Penyakit Mata (Konjunktivitis) Dan Kesannya Kepada Orentasi Dan Mobility. Pengenalan. Menurut Caroline McEwan dan Whye Onn Ho, konjunktivitis adalah radang yang terjadi pada bahagian selaput lendir (conjunctiva) yang merupakan tisu lutsinar yang melitupi sklera (bahagian mata putih) dan bahagian dalam kelopak mata. Tisu ini berperanan untuk melembabkan bahagian dalam kelopak mata dan bola mata. Konjungtivitis biasanya akan mempengaruhi kedua-dua belah mata pada masa yang sama walaupun pada mulanya ia menyerang pada sebelah mata dan seterusnya akan merebak pada mata sebelahnya selepas sehari atau dua hari. Peradangan tersebut menyebabkan timbulnya pelbagai gejala, salah satunya mata menjadi merah. Penyakit ini juga sering dikenali sebagai penyakit mata merah jambu. Terdapat tiga jenis katogeri konjunktivitis yang umum iaitu virus, alergi, dan bakteria. Sementara, Pertubuhan Klinik Cleveland mengklasifikasikan empat jenis konjungtivitis iaitu disebabkan oleh virus, alergi, bakteria dan jangkitan dari hubungan seksual (sexually transmitted diseases (STDs). Konjungtivitis oleh bakteria ialah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria seperti staphylococci, streptococci atau haemophilus. Organism ini diperolehi daripada kulit pesakit sendiri atau dari bahagian pernafasan atau daripada orang lain yang mendapat konjunktivitis. Seterusnya bagi konjungtivitis oleh virus biasanya dikaitkan dengan selesema. Konjungtivitis ini disebabkan oleh virus yang dipanggil ‘adenovirus’. Jenis konjunktivitis ini boleh merebak dengan cepat kepada orang lain dan mungkin akan menyebabkan wabak konjunktivitis. Sementara itu, konjunktivitis oleh alergi biasanya terjadi pada individu yang mempunyai tanda-tanda penyakit alergi seperti demam jerami, asma, dan eksem (penyakit kulit). Konjungtivitis ini disebabkan oleh alahan kepada debunga, debu, atau kosmetik. Manakala konjunktivitis oleh Ophthalmia neonatorum dan STDs adalah dari bakteria yang dibawa melalui hubungan seksual iaitu Chlamydia dan gonorrhea yang menyebabkan berlakunya radang konjunktiva. Ia dinamakan ophtalmia neonatorum dan lazimnya tersebar semasa kelahiran akibat sentuhan terus semasa dilahirkan dengan tisu kelamin ibu yang mengalami infeksi.
1. Gejala Penghidap Konjungtivitis. Pesakit yang menghidap konjungtivitis akan menunjukkan beberapa gejala pada mata mereka. Terdapat beberapa gejala khusus yang telah didiagnosis oleh pakar. Pesakit amnya akan merasa gatal pada mata mereka. Kegatalan pada mata menunjukkan pesakit mengalami 1
konjunktivitis disebabkan oleh alergi. Kegatalan pada mata ini mungkin pada tahap sederhana kepada teruk. Lazimnya, mata akan menjadi merah disebabkan oleh kegatalan dan bukannya disebabkan oleh alahan mata. Keadaan kegatalan yang berulang-ulang dan teruk pada mata ini mempunyai kaitan dengan sejarah latar belakang individu atau keluarga yang mengalami demam jerami, alahan rhinitis, asma atau penyakit kulit atopic yang menyebabkan alergi pada mata. Kegatalan sederhana mungkin berpunca dari blepharitis, mata yang kering, dan kadangkala dari bakteria atau virus konjunktivitis. Gejala seterusnya yang dikaitkan dengan konjunktivitis adalah lelehan dari mata, seperti keadaan mata yang berair dengan teruk, mengeluarkan mucoid, mucopurulent atau mengeluarkan lendir bernanah. Keadaan ini memudahkan kita mengenalpasti bahawa pesakit mengalami keradangan konjunktiva. Lelehan yang teruk biasanya dikaitkan dengan virus atau alergi. Lelehan Mucoid ( lendir yang berserabut atau bertali) adalah ciri-ciri kepada alergi atau mata kering. Mucopurulent atau lelehan bernanah, biasanya mempunyai hubungan dengan mata berkerak pada waktu pagi, dan sukar membuka kelopak mata. Hal ini disebabkan oleh jangkitan
bakteria.
Kemungkinan
seseorang
dijangkiti
neisseria
gonorrhoeae
perlu
dipertimbangkan apabila lelehan nanah terjadi secara berlebihan. Gejala konjungtivitis juga menyerang pada sebelah mata atau kedua belah mata. Konjunktivitis oleh alergi akan menunjukkan gejala pada kedua-dua belah mata. Sementara jangkitan disebabkan oleh virus dan bakteria (termasuklah organism Chlamydial) akan dipindahkan melalui sentuhan mata-tangan. Lazimnya, jangkitan ini bermula pada sebelah mata, dan seterusnya akan menjangkiti mata sebelahnya selepas beberapa hari. Pesakit yang mengalami konjungtivitis pada sebelah mata yang kronik perlulah merujuk sepenuhnya pada pakar mata supaya kajian boleh dibuat untuk mengenalpasti sama ada wujudnya penyumbatan debu, nasolacrimal, keratitis, wujudnya bendasing tersembunyi dan neoplasia konjuktiva. Gejala seterusnya adalah mata berasa sakit, fotofobia, dan penglihatan menjadi kabur. Kesakitan dan fotofobia bukanlah gejala utama dalam proses keradangan konjuktiva. Sekiranya gejala ini berlarutan, doktor perlu mengenalpasti sama ada pesakit mengalami penyakit mata yang lain seperti uveitis, keratitis, dan glukoma. Sementara itu, penglihatan yang kabur dan mata yang sering berkerdip dikaitkan dengan konjunktivitis. Pemerhatian
dari
sudut
terperinci
terhadap
gejala
dengan
kategori
konjungtivismenunjukkan gejala yang berbeza. Menurut Caroline McEwan dan Whye Onn Ho, pesakit yang menghidap konjungtivitis disebabkan oleh alergi akan mengalami keadaan dimana kedua-dua belah mata biasanya dijangkiti pada masa yang sama dan serangan alergi konjungtivitis boleh berlanjutan buat masa yang lama. Pesakit akan mengalami kelopak mata yang membengkak dan mata pesakit akan berasa gatal serta berair. Pesakit barangkali 2
mengalami gejala demam jerami jika mereka mempunyai alergi konjungtivitis bermusim. Keadaan ini termasuklah bersin, gatal hidung dan gatal pada bahagian kerongkong. Gejala ini berbeza bergantung kepada musim debunga dan cuaca. Pesakit mungkin mengalami gejala yang lebih teruk semasa hari kering dan berangin apabila terdapat lebih banyak debunga di udara. Sementara itu, pesakit yang menghidapi konjungtivitis disebabkan alergi kepada penggunaan produk akan mengalami ruam pada kelopak mata mereka. Selain itu, gejala bagi konjungtivitis yang disebabkan oleh bakteria pula akan menyerang kedua-dua belah kelopak mata. Lazimnya pesakit akan merasa seperti mata mereka berpasir dan mengeluarkan cecair yang melekit. Kedua-dua mata akan menjadi merah. Disamping itu, kelopak mata akan melekat terutamanya di waktu pagi dan mungkin akan mengakibatkan bulu mata gugur. Pesakit juga akan mengalami fotofobia dimana mata pesakit akan berasa sakit apabila berada dikawasan yang panas terik dan bercahaya terang. Seterusnya, bagi konjungtivitis yang disebabkan virus akan menunjukkan beberapa gejala. Diantaranya, mata akan menjadi merah dan berair. Pesakit akan berasa tidak selesa pada mata mereka dan mengalami gejala selesema. Kadangkala terdapat bintik-bintik ruam disekeliling telinga atau tengkuk. Jenis konjungtivitis akan merebak dan memberi kesan pada korne dan mungkin berlarutan selama beberapa minggu.
2. Prognisif. Menurut Gary L. Morrow dan Richard L. Abbott (2008), radang konjuktiva boleh terjadi dalam keadaan yang sangat teruk, teruk atau kronik. hiper akut Konjungtivitis bakteria mengakibatkan keradangan pada mata yang boleh mengancam penglihatan dan memerlukan pemeriksaan, serta pengurusan dari oftalmik dengan segera. Serangan jangkitan terjadi secara tiba-tiba dan ia menunjukkan gejala dimana lelehan nanah berwarna kuning-hijau yang bertimbun selepas dilap. Gejala hiperakut konjuktivitis, lazimnya sangat progresif, gejala ini merangkumi mata kemerahan, berasa sakit dan mengalami gangguan untuk pempalpatan.. Punca utama hiper akut konjunktivitis bernanah adalah N. gonorrhoeae dan Neisseria meningitides, dimana N. gonorrhoeae merupakan penyebab yang lazim. Kedua-dua jangkitan ini memberi persembahan klinikal yang serupa, dan ia boleh dibezakan melalui kajian makmal mikrobiologi. Jangkitan okulus Gonocaccal biasanya wujud dalam neonat (oftalmia neonatorum) dan daripada aktiviti seks yang aktif oleh orang dewasa. Bayi-bayi yang dijangkiti lazimnya mengalami lelehan pada kedua belah mata selepas tiga atau lima hari dilahirkan. Pemindahan organisma Neisseria kepada bayi berlaku semasa bayi berada pada faraj ibu semasa proses 3
kelahiran. Bagi orang dewasa, organisma tersebut biasanya dipindahkan dari alat kelamin kepada tangan kemudiannya kepada mata. Bayi yang dijangkiti mungkin terkena jangkitan gonococcal, seperti rhinitis atau proktitis, atau menyebarkan jangkitan gonococcal seperti arthritis, meningitis, pneumonia atau sepsis. Lebih 30 peratus pesakit dengan gonococcal konjunktivitis mempunyai penyakit kelamin klamidia serentak. Sekiranya jangkitan gonococcal tidak dirawat, kornea akan mengalami kerosakan yang teruk. Hal ini mengakibatkan pengulseran dan penebukan plumbum yang mendalam dan menyebabkan kehilangan penglihatan. Menurut Harold Shryock (1992) Infalamasi konjuktiva oleh Gonorea adalah satu infeksi pada mata yang
paling teruk dan ia mungkin dapat
mengakibatkan maut. Sementara itu, dalam laman Rumah Sakit Mata Dr. Yap menyatakan konjuktivitis Genorea adalah satu-satunya peradangan konjuktiva yang menyebabkan kebutaan tetap, dimana ia dimulai dengan Keratitis (peradangan kornea), sehingga terjadi lubang pada kornea dan peradangan bola mata sehingga menimbulkan kebutaan tanpa didahului oleh trauma. Hal ini disebabka oleh kuman Neiseria Gonorrheo Neonatorum yang mengandungi enzim proteolitik yang merosakkan kornea. Oleh itu, langkah bijak untuk merawat pesakitpesakit adalah dengan tambahan antibiotik oral yang berkesan kepada spesies Chlamydia. Seterusnya akut konjuktivitis bakteria. Gejala bagi akut konjunktivitis bakteria adalah kurang teruk dan menunjukkan gejala yang perlahan pada peringkat permulaan, dan serangan lebih perlahan berbanding hiper akut konjunktivitis. Lazimnya akut konjuktivitis bakteria akan menunjukkan gejala dimana mata berasa panas, gatal, berair dan biasanya terdapat lelehan mucopurelent lelehan bernanah. Pesakit yang mengalami keadaan ini sering melaporkan bahawa kelopak mata mereka akan melekat semasa bangun pagi. Selain itu, konjuktiva akan membengkak dan terdapat edema yang sederhana pada kelopak mata. Seterusnya adalah konjuktivitis bakteria kronik dan blefaritis. Konjuktivitis bakteria kronik biasanya disebabkan oleh spesies Staphylococcus. Sungguhpun begitu bakteria lain juga merupakan punca konjuktivitis kronik. Jenis konjuktivitis ini sering dikaitkan dengan blepharitis, keradangan biasanya tidak berkait dengan pengkolonian bakteria pada sisi kelopak mata. Bagi sesetengah kes konjuktivitis bakteria kronik terdapat juga perkaitan dengan sebore muka. Gejala-gejala konjuktivitis bakteria kronik berbeza dan merangkumi rasa gatal, panas, dan mata berkerak pada waktu pagi. Tanda-tanda konjuktivitis ini termasuklah sisa berlapis, eritema dan kepanasan disepanjang sisi kelopak mata, serta kehilangan bulu mata. Sesetengah pesakit dengan konjuktivitis bakteria kronik juga akan mengalami pembengkakkan di kelopak mata dan chalazia ( lipogrulomas) pada sisi kelopak mata. Kelenjar-kelenjar meibomian adalah kelenjar minyak yang membariskan posterior di sisi kelopak mata dan di belakang bulu mata. Kelenjar-kelenjar tersebut akan merembes komponen 4
berminyak yang penting pada selaput air mata. Apabila terjadinya keradangan, kelenjar meibomian akan rosak dan menghasilkan keradangan yang kronik pada kelopak mata dan pada konjuktiva, mengakibatkan gejala kegatalan mata-kering. Keadaan ini dirujuk sebagai meibomianitis. Keradangan yang kronik pada kelenjar meibomian dan kelopak mata adalah faktor penggalak pembentukan chalazia dalam kelopak mata. Jangkitan okular klamidia seperti ocular Chlamydia trachomatis boleh berlaku dalam dua bentuk yang berbeza: trachoma (dikaitkan dengan serotip A hingga C) dan konjuktivitis percantuman (dikaitkan dengan serotip D hingga K). Trakoma, merupakan konjuktiktivitis kronik. Ia boleh menyebabkan masalah okular dan menyebabkan kebutaan yang boleh dicegah. Konjuktivitis trachoma mendapat perhatian awam terutamanya di negara-negara membangun, khasnya di kawasan luar bandar, terutamanya di Afrika, Asia dan Timur Tengah. Trakoma merebak melalui sentuhan langsung dengan mata yang dijangkiti, hidung, atau kahak atau sentuhan objek yang tercemar, seperti tuala atau baju. Sesetengah lalat juga boleh merebakkan bakteria ini. Kesan Psikologi. Pesakit yang mengalami konjuktivitis turut mengalami kesan psikologi akibat penyakit ini. Kesan psikologi yang jelas yang terpaksa dihadapi oleh pesakit adalah tekanan mental dan perasaan. Hal ini kerana mata merupakan deria yang penting untuk penglihatan dan amat berguna dalam menjalani kehidupan seharian untuk melihat dan meneroka persekitaran. Akibat Penyakit konjuktivitis akan menimbulkan pelbagai gejala dan ketidak selesaan kepada penghidap. Sebagai contoh pesakit yang menghidap konjungtivitis bakteria. Bakteria ini akan menyerang kedua-dua belah kelopak mata. Lazimnya pesakit akan merasa seperti mata mereka berpasir dan mengeluarkan cecair yang melekit. Kedua-dua mata akan menjadi merah. Disamping itu, kelopak mata akan melekat terutamanya di waktu pagi dan mungkin akan mengakibatkan bulu mata gugur. Pesakit juga akan mengalami fotofobia dimana mata pesakit akan berasa sakit apabila berada dikawasan yang panas terik dan bercahaya terang. Akibatnya pesakit akan mengalami tekanan kerana gejala konjuktivitis, ini menyekat aktiviti harian mereka seperti beriadah, bekerja dan berhadapan dengan orang awam. Selain itu bagi pesakit yang mengalami konjuktivitis disebabkan alahan turut merasa tertekan kerana mereka mudah mendapat konjuktivitis disebabkan oleh musim debunga dan cuaca. Pesakit mungkin mengalami gejala yang lebih teruk semasa hari kering dan berangin apabila terdapat lebih banyak debunga di udara. Sementara itu, pesakit yang menghidapi konjungtivitis disebabkan alergi kepada penggunaan produk akan mengalami ruam pada kelopak mata mereka. Selain itu kesan psikologi yang terpaksa ditanggung oleh penderita konjuktivitis adalah rasa rendah diri. Hal ini kerana mereka malu untuk berhadapan dengan masyarakat disebabkan 5
keadaan mata mereka yang mengalami gejala-gejala konjuktivitis. Pesakit yang menghidap konjuktivitis akan sering berada dirumah bagi mengelakkan jangkitan kepada orang awam. Mereka juga akan memakai kaca mata hitam bagi melindungi mata mereka daripada dilihat oleh orang awam. Hal ini kerana sesetengah masyarakat mempercayai mitos yang mengatakan konjuktivitis akan merebak apabila seseorang melihat mata pesakit. Oleh itu ramai rakan-rakan akan menjauhkan diri dari mendekati pesakit ini kerana takut terkena jangkitan. Pesakit yang menghidap konjuktivitis juga akan mengalami kesan psokologi seperti kemarahan terutamanya kepada pesakit yang menghidap konjuktivitis berpunca dari bawaan penyakit seks seperti dari bacteria chlamydia dan gonorea. Pesakit mungkin menyalahkan pasangan apabila beliau terkena jangkitan yang menyebabkan konjuktivitis. Hal ini kerana konjuktivitis akibat gonorea yang kronik tanpa rawatan mungkin menyebabkan pesakit buta. Ia juga akan mengakibatkan bayi yang dilahirkan terkena jangkitan konjunktivitis gonorea. Akibat dari konjunktivitis oleh Ophthalmia neonatorum dan STDs ini, menyebabkan pasangan berasa marah dan tidak mahu menerima kenyataan bahawa mereka terkena jangkitan dari pasangan, seterusnya kemungkinan berlaku konfik antara mereka yang boleh menyebabkan penceraian. Seterusnya pesakit juga akan mengalami ketakutan. Hal ini terutamanya kepada pesakit di kawasan luar Bandar dan miskin. Pesakit yang terkena jangkitan konjuktivitis dari Jangkitan okular klamidia seperti ocular Chlamydia trachomatis yang menyebabkan tracoma Pesakit yang tidak mempunyai sumber kewangan dan kemudahan kesihatan akan berasa takut kemungkinan dunia mereka akan gelap kerana menjadi buta. Pesakit yang mengalami konjuktivitis juga akan berasa khuatir kerana terpaksa menanggung kos perubatan untuk rawatan terutamanya bagi pesakit yang berpendapatan rendah. Satu kajian berkaitan perspektif pesakit konjuktivitis alahan bermusin oleh Pitt AD, Smith AF, Lindsell L, Voon LW, Rose PW, dan Bron AJ, mendapati konjuktivitis alergi memerluhan rawatan yang mahal, keadaan kronik dikaitan dengan pegurangan siknifikasi terhadap ocular dan kualiti hidup mereka dimana mereka terpaksa mengeluarkan belanja untuk kos penjagaan kesihatan bagi mencegah dan merawat penyakit yang ditimbulkan oleh konjuktivitis alergi bermusim. Pencegahan. Beberapa kaedah boleh dilaksanankan bagi mencegah jangkitan konjuktivitis. Beberapa tip yang diberikan oleh Harold Shryock (1991). Pesakit perlulah berhati-hati supaya infeksi tidak merebak kepada orang lain. Kita hendaklah mencuci tangan dengan sabun selepas menyentuh muka pesakit, dan gunakan tuala dan sapu tangan muka yang diperbuat daripada kertas dan bakarkan semuanya selepas dipakai. Selain itu, kain cadar tilam pesakit hendaklah direbus untuk membunuh kuman sebelum ianya dicuci. 6
Bagi meredakan kesakitan, pesakit bolehlah meletakan beberapa kompres sejuk pada bahagian mata yang terjejas selama lima minit sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Pesakit juga perlu mendapatkan nasihat dari doktor. Doktor akan memberi ubat titis mata atau ubat cair mata yang akan membunuh kuman-kuman penyakit tersebut. Pesakit juga hendaklah memakai ubat titis mata yang mengandungi sulfa atau antibiotic beberapa kali sehari seperti disyorkan oleh doktor. Selain itu bagi mengelakkan jangkitan, individu dan orang awam perlulah memperbetulkan keadaan yang mungkin menimbulkan penyakit inflamasi konjuktiva terjadi seperti menjaga kesihatan dengan memakan makanan yang bersih, berkhasiat dan mempunyai vitamin. Kesan Kepada Orentasi Dan Mobiliti. Sungguhpun kunjuktivitis merupakan radang sementara dan mempunyai rawatan namun bagi konjuktivitis yang kronik, ia juga boleh menyebabkan masalah penglihatan, fotofobia, buta malahan menyebabkan maut.
Pesakit terutamnya kanak-kanak yang mengalami masalah
konjuktivitis gonerea tanpa mendapat rawatan akan menyebabkan buta atau masalah kekaburan penglihatan akan menghadapi masalah dalam orentasi dan mobiliti. Oleh itu, individu yang buta dan mempunyai masalah penglihatan akibat konjuktivitis perlulah diberikan latihan orentasi dan mobiliti Orientasi dan latihan mobiliti membantu seorang yang buta tahu di mana dia berada dalam ruang dan di mana dia hendak pergi (orientasi). Ia juga membantu individu tersebut supaya berkemampuan untuk sampai ke distinasi yang dikehendaki (mobiliti). Orientasi dan kemahiran mobiliti harus dimulakan dari awal supaya mereka mempunyai kesedaran tubuh dan asas pergerakan, oleh itu, mereka akan dapat mengemudikan dunia mereka dengan cekap, berkesan, dan selamat. Individu yang mengalami risiko visual lazimnya memerlukan galakan bagi meneroka persekitaran mereka. Terdapat beberapa kaedah disarankan agar boleh membantu individu yang kehilangan penglihatan akibat serangan konjuktivitis sehingga menyebabkan. Individu yang kehilangan penglihatan perlu diberi latihan tentang kesedaran deria. Kaedah ini dapat melatih individu menggunakan pancaindera lain selain mata bagi memudahkan individu tersebut menyesuaikan diri dengan persekitaran. Sebagai contoh, melatih menggunakan sensori bau, rasa, sentuh, dan dengar. Melalui kaedah ini diharapkan kemahiran deria mereka dapat ditingkatkan. Kaedah seterusnya adalah melatih tentang konsep ruang. Hal ini penting agar individu yang telah kehilangan penglihatan menyedari bahawa objek atau barang-barang disekelilingnya wujud walaupun mereka tidak dengar, merasa dan memahami objek tersebut. Mereka perlu diajar bahawa terdapat hubungan objek dalam persekitaran. Kaedah yang penting seperti 7
kaedah pencarian adalah penting supaya mereka dapat berdikari mencari barang yang tercicir tanpa bantuan orang lain. Individu ini dilatih juga cara menempatkan barang-barang atau meletakkan barang dengan cekap. Bukan itu sahaja, melalui kemahiran ini, individu dilatih menggunakan deria pendengaran dengan teliti bagi mengenal pasti arah barang yang terjatuh daripada barangan yang menghasilkan bunyi jatuhan yang kuat mahupun perlahan dengan menggunakan teknik-teknik mencari. Seterusnya individu hendaklah diajar pergerakan bebas seperti merangkak, berpaling, berjalan dan sebagainya. Individu yang mengalami kehilangan visual perlu dilatih supaya mereka boleh belajar untuk berjalan di persekitaran yang biasa dengan mereka. Mereka juga seharusnya diajar menggunakan landmark dan clues untuk membantu mereka, supaya tahu dimana mereka berada dan seterusnya memberi panduan kepada mereka untuk sampai ke destinasi yang diinginkan. Mereka juga perlu belajar untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran khusus. Hal ini termasuklah memahami penanda pada muka pintu, mengenal pasti bilik air, menggunakan alat mobiliti yang adaptif atau tongkat bagi mengenalpasti halanganhalangan. Matlamat utama orientasi dan mobiliti diajar kepada golongan ini adalah supaya mereka mencapai pergerakan bebas sebaik mungkin. Selain itu mereka juga perlu diajar tentang panduan celik iaitu menggunakan orang lain bagi membantu mereka untuk bergerak. Walaupun mereka kelihatan boleh berdikari, tetapi ada masa dan ketika mereka memerlukan khidmat juru pandu untuk pergi ke tempat-tempat yang baru atau asing. Seterusnya mereka juga perlu diajar teknik perlindungan. Teknik ini penting sebagi perlindungan tambahan semasa mereka berada di kawasan-kawasan yang tidak biasa. Salah satu teknik dalam menjamin keselamatan adalah teknik bersilang tangan (crossbody protection technique) adalah teknik asas untuk mengetahui apakah jenis objek yang disentuh selama melindungi muka dan bahagian atas badan. Perkara yang penting diajar untuk membantu mobiliti mereka juga adalah penggunaan alatan mobilitiseperti tongkat bagi menggantikan juru pandu untuk bergerak secara bersendirian, anjing atau haiwan lain seperti kuda yang dilatih khas sebagai pemandu untuk mereka bermasalah penglihatan.
Rawatan. Rawatan intensif bagi pesakit yang menunjukkan gejala konjunktivitis yang ketara adalah dengan memberikan suntikan terutamanya bagi konjuktiva chemosis (lebihan edema), kelopak mata membengkak dan kesakitan berpunca dari praaurikel adenopathy. Sementara itu, terdapat justifikasi bagi merawat akut konjuktivitis bakteria, Ini termasuklah mengurangkan kesakitan 8
pesakit dengan memendekkan serangan penyakit tersebut, mengurangkan penyebaran dari seorang ke seorang, merendahkan risiko yang menyancam penglihatan dengan komplikasi seperti barah kornea, dan membasmi risiko penyakit okular luar merebak dengan meluas. Penjagaan perlu diberikan kepada pesakit-pesakit tertentu, termasuklah bagi kanakkanak dan golongan yang lemah. Walaubagaimanapun rawatan yang emparik dengan ubatubatan semasa adalah satu pendekatan yang selamat dengan kos yang efektif kepada pesakit dengan konjunktivitis bakteria akut sederhana. Malangnya, tiada satu antibiotik spektrum luas yang melindungi kesemua potensi jangkitan patogen konjunktivitis bakteria. Dalam memilih antibiotik yang sesuai, doktor seharusnya mempertimbangkan tentang patogen konjunktivitis, kos serta kesan sampingan bagi setiap ubat. Kini, kebanyakan kes-kes golongan dewasa yang menghidap konjunktivitis bakteria akut adalah berpunca dari organisma gram-positif. Pilihan terbaik untuk memilih perlindungan ialah antibiotik gram-positif yang mencukupi (khususnya perlindungan stafikokus) Respons klinikal untuk antibiotik perlulah dinilai selepas pesakit telah selesai menjalani terapi pendek. Sekiranya keradangan telah pulih, pengambilan antibiotik perlu diberhentikan. Walaubagaimanapun, sekiranya keadaan pesakit tidak bertambah baik, pesakit perlulah merujuk kepada ahli oftalmologi. Bagi sesetengah pesakit, ujian makmal boleh digunakan untuk perubahan langsung dalam terapi.
Sebagai contoh, antibiotik spektrum luas yang boleh
didapati termasuklah eritromisin salap dan basitrasin polimiksin salap B (contohnya, Polysporin salap oftalmik), serta kombinasi penyelesaian seperti trimethoprim polimiksin B (contahnya, Polytrim). Ubat-ubatan ini adalah lebih sesuai dan memberikan perlindungan yang cemerlang untuk kebanyakan patogen konjunktivitis
yang menyerang kanak-kanak mahupun orang
dewasa. Secara amnya, salap adalah lebih sesuai digunakan kepada kanak-kanak, dan kepada pesakit yang kurang mengadu mengalami kekaburan penglihatan. Aminoglikosida, seperti gentamisin (Garamycin), tobramisin (Tobex) dan neomisin adalah pilihan yang lebih murah untuk rawatan akut konjunktivitis bakteria. Egen-egen ini menyediakan perlindungan gram-negatif yang baIK, tetapi ia mempunyai perbandingan perlindungan gram-negatif positif yang lemah, termasuklah perlindungan yang tidak sepenuhnya kepada spesis Streptococcus dan Staphylococcus. Tambahan pula aminoglikosida dikaitan kandungan toksik yang tinggi untuk epithelium kornea (terutamanya bagi penggunaan yang berlanjutan). Neomisin, khususnya boleh menyebabkan reaksi alahan oculocutaneous. Oleh itu persediaan oleh oftalmik yang mengandungi neomisin perlu dielakkan semasa sesi terapi. 10 peratus penggunaan sulfacetamide (Bleph-10) biasanya untuk menentukan antibiotik bagi konjunktivitis.. ejen bakteriostatik adalah lemah kepada organisma gram-positif dan gramnegatif, termasuklah punca yang biasa menyebabkan konjuktivitis. Walaupun sulfacetamide 9
adalah kurang berkesan daripada beberapa jenis dadah lain, namun ia tidak mahal dan sangat toleransi. Sungguhpun begitu, kesan sampingan dari rawatan ini menyebabkan potensi kepada sindrom Stevens-Johnson. Selain itu, tetrasiklin dan kloramfenikol (kloromisetin) biasanya digunakan untuk merawat konjuktivitis bakteria. Tetrasiklin hanya terdapat dalam bentul salap. Manakala Kloramfenikol terdapat dalam bentuk titis dan salap, dan mempunyai sektrum luas untuk aktiviti antimikrob. Walaupun kloramfenikol amnya adalah sangat toleransi, dan merupakan pembunuh semasa kepada ejen ini, namun ia dikaitkan dengan beberapa kes aplasia anemia. Oleh sebab itu, chloramphenical tidak meluas digunakan di Amerika Syarikat. Fluaroquinolones, termasuklah siprofloksasin (ciloxen), ofloksasin (ocuflox) dan norfloxacin ( Chibroxin), adalah kelas antimikrob baru yang kuat. Ejen-ejen daripada kelas ini biasanya digunakan untuk merawat bakteria keratitis. Umumnya akut konjuktivitis bakteria bersifat terhad, fluoroquinolones memerlukan kos yang tinggi, namun memberi perlindungan yang lemah terhadap spesis streptococcus dan mempunyai potensi untuk berkembang menentang patogen dengan penggunaan rambang terhadap antibiotik kelas ini. Fluoroquinolones sepatutnya digunakan untuk jangkitan ocular yang teruk seperti bakteria keratitis. Pemeriksaan
kepada
pesakit-pesakit
dengan
konjuktivitis
kronik
dan
blepharokonjuktivitis melibatkan pengkulturan konjuktiva dan mengenal pasti patogen bakteria dalam kelopak mata. Rawatan terbaik adalah membersihkan kelopak mata menggunakan kompres panas dan membersihkan kelopak mata, serta penggunaan antimikrob yang sesuai seperti eritromisin. Pesakit dengan meibomianitis disarankan menggunakan perawatan terapi tetracycline. Namun, tetracclines tidak digalakkan kepada ibu yang menyusu, wanita hamil dan kanak-kanak. Seterusnya, jangkitan patogen yang mengakibatkan penyakit bawaan seks (seperti sifilis dan gonore) adalah perkara yang biasanya terjadi. Oleh itu, diagnosis akan dijalankan, dengan membuat pemeriksaan pada kemaluan pesakit dan pasangannya sebelum rawatan antibiotik dimulakan. Rawatan terdiri daripada dua hingga tiga minggu kursus lisan tetrasiklin, doxycycline, minosiklina (Minocin) atau eritromisin. Satu dos azitromisin (Zithromax) adalah disyorkan kepada golongan dewasa terutamanya yang mendapat kurang jangkitan pada daerah kemaluan. Langkah mengelakkan jangkitan konjuktivitis virus menular adalah menyarankan agar pesakit mengelakkan hubungan langsung dengan orang lain sekurang-kurangnya seminggu selepas mulanya tanda-tanda konjuktivitis. kompress sejuk dan vasoconstrictors boleh memberi bantuan
10
mengatasi gejala ini. Penggunaan antibiotik juga boleh diambil bagi menyembuhkan keradangan. Seterusnya rawatan untuk alergi bermusim seperti rhinoconjunctivitis termasuk mengelakkan alergi, menggunakan kompres sejuk, vasoconstrictors, titisan antihistamina, ejen anti radang nonsteroidal dan ubat mengimbangkan sel seperti cromolyn natrium (Crolom) atau lodoxamide (Alomide). Antihistamina oral membantu bagi melegakan gejala-gejala bagi kebanyakan pesakit. Konjunktivitis alergi juga berjaya dirawat dengan ubat levocabastine (Livostin), iaitu sejenis antihistamina, dan dengan menggunakan ketorolac tromethamine (Acular) dan diklofenak natrium (Voltaren), dimana ianya merupakan ejen anti-radang nonsteroidal. Kesemua tiga ejen ini sangat efektif
dan memberikan tindaka balas yang cepat. Dalam kes-kes
konjuktivitis yang teruk, satu kursus pendek kortikosteroid diperlukan bagi membantu merawat masalah tersebut. Bagaimanapun, terapi kortikosteroid harus dijalankan di bawah arah seorang ahli oftalmologi.
Kesimpulan. Masalah radang pada konjuktiva atau konjuktivitis merupakan jangkitan yang biasanya terjadi pada individu terutamanya bagi individu yang tidak mengamalkan kebersihan diri. Sungguhpun begitu, bagi insan yang bernasib malang, konjuktivitis terutamanya jangkitan konjunktivitis gonorea dan yang membawa kepada tracoma boleh menyebabkan seseorang itu buta dan terdapat sesetengah kes yang membawa maut. Oleh itu penyakit ini tidak boleh dipandang mudah. Seseorang perlulah mendapatkan rawatan dengan segera dan mengelakkan jangkitan tersebut menular kepada orang lain. Bagi individu yang terkena jangkitan ini bukan sahaja menanggung kesakitan malah menanggung tekanan psikologi akibat gejala konjuktivitis. Sementara bagi individu yang mengalami masalah penglihatan perlulah disediakan dengan latihan orentasi dan mobiliti supaya mereka dapat berdikari dan kehidupan mereka lebih bermakna.
Bibiografi.
Abbott R. L. Dan Morrow G.L.,(1998). Conjunctivitis. Diperolehi pada Ogos, 14,2009 daripada http://www.aafp.org/afp/980215ap/morrow.html Caroline McEwan dan Whye Onn Ho (2008). Conjunctivitis (inflammation of the eye). diperoleh pada ogos 12, 2009, daripada http://www.netdoctor.co.uk/diseases/facts/conjunctivitis.htm 11
Horold Shryock, (1992). Anda sihat anda bahagia. Kuala Lumpur: Southeast Asia Publishing House. Pitt AD, smith AF, Lindsell L, Voon LW, Rse Pw dan Bron AJ (1994). Economic and quality-of life impact of seasonal allergic conjunctivitis in oxfordshire. Diperolehi pada Ogos,12,2009. daripada http:// www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/14977494 Rumah sakit mata dr. Yap diperoleh pada ogos 12, 2009 daripada http://www.rsmyap.com/content/view/13/29/
http://emedicine.medscape.com/article/797874-overview http://www.perretoptic.ch/optometrie/symptomes_diagnostiques/symptomes/opto_symred_gb.htm
12