Meniti Kaca-sinposis Bab

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Meniti Kaca-sinposis Bab as PDF for free.

More details

  • Words: 1,282
  • Pages: 13
Bab 1

-----------------------------------------------------------

1

Bab 2

-----------------------------------------------------------

1

Bab 3

-----------------------------------------------------------

2

Bab 4

-----------------------------------------------------------

2

Bab 5

-----------------------------------------------------------

3

Bab 6

-----------------------------------------------------------

3

Bab 7

-----------------------------------------------------------

4

Bab 8

-----------------------------------------------------------

4

Bab 9

-----------------------------------------------------------

5

Bab 10

-----------------------------------------------------------

6

Bab 11

-----------------------------------------------------------

6

Bab 12

-----------------------------------------------------------

7

Bab 13

-----------------------------------------------------------

8

Bab 14

-----------------------------------------------------------

8

Bab 15

-----------------------------------------------------------

9

Bab 16

-----------------------------------------------------------

10

]

Nama pelajar : Tan Shan Yi Kelas :1 Melor Nama Guru : Puan

Bab 1

Pada suatu hari, Nazar balik ke rumah dari sekolah. Dia mendapati bahawa ibunya tiada di rumah. Dia bertanyakan Fauzi, adik sepupunya mengenai ibunya tetapi dia pun tidak tahu. Nazar berasa sangat risau kerana ibunya, Mahyun telah mengalami sakit mental. Ibunya suka berayau-rayau di kampung. Dia akan berleter di tangga rumah yang disinggahinya.Masyarakat kampung itu telah faham benar dengan perangai Mahyun. Ibu saudaranya Mak Miah muncul di hadapannya dengan tiba-tiba lalu Nazar bertanyakan tentang ibunya. Tetapi, Mak Miah pun tidak tahu. Nazar bersama jirannya Kim Moi dan Ah Seong pergi mencari Mahyun.Akhirnya mereka menjumpai Mahyun duduk tersadai di pulau dan memujuk Mahyun supaya pulang ke rumah

Bab 2 Bapa Nazar memberitahu Nazar bahwa dia akan menghantar ibunya ke Hospital Bahagia kerana dia mahukan isterinya mendapat rawatan doktor pakar. Walaupun Nazar tidak ingin berpisah dengan ibunya, tetapi dia terpaksa menerima kenyataan. Lagipun Mak Miah dan Pak Sahar telah bersetuju dengan cadangan itu. 1.

Bab 3

Pagi-pagi lagi Mak Miah telah mendandan Mahyun dengan pakaian yang cantik sebelum dihantar ke Hospital Bahagia. Nazar terkenangkan kisah masa silam, iaitu sebelum ibunya menjadi nanar. Ibunya merupakan seorang perempuan yang sangat cantik dan memiliki suara yang merdu dan lunak.Moyangnya pernah bekerja sebagai pengasuh di istana. Justeru itu,ada juga orang mengatakan Mahyun berpenyakit saka.

Bab 4 Sudah seminggu Mahyun dihantar ke hospital.Nazar bertanyakan ayahnya mengenai keadaan ibunya. Nazar mencadangkan bapanya supaya mereka dapat melawat ibunya, Pak Sahar menolak dengan alasan dia terlalu sibuk sebagai Pengawai Luar. Dia selalu keluar pejabat untuk mengukur tanah dan meletak batu sempadan.

2.

Bab 5

Suatu malam Pak Sehak sekeluarga datang ke rumah Nazar.Pak Sehak dan Mak Miah mencadangkan agar Pak Sahar berkhawin lagi. Nazar yang berada di dalai bilik ketika itu terkejut mendengar perbualan mereka.Pak Sahar mendiamkan diri sambil memikirkan cadangan adiknya.

Bab 6 Suatu malam, Mak Miah menunggu anaknya, Zainab pulang dari rumah Pak Sahar. Mak Miah menasihatkan Zainab agar jangan belajar atau minta ajar daripada Nazar lebih-lebih lagi dalam keadaan berdua-duaan. Mak Miah khuatir sesuatu kejadian buruk akan berlaku, malah masyarakat kampung akan memandang seorang perbuatan mereka. Zainab cuba mempertahankan pendiriannya bahawa dia hanya belajar Bahasa Inggeris dan Matematik daripada Nazar.Mak Miah tidak mengendahkan alasan anaknya. Lagipun sejak ibu Nazar di hospital, ayahnya sering keluar ke Beruas pada waktu malam.

3.

Bab 7

Pada pagi minggu ini, Nazar duduk di rumah menonton televisyen sambil mengenangkan ibunya. Manakala Pak Sahar pula memikirkan cadangan adiknya supaya berkhawin lagi. Nazar mencadangkan bapanya supaya membawa ibunya pulang ke rumah.

Bab 8 Mahyun telah kembali ke rumah.Hari pertama Mahyun berada di rumah ramai jiran datang untuk bertanya khabar.Sebaik sahaja Nazar sampai di rumah, Nazar terus memeluk ibunya.Walaupun telah tiga bulan di Hospital Bahagia, penyakit ibunya tetap tidak berubah. Setelah tiga hari Mahyun berada di kampung, perangai lamanya berulang kembali. Dia memulakan langkah keluar dari rumah untuk mengunjungi jiran dan sahabatnya. Hujan semakin lebat, Nazar cuba menghalang ibunya daripada keluar rumah tetapi nasihat tersebut tidak dipendulikan langsung. Pak Sahar membiarkan sahaja Mahyun pergi ke rumah Mak Miah.

4.

Bab 9

Hari sudah hampir petang namun Mahyun belum pulang ke rumah. Biasanya pada waktu begini Mahyun sudah balik. Pak Sahar juga turut gelisah. Nazar pergi ke rumah ibu saudaranya dan rumah Kim Moi tetapi ibunya tiada di rumah mereka. Ah Seong bergegas memberitahu Sidang Seman tentang kehilangan ibu Nazar. Sidang Seman memjemput orang ramai berkumpul di halaman rumah Pak Sahar. Usaha mencari Mahyun dimulakan.Orang ramai dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Mereka membawa andang dan lampu suluh untuk tujuan keselamatan. Ada kumpulan yang mencari ke sawah, ke hulu kampung, hutan getah , dan ke Padang Kerbau yang diketuai oleh Sidang Seman sendiri. Ketika Pak Sahar dan keluarga Zainab selesai sembahyang berjemaah terdengar nama Pak Sahar dipanggil. Di halaman, beberapa orang anak muda berdiri tegak sambil memangku sekujur tubuh. Mayat Mahyun dijumpai tersepit di celah batang kelapa di tepi sungai. Nazar menjerit sambil meluru ke arah ibunya yang telah kaku.

5.

Bab 10 Segala kerja untuk menyempurnakan jenazah Mahyun sedang giat dijalankan. Pengebumian akan dibuat selepas zuhur.Jiran tetangga yang datang berasa kasihan melihatkan keadaan Nazar. Nazar tidak ke sekolah hari itu kerana mahu melihat wajah ibunya buat kali terakhir.

Bab 11 Kini, segala urusan makan dan minum Nazar dan ayahnya diurus oleh Mak Miah. Pada suatu petang, Pak Sahar memanggil Nazar lalu memberitahunya mengenai rancangannya untuk berkhawin lagi. Pak Sahar ingin meminta pendapat anaknya itu tetapi Nazar agak keberatan memberi izin ayahnya berkhawin kerana ibunya baru sahaja dua bulan meninggal dunia.Selepas itu., Nazar meminta izin ayahnya untuk bertemu kawannya di kampung hilir. Nazar sebenarnya pergi bertemu Ah Seong dan menceritakan kepada Ah Seong mengenai cadangan bapnya hendak berkhawin. Ah Seong cuba meyakinkan Nazar bahawa ayahnya perlu teman bagi mengubati penderitaan yang sekian lama ditanggung. AhSeong juga berpendapat bukan semua ibu tiri bersikap garang

6.

Bab 12 Keadaan kesihatan Pak Sahar semakin teruk dan penyakit batuknya pula semakin serius.Doktor mengesahkan Pak Sahar menghidap penyakit jantung.Selepas pulang bekerja, dia kini banyak menghabiskan masa di rumah. Nazar benyak menghabiskan masa dengan mengulang kaji pelajaran bersama dengan Ah Seong dan Zainab kerana peperiksaan akan menjelang tiba tidak lama lagi. Hal ini menyebabkan orang-orang kampung sering mengata Nazar dan Zainab. Pada malam itu juga rumah Mak Miah dikunjungi Sidang Seman dan Nuar. Mereka menasihatkan Mak Miah mengenai pelakuan anak mereka.Orang kampung nampak Nazar dan Zainab berdua-duaan di tepi sungai.Mak Miah berjanji akan menyampaikan pesanan itu kepada suaminya. Mak Miah melarang Zainab ke rumah pak longnya lagi.Zainab hairan dengan sikap ibunya itu.

7.

Bab 13 Bulan Oktober, Nazar akan menduduki peperiksaan PMR.Zainab mengunjungi Nazar dan Ah Seong yang sedang berbincang di halaman rumah Nazar.Zainab memberitahu Nazar bahawa sejak peristiwa di tepi sungai itu, dia tidak dibenarkan lagi belajar dengan Nazar. Sedang mereka bertiga berbual, Fauzi datang dan meminta kakaknya pulang. Ah Seong dan Nazar sedih dengan fitnah orang kampung terhadap Nazar dan Zainab

Bab 14 Selepas menghadapi peperiksaan PMR, semua pelajar bercuti sekolah.Nazar menjaga bapanya yang sakit dalam cuti sekolah. Keputusan peperiksaan akan diumunkan bila-bila masa dan semua pelajar tertunggu-tunggu. Nazar sedih dengan kesihatan bapanya tetapi Pak Sahar menasihatkan Nazar supaya jangan bimbang akan kesihatannya.Nazar memberi jaminan akan belajar bersungguh-sungguh. Nazar mendapat lima A dalam peperiksaan PMR. Nazar ditawarkan ke sekolah berasrama penuh, iaitu Sekolah Tuanku Abdul Rahman di Ipoh. Dia 8.

terpaksa meninggalkan ayahnya dan lebih sedih terpaksa meninggalkan Zainab. Sebelum berangkat Zainab menghadiahkan kotak muzik kepada Nazar. Keluarga Pak Sehak dan ayahnya menghantar Nazar ke sekolah baru.

Bab 15 Di sekolah baru, Nazar mendapat ramai kawan yang datang dari seluruh negara. Namun Nazar masih teringatkan Zainab, ayahnya dan kampungnya walaupun sudah sebulan belajar di situ. Jika kesunyian dia membawa kotak muzik ke tempat yang jauh daripada rakan-rakannya. Nazar terhibur dengan muzik itu. Pada suatu petang Nazar dikunjungi oleh pengawas asrama, Amir. Dia banyak memberi nasihat kepada Nazar mengenai kehidupan di asrama.Malam itu Nazar tidak dapat tidur. Tiba-tiba suara warden memanggil namanya. Rupa-rupanya pak ngahnya sedang menunggu di bilik tetamu. Pak Sehak memberitahu Nazar ayahnya sedang sakit dan kini dia berada di hospital.

9.

Bab 16 Rumah Nazar sangat sunyi kerana ibu dan bapanya telah meninggal dunia dan kini dia tinggal seorang diri. Nazar termenung di tangga rumahnya . TIba-tiba Zainab datang untuk menjemputnya ke rumah. Nazar agak terkejut. Dalam hati, Nazar bertekad untuk menjadi seorang doktor dan mengubati orang senasib dengan ibu dan bapanya.

10.

Related Documents

Meniti Kaca
April 2020 35
Meniti Karier
November 2019 33
Analisis Meniti Kaca
June 2020 24
Bab
April 2020 88