Menangislah! “ Seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t tidak akan masuk neraka sekalipun air susu kembali masuk ke dalam kelenjarnya (perumpaan untuk sesuatu yang tidak mungkin terjadi, ertinya dia pasti bebas dari api neraka).” Hadis shahih ini daripada Abu Hurairah diriwayatkan oleh Nasaa’I dan Al-Tirmidzi. Menangis, kadang-kadang memang sukar dilakukan, walaupun sejak lahir manusia sudah terbiasa menangis. Sukar dilakukan dalam situasi tenang dan bahagia. Ketika bencana, ujian atau musibah datang melanda barulah setitis demi setitis air mata mengalir, yang kadang-kadang entah untuk apa kita menangis dan tanpa makna. Pernahkan kita menitiskan air mata apabila teringat akan seksaan Allah s.w.t? azabnya yang begitu pedih, neraka yang menyala-nyala? Mungkin tidak, atau jarang sekali. Padahal “ mata yang menangis di tengah keheningan malam keranan takut kepada Allah s.w.t, tidak akan tersentuh api neraka”, begitu sabda Rasulullah s.a.w dalam hadis riwayat Al-Tirmidzi. Dalam hadis mauquf ( sanadnya hanya sampai kepada sahabat), disebutkan; “ Tidak ada seorang hamba mukmin pun yang menitiskan air matanya kerana takut kepda Allah s.w.t, meskipun bituran air mata tersebuit sebesar kepala lalat dan air mata itu menitis di salah satu bahagian wajahnya, kecuali Allah s.w.t mengharamkannyamasuk neraka.” “ Wahai saudara-saudaraku sekalian, tidakkah kalian menangis kerana rindu kepada Allah S.w.t. Bukankah sesungguhnya orang yang menangis kerana takut kepada neraka akan dilindungi Allah dari neraka tersebut?” demikian nasihat Abdul Wahid bin Zaid. Benar, menangis mampu menyelamatkan kita dari jilatan api neraka. Dalam hadis Abdurrahman bin Samurah, Nabi s.a.w bersabda; “ Suatu malam aku bermimpi…” Kemudian Nabi menyebutkan hadis yang sangat panjang. Salah satu isinya adalah sabda Baginda: “ Aku telah melihat seorang lelaki dari umatku di pinggir neraka jahanam, kemudian dia dihampiri rasa takut( yang dia miliki) kepada Allah. Amal itu( yang berasa takut kepada Allah) akhirnya menyelamatkan dia dari api neraka jahanam. Dan aku melihat seorang lelaki dari umatku terjayuh kedalam neraka. Akan tetapi dia didatangi titisan air matanya (yang menitis) kerana takut kepada Allah. Maka air mata itupun mengeluarkan dia dari api neraka.” Oleh yang demikian, jangan sia-siakan air mata hanya untuk menangisi sesutau yang tidak abadi. Menagislah kerana takut akan seksaan da azab Allah s.w.t, jauhilah kemaksiatan, mohonkan ampunan kepada Allah. Titisan air mata yang mengalir sekarang akan menjadi embun penyejuk pada hari perhitungan kelak. Maka menangislah agar selamat!.