1|PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)
2.0
Pengenalan
Wanita mana yang tidak mahu, Sempurna akhlak bagai Khadijah, Wanita mana yang tidak cemburu, Bijak bestari bagaikan Aisyah.
Apabila kita menyebut berkaitan peranan wanita di bawah payung ummah, pelbagai sudut harus kita perincikan bagi memahami secara keseluruhan berkaitan konteks tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana, konsep pembentukan ummah oleh golongan ini bukan hanya dilihat berkaitan “aurat” dan “isteri” sahaja, malah melibatkan dalam konteks akidah, ibadah, muamalat, nasab dan perkara berkaitan di peringkat institut kekeluargaan, negara, mahupun antarabangsa. Sejak zaman Rasulullah SAW lagi, wanita memainkan peranan yang terlalu besar, bermula sebagai seorang penjaga dan pengasuh seperti Ummu Aiman, penyampai hadis seperti Siti Aisyah, dan penakluk negara seperti Puteri Balqis. Persoalannya disini, adakah wanita kini mampu mencontohi keperibadian seperti Saiyidatina Khadijah sebagai seorang isteri Muhammad SAW dan pejuang agama? Adakah mereka mampu membentuk sifat keilmuan seperti perawi Siti Aisyah? Ramai lagi tokoh wanita Islam yang boleh diteladani. Ya, sudah pastinya mereka mampu dengan berbekalkan pengajaran yang dianjurkan dalam Islam itu sendiri. Maka dengan itu, tugasan pada kali ini akan memperincikan dengan lebih mendalam berkaitan elemen-elemen penting dalam kehidupan wanita pada peranannya dalam hal-hal yang berkaitan seperti hak kewajipan wanita sebagai isteri, pendidikan wanita solehah, dan keperibadian wanita solehah. Dalam perbincangan kita ini juga, kita akan memperlihatkan tokoh-tokoh Islam zaman kenabian Rasulullah SAW dan zaman kini yang boleh dicontohi, diteladani dan menjadi pembakar semangat bagi wanita sebagai penggerak ummah yang bersesuaian dengan zaman masa kini. Hasil daripada perbincangan elemen-elemen tersebut, maka segala perkara itu dapat membuktikan bahawa golongan wanitalah juga sebagai “jentera” ummah dan masyarakat di samping menjadi penghias dunia. Benarlah juga bahawa ungkapan “tangan wanita penggongcang dunia” itu dapat diterjemah dan ditamsilkan secara syumul atau menyeluruh melalui penerangan-penerangan berkaitan selanjutnya.
PENDIDIKAN ISLAM | PPISMP C8 980421106353
2|PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083) 3.0
Isi Penulisan Seperti yang pada sesi pengenalan, terdapat beberapa isu yang akan diperincikan
sebagai wadah kepada peranan wanita dalam pembangunan ummah pada masa kini. Perkara-perkara ini dilihat mampu menyulam sifat keperibadian wanita sebagai seorang anak, isteri, ibu, dan ahli pemikir. Maka, elemen-elemen tersebut adalah seperti yang berikut (rajah 3.0):
3.1 Hak Kewajipan Isteri
3.5 Kerjaya Wanita Masa Kini
3.4 Ciri-ciri Wanita Islam
3.1
3.2 Pendidikan Wanita
3.3 Kegigihan Wanita Islam
Hak Kewajipan Isteri
Wanita merupakan agen terpenting dalam pembinaan sesebuah keluarga. Pada insitutsi kekeluargaan inilah peranan wanita sebagai seorang ibu, isteri atau suri rumah tangga cukup besar dalam membesarkan anak-anak mereka, menjaga kebajikan suami dan sebagainya. Dalam pembentukan keluarga inilah, lahirnya pejuang-pejuang Islam dan pemimpin-pemimpin di jalan Allah. Lihatlah, kuasa wanita yang dikurniakan Allah SWT mampu mencorak keharmonian sebuah keluarga (Jaafar Salleh, 2002). Ketika berlakunya tekanan Si Suami, merekalah menjadi pendamping dan penyejuk hati di sisi. Lihat sahaja ketika datangnya wahyu yang pertama kepada Rasulullah SAW, Baginda begitu takut dan gerunnya apabila datang Jibrail As. Lantas, apakah yang diperkatakan Siti Khadijah kepada baginda ?
PENDIDIKAN ISLAM | PPISMP C8 980421106353
3|PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083) “ Demi Allah, Allah tidak akan menghinakanmu, Sesungguhnya engkau ialah orang yang menyambung tali silaturahim, menanggung bebanan, dan tangunggjawab yang berat, menyayangi orang yang lemah dan tertindas, sentiasa memberi bantuan kepada orang yang memerlukan dan sentiasa membela kebenaran” (Hadis Riwayat Muttafaqun ‘Ilaih)
Melihat pengorbanan dan peranan mereka itu, dalam sesebuah institusi kekeluarga, para isteri memiliki hak yang harus dipenuhi oleh suami mereka seimbang dengan kewajipan terhadap Sang Suami. Dalam Islam itu juga, kedudukan seorang isteri dimuliakan dan diberi hak yang harus dipenuhi oleh pasangan hidupnya, termasuk kebaikan agama yang membawa keadilan. Mereka layak menerima hak-hak tertentu secara seimbang, bukan hanya dituntut untuk melaksana kewajipan dalam kehidupan seharian sepertimana yang diungkap dalam hadis Rasulullah SAW, riwayat Al-Tirmidzi dan Ibnu Majah, yang bermaksud,
“Ketahuilah bahawa kamu memiliki hak terhadap isteri-isteri kamu dan mereka pun memiliki hak terhadap kamu. Hak kamu terhadap mereka adalah mereka tidak boleh membiarkan seseorang yang tidak kamu sukai untuk memijak lantai rumah kamu dan mereka tidak boleh mengizinkan orang yang kamu benci untuk memasuki rumah kamu. Sedangkan hak mereka terhadap kamu berbuat baik terhadap mereka dalam hal pakaian dan makanan mereka”
Apa yang dimaksudkan dengan hak? Menurut Shayuthy Abdul Manas (2008), Hak terdiri daripada beberapa makna. Antara, hak merujuk kepada perkataan berlawanan bagi batil (salah). Hak juga merujuk kepada tetap dan pasti berdasarkan surah azZumar, ayat 71. Selain itu, beliau menyatakan bahawa hak bermaksud menjelaskan dan menetapkan sera membuat sesuatu. Perkataan hak banyak disebut di dalam Quran. Walaupun penggunaan berbeza, maknanya tetap sama, iaitu:
Tetap, pasti dan bertepatan dengaan realiti
PENDIDIKAN ISLAM | PPISMP C8 980421106353
4|PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083) Maka dengan itu, berikut merupakan antara beberapa hak yang layak diterima oleh seorang isteri berdasarkan gambar rajah 3.1:
3.1.1 Mahar dan Mas Kahwin
3.1.2 Layanan Mesra daripada Suami
3.1.4 Berlaku adil antara Isteri
3.1.3 Mendapat Nafkah Asasi
3.1.5 Didikan Agama
Rajah 3.1 : Hak dan Kewajipan Isteri 3.1.1
Mahar dan Mas Kahwin Firman Allah, Surah An-nisa’ ayat 4,
Maksudnya: “Dan beriknalah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian wajib. Kemudian, jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian daro maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya”.
Ayat di atas menjelaskan berkenaan kewajiban seorang lelaki dalam pemberian mahar kepada bakal wanita yang dinikahinya. Mahar bermaksud suatu pemberian yang disampaikan oleh pihak mempelai putera kepada mempelai puteri sebagai penyataan persetujuan pernikahan tersebut (Mustafa Kamal Pasha, 2009). Mahar merupakan milik peribadi pihak isteri. Mahar tersebut boleh digunakan dan dimanfaatkan mengikut kehendak isteri dengan baik dan berlandas syariat Islam. Bukan itu sahaja, pemberian mahar tidak boleh digunakan oleh pihak lelaki sewenang-wenangnya (Surah An-Nisa:4:20).
PENDIDIKAN ISLAM | PPISMP C8 980421106353
5|PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083) 3.1.2
Layanan Mesra daripada Suami
Teladan ini kita boleh mempercontohkan Nabi Muhammad SAW. Baginda meletakkan kasih sayang yang cukup tinggi terhadap isteri-isterinya tanda lebih dan kurang, diberikan kebebasan dan kepercayaan mengatur urusan rumah, mengambil berat terhadap isteri-isterinya, menjadi pendamping tika isteriisterinya dalam kesedihan dan sebagainya. Berikut merupakan antara kriteriakriteria Baginda yang lain sebagai seorang suami yang boleh dicontohi dalam menyulam cinta kasih sayang terhadap isteri, antaranya (rujuk jadual 3.1.2): Kriteria Nabi Muhammad SAW yang Boleh Diteladani
Petikan Hadis
Membantu pekerjaan isterinya di rumah
Aisyah ditanya, apa yang dilakukan Rasulullah dalam rumahnya? Aisyah menjawab: Rasulullah selalu melakukan apa yang dilakukan isterinya "(HR.Bukhari).
Memuji-muji Isteri
"Kelebihan Aisyah dibandingkan dgn wanita-wanita lain seperti kelebihan makanan bubur dgn makanan lain"(HR.Muslim).
Menyatakan rasa cinta kepada Isteri
Rasulullah dihadapan orang lain menunjukkan cintanya kepada Khadijah, beliau bersabda: "Aku sungguh telah mendapatkan cintanya" (HR.Muslim).
Maka kesimpulanya, seorang isteri berhak mendapat layanan yang baik daripada suaminya. Oleh itu, menjadi tanggungjawab suami mencurahkan kasih sayang dan belaian mesra sepertimana yang dianjurkan Rasulullah SAW.
PENDIDIKAN ISLAM | PPISMP C8 980421106353
6|PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083) 3.1.3
Mendapat Nafkah Asasi
Apabila sesebuah pernikahan terjalin, isteri mendapat ak nafkah asasi yang meliputi makanan dan minuman, pakaian, tempat tinggal serta keperluan asas yang lain seperti ubat-ubatan, keselesaan tempat tinggal, pakaian, dan keperluan hidup. Dengan itu, kewajipan dan tanggungjawab seorang suami adalah
memberi
nafkah
kepada
isteri
dan
anak-anaknya
sesuai
kemampuannya. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang berbunyi,
َّ ٌ ْ َ ُ َّ َ ُ ى ْ َ ْ َّ ُ ُ َ ْ َ َّ ُ ُ ْ ُ َو َع ىَل ْال َم ْو ُل ى... ۚ س ِإَل ُو ْس َع َها وف ۚ َل تكلف نف ِ ود له ِرزقهن و ِكسوتهن ِبالمع ُر ِ Maksudnya: “...dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang malainkan mengikut kemampuannya...”
3.1.4
Berlaku adil antara Isteri
Kehidupan berpoligami mewajibkan kepada para suami untuk berlaku adil antara isteri-isterinya dengan memberi jumlah nafkah yang sama, pakaian, rumah dan giliran bermalam. Sekiranya amalan ini tidak dapat dilaksanakan, maka akan berlakunya azab ke atas suami tersebut di akhirat kelak, sepertimana sabda Rasulullah SAW iaitu, “Sesiapa yang memiliki dua isteri, lalu ia cenderung (melebihkan secara lahiriah) kepada salah seorang darinya, maka ia akan datang pada hari kiamat nanti dalam keadaan satu sisi tubuhnya miring (lumpuh).” (HR Ahmad dan Abu Daud).
3.1.5
Didikan Agama
Seorang suami merupakan khalifah dalam sesebuah kelaurga. Peranan suami ini melibtkan hal-hal kebajikan, kewangan dan termasuklah didikan agama. Mereka harus menggilap penerapan agama pada isteri dan termasuklah anakanak mereka. Perkara ini dituntut dalam Islam berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Tahrim, ayat 6 yang mewajibkan seorang suami mengajar keluarganya tentang perkara yang difardhu-kan oleh Allah SWT.
PENDIDIKAN ISLAM | PPISMP C8 980421106353
7|PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083) Berdasarkan elemen-elemen tersebut, dapatlah kita memahami bahawa hak seorang isteri itu menjamin kebajikan wanita dalam meningkatkan pembangunan ummah dan masyarakat. Dalam pada masa yang sama, tanggungjawab atau kewajiban mereka terhadap suami juga wajar dilaksana yang sudah digariskan dalam syariat Islam, seperti:
Mentaati perintah suami selagi tidak melanggar syariat Islam.
Menguruskan rumah tangga dan keperluan batin suami
Berhias untuk suami dan tidak tabarruj
Menjaga lisan dan kemaluan
Menjaga rahsua rumah tangga
Menjaga kehormatan dan maruah diri
PENDIDIKAN ISLAM | PPISMP C8 980421106353
8|PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083) 3.2
Pendidikan Wanita: Suatu Tuntutan
Islam sebagai al-Din berpegang kepada prinsip persamaan dan keadilan yang merupakan dasar ajarannya sejak diturunkan. Islam memberikan hak kebebasan kepada semua manusia dan warganegara dalam negara Islam sama ada hak kebebasan itu merangkumi hak individu ataupun masyarakat (Khayyat, 1999: 43). Prinsip persamaan bermaksud individu yang terdapat dalam sesuatu masyarakat adalah sama dari segi hak, kebebasan tanggungjawab dan tugas-tugas awam yang wajib dinikmati oleh semua orang tanpa rasa diskriminasi terhadap bangsa, asal, bahasa atau kepercayaan (Al-Azhar, 1416H.;1930-1931). Persamaan yang dimaksudkan ialah wanita juga diberi hak yang sama rata dengan kaum lelaki untuk mencari ilmu malah meletakkan usaha menuntut ilmu sebagai kefardhuan bagi golongan ini (Muhammad Qutub, 1986:152). Apabila Allah SWT menurunkan ayat seperti surah al-Alaq (96:1-5), surah al-Taubah (9:122), surah al-Tahrim (66:6) dan seumpamanya, majoriti para ulama bersepakat bahawa manamana ayat yang berbentuk umum ditujukan kepada semua golongan tanpa perbezaan jantina. Begitu juga para ulama bersepakat bahawa dalil wajib menuntut ilmu yang terdapat dengan jelas menerusi hadis nabi Muhammad SAW yang berikut melibatkan kaum wanita Muslimah iaitu,
َ ْ ْ َ ى ُ ٌ ى طل ُب ا ِلعل َم ف ِر ْي ِضة َعَل ك ِّل ُم ْس ِل ٍم َو ُم ْس ِل َم ٍة Maksudnya : Menuntut ilmu itu fardu ke atas setiap orang Islam (HR Ibn Majah) Manakala terdapat juga arahan Baginda SAW agar memberikan penekanan kepada pendidikan anak-anak perempuan. Antaranya sabda Rasulullah SAW (al-Bukhari, 1994: 95): “Mana-mana lelaki yang mempunyai anak perempuan, kemudian dia memberikan pendidikan yang terbaik dan mengajarkan adab sopan dengan sebaik-baik adab sopan lalu membebaskannya dan mengahwinkannya, maka baginya dua pahala”
Di samping nas yang menegakkan hak-hak wanita mengenai pendidikan dan pengajaran agar wanita mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik, masih ada kaedah usul fiqh melalui kenyataan yang bermaksud, “Suatu kewajipan yang tidak
PENDIDIKAN ISLAM | PPISMP C8 980421106353
9|PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083) akan sempurna kecuali dengan sesuatu perkara, maka perkara itu wajib kecuali denganya, maka perkara tersebut (hukumnya) juga wajib”. Dalam hal ini, menuntut ilmu menjadi tanggungjawab yang asasi bagi wanita supaya mereka dapat melaksanakan segala perintah Allah SWT dan menjadi penggerak pembangunan ummah berteraskan al-Quran juga As-Sunnah.
PENDIDIKAN ISLAM | PPISMP C8 980421106353
10 | P E N D I D I K A N I S L A M ( G P I 1 0 8 3 ) 3.3
Kegigihan Wanita Islam
Menyentuh peranan wanita dalam berdakwah secara khusus, kita sedar bahawa wanita memainkan peranan yang begitu besar dalam pelbagai sektor kehidupan mesyarakat. Potensi ini perlu dikembangkan dengan menghayati tanggungjawab wanita sebagai pendakwah untuk memastikan Islam terus menjadi pegangan dalam kehidupan setiap warga Muslim dalam erti katayang sebenarnya. Wanita mempunyai pelbagai kekuatan seperti kekuatan minda, psikologi, pujukan, rayuan, senyuman, dan emosi (Kamarul Azmi Jasmi et al, 2008). Dengan anugerah kekuatan ini, wanita mampu menggerak dan menggegarkan jiwa setiap orang yang mendampinginya. Menerima hakikat itu, dalam sejarah Islam terdapat banyak contoh yang membuktikan bahawa wanita sangat berperanan dalam proses perkembangan dakwah Islam. Kejayaan, kemenangan dan keunggulan kaum wanita yang menjadi sayap kiri perjuangan Islam telah tercatat dan boleh diteladani. Antaranya adalah seperti yang berikut (rajah 3.3):
Pejuang-pejuang Wanita Islam
3.3.1 Khadijah binti Khuwailid r.a
3.3.2 Sayidatina 'Aisyah
3.3.3 Sumayyah binti Khayyat r.a
Rajah 3.3 : Pejuang Wanita Islam yang Dijadikan Contoh
3.3.1 Khadijah binti Khuwailid R.A: Korban Harta Demi Agama Siti Khadijah r.a sebagai isteri pertama Muhammad SAW mempunyai keistimewaan yang tersendiri, berbeza dengan isteri Nabi SAW yang lainnya. Beliau seorang wanita rupawan, hartawan, dan golongan terkemuka di Mekah. Beliau hidup bersama dengan Rasulullah SAW selama 24 tahun. Beliau dianugerahkan tujuh orang cahaya mata bernama al-Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Ummi Kaltsum, Ruqaiyah, Zainab. Beliau merupakan orang yang pertama beriman kepada Nabi SAW setelah turunnya
wahyu
yang
pertama.
Mendamai,
menggembira,
dan
memotivasikan Nabi SAW dengan bertindak menemui sepupunya Waraqah
PENDIDIKAN ISLAM | PPISMP C8 980421106353
11 | P E N D I D I K A N I S L A M ( G P I 1 0 8 3 ) bin Naufal untuk meminta pandangan mengenai perkara yang dihadapi Nabi SAW ketika turunnya wahyu yang pertama. Beliau memberikan sokongan sepenuhnya kepada dakwah Nabi SAW ketika Baginda diperlekeh, diherdik, dihina, dan diperkotak-katikkan oleh golongan kafir Mekah. Belian sanggup meninggalkan segala harta dan kekayaan demi keimanan dengan dibuktikan pada peristiwa penyingkiran daripada kaum Quraisy di Syi’ib Abu Talib selama tiga tahun demi menjaga agama dan iman, Masha-Allah (Syed Ahmad Semait, 1989:128).
3.3.2 Sayidatina ‘Aisyah: Ilmu Mencorak Peribadi Ilmu Quran dan Hadis merupakan sajian utama beliau dalam kehidupannya. Berbekalkan usianya yang muda, ‘Aisyah sangat pantas memahami ilmu yang dipelajarinya daripada Rasulullah SAW. Beliau mempelajari segala ilmu dan pengertian hikmah daripada Rasulullah sebagai bekalan ketika ketiadaan Baginda SAW untuk membuktikan bahawa suaminya itu nyata (Muhammad Ali, 2010). Beliau memainkan perana penting dalam penentangan politik terhdapa khalifah ketiga dan keempat iaitu Uthman bin ‘Affan dan ‘Ali bin Abi Talib, bahkan memimpin tentera menentang ‘Ali di Basra pada tahun 656. Dari sudut lain, beliau merupakan antara tokoh yang kaya dengan ilmu sarjana, politik, dan ruang kemasyarakatan sepanjang kariernya. Walaupun diasak dengan
pelbagai
penentangan,
namun
beliau
tetap
di
hadapan
memperjuang syiar Islam atas nama Allah dan suami kesayangannya, Muhammad SAW (Denise Spellberg, 1996).
3.3.3 Sumaiyyah binti Khayyat r.a: Iman Setinggi Langit, Seluas Lautan Sumaiyyah binti Khayyat r.a mula dikenali daripada kisah penyiksaan keluarga Yasir. Mereka menerima pelbagai penyeksaan dan penderitaan. Sumayyah dahulunya seorang hamba milik Huzaifah bin al-Mughirah dari suku Bani Makhzum. Beliau juga merupakan orang yang ketujuh beriman kepada Rasulullah SAW pada awal penyebaran Islam. Abu Jahal membunuh Sumaiyyah dengan pedangnya yang ditikam di pangkal hati Sumayyah dengan penuh kejam, dan akhirnya beliau syahid. Lihat,
PENDIDIKAN ISLAM | PPISMP C8 980421106353
12 | P E N D I D I K A N I S L A M ( G P I 1 0 8 3 ) ketinggian iman yang disulam pada dirinya menjadi benteng untuk memperjuang agama Islam. Hamba wanita itu jugalah membuktikan kepada kita bahawa golongan ini juga menjadi pendorong kebangkitan iman dan takwa yang bergerak seiring demi menjamin kebangkitan ummah (Syed Ahmad Semait, 1989:244).
Daripada ketiga-tiga tokoh yang diperbincangkan ini, maka dapatlah kita merumuskan bahawa peranan wanita dalam membawa umat manusia ke landasan Islam yang benar, syumul dan berpandu. Tuntutan dakwah ini kepada seluruh umat Islam, dan tidak terkecuali kaum yang dikatakan lemah ini, pada hakikatnya mampu menggegar dunia. Keperluan ini bukan semata-mata atas kepentingan akhirat, tetapi juga kerana kepentingan hidup di dunia.
PENDIDIKAN ISLAM | PPISMP C8 980421106353
13 | P E N D I D I K A N I S L A M ( G P I 1 0 8 3 ) 3.4
Ciri-ciri Wanita Solehah Sebagai Pejuang Membangunkan Ummah Apabila kita menghayati kisah-kisah pejuang wanita Islam yang diperjelas
sebelum ini, satu kunci utama dalam pembentukan peribadi mereka ialah sifat dalaman yang diterap dengan akhlak mulia. Ciri-ciri insan solehah itulah juga menjadi kayu ukur dalam pengukuhan akidah, ibadah dan akhlak pada setiap insan bergelar ‘Penghias Dunia’ ini. Keperibadian yang baik harus dicontohi dan diteladani, bukan hanya ditujukan kepada kaum wanita sahaja malah sudah pasti kaum adam harus mengaplikasi ciri-ciri tersebut, antaranya;
Keimanan yang Teguh kepada Allah Dalam setiap perkara yang kita lakukan, tujuan dan niat itu haruslah berada di tempat yang betul dan meletakkan keredaan Allah sebagai sasaran yang utama seperti sabda Rasulullah SAW dalam catatan Hadis 40 Imam Nawawi, yang bermaksud, “ Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Jika dia berhijrah kerana dia dan mencari habuannya, atau kerana seorang perempuanyang mahu dikahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu”
Seorang muslimah akan memiliki ikatan yang kuat kepada Allah SWT sekiranya keimanan yang teguh dan niat yang betul. Dengan kelurusan dan pemantapan akidah itu juga, seorang muslim akan menyerahkan segala ketentuan kepada Sang Pencipta (Zawati Awang, Azman Arifin, 2015)
Ketaatan kepada Rasulullah dalam Beribadat Ibadah menjadi perkara penting sebagai seorang muslim. Dengan beribadahlah kita menjalankan perhubungan dengan Allah. Sekiranya ibadah itupun sudah tidak menepati kaifiat yang diajar Nabi SAW, apakah ibadah kita itu yakin diterima? Sabda Nabi SAW yang berbunyi,
PENDIDIKAN ISLAM | PPISMP C8 980421106353
14 | P E N D I D I K A N I S L A M ( G P I 1 0 8 3 ) “Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat”
Akhlak yang Mulia Siti Khadijah dikenali dengan sifat taatnya pada Baginda SAW, Maimunah binti Harith al-Hilaliyah r.a yan terkenal dengan sifat ikhlasnya, manakala Siti Asiah begitu sebati dengan sifat zuhudnya. Maka, apakah yang kita mahu perhatikan? Ya, akhlak yang mulia memberi cerminan keperibadian seseorang. Elemen inilah yang menjadi indikator utama sebagai wanita solehah.
Disiplin dalam Menguruskan Masa Mari kita memahami persoalan yang cuba disampaikan pada pantun di bawah iaitu, Emas suasa, jadi idaman, Cantik diatur, permata indah, Demi masa, tuhan berfirman, Hanya ditutur, mengapa tak endah?
Persoalan yang tersirat dalam pantun tersebut ialah, ramai dikalangan kita, sama ada seorang muslim atau muslimah itu hanya melafazkan “Demi Masa” dalam surah Al-Asr, namun pada hakikatnya nikmat masa itulah yang kita sering abaikan. Maka dengan itu, disiplin masa merupakan prinsip utama dalam perjuangan kita dalam membangun ummah dan masyarakat.
PENDIDIKAN ISLAM | PPISMP C8 980421106353
15 | P E N D I D I K A N I S L A M ( G P I 1 0 8 3 ) 3.5
Kerjaya Wanita Masa Kini: Medan Pembangunan Ummah
Mari kita tinjau semula perbincangan yang kita rungkai sebelum ini seperti berkaitan hak isteri dalam rumah tangga, kepentingan pendidikan bagi kaum wanita, ciri-ciri wanita solehah dan tokoh-tokoh teladan wanita Islam, maka segala elemen itu dapat melengkapkan keperibadian seorang wanita sebagai pembangun ummah melalui kerjaya-kerjaya yang mereka ceburi.
Wanita berkerjaya merujuk kepada seseorang yang menceburi sesuatu bidang dalam hidupnya sama ada berupa pekerjaan, hobi atau pengalaman semata-mata (Zawati Awang & Azman Ariffin, 2015). Maka disini, skop kerjaya wanita boleh dipecahkan kepada beberapa ruang dan cabang seperti yang diklasifikasikan pada rajah di bawah (rajah 3.5):
Politik
Ekonomi
Pendidikan
Institusi Rumah Tangga
Rajah 3.5: Antara Cabang Kerjaya Bagi Kaum Wanita 3.5.1
Politik
Wanita Islam hari ini dituntut menceburkan diri dalam bidang politik sebagaimana lelaki. Mereka turut menyumbang tenaga dalam usaha memajukan hidup masyarakat. Selain memberi nasihat, objektif ini juga boleh direalisasikan dengan cara menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Maka medan ini adalah sebahagian daripada jihad yang besar ganjarannya di sisi Allah selain dapat membantu menegakkan keadilan dalam pemerintahan (Syayuthy Abdul Manas, 2008) 3.5.2
Ekonomi
Islam juga membenarkan wanita memiliki harta, mewarisi, mengusahakannya dan bekerja mencari rezeki. Dalam sejarah Islam, golongan wanita amat berperanan dalam aktiviti sosio ekonomi sejak zaman Rasulullah SAW dan
PENDIDIKAN ISLAM | PPISMP C8 980421106353
16 | P E N D I D I K A N I S L A M ( G P I 1 0 8 3 ) zaman Khulafa ar-Rasyidin lagi. Pasar Madinah pernah dipenuhi dengan pedagan wanita, sehinggakan Khalifah Umar al-Khattab melantik seorang wanita Islam yang bernama al-Shifa’ sebagai pengawal pasar ketika itu (Nooh Gadut, 2006).
3.5.3
Pendidikan
Kerjaya sebagai guru dengan wanita tidak asing lagi dalam negara kita. Fenomena itu sudahpun lama bergerak sejak era pramerdeka lagi. Wanita sememangnya layak untuk menceburi kerjaya ini kerana sifat bagi seorang guru itu bersesuaian dengan sifat seorang ibu yang tugasnya mendidik, menegur, menasihat dan seumpanya (Sufean Hussin, 1996). Dengan kerjaya ini, maka penerapan dakwah Islam sedikit sebanyak dapat diselit dalam sesi pengajaran.
Meneliti fenomena kerjaya wanita kini, pada realitinya, pembentukan minat sesuatu profesion itu berteraskan proses kehidupan seseorang wanita itu di alam rumah tangga. Hal ini dikatakan demikian kerana, peranan wanita dalam membentuk pembinaan ummah adalah bermula dari peringkat pembentukan keluarga. Merekalah sebagai seorang ibu, penyedia makan dan minum anak-anak serta suami, kesihatan dan sebagainya. Wanita sebagai ibu juga mendorong kepada kelahiran pejuang-pejuang Islam seperti seorang ulama yang bernama Ar-Rabi’ah Ar-Ra’yi yang diberi didikan dari kecil oleh seorang ibu tunggal. Kewibawaan ulama itu sehinggakan anak muridnya terdiri daripada Malik bin Anas, Abu Hanifah, An-Nu’man, Yahya bin Sa’id Al-Anshari dan sebagainya (Muhammad Ali, 2010). Maka, dapatlah dirumuskan bahawa seorang wanita itu berperanan dalam segala hal demi menggerak ummah seiring memelihara kebahagian sebuah institutsi kekeluargaan secara seimbang.
PENDIDIKAN ISLAM | PPISMP C8 980421106353
17 | P E N D I D I K A N I S L A M ( G P I 1 0 8 3 ) 4.0
Kesimpulan
Secara keseluruhan perbincangan pada tugasan kali ini, dapatlah dirumuskan bahawa wanita merupakan individu terpenting dalam penyebaran biah Islam ke seantero dunia. Sejarah
membuktikan
bahawa
dengan
bangkitnya
wanita
dalam
melaksanakan
tanggungjawab dakwah, tersebarlah ke utara dan selatan, timur dan barat dalam masa yang singkat. Masalah yang perlu ditangani lelaki dalam aspek dakwah menjadi lebih ringan jika kaum wanita pada zamannya berganding bahu dan menjiwai tanggungjawab mereka dalam berdakwah
dengan
sebenar-benarnya.
Dengan
situasi
itulah
wanita
dapat
mengaplikasikannya melalui alam kekeluargaan atau rumah tangga sebagai ibu, isteri atau suri rumah. Pembentukan akhlak juga menjadi pelengkap keperibadian mereka sepertimana yang dianjurkan oleh pejuang wanita Islam sejak dahulu. Kini, kerjaya mereka mampu membawa panjar agama di puncak sekiranya mereka sedar akan hakikat tersebut. Akhir kata, semoga dengan adanya kesedaran wanita dalam perjuangan Islam mampu terus menyediakan sebuah kehidupan yang damai, makmur, dan kelahiran generasi cemerlang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah secara holistik, Insha-Allah.
PENDIDIKAN ISLAM | PPISMP C8 980421106353
18 | P E N D I D I K A N I S L A M ( G P I 1 0 8 3 ) Lampiran
Gambaran situasi urusan jual beli yang turut sama golongan wanita dalam aktiviti tersebut ketika zaman kenabian
Dato’ Seri Vida, seorang usahawan wanita yang boleh dicontohi dan membuktikan bahawa golongan ini mampu berdiri setanding di pentas perniagaan.
Profesion guru juga merupakan salah satu kerjaya yang bersesuaian dengan personaliti sebagai seorang wanita
PENDIDIKAN ISLAM | PPISMP C8 980421106353
19 | P E N D I D I K A N I S L A M ( G P I 1 0 8 3 ) Bibliografi
'Abd. Aziz Izzat Al-Khayyat. (1999). al-Nizam al-Siyasi fi al-Islam: al-Nazariyyah, alSiyasiyyah Nizam al-Hukm. Al-Qaherah: Dar al-Salam.
Al-Allawi, M. A. (2010). Kemuliaan Tokoh Wanita Unggul Menjulang Martabat Wanita Ke Mercu Gemilang. Selangor: Al-Hidayah Publisher.
Jaafar Salleh. (2002). Ciri-ciri Wanita yang Membawa Ke Syurga. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publisher.
Kamarul Azmi Jasmi, Mohd. Ismail Mustari, & Azhar Muhammad. (2008). Wanita dalam Dakwah dan Pendidikan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Manas, S. A. (2008). Apa Kata Islam Mengenai Wanita Berpolitik. Selangor: PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Muhammad Ali Qutub. (1986). 'Aisyah Mu'allimah al-Rijal Wa al Ajyal. Kaherah: Maktabah al-Quran.
Mustafa Kamal Pasha. (2009). Fikh Islam. Jogjakarta: Citra Karsa Mandiri.
Nila Agustina. (2012). Ciri-ciri Keperibadian Isteri Nabi SAW. Dicapai pada 13 Mac 2017, daripada http://nila1708.blogspot.my/2012/03/nama-istri-rasulullah-dan.html
Rian Permana. (2012). Peranan Wanita dalam Islam. Dicapai pada 13 Mac 2017, daripada https://muslim.or.id/9142-peranan-wanita-dalam-islam.html
Semait, S. A. (1989). 100 Tokoh Wanita Terbilang. Singapura: Pustaka Nasional.
Sulaiman An-Nadawi. (2009). Aisyah Ummul Mukminin- Keanggunan Sejati. 2009: PTS Millennia Sdn. Bhd.
Zawati Awang, & Azman Ariffin. (2015). Fikrah: Makalah Ilmiah Pendidikan Islam. Kedah: Jabatan Pengajian Islam dan Moral IPG Kampus Perlis.
PENDIDIKAN ISLAM | PPISMP C8 980421106353
20 | P E N D I D I K A N I S L A M ( G P I 1 0 8 3 )
PENDIDIKAN ISLAM | PPISMP C8 980421106353