Minit Mesyuarat Kokurikulum Bil.1 2019.docx

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Minit Mesyuarat Kokurikulum Bil.1 2019.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,353
  • Pages: 15
Minit Mesyuarat Kokurikulum Bil. 1/2019 Tarikh Masa Tempat

: 26 Disember 2018 : 8.30 pagi – 11.10 pagi : Bilik Mesyuarat SK Kampai

Hadir Encik Sahrim b Mostap (Guru besar) Encik Syed Kamarul Rizal Syed Kamarul Zaman (GPK Kokorikulum) Puan Dianda Wati bt Hassan (SU Kokurikulum) Encik Khairul Izzat b Mohd Redzuan (SU Sukan) Puan Norhartini bt Abd Kadir (Penyelaras Pengakap PPKI) Puan Norhaza bt Bakharudin Puan Siti Fatimah bt Mohd Yusof (Penyelaras Kelab Pendidikan Islam) Puan Siti Rohana bt Mohd Arif (Penyelaras TKRS) Puan Che Noor Akmal bt Nawi (Penyelaras Persatuan Agama Islam) Puan Azma Waznah bt Adnan (Penyelaras Kelab Rukun Negara) Cik Norhidayah bt Mustafa Puan Nor Salina bt Sarif (Penyelaras Puteri Islam) Puan Mardziyah bt Abdul Manaf (Penyelaras Kelab Doktor Muda) Encik Ahmad Syafiq b Mohamad (Penyelaras Kelab Bola Sepak) Puan Siti Razimah binti Yunus (Penyelaras Kelab Bola Tampar)

Turut Hadir Puan Nour Eyouni bt Sulaiman Puan Rosminah bt Mohd Nor

1. Perutusan Pengerusi 1.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kerana menghadirkan diri ke mesyuarat kokurikulum kali pertama. 1.2. Pengerusi juga mengucapkan selamat datang kepada dua orang guru yang baru berpindah masuk iaitu Puan Mardziyah Abdul Manaf (Selangor) dan Encik Ahmad Syafiq Muhamad (Sarawak). 1.3. Jumlah terkini semua guru SK Kampai adalah seramai 17 orang. 1.4. Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru SK Kampai terutamanya guru tahun enam diatas keputusan UPSR 2018 yang memberangsangkan. 1.5. Pengerusi menyampaikan pesanan daripada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu iaitu : 1.5.1. Perhimpunan rasmi sekolah akan diadakan pada hari pertama persekolahan iaitu 2 Januari 2019 1.5.2. Perhimpunan akan dilaksanakan pada masa pertama sesi pengajaran dan pemudahcaraan dari pukul 7.40pagi hingga 8.10 pagi. 1.5.3. Sesi pengajaran dan pembelajaran akan dimulakan pada waktu kedua bermula jam 8.10 pagi. 1.5.4. Aturcara bagi setiap kali perhimpunan rasmi adalah seperti berikut: 1.5.4.1 Bacaan Doa 1.5.4.2 Ikrar 1.5.4.3 Nyanyian Lagu Negaraku 1.5.4.4 Nyanyian Lagu Negeri 1.5.4.5 Nyanyian Lagu Sekolah 1.5.4.6 Nyanyian Asma Al Husna 1.5.4.7 Ucapan Guru Bertugas 1.5.4.8 Ucapan Guru PPDa 1.5.4.9 Ucapan Guru Besar Makluman: Semua guru Tindakan : Guru Bertugas Mingguan 1.5.5. Guru kelas perlu memastikan semua murid mendapat satu meja dan kerusi mengikut enrolmen murid dan memastikan suasana pembelajaran yang kondusif diwujudkan. Makluman: Semua guru Tindakan : Guru Kelas

1.5.6. Minggu transisi akan dilaksanakan selama tiga minggu untuk murid tahun 1 bermula pada 2 Januari 2019 hingga 19 Januari 2019. Instrumen pemantauan perlu dilengkapkan dan dihantar kepada Pejabat Pendidikan Daerah. Makluman: Semua guru Tindakan : Guru Penyelaras Tahun 1 2. Pengesahan Minit Mesyuarat 2.1. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu. 2.1.1. Disahkan oleh :Encik Syed Kamarul Rizal b Syed Kamarul 2.1.2. Disokong oleh :Puan Norhartini bt Abd Kadir

Zaman

3. Perkara-perkara Berbangkit 3.1. Perkara 3.3.5 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Puan Nour Eyouni memaklumkan jumlah masa mengajar seminggu bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dikekalkan 11 waktu seminggu. Namun terdapat perubahan bagi masa mengajar seminggu bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik seperti yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Kurikulum Bil.4/2019. Makluman : Semua Guru 3.2. Perkara 5.1.5 Panitia Pendidikan Jasmani Kesihatan Kasut sukan boleh dipakai sepanjang hari bagi hari yang mempunyai mata pelajaran Pendidikan Jasmani Makluman : Semua Guru 4. Perbincangan 4.1. Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah 4.1.1. Pembentangan Jawatankuasa Kurikulum 2019. (Rujuk buku Perancangan dan Pengurusan SK Kampai 2019) 4.1.2. Jawatankuasa Tugas-tugas Khas – sila rujuk buku Perancangan dan Pengurusan SK Kampai 2019. 4.1.3. Semua setiausaha perlu memastikan minit mesyuarat dihantar dan disahkan dalam tempoh tiga hari bekerja selepas mesyuarat dijalankan. Makluman: Semua guru Tindakan : Setiausaha Mesyuarat

4.2. Peruntukan Kewangan 4.2.1. Semua guru diminta untuk berbincang bersama ahli panitia bagi sebarang pembelian dan penggunaan kewangan. 4.2.2. Jumlah peruntukan kewangan bagi setiap panitia boleh dikemaskini dengan pembantu tadbir sekolah. 4.2.3. Semua guru perlu menyediakan nota minta atau kertas kerja sebelum melaksanakan sebarang pembelian. 4.2.4. Baki kewangan panitia adalah seperti berikut : 4.2.4.1 Sains RM 22.90 4.2.4.2 Matematik RM 20.75 4.2.4.3 B.Inggeris RM 19.30 4.2.4.4 B.Melayu RM 17.17 4.2.4.5 P.Islam RM 8.31 4.2.4.6 Sejarah RM 0.00 4.2.4.7 RBT RM 0.03 4.2.4.8 TMK RM 0.06 4.2.4.9 PJK RM 29.56 4.2.4.10P.Seni RM 0.04 4.2.4.11B.Arab RM 12.60 Makluman : Semua guru Tindakan : Semua Ketua Panitia 4.3. Postmortem Aktiviti Tahun 2018 4.3.1. Unit Beruniform - TKRS i. ii. iii.

SK Kampai adalah tuan rumah bagi perkhemahan peringkat daerah anjuran PPDJJ 2018. Perkhemahan Peringkat Daerah ditangguhkan kepada tahun 2019 atas sebab-sebab kesuntukan waktu pada tahun 2018. Bagi cadangan penambahbaikan, GPK Kokurikulum memohon semua guru memberi kerjasama dalam menjayakan perkhemahan yang akan dijalankan pada tahun 2019 ini. Makluman : Semua guru Tindakan : Penyelaras dan Guru Penasihat TKRS

4.4. Kelab dan Persatuan 4.4.1. Kelab Rukun Negara

4.4.1.1 4.4.1.2

Kelab yang baru ditubuhkan pada tahun 2019. Murid akan diperkenalkan kepada kemahiran berkaitan dengan sivik dan kewarganegaraan. Makluman: Semua guru Tindakan : SU Kelab Kewarganegaraan 4.4.2. Kelab Doktor Muda 4.4.2.1 Kelab yang dikekalkan daripada tahun 2018. 4.4.2.2 Aktiviti kelab adalah seperti tahun-tahun sebelumnya. Makluman: Semua guru Tindakan : SU Kelab Doktor Muda 4.4.3. Kelab Pendidikan Islam Makluman: Semua guru Tindakan : Guru Prasekolah 4.4.4. PPKI 4.4.4.1 2 orang murid mengenal huruf 4.4.4.2 2 orang murid mampu membaca KVK Makluman: Semua guru Tindakan : Guru PPKI

4.5. Sukan dan Permainan/ 1M1S Kelab Bola Sepak 4.5.1. Kelab Bola Tampar Makluman dan Tindakan: Semua guru 4.6. Pengurusan Panitia 4.6.1. 4.6.2. 4.6.3. 4.6.4. 4.6.5. 4.6.6. 4.6.7. 4.6.8.

Semua ketua panitia perlu memastikan fail panitia dikemaskini. Rancang kewangan bersama ahli panitia yang lain Rancang program yang mampu memberi impak kepada murid. Laksanakan port mortem berpandukan Pentaksiran Akhir Tahun 2018 meliputi aspek guru, murid dan pencapaian. Bincang latihan yang akan diberikan kepada murid. Buku tulis murid perlu diperiksa mengikut jadual yang telah ditetapkan. Setiap orang guru akan diselaraskan cop penandaan buku tulis. Pertandingan inovasi 2019 akan disertai oleh Puan Azma Waznah binti Adnan daripada panitia Matematik. Makluman dan tindakan : Semua guru

4.7. Jadual Waktu Guru / Kelas

4.7.1. Setiap guru telah diberikan salinan jadual waktu peribadi dan kelas masing-masing. Jadual mungkin akan berubah dari masa ke semasa. 4.7.2. Semua guru perlu mencatat ruangan aktiviti bagi jadual guru ganti dan menampal edaran di dalam Rancangan Pengajaran Harian masingmasing. Makluman dan tindakan : Semua guru 4.7.3. Kelas Prasekolah dan PPKI perlu mempunyai guru ganti apabila guru Prasekolah dan kedua-dua guru PPKI tidak dapat hadir. Namun demikian, bahan aktiviti perlu disediakan terlebih dahulu oleh guru kelas. Makluman : Semua guru Tindakan : Guru Jadual Waktu, Guru Penyelaras Prasekolah, Guru Penyelaras PPKI 4.8. Program dasar-dasar kerajaan 4.8.1. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 4.8.1.1 Murid tahun 4 hingga tahun 6 akan menggunakan KSSR. 4.8.1.2 Murid tahun 1, 2 dan 3 akan menggunakan KSSR Semakan 2017 4.8.1.3 Tiga Organisasi DSKP 4.8.1.3.1 Standard Kandungan 4.8.1.3.2 Standard Pembelajaran 4.8.1.3.3 Standard Prestasi 4.8.1.4 Enam tunjang utama KSSR 4.8.1.4.1 Komunikasi 4.8.1.4.2 Kerohanian Sikap dan Nilai 4.8.1.4.3 Kemanusiaan 4.8.1.4.4 Keterampilan Diri 4.8.1.4.5 Perkembangan Fizikal dan Estetika 4.8.1.4.6 Sains dan Teknologi 4.8.1.5 Empat Tahap Pemikiran KBAT dalam KSSR 4.8.1.5.1 Mengaplikasi 4.8.1.5.2 Menganalisis 4.8.1.5.3 Menilai 4.8.1.5.4 Mencipta 4.8.1.6 Elemen Merentas Kurikulum 4.8.1.6.1 Bahasa 4.8.1.6.2 Kelestarian Alam Sekitar 4.8.1.6.3 Nilai Murni 4.8.1.6.4 Sains dan Teknologi

4.8.1.6.5 Patriotisme 4.8.1.6.6 Keusahawanan 4.8.1.6.7 Kreativiti dan Inovasi 4.8.1.6.8 Teknologi Maklumat dan Komunikasi 4.8.1.6.9 Kelestarian Global 4.8.1.6.10 Pendidikan Kewangan Makluman : Semua guru 4.8.2. LINUS 4.8.2.1 LINUS masih dijalankan sehingga tarikh muktamad diberitahu. Makluman : Semua guru

4.8.3. Pentaksiran Berasaskan Sekolah 4.8.3.1 Rekod Pelaporan Keseluruhan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) akan dikumpulkan pada Guru Penyelaras PBS sebanyak dua kali setahun. 4.8.3.2 Pentaksiran Bilik Darjah akan digunakan sepenuhnya bagi menggantikan Peperiksaan bagi murid tahun 1,2 dan 3. 4.8.3.3 Guru-guru diminta untuk melaksanakan pentaksiran secara profesional dan penuh integriti berikutan tiada lagi peperiksaan dijalankan bagi murid tahap 1. 4.8.3.4 Contoh aktiviti pentaksiran yang boleh dilaksakan adalah bercerita, projek mudah, permainan, main peranan, kuiz dan banyak lagi. 4.8.3.5 Ujian Psikometrik bagi tahun 2018 telah dijalankan dengan jayanya bagi murid tahun 3, tahun 6 dan murid PPKI. Makluman dan tindakan : Semua guru 4.8.4. MBMMBI 4.8.4.1 Program HIP akan diteruskan bagi Panitia Bahasa Inggeris. 4.8.4.2 Program One Word One Sentence akan dilaksanakan pada setiap pagi Rabu bagi membantu meningkatkan perbendaharaan kata murid. Makluman : Semua guru Tindakan : Guru Penyelaras MBMMBI 4.9. Penilaian dan Peperiksaan 4.9.1. Peperiksaan bagi murid tahap 2 akan dijalankan sebanyak 3 kali bagi tahun 2019 iaitu Ujian Bulan Mac, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun. 4.9.2. Peperiksaan bagi mata pelajaran RBT, TMK, Pendidikan Muzik, akan dilaksanakan secara amali/ kerja kursus (60%) dan peperiksaan bertulis (40%). 4.9.3. Murid tahap 1 tidak akan menjalani peperiksaan sebaliknya akan dinilai melalui Pentaksiran Bilik Darjah. 4.9.4. Pemansuhan peperiksaan dan penilaian bagi tahap 1 bermula tahun 2019 telah dinyatakan dalam Surat Siaran Bilangan 14 2018. Makluman dan tindakan : Semua guru

4.10. Takwim Akademik 4.10.1. Maklumat terperinci rujuk Buku Panduan Pengurusan SK Kampai 2019. 4.10.2. Minggu akademik adalah sebanyak 37 minggu manakala minggu bukan akademik adalah sebanyak 6 minggu. Makluman dan tindakan : Semua guru 4.11.Pengurusan Pemantauan 4.11.1. Maklumat terperinci rujuk Buku Panduan Pengurusan SK Kampai 2019. 4.11.2. Ketua panitia juga boleh menjalankan pencerapan kepada ahli panitia yang lain. 4.11.3. Buku tulis murid perlu disemak dan ditandatangan guru mata pelajaran. Makluman dan tindakan : Semua guru 4.12. Program Peningkatan Akademik 4.12.1. Semua panitia terutamanya panitia BM, BI, MT dan Sains perlu membuat perancangan strategik bagi meningkatkan lagi pencapaian akademik dan merancang program yang dapat memberi impak kepada murid. Makluman : Semua guru Tindakan : Ketua Panitia 4.12.2. Berikut merupakan antara aktiviti yang akan dilaksanakan bagi membantu meningkatkan prestasi murid UPSR 2019. 4.12.2.1 Gerak gempur 4.12.2.2 Bengkel 4.12.2.3 Mentor mentee 4.12.2.4 Perkampungan UPSR 4.12.2.5 Lawatan ke SBP 4.12.2.6 Solat Hajat 4.12.2.7 Bacaan Yassin Bulanan 4.12.2.8 Kelas Tambahan Makluman : Semua guru Tindakan : Guru Tahun 6 4.12.3. Prasekolah akan mengadakan kelas intensif bacaan bagi murid yang masih belum menguasai pada setiap pagi. Makluman : Semua guru Tindakan : Guru Prasekolah

4.13. Program Perkembangan Staf /LDP 4.13.1. Semua guru dan staff sokongan mencapai matlamat yang disasarkan bagi tahun 2018 iaitu 7 hari berkursus. 4.13.2. Program yang melibatkan guru dan staf sokongan telah dilaksanakan dengan jayanya. 4.13.3. Perancangan untuk 2019 melibatkan program PLC, program Pembelajaran Abad ke 21,dan Pentaksiran Bilik Darjah. Makluman : Semua guru Tindakan : Guru Penyelaras LDP 4.14. Pusat Sumber Sekolah 4.14.1. NILAM akan dilaksanakan seperti tahun-tahun sebelumnya. 4.14.2. VLE Frog 4.14.2.1 Komputer di makmal sudah boleh digunakan namun masih bermasalah untuk mengakses Frog Appliance. 4.14.2.2 Aduan telah dilaksanakan dan akan dikemaskini dalam masa terdekat. 4.14.2.3 Guru penyelaras Vle Frog akan menyediakan jadual terkini. 4.14.2.4 Maklumat APDM perlu dikemaskini selengkapnya bagi memastikan ID Frog bagi murid tahun 1 dapat dijana. Makluman : Semua guru Tindakan : Penyelaras VLE Frog, Guru Kelas 4.14.3. Perpustakaan. 4.14.3.1 Jadual penggunaan perpustakaan akan disediakan oleh guru penyelaras perpustakaan yang akan memberi keutamaan kepada mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Makluman : Semua guru Tindakan : Guru Perpustakaan 4.15.PLC 4.15.1. Guru-guru boleh melakukan PLC didalam panitia masing-masing. 4.15.2. Semua guru perlu menguasai 13 kaedah PLC iaitu 4.12.2.1 Lesson Study 4.12.2.2 Peer Coaching 4.12.2.3 Learning Walk 4.12.2.4 Teacher Sharing Session 4.12.2.5 Video Critique 4.12.2.6 Book Club 4.12.2.7 Data Analysis

4.12.2.8 Curriculum Mapping 4.12.2.9 Common Assessment 4.12.2.10 Problem Solving Group 4.12.2.11 Critical Friends Group 4.12.2.12 Horizontal & Vertical Teams 4.12.2.13 Teacher Study Group 4.15.3. Guru Penyelaras PLC akan mengedarkan borang kepada semua guru bagi pemilihan kaedah PLC. Makluman : Semua guru Tindakan : Guru Penyelaras PLC 4.16.JQAF 4.16.1. KPI bagi tahun 2019 ialah 100% menguasai. 4.16.2. Prestasi murid tahun 6 2019 ialah 4 orang telah khatam, 2 orang masih di iqra’ dan selebihnya Al-Quran. Makluman : Semua guru 4.17. Program Pendidikan Khas Integriti (PPKI) 4.17.1. Murid bagi tahun 2019 adalah seramai 4 orang. 4.17.2. Tiga orang murid akan menyertai inklusif 2019. Dua orang akan menyertai kelas Pendidikan Seni Visual Tahun 5 dan seorang lagi akan menyertai kelas Pendidikan Jasmani Tahun 1. 4.17.3. Polisi baru Zero Reject Policy memerlukan pihak sekolah untuk menerima murid dalam sebarang keadaan. Makluman : Semua guru Tindakan : Guru PPKI, Guru PSV Tahun 5, Guru PJ Tahun 1 4.18.Pemulihan Khas’ 4.18.1. Hanya ada seorang murid iaitu Zul Aiman dari kelas 4 Arif. Makluman : Semua guru

5 Pembentangan Laporan/ Kertas Kerja 5.1 Ujian Psikometrik 5.1.1 Pembentangan Pelaporan Ujian Psikometrik 2018 oleh Puan Dianda Wati binti Hassan. 5.1.2 Berikut merupakan Pelaporan Ujian Psikometrik bagi murid tahun 6 Arif 2018

5.1.3

Berikut merupakan Pelaporan Ujian Psikometrik bagi murid tahun 3 Arif 2018

5.1.4

Berikut merupakan Pelaporan Ujian Psikometrik bagi murid PPKI 2018 (Muhammad Haiqal)

5.1.4.1

Inventori Kecerdasan Pelbagai

5.1.4.2

Inventori Minat Kerjaya

5.1.4.3

Inventori Kecerdasan Emosi

Makluman : Semua guru

5.2 Taklimat Pentaksiran Tahap 1 5.2.1 Pembentangan Taklimat Pentaksiran Tahap 1 oleh Puan Nour Eyouni binti Sulaiman. 5.2.2 Tiada peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun bagi murid tahap 1 mulai tahun 2019. 5.2.3 Guru akan memberi lebih tumpuan untuk mengajar dalam membina kemahiran dan karektor murid dalam budaya yang seronok dan bermakna. 5.2.4 Pentaksiran yang merangkumi pengetahuan dan kemahiran akan dijalankan secara berterusan dalam pelbagai bentuk. 5.2.5 Kaedah pembelajaran adalah secara didik hibur dan berpusatkan murid yang akan menumpukan kemahiran 4M (membaca, menulis, mengira, menaakul). 5.2.6 Pengukuhan PBD dijalankan dalam aktiviti seperti kuiz, permainan, main peranan, bercerita dan projek mudah. 5.2.7 Tiada lagi pengasingan kelas kecuali yang bersifat sementara seperti untuk proses pemulihan murid. 5.2.8 Sekolah diberi autonomi untuk menentukan bentuk saringan bagi murid yang mengalami masalah membaca, mengira dan menulis. 5.2.9 Perkembangan pembelajaran dilapor dalam bentuk tahap penguasaan dan dibincangkan bersama ibu bapa sekurang-kurangnya dua kali setahun. 5.2.10 Pelaksanaan PBD akan dijalankan oleh guru dengan penuh integriti dan amanah. Guru akan menggunakan pertimbangan profesional. Makluman dan Tindakan : Semua guru 6 Hal-hal Lain 5.1 Pendaftaran, Bayaran dan Program Transisi 5.1.2 Tiada unsur paksaan untuk kutipan Bayaran Persekolahan bagi sesi 2019. 5.1.3 Resit khas bagi bayaran PIBG hanya akan dikeluarkan selepas Mesyuarat PIBG. 5.1.4 Pihak sekolah akan menyediakan resit rasmi PIBG untuk diedarkan kepada ibu bapa yang membuat bayaran. Susunan murid didalam kelas adalah mengikut Pembelajaran Abad ke 21. 5.1.5 Meja dan kerusi murid perlu dikemaskini mengikut bilangan murid. Makluman : Semua guru Tindakan: Guru Kelas

6 Penutup 6.1 Pengerusi mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua ahli. 6.2 Pengerusi meminta semua guru agar menerima tugas dengan hati terbuka dan bersama-sama bergembleng tenaga untuk meningkatkan lagi prestasi SK Kampai bagi tahun 2019. 6.3 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.10 pagi.

Disediakan oleh :

…………………………………… (SITI RAZIMAH BINTI YUNUS) Setiausaha Kurikulum SK Kampai

Related Documents

Minit Mesyuarat
December 2019 80
Minit Mesyuarat
May 2020 39
Minit Mesyuarat
August 2019 45
Minit Mesyuarat
April 2020 29
Minit Mesyuarat
November 2019 42