Membina Kekuatan Melalui Usrah

  • Uploaded by: zuhadisaarani
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Membina Kekuatan Melalui Usrah as PDF for free.

More details

  • Words: 263
  • Pages: 1
Membina Kekuatan Melalui Usrah Kekuatan yang telah ditunjukkan oleh nabi Muhammad S.A.W dengan terbinanya empayar Madinah Al-Munawwarah tidak datang dengan sendirinya bahkan kekuatan itu adalah merupakan perencanaan jangka panjang baginda yang telah diolah berdasarkan pengawalan akal,emosi,dan hati berteraskan keimanan yang kukuh kepada Allah S.W.T. Jadi, melalui kebijaksaan yang Allah S.W.T jelmakan melalui nabi S.A.W itu,baginda telah mencanangkan satu bentuk pendekatan yang begitu mengagumkan dan berkesan dalam membina satu bentuk kekuatan yang mencakupi daripada pelbagai sudut kehidupan iaitu usrah. Dalam hal ini,Imam Hassan Al-Banna telah menerangkan bahawa rukun-rukun yang terdapat dalam usrah tersebut adalah merupakan intipati tepat ke atas persoalan bagaimana ramuan usrah ini mampu dimanipulasikan oleh baginda sehingga berjaya menghasilkan manusia-manusia hebat yang mana semangat juang mereka ini sangat utuh dan jitu.Contohnya Saidina Abu Bakar AsSiddiq,Bilal,Umar dan sebagainya. Jadi,melalui persoalan ini,Imam Hassan Al-Banna telah merungkaikan satu persatu rukun-rukun usrah yang menjadi tunjang yang kuat dalam pembinaan kekuatan umat islam. Tiga rukun utama yang diutarakan oleh As-Syahid ialah ta,aruf (perkenalan),tafahum (persefahaman)dan takaful(tolongmenolong).Dilihat secara lebih khusus,sememangnya tidak syak lagi ramuan ini mampu memberikan satu bentuk perhubungan rohani dan jasmani yang begitu kuat seterusnya membenarkan kalam Allah yang menyatakan tentang perlunya perhubungan dengan Allah dan perhubungan dengan manusia. Semua ini telah mampu dibuktikan dengan hanya satu halaqah yang kecil tetapi berupaya menjadi enjin yang menggerakkan satu mesin yang besar.Jadi,apa yang paling penting mutakhir ini ialah para pejuang islam mesti kembali untuk bersama-sama mengutamakan pendekatan usrah yang sememangnya menjadi sunnah nabi S.A.W ini sekiranya para penegak kebenaran ini mahu membina kekuatan ummah yang bukan sahaja baik perhubungannya dengan Allah tapi juga baik perhubungannya dengan manusia.Hidup Untuk Islam..!

Related Documents


More Documents from "Mohd Faizal Che Omar"

Hadiah Malam Jumaat
November 2019 37
Dalmation Dots
November 2019 41
Keistimewaan Wanita
November 2019 41
November 2019 31