Mempelajari Dan Mengajar Al-quran

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Mempelajari Dan Mengajar Al-quran as PDF for free.

More details

  • Words: 211
  • Pages: 1
mempelajari dan mengajar al-quran

kita sebagai umat islam wajib bersyukur kepada allah kerana dapat menikmati petunjuk al-quran. kita perlu menjadikan al-quran sebagai pegangan hidup bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. janganlah biarkan jiwa dan hidup ini kosong tanpa al-quran. nabi muhammad saw bersabda bermaksud: "sesungguhnya mereka yang tidak mempunyai sedikit al-quran dalam jiwanya samalah seperti rumah yang hampir roboh." (hadis riwayat at-tirmizi daripada ibnu abbas). al-quran diturunkan untuk dihayati dan diamalkan. kita juga hendaklah sentiasa membaca dan berusaha menghafaznya. dengan membaca alquran, dapat menambah kebersihan jiwa, ketenangan, keimanan dan ketakwaan kepada allah. kita juga akan mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada allah. rasulullah bersabda bermaksud: "bacalah al-quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya." al-quran hendaklah dibaca dengan `tartil' iaitu dengan bacaan terang, jelas dan betul mengikut ilmu tajwid. memperelokkan suara ketika membaca al-quran akan menjadikan bacaan menusuk ke jiwa dan menyentuh perasaan pendengarnya. kita hendaklah sentiasa meneliti makna ayat, memahami kandungan dan pengertian yang disampaikan dalam al-quran. al-quran hendaklah diajarkan kepada semua umat islam iaitu disebarkan dengan seluas-luasnya. perkara ini supaya mereka akan dapat terus melaksanakan tanggungjawab mengamal dan memelihara kitab allah ini. mempelajari dan seterusnya mengajar al-quran itu adalah sunnah rasulullah. baginda bersabda bermaksud: "sebaik-baik kamu adalah mereka yang mempelajari al-quran dan mengajarkannya."

Related Documents