MAHLIGAI KACA cinta adalah kebahagiaan yang rapuh IBRAHIM NAWAWI 9/23/2008
Maria dah tak ada lagi. Sekarang Ika isteri Eddie. Macam mana Ika nak bahagia kalau setiap malam Eddie tidur, Eddie mimpikan Maria, dia setiap kali jaga, Eddie bayangkan Maria?
1.
EXT. RUMAH EDDIE / SIANG Establish. Rumah besar tersergam indah di tanah tinggi. Halaman yang luas dengan pohon-pohon rendang memagari kawasannya.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
2
2.
INT. DALAM SEBUAH BILIK / SIANG MARIA sedang sarat mengandung. Dia masuk ke bilik yang disediakan untuk anak yang bakal lahir. Ada baby cot, permainan, anak patung, rocking horse dsb. dalam bilik itu. Dindingnya dicat warna ceria. Maria melihat beberapa KLIP (penyangkut) langsir telah jatuh. Maria ambil sebuah BANGKU (stool) lalu meletaknya di tepi jendela. Dia memanjat stool lalu memegang kain langsir.
5
Dia terpandang ke luar. 10
2A.
DARI TINGKAP Maria nampak KERETA suaminya menyusuri jalan berliku untuk sampai ke rumah mereka.
2B.
MARIA SENYUM Dia sambung kerjanya untuk membetulkan langsir. Tangannya memegang klip langsir dan mengangkat untuk menyangkutnya. TAK SAMPAI. Maria terpaksa BERJENGKET.
15
Sambil itu dia menjeling semula ke luar. 2C.
KERETA EDDIE sudah masuk ke pekarangan rumah dan berhenti. EDDIE keluar dari kereta.
20
2D.
MARIA SENYUM lagi. Sambung semula kerja. JENGKET lagi. Kakinya tak tetap atas bangku. Bangku itu hampir saja terjungkit. Dan Maria masih cuba hendak menyangkut klip langsir namun masih tak sampai. Terangkat sebelah kakinya. Tapi bila meletak semula, kakinya tak tepat jatuh atas bangku lalu tergelincir.
25
Maria BERPAUT pada langsir yang hendak dibetulkannya. Dan LANGSIR itu BERKERUTUP bila direntap. Klipnya tanggal satu persatu. Maria MENJERIT. 30
2E.
EDDIE DI LUAR TERPERANJAT Eddie yang sedang berjalan sambil menyemak beberapa surat di tangannya angkat kepala untuk melihat ke arah rumah.
2F.
DALAM BILIK BABY Maria bergumpal dengan kain langsir yang mula dibasahi darah. Dia mengerang-ngerang kesakitan.
35
2G.
DI LUAR pula, Eddie berlari ke arah PINTU DEPAN.
2H.
DALAM BILIK BABY Maria semakin lemah erangannya.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
3
Dan Eddie pun muncul di PINTU BILIK dan berhenti di situ. Surat-surat terlepas dari tangan. EDDIE: Maria! 5
Maria berpaling sedikit. Dia cuba angkat tangannya, seolaholah hendak melambai Eddie. Eddie menerpa ke arah Maria. Dia terus melutut di sisi Maria. Tapi kedua-dua tangan terbuka seperti menadah doa. Dia panik benar.
10
Melihat wajah Maria yang kesakitan. Melayangkan pandangan ke perut Maria kemudian ke kolam darah di bawah pinggang Maria. MARIA: Eddie....
15
Tubuh Maria bergoncang. Eddie yang terpaku tadi terus memeluk Maria. Dia angkat bahu dan kepala Maria ke atas ribanya. Dia pun menangis tersedusedu. EDDIE: Maria... kenapa jadi begini?
20
Maria mengangkat tangannya sedikit. Dan tangan itu segera digenggam kemas oleh Eddie. MARIA: Eddie... 25
Mulut Maria kumat-kamit menyebut sesuatu. Tetapi tiada apa yang kedengaran. Ketika itu MAK TOM masuk ke bilik baby. Dia berhenti belakang Eddie. MAK TOM: Ya Allah! Kenapa ni encik?
30
Kenapa dengan cik puan? Eddie menoleh ke belakang. Matanya dah mula bengkak. Bahunya terhinggut-hinggut. FADE OUT
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
4
3.
5
ESTAB. KUALA LUMPUR / SIANG Kuala Lumpur bandar metropolis yang megah. Kenderaan berpusu-pusu. Dan orang ramai berlumba-lumba ke destinasi masing-masing. Ada juga yang sedang menunggu bas atau teksi. LRT melintas.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
5
4.
IN CAR (VAN CREW PENGGAMBARAN) / SIANG ZULIKHA duduk sebelah PEMANDU VAN. Kawasan perniagaan yang agak lengang. Zulikha buka handbag dan ambil purse.
5
Kepada pemandu.... ZULIKHA: Bang... kat depan sana nanti berhenti sekejap ya?
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
6
5.
EXT. SATU TEMPAT DI BANDAR / SIANG Depan kedai surat khabar (sidewalk stall).
5
Sebuah VAN pekerja produksi berhenti di seberang jalan. Zulikha turun dari van. Dia berjalan ke kedai. Bila sampai, dia berdiri sebelah Eddie yang sedia ada di situ. Dia memilih beberapa batang cokelat. Eddie sibuk dengan telefonnya. Belum dapat line. MAMAK KEDAI: Mau apa encik?
10
Tanpa memandang Eddie menjawab. EDDIE: Panadol. Ketika itu Zulikha menoleh kepadanya. Eddie juga memandang Zulikha. Zulikha senyum. Eddie balas sikit saja.
15
Kemudian Zulikha membayar harga cokelatnya. Mamak tersenyum-senyum pandang Zulikha. MAMAK KEDAI: Saya selalu tengok cik keluar tv. Eddie simpan telefon, menjeling Zulikha sekali lagi.
20
Dan matanya mengekori Zulikha yang hendak menyeberang jalan. MAMAK KEDAI: Tadi cakap mau apa, encik?
25
Eddie tak layan kerana konsentrasinya kepada sebuah KERETA yang datang dari arah kiri, sementara Zulikha di tengah jalan, agak leka. Eddie segera berlari ke arah Zulikha. Kereta tadi semakin hampir dan membunyikan hon panjang.
30
Zulikha berpaling, tergamam, tapi Eddie sempat menarik badan Zulikha dan kedua-dua jatuh atas rumput di tepi jalan. Eddie menatap wajah Zulikha. EDDIE: Maria? Zulikha agak keliru. ZULIKHA:
35
Maria? Eddie tersentak, sedar kesilapannya. EDDIE: Oh. Bukan. Maaf. Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
7
Eddie tolong bangunkan Zulikha. Sementara itu pemandu van Zulikha sudah sampai di situ. PEMANDU VAN: Ika? Awak tak apa-apa? 5
Zulikha hanya geleng-geleng. Matanya merenung Eddie yang sudah berdiri. Dan Eddie melangkah ke keretanya yang diletak bawah pokok dekat situ. PEMANDU VAN: Nasib baik tak kena langgar. Apasal awak khayal tadi?
10
Dekat keretanya Eddie menjeling arah Zulikha. Zulikha berjalan dipimpin pemandu van ke arah van mereka. EDDIE: (Perlahan) Ika...
15
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
8
6.
INT. KORIDOR RUMAH EDDIE / SIANG Eddie berjalan menyusur koridor. Sampai di pintu bilik (yang berlakunya tragedi kemalangan Maria dulu), dia pun berhenti. Dia tertunduk. Tangannya memegang tombol.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
9
7.
INT. BILIK BABY / SIANG Bilik itu suram ketika Eddie masuk. Cahaya mencuri masuk melalui celah pintu. Bila Eddie menutup pintu bilik itu semakin suram. Eddie berjalan ke tingkap dan menyebak langsir, hingga bilik itu menjadi terang.
5
Eddie mengitari pandangan ke seluruh bilik itu. Ia kemas. Barang-barang di situ tidak berubah tempat. Kuda kayu yang kelihatan antik menarik perhatian Eddie. Dia menekan kepala kuda itu dan melepasnya. Kuda kayu itu berbuai-buai.
10
Eddie sudah tidak berminat pada kuda kayu itu lagi. Dia duduk atas stool (yang digunakan oleh Maria semasa dia jatuh kemalangan dulu). Dan Eddie menyandarkan belakangnya ke dinding. Di sebelah kanannya ada chestbox yang di dalamnya ada permainan kanak-kanak. Dia membuka peti kayu itu. Memasukkan tangan ke dalamnya. Dia keluarkan satu softtoy. Menatapnya dan menyimpan semula. Kemudian Eddie keluarkan pula permainan yang mengeluarkan muzik (yang selalu digunakan untuk menidurkan bayi dalam cot). Dia menarik tali dan melepaskannya. Alat itu mengalunkan muzik.
15
20
7A.
INTERCUT Mak Tom lalu sampai di bilik itu. Dia terdengar bunyi dari dalam. Mak Tom berhenti seketika. Kemudian dia berlalu.
25
7B.
CUTBACK TO EDDIE Dia menyimpannya semula alat permainan tadi. Sekali lagi Eddie keluarkan sesuatu dari peti. Ianya berupa sebuah pasu bunga dari bahan seramik. Dia membelek dan merenung pasu bunga itu.
30
7C.
MEMORY FLASH Air terjun. Eddie sedang berendam. Dan Maria hampiri dia. Kemudian Maria menyimbah air ke muka Eddie. Eddie bingkas dan mengejar Maria. Maria lari naik ke tebing. Dia duduk atas rumput. Dan Eddie pun duduk sebelahnya. Eddie merenungnya. Maria senyum manja. Tersipu-sipu.
35
7D.
40
CUTBACK TO PRESENT TIME Eddie menyimpan pasu bunga itu. Kemudian bangun dan berjalan ke satu dinding. Di situ ada sebuah potret, wajah Maria. Eddie merenung potret itu. Eddie sungguh sayu. Kesedihan menyayat hatinya. Rindu.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
10
EDDIE: Maria... Terbayang imej wajah Maria hidup pada potret itu. MARIA: Eddie...
5
EDDIE: Maria? Imej tadi perlahan-lahan hilang. EDDIE: Maria!
10
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
11
8.
INT. PEJABAT KUMPULAN EHSAN / SIANG Pejabat Eddie letaknya di kawasan komersil yang elit. Ia merupakan ibu pejabat bagi KUMPULAN EHSAN, syarikat induk yang memayungi banyak lagi anak-anak syarikat milik Eddie.
5
RIZ sedang menunggu untuk bertemu dengan Eddie. Riz seorang fashion designer. Pakaiannya kasual. Hari itu dia membawa beg portfolio yang berisi design terbarunya untuk ditunjukkan kepada Eddie. Penyambut tetamu approach Riz yang duduk di sofa.
10
PENYAMBUT TETAMU: Encik Ridzuan. Boleh jumpa Encik Zuraidi sekarang. RIZ: Terima kasih.
15
Eddie pun bangun dan ditunjukkan jalan. 8A.
INT. BILIK CHAIRMAN (EDDIE) / SIANG Eddie berdiri tepi jendela, menyebak venetian blind untuk melihat view pencakar langit di luar.
20
Bilik PINTU DIKETUK Eddie tidak menoleh. EDDIE: Masuk... Riz berjalan menghampiri meja nyatoh yang besar. Ketika itu barulah Eddie memandangnya sambil melepaskan blind.
25
Eddie senyum kepada Riz. EDDIE: Encik Ridzuan? Riz mengangguk. Eddie menghulur tangan dan disambut. Eddie isyaratkan Riz duduk. EDDIE: Sila duduk.
30
Dan Riz pun duduk. Dan Eddie sendiri pun duduk di kerusinya. EDDIE: Kopi? 35
Riz senyum. RIZ: Ya, terima kasih. Eddie picit buzzer intercom dan memanggil.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
12
EDDIE: Suzy. Dua kopi ke pejabat saya. (Kemudian kepada Riz,) tengok apa yang awak nak tunjukkan kepada saya. 5
Riz meletak beg portfolio atas meja nyatoh itu dan membuka zipnya. EDDIE: Rekaan awak mestilah asli, unik, menarik dan kalau boleh berunsurkan ketimuran.
10
Riz senyum sambil menghulur beberapa lakaran fesyen atas kertas bersaiz A3. EDDIE: Sebab, awak tahulah tujuan saya panggil awak ke sini, saya cuba nak meneroka pasaran global.
15
RIZ: Encik Zuraidi tengok dan nilaikanlah sendiri hasil kreativiti saya... Eddie meneliti lakaran fesyen yang di tangannya. 20
Tiba-tiba pintu diketuk dan Eddie mendongak pantas. Di pintu FARIQ menjenguk. FARIQ: Sekejap, bos.
25
Dan Fariq pun masuk tanpa dijemput, menjinjing beberapa folder. Meletak folder-folder atas meja depan Eddie. Eddie tiba-tiba naik marah. EDDIE: (Marah) Awak tak nampak ke saya sedang sibuk?
30
35
Fariq, usia awal 40an, agak nerdy dengan cermin mata tebal. Memakai kemeja dan talileher serta berkot. Dia ialah pengurus operasi di syarikat itu, dan akauntan peribadi kepada Eddie. Kerana kedudukan yang tinggi dalam syarikat, gaji yang lumayan dan personal access (tinggal dalam kawasan rumah Eddie), dia tak kisah kalau sesekali dimarah, ditengking. EDDIE: (Kepada Riz) Maaf, ya, sebentar. Eddie menyemak folder yang dibawa oleh Fariq tadi dan menandatangan beberapa dokumen.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
13
FARIQ: Saya nak bagi tahu tentang freight dari Denmark tuEDDIE: (Menyinga) Jangan bagitau saya kalau awak masih belum dapat selesaikan masalah tu. Dan jangan datang pada saya dengan apa-apa masalah. Saya bayar awak gaji dan saya bayar gaji kepada ramai pekerja. Takkan semua masalah nak ditambunkan pada saya?
5
10
Eddie campak folder ke badan Fariq dan Fariq terpaksa menangkapnya. Yang jatuh dikutipnya. EDDIE: Keluar! Saya tak ada masa nak layan awak sekarang.
15
Fariq berjalan pantas ke pintu. Sebelum keluar dia menjeling Eddie, tapi wajahnya tertunduk. Malu ada, geram pun ada. Eddie cuba bertenang. Peluh merenik di dahinya. 20
Riz pula nampak resah sedikit. Eddie tidak memandang Riz. Picit kepalanya yang nak migraine. EDDIE: Di mana kita tadi?
25
Riz masih terdiam. EDDIE: Errr... macam ni. Awak buat appointment dengan setiausaha saya untuk datang buat presentation. Setkan satu tarikh. RIZ: Presentation?
30
Eddie tenung wajah Riz. EDDIE: Ya... saya dah tengok lakaran awak, tapi tak bawa apa-apa makna pada saya. Awak datang balik nanti bawa model untuk memperagakan rekaan awak ini.
35
Riz cuba senyum. RIZ: Ya saya faham.
40
Riz bangun dan hulur tangan kepada Eddie tapi tidak disambut kerana Eddie memang tidak memandang. Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
14
RIZ: Terima kasih. Eddie menjeling dan mengangguk. Riz berjalan ke pintu.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
15
9.
INT. BANGUNAN PEJABAT STUDIO MONA / SIANG Mona sedang berjalan kelam kabut dengan Riz di sebelahnya. Riz membawa beg portfolio dan Mona ada beberapa helai pakaian dalam sarung plastik di tangannya. Mereka dah sampai ke pintu pejabat Mona.
5
9A.
INT. BILIK PEJABAT MONA / SIANG Mona letak pakaian yang dibawanya atas meja. Riz pun letak beg portfolionya atas meja itu. Riz duduk. Telefon berbunyi dan Mona tangkas menjawabnya. MONA: Ya! (Pause) Siapa? (Pause) Datang pejabat ni jumpa dengan Farah untuk temuduga. (Pause) Petang ni pun boleh. (Pause) Ha... yalah!
10
15
Mona letak telefon semula. Dia pandang Riz. RIZ: Aku nak pakai empat orang model kau untuk presentation tu. Mona semak diari. MONA: Semua budak-budak aku ada assignment pada tarikh yang kau nak tu. Tapi, aku boleh bagi budak baru. Kau boleh pilih sendiri.
20
25
Mona angkat telefon semula dan picit satu butang. RIZ: Ada yang ada pengalaman? Tak nak jalan tergedik-gedik pula. Mona angkat tangan sikit, sebab dia sibuk di telefon. MONA: Farah. Kalau ada orang telefon nak cakap dengan saya, tanya dulu urusan apa. Kalau nak minta kerja, awak sendiri yang uruskan.
30
35
Letak telefon, kembali kepada Riz. MONA: Ada juga. Tengoklah nanti. Riz angguk. Mona keluarkan handset dari handbag dan mendail. Riz tengok jam di tangan.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
16
RIZ: Jom. Aku belanja makan tengah hari. Riz hendak bangun. Mona, telefon melekap di telinga, bercakap dengan Riz. MONA: Ai! Baru sampai dah nak pergi makan? Lagipun aku ada hal ni.
5
Panggilannya telefonnya dijawab. MONA: Ha! Kat mana ni? (Pause) Apa? Dah sampai? (Pause) Ha? Depan pintu? (Pandang pintu) Masuklah, masuk!
10
Riz duduk semula, pintu dibuka dan masuk Zulikha. ZULIKHA: Hai Kak Mona!
15
Mona pula bingkas. Riz pusing badan ke belakang. Nampak saja Zulikha dia terus bangun dengan pantas. Dia merenung Zulikha dari atas ke bawah buatkan Zulikha tak senang hati. Mona pun hairan. MONA: Kenapa kau pandang dia macam tu?
20
RIZ: Yang ini siapa? Boleh bagi aku pakai dia? ZULIKHA: Haaah? Pakai? Apa ni?
25
Mona pun terkejut juga. Tapi kemudiannya dia senyum. MONA: Ini adik sepupu akulah, Riz. Bukan model aku. MONA: (Kepada zulikha) Ika... ini kawan akak, pereka fesyen. Riz namanya. Dia nak pakai model akak untuk memperagakan rekaan terbarunya. Bukan pakai apa.
30
35
Zulikha hulur tangan pada Riz. Bersambut. ZULIKHA: Zulikha. Panggil saja Ika. RIZ: Ridzuan.
40
Mona menghampiri Zulikha dan berdiri sebelahnya. Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
17
RIZ: (Kepada Mona pula) Aku sanggup bagi tawaran yang tinggi pada dia. MONA: Kau gila!
5
RIZ: Aku betul-betul ni. (Kepada Ika) Macam mana kalau saya belanja awak makan tengah hari? Kita boleh berbincang tentang tawaran tu.
10
MONA: Jangan harap! Zulikha hanya mampu sengih. MONA: (Kepada Zulikha) Jom Ika. Pergi makan.
15
Mereka pun melangkah ke pintu. Riz terpinga-pinga. Di pintu Zulikha menoleh kepada Riz, senyum ZULIKHA: Ok! Saya terima tawaran tu!
20
Riz tersentak. Kaku. Kemudian. RIZ: Kalau macam tu... esokZulikha sudahpun keluar. RIZ: (sambung) boleh mula berlatih.
25
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
18
10.
INT. BILIK PEJABAT EDDIE / SIANG BG MUSIC mengiringi 4 MODEL parading.
5
Eddie duduk bersandar di kerusi empuk, expressionless. Fariq berdiri dengan fail di tangan. DUA lagi pegawai memerhati dengan excitement. Riz berdiri sebelah Fariq, bagi cue. Sementara Mona di luar, beri arahan kepada model-modelnya. Masuk satu-satu, catwalking
10
Model pertama – Eddie hanya angguk. Fariq buat catatan. Riz jeling tengok respons Eddie. Model kedua – Eddie menjuih bibir, macam tak minat. Mona melepaskan model ketiga. Sementara itu beri perangsang kepada Zulikha sebagai model terakhir. MONA: Jangan gugup. Buat selamba saja... OK?
15
Zulikha angguk. Model ketiga – berpusing dan lentok liuk. Eddie tunduk dan pejam mata. Too much for him. EDDIE: Ok! Cukup... cukup.
20
Riz tahan Mona dari lepaskan Zulikha. RIZ: Encik Zuraidi... seorang saja lagi. EDDIE: Saya rasa rekaan awak perlu diperbaiki lagi...
25
FARIQ: Saya rasa rekaan Encik Ridzuan ni menarik.... 30
Eddie tenung Fariq, membuatkan Fariq menggelabah. RIZ: Mungkin model-model saya ni tak dapat menggayakannya dengan betul. Eddie tergelak sikit. RIZ: Rekaan yang keempat ni lebih baik daripada semua yang tadi.
35
Eddie pandang Fariq. Kemudian pandang pegawai-pegawainya. Mereka mengangguk-angguk. Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
19
Eddie sambil lewa.... EDDIE: Yalah... yalah! Riz beri signal kepada Mona. Mona angguk pada Zulikha.
5
MONA: Sekarang... Ika. Zulikha berkawad masuk. Fariq melopong. Fail di tangannya hampir terjatuh. Pegawai-pegawai yang duduk di settee terangguk-angguk dan senyum.
10
Eddie mengimbas pandangan. Pandangan keduanya lebih tajam. Bukan pakaian Zulikha yang menarik minatnya. Tetapi wajah Zulikha. 15
10A.
MEMORY FLASH Yang memperaga pakaian di depannya bukan Zulikha, tetapi Maria. Melirik senyum.
10B.
CUTBACK Bayangan Maria hilang. Zulikha meneruskan rutinnya. EDDIE: Dah... dah!
20
Eddie berdiri. Wajahnya masih tak beremosi. Riz matikan cd player. Dan Zulikha terpaku di tengah bilik yang luas itu. Dia semacam panik. 25
Eddie menghampiri Zulikha. Bila dekat barulah dia merenung pakaian Zulikha (tapi sebenarnya merenung susuk tubuh Zulikha). Wajah Zulikha berkerut. Macam teringatkan sesuatu. Kemudian dia senyum. ZULIKHA:
30
Awak? Riz terkejut. Bulat matanya. Tapi Eddie senyum. Angguk. EDDIE: Siapa nama awak?
35
ZULIKHA: Zulikha... Eddie mengangguk slowmo...
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
20
EDDIE: Ya... saya ingat! Ika! Mona dan Riz main signal. Mona angkat kening ‘apa hal?’ dan Riz angkat bahu ‘ntah!’. 5
Eddie berpaling kepada Riz. Melangkah, angkat jari... EDDIE: Ridzuan... baiklah... saya beli semua rekaan awak!
10
Riz senyum melebar. Model-modelnya melompat-lompat sikit sambil tepuk tangan. Pegawai-pegawai Eddie juga bangun dan tepuk tangan. Fariq merenung Ika dengan ekor mata. Bila Ika memandangnya, dia terus tunduk.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
21
11.
MONTAGE
11A.
BACKGROUND – KL CITY ATAU BOTANICAL GARDEN Zulikha bergaya untuk jurufoto fesyen, change of clothes, poses. Move, snap and still. Ika dalam set penggambaran iklan.
5
11B.
SERIES OF MAGAZINE ADS, COVERS AND NEWSPAPER CUTTING Dengan gambar-gambar Zulikha. Iklan syampu, iklan sabun, iklan baju, etc. Berita: ZULIKHA JADI DUTA FESYEN MALAYSIA, IKA DAPAT KONTRAK 1 JUTA, IKA SEMAKIN LARIS, ZULIKHA TERBANG KE PARIS, IKA MENANG ANUGERAH SRI ANGKASA
10
11C.
ATAS DEK FERI Zulikha, Mona dan Riz.
15
11D.
MANDI LAUT Zulikha dan Mona.
11E.
SUAP AISKRIM Zulikha dan Riz.
11F.
EXT. TEPI PANTAI / SIANG Zulikha lepak atas beach mat. Pakai kaca mata hitam. Riz terus duduk sebelah Zulikha. Ada majalah di tangannya. Beri pada Zulikha.
20
RIZ: Baca muka surat enam puluh empat. 25
11G.
ZULIKHA SELAK HALAMAN MAJALAH
11H.
MUKA SURAT 64 – ARTICLE BERGAMBAR IKA END OF MONTAGE
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
22
12.
TANGAN MEMEGANG GUNTING memotong gambar Zulikha dari majalah.
5
Tangan itu melekapkan gambar ke dinding dengan cellotape, dekat gambar-gambar Zulikha yang lain, foto, dari majalah dan dari akhbar. Tangan sama membalut hadiah. Tambah riben dan bunga.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
23
13.
INT. PEJABAT MONA / SIANG Ika duduk di kerusi Mona sambil membaca majalah. Depannya ada bungkusan.
5
Sekejap kemudian Mona masuk. Pleasantly surprise nampak Zulikha ada di situ. MONA: Aik? Dah ada di sini? Zulikha senyum. MONA: Kau kata tengah sibuk berlakon?
10
ZULIKHA: Hari ini tak ada penggambaran. MONA: Bangun! Akak nak duduk situ. 15
Zulikha pun bangun dan berubah tempat. ZULIKHA: Sombongnya. Mona duduk di kerusinya dan mula sibuk dengan handbag, keluarkan handset. MONA: Siapa yang sombong? Aku ke kau? Kau sejak dah bergelar pelakon wanita terbaik ni, nak telefon akak pun susah.
20
ZULIKHA: Memang sibuk Kak Mona.
25
Tangan Mona subconsciously bermain dengan bungkusan hadiah di depannya. Dan Mona merenung bungkusan itu. MONA: Eh? Ini apa pula ni?
30
Zulikha angkat bahu. ZULIKHA: Untuk Ika, tapi tak tahu siapa yang beri. MONA: Riz kot?
35
Zulikha tergelak. MONA: Dia sukakan kau.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
24
Mona pegang bungkusan. MONA: Buka? ZULIKHA: Buka la.
5
Mona pun mengoyak bungkusan hadiah. Di dalamnya ada sebatang cokelat. Melihat itu Zulikha hendak merebutnya. Mona melarikan tangannya yang memegang cokelat itu. MONA: Kongsi ya?
10
Dan mereka pun makan cokelat itu. MONA: Oh ya! Yang itu untuk kau. Zulikha menjeling arah yang ditunjuk oleh Mona. 15
SEJAMBAK BUNGA MAWAR. ZULIKHA: O... Riz.... MONA: O Riz ke atau siapa? ZULIKHA:
20
Siapa? Mona angkat bahu. MONA: Tak ada kad. ZULIKHA: Riz la tu.
25
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
25
14.
ESTABLISH PLUSH APARTMENT HOUSE / MALAM
14A.
INT. RUANG TAMU APARTMEN ZULIKHA / MALAM Zulikha bersantai di ruang tamu yang penuh kusyen lembut. Dia duduk atas lantai meninggikan lutut. Ruang tamu itu dihias secukupnya. Ada home theater. Magazines.
5
Tunjuk bouquet. Seberkas surat-surat dari peminat. Zulikha memegang bungkusan hadiah. Tak ada notes atau kad. Membukanya. Bungkusan itu kurus panjang. Selepas kertas pembalut dikoyak, ada jewellery case. Zulikha buka case, dan ada
10
14B.
KALUNG MUTIARA di dalamnya.
14C. 15
ZULIKHA TERKEJUT BESAR Cepat-cepat menutup semula case. Campak case ke sisi. Memeluk lutut sambil merenung case itu. Kebingungan.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
26
15.
EXT. LOKASI PENGGAMBARAN / SIANG Crew teknikal dan production sibuk prepare set. Zulikha sedang di touch up.
5
Seorang budak penghantar membawa bouquet yang agak besar. Mencari-cari seseorang dalam set. Dia terus menuju ke arah Zulikha. BUDAK PENGHANTAR: Kak Ika? Zulikha agak terperanjat. ZULIKHA:
10
Ya? Budak itu keluarkan voucher dan buku rekodnya untuk disain oleh Ika. BUDAK PENGHANTAR: Tolong sain di sini...
15
Ika pun sain. Budak penghantar beri bouquet kepada Zulikha. ZULIKHA: Daripada siapa ni? BUDAK PENGHANTAR: Tak tau. Saya tukang hantar je.
20
Budak penghantar nak beredar. Ketika itu di background kereta Riz pun sampai. ZULIKHA: Macam mana awak tahu saya ada kat sini?
25
BUDAK PENGHANTAR: Saya pergi ke studio Puan Mona tadi, dia kata Kak Ika ada kat sini. Zulikha angguk. 30
Riz sudah sampai di situ. Senyumnya panjang. RIZ: Hai... apa khabar? Zulikha masam aja. RIZ: Kenapa muncung ni?
35
ZULIKHA: Awak pengecut la!
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
27
Riz terkejut. ZULIKHA: Cakap depan-depan tak berani. RIZ: Apa maksud Ika?
5
ZULIKHA: Faham-faham sendiri sudahlah! Director mengangkat loud hailer. DIRECTOR: Stand by. Two minutes!
10
Makeup artist cepat-cepat mengelap dahi dan hidung Zulikha dengan tisu. ZULIKHA: Ika takkan cakap dengan awak lagi! RIZ: Errr... Riz nak jemput Ika pukul lapan nanti. Kita makan malam.
15
Zulikha tenung Riz. Kemudian beredar ke arah co-actor yang tengah semak script last minute. 20
Riz beredar dari situ, menuju ke kereta. Kereta hitam cross frame perlahan-lahan. Sebaik saja dilihat oleh Riz, kereta itu menambah kelajuannya.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
28
16.
EXT. OPEN AIR FOOD COURT / MALAM No food, only drinks on the table. No words, only silence in the air. RIZ: Kenapa Ika macam ni? Diam dari tadi.
5
ZULIKHA: Hadiah-hadiah yang Ika terima tu... semua Riz yang beri, bukan? 10
Riz tunduk kemudian angkat mata saja. Geleng. Dia tak senyum pun. RIZ: Bukan. Tapi... Riz memang ada hadiah nak beri pada Ika.
15
Riz keluarkan sebuah bungkusan kecil cenonet dari poket jaket. Dan teragak-agak menghulurnya kepada Zulikha. Zulikha pandang saja, tapi tak ambil. Dia bangun dan meninggalkan Riz ternganga.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
29
17.
IN CAR / SIANG Not the black car, another car. Eddie dalam perjalanan pulang. Keretanya dipandu oleh Amat. Fariq sebelah Amat. Eddie duduk di belakang. Dia sedang menatap majalah bisnes.
5
Dalam satu ruangan yang dibacanya, ada artikel tentang Zulikha. 17A.
TERPAMPAR WAJAH ZULIKHA DI DADA MAJALAH.
17B.
PELUH MERENIK di dahi Eddie. Dia agak gelisah. Renung ke depan untuk mengagak berapa jauh dari rumah.
10
17C.
FARIQ MENJELING KE BELAKANG Nampak gelagat Eddie. Fariq senyum brutal.
17D. 15
EDDIE mengipas-ngipas badannya dengan majalah. Dia tanggal tali leher dan butang kot.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
30
18.
EXT. RUMAH EDDIE / SIANG Kereta Eddie menjalar memasuki pekarangan rumahnya. Parking sebelah kereta hitam Eddie. Bila kereta itu berhenti Eddie pun keluar dan berlari masuk ke dalam rumah.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
31
19.
5
10
INT. BILIK PEJABAT EDDIE / SIANG Eddie masuk bilik tanpa menutup pintu. Dia terus ke mejanya. Mencari-cari sesuatu. Membuka laci, menyelerakkannya, mencari sesuatu. Dalam laci yang lagi satu dia jumpa botol ubat yang kosong. Dia membuka botol, menuang isinya dan menadah tangan, tapi apa pun tak keluar. Botol itu dijatuhkannya ke lantai. Dia menggigil-gigil. Tubuhnya dibasahi peluh. Dia mengetap giginya. Dia terus duduk di lantai, bersandar ke dinding. Dia memeluk lututnya macam kesejukan atau ketakutan. Masuk Mak Tom tergesa-gesa. Fariq pun masuk juga. MAK TOM: Kenapa ni, Encik Eddie?
15
Mak Tom macam sedang memujuk. Mak Tom nampak botol ubat yang kosong dekat kaki Eddie. Mak Tom jeling Fariq. MAK TOM: Encik Fariq... ubatnya dah habis. Encik Fariq mesti turun ke klinik sekarang juga.
20
Fariq angguk. FARIQ: Ya... Dia akur dengan permintaan Mak Tom. Dan tergesa-gesa dia keluar.
25
Setelah Fariq keluar, Mak Tom hampiri Eddie dan menyentuh bahu Eddie. MAK TOM: Eddie... kenapa ni? Tutur katanya lembut, keibuan.
30
Tapi Eddie menjelingnya dengan wajah yang menakutkan.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
32
20.
EXT. PEKARANGAN RUMAH EDDIE / SIANG Semasa Fariq hendak membuka pintu kereta hitam, terdengar suara Eddie melolong. Dia tersentak sedetik, kemudian senyum melebar.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
33
21.
EXT. LORONG BELAKANG / SIANG Lokasi penggambaran. Scene perkelahian di lorong. Dua pelakon lelaki sedang berentap. Pengarah tengok monitor. Zulikha duduk sebelahnya.
5
PENGARAH: Cut! Pelakon-pelakon bersurai. Pengarah berbincang dengan cameraman dan conti person. Crew lain mengemaskan peralatan.
10
Mona enter frame. Terus bertemu Zulikha. MONA: Ika! Ada orang nak jumpa kau! Zulikha berpaling dari arah Mona datang. 15
21A.
DI HUJUNG LORONG ada sebuah kereta hitam. (Kereta hitam ni refers to the same car throughout this script).
21B.
CUTBACK ZULIKHA: Siapa?
20
MONA: Ikut sajalah... Zulikha approach Director. Director dah dengar dan dah tahu. DIRECTOR: Five minutes!
25
Zulikha beredar dengan Mona. 21C.
KERETA HITAM Eddie memandang opposite side. Mona dan Zulikha semakin menghampiri. Zulikha was-was. MONA: Encik Zuraidi...
30
Eddie berpaling. Menyirap darah Zulikha. Dia terkejut. Dia senyum. Eddie senyum. 35
Zulikha tersipu-sipu. Mona tersengih-sengih.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
34
MONA: Zulikha... Encik Zuraidi ni nak berkenalan dengan kau. Dan Mona meninggalkan mereka berdua. 5
Zulikha serba salah. Tapi sengih semula. Eddie tunduk sambil berjalan menyusur keretanya. Dia tersenyum-senyum kambing. Begitu juga Zulikha. Bila dekat dengan Zulikha, dia hulur tangan untuk bersalam. EDDIE: Panggil saya Eddie...
10
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
35
22.
JAMBANGAN BUNGA YANG BESAR (STUDIO MONA) Reveal Mona dan Zulikha membelek-beleknya. ZULIKHA: Wow! Cantiknya....
5
Zulikha nampak kad yang terlekat pada jambangan bunga itu. Ambil dan baca. ZULIKHA: “Semoga perkenalan berpanjangan.” Hmmm... dah tersangat kreatif ler tu! MONA: Dari siapa?
10
ZULIKHA: Eddie.... 15
Terkebil-kebil mata Mona melihat Zulikha mengangkat dan memeluk jambangan bunga itu sambil memejamkan matanyer.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
36
23.
EXT. JALANRAYA PINGGIR BANDAR / SIANG Riz sedang memandu (IN CAR). Nampak sebuah kereta hitam di tepi jalan. Seorang lelaki berdiri bersandar pada kereta sambil bercakap melalui handset.
5
Bila Riz hampir baru dia cam lelaki itu Eddie. REVERSE Eddie kelihatan sedang marah ke dalam telefon. Tamatkan panggilan. Berpusing pula ke arah keretanya menendang-nendang tayar kereta semasa Riz melepasi tempat dia berdiri itu.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
37
24.
EXT. WARUNG / MALAM Riz sedang minum teh. Nampak kereta hitam lalu. Riz meneguk teh. Kemudian dia menung. Meninggalkan duit atas meja dan berlari ke keretanya. Dia mengekori kereta hitam itu.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
38
25.
EXT. JALANRAYA / MALAM Riz sedang memandu (IN CAR). Kelihatan cemas.
25A.
PAPAN TANDA apartmen mewah tempat Zulikha tinggal
5
25B.
KERETA RIZ masuk ke kawasan apartment itu.
25C.
IN CAR Riz nampak kereta hitam itu parking di bahu jalan. Riz berhenti. Menepuk-nepuk stereng. Beberapa ketika kemudian dia pun keluar dari kereta.
10
25D.
KERETA HITAM Riz menyusuri kereta itu. Berhenti di tepi tingkap untuk mengintai ke dalam. Tak ada orang. Riz dongak pandang bangunan apartmen.
15
Dia tunduk berfikir sambil petik jari. Kemudian dia berlari ke main entrance.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
39
26.
INT. KORIDOR KE APARTMEN ZULIKHA / MALAM Dekat lif. Eddie keluar dari lif. Wajahnya merenik peluh. Berlari ke pintu apartmen Zulikha. Beberapa meter dari pintu dia berhenti.
5
26A.
PINTU ITU RENGGANG Riz melangkah perlahan-lahan dan berhati-hati. Sampai di pintu dia memegang tombol dan menolak daun pintu, melebarkan renggangnya.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
40
27.
INT. APARTMEN ZULIKHA / MALAM Int. suram saja, tak banyak lampu dipasang. Follow Zulikha keluar dari bilik air dengan memakai robe dan rambut berbungkus tuala. Dia berjalan masuk ke bilik. OBJECTIVE CAM menghampiri pintu bilik.
5
27A.
RIZ BERADA DI MUKA PINTU Pintu itu terbuka luas. Riz pandang tepat ke depan. RIZ: Hoi! Buat apa tu?
10
27B.
BCU LELAKI MISTERI yang memakai ski mask. Berpaling pantas ke kamera. Bulat matanya.
27C.
KAKI LELAKI MISTERI berlari ke arah pintu. Bertembung dengan Riz yang masih di pintu. Kaki saja ya, up to the waist, tak nampak wajah. Assuming lelaki itu menumbuk Riz. DUSYUM! DUSYUM! Kemudian Riz terkulai.
15
INTERCUT TO 20
27D.
INT. BILIK TIDUR ZULIKHA Zulikha masih dalam robe dan kepala berserban tuala. Gincu terlepas dari tangan dan jatuh atas meja solek.
27E.
CUTBACK TO RIZ Riz terlentang di muka pintu dan di background lelaki berpakaian serba hitam dan memakai ski mask semakin jauh berlari dan hilang di selekoh.
25
27F.
SUDUT LAIN Eddie tidak bergerak-gerak. (LOW)
30
Zulikha enter frame. Merendahkan badan. Pegang bahu Riz. Tarik supaya nampak wajah Riz. Kemudian dia MENJERIT. FADE OUT
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
41
28.
INT. RUANG TAMU ZULIKHA / MALAM Zulikha merawat Riz yang berdarah mulutnya serta lebam. Dia guna sapu tangan. Riz duduk atas karpet, bersandar ke sofa dan kakinya lurus.
5
Mona pun ada di situ duduk atas sofa. Dia menggeleng kepala. MONA: Betul ke apa kau cakap ni, Riz? Kau nampak sendiri orang tu? RIZ: Aku tak tengok mukanya. Kan aku bagi tau tadi, dia pakai topeng.
10
MONA: Kalau kau tak nampak mukanya, macam mana kau tahu dia Eddie? RIZ: Aku cam sangat kereta Eddie sebab aku dah ikut dia berbulan-bulan.
15
Zulikha terperanjat. ZULIKHA: Hah? Buat apa Riz ikut dia?
20
RIZ: Sebab kereta hitam tu selalu mengekori Ika. Dah hadiah-hadiah yang Ika dapat tu? Dari siapa? Bukan Riz yang beri. MONA: Hadiah-hadiah tu Eddie yang beri. Dia peminat Ika dah lama.
25
ZULIKHA: Yang masuk ke sini tadi bukan Eddie lah. Ika dah telefon rumahnya. Mak Tom, orang gajinya, kata Eddie sedang tidur.
30
RIZ: Riz rasa Mak Tom cuba menyembunyikan sesuatu dari kita. Riz rasa Eddie tu... mereng!
35
Zulikha menonyoh bibir Riz yang bengkak itu dengan sapu tangan. Riz TERJERIT kesakitan. ZULIKHA: Awak yang gila. 40
Riz merentap sapu tangan dari tangan Zulikha.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
42
Riz merenung wajah Zulikha dengan marah. Tanpa berkata apa-apa lagi dia bangun, menghempas sapu tangan ke lantai dan meninggalkan kedua-dua wanita itu di situ.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
43
29.
INT. RUMAH EDDIE / SIANG
29A.
INT. PEJABAT EDDIE Eddie ambil pil dan menelannya. Minum air dari gelas yang sedia ada di situ.
5
29B.
INT. BILIK BABY / SIANG Eddie merenung potret Maria di dinding bilik baby. Menjelma imej wajah Maria. ECHO MARIA: Eddie... EDDIE: Maria. Eddie minta maaf. Eddie terlalu sayang dan rindukan Maria. Tapi... sekarang sudah sampai waktunya Eddie buat satu keputusan. Keputusan yang akan mengubah hidup Eddie.
10
15
29C.
PINTU PEJABATNYA TERBUKA masa Eddie lalu di situ. Fariq keluar dari situ. Di tangannya ada beberapa folder. Bila ternampak Eddie dia terkejut besar. EDDIE: Ha! Fariq! Kau masih ada di sini?
20
Fariq gugup dan folder di tangan hampir saja terlucut. FARIQ: Saya... saya ambil fail-fail ni, tuan. Untuk dibawa ke pejabat. 25
Eddie angguk. Senyum. Fariq tunduk tak konfiden. Berpaling sikit dan menjeling. Kemudian dia berlalu pantas.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
44
30.
EXT. TAMAN DALAM KAWASAN RUMAH EDDIE / SIANG Eddie berdiri memandang jalan berliku di lereng bukit untuk sampai ke rumahnya. Kemudian dia seluk poket seluar dan keluarkan handset. Picit satu butang dan lekap ke telinga. Tunggu panggilan dijawab.
5
EDDIE: Hai! Buat apa tu? (Pause) Malam ini lapang tak? (Pause) Siap-siap dalam pukul lapan, saya akan jemput awak. (Pause)
10
Dan Eddie menyimpan semula telefonnya. Kemudian dia seluk poket yang satu lagi. Keluarkan satu bekas kecil berbentuk hati dan berwarna merah hati. Dia buka bekas itu. 15
30A.
SEBENTUK CINCIN BERLIAN
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
45
31.
EXT. SIDEWALK CAFE / SIANG Establish dulu. Kemudian closer to subject. Ika dan Mona sedang enjoy capuccino. MONA: Bagitaulah apa pengumuman penting tu!
5
Zulikha nampak sungguh riang. ZULIKHA: Ika dan Eddie lama berkawan, kan.... MONA: Ya... betul....
10
ZULIKHA: Dan kami dah saling memahami hati budi masing-masing. MONA: Ha-a... jadi?
15
Zulikha nampak teroncat-loncat sikit. ZULIKHA: Jadi... malam tadi dia bawa Ika keluar makan malam di restoran yang paling eksklusif.
20
MONA: Lalu apa yang terjadi? Zulikha panjangkan tangan ke depan untuk menunjukkan cincinnya. ZULIKHA: Ika dapat ini!
25
Mona pegang jari Zulikha. Tenung cincin itu. Kemudian dia tenung wajah Zulikha. MONA: Dia melamar kau?
30
Zulikha angguk macam ayam sedang mematuk.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
46
32.
EXT. NATURE PARK / SIANG Zulikha dan Mona duduk atas rumput bawah pokok. Zulikha mencucuk-cucuk tanah dengan ranting kayu. ZULIKHA: Eddie kata dia jatuh cinta dengan Ika... pandang pertama.
5
MONA: Bila tu? ZULIKHA: Ingat tak masa Ika hampir dilanggar kereta dulu. Eddielah yang menyelamatkan Ika.
10
32A.
MEMORY FLASH Peristiwa Eddie menyelamatkan Zulikha dari dilanggar kereta.
15
32B.
CUTBACK TO PRESENT TIME ZULIKHA: Sebab itulah masa dia mula-mula nak berkenalan dengan Ika dulu, Ika rasa macam pernah jumpa.
20
Zulikha tergelak. ZULIKHA: Walaubagaimanapun... Ika pun sama tertarik dengan dia. Lepas tu selalu keluar dengan dia. Pernah ajak Ika pergi melancong ke luar negeri, tapi Ika tolak.
25
Mona angkat kening. ZULIKHA: Ika suka dia bukan sebab dia banyak duit. MONA: Yalah tu!
30
ZULIKHA: Betul! Ika suka dia sebab Ika suka karekter dia. He is a perfect gentleman. Romantik, penyayang.... MONA: Tapi kau kenal dia betul-betul ke? Masih ada ibu bapa ke? Dah ada isteri ke...?
35
Zulikha angguk.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
47
ZULIKHA: Dia dah ceritakan segala-galanya. Dia anak tunggal mewarisi kekayaan bapanya. Ibu bapanya meninggal dalam kemalangan kapalterbang.
5
MONA: Dia dah kahwin? ZULIKHA: Dia pernah kahwin. Tapi isterinya meninggal dengan anak dalam kandungan. Kira-kira lima tahun lalu.
10
Mona merenung Zulikha. Interested dengar cerita yang macam tu. ZULIKHA: Hidupnya penuh dengan tragedi. Sebab itulah perasaannya selalu tertekan. Tapi dia tak sakit jiwa macam yang Riz tuduh tu.
15
MONA: Yalah. Kalau dia sakit jiwa, macam mana dia nak jaga empayarnya.
20
ZULIKHA: Ha-a, kan? Macam-macam perniagaan yang dia buat. ZULIKHA: Sekarang dia tak mahu Ika jadi model atau pelakon lagi... tak mahu Ika bahan tontonan awam. Dia mahu Ika menjadi miliknya sahaja.
25
30
Mereka terdiam seketika. MONA: Jadi kau memang sedia lah menjadi isteri orang kaya tu? Zulikha angguk. ZULIKHA: Ya, Kak Mona.
35
MONA: Kalau begitu, akak doakan hidup kau bahagia nanti. ZULIKHA: Terima kasih, Kak Mona.
40
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
48
Zulikha merapati Mona dan memeluknya.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
49
33.
EXT. SEBUAH TEMPAT DALAM BANDAR / SIANG Tempat yang tak sesuai untuk berdating. Dan Riz duduk sendirian macam orang kebingungan. Dia kelihatan tidak terurus.
5
Di satu sudut kelihatan Mona mencari-cari. Nampak Riz dan menghampiri. MONA: Mengapa nak jumpa aku kat sini? Kat kafe tak boleh ke? Atau pun kat pejabat aku?
10
Riz tidak menoleh memandang Mona. Dia cuma angkat tangan sikit. MONA: Apa yang kau rungsing sangat ni, cuba bagitau aku?
15
Dan Mona pun duduk sebelah Riz. RIZ: Aku tak tau macam mana nak cakap. Tapi aku ambil berat tentang Ika. MONA: Ika kata tak ada peminat misteri yang bagi hadiah lagi. Habis, kau nak risaukan apa lagi?
20
RIZ: Aku takut dia tersalah pilih. Eddie tu sakit. Ramai orang kata macam tu. Kalau dia kahwin dengan Eddie, dia akan sengsara.
25
MONA: Mengarutlah semua tu, Riz. Kau sengaja tak mahu Ika kahwin dengan Eddie. RIZ: Itu bukan isunya, Mona.
30
MONA: Aku tahu, kau pun cintakan dia. Riz mengeluh kasar. MONA: Riz. Ika dah buat keputusannya. Dia pilih Eddie. Apa lagi yang kita boleh buat? Kau terpaksa melepaskannya.
35
40
Riz mengeluh lagi. Kali ini lebih kasar. Dia bangun dan berjalan tanpa pandang belakang.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
50
34.
SERIES OF MEDIA REPORTS Dari majalah dan akhbar. AKHBAR: HARTAWAN FESYEN MENJADI PILIHAN IKA
5
MAJALAH: ZURAIDI AKHIRI ZAMAN DUDA PILIH PELAKON TERKENAL AKHBAR: PASANGAN PALING PANAS POJOK: LAGI CERITA ARTIS KAHWIN JUTAWAN
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
51
35.
EXT. PEKARANGAN RUMAH EDDIE / SIANG Kereta pengantin meluncur ke porch. Di situ sudah ada Fariq, Mak Tom, Pak Din, Don dan Amat sedang menunggu dengan berpakaian cantik dan senyum yang lebar.
5
Amat bukakan pintu Eddie dan Fariq bukakan pintu Zulikha. Eddie dalam tuxedo keluar. Amat sungguh gembira bersalaman dengan bosnya. Eddie pusing kereta untuk ke pintu Zulikha.
10
Pintu itu dibuka oleh Fariq. Dan Fariq senyum kepada Zulikha. Zulikha masih belum keluar, balas senyum Fariq. Eddie hulur tangan pada Zulikha yang menyambutnya. Zulikha pun keluar. Bersilang siku berjalan dengan Eddie ke pintu depan. Di situ Zulikha bersalam dengan Mak Tom. EDDIE: Ini Mak Tom. Dia tinggal dengan Eddie semenjak Eddie kecil lagi.
15
Seterusnya Eddie memperkenalkan yang lainnya. EDDIE: Ini Pak Din, tukang kebun. Ini pula Amat, pemandu Ika nanti. Yang ini Don, pengawal peribadi Ika. Dan Fariq ni pembantu khas saya.
20
Selesai Ika bersalam dengan semua orang. EDDIE: Jom. Eddie tunjuk bilik kita.
25
Mereka pun jalan berpimpin tangan masuk ke dalam rumah diekori yang lain-lainnya.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
52
36.
INT. RUMAH EDDIE / SIANG Eddie membuka pintu bilik pejabatnya. EDDIE: Ini pejabat saya di rumah. Kadang-kadang urusan perniagaan dibuat di pejabat ini, kalau saya tak turun ke Kuala Lumpur.
5
Eddie tarik tangan Zulikha. EDDIE: Mari! Tengok bilik pula. 10
Tapi Ika berminat pada pintu bilik yang tertutup. Bilik baby. Dia berhenti di situ. ZULIKHA: Ini bilik siapa? Wajah Eddie berubah. EDDIE: Ada benda-benda yang Ika tak perlu ambil tahu.
15
Zulikha tersentak sikit. EDDIE: Jom!
20
Eddie menarik tangan Zulikha lagi dan mereka berlalu.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
53
37.
INT. BILIK TIDUR / MALAM Lampu tidur memberi secukup cahaya untuk menampakkan Zulikha duduk depan meja solek. Eddie yang baring membelakangi Zulikha mendengus. Kemudian terlentang. Tangannya meraba tilam. Zulikha tak ada di situ. Dia angkat kepala dan lihat Zulikha memandangnya.
5
Zulikha senyum. Eddie berpusing pula hingga hampir meniarap. Dia melambai Zulikha. Zulikha ketawa kecil. Zulikha berlari melompat ke atas tilam. Eddie mendengus lagi.
10
EDDIE: Hmmm... tidurlah! 37A.
LATER THAT NIGHT Eddie sedang tidur. Kelihatan resah di wajahnya. Peluh mula merenik.
15
37B.
MIMPI EDDIE Visual yang distorted. Sebuah kapal terbang. BUNYI JET yang bising. Potret Maria. GELAK TAWA MARIA. ECHO MARIA: Eddiiiieeee!
20
Pasu kaca jatuh ke lantai slow mo dan berderai. Disusuli JERITAN MARIA 37C. 25
CUTBACK Eddie mengigau. EDDIE: Maria... Maria... Terkejut dari tidur. Dia sendiri terjerit sedikit. Zulikha membuka mata dan berpaling memandang Eddie. ZULIKHA: Kenapa Eddie?
30
Muka Eddie dibasahi peluh. Dia menggeleng. ZULIKHA: Eddie mimpi lagi, ya?
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
54
38.
INT. BILIK TIDUR / SIANG Dari dalam bilik tidurnya Zulikha nampak kedua-dua kereta Eddie keluar dan menuruni bukit. Di taman, Pak Din pula sedang menyiram pokok bunga.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
55
39.
INT. DEPAN PINTU BILIK BABY / SIANG Zulikha cuba memutar tombol tapi tak bergerak. Terdengar suara Mak Tom berdehem.
5
Zulikha terperanjat dan pandang Mak Tom keluar dari bilik tidur utama, membawa bakul berisi pakaian dah pakai. Mak Tom senyum padanya. ZULIKHA: Mak Tom. Mak Tom berhenti untuk melayan Zulikha. ZULIKHA: Apa ada dalam bilik ni?
10
MAK TOM: Tak ada apa sangat. Cuma barang-barang budak saja. ZULIKHA: Barang-barang budak?
15
MAK TOM: Dulu... encik belikan barang-barang untuk persediaan anaknya yang nak lahir. Tapi... dah ajal... tak sempat.
20
Zulikha mengangguk tanda faham. ZULIKHA: Siapa yang kemaskan bilik ini? Susah Mak Tom nak jawab. MAK TOM: Mak Tom, cik puan.
25
ZULIKHA: Tak apa... hari ini biar Ika yang bersihkan. 30
Mak Tom serba salah. Mak Tom angguk berat dan dia pun berlalu sambil berlenggang kangkung. FADE OUT
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
56
40.
From inside. Zulikha buka pintu dan pandang ke dalam bilik. Nampak kelibat Mak Tom yang memegang serangkai anak kunci. Di tangan Zulikha ada feather duster. Setelah jeling Mak Tom, Zulikha pun melangkah masuk ke dalam bilik itu. Mengitari pandangan sekitar bilik itu. Tiada apa yang menariknya, kecuali...
5
10
INT. BILIK BABY / SIANG
40A.
POTRET MARIA
40B.
ZULIKHA menatap potret itu. ECHO ZULIKHA: Ini agaknya Maria. Cantik juga... patutlah susah dia nak melupakannya.
15
Setelah sambung mencuit itu sikit, ini sikit, Zulikha pun keluar dari bilik itu.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
57
41.
INT. RUANG TAMU / MALAM Eddie menempeleng Zulikha sampai terduduk. EDDIE: Dah lupa ke? Dah lupa ke saya cakap... ada benda-benda yang Ika tak perlu tahu.
5
ZULIKHA: Apa salahnya Ika masuk bilik itu? Lagipun Eddie juga yang cakap, rumah Eddie, rumah Ika juga. 10
Eddie terkam Ika dan cekak rambutnya. MAK TOM: Tuan... tolonglah tuan... jangan buat cik puan macam tu! Bukan salah dia...
15
Pak Din dan Amat turut menjadi saksi, melihat Eddie naik minyak. Kecut saja mereka. Jauh di satu sudut, Fariq dan Don. Eddie pantas berpaling kepada Mak Tom. EDDIE: Memang betul! Saya dah bagi arahan... bilik tu jangan sesiapa pun masuk. ZULIKHA: Tak ada apa pun dalam bilik tu-
20
Eddie pantas berpaling dan angkat tangan untuk menabuh Zulikha. Zulikha tekup muka dan menjerit. 25
Eddie tak jadi melempang Zulikha. EDDIE: Sebab awak dah langgar peraturan. Saya tak benarkan awak keluar dari kawasan rumah ini! Berkuatkuasa hari ini!
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
58
42.
EXT. TAMAN / SIANG Zulikha keluar dari rumah ke taman. Membawa diari dan telefon. Dia duduk di kerusi bawah payung. Kemudian dia menulis sesuatu ke dalam diari.
5
ECHO ZULIKHA: Sudah dua bulan aku bergelar isteri. Isteri kepada seorang lelaki yang kacak dan kaya. Memang itulah impianku sejak kecil. Memang benar kata-kata Kak Mona dulu. Aku tidak ketemu bahagia di mahligai ini. Aku lebih bahagia semasa aku menjadi orang biasa dulu.
10
Ya... dulu aku bebas. Seperti burung. Terbang riang di angkasa. Kini aku terkurung... dalam sangkar...
15
Zulikha bergenang airmata. Tiba-tiba telefon berdering. Zulikha mengangkatnya dan menjawab. ZULIKHA: Ei... Kak Mona! Ala... kenapa lama tak telefon? Kat mana ni?
20
42A.
EXT. TEPI PANTAI / SIANG Mona bersama Riz. MONA: Akak kat Port Dickson. Ada hari keluarga. Sambil tu ada sesi fotografi juga. Kau apa khabar tuan puteri?
25
42B.
INTERCUTTING ZULIKHA: Ika sihat. Tapi bosanlah, Kak Mona. Ika rasa nak berlakon baliklah.
30
MONA: Eh jangan. Nanti laki kau marah. 35
Zulikha terdiam seketika. ZULIKHA: Eddie tu semakin peliklah perangainya, Kak Mona. MONA: Pelik macam mana tu?
40
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
59
ZULIKHA: Entah la, kak. Tak tau nak cakap macam mana. Dia macam nak kurung Ika aja kat sini. Macam dia ingat Ika nak lari dari dia aje.
5
MONA: Mengarutlah kau, Ika. Itu tanda dia sayang kau... takut kau diapa-apakan orang. Takut kau kena culik. ZULIKHA: Sayang memang sayang, Kak Mona. Tapi yang Ika tak tahan tu... malam-malam dia selalu bermimpi dan menjerit sebut nama Maria, isterinya yang dah mati tu.
10
15
Mona pula terdiam. ZULIKHA: Eh, Kak Mona! Riz sihat ke? MONA: Dia ada kat sebelah akak ni. Kau nak cakap dengan dia ke?
20
ZULIKHA: Nak! Nak! Mona serahkan telefon kepada Riz. Tapi Riz mencebik dan bangun lalu meninggalkan Mona terkebil-kebil. MONA:
25
Ika. ZULIKHA: Hai... Riz. (Tukar nada) O...! MONA: (Sayu) Dia tak nak cakap dengan kau la.
30
Ada orang melambai-lambai Mona. ZULIKHA: Tak apalah kak. Kirim salam saja kat dia. MONA: Yalah. A... Ika. Ada orang panggil akak ni. Kau tu kalau senang-senang, telefonlah akak, ya?
35
ZULIKHA: Yalah.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
60
Zulikha menamatkan panggilan. Dia termenung. Membaca catatan di diarinya tadi. Kemudian sambung menulis. ECHO ZULIKHA: Aku rasa Eddie tu semakin teruk penyakitnya....
5
Zulikha menutup diari dan meletak pen atasnya. Dia ambil semula telefon dan mendail. Melekap telefon ke telinga dan menunggu. ZULIKHA: Assalamualaikum, mak! Ika ni!
10
42C.
DALAM RUANG TAMU Mak Tom mengintai Zulikha dari sebalik langsir. Kemudian melepaskan langsir. Geleng kepala sambil meninggalkan tempat itu.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
61
5
43.
INT. RUMAH EDDIE / SIANG
43A.
PINTU PEJABAT EDDIE Ika berjalan melewati pintu pejabat Eddie. Sebaik saja dia lepas. Pintu itu berdentum. Zulikha terjerit kecil dan pantas menoleh ke belakang. Fariq yang keluar dari bilik itu. Zulikha mengurut dadanya.
10
Fariq merenung dada Zulikha. Kemudian pandang wajah Zulikha. Kemudian menuruni pandangannya hingga ke betis Zulikha. Sekali lagi dia pandang wajah Zulikha dan senyum. ZULIKHA: Apa awak buat dalam pejabat Eddie? FARIQ: Saya ambil pen ini.
15
Fariq menunjukkan pen yang dimaksudkan. ZULIKHA: Bila awak balik? Bukankah awak keluar dengan Eddie tadi? Awak balik kerana nak ambil pen itu saja ke? FARIQ: Saya disuruh Tuan Zuraidi membeli ubatnya dan hantar pulang.
20
ZULIKHA: Mana ubatnya? FARIQ: Dah saya simpan di dalam.
25
ZULIKHA: Awak masuk pejabat ni sebab nak simpan ubat, atau nak ambil pen? FARIQ: Dua-dua sekali cik puan. Pen ini pun dia yang suruh ambil.
30
Zulikha senyum. Fariq tertunduk sekejap. FARIQ: Puan Zulikha...
35
Pause. ZULIKHA: Ya... apa?
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
62
Farq gelabah. Giliran Zulikha pula memandang Fariq dari atas ke bawah. Fariq pun berlalu dengan tergesa-gesa. 43B. 5
DALAM BILIK YANG BERTAMPAL GAMBAR ZULIKHA Dinding yang sama. Ada meja kecil. Tangan meletak pen. Dan ubat dalam plastik jernih. Ubat itu kemudian diangkat semula dan dimasukkan ke dalam bakul sampah di kaki meja.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
63
44.
INT. BILIK TIDUR / MALAM Zulikha berbaring di katil. Keluarkan diari dari bawah bantal dan mencatat sesuatu. ECHO ZULIKHA: Sekarang sudah empat bulan aku terkurung di mahligai kaca....
5
Tiba-tiba Eddie masuk. Cepat-cepat Zulikha menyembunyikan diari ke bawah bantal. EDDIE: Buat apa tu, sayang?
10
Zulikha senyum manja. ZULIKHA: Tak ada apa-apa. Tunggu Eddie la. Eddie naik ke katil dan baring di sebelah Zulikha. EDDIE: Kalau Ika boleh bersabar... bulan depan Eddie nak ajak Ika ikut ke New York.
15
Zulikha terbangun. ZULIKHA: Ye ke? Nak ikut!
20
EDDIE: Itupun ada syarat-syaratnya nanti. Eddie memicit hidung Zulikha. EDDIE: Selamat malam.
25
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
64
45.
EXT. TAMAN / SIANG Eddie sedang berdiri sambil memegang beberapa helai dokumen in loose sheets. Fariq paling dekat dengannya. Don di suatu sudut berpeluk tubuh.
5
Zulikha keluar dari ruang tamu ke taman. Bila nampak Zulikha, Eddie jadi berang. Melambungkan kertas di tangannya. Fariq si balaci memungut kertas satu persatu dan mengemaskan semula. Eddie terus bergegas ke arah Zulikha.
10
EDDIE: (Marah) Lima bulan kita kahwin. Lima bulan... masih belum apa-apa lagi? Eddie mencekak rambut Zulikha. Fariq hanya memandang. ZULIKHA: Apa ni Eddie, sakitla!
15
EDDIE: (Jerit) Kau mandul ke? Ika mula ketakutan. Dia geleng-geleng-geleng. EDDIE: Kau makan ubat ke?
20
Ika pejam mata, macam nak menangis. Peluh merenik di dahi Eddie. Dia cuba tenang semula. Melepaskan Zulikha. Zulikha berlari masuk ke ruang tamu semula.
25
45A.
INT. RUANG TAMU / SIANG Zulikha menangis tersedu-sedu, duduk atas sofa, menekup muka pada tempat letak tangan. Tidak lama kemudian tangan Eddie mengusap rambut Zulikha.
30
Eddie duduk sebelah Zulikha. Menyentuh bahu wanita itu. Goncang sikit. EDDIE: (Lembut) Maafkan Eddie, Ika. Eddie tak bermaksud nak menyakitkan Ika.
35
Zulikha tegakkan tubuh, pusing memandang Eddie. Kemudian meletakkan kepala ke bahu Eddie. Eddie membelai rambut Zulikha.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
65
EDDIE: Ingat janji Ika tak? Sebelum kita kahwin dulu? Ika mengangguk. EDDIE: Eddie nak ingatkan lagi. Ika janji... Ika... nak lahirkan anak-anak yang comel untuk Eddie.... kan?
5
Ika mengangguk. EDDIE: Baik. Esok... ikut Amat... Don... pergi klinik di bandar. Buat ujian sekali lagi. Faham?
10
Ika mengangguk. EDDIE: Faham?
15
Ika menjeling Eddie. ZULIKHA: Faham....
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
66
46.
EXT. DEPAN KEDAI DI KL / SIANG Zulikha dengan Mona. Sebab tergesa-gesa, mereka bertemu di situ saja. MONA: Kau cubalah pujuk dia. Ikut saja apa cakap dia.
5
ZULIKHA: Ika rasa buat masa ini dia tak boleh bawa berbincang. Cepat sangat naik angin. Mula-mula dulu tak gitu.
10
MONA: Kau kata dia makan ubat. Ubat apa? ZULIKHA: Ubat penenang. Fariq yang selalu belikan ubat itu.
15
Muncul Don berjalan pantas dari sebalik bangunan. Bila nampak Zulikha baru dia berasa lega dan memperlahankan langkahnya. Zulikha melihatnya. ZULIKHA: Sihitam tu dah jumpa Ika.
20
Mona berpaling. MONA: Kau baliklah dulu sebelum suami kau marah. 25
Zulikha mengangguk. Pegang tangan Mona berpusing tapi macam enggan melepaskan tangan Mona.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
67
47.
EXT. PORCH / SIANG Eddie berjalan mundar-mandir, resah. Sesekali menjeling pintu pagar.
5
Kereta Zulikha muncul masuk, barulah Eddie berhenti melangkah. Kereta itu berhenti depan porch dan Zulikha keluar. Keluar dari pintu depan ialah Fariq. Dia melihat Eddie menarik tangan Zulikha. EDDIE: Pergi mana, hah?
10
ZULIKHA: Bandar, macam Eddie suruh. EDDIE: Bandar? Bandar maksud saya, bawah sini saja. Awak pergi Kuala Lumpur. Siapa benarkan awak pergi Kuala Lumpur?
15
Zulikha jeling Amat. Amat yang berdiri sebelah kereta, tunduk. EDDIE: Jumpa siapa? Jumpa jantan tu ya?
20
ZULIKHA: Jantan mana? Ika tak jumpa jantan mana pun. EDDIE: Jantan mana lagi, bekas kekasih awaklah.
25
ZULIKHA: Apa? Zulikha geleng kepala. Eddie sondol dahi Zulikha dengan jari-jarinya. EDDIE: Awak belum jawab soalan saya!
30
ZULIKHA: Ika tak tahu siapa yang Eddie maksudkan. EDDIE: Awak pergi Kuala Lumpur jumpa siapa?
35
ZULIKHA: Jumpa kakak pupu saya, Mona. Lama tak jumpa, saya rindu padanya.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
68
Fariq merenung Eddie. EDDIE: Tak boleh. Tanpa kebenaran saya, tak boleh. Jumpa emak awak sekalipun. Faham?
5
ZULIKHA: Eddie... tolonglah bertimbang rasa sikit.... EDDIE: Timbang rasa? Saya tak mahu awak bebas macam awak sebelum kahwin dulu. Sekarang awak isteri saya. Saya tahu awak nak berlakon semula. Tak boleh. Faham?
10
ZULIKHA: Eddie.... EDDIE: Dan Mona itu yang ajar awak jadi model. Dia yang galakkan awak jadi pelakon. Saya tak suka.
15
ZULIKHA: Kalau Ika tak jadi model, tak jadi pelakon, Eddie pun tak kenal Ika. Edi pun tak nak kan Ika, bukan?
20
EDDIE: Dulu lain sekarang lain. Ingat! Jumpa Mona lagi, kalau dia nak rampas awak dari saya, saya akan buat sesuatu! Saya akan buat sesuatu!
25
Eddie bergegas masuk ke dalam rumah. Fariq tak lepas memandangnya. Ika pula terus berlari ke taman.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
69
48.
INT. MEJA MAKAN / MALAM Supper. Eddie makan dengan Ika. Tiada perbualan. Eddie asyik merenung Ika.
48A. 5
INT. BILIK TIDUR / MALAM Mereka duduk di atas katil. Ika memeluk lutut. Eddie kakinya atas lantai. EDDIE: Begini... bila seorang lelaki mengahwini seorang perempuan, dia mahu bukan sekadar seorang isteri, tetapi juga ibu kepada anak-anaknya. Faham?
10
Ika mengangguk. EDDIE: Dan Ika masih muda, masih ada banyak masa, tak mahu terburu-buru, bukan?
15
Ika mengangguk lagi. EDDIE: Tapi Eddie dah tiga puluh lebih. Eddie nak juga lihat anak-anak membesar. Sebab itu Eddie tak mahu bertangguh. Faham?
20
Ika angguk lagi. EDDIE: Ika ada masalah dengan itu? Ika geleng-geleng. 25
Dan Zulikha pun merebahkan tubuhnya ke tilam. Eddie memandang. Langsung hilang selera. Terus bangun dan meninggalkan bilik tidur.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
70
49.
INT. BILIK TIDUR / SIANG Cahaya pagi mencuri masuk. Pintu bilik tidur diketuk bertalutalu. Zulikha masih bergumpal dalam selimut. Pintu diketuk lagi. Menyusul suara Mak Tom.
5
MAK TOM Cik Puan! Cik Puan! Cepat buka pintu! Zulikha terkejut dan bingkas. Dia mengheret selimut ke pintu. Membuka pintu. ZULIKHA: Ada apa Mak Tom? Eddie ke?
10
MAK TOM: Telefon. Hal penting. Tentang kakak cik puan, Mona. ZULIKHA: Siapa yang telefon?
15
MAK TOM: Seorang lelaki. Zulikha melepaskan selimut dan terus berlari keluar bilik. 20
49A.
INT. RUANG TAMU / SIANG Hampir dengan telefon dia menyebut nama Riz berulang kali. Kemudian mengangkat gagang. ZULIKHA: Riz? Apa yang dah berlaku?
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
71
50.
EXT. DEPAN RUMAH MONA / SIANG Kereta peronda. Anggota polis. Pintu rumah terbuka. Ambulan keluar dari pekarangan dengan bunyi siren. Riz di luar keretanya. RIZ: Riz ada depan rumah Mona.
5
50A.
INTERCUTTING ZULIKHA: Itu bunyi siren. Kenapa dengan Kak Mona?
10
RIZ: Mona dah meninggal dunia. Zulikha terkejut besar. ZULIKHA: Kak Mona dah mati? Macam mana?
15
RIZ: Dia dibunuh. Ada orang masuk rumah dia malam tadi dan bunuh dia! ZULIKHA: Jangan bergurau, Riz.
20
RIZ: Di mana suami Ika? Zulikha jeling ke belakang. Kemudian meninjau ke luar. ZULIKHA: Dia dah keluar.
25
RIZ: Ika. Dengar cakap Riz. Ika mesti keluar dari rumah itu. ZULIKHA: Mengapa Ika mesti keluar dari rumah ini?
30
Zulikha berfikir sejenak. ZULIKHA: Riz tuduh suami Ika pembunuh? Riz tidak menjawab. Hanya tunduk. ZULIKHA: Dia bukan seorang pembunuh. Malam tadi dia ada bersama Ika.
35
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
72
RIZ: Ada orang nampak keretanya dekat-dekat sini malam tadi. ZULIKHA: Bohong!
5
RIZ: Dan Ika baru bangun tidur. Sekarang dah pukul berapa? Zulikha pandang jam grenpader. 10
50B.
PUKUL 11:25 RIZ: Ika dah diberi makan ubat tidur. Zulikha panik macam nak menangis. Tiba-tiba semuanya make sense. RIZ: Ika... masih ada di situ?
15
ZULIKHA: Ya... ya.... RIZ: Tak payah kemas apa-apa. Buat biasa saja. Jangan bagitau sesiapa apa-apa. Ika?
20
ZULIKHA: Ya, ya! RIZ: Lepas makan tengah hari, pukul satu setengah, keluar ikut jalan taman. Turun sampai ke jalan raya. Riz tunggu di situ. Faham?
25
ZULIKHA: Ya... faham. Faham!
30
Zulikha meletak telefon. Dia jadi tak tentu arah. Berlari semula ke bilik. Tak nampak Mak Tom ada dekat-dekat situ memandangnya.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
73
51.
EXT. SLOPE / SIANG Zulikha menuruni bukit. Dia membawa hanya beg kecil. Dia tergelincir. Tapi sempat berpaut pada pohon kecil. Dia merenung ke atas, kelihatan pagar rumah Eddie. Menung sejenak.
5
ECHO ZULIKHA: Maaf Eddie. Bukan Ika tidak percayakanmu. Tapi Ika benar-benar keliru sekarang. Ika pun meneruskan penurunannya.
10
Di bawah kereta Riz sedang menunggu. Riz menjengukkan kepalanya. Melambai kepad Zulikha. Zulikha segera berlari ke kereta. Pintu kereta sedia dibuka oleh Riz. Ika terus masuk, dan menutup pintu ketika Riz sudah menggerakkan kereta itu. 15
51A.
KERETA RIZ menuruni bukit dengan laju.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
74
52.
IN CAR Ika merenung Riz. Dan Riz menjeling sekali. Kemudian menjeling cermin pandang belakang. ZULIKHA: Riz pasti apa yang kita lakukan ni betul?
5
RIZ: Dengar sini, Ika. Suami awak tu gila. Saya dah pernah lihat sendiri macam mana kalau dia naik angin. 10
Zulikha mendengus. RIZ: Dialah orang yang mengintip dan mengekori Ika sebelum Ika kahwin dengan dia dulu. Dia juga yang memberi hadiah-hadiah kepada Ika. Dia seorang yang obsesif. Dia sanggup lakukan apa saja tak kira buruk atau baik.
15
ZULIKHA: Mungkin dia obsesif sebab dia takut kehilangan Ika. Dulu dia kehilangan Maria.
20
RIZ: Dia juga seorang posesif. Sebab itu dia kurung Ika. Dan dia sanggup membunuh untuk itu! 25
Riz menjeling Zulikha yang memandang ke luar. RIZ: Orang yang memecah masuk apartmen Ika dulu... orang yang mencederakan Riz... ialah Eddie. ZULIKHA: Mana Riz tahu?
30
RIZ: Macam mana dia boleh masuk apartmen Ika dengan mudah? Sebab dia ada kunci... itulah sebabnya.
35
Zulikha berpaling kepada Riz. RIZ: Dia pemilik apartmen tu! Zulikha ternganga. ZULIKHA: Betul ke?
40
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
75
RIZ: Ya. Syarikat yang menguruskan sewaan apartmen itu beri maklumat kepada polis. Eddie ada beberapa unit apartmen lagi di situ.
5
Zulikha terdiam. Di hadapan mereka kelihatan sebuah kereta hitam, kereta Eddie, menuju ke arah mereka. RIZ: Alamak!
10
52A.
KERETA EDDIE SEMAKIN HAMPIR kemudian berselisih. Kereta Eddie terlajak ke hadapan, sebelum dibrek. Kemudian kereta itu berpusing lalu mengejar kereta Riz.
15
52B.
KEJAR MENGEJAR
52C.
KERETA EDDIE MEMINTAS KERETA RIZ dan memaksa kereta Riz berhenti.
52D.
EXT. JALAN LERENG BUKIT / SIANG Riz sudah panik. Memegang stereng. Ika memandangnya. ZULIKHA: Apa kita nak buat ni? Kalau Eddie yang bunuh Mona, tentu dia akan bunuh kita berdua.
20
Riz tidak menjawab. 25
Don dan Fariq keluar dari kereta. Tapi Eddie tiada. Fariq ada pistol di tangan. Dia ke pintu Riz. Don pula ke pintu Zulikha. Fariq letak pistol ke telinga Riz. FARIQ: Keluar!
30
Riz dan Zulikha keluar. FARIQ: Don! Kau bawa perempuan itu ke kereta! 35
Don ikut arahan Fariq. Dia kilas tangan Zulikha. Paksa Ika berjalan. ZULIKHA: Aduh! Sakitlah... Fariq pula tolak muncung pistol ke belakang Riz.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
76
FARIQ: Jalan! Arah yang dimaksudkan ialah menjauhi kereta-kereta itu. ZULIKHA: Fariq! Kau nak bawa Riz ke mana?
5
FARIQ: (Senyum) Saya cuma ikut arahan, cik puan.... ZULIKHA: Arahan?
10
Zulikha jenguk ke dalam kereta Eddie, tak ada Eddie di situ. ZULIKHA: Mana Eddie? FARIQ: Dia di Kuala Lumpur. Dia arahkan kami balik untuk menghalang kau lari dari rumah.
15
Kemudian berubah menjadi garang. Letak pistol ke kepala Riz. FARIQ: Dan kau... cuba nak menggagalkan aku... aku akan ajar kau. JALAN!
20
Dan Riz disondol dengan pistol, memaksa dia berjalan terus. ZULIKHA: Riz! Tapi Zulikha ditolak keras ke dalam kereta oleh Don.
25
52E.
EXT. DI TEBING CERUN / SIANG Riz melutut menghadap cerun, kedua-dua tangan di udara. Fariq di belakangnya masih mengacu pistol. FARIQ: Kau dengar sini. Aku cuma hendak melindungi majikan aku. Aku boleh tembak kau dan buang mayat kau. Tapi...
30
Fariq menjeling dekat kakinya ada sepotong kayu yang sebesar kayu besbos. Dia pungut kayu itu. FARIQ: Aku ada rancangan lain!
35
Fariq angkat kayu tinggi dan menghayun ke kepala Riz. CUT TO BLACK
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
77
53.
EXT. RUMAH EDDIE / SIANG Eddie baru sampai dengan kereta lain dengan Amat, pemandunya. Dia bergegas masuk ke dalam rumah.
5
53A.
INT. PEJABAT EDDIE DI RUMAH / SIANG Tangan Ika terikat di bangku. Begnya ada atas meja. Pipi dan matanya lebam. Don dan Fariq berdiri sedang menunggu Eddie. Eddie masuk, mukanya merah menahan marah. Tapi bila melihat Zulikha dia menjadi sayu. EDDIE: Lepaskan dia... lepaskan dia...
10
Farid dan Don berpandangan. Fariq teragak-agak. FARIQ: Tapi dia... EDDIE: Dia isteri aku!
15
Fariq melepaskan ikatan Zulikha. Eddie menghampiri Zulikha, membantu Zulikha berdiri. Zulikha protes. Eddie pegang kepala Zulikha. EDDIE: Apa mereka buat pada kau?
20
Dia pantas berpaling kepada Fariq. EDDIE: Apa kau dah buat pada isteri aku, hah? 25
Fariq tertunduk. EDDIE: Syuuu... syuuu... maafkan Eddie, Ika.
30
Kemudian Eddie melepaskan Zulikha. Dia berjalan mundarmundir, tunduk dan berfikir. Berhenti dan bercakap kepada Don. EDDIE: Kau dengan Amat pergi cari lelaki yang melarikan Ika tadi. Bawa dia ke sini. Kemudian kepada Fariq. EDDIE: Aku BELUM jadi seorang pembunuh. Kalau aku mahu jadi pembunuh, engkaulah orang yang pertama aku bunuh.
35
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
78
Fariq tercengang. Don lekas-lekas keluar. FARIQ: Tapi tuan.... Eddie merenung tajam.
5
FARIQ: Perempuan ini... dia merancang hendak membunuh tuan. Sebab dia tahu, kalau tuan mati semua harta tuan akan jatuh ke tangannya.
10
Ika terperanjat besar. Fariq pergi ke meja. Buka zip beg Ika dan 53B.
MENABURKAN ISINYA Ada beberapa helai pakaian dan alat-alat keperluan wanita. Ada diari, pil perancang.
15
Eddie pandang Zulikha. Zulikha tertunduk. 53C.
EDDIE TERTARIK DENGAN DIARI Dia ambil diari dan menyemak lambaran demi lambaran sambil membaca sepintas lalu.
20
Dia menjadi terlalu marah lalu membaling diari ke kepala Zulikha tapi Zulikha sempat mengelak. EDDIE: Sekarang aku dah tak kenal siapa kau lagi... isteri aku atau musuh aku.
25
Zulikha kehairanan. ZULIKHA: Tapi Eddie... Fariq bohong! Ika tak pernah merancang hendak membunuh Eddie. Pandang kiri kanan. EDDIE: Mana Mak Tom? Fariq. Pergi cari Mak Tom!
30
Fariq segera keluar. Eddie memicit kepalanya. Dia menjerit. EDDIE: Aaahhh! Pening!
35
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
79
53D.
EDDIE segera ke laci, ambil ubat, pegang antara jari hantu dengan ibu jari. EDDIE: Aku perlu ubat penenang yang lebih kuat dari ini. Aku hairan ubat ini dah tak beri kesan lagi.
5
Eddie menelan ubat itu. Dia pejam mata. Kemudian bercakap kepada Ika. EDDIE: Aku cuba berikan kau kebahagiaan dan kemewahan seperti yang pernah idamkan. Tapi ini pula balasan kau? Kau sanggup hendak membunuh aku untuk merebut harta aku.
10
15
IKA: Tidak! Ika tak pernah merancang nak bunuh Eddie. Bagi Ika, kemewahan tak penting lagi. Tapi kebahagiaan, ya. 20
Eddie respon dengan menjeling. ZULIKHA: Apa yang Eddie baca dalam diari tu cuma menyatakan perasaan Ika yang bosan, sebab Eddie kurung Ika di rumah ini.
25
Eddie memicit kepalanya. ZULIKHA: Eddie keterlaluan. Eddie terlalu posesif. Dan Eddielah yang sebenarnya tidak menghargai Ika. Sebab walaupun dah hampir setengah tahun Ika jadi isteri Eddie, Eddie masih tidak mahu melupakan Maria.
30
Eddie merenung Ika dengan tajam. ZULIKHA: Maria dah tak ada lagi. Sekarang Ika isteri Eddie. Macam mana Ika nak bahagia kalau setiap malam Eddie tidur, Eddie mimpikan Maria, dia setiap kali jaga, Eddie bayangkan Maria?
35
40
Eddie cuba tenangkan fikirannya. Dia geleng kepala.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
80
EDDIE: Entahlah. Aku tak tahu apa yang berlaku kadang-kadang. Fikiran Eddie makin lama makin berkecamuk. Ubat yang Eddie makan....
5
Eddie berhenti bicara. Terpandang pil perancang atas meja. Dia mengambilnya. Merenungnya. Memaling wajah kepada Zulikha. Kali ini dia betul-betul marah. EDDIE: Apa ni? Hah? Pil perancang?
10
Ika tertunduk. EDDIE: Patutlah kau tak hamil-hamil. Kau memang tak mahu beri aku anak. Zulikha! Nyaris aku terpedaya dengan lakonan kau!
15
Dia berjalan pantas menjauhi Zulikha. Tapi patah balik lalu menangkap rambut Zulikha. ZULIKHA: Eddie!
20
EDDIE: Memang kau pandai berlakon. Aku yang bodoh! Kau memang seorang pelakon. Kau memang nak bunuh aku! 25
53E.
EDDIE mendekatkan mulutnya ke telinga Zulikha dan mengulangi dengan bisikan yang kasar. EDDIE: Kau memang nak bunuh aku! ZULIKHA:
30
Eddie! EDDIE: Kau tahu ke mana aku pergi pagi tadi? Aku pergi jumpa doktor. Aku bertanya masalah yang aku hadapi. Kenapa ubat aku tidak berkesan lagi. Dia dia minta untuk melihat ubat apa yang aku makan.
35
Ika terhinggut-hinggut menangis. Eddie masih tidak melepaskannya.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
81
EDDIE: Kau tau apa aku dapat tahu? Aku dapat tahu ubat yang aku makan itu sebenarnya racun! Ada orang menukarkan ubat aku dengan racun! Tapi siapa? Pak Din, Amat? Tak mungkin. Mak Tom? Fariq? Kau?
5
Sekarang aku tahu siapa. Kau! Ika teresak-esak. Geleng kepala. EDDIE: Kau menangis. Tadi semasa kau lari dengan teman lelaki kau, kau ketawa. Sebab kau sangka aku dah mati. Kau nak tengok mayat aku di hospital.
10
Eddie menolak Ika hingga tersasar ke meja. EDDIE: Tapi aku belum mati!
15
Eddie menempeleng Ika. Slowmo Ika jatuh ke lantai. Eddie ambil kristal dari atas meja. Angkat tinggi untuk menghempas ke kepala Ika. 20
53F.
LEDAKAN PISTOL
53G.
MATA EDDIE TERBELIAK kemudian mukanya berkerut. Kristal terlepas dari tangan dan jatuh ke lantai. Dia meraba-raba dadanya. Dia tersembam dekat Zulikha. Bajunya dibasahi darah. Dia menggelupur seketika kemudian senyap.
25
53H.
ZULIKHA menekup mulut dengan tangan.
53I. 30
DI PINTU, Fariq berdiri dengan pistol di tangan. Dia yang menembak Eddie dari belakang.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
82
54.
INT. RUANG TAMU / SIANG Zulikha duduk atas settee. Peluk tubuh. Matanya bengkak menangis. Fariq berdiri depannya. FARIQ: Aku bunuh dia untuk selamatkan kau. Betul?
5
Zulikha merenung Fariq. Kemudian angguk. FARIQ: Itulah yang akan kita beritahu polis nanti. 10
Zulikha angguk. Fariq kemudian duduk sebelah Zulikha. FARIQ: Zulikha! Zulikha menjeling sedikit. FARIQ: Anggaplah ini satu peluang. Peluang untuk mendapat kekayaan.
15
Zulikha mula tak senang. ZULIKHA: Apa kau cakap ni?
20
FARIQ: Bila Eddie mati, semua kekayaan jatuh ke tangan kau. Hartanya. Simpanannya. Syarikat-syarikatnya. Dan insurans yang bernilai dua juta yang khusus aku beli... untuk kau.
25
Fariq melengkarkan tangan ke bahu Zulikha. Dia senyum. FARIQ: Dan ia tak mungkin berlaku tanpa perancangan.
30
Zulikha memindahkan tangan Fariq dari bahunya. FARIQ: Aku sebagai perancang, mahukan bahagian aku!
35
Zulikha bingkas dan berdiri depan Farid. ZULIKHA: Jadi kaulah yang menukarkan ubat Eddie? Fariq juga berdiri. Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
83
FARIQ: Ya! Akulah yang masuk ke apartmen kau. Akulah yang membunuh Mona dan Mak Tom. ZULIKHA: Mak Tom? Kau bunuh Mak Tom? Kenapa kau bunuh Mak Tom?
5
FARIQ: Sebab Mak Tom bantu kau lari. Dan Mak Tom tahu banyak perkara.
10
ZULIKHA: Kau takkan selamat, Fariq. FARIQ: Oh.... Semua orang tahu Eddie tak suka Mona ganggu kebahagiaannya dengan kau. Dan Mak Tom dibunuhnya kerana terlalu marah sebab benarkan kau masuk ke bilik rahsia itu.
15
ZULIKHA: Kau nak aku bersubahat dalam jenayah kau ni?
20
FARIQ: Bukan setakat bersubahat. Aku... Fariq menghampiri Zulikha lalu memegang bahu Zulikha. FARIQ: Aku mahu kau jadi isteri aku pula. Kau tahu Zulikha... aku cintakan mu sejak mula lagi. Sebelum kau berkenalan dengan Fariq. Akulah yang memberi kau hadiahhadiah dan bunga tu!
25
30
ZULIKHA: Kau gila, Fariq. Aku masih sayangkan suami aku. Kau bunuh dia. Kalau kau tak aniayakan dia, mungkin dia tak sakit macam tu. Dan kalau dia tahu aku sedang mengandungkan zuriatnya, tentu dia gembira.
35
FARIQ: Apa? Kau mengandung? 40
Zulikha melepaskan diri dari Fariq lalu gostan beberapa tapak.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
84
FARIQ: Perempuan jahanam! Kau rosakkan juga rancangan aku. Zulikha pun lari ke pintu. Fariq mengejarnya.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
85
55.
5
DI LUAR Zulikha tak tahu mana nak pergi. Nampak sebuah bangunan yang menempatkan bilik-bilik pekerja. Zulikha lari ke bangunan itu. Masuk ikut satu pintu yang tidak dikunci. Ianya bilik Fariq.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
86
56.
5
INT. BILIK FARIQ / SIANG Ika menutup pintu dan mengunci selaknya. Dia benar-benar ketakutan. Kemudian barulah dia pandang dalam bilik itu. Tertarik kepada satu dinding. Dia pergi ke dinding itu. Penuh ditampal gambar dirinya dari keratan akhbar dan majalah. PINTU DITENDANG-TENDANG dari luar. Ika terkejut. Pintu pun terbuka. Fariq angkat pistol di tangan acu pada Zulikha. Zulikha menyusur dinding menjauhi Fariq.
10
Dia rebah lemah. Bertimpuh. Menekup mukanya. Dua das tembakan kedengaran. Fariq tumbang. Kedengaran tapak-tapak kaki. Dua orang anggota polis muncul. Seorang memeriksa mayat Fariq. Seorang lagi memungut pistol Fariq.
15
Riz menerpa masuk lalu memeluk Zulikha.
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
87
57.
DI PEKARANGAN RUMAH EDDIE / SIANG Kereta peronda, ambulan, beberapa buah, (remember, 3 bodies). Aktiviti di situ. Tunjuk Amat, Don, turut berada di situ.
5
Di suatu sudut yang sunyi Riz memimpin Zulikha. END
Mahligai Kaca © Ibrahim Nawawi, 2002
88