Merancang Jantina

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Merancang Jantina as PDF for free.

More details

  • Words: 444
  • Pages: 3
Merancang Jantina Ditulis oleh Miey Ahmad Selasa, 22 April 2008 Merancang jantina bakal anak perempuan atau lelaki Merancang jantina anak pun kadang-kadang menjadi konflik kepada ibu bapa. Ada yang mahukan lelaki dan ada pula yang mahukan perempuan atas sebab dan alasannya yang tersendiri. Ramai antara psangan yang bertanya di Mengandung.com ini menyimpan hasrat untuk miliki pasangan anak lelaki dan perempuan. Sekiranya dah punya anak lelaki sekarang ingin cuba pula ada anak perempuan. Namun tidak salah berusaha jika jalannya tidak menyalahi syariat dan tidak menjejaskan kesihatan. Bagaimana caranya? Kita tahu bahawa kehamilan berlaku apabila benih lelaki (sperma) bercantum dengan telur wanita (proses persenyawaan). Jadi biasanya penentuan jantina ini adalah terletak pada pihak suami kerana benih lelaki yang dihasilkan berjuta-juta banyaknya itu mengandungi faktor yang boleh menghasilkan anak lelaki @ kromosom Y dan anak perempuan @ kromosom X, manakala telur perempuan hanya mengandungi faktor yang membawa jantina perempuan iaitu kromosom X sahaja. Menurut Dr Hamid Arshat, dipercayai benih yang membawa kromosom lelaki (Y) adalah lebih aktif dalam pergerakan dan seringkali ia dapat menuju ke sasarannya iaitu telur perempuan dengan lebih cepat dan adalah dipercayai juga benih yang membawa kromosom lelaki (Y) mempunyai jangka hidup yang lebih pendek berbanding dengan benih yang membawa kromosom perempuan (X). Benih yang membawa kromosom lelaki (Y) juga dikatakan tahan hidup dalam cecair yang lebih alkaline manakala benih yang membawa kromosom perempuan (X) boleh hidup dalam cecair yang berasid.

Antara faktor- faktor yang dikatakan dapat membantu merancang jantina anak: 1. Faktor Makanan

Anak Perempuan - suami harus membanyakkan makan makanan beralkali manakala isteri pula perlu mengambil makanan yang berasid. Anak Lelaki - suami pula yang perlu ambil makanan berasid manakala isteri pula mengambil makanan beralkali. Contoh makanan beralkali: sayuran, buah-buahan, putih telur, susu dan sebagainya. Contoh makanan berasid: daging, makanan laut dan sebagainya. 2. Faktor Masa

Anak Perempuan - kerap lakukan hubungan intim sebelum haid @ seminggu sebelum haid Anak Lelaki - kerap lakukan hubungan selepas selesai sahaja haid @ seminggu selepas haid 3. Faktor Kedalaman

Anak Perempuan - tidak perlu masukkan zakar terlalu dalam pada vagina isteri Anak Lelaki - perlu masukkan zakar lebih dalam paa vagina isteri

4. Faktor Klimaks

Anak Perempuan - suami klimaks dulu Anak Lelaki - isteri klimaks dulu 5. Faktor Persediaan (Isteri) - petua

Anak Perempuan - cuci kemaluan dengan semangkuk air yang dicampurkan dengan satu sudu cuka sebelum bersama. Anak Lelaki - cuci kemaluan dengan dengan semangkuk air yang dicampurkan satu sudu soda sebelum bersama. 6. Faktor Kedudukan @ Posisi

Anak Perempuan - suami di bawah isteri di atas Anak Lelaki - isteri di bawah suami di atas Sekian. Selamat berjaya. Jangan lupa usaha, doa dan tawakal. Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 02 Mei 2008 )

Related Documents