SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BERINGIN 78300 MASJID TANAH, MELAKA MINIT MESYUARAT 3K ( Keselamatan,Keceriaan dan Kebersihan) KALI KEDUA 2015 TARIKH
:- 12 MEI 2015
HARI
:- SELASA
MASA
:- 2.00 PETANG
TEMPAT
:- Bilik Gerakan SKBB
KEHADIRAN
:- 1) Pn. Hjh Salina Bte Bujang 2) Pn. Noor Dayana binti Abd Rashid 3) Pn Noraini Che Omar 4) Pn. Norfaizah Ahmad 5) Pn Hjh Hasnah bt Abu Bakar 6) En Md Abu Fadery bin Md Yusof
AGENDA
:-
1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengalu-alukan AJK 3K ke dalam kali yang kedua tahun ini. 1.2 Berharap semua AJK 3K mengikut segala perancangan yang telah dirancang di dalam takwim sekolah beserta perancangan strategik yang telah disediakan setiap unit pada awal tahun. Tindakan: Makluman 2. UCAPAN PN. HJH SALINA BTE. BUJANG ( GPK HEM ) 2.1 Mengalu – alukan kehadiran guru – guru 3K dan mengucapkan terima kasih kerana dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat pengurusan 3K untuk kali yang kedua ini. 2.2 Mengucapkan tahniah dan terima kasih juga kepada AJK 3K yang dapat menjalankan tugas dengan baik sehingga hari ini. 2.3 Berharap semua pihak dapat berusaha untuk mengekalkan markah sekolah dalam aspek 3K demi merealisasikan visi sekolah. Tindakan: Makluman 3. PENGESAHAN MINIT 3.1 Dicadangkan oleh 3.2 Disokong oleh
-
Pn Hjh Hasnah Abu Bakar Pn Noor Dayana bt Abd Rashid
4. PROGRAM 3K( KESELAMATAN,KECERIAAN & KEBERSIHAN) 4.2 Aktiviti Tahunan Program 3K 2014 4.2.1 Keceriaan dan Kebersihan (Pn Noor Dayana bt Abd Rashid) 4.2.1.1 PROGRAM KELASKU INDAH DAN CERIA
- Diharap setiap AJK dapat menjalankan peranan masing-masing terutamanya unit kebersihan dan keceriaan dalam membantu guru kelas menceriakan kelas mereka bertemakan pembelajaran abad 21. 4.2.1.2 KECERIAAN TANDAS - Pintu tandas dan selak telah dibaiki - Mewajibkan setiap murid menggunakan selipar yang telah disediakan oleh pihak sekolah. - Laporan bulanan kendiri mesti dihantar setiap bulan kepada pihak PPD mengikut tarikh yang ditetapkan. 4.2.1.3 PROJEK PONDOK BACAAN -
-
Pn Hjh Salina memaklumkan bahawa sekolah telah didatangi dan dipantau oleh pihak Pengurusan PPD ALor Gajah. Mereka memberikan markah yang sederhana untuk kemudahan fizikal sekolah kerana sekolah tidak mempunyai kemudahan yang menggalakan murid membaca atau membuat aktiviti yang berfaedah semasa masa terluang. Oleh itu, pihak HEM telah mencadangkan satu projek iaitu membina pondok bacaan untuk kegunaan muridmurid. Walau bagaimanapun masalah kewangan yang terhad menjadi halangan utama dalam pembinaan ini. Segala perancangan dan taklimat yang lebih terperinci akan dijelaskan oleh beliau dalam mesyuarat HEM kali kedua nanti. Tindakan: Makluman
4.2.2 Keselamatan (Pn Hjh Hasnah bt Abu Bakar) 4.2.2.1 Pelan Kebakaran - Pn Hasnah memaklumkan pelan kebakaran telah dibekalkan kepada semua bilik yang terdapat di dalam kawasan sekolah. 4.2.2.2
Taklimat Keselamatan - Taklimat ini akan dikendalikan oleh unit keselamatan mengikut perancangan tahunan unit ini. Taklimat ini biasanya akan dilakukan dalam perhimpunan rasmi sekolah sebagai input kepada guru dan murid.
5. HAL – HAL LAIN 5.1 Pn Noraini memberitahu bahawa sudut LINUS telah dikemaskini dan diceriakan. 5.2 Pn Noor Dayana juga memaklumkan kepada unit kebersihan, keceriaan dan keselamatan bahawa setiap aktiviti dan laporan setiap unit adalah tanggungjawab masingmasing yang mana aktiviti dan laporan hendaklah mengikut rancangan yang telah dirancang oleh unit. Manakala hanya laporan unit sahaja yang diperlukan oleh unit 3K. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 petang. Disediakan oleh,
…………………………… (NOOR DAYANA BINTI ABD RASHID) Penyelaras Program 3K SK Bukit Beringin, Masjid Tanah, Melaka