Peribahasa

  • Uploaded by: Nur Syafiqah Bt Muhammad Faizal Selvaraj
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Peribahasa as PDF for free.

More details

  • Words: 636
  • Pages: 2
Latihan 1 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza terdapat dalam petikan ini. Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa dia dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah telah menceritakan rahsia peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Amirah sudah berubah. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku sudah tidak mempercayai dirinya lagi. Latihan 2 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza terdapat dalam petikan ini. “Mengapa termenung?” “Lihatlah radio yang baharu aku beli ini. Sudah rosak. Menyesal betul aku beli.” “Berapakah harganya?” “Murah saja ...” “Itulah. Lain kali belilah barangan yang berkualiti walaupun harganya mahal.” “Tapi, aku tidak ada banyak duit.” “Kumpullah. Lama-kelamaan nanti, jadi banyak.” “Betul juga cakap engkau!” “Kalau dari dahulu aku kumpul duit di dalam tabung, tentu sekarang sudah banyak.” Latihan 3 Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut. i. Para graduan digalakkan supaya mencari pekerjaan lain sementara menunggu pekerjaan yang lebih baik. ii. Segelintir remaja suka merosakkan harta benda awam yang sepatutnya digunakan oleh mereka dengan sebaik-baik mungkin. iii. Setiap ibu bapa bertanggungjawab untuk memupuk tabiat suka membaca terhadap anakanak mereka sejak awal lagi. Latihan 4 Berikan maksud peribahasa di bawah. i. Nasi sudah menjadi bubur ii. Bagaimana ada asap tidak berapi iii. Bagai mencurah air ke daun keladi iv. Air dicincang tidak akan putus v. Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain vi. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah Latihan 5 Berikan makna simpulan bahasa di bawah dan kemudian bina ayat bedasarkan simpulan bahasa tersebut. i. buta perut ii. tumbuk rusuk iii. patah arang

Latihan 1 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza terdapat dalam petikan ini. Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa dia dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah telah menceritakan rahsia peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Amirah sudah berubah. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku sudah tidak mempercayai dirinya lagi. Latihan 2 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza terdapat dalam petikan ini. “Mengapa termenung?” “Lihatlah radio yang baharu aku beli ini. Sudah rosak. Menyesal betul aku beli.” “Berapakah harganya?” “Murah saja ...” “Itulah. Lain kali belilah barangan yang berkualiti walaupun harganya mahal.” “Tapi, aku tidak ada banyak duit.” “Kumpullah. Lama-kelamaan nanti, jadi banyak.” “Betul juga cakap engkau!” “Kalau dari dahulu aku kumpul duit di dalam tabung, tentu sekarang sudah banyak.” Latihan 3 Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut. iv. Para graduan digalakkan supaya mencari pekerjaan lain sementara menunggu pekerjaan yang lebih baik. v. Segelintir remaja suka merosakkan harta benda awam yang sepatutnya digunakan oleh mereka dengan sebaik-baik mungkin. vi. Setiap ibu bapa bertanggungjawab untuk memupuk tabiat suka membaca terhadap anakanak mereka sejak awal lagi. Latihan 4 Berikan maksud peribahasa di bawah. vii. Nasi sudah menjadi bubur viii. Bagaimana ada asap tidak berapi ix. Bagai mencurah air ke daun keladi x. Air dicincang tidak akan putus xi. Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain xii. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah Latihan 5 Berikan makna simpulan bahasa di bawah dan kemudian bina ayat bedasarkan simpulan bahasa tersebut. iv. buta perut v. tumbuk rusuk vi. patah arang

Related Documents

Peribahasa
May 2020 26
Peribahasa
May 2020 17
Peribahasa
June 2020 17
Pantun Peribahasa
October 2019 29
Latihan Peribahasa 2019
August 2019 27
Peribahasa Smk Spm
November 2019 2

More Documents from ""