah]
[3 markah] [3 markah] [3 markah] [6 markah] [3 markah] [7 markah]
[4 markah] [3 markah] [4 markah] [8 markah] [6 markah]
30
SKEMA JAWAPAN : MODUL 5 : SISTEM GEOMORFOLOGI 1
a)
Terangkan secara ringkas proses orogenesis Proses orogenesis ialah proses pembentukan bentuk muka bumi yang melibatkan pergerakan kerak bumi hasil daripada arus perolakan magma dalam kerak bumi. Contoh proses orogenesis ialah lipatan kerak bumi atau proses yang menghasilkan banjaran gunung lipat
b)
Huraikan mengapa gunung berapi mempunyai pelbagai bentuk. i. Gunung berapi mempunyai pelbagai bentuk seperti bercerun curam atau landai atau bentuk komposit ii. Sebab mempunyai pelbagai bentuk ialah: a) Jenis lava – lava bes menghasilkan gunung berapi yang landai dengan ukur lilitnya yang sangat besar. Ini kerana lava bes cair dan dapat mengalir jauh sebelum membeku. Contohnya gunung berapi Mauna Loa dan Mauna Kea di Hawaii.Sementara lava asid menghasilkan gunung berapi yang curam dan berkubah kerana lavanya sangat likat dan tidak mampu bergerak jauh dan cepat membeku. b) Jenis Letusan atau letupan- dalam bentuk aliran perlahan menghasilkan penara atau gunung berapi bercerun landai atau letusan yang kuat akan menghasilkan bentuk curam c) Sifat lohong gunung berapi- lohong linear/mendatar akan menghasilkan dataran apabila lava membeku. Lohong tunggal/tengah akan menghasilkan kon. Jika terdapat lohong yang banyak dan berdekatan antara satu sama lain akan menghasilkan kon serbaragam spt di Gunung Etna di Sicily d) Jangkamasa/usia pembentukan e) Kekerapan letusan atau letupan f) Jenis gunung berapi – aktif, dorman atau mati g) Akibat pendedahan –proses penggondolan yang dialami akan menyebabkan cerun gunung berapi terhakis dan mendedahkan magma keras yang muncul dipuncak gunung berapi yang dikenali sebagai palam gunung berapi h) Jenis bahan yang dikeluarkan –piroklas, debu dll. Lebih banyak bahan yang dikeluarkan bererti lebih besar gunung berapi yang terbentuk atau sebaliknya.
c)
Terangkan kesan-kesan letusan gunung berapi terhadap manusia i. mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda ii. mengakibatkan kerosakan infrastruktur iii. pertanian- lava bes membentuk tanih subur untuk pelbagai tanaman spt di Kepulauan Jawa dan Filipina iv. Penjanaan kuasa tenaga geoterma untuk menghasilkan elektrik kepada manusia v. Pelancongan –geizer, tasik kawah, kaldera, kolam air panas dll vi. Kemusnahan hutan- aliran lava panas vii. Pencemaran udara viii. Ombak besar yang dikenali sebagai tsunami akan
31
memusnahkan apa sahaja disepanjang laluannya 2
3
a)
Bezakan ciri-ciri utama dua contoh kumpulan geologi yang berlainan. Boleh dipilih batuan enapan, batuan metamorfosis atau batuan igneus Ciri-ciri batuan yang boleh dibezakan i. Warna batuan samada gelap atau cerah ii. Keras lembut batuan bergantung kepada mineral pembentuknya iii. Struktur dan tekstur yang akan menentukan kestabilan atau keteguhan batuan iv. Ciri-ciri rekahan v. Komposisi atau kandungan mineral yang membentuknya vi. Keporosan/ketelapan
b)
Kepelbagaian bentuk muka bumi di kawasan tropika lembap adalah kesan daripada geologi yang berlakinan. Jelaskan pernyataan ini i. Batu kapur yang lembut akan menghasilkan topografi karst seperti lekukan, lubang dan lurah spt dolin, uvala dan polje serta graiks dan clint. Disebabkan sifat batu kapur yang membentuknya lemah, tidak stabil serta mudah mengalami luluhawa kimia serta hakisan air ii. Jisim batuan batolit granit yang keras menghasilkan banjaran gunung dan bukit seperti Banjaran Titiwangsa. Ini kerana sifatnya yang keras dan tahan digondolkan. Oleh sebab itu, ia boleh berdiri teguh. Contoh lain ialah Gunung Kinabalu dibentuk oleh jisim batolit granit yang amat keras kira-kira setengah juta tahun yang lampau. iii. Batuan Igneus yang keras seperti granit dan konglomerat menghasilkan bukit-bukit sisa yang dikenali sebagai inselberg dan tors. Tinggalan bukit-bukit sisa ini membayangkan operasi proses geomorfologi di kawasan tropika lembap tidak berupaya meruntuhkan semuanya kerana sisa ini terdiri daripada teras batuan yang keras. Inselberg dan tors ini banyak terdapat di Banjaran Kilimanjaro di Afrika dan kaki Banjaran Shan di Burma/myanmar iv. Batuan metamorfik contohnya marmar- menghasilkan pulaupulau yang amat kukuh misalnya rangkaian pulau-pulau di Langkawi Malaysia. Sebahagian besar geologi Pulau Langkawi terdiri daripada batuan marmar hasil proses batuan metamorfosis yang menyebabkan batuan itu amat keras dan amat sukar digondolkan oleh proses geomorfologi v. Batuan lembat seperti kaolin (tanah liat) dan riolit( tanah laterit) menghasilkan tanah-tanah pamah beralun dan tanah lanar/dataran lanar yang rata dan mungkin disaliri oleh lembangan sungai seperti Delta Kelantan dan Dataran KedahPerlis. Ini kerana batuan ini amat mudah diuraikan menerusi luluhawa kimia serta dihakis-angkut oleh proses geomorfologi yang lain mengikut musim
a)
Nyatakan cara dan jenis hakisan sungai Cara hakisan sungai i. lelasan ii. lagaan
32
iii. iv.
larutan tindakan hidraul
Jenis hakisan sungai i. hakisan menegak/mendalamkan sadar ii. hakisan melebar/mendatar/tebing iii. hakisan ke hulu/ kebelakang/ mengundur b)
Dengan merujuk kepada 3 bentuk muka bumi hasil tindakan sungai, terangkan proses pembentukkannya Bentuk bumi hakisan sungai i. Air terjun: terbentuk di kawasan yang mempunyai lapisan batuan yang tersusun secara mendatar antara batuan keras dengan batuan lembut. Lapisan batuan lembut akan terhakis dengan lebih cepat berbanding batuan keras. Hal ini menyebabkan dasar sungai menjadi tidak rata. Batuan keras akana menghalang pergerakan air dalam alur lalu membentuk air terjun. ii. Jeram : Terbentuk apabila aliran sungai mengalir di kawasan batuan yang tersusun secara menegak dan berselang seli antara batuan keras dengan batuan lembut. Batuan lembut akan terhakis meningggalkan bonjolan batuan keras yang menyebabkan aliran sungai terpaksa melompat menuruni bonjolan batuan keras iii. Jurang: iv. lubuk pusar v. likuan sungai Bentuk muka bumi mendapan sungai i. tasik ladam ii. dataran banjir: Air banjir yang melimpah tebing akan memendapkan lumpur, kelodak, aluvium, pasir dan kerikil apabila surut. Kejadian banjir yang berulang kali menyebabkan bahan yang dimendapkan bertambah membentuk suatu dataran yang luas dan lebar dikenali sebgai dataran banjir. iii. Tetambak: Bahan-bahan yang dimendapkan di belakang tebing sungai akan membentuk timbunan yang dikenali sebgai tetambak iv. Delta: Delta terbentuk apabila timbunan bahan mendak berlaku secara meluas di muara sungai. Di kawasan muara ini had laju arus sungai sangat perlahan kerana pertembungan arus sungai dengan arus laut.Keadaan ini menyebabkan sungai kehilangan tenaga untuk mengangkut lalu memendapkannya dengan giat. Bahan spt kelodak, lumpur dan lempung akan dimendapkan hingga memenuhi sungai utama dan cawangannya membentuk delta.
c)
Jelaskan empat kepentingan bentuk muka bumi hasil tindakan sungai terhadap kegiatan manusia
33
i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. 4
Pertanian – dataran mendap, delta Rekreasi- air terjun, jeram, tasik ladam Elektrik hidro- air terjun Akuakultur – tasik ladam, muara sungai Petempatan- tetambak, dataran mendap Perhubungan/pengangkutan – tetambak Sumber air – air terjun Perlombongan pasir- beting pasir
a)
Apakah yang dimaksudkan dengan pergerakan jisim? Pergerakan jisim adalah semua jenis pergerakan bahan yang terluluhawa yang dikenali sebagai regolit yang bergerak menuruni cerun akibat tarikan graviti. Gerakan jisim ini boleh secara perlahan, secara cepat dan secara serta merta.
b)
Huraikan proses-proses pergerakan jisim yang berlaku di kawasan tropika lembap Pergerakan jisim boleh berlaku secara perlahan/lambat atau cepat 1. Runtuhan: pergerakan regolit yang berlaku dicerun yang sangat curam dan adakalanya tegak 90 darjah seperti di tebing-tebing tinggi, bahu bukit yang ditarah/dipotong untuk dibina jalan raya atau di lereng bukit untuk didirikan kondominium. Contohnya runtuhan Kondominium Highland Tower dan Jalan di Km38 Lebuh raya Karak-Genting 2. Geluncuran- Pergerakan secara tiba-tiba bahan regolit, batuan dasar apabila lapisan batuan yang berat terletak di lapisan batuan yang lebih lembut seperti batu syal dan tanah liat. Bebanan batuan berat diatasnya akan menyebabkan lapisan batuan lembut dibawahnya runtuh dan mendorong lapisan batuan keras dan berat di atas turut bergerak menuruni cerun. Geluncuran batuan akan melibatkan bongkah batuan besar. Geluncuran puin akan melibatkankan serpihan batuan kecil. Jumlah hujan yang banyak menjadi bahan pelincir untuk jisim jatuh/runtuh 3. Aliran lumpur- Ia berlaku apabila kandungan air yang banyak pada jisim yang lembap adalah tinggi( aliran tanah dan aliran lumpur).Aliran lumpur ini jenis aliran berarus deras yang membawa tanah liat, lumpur, kelodak dll muatan terapung seperti kayu balak yang ditinggalkan menuruni cerun yang lebih curam. 4. Kesotan- pergerakan secara perlahan akibat partikel tanih yang longgar pada cerun yang landai. Pergerakan ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi kejadiannya dikenalpasti dengan melihat kesanyang wujud di atas permukaan cerun seperti tiang elektrik, tiang telefon, tiang pagar yang condong daripada kedudukan salnya
c)
Terangkan bagaimana aktiviti manusia boleh menyebabkan berlakunya pergerakan jisim i. Pertanian/pertanian pindah di cerun bukit- Tumbuhan litupan bumi ditebang, dibakar menyebabkan kurang cengkaman akar menyebabkan cerun menjadi tidak stabil ii. Penternakan – berlaku ragutan berlebihan iii. Perlombongan /kuari atau pecah batu di cerun bukit. Apabila
34
iv.
v.
5
6
tebing bukit diletupkan dan batuan disingkap untuk mengambil batu granit yang bermutu tinggi dan juga batu kapur untuk dibuat simen menyebabkan struktur tanah menjadi tidak stabil dan memudahkan berlakunya runtuhan batu serta runtuhan tebing. Pembinaan jalan raya- peneresan dan pemotongan bukit serta penghapusan tumbuhan menyebabkan cerun menjadi curam sehingga sesetangah menghampiri 90 darjah. Ini akan menyebabkan cerun boleh roboh/runtuh Pembalakan di kawasan cerun bukit/tanah tinggi akan meninggalkan banyak batang kayu, dahan, ranting dan sampah sarap yang akan terkumpul membentuk empangan sementara pada awal hujan. Empangan sementara boleh mengumpu air dengan cepat dan akhirnya pecah apabila mencapai takat tepu dan air akan mengalir dengan mendadak dari kawasan tanah tinggi pada tahap kekuatan yang luar biasa menghanyutkan kayu balak dan melanda kawasan tanah rendah sebagai aliran lumpur
a)
Terangkan kesan aktiviti gunung berapi terhadap pembentukan bentuk muka bumi Antara bentuk-bentuk muka bumi yang dihasilkan oleh aktiviti gunung berapi ialah i. Bentuk bumi jalar luar: Pelbagai jenis kon gunung berapi, dataran lava/penara basalt, kawah gunung berapi(kaldera), palam dan telaga, kolam air panas, mata air panas, geizer ii. Bentuk muka bumi jalar dalam: daik, sil, pakolit, lakolit, lopolit dan batolit
b)
Huraikan kepentingan bentuk-bentuk muka bumi akibat aktiviti gunung berapi terhadap kegiatan manusia i. kon lava bes- aktiviti pertanian ii. Tasik kawah gunung berapi (danau Toba, Indonesia dan Rotorua di New Zealand) dan telaga air panas – pelancongan/rekreasi/perubatan iii. Tasik gunung berapi – aktiviti perikanan iv. Dataran lava/penara basalt – pertanian/penternakanspt dataran Columbia-Snake, dataran Tinggi Deccan v. Batolit dan lakolit – perlombongan bahan mineral yang terdapat dalam batuan gunung berapi Terangkan kaedah mengukur pemendapan dan hakisan pantai 1. alat – 10-12 batang pancang jajar atau dawai tyang ditandakan, buku catatan, pembarisatau pita ukur 2. Kaedah – 10-12 batang pancang jajar atau dawai dipacakkan di cerun pantai dalam lingkungan kesampaian aras pasang tinggi dan rendah dengan jarak tertentu. Bacaan diambil dalam jeda masa tertentu untuk satu hari 3. Kaedah mengukur- mengukur perbezaan antara penanda dengan aras baru sedimen Jelaskan faktor-faktor fizikal yang menyebabkan berlakunya pemendapan dan hakisan pantai 1. Faktor jenis ombak- ombak pembina menimbunkan pasir, ombak
a)
b)
35
pembinasa membawa keluar pasir, kelikir dll 2. Keadaan cerun pantai – curam atau landai. Jika cerun landai berlaku pemendapan sebaliknya jika cerun pantai curam berlaku hakisan 3. bahan pantai (pasir, kelikir, batu lada dan kelodak) – jika bahan pantai berbatu kelikir- hakisan sebaliknya jika bahan pantai kelodak berlaku pemendapan 4. Arah kedatangan ombak- ombak menyerong atau bersudut tepat dengan pantai. Jika menyerong-pemendapan, sebaliknya jika bersudut tepat berlaku hakisan 5. Orientasi pantai samada terlindung atau terdedah kepada tiupan angin 6. Bekalan bahan mendak- kalau kurang bekalan akan berlaku hakisan, jika banyak bahan akan berlaku mendapan 7. litupan tumbuhan dipinggir- jika ada paya bakau berlaku pemendapan, jika pantai terdedah berlaku hakisan
7
c)
Huraikan kemerosotan persekitaran pantai akibat aktiviti manusia 1. pemendapan pinggir pantai ( mungkin dimendapkan di kawasan yang tidak sesuai) akibat pembinaan benteng, cerucuk, pemecah ombak dll) 2. Hakisan pinggir pantai akibat perlombongan pasir/pengorekan pasir- tidak cukup bahan pantai. Penebangan paya bakau 3. Pencemaran sampah sarap akibat aktiviti pelancongan/peranginan pinggir pantai 4. Pembuangan sisa minyak, kimia dll akibat kegiatan industri perkilangan dipinggir pantai 5. Pencemaran organik – najis/e-coli dll 6. Kemusnahan ekosistem akibat penambakan dan pembangunan
a)
Apakah yang dimaksudkan dengan gempa bumi Pembebasan tenaga secara tiba-tiba dari pusat gempa menghasilkan gelombang kejutan berpunca daripada sesaran di sepanjang gelinciran
8
b)
Huraikan hubungan antara kejadian gempa bumi dasar laut dengan kejadian tsunami 1. Pertembungan/himpitan 2 atau 3 plat tektonik 2. gelinciran pada plat tektonik 3. pemisahan antara plat tektonik
c)
Jelaskan kesan tsunami terhadap alam sekitar manusia 1. kemusnahan harta benda 2. kehilangan nyawa/kecederaan 3. kehilangan mata pencarian 4. gangguan psikologi/trauma 5. wabak penyakit 6. kemusnahan infrastruktur 7. kehilangan anggota keluarga/saudara 8. gangguan ekonomi-pertanian
a)
Cara pengangkutan beban sungai a. Ampaian
36
b)
c)
9
a)
b)
c)
10
a)
b)
b. c. d. e. f.
Apungan Lantunan/lompatan/loncatan Golekan Larutan seretan Beting pasir: Tasik ladam Dataran banjir: Delta Tetambak Pulau
Pengaruh positif Dataran banjir : pertanian, akuakultur, ternakan Tasik ladam : pelancongan, rekreasi, perikanan, akuakultur Beting Pasir : perlombongan pasir, perikanan Tetambak: perhubungan/IKS, pertanian Delta : pertanian, IKS, penternakan Pulau : pertanian, pelancongan. Apakah yang dimaksudkan dengan pemendapan sungai Jawapan Pemendapan sungai ialah penimbunan/longgokan bahan/sedimen/pasir/kelikir yang diangkut akibat tenaga dan halaju sungai semakin berkurangan apabila kecerunan sungai semakin landai Huraikan faktor fizikal yang menyebabkan berlakunya pemendapan sungai Jawapan 1. Isipadu air berkurangan 2. Halaju air berkurangan 3. kecerunan semakin landai/ graviti berkurangan 4. bahan muatan bertambah 5. halangan fizikal –tanah runtuh, pokok 6. bentuk alur/berliku/tidak rata 7. kurang tanaman litupan bumi Jelaskan langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah pemendapan sungai di Malaysia Jawapan 1. Penguatkuasaan undang0undang 2. perancangan pembangunan 3. kempen dan pendidikan 4. meluruskan sungai 5. mendalam kan sungai 6. membersihkan sungai 7. melebarkan sungai 8. struktur kejuruteraan/benteng/cerucuk/tembok 9. menanam tanaman tutup bumi Apakah yang dimaksudkan dengan profil pantai seimbang Jawapan Profil pantai seimbang boleh berlaku apabila kadar hakisan dan kadar pemendapan hampir sama Jelaskan faktor yang menghalang pembentukan profil pantai seimbang Jawapan
[5 markah]
[10 markah]
[10 markah]
[5 markah]
[10 markah]
37
Faktor fizikal 1. kekuatan ombak 2. arus pesisir /tempur 3. pasang surut 4. tektonik/tsunami
c)
Faktor manusia 1. penambakan dan pendalaman pinggir pantai 2. pemusnahan dan penebusgunaan kawasan paya bakau 3. pembinaan tembok dan benteng batu 4. pemupukan pasir pantai 5. benteng pemecah ombak Jelaskan kesan profil pantai tidak seimbang terhadap aktiviti manusia Jawapan Hakisan melebihi pemendapan 1. aktiviti pelancongan terjejas 2. perniagaan terjejas 3. pengangkutan dan perhubungan terjejas
[10 markah]
Pemendapan melebihi hakisan 1. gangguan terhadap aktiviti nelayan 2. pelancongan dan rekreasi 3. perlombongan- pasit meningkat 11
Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan di sebatang sungai a) i) Apakah yang dimaksudkan dengan luahan sungai? Luahan sungai merujuk kepada isi padu air sungai yang mengalir melalui titik di aliran sungai pada suatu masa yang tertentu yang diukur dalam unit meter padu persaat ( m³/saat ). ii) Huraikan bagaimana luahan sungai dapat diukur. Jawapan Pengukuran luahan sungai.
[3 markah]
[3 markah]
Halaju aliran ( m³/saat ) x Keratan rentas sungai Contoh : Halaju : 0.1 m³/saat Keratan rentas : 5 m² Luahan = 0.1 X 5 = 0.5 m³/saat
b)
[3 markah] i) Bagaimanakah halaju aliran sungai dapat diukur? Jawapan Pengukuran halaju - bola ping pong diletakan di atas aliran sungai pada jarak tertentu - ukur jarak panjang aliran sungai berdasarkan jarak yang dipilih iaitu X ( titik permulaan letak bola ping pong ) dan Y ( titik penghujung aliran bola ping pong tersebut ). - Jika jarak X hingga Y = 10 meter dan masa yang diambil untuk bola ping pong bergerak dari X ke Y ialah 100 saat. - Maka :
38
10 100 = 0.1 meter / saat ii) Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi halaju aliran sungai [6 markah] tersebut Jawapan 1. Isi padu dan halaju air halaju aliran air sungai bertambah seiring dengan pertambahan isipadu air sungai. - hakisan dan halaju air bertambah semasa isipadu sungai banyak terutama semasa banjir. 2. Kecerunan - halaju aliran sungai adalah berkadar langsung dengan kecerunan dasar sungai. - halaju aliran air bertambah apabila kecerunan bertambah. - sungai di peringkat hulu mempunyai topografi yang sangat curam menyebabkan halaju air sungai pada peringkat ini sangat deras. Proses hakisan dasar sangat dominan pada peringkat ini. - sungai peringkat tengah mempunyai kecerunan yang semakin berkurangan. Aliran air pada peringkat ini sederhana deras menyebabkan hakisan tebing lebih giat berbanding hakisan dasar sungai. - di bahagian hilir sungai topografinya rata dan rendah. Proses hakisan pada peringkat ini begitu minima sebaliknya aliran sungai mulai memendapkan bahan-bahan yang dibawanya. 3. Bentuk alur - Alur sungai yang lurus menyebabkan aliran air sungai deras dan menggalakkan hakisan menegak. - Alur sungai yang berliku menyebabkan aliran air sungai terganggu dan halaju pergerakan air menjadi kurang. Kesannya kadar hakisan menjadi kurang dan sebaliknya bahan-bahan yang dibawa oleh aliran air akan dimendapkan. -
4. Jenis batuan - tebing sungai yang terbentuk daripada batuan yang keras daripada kumpulan batuan igneus , maka kadar hakisan ke atas tebing dan dasar sungai menjadi kurang giat. - manakala bahagian dasar dan tebing sungai yang terbentuk daripada batuan yang lebih lembut daripada kumpulan batuan enapan seperti batu kapur dan dolomit maka kadar hakisannya adalah lebih giat. 5. Bahan muatan - bahan-bahan muatan ( beban ) yang diangkut oleh aliran sungai banyak membantu keberkesanan kerja-kerja hakisan yang dilakukan. - bahan-bahan yang diangkut oleh aliran air sungai seperti serpihan batuan, batu tongkol dan lain-lain akan melakukan hakisan seperti geselan, lagaan, dan lain-lain dengan giat. 39
c)
12
[3 markah] i)Nyatakan tiga bentuk muka bumi pemendapan di kawasan kajian Jawapan - dataran banjir - delta - tasik ladam - tetambak - pulau ii) Huraikan kepentingan bentuk muka bumi pemendapan tersebut [7 markah] kepada aktiviti manusia Jawapan - dataran banjir - pertanian, penternakan, - delta – pertanian, penternakan - tasik ladam - akuakultur, pelancongan - tetambak – pertanian - pulau - pelancongan
Berdasarkan kajian luar yang telah anda lakukan di sebuah pantai a) Nyatakan ciri-ciri pantai tersebut Jawapan - landai - curam - berpasir - berlumpur b)
[3 markah] i) Nyatakan kaedah mengukur arah ombak Jawapan alat - jangka sudut - jangka sudut diselarikan dengan garis pantai dan dapatkan bacaannya ii)Terangkan pengaruh jenis ombak terhadap bentuk muka bumi [4 markah] pinggir pantai di kawasan kajian Jawapan - Ombak pembina- gelombang limpah – membawa bahan dari laut ke pinggir pantaimenggalakan proses pemendapan – bentuk pantai lebih landai.
-
c)
[4 markah]
Ombak pembinasa- gelombang ljunam – membawa bahan dari pinggir pantai ke laut- menggalakan proses hakisan – bentuk pantai lebih curam
Huraikan empat faktor yang mempengaruhi proses hakisan pinggir [8 markah] pantai Jawapan 1. Pendedahan Pantai - pantai yang terdedah tanpa perlindungan sama ada oleh pulau, beting, tanjung ataupun benteng akan mengalami kadar hakisan yang giat berbanding pantai yang terlindung. 2. Arus 40
-
arus bergerak selari dengan pantai. bahan-bahan seperti pasir, kelikir, tanah liat, kelodak dan sebagainya akan diseret selari dengan pantai. berupaya untuk menghakis dan memindahkan bahan dari satu tempat ke tempat yang lain.
3. Bahan - kawasan pinggir pantai yang kurang mempunyai bahan untuk dimendapkan kadar hakisan lebih tinggi berbanding pemendapan. - bahan-bahan pinggir pantai seperti pasir, kelikir, batu tongkol dan batu lada bertindak sebagai agen yang menggesel batuan pinggir pantai melalui cara hakisan geselan atau lelasan. Kesannya batuan pinggir pantai akan terhakis. 4. Batuan - pinggir pantai biasanya terbentuk daripada pelbagai jenis batuan. - pinggir pantai yang terbina daripada batuan lembut ( daripada kumpulan enapan ) seperti batu kapur dan dolomit biasanya lebih lembut dan mudah terhakis sama ada melalui cara geselan, larutan ataupun lagaan. - pinggir pantai yang terbina daripada batuan keras ( daripada kumpulan igneus ) - seperti batu granit biasanya lebih keras dan susah terhakis. - pinggir pantai yang mempunyai batuan di tebingnya lebih susah dihakis berbanding pantai berlumpur. 5. Cerun pantai - pantai yang bercerun curam biasanya mengalami hakisan yang lebih giat. - bahan-bahan pinggir pantai lebih mudah diangkut ke laut oleh agen-agen hakisan pinggir pantai. 6. Orientasi pantai - pantai yang lurus kadar hakisan lebih giat berbanding pantai yang berteluk-teluk dan bertanjung. - pantai yang lurus menerima serangan ombak secara terus tanpa perlindungan. - tanjung berperanan menghalang serangan ombak tersebut. 7. Tumbuhan - tumbuhan ( pokok bakau ) boleh menghalang serangan terus ombak ke atas pinggir pantai melalui peranan akarnya. - sekiranya tiada pokok bakau, ombak akan menyerang secra terus pinggir pantai dan kesannya pantai terhakis.
41
d)
Jelaskan tiga kepentingan kawasan pinggir pantai terhadap aktiviti manusia Jawapan - Perikanan – aktiviti penangkapan ikan oleh nelayan
-
[6 markah]
Akuakultur- ternakan ikan dalam sangkar/ udang/kerang Pelancongan / rekreasi – pantai, beting pasir Perlombongan pasir- pantai/beting pasir
42