Merotan Dan Kesannya

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Merotan Dan Kesannya as PDF for free.

More details

  • Words: 747
  • Pages: 3
Spare the rod, spoil the child???? Memukul atau merotan merupakan hukuman fizikal. Ibubapa yang menggunakan hukuman fizikal bertujuan menghentikan kerenah anak yang tidak baik. Walaupun terdapat banyak kajian yang membuktikan bahawa hukuman fizikal ini kurang berkesan malah mendatangkan implikasi yang negatif, tapi bagi saya, masih ada situasi tertentu di mana ibubapa perlu jugak merotan anak sebagai hukuman, terutamanya dalam perkara yang membabitkan hukum syari’ah. Dalam solat misalnya, Nabi Muhamad (saw) pernah berpesan supaya mengajar anak bersolat ketika berusia 7 tahun dan merotan(memukul) anak yang tidak bersolat ketika mereka berusia 10 tahun. 3 tahun ialah jarak masa yang diambil untuk mendidik anak bersolat melalui tunjuk ajar dan nasihat yang baik. Dalam masa 3 tahun ini sepatutnya sikap anak boleh dibentuk secara positif. Sekiranya mereka masih berdegil, maka ibubapa boleh merotan sebagai usaha terakhir dalam mendidik mereka menunaikan kewajipan terhadap Allah. Ketika anak-anak berusia 10 tahun, mereka telah mencapai tahap mumayyiz yakni boleh membezakan di antara perkara yang baik dan tidak baik. Mereka boleh memahami bahawa hukuman rotan yang diterima adalah di atas sikap degil dan kesilapan yang mereka lakukan. Walaupun begitu, sekiranya ibubapa mempunyai cara yang lebih efektif, elakkan dari mengenakan hukuman fizikal terhadap anak-anak. Adakah cara selamat untuk merotan atau memukul? Merotan mungkin tidak mendatangkan kesan yang buruk jika dilakukan oleh ibubapa yang “authoritative” dibandingkan dengan ibubapa yang “autoritarian”. Hukuman fizikal yang dilakukan sekali sekala oleh “authoritative parents” tidak menjejaskan hubungan rapat di antara ibubapa dan anak-anak. Sebaliknya, jika hukuman fizikal itu dilakukan oleh ibubapa yang autoritarian, ia boleh menjadi batu penghalang kepada hubungan rapat antara ibubapa dan anak-anak yang mengakibatkan semakin sukar bagi ibubapa untuk mengenali dan mendidik anak-anak mereka.

Sebelum mengenakan hukuman fizikal ini, ibubapa wajar memahami dan mengenali perwatakan dan sikap anak-anak. Ibubapa juga perlu mengambil kira tahap hubungan mereka dengan anak-anak.Sekiranya anak-anak mempunyai hubungan yang rapat dengan ibubapa (closed bonding), maka hukuman fizikal tidak akan menjejaskan emosi anak-anak.Sebaliknya jika ibubapa tidak begitu rapat dengan anak-anak, hukuman fizikal mungkin akan mengakibatkan emosi anak-anak terganggu seperti menyimpan dendam, marah dan sebagainya. Ibubapa perlu meneliti, samada hukuman fizikal itu dilakukan secara reflex atau secara terancang. Hukuman fizikal yang terancang ialah ibubapa mempunyai peraturan yang tertentu misalnya anak-anak wajib menunaikan solat lima waktu, andainya anak-anak tidak mengikut peraturan tersebut maka mereka dikenakan hukuman fizikal. Pastikan anak-anak memahami peraturan dan tahu akibat dari kedegilan mereka, mereka akan menerima hukuman fizikal. Di sini, anak-anak diberi pilihan samada mengikut peraturan atau menerima hukuman. Manakala hukuman fizikal secara reflex pula ialah yang berlawanan dengan hukuman fizikal terancang, tidak ada peraturan yang dibuat, asal anak buat kerenah saja, ibubapa terus mengenakan hukuman fizikal. Istilah yang biasa kita gunakan ialah ringan tangan. Ringan tangan di sini bukan bermakna rajin tapi cepat sangat menampar anak. Pantang silap sikit, anak-anak mesti kena, mungkin kena penampar, mungkin kena cubit dan sebagainya. Inilah cara pendidikan yang kurang berkesan kerana anak-anak kerap akan mengulangi kerenah yang sama. Setiap kali ibubapa mengenakan hukuman fizikal, pastikan kita memberi penerangan kepada anakanak kenapa mereka dipukul dan sebagainya. “Highlight” kan kelakuan anak-anak yang tidak dapat kita terima. Buat peraturan tentang perkara itu dan beritahu anak-anak, mereka akan menerima hukuman yang sama setiap kali mereka berkelakuan begitu. Ibubapa juga harus memastikan bahawa mereka tidak dalam keadaan marah ketika hukuman fizikal dilakukan. Sekiranya kita merotan atau memukul dalam keadaan yang marah, mungkin

terjadi kes penderaan. Orang yang dalam keadaan marah tidak dapat mengawal emosi dengan baik, dan melepaskan ledakan emosi kepada anak-anak melalui hukuman fizikal. Sekiranya disedari bahawa hati kita tengah panas, eloklah kita elakkan diri daripada anak-anak sehingga kemarahan kita reda. Ibubapa seharusnya tahu bagaimana cara merotan yang selamat dan tidak mendatangkan kecederaan kepada anak-anak. Merotan anak-anak di tempat yang kurang sensitive seperti tapak tangan. Jangan sesekali memukul dibahagian muka atau di tempat-tempat yang boleh mendatangkan bahaya seperti di kepala atau perut. Pukulan yang diberikan jangan terlalu kuat, cukup sekadar dapat memberi pengajaran kepada anak-anak agar tidak mengulangi kesalahan yang sama. Sama seperti kita menjaga anak-anak daripada kecederaan fizikal ketika merotan atau memukul, begitulah juga kita harus menjaga anak-anak daripada kecederaan emosi. Jangan merotan di khalayak ramai atau di depan kawan-kawan sehingga memalukan mereka terutama pada anak-anak remaja. Sebagai kesimpulan, selain dari hukuman fizikal, masih terdapat banyak bentuk disiplin yang lebih positif dan efektif. Hukuman fizikal mungkin sebagai langkah terakhir apabila cara-cara disiplin yang lain tidak berkesan dan hendaklah dilakukan dengan cara yang paling selamat agar tidak mendatangkan kecederaan kepada anak-anak baik dari segi fizikal atau pun emosi. InsyaAllah, saya akan sambung penulisan tentang disiplin yang lebih positif dan efektif sekiranya ada kelapangan.

Related Documents