Mimbar Kata Syair.docx

  • Uploaded by: Dre Lilkid
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Mimbar Kata Syair.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 368
  • Pages: 2
Ciri-Ciri Syair Bentuk konvensional syair Melayu mengandungi empat baris serangkap dengan rima a,a,a,a. Bentuk inilah yang paling dominan dalam masyarakat Melayu walaupun terdapat juga variasi bentuk-bentuk yang lain. Walau bagaimanapun, variasi ini hanyalah kepada bentuk visualnya sahaja khususnya daripada aspek rima akhir. Ciri-ciri khusus syair adalah sebagaimana berikut: 1. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris. 2. Setiap baris syair mengandungi 4 hingga 5 patah perkataan. 3. Mempunyai antara 8 hingga 12 jumlah suku kata sebaris. 4. Rima baris berirama sama dan berakhir dengan ‘ a-a-a-a’. 5. Dalam syair, setiap 1 baris terdapat suatu hentian (pause) 6. Setiap rangkap memerlukan beberapa rangkap yang berurutan untuk memberi idea yang lengkap. 7. Syair juga ialah satu pernyataan yang berlarutan. Contohnya untuk mengemukan cerita, kisah, buah fikiran, nasihat dan puji-pujian. 8. Mempunyai awalan dan akhiran. Perhatikan bagaimana struktur syair di bawah ini : Pada zaman dahulu kala (a) Tersebutlah sebuah cerita (a) Sebuah negeri yang aman sentosa (a) Dipimpin sang raja nan bijaksana (a) Negeri bernama Pasir Luhur (a) Tanahnya luas lagi subur (a) Rakyat teratur hidupnya makmur (a) Rukun raharja tiada terukur (a) Raja bernama Darmalaksana (a) Tampan rupawan elok parasnya (a) Adil dan jujur penuh wibawa (a) Gagah perkasa tiada tandingnya (a) Jenis-Jenis Syair Menurut Harun Mat Piah ( 1989:242 ), berdasarkan isi dan tema, syair Melayu mempunyai tujuh jenis tema yang berbentuk cerita ( naratif ) dan bukan cerita ( bukan naratif ). Syair yang berupa cerita ( naratif ) : i Syair romantis ii Syair sejarah iii Syair keagamaan iv Syair kiasan Syair bukan cerita ( bukan naratif ) : i Syair agama ii. Syair nasihat

Fungsi Syair 1. Sebagai hiburan – sesuai dengan sifatnya yang demikian maka syair sering dilagukan dalam majlis-majlis tertentu seperti dalam pesta dan keramaian, dipertandingkan atau dalam upacara-upacara adat. 2. Alat menyampaikan pengajaran melalui cerita dan lagu terutama dalam hal-hal yang menyentuh aspek pengajaran agama Islam dari rukun iman, rukun sembahyang, zakat, puasa dan sebagainya. Kemerduan suara “tukang lagu” dan kelembutan nada syair berupaya mengusik perasaan dan seterusnya meninggalkan kesan yang mendalam. 3. Berfungsi dalam kegiatan kesenian dan kebudayaan masyarakat i. Ketika sambutan maulud ii. Dinyanyikan atau dilagukan sebagai mengiringi tarian-tarian tertentu seperti dalam dabus dan boria ke iii. Digunakan dalam adat perkahwinan

Related Documents

Kata.
June 2020 64
Menghadapi Kata-kata Sukar
December 2019 65
Sebuah Kata Kata
May 2020 53

More Documents from ""

Cover Latest.docx
May 2020 15
Bibliografi Gpi.docx
May 2020 18
Sistem Politik
May 2020 14
Gpi.docx
May 2020 26