Modul 3 Sistem Geomorfologi

  • Uploaded by: Rosnani binti Khalid
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Modul 3 Sistem Geomorfologi as PDF for free.

More details

  • Words: 2,160
  • Pages: 7
Modul Ulangkaji 3 Geografi Alam sekitar Fizikal Tingkatan Enam

Isi Kandungan BAB 2: SISTEM GEOMORFOLOGI 1

a) b) c)

2

a) b) c)

Terangkan konsep sistem Geomorfologi Huraikan taburan daratan dan taburan lautan di peringkat global Huraikan kepelbagaian jenis pulau yang membentuk sebahagian komponen geomorfologi lautan

[6 markah] [10 markah]

Nyatakan tiga jenis lapisan bumi Bagi setiap jenis lapisan yang anda nyatakan di (a) di atas, huraikan sifat-sifat fizikal dan kimianya Terangkan ciri-ciri utama lapisan mantel dan jelaskan peranan lapisan mantel kepada kerak bumi

[3 markah] [10 markah]

[9 markah]

[12 markah]

3

a) b) c)

Nyatakan lima jenis batuan igneus Huraikan ciri-ciri utama batuan igneus Bagaimanakah batuan igneus mempengaruhi pembentukan pelbagai rupa bumi fizikal di sesebuah kawasan?

[5 markah] [10 markah] [10 markah]

4

a) b) c)

Nyatakan jenis-jenis batuan enapan Jelaskan sifat-sifat fizikal dan kimia batuan enapan Bincangkan bagaimana batuan enapan mempengaruhi pembentukan pelbagai rupa bumi fizikal di sesebuah kawasan

[5 markah] [10 markah] [10 markah]

5

a)

Terangkan perbezaan proses pembentukan batuan enapan dengan batuan metamorfosis Huraikan pengaruh pelbagai jenis batuan terhadap kegiatan manusia

[10 markah]

Huraikan secara ringkas konsep tenaga endogenik Bagaimanakah tenaga endogenik mempengaruhi aktivitiaktiviti tektonik di lapisan kerak bumi? Huraikan bukti-bukti yang menunjukkan kejadian hanyuran benua pada zaman lampau.

[5 markah] [10 markah]

b) 6

a) b) c)

[15 markah]

[10 markah]

7

a) b) c)

Nyatakan lima plat tektonik yang utama pada masa kini Apakah yang anda faham tentang Tektonik plat? Bincangkan kesan-kesan hanyutan benua terhadap pembentukan muka bumi

[5 markah] [5 markah] [8 markah]

8

a) b) c)

Jelaskan konsep hanyutan benua Huraikan mengapa berlakunya hanyutan benua Jelaskan lima kesan hanyutan benua terhadap konfigurasi muka bumi

[5 markah] [10 markah] [10 markah]

14

SKEMA JAWAPAN: MODUL 3 SISTEM GEOMORFOLOGI 1

a)

b)

c)

2

a)

b)

Sistem Geomorfologi ialah satu kajian sains bumi yang mengkaji interaksi antara proses, faktor dan bentuk di permukaan bumi secara saintifik. Bidang kajian ini berkait rapat dengan bidang sains yang lain seperti meteorologi, fizik, kimia, biologi, geologi dan pedagogi sebagai pengetahuan asasnya manakala bidang kartografi dan matematik sebagai kaedahnya. Taburan daratan dan lautan pada peringkat global keseluruhannya ialah: i. Keseluruhan benua/daratan ialah kira-kira 29% keluasan keseluruhan muka bumi sementara 71% selebihnya ialah lautan ii. Daripada keseluruhan daratan yang ada, 39.4% terletak di Hemisfera utara sementara selebihnya 18.6% terletak di Hemisfera selatan. iii. Daratan utama terdiri daripada beberapa benua utama iaitu Benua Asia, Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika, Antartika dan Australia iv. Lautan utama juga terdiri daripada beberapa lautan utama spt Lautan Pasifik, Lautan Atlantik, Lautan Hindi dan Lautan Artik. v. Namun begitu masih terdapat banyak lagi lautan-lautan yang lebih kecil dan kepulauan-kepulauan kecil yang bertaburan di permukaan bumi vi. Saiz daratan dan lautan adalah berbeza-beza antara satu sama lain. Kepelbagaian jenis kepulauan yang membentuk sebahagian drp komponen geomorfologi lautan ialah: a. kepulauan bersaiz besar dan terletak hampir dengan benua dan mempunyai struktur geologi yang sama dengan jisim benua tersebut ialah Kepulauan British yang terletak hampir dengan Benua Eropah b. Gugusan pulau yang pelbagai saiz dan berbeza geologi spt Kepulauan Jepun yang terletak dalam gugusan yang sama dengan kepulauan Taiwan dan Hong Kong tetapi geologi berbeza c. Pulau-pulau terpencil di tengah lautan san jauh dari daratan biasanya dibentuk oleh aktiviti gunung berapi dan ada yang amat aktif spt Kepulauan Hawaii, Mauritius, Galapagos, Fiji, Tonga dll Tiga Jenis lapisan bumi a. Kerak bumi b. Mantel c. Teras bumi Sifat fizikal dan kimia setiap jenis lapisan a. Kerak bumi • Lapisan paling luar bumi • Terdiri daripada kerak benua (Sial) dan kerak lautan (Sima) • Batuannya terdiri drp jenis granit dan basalt • Ketumpatan batuannya 2.3-3.0g/cm padu b. Mantel • Lapisan pertengahan dan merupakan lapisan tidak stabil 15



Lapisan atasnya berada dalam bentuk batuan separa cair dan sentiasa berolak • Banyak batuan granit dan mineral olivin • Ketumpatannya 5.5g/cm padu c. teras bumi • Lapisan paling dalam dan dipisahkan drp mantel oleh ketakselanjaran gutenberg • Terletak antara 2900-5150km dari permukaan • Banyak kandungan besi dan nikel • Ketumpatannya 10-13g/cm padu

3

c)

ciri-ciri utama lapisan mantel dan peranan lapisan mantel kepada kerak bumi Ciri-ciri utama lapisan mantel • Isipadu mantel meliputi 68% daripada bumi dengan ketebalan kirakira 2830km • Bahagian atas mantel ialah lapisan astenosfera yang berbentuk separa cair dengan suhu 1400 C menyebabkan kerak bumi terapung di atas lautan magma yang panas Peranan lapisan mantel kepada kerak bumi ialah: • Di lapisan mantel ini suhunya yang panas antara 800-1600 C mempunyai banyak tenaga haba yang mampu mencairkan batuan dan punca pelbagai proses di kerak bumi seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, gerakan tektonik, hanyutan benua, perebakan dasar laut, lipatan kerak bumi dan gelinciran • Batuan yang terdapat membeku didalam kerak bumi yang menjadi sumber mineral utama manusia berpunca daripada lapisan mantel • Proses pembentukan gunung berapi di permukaan bumi kesan daripada timbunan magma dan lava yang membeku di permukaan bumi • Kesan perolakan magma di lapisan mantel telah menwujudkan daya tegangan sehingga berlaku proses gelinciran kerak bumi • Kesan perolakan magma di lapisan mantel juga mewujudkan daya mampatan sehingga berlaku proses lipatan yang membentuk pelbagai jenis gunung lipat di dunia • Peranan lapisan mantel juga telah menyebabkan pergerakan berlaku pada kerak bumi sehingga berlaku hanyutan benua

a)

Lima jenis batuan Igneus i. Granit ii. Gabro iii. Basalt iv. Obsidian v. Pumis Ciri-ciri utama batuan igneus 1. Terbentuk drp penyejukan dan pembekuan magma dari dalam kerak bumi 2. Batuan Igenus terdiri daripada Batuan igneus rejahan dan batuan igneus terobosan. 3. Batuan Igneus rejahan ialah batuan igneus yang terbentuk daripada penyejukan dan pembekuan magma di dalam kerak bumi. Ia tidak

b)

16

terdapat di pemukaan bumi. Batuan Igneus rejahan terdiri daripada batuan plutonik dan batuan hipabisal. 5. Batuan igneus terobosan terbentuk daripada penyejukan dan pembekuan magma yang keluar di permukaan bumi 6. Batuan yang keluar dari aliran lava yang keluar tanpa letusan gunung berapi secara senyap menghasilkan batuan berbijian halus dan tekstur berkaca seperti basalt, riolit , tuff, pumis dan obsidian 7. Batuan piroklastik – batuan hasil pengumpulan bahan letupan gunung berapi dan membeku sebelum mendarat seperti lava, debu, abu, lapili, skoria dan pumis. 4.

4

c)

Batuan Igneus akan mempengaruhi pembentukan muka bumi sesebuah kawasan kerana: 1. Batuan Igneus terobosan terbentuk daripada pembekuan lava yang keluar ke permukaan bumi. Maka ia akan menjadi asas pembentukan Penara basalt seperti Dataran Tinggi Deccan di India, dan Dataran Tinggi Columbia. Selain itu sekiranya lava itu keluar di dasar lautan akan membentuk pulau-pulau gunung berapi di lautan seperti di Kepulauan Hawaii, Kepulauan Kuril dan Kepulauan Ryukyu 2. Batuan igneus rejahan terbentuk apabila magma akan membeku di dalam kerak bumi dalam pelbagai bentuk bumi jalar dalam seperti daik, sil, lopolit dan pakolit yang menjadi asas kepada kawasankawasan pergunungan dunia

a)

Jenis-jenis i. ii. iii.

b)

Jelaskan sifat-sifat fizikal dan kimia batuan enapan Sifat-sifat fizikal batuan enapan i. bersifat lembut ii. Struktur batuan berlapis-lapis dan mengandungi fosil iii. Mempunyai banyak rekahan dan ira spt batu kapur iv. Batuannya poros Sifat-sifat kimia batuan enapan i. Batuan enapan klastik : terdiri drp bahan-bahan pasir, kelikir, batu tongkol, kelodak dan lempung. Terbentuk daripada proses pemadatan dan penyimenan bahan enapan. ii. Batuan enapan kimia: terdiri daripada penguraian dan pemecahan bahan mineral yang dilarutkan oleh air. Contoh garam batuan terbentuk apabila air yang mengandungi garam(natrium klorida) tersejat iii. Batuan enapan organik: Terbentuk daripada lapisan bahan organik berjuta tahun dahulu melalui proses pemadatan dan penyimenan. Contoh batu kapur terdiri drp sisa cengkerang haiwan dan terumbu karang Batuan enapan mempengaruhi pembentukan pelbagai rupa bumi fizikal di sesebuah kawasan 1. batuan enapan klastik seperti konglomerat biasanya akan membentuk

c)

batuan enapan Batuan enapan jenis klastik spt batu pasir, konglomerat dan syal Batuan enapan kimia spt garam batuan dan gipsum batuan Batuan enapan organik seperti batu kapur dan batu arang

17

5

6

a)

permatang dan gunung seperti di Pulau Redang. Sementara jenis batu pasir akan membentuk tebing tinggi dan dataran tinggi seperti di Pulau Langkawi. Syal akan membentuk kebanyakan tanah lembah dan tanah pamah di sesuatu kawasan 2. Batuan enapan jenis kimia seperti batu garam dan batu gipsum akan membentuk tasik-tasik cetek contohnya Laut Mati 3. Batuan enapan jenis organik seperti batu kapur akan membentuk landskap karst yang banyak terdapat di Ipoh Perak sementara Batu arang akan membentuk kawasan tanah pamah dan pinggir laut seperti di Batu Arang, selangor dan Pahang Perbezaan proses pembentukan batuan enapan dengan batuan metamorfosis 1. Cara pembentukan : Batuan enapan terbentuk dengan cara pemendapan sementara batuan metamorfosis terbentuk melalui peleburan dan penghabluran semula 2. bahan: Bahan-bahan yang membentuk batuan enapan kebanyakannya bahan mendakan. Sementara batuan metamorfosis terdiri daripada batuan igneus atau enapan 3. Agen: Agen yang mempengaruhi pembentukan batuan enapan ialah air, angin dan glasier sementara agen yang membentuk batuan metamorfosis ialah suhu dan tekanan yang tinggi

b)

Huraikan pengaruh pelbagai jenis batuan terhadap kegiatan manusia 1. Perlombongan: Kebanyakan batuan seperti bijih besi, petroleum, arang batu, mika merupakan jenis mineral berharga yang akan menggalakkan kegiatan perlombongan 2. Pembinaan: Batuan seperti granit, batu pasir dan kelikir digunakan dalam industri pembinaan struktur tembok bangunan dan benteng sungai serta pembinaan jalan raya.Batuan marmar biasanya berguna untuk sektor pembinaan bangunan sebagai lantai dan perhiasan dinding. Batu permata juga digunakan sebagai mata penggerudi pada alat pemotong 3. Industri: Lempung dan kaolin digunakan dalam industri pembuatan tembikar, Batu zamrud dan delima digunakan dalam industri barang perhiasan wanita, Petroleum dan gas asli menjadi sumber tenaga utama dalam pelbagai industri pembuatan dan pengangkutan. Batu kapur pula penting dalam industri simen. 4. Pelancongan/rekreasi: Pandang darat karst seperti gua, stalagmit dan stalagtit di gua batu kapur menjadi tarikan pelancong 5. Keagamaan/budaya:Kawasan gua batu kapur menjadi tempat ibadat kepada kaum hindu contohnya Batu caves di Kuala Lumpur

a)

konsep tenaga endogenik Tenaga Endogenik ialah tenaga dalaman yang berpunca daripada dalam bumi misalnya tenaga graviti bumi, tenaga radiogenik dan juga tenaga haba yang amat penting untuk proses-proses tektonik pada kerak bumi seperti lipatan, gelinciran, gempa bumi dan gunung berapi Tenaga endogenik mempengaruhi aktiviti-aktiviti tektonik di lapisan kerak bumi Punca utama yang paling penting mempengaruhi aktiviti tektonik ialah tenaga haba yang wujud di dalam lapisan mantel atas bumi iaitu di astenosfera. Lapisan ini berkeadaan separa cair dan sentiasa berolak mewujudkan arusarus perolakan yang boleh menggerakkan lapisan kerak bumi. Kesannya akan menghasilkan lipatan dan gelinciran, gempa bumi dan letusan gunung berapi. i. Lipatan kerak bumi: daya mampatan yang wujud akibat arus

b)

18

ii.

iii.

7

perolakan drp tenaga endogenik ini akan menghimpit kerak bumi sehingga menyebabkan kerak bumi melengkung ke atas membentuk antiklin atau gunung ganang. Gelinciran/sesar: Tenaga endogenik dari dalam kerak bumi akibat tegangan akan bertindak terhadap lapisan batuan menyebabkan batuan di lapisan kerak bumi merekah/retak . Sempadan yang retak/merekah akan menyebabkan sebahagian blok lapisan kerak bumi akan tergelincir/anjakan sama ada ke atas atau ke bawah, kekiri atau ke kanan atau secara mendatar membentuk horst dan graben. Hanyutan benua: kuasa endogenik dalam lapisan astenosfera berupaya menggerakkan lapisan kerak bumi daripada kedudukan asalnya sehingga membentuk taburan benua hari ini dan pergerakan itu terus berlaku sehingga kini.

c)

Bukti-bukti yang menunjukkan kejadian hanyutan benua pada zaman lampau. 1. Bukti keselanjaran benua ; Garis-garis pantai benua memberikan gambaran bahawa benua adalah jisim daratan yang wujud dari satu blok yang serupa yang digelar pangea 2. Bukti geologi : melalui teknik radiometrik di dapati bahawa jaluran orogenik di benua-benua di pinggir lautan Atlantik adalah sejajar. Ini membuktikan bahawa benua-benua Amerika Selatan dan Afrika telah berpecah dari satu blok. Bahan mendak lautan yang paling awal di kedua-dua benua ini mempunyai usia yang sama 3. Bukti iklim paleo : taburan zon-zon iklim paleo memperlihatkan dari ciri-ciri pengglasieran yg serupa di benua-benua selatan dalam zaman permo-karboniferus terutama di benua India 4. Bukti fosil- Fosil Reptilia Triasik pernah hidup di kedua-dua benua Afrika an Amerika Selatan iaitu jenis Mesosaurus telah dijumpai.

a)

Lima plat tektonik yang utama pada masa kini i. Plat Pasifik ii. Plat Eurasia iii. Plat Indo-Australia iv. Plat Afrika v. Plat Amerika Utara

b)

Plat tektonik ialah pembahagian kerak bumi kepada kepingan-kepingan atau plat. Plat ini sentiasa bergerak untuk mencapai ke seimbangan. Terdapat plat benua dan juga plat lautan. Kesan hanyutan benua terhadap pembentukan muka bumi i. Proses lipatan : akan menghasilkan banjaran gunung dan juga lembangan ii. Proses gelinciran : akan menghasilkan lurah gelinciran dan juga gunung bongkah iii. Proses letusan gunung berapi : akan menghasilkan pulau-pulau, arka pulau gunung berapi di tengah lautan

c)

19

8

a)

b)

Konsep hanyutan benua Satu benua tunggal(pangea) yang telah berpecah (laurasia dan Gondwana) dan kemudian hanyut lalu membentuk benua-benua yang ada sekarang yang berlaku berjuta-juta tahun dahulu. 



 c)

     

Ketumpatan lapisan bumi yang berbeza: benua-benua kerak bumi yang mempunyai ketumpatan rendah terapung-apung di atas mantel yang berketumpatan lebih tinggi Pergerakan arus perolakan: Pergerakan arus-arus perolakan dari teras bumi ke kerak bumi akan memisahkan benua-benua atau mencantumkannya Proses pergerakan plat:: berlaku dengan cara pertembungan, pencapahan dan perselisihan Pemisahan benua-benua utama dalam konfigurasi yang selanjar/pembentukan benua-benua Pembentukan jurang-jurang lautan berhampiran benua utama yang hampir selari dengan daratan/benua Pembentukan garis pantai yang lebih panjang Pembentukan pulau-pulau Ciri-ciri khusus seperti fiord, tebing tinggi, banjaran gunung lipat dll Pembentukan laut dan selat

20

Related Documents


More Documents from ""