Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. Latihan 1 i. Untuk mengikuti pertandingan itu, anda perlu mengisi borang permohonan yang diiklankan dalam akhbar [media] tempatan di [pada] awal bulan depan. ii. Penggunaan kemudahan perhubungan [pengangkutan] awam ke tempat kerja dapat mengurangkan keributan [kesesakan] lalu lintas di Bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching, dan Kota Kinabalu. iii. Mereka-mereka [mereka] yang telah dipanggil [diseru] untuk Program Latihan Khidmat Negara tetapi mengingkari pesanan akan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa. Latihan 2 i. Alam sekitar merupakan pemberian [anugerah] Tuhan yang tidak ternilai kepada manusia kerana telah menjadi sumber kehidupan dan memberi manfaat kepada berjuta [berjuta-juta] penduduk dunia sejak awal kejadian alam ini lagi. ii. Pengusaha pusat video haram yang berjaya dilumpuhkan oleh pihak berkuasa dalam operasi besar-besaran tahun lalu kini mengubah teknik [taktik] dengan menjadikan komputer sebagai alat berjudi [perjudian]. iii. Walaupun beberapa pindahan [pindaan] undang-undang tentang jenayah rogol telah diluluskan, tetapi akhbar harian tidak pernah lekang dari [daripada] menyiarkan berita tersebut. Latihan 3 i. Encik Shamsuddin telah diketahui [dimaklumkan] melalui telefon oleh guru bertugas yang [bahawa] anaknya telah pengsan semasa menjalani aktiviti kokurikulum. ii. Mereka telah mununtun [menonton] siaran langsung acara [perlawanan] akhir badminton Piala Thomas melalui televisyen. iii. Sebaik [sebaik-baik] sahaja kami berjabat tangan, cincinnya telah turun [lulus] dari jari manisnya. Latihan 4 i. Adik asyik melihat [menonton] rancangan kartun melalui televisyen menyebabkan tomato sos [sos tomato] yang dituangnya tertumpah di atas meja. ii. Lembaran [kertas] kerja yang diajarkan [dibentangkan] oleh pensyarah itu dalam symposium tersebut sungguh menarik. iii. Kualiti manila kad [manila kad] yang dijual di pasaran sekarang sangat nipis menyebabkannya mudah terputus [terkoyak].
Latihan 5 i. Semua menteri-menteri [menteri] telah dipanggil [dijemput] untuk menghadiri majlis jamuan tengah hari sempena sambutan Hari Kemerdekaan. ii. Perdana Menteri akan memulakan [merasmikan] majlis pembukaan Bazar Ramadan tingkat [peringkat] kebangsaan. iii. Kakitangan kerajaan diperintahkan [diarahkan] supaya memakai baju batik [pada] hari Sabtu minggu bekerja. Latihan 6 i. Perdana menteri meramalkan [menjanjikan] pembangunan yang berterusan di kawasan pendalaman [pedalaman]. ii. Walaupun pelbagai intensif [insentif] telah dikurniakan [diberikan] kepada para atlet negara, namun pencapaian mereka semasa Sukan Olimpik di Athens tetap mengecewakan. iii. Bas ekspres daripada [dari] Tumpat, Kelantan ke Kuala Lumpur telah terhempas [terhumban] ke dalam gaung dalam kemalangan jalan raya tersebut. Latihan 7 i. ii. iii.
“Pegang dan terik [tarik] tali itu kuat-kuat,” jerit jurulatih kepada kita [kami]. “Demi untuk awak [demi], saya sanggup berkorban segala-galanya,” kata Ali pada [kepada] kekasihnya. “Oleh kerana [sebab] suka berfoya-foya hingga lewat malam, dia sering tuang [ponteng] kelas,” jalas kawan-kawannya.
Latihan 8 i. Sudah berjam [berjam-jam] lamanya ayah menangkap [memancing] ikan. ii. “Baru sebentar tadi Sally keluar [pergi] ke kedai buku untuk membeli manila kad [kad manila],” kata emak Sally kepada Shafiqa. iii. Ibu sedang memasak ayam kari [kari ayam] yang menjadi minat [kesukaan/kegemaran] kami sekeluarga. Latihan 9 i. Dahan yang ditebang [ditebas] dan lalang yang dipotong [dicantas] oleh ayah telah dibakar. ii. Ketika Tuanku Malim Dewa sedang mandi [bersiram], tiba-tiba muncul paripari yang tersangat [sangat] jelita. iii. Di [pada] malam purnama mengambang, penghuni [penduduk] kampung tersebut mendengar bunyi serigala bersahut-sahutan.