Meniti Kaca

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Meniti Kaca as PDF for free.

More details

  • Words: 1,684
  • Pages: 8
Bab 3 SINOPSIS SINOPSIS UMUM Nazar merupakan anak tunggal kepada Mahyun dan Pak Sahar. Nazar terpaksa menempuh pelbagai dugaan hidup lantaran ibunya diserang penyakit nanar dan menjadi tidak siuman. Ayahnya pula menghidap pelbagai penyakit selepas kematian isterinya. Atas rasa tanggungjawab, Pak Sahar serta saudara-mara telah menghantar Mahyun untuk mendapatkan rawatan sakit jiwa di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Namun, Nazar tetap tabah menghadapi segalanya dan menganggap cabaran yang dihadapinya itu sebagai qadak dan qadar daripada Allah. Selama ibunya menerima rawatan, ibu saudaranya Salmah serta suaminya, Pak Sehaklah yang menjadi tempat dia bergantung nasib dan mendapat kasih sayang. Anak gadis mereka, Zainab dan rakan sekampung seperti Ah Seong turut memberi sokongan dan mereka sering berbincang tentang pelajaran. Rawatan yang diterima oleh Mahyun kurang membawa kesan, malah dia menjadi semakin tidak terurus. Mahyun hilang dan akhirnya, dia dijumpai mati tersepit di celah batang kelapa di tepi sungai. Ini menambahkan lagi kesulitan yang dihadapi oleh Nazar dan ayahnya. Setelah kematian Mahyun, Pak Sahar pula menghidap pelbagai penyakit. Namun, Nazar bukanlah anak muda yang mudah berputus asa. Dalam meniti kejayaan, Nazar tidak sunyi daripada fitnah yang dilemparkan oleh orang kampung terhadapnya. Diskusi pelajaran dengan Zainab, sepupunya telah menimbulkan prasangka yang bukan-bukan. Situasi ini hampir-hampir mempengaruhi ibu saudaranya, Mak Miah yang melarang Zainab daripada terus berbincang dan menelaah pelajaran bersama Nazar. Namun, demi

mencapai kejayaan, Nazar tetap terus berusaha dengan rakanrakannya. Akhirnya, dia meraih kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SRP. Kecemerlangan ini melayakkan Nazar memasuki Sekolah Berasrama Penuh, iaitu Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak. Sebulan kemudian, berita kematian ayahnya yang telah menanggung sakit sekian lama diterima dengan hati yang sayu. Namun, Nazar tetap menguatkan semangatnya demi mencapai cita-citanya untuk menjadi doktor. Dalam pada itu, perasaan cinta terhadap Zainab turut berputik dalam hatinya. SINOPSIS BAB DEMI BAB BAB 1 Nazar pulang dari sekolah dengan perasaan hampa apabila melihat meja makan yang masih terhidang sisa makanan pagi tadi. Ibunya tidak kelihatan. Dia tercari-cari ibunya. Sikap ibunya yang sering berleter apabila berkunjung dari satu rumah ke satu rumah yang lain sudah difahami oleh penduduk kampung. Nazar menemui ibu saudaranya dan bertanya tentang ibunya, namun hampa. Bertemankan Kim Moi dan Ah Seong, Nazar menemui ibunya di pulau yang terletak di tengah-tengah permatang sawah. Nazar terkejut dan kasihan melihat ibunya yang sedang bercakap sendirian di bawah pohon beringin. Selepas dipujuk, Nazar memimpin ibunya pulang setelah hari hampir petang.

BAB 2 Malam itu Pak Sahar berbincang dengan Nazar tentang nasib ibunya. Ayahnya bimbang kerana sejak akhir akhir ini, penyakit ibunya semakin menjadi-jadi dan ibunya merayau ke seluruh kampung. Mereka bimbang ibunya akan merayau hingga ke Padang

Kerbau. Menurut datuk Nazar, Padang Kerbau itu ada sejarahnya. Semasa zaman pemerintahan Jepun, orang-orang kota dan kampung lari ke situ. Menurut datuknya lagi, terdapat banyak binatang buas di Padang Kerbau. Lantaran itu, ayah Nazar bercadang untuk menghantar ibunya untuk mendapatkan rawatan. Dengan rasa serba salah dan sayu, Nazar terpaksa akur dengan cadangan ayahnya demi kebaikan ibunya. Mereka akhirnya bersetuju untuk menghantar ibu Nazar mendapatkan rawatan sakit jiwa di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. BAB 3 Pada pagi minggu akhir bulan Julai dengan menaiki teksi Pak Sehak, mereka bersiap untuk menghantar Mahyun. Mahyun dipakaikan dengan pakaian yang cantik hingga dia bertanya dengan pertanyaan yang ganjil. Keluarga Ah Leong turut berada di halaman rumah. Setelah semuanya siap, Mahyun dipimpin ke dalam teksi. Hanya Zainab dan Fauzi yang tinggal dan Pak Sehak meninggalkan pesanan supaya keluarga Ah Leong mengawasi anakanaknya. Teksi bergerak perlahan. BAB 4 Mahyun sudah seminggu berada di Hospital Bahagia. Perempuan berumur 40-an itu tidak lagi dilihat memetik bunga atau duduk di anak tangga setiap pagi. Pagi itu Nazar bertanya tentang ibunya. Dia berasa rindu dan mengajak ayahnya berkunjung ke tempat ibunya. Ayahnya yang bertugas sebagai pegawai luar bercadang untuk mengambil cuti untuk melawat isterinya. Nazar yang menanti Ah Seong ditegur oleh Zainab untuk bersaing ke sekolah, tetapi dia menolak kerana dia sedang menunggu Ah Seong. Mereka selalu bersama ke sekolah. Nazar riang kerana ayahnya telah mengambil cuti untuk melawat ibunya.

BAB 5 Mak Miah dan Pak Sehak sekeluarga datang ke rumah Nazar. Nazar tertarik dengan perbualan mereka. Menurut Mak Miah, dia kasihan melihat Nazar yang tidak terurus dan Pak Sahar sendiri yang sudah tujuh tahun menderita jiwanya. Permintaan Pak Sehak dan Mak Miah adalah agar Pak Sahar berkahwin lagi. Namun, Pak Sahar memberi alasan bahawa dia kasihan melihat Nazar yang terlalu sayang akan ibunya. Pak Sahar sendiri pula memberi alasan untuk berfikir dahulu. BAB 6 Zainab belajar mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik di rumah Nazar. Pada suatu hari, Mak Miah memanggil Zainab dan memberi nasihat agar dia tidak lagi belajar berdua-duaan di rumah Nazar dengan alasan Zainab sudah besar. Zainab pula memberi alasan bahawa dia menganggap Nazar seperti abangnya sendiri. Bagi Mak Miah, dari segi agama apabila seseorang itu sah berkahwin, maka mereka berdosa apabila berdua-duaan. Pada malam itu juga, Pak Sehak menyesal dan kecewa kerana telah ditipu oleh penumpang yang meminta dia menghantarnya ke Pekan Asam, Taiping. Selepas menyediakan makan malam untuk ayahnya, Zainab masuk ke bilik tidur dengan pelbagai pertanyaan. BAB 7 Nazar terkenang akan ibunya yang selalu memetik bunga sambil menyanyi. Khayalannya terganggu oleh panggilan ayahnya. Ayahnya menegur hubungan baiknya dengan Zainab. Kata ayahnya, orang muda tidak boleh terlalu rapat. Nazar tidak menjawab, sebaliknya menukar topik perbualan. Nazar bertanya tentang ibunya yang

sudah dua bulan berada di hospital, tetapi baru sekali mereka ke tempat ibunya. Nazar berasa amat rindu dan mendesak agar ayahnya segera mengambil ibunya. BAB 8 Mahyun balik ke rumah pada pertengahan bulan Oktober. Rumah Pak Sahar dikunjungi oleh jiran-jiran. Walaupun pada ketika itu musim hujan, namun perangai Mahyun masih tetap tidak berubah. Dia masih tetap merayau-rayau ke rumah orang. Pak Sahar berasa susah hati memikirkan nasib isteri dan anaknya. Kadang-kadang terlintas di fikirannya untuk memasungkan sahaja isterinya, namun dia tidak sampai hati untuk berbuat demikian. BAB 9 Hujan sudah berhenti. Air berlopak di mana-mana. Nazar berasa risau kerana hari sudah petang, namun ibunya masih belum pulang. Orang ramai mulai eemas, termasuk keluarga Ah Seong. Orang ramai mula berkumpul di rumah Pak Sahar. Mereka takut Mahyun tersesat hingga ke Padang Kerbau atau dilarikan oleh orang halus. Sidang Seman pun turut berkumpul di rumah Pak Sahar. Dia membahagikan anak buahnya kepada beberapa kumpulan untuk mencari Mahyun. Enam orang tua yang masih hidup sejak zaman Jepun dahulu mengikut Sidang Seman ke Padang Kerbau. Pak Sahar diperintahkan menunggu di rumah. Tiba-tiba keadaan menjadi gempar. Kumpulan yang menemui Mahyun tersepit di celah batang kelapa di tepi sungai telah mengusung Mahyun ke rumah Pak Sahar. Nazar menjerit. Mahyun, ibunya sudah meninggal dunia.

BAB 10

Orang ramai yang menziarahi jenazah Mahyun turut bersimpati melihat Nazar yang kehilangan ibunya. Ayahnya pula selalu sakit dan batuk-batuk. Selepas sembahyang Zuhur, jenazah Mahyun dimandi, dikapan, dan dibawa ke tanah perkuburan yang terletak di belakang masjid. Hari itu Nazar tidak pergi ke sekolah. Nazar tidak menghiraukan peperiksaan yang sedang berlangsung. Tugasnya sebagai pegawas juga dilupakan. Dia begitu sedih atas kehilangan ibu yang tercinta. BAB 11 Pada bulan Januari, Nazar dan Ah Seong berada di Tingkatan Tiga. Zainab pula berada di Tingkatan Dua. Zainab dan Fauzi menghantar makanan setiap hari kepada Nazar dan ayahnya. Namun, Zainab tidak lagi berada lama di rumah Nazar kerana takut difitnah oleh orang kampung. Halaman rumah Pak Sahar sudah tidak terpelihara lagi. Malam itu Pak Sahar memberitahu Nazar tentang desakan Mak Miah supaya dia berkahwin lagi. Nazar berasa kurang senang. Ini menyedihkan Pak Sahar yang lebih memikirkan orang yang akan menjaga Nazar dan rumah tangganya. Nazar dan Ah Seong pergi ke tepi sungai untuk menenangkan fikiran. Ah Seong menasihatkan Nazar agar lebih menumpukan perhatian terhadap pelajaran bagi persediaan untuk menghadapi peperiksaan SRP. BAB 12 Pada bulan Mei, padi sedang menguning dan Pak Sahar semakin teruk batuknya. Menurut doktor, dia menghidap penyakit lemah jantung. Namun, Pak Sahar masih terus pergi bekerja di Lumut. Pada suatu hari, Sidang Seman dan Nuar datang berjumpa dengan Mak Miah. Sidang Seman memberitahu Mak Miah tentang aduan orang kampung yang terjumpa Nazar dengan Zainab merayau di

tepi sungai. Mak Miah memberi amaran supaya Zainab tidak lagi belajar di rumah Nazar. Mak Miah tidak menghiraukan penerangan Zainab yang menyatakan bahawa dia dan Nazar pergi ke sungai bersama rakan-rakan yang lain untuk menyiapkan projek Kemahiran Hidup. Pak Sahar juga telah dinasihati oleh Sidang Seman agar menjaga Nazar. Pak Sahar semakin risau.

BAB 13 Pada bulan Oktober, ketika Zainab dan Fauzi datang ke rumahnya, Nazar meminta Zainab mendoakan kejayaannya kerana esok dia akan menduduki peperiksaan SRP. Ketika mereka berbual, Ah Seong datang dan mengingatkan Zainab dan Nazar tentang fitnah yang dilemparkan oleh orang kampung terhadap mereka. Penyakit Pak Sahar semakin teruk dan dia terpaksa berulang-alik ke klinik di Beruas untuk mendapatkan rawatan. Ah Seong terus membantu Nazar dan mereka tetap berkawan baik. Dia tidak percaya dengan fitnah orang kampung terhadap Nazar. BAB 14 Semasa cuti panjang, Nazar hanya tinggal di rumah. Dia menghabiskan masanya dengan mengemas rumah. Penyakit Pak Sahar semakin teruk. Keputusan SRP akan diumumkan dan Nazar bersama rakan-rakannya sudah tidak sabar lagi. Nazar berjaya dengan cemerlang dan mendapat lima unit. Seminggu selepas belajar dalam Tingkatan Empat, Nazar mendapat tawaran ke Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak. Sebelum berangkat, Zainab menghadiahkan sebuah kotak muzik. Nazar berjanji bahawa dia akan memainkan kotak muzik itu apabila teringat akan kampung. Semua berasa gembira bercampur sedih ketika Nazar bersama ayahnya meninggalkan pekan Beruas dan menuju ke Ipoh.

BAB 15 Sudah sebulan Nazar berada di Ipoh. Di sekolah barunya, Nazar dapat merasakan pelbagai perubahan. Nazar tidak boleh melupakan kampung, rakan-rakan, Zainab, dan kesihatan ayahnya. Dia menjadi seorang pelajar yang suka bersendirian. Nazar gemar bermain sepak takraw dan bola sepak. Apabila rindu akan kampung, dia akan memainkan kotak muzik dap teringat akan pan tun yang sering dinyanyikan oleh ibunya. Pada malam itu, ketika hendak tidur, warden mencari Nazar bin Sahar. Warden mengarahkan Nazar pergi ke bilik menunggu untuk berjumpa dengan bapa saudaranya. Pada malam itu juga, Nazar balik ke kampung. Ayahnya sakit tenat dan berada di Hospital Lumut. Ketika teksi Pak Sehak masuk ke kawasan hospital, ayah Nazar telah pun meninggal dunia. BAB 16 Pada petang itu Nazar termenung kerana teringat akan ayah, ibu, rakan-rakan, dan Zainab. Dia berazam untuk terus belajar dan menjadi seorang doktor untuk menyelamatkan orang yang senasib dengan ayah dan ibunya.

Related Documents

Meniti Kaca
April 2020 35
Analisis Meniti Kaca
June 2020 24
Meniti Karier
November 2019 33
Mahligai Kaca
November 2019 24