Minggu 1.docx

  • Uploaded by: Ahmad Zulfikry
  • 0
  • 0
  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Minggu 1.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 466
  • Pages: 3
JURNAL REFLEKTIF MINGGU 1 (30 JULAI 2018 – 3 OGOS 2018) (Pendidikan Muzik) Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Tidak Dapat Dimulakan Tepat Pada Masa

Masalah Perhimpunan sebelum masuk kelas untuk masa pertama dan selepas waktu rehat menganggu masa pengajaran dan pembelajaran (tidak mencukupi).

Analisis Masalah Pada minggu pertama di Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya ini, satu isu yang menarik perhatian saya adalah rutin harian yang dijalankan di sekolah ini iaitu perhimpunan harian sebelum masuk kelas untuk masa pertama dan selepas waktu rehat yang menganggu masa Pengajaran dan Pembelajaran. Saya menyedari isu ini apabila masih melihat murid-murid masih berlegar di luar bilik darjah apabila loceng sesi Pengajaran dan Pembelajaran dibunyikan setiap pagi dan begitu juga dengan loceng habisnya waktu rehat. Contohnya, sesi pembelajaran kelas Tahun 1 Cendekia dan juga 4 Dinamik tidak dapat dimulakan tepat pada masa. Hal ini kerana, waktu mula subjek Pendidikan Muzik ialah pada waktu pertama selepas rehat dan waktu pertama selepas perhimpunan pagi.

Cadangan Oleh kerana perhimpunan harian ini sudah menjadi rutin sekolah ini maka saya tidak boleh mencadangkan sebarang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan untuk mengubah isu ini. Walaubagaimanapun, untuk memastikan Pengajaran dan Pembelajaran yang dirancang dapat dijalankan dengan lancar dan teratur, saya telah mengurangkan masa untuk set induksi dan mengurangkan masa untuk aktiviti. Ini untuk memastikan Pengajaran dan Pembelajaran saya tetap berjalan dengan lancar dan teratur walaupun masa pelaksanaan tidak mencukupi. Menurut Fatimah Saleh (2008), guru tidak seharusnya mengejar masa dalam konteks

memastikan kualiti pendidikan terjamin. Hal ini akan menyebabkan guru kesuntukan masa dan memberi tekanan terhadap guru serta boleh membawa kepada keciciran matlamat dalam kurikulum pendidikan.

Tempoh Penyelesaian Tempoh masa yang saya tetapkan untuk melaksanakan penambahbaikan ini adalah sepanjang saya menjalankan praktikum di sekolah ini iaitu 12 minggu bermula dengan minggu kedua praktikum.

Tindakan Susulan Dalam menjalankan penambahbaikan isu ini, saya telah melaksanakan perbincangan dengan guru pelatih yang lain. Melalui perbincangan ini, saya mendapat panduan di mana saya kena memendekkan masa untuk set induksi dan aktiviti supaya Pengajaran dan Pembelajaran saya dapat dijalankan seperti yang dirancang.

Kesimpulan Kesimpulannya, langkah-langkah penambahbaikan yang telah saya ambil membantu saya mengatasi masalah yang timbul dalam Pengajaran dan Pembelajaran akibat isu yang dinyatakan iaitu menganggu kelancaran Pengajaran dan Pembelajaran. Walaupun masa singkat namun saya dapat melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dengan terancang kerana persediaan telah dilakukan. Perkara-perkara yang saya titikberatkan semasa Pengajaran dan Pembelajaran yang dipendekkan ini adalah menekankan objektif yang hendak dicapai, penglibatan murid dan penguasaan murid terhadap topik yang diajar. Saya mengurangkan masa untuk set induksi dengan memikirkan dan merancang aktiviti atau kaedah yang tidak memakan masa untuk set induksi dan mengurangkan masa untuk menjalankan aktiviti. Oleh itu, saya boleh katakana bahawa langkah yang saya ambil ini berhasil kerana hampir keseluruhan murid dapat menjawab soalan dan lembaran kerja yang diberikan.

Rujukan Fatimah Saleh (2008), Ketirisan waktu pengajaran guru di Sekolah diakses 3 Ogos 2018 daripada https://www.google.com/#q=mengurangkan+masa+set+induksi+kerana+masa+tidak+mencukup i

Related Documents

Minggu
May 2020 32
Minggu
June 2020 26
Minggu Ii
June 2020 22
Minggu Letare.docx
April 2020 25
Minggu Kelima
November 2019 38
Minggu-12
November 2019 12

More Documents from ""