HADIS-HADIS MENJAUHI GODAAN SYAITAN HADIS PERTAMA :
جعَلَ أَحَ ُدهُمَا َ ا ْسَتبّ رَ ُجلَا ِن عِنْ َد النّبِ ّي صَلّى الّلهُ عََلْيهِ َوسَلّمَ َف: ص َردٍ َرضِيَ الّلهُ َعْنهُ قَا َل ُ حَدِيثُ ُسلَيْمَانَ بْ ِن تَحْ َم ّر عَْينَا ُه وَتَْنَتفِخُ َأ ْودَا ُجهُ قَا َل َرسُولُ الّلهِ صَلّى الّلهُ َعلَْي ِه وَسَلّمَ ِإنّي لََأ ْعرِفُ كَلِ َمةً َلوْ قَاَلهَا لَ َذ َهبَ َعْنهُ الّذِي * يَجِدُ َأعُوذُ بِالّل ِه مِنَ الشّيْطَا ِن الرّجِيمِ َفقَالَ الرّجُ ُل َوهَلْ َترَى بِي مِنْ جُنُو ٍن )(رواه البخاري ومسلم وأبو داود Diriwayatkan daripada Sulaiman bin Surad r.a katanya: Dua orang lelaki sedang bercaci maki di hadapan Rasulullah s.a.w. Salah seorang daripada mereka matanya menjadi merah dan urat darah di lehernya timbul. Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku tahu suatu kalimat yang apabila ianya diucapkan maka apa yang beliau derita itu menjadi hilang, iaitu َأَعُوذُ بِالّلهِ ِمن ِشْيطَانِ الرّجِيم ّ الbermaksud: Aku berlindung dengan Allah dari godaan syaitan yang terkutuk. Lelaki itu berkata: Apakah engkau (baginda) melihat aku gila ? HADIS KEDUA :
قال فشكى ذلك إل، فكانت تئ الغول فتأخذ منه،عن أب أيوب النصاري أنه كانت له سهوة فيها تر أجيب رسول ال صلى ال عليه، بسم ال: فاذهب فإذا رأيتها فقل: قال،النلب صلى ال عليه وسلم ما فعل: فأخذها فحلفت أل تعود فأرسلها فجاء إل رسول ال صلى ال عليه وسلم فقال: وسلم قال فأخذها مرة أخرى فحلفت أل: قال، كذبت وهي معاودة للكذب: فقال، حلفت أل تعود: أسيك؟ قال ، حلفت أل تعود: ما فعل أسيك؟ قال: فقال، فأرسلها فجاء إل النب ال صلى ال عليه وسلم، تعود كذبت وهي معاودة للكذب فأخذها:فقال إن ذاكرة لك شيئا آية: ما أنا بتاركك حت أذهب بك إل النب صلى ال عليه وسلم فقالت: فقال ما: فقال، فجاء إل النب ال صلى ال عليه وسلم، قل يقربك شيطان ول غيه، الكرسي اقرأها ف بيتك ( صدقت وهي كذوب)) رواه الترمذي: قال: فأخبه با قال: قال، فعل أسيك؟ 2). Diriwayatkan daripada Abi Ayyub al-Ansari di mana beliau memiliki satu bekas di dalamnya tamar.Pencuri telah datang dan mengambil sebahagian tamarnya.Lalu beliau mengadu perkara itu kepada nabi s.a.w. Nabi bersabda :”Pergilah kamu ,apabila kamu melihatnya bacalah: “ بسم ال, Aku mengikut kata-kata Rasulullah s.a.w. Dia berkata: Aku menangkapnya tetapi dia bersumpah tidak akan mengulanginya lalu aku membebaskannya.Kemudian aku menemui Rasulullah s.a.w. lantas baginda bertanya: Bagaimana dengan keadaan tawanan kamu? Abu Ayyub berkata: Dia bersumpah tidak akan mengulanginya. Nabi bersabda: Dia berdusta dan dia selalu berdusta. Kemudian Abi Ayyub berkata:Aku menangkapnya untuk kali kedua tetapi sekali lagi dia bersumpah tidak akan mengulangi perbuatannya lalu aku membebaskannya.Maka dia datang menemui Nabi s.a.w. lalu baginda bertanya:Bagaimana keadaan tawanan kamu? Abi Ayyub berkata :Dia bersumpah tidak akan kembali.
Rasulullah s.a.w. berkata : Dia berdusta dan dia selalu menipu. Apabila Abi Ayyub menangkapnya lagi lantas dia berkata:Aku tidak akan membiarkannmu sehingga aku membawamu menemui Nabi s.a.w. Dia berkata: Aku mengingatkanmu sesuatu iaitu ayat Kursyi.Bacalah ia di rumahmu agar tidak didekati oleh syaitan atau yang lainnya. Abu Ayyub menemui Nabi s.a.w Lalu baginda bertanya sekali lagi:Bagaimana dengan keadaan tawananmu? Dia berkata: Maka aku menceritakan kepada baginda apa yang telah dikatakannya. Baginda bersabda: Dia bercakap benar sedang dia adalah pendusta. HADIS KETIGA
صلّى الّلهُ َعلَْي ِه وَسَلّ َم قَالَ ل ْتعَلُوا مِنْ بُيُوِتكُمْ قُبُورًا وإن البيت َ عن أب هويرة َ َرضِ َي الّل ُه عَنْه أن رسول ال )الذي تقرأ فيه البقرة ل يدخله الشيطان *) رواه البخاري ومسلم Diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a katanya :Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu menjadikan rumah kamu seperti kubur.Sesungguhnya syaitan tidak memasuki rumah-rumah yang dibacakan padanya surah al-Baqarah. HADIS KEEMPAT
قال رسول ال صلى ال عليه وسلم ( من قرأ اليتي من أخر سورة البقرة ف: وعن أب موسى النصاري قال لياة كفتاه )رواه الترمذي Diriwayatkan daripada Abi Musa al-Ansari katanya,bersabda Rasulullah s.a.w.: (Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir surah al-Baqarah pada waktu malam maka cukuplah) HADIS KELIMA
( إن ال كتب كتابا قبل ان يلق اللق بألفي: وعن النعمان بن بشي عن النب ال صلى ال عليه وسلم قال )عام أنزل منه أيتي ختم بما سورة البقرة فل يقرآن ف دار ثلث ليال فيقربا الشيطان رواه الترمذي Diriwayatkan daripada al-Nu’man bin Basyir katanya, Nabi s.a.w.bersabda : Sesungguhnya Allah telah menulis kitab 2000 tahun sebelum menciptakan makhluk. Diturunkan dua ayat daripadanya diakhir surah al-Baqarah. Jika tidak dibaca kedua-duanya didalam rumah melebihi 3 hari akan didekati syaitan. HADIS KEENAM
أَنّ رَ سُولَ اللّ ِه صَلّى اللّ ُه عَلَيْ ِه وَ َسلّمَ قَا َل مَ نْ قَالَ لَا إِلَ هَ إِلّا اللّ هُ وَحْدَ هُ لَا: ُحَدِي ثُ َأبِي ُهرَْي َرةَ َرضِ يَ اللّ هُ َعنْ ه ْب وَكُتِبَ ت ٍ ش ِر رِقَا ْ ََشرِي كَ لَ هُ لَ هُ الْ ُملْ كُ وَلَ هُ الْحَمْ ُد َو ُهوَ َعلَى كُلّ َش ْيءٍ َقدِيرٌ فِي َيوْ مٍ مِاَئ َة َمرّةٍ كَانَ تْ لَ ُه عَدْ َل ع ٌلَ هُ مِائَةُ َح سََن ٍة َومُحِيَ تْ َعنْ هُ مِاَئ ُة َسيَّئةٍ وَكَانَ تْ لَ هُ ِح ْرزًا مِ نَ الشّيْطَا ِن َي ْومَ ُه ذَلِ كَ َحتّ ى يُ ْم سِ َي وَلَ مْ يَأْ تِ أَحَد
ُأَ ْفضَ َل مِمّا جَاءَ بِهِ إِلّا أَ َحدٌ عَ ِملَ أَكَْث َر مِ ْن ذَلِكَ َومَنْ قَا َل سُبْحَانَ اللّ ِه وَبِحَمْدِهِ فِي َيوْ ٍم مِاَئ َة مَ ّرةٍ حُطّتْ خَطَايَاه * ِحر ْ ت مِثْ َل زَبَ ِد الَْب ْ وََلوْ كَاَن )(رواه البخاري ومسلم وترمذي وابن ماجة وأحد ومالك Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membaca: ٌشيْءٍ قَ دِير َ ح ْمدُ وَ ُهوَ َعلَى كُ ّل َ ك َولَ هُ اْل ُ ْك لَ هُ لَ هُ اْل ُمل َ لَا ِإلَ هَ ِإلّا اللّ ُه وَ ْحدَ ُه لَا شَرِيdalam sehari sebanyak seratus kali, nescaya dia mendapat pahala sebagaimana memerdekakan sepuluh orang hamba. Dia juga diampunkan seratus kejahatan, dibuat untuknya benteng sebagai pelindung dari syaitan pada hari tersebut hingga ke petang. Tidak diganjarkan kepada orang lain lebih baik daripadanya kecuali orang tersebut melakukan amalan lebih banyak daripadanya. Manakala mereka yang berkata: حمْدِهِه َ سُهبْحَانَ الِّ َو ِبdalam sehari sebanyak seratus kali nescaya terhapuslah segala dosanya sekalipun dosanya itu banyak seperti buih di lautan
HADIS KETUJUH
وفب رواية- يقول يا ويله, فسجد اعتزل الشيطان يبكي,وقال صَلّى اللّهُ َعلَيْ ِه وَسَلّمَ ( إذا قرأ ابن آدم السجدة أمر ابن آدم بالسجود فسجد فله النةو وأمرت بالسجود فأبيت فلي النار) رواه السلم-يل ويلي “Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seorang anak Adam itu membaca ayat sajadah lalu sujud maka syaitan akan menjauhkan diri dengan menangis dan berkata,wahai celakanya dia -riwayat lain wahai celakanya aku- Anak Adam telah diperintah agar sujud maka dia sujud lalu baginya syurga sedangkan aku diperintahkan agar bersujud tetapi aku enggan dan bagiku neraka” HADIS KELAPAN
ث يبعث سرايا هو فأدناهم منه منلة أعظمهم, ( إن إبليس يضع عرشه على الاء:َوقال صَلّى اللّهُ َعلَيْهِ َوسَلّم ما تركته: قال ييء أحدهم فيقول: ما صنعت شيئا: فيقول، فعلت كذا وكذا: ييء أحدهم فيقول,فتنة ) نعم أنت: قال فيدنيه منه ويقول: حت فرقت بينه وبي أمرأته رواه السلم Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Iblis meletakkan mahligainya di atas air, kemudian mengutuskan bala tenteranya maka yang paling rendah martabatnya iaitu kebanyakannya melakukan fitnah, datang salah seorang daripada mereka lalu berkata: aku melakukan itu dan ini. Maka dia berkata: Kamu tidak melakukan apa-apa. Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Kemudian datang salah seorang yang lain dikalangan mereka lalu berkata: Aku tidak meninggalkannya sehingga aku berjaya memisahkan seorang lelaki dengan isterinya. Bersabda Rasullullah : Iblis menghampirinya dan dia berkata: Kamu yang terbaik.
HADIS KESEMBILAN
: وقال صَلّى اللّهُ َعلَيْ ِه وَسَلّ َم ما منكم من أحد إل وقد وكل به قرينة من الن)) قالوا واياك يا رسول ال قال (( واياي إل أن ال أعانن عليه فأسلم فل يأمرن إل بي))رواه السلم Rasulullah s.a.w bersabda: (Tidak ada seorang daripada kalangan kamu kecuali memiliki qarin(teman) daripada kalangan jin)Mereka berkata,dan kamu juga wahai Rasulullah .Jawab Rasulullah :(Begitu juga aku tetapi Allah membantuku dengannya maka dia telah memeluk Islam dan tidak menyuruhku kecuali pada perkara-perkara kebaikan.) HADIS KESEPULUH
إن الشيطان قد حال بين: يا رسول ال: وعن عثمان بن أب العاص أنه أتى النب صَلّى اللّ ُه عََليْ هِ وَ َسلّمَ فقال فإذا. ((ذاك شيطان يقال له خنب: فقال رسول ال صلى ال عليه وسلم. يلبسها علي. وبي صلت وقراءت واتفل على يسارك ثلثا)) وقال ففعلت ذلك فأذهبه ال عن))رواه السلم,أحسسته فتعوذ بال منه Diriwayatkan daripada Uthman bin Abi al-As katanya :Dia telah pergi menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata;Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan menghampiriku di antara daku dan solatku serta bacaanku.Dia menggangguku.Rasulullah s.a.w lalu bersabda: ( Itulah Syaitan yang dipanggil dengan nama Khanzab.Sekiranya kamu merasai kehadirannya mohon berlindunglah kamu dengan Allah daripadanya dan ludah ke arah kiri sebanyak tiga kali) Dia berkata;Aku melakukan seperti yang disuruh nabi s.a.w dan Allah telah menjauhkan syaitan itu dariku. HADIS KESEBELAS
قال, فذ كر ال ع ند دخوله وع ند طعا مه,وقال ر سول ال صلى ال عل يه و سلم ((إذا د خل الر جل بي ته وإذا. أدركتم البيت: وإذا دخل فلم يذكر ال عند دخوله قال الشيطان, ل مبيت لكم ول عشاء: الشيطان أدركتم البيت والعشاء)) رواه السلم: قال, ل يذكر ال عند طعامه Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seorang lelaki memasuki rumahnya lalu dia menyebut nama Allah ketika memasukinya dan ketika waktu makan maka syaitan akan berkata; Tidak ada tempat tinggal dan makan malam bagi kamu.Apabila lelaki itu memasuki rumahnya tanpa mengingati dan menyebut nama Allah maka akan berkatalah syaitan;Kamu mendapat tempat tinggal.Dan apabila dia tidak menyebut nama Allah ketika makan lantas syaitan itu pun berkata Kamu mendapat tempat tinggal dan makan malam. Inda / Ed. Azam 10042003
HADIS KEDUA BELAS
عن أ ب هريرة قال الشيطان أحد كم فيقول من خلق كذا من خلق كذا ح ت يقول من خلق ر بك فإذا بل غه فل يس ت عذ بال .والينته Dari Abu Hurairah r.a, katanya : Rasulullah saw bersabda : “ Syaitan akan datang kepada seseorang kamu, lalu berkata: “ Siapa yang menjadikan ini ? “ “ Siapa yang menjadikan itu?” Sampai ia berkata : “ Siapa yang menjadikan Tuhanmu?” Apabila sampai kepada pertanyaan demikian, hendaklah orang itu mohon perlindungan kepada Tuhan dan hendaklah berhenti memikirkannya.”
HADIS KETIGA BELAS عن جابر عن ال نب صلى ال عل يه و سلم قال إذا ا ستجنح أو كان ج نح الل يل فكفوا صبيانكم فإن الشيطان تنت شر حينئذ فإذا ذهب ساعة من العشاء فحلوهم وأغلق بابك واذكر اسم ال وأطفىء مصباحك واذكر اسم ال وأوك سقاءك واذكر اسم ال .وخر إناءك واذكر اسم ال ولو تعرض عليه شيئا Dari Jabir r. : dari nabi saw , beliau bersabda : “ Apabila hari telah malam atau mulai malam, laranglah anak-anakmu di luar, kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran pada waktu itu. Apabila lewat waktu isyak, suruhlah mereka tidur dan tutuplah pintumu dan sebutlah nama Allah. Padamkanlah lampu dan sebutlah nama Allah, tutuplah bejanamu ( bekas makanan ) dan sebutlah nama Allah, biarpun engkau letakkan saja barang sesuatu di atasnya”. HADIS KEEMPAT BELAS
عن أب هريرة عن النب صلى ال عليه وسلم قال التثاؤب من الشيطان فإذا تثاءب أحدكم فليده ما استطع فإن أحدكم إذا قال .ها ضحك الشيطان Dari Abu Hurairah r.a,l dari Nabi saw, beliau bersabda : “ Menguap itu dari syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah ditahannya sedapat mungkin. Sesungguhnya jika seseorang kamu mengatakan “ ha” lantaran tertawa , tertawalah syaitan.”. HADIS KELIMA BELAS
عن أ ب قتادة قال قال ال نب صلى ال عل يه و سلم الرؤ يا ال صالة من ال واح كم من الشيطان فإذا حلم أحد كم حل ما يا فه .فليبصق عن يساره وليتعوذ بال من شرها فإنا ل تضره Dari Abu Qatadah r.a., katanya, Nabi saw bersabda: Mimpi yang baik dari Tuhan, dan mimpi yang buruk dari syaitan. Apabila seseorang kamu memimpikan suatu mimpi yang menakutkannya, hendaklah ia meludah ke sebelah kirinya, dan mohon berlindung kepada Tuhan daripada bahaya. Sesungguhnya jika demikian, niscaya tiada akan membahayakan kepadanya”. HADIS KEENAM BELAS
عن أب هريرة عن ال نب صلى ال عل يه وسلم قال إذا ا ستيقظ أحد كم من منامه فتو ضأ فلينتنثر ثل ثا فإن الشيطان يبيت على .خيشومه Dari Abu Qatadah r.a., dari Nabi saw beliau bersabda: “ Apabila seseorang daripada kamu bangun daripada tidurnya, lalu dia berwuduk, maka hendaklah menyemburkan air dari hidung
membersihkan )hidungnya) tiga kali , kerana sesungguhnya syaitan bermalam pada lubang hidungnya”. HADIS KETUJUH BELAS
عن أب هريرة أن النب صلى ال عليه وسلم قال قال إذا سعتم صياح الديكة فاسألوا ال من فضله فإنا رأت ملكا وإذا سعتم .نيق المار فتعودوا بال من الشيطان فإنه رأى شيطانا Dari Abu Hurairah r.a. : Nabi saw bersabda , Apabila kamu mendengar kokok ayam, maka pohonlah beroleh kurnia kepada Tuhan, kerana sesungguhnya ia melihat malaikat. Apabila kamu mendengar bunyi( ringkik) keldai, maka mohonlah perlindungan kepada Tuhan dari bahaya syaitan, kerana sesungguhnya ia melihat syaitan.