Minit Mesyuarat Pbsm 2019.docx

  • Uploaded by: azian
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Minit Mesyuarat Pbsm 2019.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 495
  • Pages: 2
MINIT MESYUARAT PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SMK SEKSYEN 5 WANGSA MAJU Tarikh :

30 Januari 2019

Masa :

1.45 – 3.45 petang

Hari :

Rabu

Tempat :

Makmal Biologi

Kehadiran guru :

1. Puan Azian binti Mohd Johari 2. Puan Mazliani binti Mohamed 3. Puan Siti Norulakma binti Ismail 4. Miss Oh Hui Xin Kehadiran ahli : (Rujuk Lampiran) 1.PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Guru penasihat mengalu-alukan kehadiran semua pelajar seramai 101 orang yang berdaftar bagi tahun 2019. Beliau berterima kasih kepada murid-murid kerana mendaftar sebagai ahli Persatuan Bulan Sabit Merah. 1.2 Guru penasihat memperkenalkan guru yang menerajui dan menjadi penasihat bagi Persatuan Bulan Sabit Merah bagi tahun 2019 iaitu Puan Azian binti Mohd Johari, Puan Mazliani binti Mohamed, Puan Siti Norulakmar binti Ismail dan Miss Oh Hui Xin.

2. PELANTIKAN AJK TERTINGGI 2.1 Pelantikan ahli jawatankuasa tertinggi dipilih berdasarkan undian majoriti dan berikut adalah nama yang memegang jawatan dalam Persatuan Bulan Sabit Merah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Pengerusi : Naib pengerusi : Setiausaha : Naib Setiausaha : Bendahari : Naib bendahari : Wakil tingkatan :

Wong Qin Ru Ariq Siddiq bin Salikin Nur Faheera binti Jasni Siti Amylia Natasha binti Mohammad Amizan Manvir Singh Gill A/L Param Jeet Singh Amar Imaan bin Zambre Eric Tang Hin Hock ( Tingkatan 5) Ng Xiang Yee Jamie (Tingkatan 4) Dylan Wong Ying Reng (Tingkatan 3)

2.2 Guru penasihat menerangkan bidang tugas setiap jawatankuasa dan memohon agar ahli memberi kerjasama yang sebaik mungkin.

3. YURAN KEAHLIAN PBSM 3.1 Mesyuarat bersetuju untuk mengenakan bayaran sijil keahlian sebanyak RM2.60 untuk setahun. 3.2 Yuran boleh dibayar kepada bendahari dan naib bendahari yang telah dilantik. 4. PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN 4.1 Guru penasihat menyatakan dan menerangkan aktiviti tahunan berkaitan dengan Persatuan Bulan Sabit Merah. 4.2 Guru penasihat memberitahu kepada semua ahli mengenai aktiviti tahunan yang dicadang oleh ahli Persatuan Bulan Sabit Merah iaitu menyanyi lagu PBSM dan melukis logo, mengenali jenis alatan yang terdapat dalam peti kecemasan, amali anduh dan prinsip asas PBSM. 5. HAL-HAL LAIN 5.1 Penetapan peserta pengucapan awam. Sebelum sesi perjumpaan dimulakan, salah seorang ahli PBSM diminta untuk memberikan pengucapan awam. 5.2 Murid-murid diingatkan supaya sentiasa mematuhi arahan perlembagaan badan beruniform dan sentiasa menjaga disiplin sepanjang aktiviti yang akan dijalankan. 5.3 Kehadiran untuk perjumpaan juga diingatkan bahawa ianya adalah wajib bagi ahli supaya aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan baik. 5.4 Pertandingan kawad kaki akan diadakan pada 24 April 2019. Ahli PBSM yang berminat perlu mempunyai baju uniform yang lengkap. Sekiranya, ahli tidak mempunyai baju uniform, terdapat beberapa pasang baju uniform yang boleh dipinjam daripada guru penasihat pada hari pertandingan tersebut. 6. PENUTUP 6.1 Mesyuarat agung kali pertama bagi sesi 2019 ditangguhkan pada 3.45 petang dan guru mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran murid-murid.

Disediakan oleh

Disemak oleh

________________________ (SITI AMYLIA NATASHA) Naib Setiausaha Persatuan Bulan Sabit Merah SMK Seksyen 5 Wangsa Maju Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

_________________________ (PN AZIAN BT MOHD JOHARI) Guru Penasihat Persatuan Bulan Sabit Merah SMK Seksyen 5 Wangsa Maju Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Related Documents

Minit Mesyuarat
December 2019 80
Minit Mesyuarat
May 2020 39
Minit Mesyuarat
August 2019 45
Minit Mesyuarat
April 2020 29

More Documents from ""