www.joomla-adaweb.com
Karangan Sifu Joomla: Mohd Azmi Sulaiman Untuk: www.joomla-adaweb.com
Hakcipta Terpelihara Oleh Azmi Sulaiman – Disediakan untuk www.Joomla-AdaWeb.com
1
www.joomla-adaweb.com
2
Memasang dan menggunakan WAMP dalam PC Windows Apakah dia WebServer? WebServer adalah satu persekitaran yang menyediakan kemudahan menyimpan fail-fail hypertext. Skrip aturcara PHP (HyperText PreProcessor) adalah fail hypertext yang memerlukan persekitaran WebSever Apache. Lumrahnya, persekitaran ini hanya wujud dalam Sistem Operasi Linux atau UNIX. Namun dengan kemajuan aplikasi Apache hari ini, ia sudah boleh dipasang secara modul atau pakej ke dalam Sistem Operasi Windows. Apakah dia WAMP? WAMP adalah pakej perisian yang merangkumkan aplikasi seperti Apache, MySQL dan PHP dalam satu modul perisian. WAMP adalah singkatan kepada Windows Apache MySQL dan PHP. Ini bermakna dengan memasang perisian WAMP anda secara tidak langsung telah meletakkan Apache, MySQL dan PHP sekaligus di dalam komputer Windows anda. Seperti yang telah dinyatakan tadi, apabila Apache telah di pasang pada komputer anda, persekitaran WebServer yang diperlukan untuk fail-fail hypertext seperti PHP telah tersedia. Untuk mempelajari Joomla umpamanya, terlebih dahulu pengguna wajib mewujudkan persekitaran WebServer ini sebagai syarat penting untuk menjana skripskrip aturcara PHP. Bagaimana memperolehi dn memasang aplikasi WAMP? Untuk memperolehi aplikasi Open Source ini anda hanya perlu download (pindah turun) modul perisian ini terus dari laman http://www.en.wampserver.com . Apabila proses pemindahan telah berjaya, modul aplikasi dengan ikon seperti di bawah akan diperolehi.
Ikon Download WAMP5 Setelah proses pertama ini berjaya, anda sudah boleh memasang aplikasi WAMP ini ke dalam komputer peribadi anda. Pastikan anda dwi-klik pada ikon di atas tadi. Paparan yang pertama anda lihat adalah seperti paparan pada Tetingkap 1 di bawah. Teingkap “Welcome” seperti ini akan kelihatan, anda hanya klik pada butang “Next” untuk meneruskan operasi memasang aplikasi ini.
Hakcipta Terpelihara Oleh Azmi Sulaiman – Disediakan untuk www.Joomla-AdaWeb.com
www.joomla-adaweb.com
Tetingkap 1 Kemudian anda akan perolehi pula paparan seperti Tetingkap 2. Pada peringkat ini, anda perlu akur dan bersetuju dengan syarat perjanjian bagi “GNU GENERAL PUBLIC LICENSE” dengan memilih “I accept the agreement” seterusnya klik butang “Next”.
Tetingkap 2
Hakcipta Terpelihara Oleh Azmi Sulaiman – Disediakan untuk www.Joomla-AdaWeb.com
3
www.joomla-adaweb.com
Tetingkap 3 Kemudian, Tetingkap 3 seperti di atas akan dipaparkan. Anda boleh memilih lokasi lain untuk menempatkan lokasi pemasangan fail-fail program WAMP tersebut. Tetapi untuk memudahkan proses anda cuma perlu klik sahaja butang “Next”. Kemudian Tetingkap 4, seperti di bawah akan dipaparkan. Juga klik sahaja butang “Next” bagi meringkaskan dan memudahkan proses pemasangan ini.
Tetingkap 4
Hakcipta Terpelihara Oleh Azmi Sulaiman – Disediakan untuk www.Joomla-AdaWeb.com
4
www.joomla-adaweb.com
5
Tetingkap 5 Pada Tetingkap 5, anda boleh pilih pada “Automatically launch WAMP5 on startup…”. Bermakna setiap kali anda menghidupkan komputer WAMP akan hidup secara automatik. Tetapi saya cadangkan anda tidak perlu memilih. Terus klik sahaja butan “Next”. Apabila semua syarat telah dipersetuju dan dipilih, Tetingkap 6 akan dipaparkan. Klik butang “Install” untuk memulakan operasi memasang fail-fail program modul WAMP ke cakera keras komputer anda. Pada peringkat ini semua fail-fail program Apache, MySQL dan PHP akan di pasang secara sekaligus ke dalam komputer anda. Cara ini dapat membantu pengguna baru yang pertama kali ingin berkenalan dengan sistem webserver khususnya pengguna baru Joomla, Mambo, PHPNuke dan aplikasi Web CMS PHP yang lain. Jika anda pengguna peringkat yang lebih tinggi (Profesional) anda boleh juga memasang Apache, MySQL dan PHP secara berasingan bukan secara modul berpakej WAMP ini. Tetapi kepakaran dan kemahirn yang tinggi diperlukan untuk mengkonfigur dan membuat “setting” yang tepat dalam Apache, MySQL dan PHP supaya ketiga-tiganya dapat bekerja dengan sempurna dan sepadu. Sila rujuk Tetingkap 6.
Hakcipta Terpelihara Oleh Azmi Sulaiman – Disediakan untuk www.Joomla-AdaWeb.com
www.joomla-adaweb.com
Tetingkap 6 Tetingkap 6-1 meminta anda menentukan host bagi SMTP iaitu parameter rujukan bagi mail PHP. Anda perlu taipkan sahaja “localhost” seperti contoh di bawah.
Tetingkap 6-1
Hakcipta Terpelihara Oleh Azmi Sulaiman – Disediakan untuk www.Joomla-AdaWeb.com
6
www.joomla-adaweb.com
7
Selepas anda klik “Next” Tetingkap 6-2 seperti di bawah ini akan kelihatan dan meminta anda menuliskan email khas yang akan anda gunakan sebagai “default” email yang menjadi rujukan kepada parameter email WAMP ini. Sila tuliskan email anda yang masih aktif penggunaannya. Seterusnya klik lagi butang “Next”.
Tetingkap 6-2 Kekotak Dialog 1-1 di bawah menunjukkan bahawa dalam PC anda adalah lebih dari satu aplikasi pelayar internet. WAMP akan memilih salah satu dari pada pelayar tersebut untuk menjadi pelayar “deault”. Sebagai contoh di bawah, WAMP meminta anda memberi keputusan sama ada menjadikan Firefox sebagai pelayar utama atau tidak. Jika anda setuju klik butang “Yes”. Saya cadangkan anda setuju dan klik sahaja butang “Yes”.
Kekotak Dialog 1-1 Tetapi jika anda memilih “No” ikutilah dialog seterusnya, tetapkan aplikasi lain yang hendak anda gunakan. Sehinggalah selesai dan paparan akan kembali seperti Tetingkap 7 dan seterusnya Tetingkap 8.
Hakcipta Terpelihara Oleh Azmi Sulaiman – Disediakan untuk www.Joomla-AdaWeb.com
www.joomla-adaweb.com
8
Tetingkap 7 Tetingkap 7 menunjukkan pelbagai fail-fail keperluan bagi program Apache, MySQL dan PHP dipindahkan ke lokasi dan folder yang telah ditetapkan tadi. Proses ini memakan sedikit masa dan tunggu sehingga selesai. Proses akan tamat dan berjaya apabila paparan seperti Tetingkap 8 di bawah muncul pada layar monitor anda. Untuk menamatkan proses ini anda hanya perlu klik pada butang “Finish”.
Hakcipta Terpelihara Oleh Azmi Sulaiman – Disediakan untuk www.Joomla-AdaWeb.com
www.joomla-adaweb.com
9
Tetingkap 8
Bagaimana mengendalikan WAMP? Jika anda ingin terus menghidupkan pakej WAMP ini, klik pada pilihan “Launch WAMP5 now”. Selepas itu klik butang “Next” dan WAMP akan hidup seperti paparan di bawah. Paparan ini dipanggil index utama WAMP atau antaramuka localhost iaitu paparan pada alamat index localhost iaitu http://localhost/index.php atau http://127.0.0.1/index . Untuk memanggil paparan antaramuka ini taip sahaja http://localhost atau http://127.0.0.1 secara automatik pelayar internet anda akan mencari fail index.php iaitu index loclhost anda Paparan antaramuka index localhost mengambarkan segala maklumat tentang versi Apache, MySQL dan PHP yang dipakejkan. Juga disenaraikan aplikasi sisi[an yang perlu untuk mengendalikan fail-fail hypertext yang diberikan tajuk “Tools”. Dan maklumat pada root hypertext iaitu kandungan folder-folder pada root folder yang bernama www di lokasi c:\WAMP\www dengan tajuk “Your Project”. Sila rujuk contoh antaramuka index localhost WAMP seperti pada tetingkap Localhost WAMP.
Hakcipta Terpelihara Oleh Azmi Sulaiman – Disediakan untuk www.Joomla-AdaWeb.com
www.joomla-adaweb.com
Localhost WAMP Untuk menyemak sama ada WAMP hidup atau tidak lihat pada “Start Bar”. Lihat dan berpandukan warna-warna pada ikon WAMP seperti di bawah Ikon WAMP Putih Ikon putih: Menunjukkan WAMP berfungi dengan baik dan sempurna. Ikon WAMP Kuning Ikon kuning: Menunjukkan salah satu dari 3 program itu (Apache, MySQL dan PHP) adalah tidak berfungsi atau tidak diaktifkan. Ikon WAMP Merah Ikon merah: MySQL dan Apache tidak dihidupkan/mati.
Hakcipta Terpelihara Oleh Azmi Sulaiman – Disediakan untuk www.Joomla-AdaWeb.com
10
www.joomla-adaweb.com
11
Memulakan WAMP secara manual. Anda klik pada “Start Bar” , seperti kaedah pada rajah “Start Manual” di bawah.
Pastikan anda semak ikon pada “start bar” agar ianya berwarna putih dan gunakan ikon tersebut untuk melancarkan index localhost anda seperti rajah Buka Localhost di bawah.
Start Manual
Untuk melancarkan index localhost WAMP, klik tetikus pada ikon WAMP seterusnya pada menu WAMP pilih localhost. Anda akan dapati pelayar internet akan membuka tetingkap seperti Localhost WAMP di atas tadi. Anda juga boleh membuka directori root folder WAMP dengan mengklik pada menu “www directory” Sebagai pengguna baru anda hanya perlu tahu dua perkara itu sahaja dahulu. Selamat maju jaya. Buka Localhost
Hakcipta Terpelihara Oleh Azmi Sulaiman – Disediakan untuk www.Joomla-AdaWeb.com