Membiak Dan Memelihara Betta

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Membiak Dan Memelihara Betta as PDF for free.

More details

  • Words: 1,038
  • Pages: 3
MEMBIAK DAN MEMELIHARA BETTA (Betta splendens)

Minat memelihara ikan hiasan sentiasa berubah mengikut keadaan semasa. Sejak kebelakangan ini ikan pelaga (Betta) mendapat tempat di hati peminat ikan tidak kira dari kanak-kanak sehinggalah golongan dewasa. ‘Trend’ semasa ialah mendapat jenis ‘fancy’ untuk dijadikan hiasan atau dipertandingkan. Seekor ikan baka baru yang istimewa mencapai harga ribuan ringgit.

Betta splendens ialah nama saintifik yang diberi oleh Bleeker pada tahun 1850 diambil dari perkataan Jawa iaitu ‘Wader Bettah’. ‘Bettah’ bermaksud sifatnya yang tahan lasak. Sebagai ikan yang membina sarang buih ketika membiak ikan jantan lebih menunjukkan sifat ‘parental care’ mengawasi anaknya sehingga mampu hidup sendiri.

Untuk

membiakan ikan ini tidaklah terlalu sulit. Ianya dapat dijalankan sebagai aktiviti sambilan. Keperluan untuk membiakkanya ialah seperti tangki pembiakan, tangki pembesaran, sedikit ruang untuk memeliharanya disamping pengetahuan asas penjagaan induk dan frynya. Ramai orang telah berjaya membiakkannya baik secara sambilan, sepenuh masa atau komersial. Masing-masingnya ada teknik dan rahsianya tersendiri.

Langkah-langkah untuk membiakkan Betta: Tidak kira sama ada jenis biasa atau ‘fancy’ asas membiakkan Betta adalah serupa. Berikut dinyatakan beberapa langkah untuk membiakkan Betta: 1. Pra pembiakan (Conditioning)

Induk jantan dan betina diasingkan, seekor jantan dipelihara di dalam sebuah bekas sementara betina di dalam akuarium secara komuniti. Pelbagai makanan boleh diberikan tetapi keutamaan ialah makanan hidup seperti Moina, ‘tubifex worm’ atau ‘blood worm’. 2. Penyediaan tangki Pembiakan

Tangki berukuran 12”x10”x10” adalah memadai. Tangki diisi separuh penuh dengan air air paip atau air hujan yang telah diheningkan. Di bahagian bawah tangki diletakkan satu keratan paip PVC 6” untuk induk betina bersembunyi ketika induk jantan bertindak aggresif. 3. Mencampurkan Induk

Mula-mula induk jantan dimasukkan ke dalam tangki pembiakan. Apabila ia telah membina sarang buih, ini menunjukkan kesediaanya untuk membiak. Untuk menggalakkan proses ini ikan betina boleh dimasukkan di dalam sebuah botol dan diletakkan di dalam tangki pembiakan untuk merangsang ikan jantan. 4. Membuat Sarang Buih

Ikan jantan membuat sarang buih dengan mengambil udara atmosfera dan menghembuskan satu buih yang berbaur dengan mucus dari dalam mulutnya. Buih-buih kekal ini atau bercantum antara satu sama lain membentuk segumpal sarang. Pada mula diperkenalkan akan berlaku pergaduhan antara induk jantan dan betina. Sehingga pada satu ketika apabila kedua-dua induk telah bersedia mengawan, ianya akan berada di bawah sarangnya dan mulai mengawan. 5. Pengawanan

Semasa mengawan ikan jantan dan betina akan membelitkan badannya antara satu sama lain. Ikan jantan akan memusingkan badan ikan betina beberapa kali sehingga telur

matang dikeluarkan dan serentak dengan itu ikan jantan mensenyawakannya. Telur tersenyawa tenggelam ke dasar tangki. Ikan jantan memungutnya dan menghembuskannya ke dalam sarang buih. Buih yang rosak akan terus dibaiki oleh ikan jantan. Proses ini akan berulang-ulang dan mengambil masa 1 hingga 1� jam. 6. Penjagaan Telur

Sebaik sahaja selesai mengawan induk betina perlu dikeluarkan dari tangki pembiakan dan dirawat sekiranya mengalami kecederaan. Biarkan induk jantan mengawasi telur sehingga menetas. 7. Penjagaan Fry

Telur menetas selepas 24-30 jam. Ikan jantan sentiasa mengawasi sarangnya, membina semula sarang yang rosak, menangkap fry yang terlepas dan memasukkan semula ke dalam sarang. Selepas 3 hari fry akan berenang dan perlu diberi makanan. Makanan pertama terbaik untuknya ialah makanan semula jadi yang terdapat dalam air hijau (green water) yang boleh didapati dari air ternakan ikan seperti tilapia / keli yang telah lama. Kaedah lain ialah dengan menyediakan brine shrimp nauplii (Artemia) yang baru menetas. Setelah berumur 5 hari boleh diberi makanan rumusan berbentuk serbok. Fry berumur 7-10 hari perlu dipindahkan ke dalam tangki pemeliharaan yang lebih besar untuk pembesaran dengan diberi makan moina atau ‘blood worm’ yang dicincang. Tangki pemeliharaan tidak perlu diberi pengudaraan. 8. Pengasingan / Pembotolan

Setelah berumur 3 bulan ikan jantan mulai aggresif dan perlu diasingkan secara individu di dalam botol. Ikan betina boleh dipelihara dalam tangki secara komuniti. Untuk penghasilan komersial perlu dipastikan ruang yang mencukupi dan bekas yang banyak untuk menyimpan jantan.

PERLU DIAMBIL KIRA SEMASA MEMBIAKKAN BETTA Jika ikan betina belum bersedia, ikan jantan akan mencederakannya sehingga mati. Jika ikan jantan belum bersedia menerima ikan betina atau sarang buihnya belum siap disediakan ianya juga akan bertindak ganas terhadap ikan betina. Sebaliknya jika betina telah bersedia tetapi jantan belum lagi, ikan betina pula akan bertindak agresif terhadap ikan jantan. Sekiranya jantan masih belum menyiapkan sarangnya kadang kala betina akan melepaskan telurnya tanpa disenyawakan oleh ikan jantan.

PANDUAN MEMELIHARA BETTA Pada asalnya Betta memerlukan air dengan pH rendah sekitar 5-6.5 untuk hidup dengan baik. Kini kebanyakan Betta yang dihasilkan secara komersial di negara kita telah dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai pH air. Bekalan air domestik yang neutral juga sesuai untuk ternakan Betta. Ikan jantan yang terpilih boleh dipelihara dalam botol minuman kecil secara individu untuk mengelakkan dari dicederakan oleh ikan yang sejenis dengannya. Ikan betina boleh dipelihara bersama ikan-ikan lain yang toleran seperti Rasbora, Angel dan neon tetra. Elakkan dari ikan yang gemar menggigit sirip ikan lain (fin nipper) seperti half-red eye tetra, atau tiger barb. Betta ialah sejenis omnivor dan boleh diberi sebarang makanan termasuk plankton, cacing, jejentik dan pellet. Ia adalah ikan tahunan (annual fish) dan hayatnya lebih kurang satu atau dua tahun. Adalah tidak digalakkan untuk mengeluarkan wang ratusan atau ribuan ringgit hanya

untuk membeli seekor ikan yang diidamkan. Berbeza pula jika anda membelinya untuk dijadikan induk yang bakal mengeluarkan hasil berlipat kali ganda.

PANDUAN MEMILIH JENIS BETTA Pelbagai jenis Betta ‘fancy’ boleh dibeli di pasaran tempatan ketika ini seperti jenis yang berwarna merah, kuning dan hitam, terdapat juga jenis yang berkilat (metallic) seperti hijau dan biru, pelbagai warna dan bercorak ‘marble’. Terdapat juga yang mempunyai ekor yang panjang (veil tail, comb tail atau palm leaf), jenis berekor pendek (short fin), ekor cabang dua (duoble tail) dan berbentuk ekor guppy atau half moon. Warna ikan dan jenis sirip adalah mengikut selera individu peminat. Ciri penting yang perlu diambil kira dalam memilih Betta ialah dilihat keadaan siripnya semasa berenang dan mengembang. Sirip yang sangat terlentuk ke bawah dan terlipat dianggap tidak bermutu. Bahagian ekornya mestilah agak selari dengan badannya semasa ikan berehat atau berenang. Ekor (jenis panjang) yang berlipat atau bergulung menunjukkan ikan sudah tua atau telah lumpuh (paralyse) dan tidak menarik. Sirip ikan yang kuncup menunjukkan ikan kurang sihat atau kurang selesa dengan sekitarannya. Untuk memilih jantan yang bertenaga perlu dipastikan terdapatnya buih di dalam bekasnya sementara ikan betina dipilih dari individu yang kelihatan ceria dengan sirip terbuka luas, warna menarik dan memberangsangkan.

Related Documents