Tugasan Moral Oum -azian Zainul Bidin

  • Uploaded by: azian
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan Moral Oum -azian Zainul Bidin as PDF for free.

More details

  • Words: 3,696
  • Pages: 18
1 azianzb

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN(SMP)

HBME 1103: PENGENALAN PENDIDIKAN MORAL

SEMESTER :JANUARI 2009

NAMA

:AZIAN BIN ZAINUL BIDIN

NO. KP

:720324-04-5199

NO.TELEFON

:0136315366

EMEL

:[email protected]

NAMA TUTOR

:EN. LEE CHAI EAM

PUSAT PEMBELAJARAN

:PPW OUM JOHOR BAHRU

2 azianzb

Soalan Tugasan 1. Guru pendidikan moral memainkan peranan penting dalam proses sosialisasi pelajar di sekolah. Proses sosialisasi ini mempengaruhi pemikiran, emosi dan tingkah laku setiap individu dan membawa perubahan yang besar dalam hidup mereka. b. Terangkan dengan ringkas LIMA agen utama yang membawa perubahan dalam proses sosialisasi individu. c. Huraikan dengan contoh-contoh yang sesuai, bagaimanakah anda sebagai seorang guru boleh membawa perubahan di kalangan pelajar anda supaya menjadi generasi yang bertanggungjawab dan berwawasan. 2. Bagi menggalakkan pengeluaran idea yang kreatif di kalangan pelajar, guru boleh menggunakan kaedah penyelesaian konflik. Pilih SATU topik yang sesuai bagi pelajar Pendidikan Moral, Tahun Enam. Huraikan hasil perbincangan pelajar anda dengan memberi tumpuan kepada aspek-aspek berikut: a. Topik perbincangan dan garis panduan b. Semua cadangan dan idea yang mungkin diperbincangkan dan dihasilkan (sekurangkurangnya LIMA idea / cadangan) c. Rumusan

3 azianzb

Isi Kandungan

Perkara

Muka Surat

1.Soalan Tugasan

2

2.Seuas Kata

3

3.Pendahuluan

5

4.Soalan 1

9

5.Soalan 2

15

7.Lampiran

17

8.Rujukan

18

SEULAS KATA

4 azianzb

Pertama sekali saya bersyukur di atas kurniaan dan limpah rezekinya daripada ALLAH SWT dengan mengizinkan saya menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan ini. Pada mulanya saya tidak dapat menjangkakan apakah yang akan direncanakan di dalam tugasan Pengenalan Pendidikan Moral HBME 1103 ini tetapi hasil kesepakatan rakan-rakan sealiran dan penerangan daripada Encik Lee Chai Eam sebagai tutor dapat juga tugasan ini disiapkan dengan jayanya. Mudah-mudahan kerja yang sedikit ini akan dapat memberikan manfaat yang besar dan berguna kepada perkhidmatan masyarakat kesluruhannya dan juga kepada pengetahuan saya sendiri serta dapat menaik taraf mutu perkhidmatan pendidikan di negara ini. Menyentuh pada tajuk tugasan ini ianya tidaklah begitu sukar dan boleh dilaksanakan jika saling bekerjasama dan sikap tolong–menolong diamalkan Akhir kata sekali lagi saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan setiap perkataan di dalam tugasan ini sehingga ianya sempurna dan dapat dihantar tepat pada waktunya.

Sekian terima kasih,

Azian bin Zainul Bidin 720324045199

1.0 Pengenalan Guru Pendidikan Moral mempunyai tanggungjawab yang penting. Selain daripada perlu menyampaikan pelajarannya dengan berkesan beliau perlu menjadi contoh kepada pelajarnya.

5 azianzb

Guru Pendidikan Moral bukan sahaja mengajarkan nilai-nilai moral kepada murid-murid tetapi harus menghayati serta mengamalkannya. Mereka ialah ‘Role Model’ yang merupakan kayu ukur kepada perkembangan moral pada pandangan pelbagai pihak, khususnya pelajar-pelajar di sekolah tersebut. Guru Pendidikan Moral harus sedar bahawa kanak-kanak yang datang ke sekolah telah mempelajari pendidikan moral di rumah daripada keluarga dan masyarakat. Ini bermakna kanakkanak telah mempunyai sikap, kepercayaan dan tabiat tentang moral yang dipelajari mereka daripada pelbagai sumber sebelum mereka ke sekolah. Kerencaman latar belakang ini mewujudkan pelbagai persoalan moral dari segi pengetahuan amalan dan prinsip hidup kanakkanak yang masih boleh dilentur. Guru Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa sekolah itu sendiri merupakan sumber pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah, cara sekolah itu ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberikan pengaruh secara tidak langsung kepada pembelajaran moral kanak-kanak di sekolah. Kanak-kanak yang belajar di sekolah ternama dan tinggi penghayatan moralnya sudah tentu lebih beruntung dan lebih mudah proses pemupukan nilai dilakukan berbanding dengan sekolah yang sebaliknya. Guru Pendidikan Moral mesti menerima hakikat bahawa nilai-nilai moral sudah tertanam dalam diri murid-murid. Guru haruslah bersedia untuk mengajar Pendidikan Moral dengan mengambil kira

pengetahuan

dan

pembelajaran

moral

yang

sedia

ada.

Guru

dikehendaki

memperkembangkan pengetahuan moral murid-murid ini dan membimbing mereka semasa pengajaran Pendidikan Moral dilaksanakan. Pendidikan Moral di sekolah digunakan untuk memperkembangkan pengetahuan moral kanak-kanak ke arah mencapai matlamat kurikulum untuk melahirkan individu yang bermoral tinggi. Selain itu, guru Pendidikan Moral haruslah bertanggungjawab menyalurkan objektif seiring dengan penerapan nilai-nilai murni Pendidikan Moral di kalangan anak didiknya. Di bawah rancangan KBSR dan KBSM, nilai-nilai murni diterapkan bukan sahaja dalam mata pelajaran Pendidikan Moral tetapi juga dalam semua mata pelajaran yang lain. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, KBSR dan KBSM digubal berdasarkan kepada prinsip kesepaduan unsur-unsur ini yang membolehkan potensi individu berkembang secara menyeluruh dan

6 azianzb

seimbang. Justeru itu, untuk mencapai Matlamat Pendidikan Kebangsaan, pelajar-pelajar sekolah akan diberi peluang menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkannya dalam kehidupan mereka melalui mata pelajaran Pendidikan Moral secara langsung, dan melalui mata pelajaranmata pelajaran lain secara tidak langsung. Objektif-objektif khusus Pendidikan Moral di bawah rancangan KBSM adalah untuk membolehkan pelajar:· Mengukuhkan amalan, tingkah laku dan sikap moral yang telah diperoleh di bawah rancangan KBSR, · Menyedari, memahami dan menghayati nilai-nilai murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan; · Dapat membuat pertimbangan yang rasional dan bertindak berasaskan prinsip-prinsip moral; · Boleh memberi sebab yang munasabah berdasarkan prinsip-prinsip moral semasa membuat sesuatu keputusan; dan · Mengamalkan nilai-nilai murni sebagai panduan dalam kehidupan. Sehubungan itu, tugas menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar kita adalah tanggungjawab guru Pendidikan Moral. Dengan menjalankan tugas penuh dedikasi sebagai seorang pendidik, adalah diharapkan bahawa matlamat pendidikan kebangsaan dapat dicapai, iaitu menghasilkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab dan mempunyai akhlak yang bermoral tinggi serta mulia. Sekolah adalah agen mempersiapkan diri pelajar dengan persekitarannya. Institusi pendidikan merupakan satu pertubuhan yang ditubuhkan untuk mencapai objektif pendidikan secara berterusan. Faktor-faktor persekitaran akan mempengaruhi input organisasi pendidikan dan output organisasi pendidikan tersebut akan digunakan oleh alam sekitarnya.Penubuhan sekolah wawasan, sekolah bestari , penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dan agenda nisbah sains – sastera merupakan perubahan pendidikan yang perlu dilaksanakan segera. Semua ini dipengaruhi oleh perubahan dalam bidang ekonomi, politik, sosiologi masyarakat dan perubahan dasar kerajaan. Sesuatu perubahan tidak sahaja berasaskan suatu himpunan keadaan : perubahan di dalam dan di luar sistem sekolah atau sebuah sekolah juga perlu difikirkan.Citarasa dan kehendak manusia berbeza-beza. Manusia memberikan nilai-nilai tertentu kepada sesuatu perkara. Contohnya kini perbinaan sekolah telah berubah dan menampakkan perbezaan antara

7 azianzb

satu sekolah dengan sekolah yang lain. Pembinaan bangunan berasaskan ‘design on site’ dilakukan supaya sesuai dengan mukabumi , cita rasa masyarakat sekitarnya dan warga sekolah lebuh sayang kepada sekolah kerana ada ciri –ciri yang membezakannya. Kegiatan ko kurikulum pula berubah daripada permainan bola sepak dan sepak takraw kepada permainan skuasy, golf, bowling dan renang. Semua ini menjadi agenda utama dalam perubahan pendidikan kerana mutu sukan negara dalam sukan-sukan ini semakin meningkat. Falsafah pendidikan negara berhasrat melahirkan generasi yang berwawasan dan menjadi generasi yang diperlukan oleh masyarakatnya. Kementerian Pendidikan mempunyai garis panduan yang melarang pihak luar campurtangan dalam pentadbiran di sekolah. Namun kita harus ingat sekolah sebenarnya sebuah institusi sosial : •

Sekolah sebagai institusi masyarakat. Masyarakat di sekeliling sekolah boleh memberikan sumbangan wang ringgit, moral , material dan lain-lain kepada pembangunan sekolah.



Masyarakat dapat membantu membaiki disiplin pelajar. Kiranya ada pelajar yang ponteng dan menghisap rokok di luar kawasan sekolah, pihak luar tidak harus berdiam diri. Sebaliknyanya berkerjasama dengan polis , menangkap dan memulihkan pelajar berkenaan.



Masyarakat memerlukan tenaga sukarela dan pemimpin. Tanggungjawab melahirkan semangat sukarela dan menyemai ciri-ciri kepimpinan adalah tugas utama pihak sekolah.



Masyarakat mahukan anak-anaknya berugama. Oleh itu masyarakat sekitar dapat membantu sekolah dalam pendidikan islam dan pendidikan moral.



Kemahiran yang dimiliki oleh ahli masyarakat dapat dikongsi bersama dengan pelajar. Contohnya ahli masyarakat yang bijak dalam permainan bowling, boleh menjadi jurulatih. Bank-bank yang ada di sekitar sekolah pula boleh memberikan motivasi kepda pelajar yang kurang minat kepada matematik. Kilang-kilang yang ada dapat menyumbangkan bahan terpakai dan mesin-mesin lama untuk dibaiki oleh pelajar sekolah teknik.

Keutuhan institusi pendidikan adalah tanggungjkawab bersama. Deretan pakar-pakar pendidikan merumuskan falsafah pendidikan negara. Negara perlu dibangunkan bagi menghadapi

8 azianzb

mengahdapi masa depan yang tidak menentu. Ramalan –ramalan berasaskan teori dan strategi yang berkesan bagi memastikan rakyat bersedia menghadapi sebarang rintangan ( john naisbitt : 1990 )

2.0 Soalan (b) Lima agen utama yang membawa perubahan dalam proses sosialisasi ialah: 2.1.Keluarga

9 azianzb

Pengkaji teori pembelajaran sosial berpendapat bahawa ibubapa adalah orang yang paling peka terhadap perkembangan moral seseorang kanak-kanak pada peringkat awal. Kanak-kanak akan diasuh menerusi proses praktis pemeliharaan dan menerusi tingkahlaku yang akan diteladani. Asuhan memainkan peranan yang penting dalam proses sosialisasi individu. Ibubapa yang bersikap penguasaan serta autokratik akan mendapati anak-anaknya begitu taat pada arahan tetapi menjadi pasif dalam tingkahlaku mereka. Sebaliknya, ibubapa yang mengamalkan sikap bebas akan mendapati sikap anakanaknya tidak bersopan-santun, tidak bertanggungjawab dan tidak boleh berdikari.Ibubapa yang mengamalkan cara demokrasi dan membincangkan masalahmasalah dengan anak-anak mereka serta mempertimbangkan pendapat anak-anak, apabila membuat keputusan-keputusan penting, akan mendapati anak-anak mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Kanak-kanak ini juga akan menjadi lebih aktif, cerdas dan lebih bersopan santun.Selain itu, saiz keluarga juga akan mempengaruhi proses sosialisasi individu, iaitu dengan interaksi secara lisan dan fizikal antara individu, contohnya di antara adik-beradik. Interaksi ini akan membantu individu bercakap lebih awal serta memperkembangkan dan menambahkan perbendeharaan katanya. Nilai-nilai yang diwujudkan oleh adik-beradiknya akan disanjung tinggi oleh seseorang individu. 2.2.Rakan sebaya Rakan sebaya merupakan satu lagi faktor yang mempengaruhi proses sosialisasi. Pengaruh keluarga semakin merosot apabila kanak-kanak meningkat remaja. Apabila mereka menjadi semakin dewasa, kumpulan sebaya menjadi pengaruh yang lebih berkesan dalam proses pembentukan budi pekerti mereka. Oleh kerana keperluan untuk diterima oleh kumpulan sebaya amat penting kepadanya, seseorang remaja akan menepati norma dan nilai yang ditonjolkan oleh kumpulan tertentu. Ini boleh membawa samada kesan positif ataupun negatif. Cara berpakaian, fesyen rambut dan sifat seseorang boleh dipengaruhi oleh kegemaran dan khayalan kumpulan tersebut. Bandura juga berpendapat bahawa ibubapa bukanlah merupakan rol model untuk kanakkanak. Perlakuan orang dewasa yang lain, rakan sebaya dan punca-punca simbolik yang lain juga ditiru oleh kanak-kanak. Pengaruh kumpulan sebaya menjadi lebih utama diperingkat remaja. Kumpulan remaja merupakan satu punca nilai-nilai dan akan memainkan peranan yang utama dalam menentukan kedudukan nilai yang diterima dan diamalkan oleh seseorang individu terutamanya mangenai

10 azianzb

corak dan tingkahlaku yang mereka anggap perlu dipatuhi. Walaupun pengaruh kumpulan sebaya amat mempengaruhi di peringkat remaja, ia juga berperanan penting dalam pelbagai peringkat umur. Ia juga penting di peringkat ‘geng’, iaitu semasa kanak-kanak berumur antara tujuh dan lapan tahun. Piaget mengatakan bahawa bukan sahaja pembelajaran moral berpunca daripada sumber ini, malah aktiviti kerjasama dan persefahaman yang berlaku di antara rakan sebaya juga merupakan prasyarat bagi perkembangan autonomi. Sebaliknya kohlberg menyatakan bahawa perkembangan moral di kalangan kanak-kanak yang dipencil atau diasingkan adalah tidak berbeza daripada kanak-kanak yang banyak menerima pendedahan. 2.3.Sekolah/Institusi Sekolah merupakan agen kebudayaan dan sebahagian daripada fungsi pengajaran adalah untuk melahirkan nilai-nilai kebudayaan. Dengan itu, proses sosialisasi pelajarpelajar merupakan satu fungsi yang sah serta positif untuk dikendalikan oleh pihak sekolah. Menurut Durkheim, peranan pendidikan moral dan tugas sekolah adalah untuk mengajar pelajar-pelajar tentang nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan. Beliau berpendapat bahawa keluarga terlalu kecil dan terlalu berunsur

peribadi

untuk

menggambarkan

keseluruhan

sistem

sosial.

Juga,

beliau

mengganggapkan guru sebagai agen yang utama dan merupakan pertalian yang kritikal dalam proses pengaliran kebudayaan. Ahli-ahli teori pembelajaran sosial lebih mementingkan peranan ibubapa tetapi model tersebut adalah konsisten dengan pendapat Durkheim yang mengatakan bahawa sekolah merupakan alat masyarakat untuk mengalirkan nilai-nilai moral dan kebudayaan. Oleh kerana pelajar-pelajar berada di sekolah setiap hari selama 6 hingga 8 jam, sekolah amat mempengaruhi perkembangan pelajar-pelajar tersebut. Kadangkala konflik nilai boleh berlaku akibat perbezaan di antara nilai dan norma pelajar yang diajar di rumah dan di sekolah. Contohnya, sekolah mengajar pelajar tentang keburukan merokok, manakala di rumah, terdapat ibubapa yang merokok dan tidak menghiraukan samada anak mereka mencontohi dan mengikut tabiat mereka atau tidak. 2.4.Komuniti/Masyarakat Masyarakat dimana seseorang itu dibesarkan mempunyai peranan yang tidak kurang pentingnya dalam membentuk personaliti anggotanya. Ahli psikologi Margaret Mead telah menjalankan kajian keatas beberapa masyarakat primitif. Mead mendapati dalam masyarakat Samoa terdapat

11 azianzb

zaman perantaraan yang harmoni antara zaman kanakkanak dan dewasa. Mereka dibimbing oleh masyarakat sekeliling dan hidup ditentukan dengan jelas melalui pemuafakatan dan tidak terdapat punca-punca yang nyata bagi menimbulkan sebarang kerunsingan. Jarang terdapat perbuatan kurang bermoral di dalam masyarakat tersebut kerana setiap anggotanya dianggap sebagai ahli keluarga terdekat yang perlu dijagai dengan sempurna. Kajian beliau di Amerika Syarikat adalah sebaliknya. Masyarakatnya tidak mempedulikan hal orang lain menyebabkan pelbagai perbuatan kurang bermoral dari peringkat kanak-kanak lagi. Menurut Kohlberg (1981) pula, kanakkanak perlu berinteraksi dengan masyarakat tidak kira tahap umur kerana ini membolehkan mereka bertingkahlaku sesuai dengan norma-norma masyarakat seperti orang dewasa. Masyarakat yang sensitif melahirkan kanak-kanak yang peka terhadap keadaan sekeliling. 2.5.Media Massa Satu lagi faktor yang mempengaruhi proses sosialisasi ialah media massa. Kanak-kanak didedahkan kepada pelbagai jenis media massa seperti radio, suratkhabar, dan televisyen ataupun buku-buku yang memang mempengaruhi perkembangan moral mereka. Iklaniklan dari majalah, suratkhabar dan sebagainya juga memainkan peranan yang sama.Melalui peniruan dan modeling, kanak-kanak mudah dipengaruhi oleh model-model yang simbolik daripada media massa. Secara tidak disedari, melalui program dan bahan yang dihasilkan khas untuk kanak-kanak, pengajaran moral dan peranan kanak-kanak sebagai anggota masyarakat disampaikan kepada mereka. Contohnya seperti cerita-cerita dongeng, Aesop dan sebagainya. Namun, masalah yang serius mungkin timbul apabila program dan bahan bacaan yang tidak sesuai timbul, misalnya keganasan, kebendaan dan pergaulan bebas ditonton dan dibaca oleh kanak-kanak. Pengiklanan, khususnya jenis iklan memujuk, yang menumpukan kepada keinginan memiliki barang atau perkhidmatan, juga boleh meninggalkan kesan buruk atau pengaruh yang tidak baik kepada kanak-kanak.Dengan perkembangan sains dan teknologi, media massa boleh mempengaruhi kemoralan sesuatu kelompok atau masyarakat dengan mendedahkan masyarakat itukepada norma dan nilai masyarakat lain. Dengan itu, maka perlulah diadakan satu tahap atau standard untuk sebarang tingkahlaku yang membayangkan kemoralan masyarakat Malaysia yang tidak tercemar. Pelajar-prlajar oula hendaklah diberi perlidungan dan dididik sebaiknya agar mereka dapat menilai pengaruh luar, mana yang baik dan bermoral, mana pula yang sebaliknya.

12 azianzb

3.0 Soalan (c) Huraikan dengan contoh-contoh yang sesuai, bagaimanakah anda sebagai seorang guru boleh membawa perubahan di kalangan pelajar anda supaya menjadi generasi yang bertanggungjawab dan berwawasan Terdapat pelbagai bentuk perubahan yang boleh dilakukan dalam sesebuah organisasi sekolah. Biasanya perubahan di sekolah dikaitkan dengan konsep penambahbaikan iaitu satu bentuk perubahan yang terancang secara berterusan. Perubahan terancang bermaksud: ‘That the change is acticipated, directed and made to accur.The and product of the succesful planed changed effort is the atainment of a predetermined objectives (Hussein, 1993 : 262) Pernyataan di atas bermaksud perubahan terancang bertujuan untuk mengubah keadaan yang kurang memuaskan pada masa kini. Keadaan kurang memuaskan itu wujud akibat amalan dan pengurusan bilik darjah secara yang tidak berkesan, masalah disiplin dan prestasi pelajar. Matlamat perubahan terancang di sekolah adalah untuk mendapatkan perseimbangan antara apa yang diharapkan (ideal) dengan apa yang tercapai (real). Secara umumnya perubahan terancang di sekolah memerlukan strategi dan pelan tindakan Antara strategi termasuklah pembangunan organisasi seperti meningkatkan keupayaan dan kebolehan ahli seperti guru-guru dan kakitangan bukan guru di sekolah. Bagi guru pendidikan moral perubahan boleh dilakukan dengan memberi penekanan kepada aspek-aspek nilai dan sikap yang baik yang perlu diamalkan dari semasa ke semasa. Peranan dan tanggungjawab guru dalam melahirkan generasi yang berwawasan dan berkualiti, kualiti guru amat berkait rapat dengan soal keguruan sebagai satu profesion. Secara amnya, keguruan merupakan satu profesion kerana ia mempunyai ciri-ciri utama yang sepunya dengan profesion lain seperti doktor atau peguam. Oleh itu, guru perlu menghadiri kursus-kursus dalam perkhidmatan serta melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka. Akhirnya, setiap profesion mempunyai automoni sendiri untuk membuat keputusan sendiri

13 azianzb

tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk murid-murid di dalam dan di luar bilik darjah. Guru mempunyai tanggungjawab moral untuk menjadi profesional iaitu bertindak secara profesional dalam pekerjaan perguruan. Dewasa ini, guru masih terkeliru dengan tanggungjawab mereka di sekolah dengan beranggapan bahawa tugas mereka ialah mengajar sesuatu mata pelajaran kepada pelajar sebagaimana yang telah diarahkan oleh pihak sekolah. Sedangkan tugas mereka sungguh bermakna dan mulia itu iaitu sebagai seorang pendidik yang akan mendidik pelajar menjadi insan yang berguna kepada masyarakat. Oleh yang demikian itu tugas guru tidak hanya terbatas sebagai seorang pengajar semata-mata yang mana apabila di luar waktu persekolahan ia sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan para pelajarnya. Tanggapan yang salah seperti ini perlu dikikis oleh setiap guru demi melahirkan generasi yang memiliki kekuatan emosi, moral dan minda sebagai persediaan menghadapi cabaran menuju alaf baru. Setiap guru perlu menganggap diri mereka sebagai teman, fasilitator dan kaunselor kepada pelajar. Justeru itu, sistem hubungan dua hala antara guru dan pelajar di mana penulis telah membincangkan sebelum ini haruslah diwujudkan di sekolah-sekolah iaitu bukan sekadar melibatkan masalah akademik tetapi juga masalah peribadi pelajar untukmembolehkan pihak sekolah mengesan gejala yang tidak sihat di peringkat awal sebelum mereka benar-benar terjebak dalam kes polis. Antara cara yang boleh dilaksanakan di dalam menjadikan murid lebih bertanggungjawab dan berwawasan ialah: 3.1. Pemupukan Nilai-Nilai Murni Spiritual Quotient (SQ) merujuk kepada nilai dan kelakuan personal. Ia sebagai satu garisan pemisah terhadap baik dan buruk, betul dan salah. Melalui pendidikan, remaja perlu dilatih supaya menyedari tanggungjawab beragama dan berakhlak; mematuhi perintah Tuhan, menghormati ibu bapa, membenci rasuah dan dadah, menjadi orang yang berbudi pekerti mulia serta seterusnya menjadi warganegara yang taat dan setia. Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral telah dilaksanakan di semua sekolah rendah pada tahun 1982 dan 1983 bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada nilainilai murni. Pengajaran "fakta" memang berbeza daripada pengajaran "nilai". Ia mesti diperkukuhkan dengan kesedaran, keyakinan dan amalan. Tetapi nampaknya kita perlu menyahut seruan Perdana Menteri berikutan gejala social yang masih

14 azianzb

menjadi-jadi. Beliau menyeru supaya kita memikirkan bagaimana unsurunsur moraliti, jati diri, kejituan ilmu dan sebagainya itu dapat "dianyam" secara lunak ke dalam keseluruhan sistem pendidikan kita tanpa menamakan mana-mana mata pelajaran khusus sebagai kursus moral dan sebagainya. Untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan berkesan, nilainilai murni perlu disisipkan melalui semua mata pelajaran dan diperkukuhkan pula melalui kegiatan-kegiatan ko-kurikulum dan pembentukan budaya sekolah yang positif. Ringkasnya, untuk menjayakan penerapan nilai dalam KBSM, kurikulum formal perlu dilaksanakan secara bersepadu dengan kurikulum tidak formal. 3.2 Kerja Berpasukan Guru pada masa ini tidak mempunyai kesempatan secukupnya untuk mengawal masalah sosial di kalangan remaja.Salah satu cara bagi mengekang masalah tersebut ialah dengan cara menerapkan satu elemen penting TQM dengan menjalankan projek secara berkumpulan sama ada di dalam kelas atau di luar bilik darjah , pelajar seharusnya bekerja secara berpasukan dan bukan secara individu. Sekiranya projek ini diolah dengan sebegini rupa, secara tidak langsung pelajar akan menyedari yang matlamat berpasukan adalah lebih penting daripada matlamat peribadi. Sekaligus ini menggalakkan pelajar untuk saling bekerjasama demi kebaikan pasukan. Jika persekitaran ini didedahkan kepada pelajar dari awal lagi, budaya berpasukan ini boleh diterapkan sehingga ia menjadi sebati dengan jiwa pelajar. Banyak kajian menunjukkan sekiranya sesuatu itu dilakukan dengan berulang kali, lambat laun ia akan menjadi tabiat dalam budaya. Turner R.

mencadangkan supaya kunjung-mengunjungi di kalangan guru sesama

sendiri. Saranan ini bukan sahaja mengaplikasikan kerja secara berpasukan, tetapi juga menolak pemikiran bukan TQM iaitu hanya guru senior sahaja yang perlu untuk melakukan pemantauan ke atas kelas guru baru demi menentukan kebolehannya. Motif di sebalik kunjungan kelas ini ialah mencari pengalaman mengajar dan bukan untuk mencari kesilapan seseorang guru. Proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih cekap akan dapat digunakan. Jadi, motif atas TQM ialah apa yang boleh dipelajari daripada mereka. 4.0 Soalan 2 4.1 KAEDAH/STRATEGI PENYELESAIAN KONFLIK

15 azianzb

a) Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea. Ia boleh didekati sebagai aktiviti permainan pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional. Selain itu, ia juga menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis. Cara-cara mengimplementasikan kaedah penyelesaian konflik: 1. Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid. 2. Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas. 3. Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum. 4. Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak. 5. Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan. 6. Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea. 7. Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan. 8. Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi. 9. Digalakkan menggunakan prinsip 5W (What? Why? Who? Where? How?). 10. Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik. 11. Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan. Topik perbincangan (lampiran Huraian Pelajaran pendidikan Moral Tahun 6) Mengenai isu berkaitan dengan kekeluargaan. Bagaimana murid menjaga diri dan ahli keluarga iaitu dengan mengamalkan nilai-nilai murni yang baik dan diamalkan setiap masa. i)

Murid akan berada di dalam kumpulan dan berbincang sesama ahli kumpulan bagi mengelurkan idea atau hujah-hujah berkaitan dengan pemupukan nilai-nilai murni yang patut diamalkan setiap masa. Setiap ahli kumpulan diberi hak untuk mengeluarkan pendapat masing-masing.

ii)

Setiap ketua kumpulan akan dipanggil untuk membentangkan hasil perbincangan mereka di dalam kumpulan dan membentangkan hasil dapatan daripada kumpulan

16 azianzb

masing-masing. Guru akan membuat penilaian berkaitan dengan topik pembentangan mereka. iii)

Guru akan membuat rumusan berkaitan dengan hasil pembentangan kumpulan masing-masing dan memberikan penilaian yang sewajarnya. Murid akan diberikan penilaian tentang apa yang telah dipersembahkan itu. Bahan-bahan yang telah terhasil akan dijadikan bahan bacaan kumpulan yang lain atau sebagai bahan pameran di dalam kelas.

b)Kesemua cadangan atau idea murid mengikut kumpulan masing-masing akan dicatatkan: i-murid akan lebih berani mengeluarkan idea ii-kaedah pengajaran kana lebih tersusun dan berfokus iii-murid boleh menjadi ketua di dalam kumpulan masing-masing iv-pembelajaran akan lebih seronok dan murid akan dapat mengambil bahagian. v-guru sebagai pemudahcara atau fasilitator bagi membantu aktiviti murid

c) Rumusan Hasil daripada pendidikan moral, seseorang individu akan mempunyai sifat-sifat seperti berikut: 1. Menghormati autoriti (seperti ibubapa dan guru, pemimpin negara atau agama) yang menunjukkan contoh dan teladan serta amalan yang diterima sebagai bermoral.Mereka akan menghormati agama dan kepercayaan orang lain serta menyayangi nyawa mereka dan juga menghargai nyawa orang lain. Orang yang berpendidikan moral membuat keputusan moral secara autonomous dan setelah menimbangkan segala fakta, alternatif dan kesannya. 2. Melakukan sesuatu secara bebas tanpa sebarang tekanan, tetapi ia berdasarkan sebab yang munasabah serta motif dan tujuan yang rasional. Segala fakta yang berkaitan dengan isu yang dipersoal akan dipertimbangkan secara objektif sebelum sesuatu keputusan dibuat. 3. Mempunyai pengetahuan dan pemahaman tentang perasaan orang lain di dalam satusatu situasi. Kesedaran tentang perasaan dan kepentingan orang lain haruslah dititikberatkan dalam sesuatu situasi dan keputusan moral.

17 azianzb

4. Mempunyai emosi atau motivasi moral untuk melakukan sesuatu yang benar selepas keputusan moral diambil. Seseorang akan sukar untuk bertindak sekiranya dia tidak bermotivasi untuk melakukannya. 5. Mempunyai iltizam untuk melakukan sesuatu yang patut dilakukan secara konsisten berdasarkan prinsip-prinsip dan peraturan moral yang asas.

Rujukan: 1.Modul OUM Pengenalan Pendidikan Moral HBME1103 2007. 2.Buku pendidikan Moral Tahun 6, Kementerian Pelajaran Malaysia,2009,Kuala Lumpur. 3.Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tahun 6. PPK. Kuala Lumpur. 4. www.geocities.com/clf_devilzx/hsp_moral_f4.pdf 5.www.educ.upm.edu.my/program.htm – 6.cikguonline.com/index.php?showtopic=111 – 7.pendidikanmoral.um.edu.my/index.php?page=rujukan -

18 azianzb

Related Documents


More Documents from "norman mahendra"