Melepak Menambah Ilmu-dari Sudut Positif

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Melepak Menambah Ilmu-dari Sudut Positif as PDF for free.

More details

  • Words: 437
  • Pages: 2
Melepak Menambah Ilmu [/size] Melepak selalunya dikaitkan dengan perbuatan duduk beramai-ramai atau bersendirian tanpa ada objektif tertentu dan perbuatan khusus. Secara ringkasnya melepak saya takrifkan (sekiranya boleh) dengan kata ‘mengisi masa tanpa pengisian’. Masa dibiarkan berlalu tanpa dihargai dan sedar tak sedar, berjam-jam telah dihabiskan dengan melepak. Mari kita jadikan melepak sebagai aktiviti yang positif dan kita tukar persepsi orang lain tentang melepak. Saya mencadangkan supaya kita perlu memasukkan aktiviti melepak ini dalam kalendar kehidupan agar ia dapat menjadi contoh kepada golongan yang melepak tanpa tujuan. Kita ingin mereka menjadikan melepak itu sebagai satu perbuatan yang ada tujuan dan matlamat. Maksud saya ialah, sesekali kita perlu keluar dan melepak di satu tempat bersama rakan-rakan atau mungkin juga sanak saudara terutama jika masing-masing sibuk dan jarang berjumpa. Mungkin sebulan sekali, sebulan dua kali dan sebagainya merupakan waktu yang sesuai dengan kesibukan masing-masing. Maka melepak yang saya maksudkan ini seeloknya bercirikan ciri-ciri yang berikut: 1-Seeloknya tidak menganggu waktu solat yang agak singkat seperti antara maghrib dan isya’ atau antara asar dan maghrib. Waktu yang paling baik mungkin selepas isya’ atau pada waktu pagi. 2-Memastikan bahawa pada waktu melepak itu tidak ada perkara lain yang lebih penting untuk kita uruskan contohnya seperti urusan perubatan, tugasan kerja, tanggungjawab terhadap ibu bapa, keluarga dan lain-lain. 3-Melepak dihiasi dengan makan dan minum agar perbincangan tidak terganggu kerana lapar. 4-Merancang terlebih dahulu apa yang hendak dibualkan dan perbualan mestilah bersih daripada perkara dosa. 5-Memilih tempat yang agak tenang dan tiada hiruk pikuk yang akan mengganggu perbincangan. 6-Bagi yang agak ‘loaded’ bolehlah mengambil tindakan membayar kos makanan rakanrakan lain yang melepak agar rezeki akan lebih banyak dan lebih berkat. Tetapi janganlah asyik orang yang sama sahaja terpaksa bayar kerana ini pasti akan mengganggu emosinya dalam berbincang. 7-Masa yang diperuntukkan untuk melepak janganlah terlalu singkat dan jangan pula terlalu lama. 8-Perlu ada sesuatu yang dianggap sebagai ‘resolusi’ untuk diambil tindakan selepas melepak. Buat saudaraku dan saudariku yang seagama denganku, janganlah membiasakan diri dengan melepak tanpa tujuan seperti apa yang berlaku di kebanyakan tempat pada masa kini. Ramai yang melepak tanpa solat, tanpa adab, tanpa tujuan dan sudah pasti tanpa apa-apa resolusi dan tindakan yang positif. Adakah untuk tujuan yang tidak ada tujuan ini kita dicipta? Adakah mengisi masa tanpa pengisian itu tuntutan agama atau tuntutan kemajuan dunia? Tidak dan tidak sama sekali. Agama menuntut kita mengisi masa dengan perkara berfaedah terutama perkara yang membantu kita di akhirat nanti. Kemajuan dunia pula menuntut kita untuk mengisi masa dengan

perkara yang berfaedah untuk hidup dan seringkali kita dengar bahawa rakyat negara maju tidak membuang masa dengan melepak tanpa arah tujuan. Marilah melepak selaras dengan syarak. Anda mampu mengubahnya!

Related Documents