Memahami Konsep Ukhuwah Islamiah.docx

  • Uploaded by: vo
  • 0
  • 0
  • August 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Memahami Konsep Ukhuwah Islamiah.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,149
  • Pages: 7
Memahami Konsep Ukhuwah Islamiah

Memahami Konsep Ukhuwah Islamiah Bekalan di Jalan Dakwah Oleh: Ustazah Arpah Abdul Wahab JK Pusat Wanita IKRAM Ukhuwah Islamiyah (persaudaraan Islam) / ukhuwah filLah (persaudaraan kerana Allah) ialah segugusan perasaan saling hormat menghormati, percaya mempercayai, mahabbah dan kasih sayang antara sesama individu atas asas aqidah Islamiyah, atau iman dan taqwa. Ia juga adalah suatu jalinan / perpaduan antara dua hati orang-orang beriman, yang tulus ikhlas, sama-sama menikmati; suasana kesetiaan dan kejujuran dalam persahabatan / persaudaraan, saling mendahulukan kepentingan saudara, berat sama dipikul ringan sama dijinjing, senang sama ketawa gembira, susah sama menangis berduka, ke gunung sama didaki ke lurah sama dituruni, menelentang sama menadah embun meniarap sama memamah pasir. Ukhuwah Islamiyah adalah satu tuntutan agama. Firman Allah swt: ‫إنَّ َما ال ُمؤْ مِ نُونَ ِإ ْخ َوة‬

“Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara.” [Qs.49 (al-Hujuraat):10] Firman ini menegaskan bahawa ukhuwah Islamiyah merupakan, nikmat suci yang menyinari hati-hati yang diredhai Allah swt, hati-hati yang sempurna iman. Suatu anugerah pemberian Allah Ar-Rahman Ar-Rahim kepada hamba-hambaNya yang benar-benar beriman dan benarbenar ikhlas.

Ukhuwah Islamiyah / ukhuwah fillah,merupakan satu sifat yang mengiringi keimanan; TIADA UKHUWAH TANPA IMAN DAN TIDAK SEMPURNA IMAN TANPA UKHUWAH. Jalinan persahabatan tanpa keimanan hanya merupakan pertemuan kerana kepentingan, saling bertukar budi, bila tiada lagi kepentingan, persahabatan itu pun luput dan lenyap ditelan masa. Keimanan yang tidak membuahkan ukhuwah, petanda iman tidak sempurna, iman yang tidak sihat yang memerlukan rawatan. Keutamaan ukhuwah Keutamaan ukhuwah dapat dilihat daripada faedah-faedahnya yang banyak : 1. Mendapat Kecintaan Allah swt. Dua hati, antara dua orang yang bersahabat, yang menjalin persahabatan atau persaudaraan kerana Allah swt, akan mendapat balasan dari Allah swt iaitu Allah Ta’ala akan mencintai kedua-dua mereka. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan daripada RasululLah saw: “Bahawa seorang lelaki pergi menziarahi saudaranya yang tinggal di sebuah kampung, lalu Allah Ta’ala mengutus seorang malaikat untuk mengawasi perjalanannya itu. Ketika sampai, malaikat bertanya: “Hendak bertemu siapa?” Jawab lelaki itu: “Saya hendak bertemu dengan saudara saya yang tinggal di kampung ini.” Malaikat bertanya pula: “Apakah kamu akan dapat sesuatu daripadanya?” Jawab lelaki itu: “Tidak, tetapi saya mengasihi, merinduinya kerana Allah.” Malaikat berkata: “Aku diutus Allah kepadamu untuk memberitahu, bahawa Allah mencintamu seperti mana kamu mencintai saudaramu itu.” Allahu Akbar wa lilLahi al-Hamd…adakah di sana cinta agung tandingan yang didamba setiap sekeping hati selain cinta agung yang tulus mulus dan terjamin tidak ada masa surut, khianat dan curangnya ini?. 2. Mendapat perlindungan Allah Ta’ala di hari akhirat Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa RasululLah saw bersabda: “Pada hari kiamat, Allah akan berfirman (menyeru): “Manakah orang-orang yang (dulu semasa di dunia) saling mencintai kerana KeagunganKu? Hari ini Aku akan melindungi mereka, sebab hari ini tidak ada perlindungan selain daripada perlindunganKu.”” [Hadis Muslim] 3. Berada di atas mimbar-mimbar cahaya Hadis qudsi daripada ‘Ubadah bin Shomit, Allah swt berfirman; “KecintaanKu hanya untuk orang-orang yang saling mencintai, saling menghubungkan silaturrahim dan saling berkorban keranaKu. Orang-orang yang saling mencintai keranaKu, akan berada di atas mimbar-mimbar cahaya. Para nabi, sahabat dan syuhada merasa cemburu terhadap mereka”. [Hadis Ibnu Hibban dll] 4. Beribadah dengan amal yang paling utama. Daripada Mu’az bin Anas, RasululLah saw telah ditanya: tentang apakah amal yang paling utama?, Jawab RasululLah saw: “Kamu mencintai dan membenci kerana Allah dan kamu

menggunakan lidahmu untuk mengingatiNya.” RasululLah saw ditanya lagi: “Apa lagi wahai RasululLah?” RasululLah saw menjawab: “Bahawa kamu suka untuk manusia apa yang engkau suka untuk dirimu sendiri dan engkau tidak suka untuk manusia apa yang engkau tidak suka untuk dirimu sendiri.” [Hadis Imam Ahmad] 5. Terhindar dari rasa takut dan dukacita Umar r.a meriwayatkan, bahawa RasululLah saw bersabda: “Di antara hamba-hamba Allah ada manusia yang bukan para nabi dan bukan pula para syuhada, tetapi pada hari qiamat para nabi dan para syuhada cemburu kepada mereka kerana kedudukan (istimewa)nya di sisi Allah.” Para sahabat bertanya; “Wahai RasululLah! Beritahu kami siapakah gerangan mereka itu?” Rasulullah saw menjawab: “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, bukan kerana hubungan keluarga dan bukan kerana harta yang mereka saling berikan. Demi Allah! Muka mereka itu bercahaya, mereka berada di atas cahaya, tidak merasa takut ketika orang-orang lain merasa takut, tidak berdukacita ketika orang lain berdukacita”. Kemudian RasululLah saw membacakan ayat: َ‫علَي ِْه ْم َوالَ ُه ْم يَحْ زَ نُون‬ َ ‫ف‬ ٌ ‫أآل ِإنَّ أ َ ْو ِل َيا َء هللاِ الَ َخ ْو‬

“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada rasa takut dan mereka tidak bersedih hati”. [QS.10 (Yunus):(62)] 6. Terampun segala dosa. Riwayat ath-Thabrani, RasululLah saw bersabda: “Sesungguhnya seorang muslim apabila bertemu dengan saudara muslimnya, lalu berjabat tangan, gugurlah dosa kedua-duanya sebagaimana berguguran daun-daun dari pohon ke bumi di suatu hari yang berangin kencang, diampunkan dosa kedua-duanya walaupun dosanya seperti buih di lautan”. 7. Mengecapi kemanisan iman RasululLah saw bersabda: “Tiga perkara, sesiapa yang terdapat ketiga-tiga perkara tersebut dalam dirinya, ia akan mengecapi kemanisan iman, iaitu; bahawa Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya dari yang lain, bahawa ia tidak mengasihi seseorang kecuali kerana Allah dan bahawa ia benci kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dilontarkan ke dalam neraka”. Menumbuhkan rasa persaudaraan. Melihat kepada faedah ukhuwah yang banyak itu, sudah pasti kita semua ingin meraihnya. Justeru, bagaimanakah menumbuhkan rasa persaudaraan itu?

1. Iman yang sempurna. Keimanan yang sempurna menuntut setiap mukmin menjalankan urusan setiap aspek kehidupannya berdasarkan hukum-hukum al-Quran dan hadis-hadis RasululLah saw. Mukmin ini bagaikan al-Quran yang berjalan di muka bumi. Wahyu-wahyu Allah SWT adalah amal perbuatan, denyut nadi dan jantungnya. Pada ketika itu jiwa-jiwa para mukmin bertaut dalam satu kesatuan padu, kesatuan akidah, matlamat, neraca, pemikiran, perasaan dan lain-lain lagi. Imam Malik hairan melihat seekor merpati berkawan dengan seekor gagak, spontan ia berkata: “Kedua-duanya dapat bersatu, padahal jenisnya tidak sama?.” Ketika burung itu terbang, ia melihat kedua-dua burung itu dalam keadaan cacat, lalu ia berkata: “Sebab itulah burung itu dapat bersatu”. 2. Menyebar dan menghayati ucapan salam Nabi saw bersabda: ‫َوا َّلذِى نَ ْفسِى بِيَ ِد ِه الَ ت َ ْد ُخلُوا َجنَّةَ َحت َّى ت ُؤْ مِ نُ ْوا َوالَ ت ُؤْ مِ نُ ْوا َحت َّى تَحَا ُّب ْوا‬ ‫سالَ َم بَ ْينَ ُك ْم‬ َ ‫أَآل أ َ ُدلُّ ُك ْم‬. َّ ‫علَى ش َْيءٍ إِذَا فَ َع ْلت َ ُم ْوهُ تَحَابَ ْبت ُ ْم ؟ أ َ ْفشُوا ال‬

“Demi Allah yang jiwaku berada di tanganNya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak (sempurna) beriman sehinggalah kamu saling mencintai, mahukah aku tunjukkan suatu perkara, apabila kamu lakukan, kamu akan saling berkasih sayang? Sebarkanlah salam di antara kamu”. [Hadis Muslim] Firman Allah : ‫ق ع َِن ا ْله ََوى إِ ْن ه َُو إِالَّ َوحْ ٌي يُوحَى‬ ُ ِ‫َو َما يَ ْنط‬

"Tiadalah yang diucapkan (oleh Muhammad) itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapan itu tidak lain adalah wahyu Allah yang diwahyukan kepadanya“ [QS. 53 (An-Najm), 3-4] Menyebarkan salam, “ ‫ ”السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركاتُه‬bukanlah sekadar ucapan di bibir sahaja. Ucapan salam bukan azimat atau tongkat sihir, bila diucapkan, terus menyentuh hati-hati yang hitam oleh asap kemungkaran, kedengkian, saling sakit hati, bermusuhan, berkelahi, tuduh menuduh, curiga mencurigai, tiba-tiba secara spontan akan menjadi putih, bersinar dengan nur kasih sayang dan ukhuwah. Sudah tentu tidak! Tetapi pastikan ucap salam itu mengandungi tiga pengertian yang luhur ini:Pertama: Mengandung Erti Cinta dan Kasih-Sayang. Bila bertemu dengan saudara muslim, tunjukanlah wajah ceria dan bahagia, hulurkanlah tangan dan jabatlah tangan saudaramu dengan ikhlas dan penuh rasa kasih-sayang. Buangkan segala rasa negatif yang bersarang di hati antara kamu berdua oleh hasutan syaitan terkutuk!!!. Satukan kedua-dua hatimu dengan ikatan kasih sayang, iringi ucapan salam itu dengan lafaz; “ – ‫َيا أَ ِخى‬ َ‫” اختى إِنِى أ ُ ِحبُّك‬ Maksud "Saudaraku, aku sayang / kasih padamu".

Jawablah bisikan kasih cinta saudaramu dengan lafaz; “‫ِى ِم ْن اَجْ ِل ِه اَحْ بَ ْبتَنِي‬ ْ ‫” أ َ َحبَّكَ هللاُ الَّذ‬ Bermaksud " Semoga Allah menyayangi / mengasihi -mu yang demi Dia kamu menyayangi / mengasihi -ku". Adakah suatu suasana yang lebih indah dan manis daripada ini? apakah kekuatan yang membentuk dan melahirkannya? Inilah salam yang sarat makna, salam limpahan rasa kasih seorang saudara kepada saudaranya, duta kesatuan jiwa. Ia bagaikan minuman bermadu, minumlah sebanyak-banyaknya, ambillah daripada sumbernya seberapa banyak yang kamu kehendaki. Setiap kali diminum, akan menambah keinginan dan selera untuk meminumnya lagi, ia terjamin dapat menghilangkan dahaga kasih sayang oleh panas terik prasangka, perkelahian, permusuhan, dengki mendengki, tersalah kata, terkasar bahasa dan sebagainya. Ia bagaikan sinar mentari, hilang kabus nampaklah terang!!! Gunung kasih sayang tunggak kesatuan meraih kemenangan!!! Jalan bahagia dunia dan akhirat. Jalan satu-satunya menuju syurga. BUKANKAH KITA PERINDU-PERINDU SYURGA?!!! Jangan Diucap dengan Jiwa Hampa. Ucapan salam adalah tanda kasih-sayang di antara dua hati yang saling menyayangi. Justeru itu jangan diucapkan dengan jiwa hampa, sambil lewa, dingin dan tanpa semangat tetapi ucapkanlah dengan penuh rasa rindu, cinta kasih dan semangat persaudaraan Islam kerana mengucapkan salam kepada saudara seagama (akhi filLah) bererti memohon dicurahkan rahmat dan berkat kepadanya daripada Allah ‘Azza wa Jalla Pencipta Langit, maka janganlah ini dipandang remeh. Kedua: Ucapan salam di awal pertemuan, adalah suatu perisytiharan “PEACE” damai, aman, tenang dan sejahtera kerana dalam suasana bersama-sama itu, apa yang didamba hanya untuk menikmati suasana yang menyenangkan dan membahagiakan. Bahawa kedua-duanya benarbenar tidak akan menyakiti, tidak membahayakan saudaranya, tidak akan berdusta, menipu, berbuat jahat, bermusuh, mengumpat, mencaci, buruk sangka serta menghina dan tidak akan melakukan suatu apa pun yang menyakiti saudaranya. Seandainya hal itu terjadi bererti ucapan salam itu dusta dan hanyalah omong kosong. Apakah balasan bagi orang yang berdusta???! Firman Allah: ِ ‫ِب الَّ ِذينَ الَ يُؤْ ِمنُونَ بِئ َايَـ‬ ِ‫ت هللا‬ َ ‫إِنَّ َما يَ ْفت َ ِرى ا ْل َكذ‬ “Sesungguhnya yang melakukan dusta, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayatayat Allah”. [QS. 16 (An-Nahl): 105] Ketiga: Mengandungi doa dan harapan agar Allah swt melimpahkan keberkatan dan kebaikan kepada sesama saudara (bukan sahaja tidak menyakiti). Ucapan ُ‫ السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ هللاِ وبركات ُه‬memberi jaminan agar dalam suasana bersama-sama dan dalam persaudaraan / persahabatan itu, tidak akan berlaku percakapan, perbincangan, perancangan, perbuatan kecuali yang baik-baik dan tidak akan ada sama sekali membicarakan hal-hal orang

lain kecuali yang baik-baik semuanya. Ucapan salam sarat dengan doa memohonkan rahmat dan berkat daripada Allah swt untuk sesama saudara muslim. Nabi saw bersabda tentang dirinya: “ Saya adalah rahmat dan petunjuk.” [Hadis Al-Hakim dan ad-Dhahabi] Adapun syarat-syarat Ukhuwah adalah seperti berikut:1. 2. 3. 4. 5.

Ikhlas lilLahi Ta’ala Disertai iman dan taqwa Ke arah melaksanakan syariat Saling menasihati Tolong menolong dalam masa senang dan susah

Cara memperkukuhkan Ukhuwah pula adalah :1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Memberitahu bahawa ia mengasihinya Memohon doanya ketika berjauhan Ceriakan wajah ketika bertemu Segera berjabat tangan Saling ziarah menziarahi Mengucapkan tahniah dan menggembirakannya sesuai sempena. Saling memberi hadiah Berusaha memenuhi keperluannya Menunaikan hak-hak ukhuwah.

Terdapat banyak hadis-hadis tentang Ukhuwah antaranya: ‫من آ َخى أخا ً فى هللا َرفَعَهُ هللاُ درجةً فى الجن ِة ال‬ ‫ش ٍئ من عم ِل ِه‬ َ ‫ ينالُها ب‬. ‫رواه ابن أبى الدنيا‬.

“Barangsiapa mengangkat seseorang menjadi saudaranya kerana Allah, Allah akan mengangkatnya satu darjat di syurga, yang tidak akan diperolehi dengan satu pun amal ibadahnya.” ‫فى‬ َّ َ‫فى و حقَّت محبتى للمت َواصل ْين‬ َّ َ‫ وحقت مح َّبتى لل ُمت َزا ِو ِر ْينَ ف َِّى وحقَّتْ محبَّتى لل ُمتَبَ ِذ ِل ْين‬،‫فى‬ َّ َ‫حقتْ َم َحبَّتى للمت َحابِ ْين‬. .‫رواه أحمد‬

“CintaKu merupakan hak orang-orang yang saling mencintai keranaKu, cintaKu merupakan hak orang-orang yang saling mengunjungi keranaKu, cintaKu merupakan hak orang-orang yang saling berlumba berjuang fisabilLah keranaKu dan cintaku merupakan hak orang-orang yang saling berhubung keranaKu.” .َّ‫عزَّ و َجل‬ َ ‫عزَّ و َج َّل ِإالّ أَك َْر َم ربَّه‬ َ ِ‫عبْدا ً هلل‬ َ ‫َب ع ْب ٌد‬ َّ ‫ما أَح‬

.‫رواه أحمد‬

“Seorang yang mencintai saudaranya kerana Allah sebenarnya ditelah memuliakan Allah Yang Maha Mulia dan Maha Agong.” ً ‫ طِ بْـتَ و تَبَ َّوأْتَ من الجن ِة منزلا‬: ‫ قال هللا عز و جل‬، ‫إذا زار المسل ُم أخاه فى هللاِ عز و ج َّل أو عاده‬. ‫رواه أحمد‬. “Apabila seorang muslim menziarahi saudara muslim semata-mata kerana Allah atau menziarahi saudaranya yang sedang sakit, berkata Allah : Engkau dirahmati dan engkau telah membina sebuah tempat tinggal di dalam syurga.” َ‫سون‬ ُ ‫ وإِن أ ْب َغ‬.‫الذين يأْلَفُونَ ويُؤلَفون‬،ً‫سنُكم أخالقا ً ال ُم َو ِطئونَ أَكْنافأ‬ َّ ‫ضكُم إِلَ َّى ا ْل َم‬ ِ ‫إلى أَحأ‬ ُ ِ‫شاؤُنَ بال َّنمِ ْي َم ِة ا ْل ُمفَ َّرقُون بَ ْينَ األَحِ بَّ ِة ا ْل ُم ْلتَب‬ َّ ‫إنَّ أ َ َحبَّكم‬ ‫ب‬ ِ ‫للبَ َّراءِ العَ ْي‬.

“Sesungguhnya orang yang paling Aku cintai di antara kalian adalah yang paling baik akhlaknya: yang rendah hati, yang paling akrab dan mudah diakrabi. Sedang yang paling Aku benci di antara kalian ialah orang yang kemana-mana menabur fiitnah, yang memecah-belah orang yang saling mencintai dan yang saling mencari cacat orang yang bersih.” .‫ف‬ ُ َ‫ف و آل يُؤْ ل‬ ُ َ‫ف وال َخي َْر فيمن ال يَأْل‬ ٌ َ‫ال ُمؤْ منُ ُمؤْ ل‬

‫رواه أحمد‬ “Orang mu’min itu tempat kasih sayang, maka tidak ada kebaikan bagi yang tidak mengasihi dan tidak dikasihi.”

Related Documents


More Documents from ""