Megajar Di Luar Bidang Pengkhususan

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Megajar Di Luar Bidang Pengkhususan as PDF for free.

More details

  • Words: 4,599
  • Pages:
Mengajar di Luar Bidang

149

MENGAJAR DI LUAR BIDANG PENGKHUSUSAN: SEJAUH MANAKAH SERIUSNYA MASALAH INI DI MALAYSIA? Aini Hassan Wan Hasmah Wan Mamat Fakulti Pendidikan LJniversiti Malaya

The phenomenon of out-of-field teaching is not a new problem in the local and international education scene. In view of recent discussions and research findings which linked the problem to the issue of teacher quality and the effectiveness of teaching and learning, this article will highlight the incidence of out-of-field teaching in Malaysia. For this purpose,a set of data collected under the Intensified Research in Priority Areas (IRPA) research project conducted in 2003-2005 will be analyzed to illustrate the extent of out-of-field teaching in this country. Subsequently, another set of more recent data collected from a group of students undergoing the Post Graduate Diploma in Education program in one institution of higher learning is used to demonstrate that out-of-field teaching is still prevalent today. Finally, a number of implications and suggestions are discussed.

Di Malaysia, sejak kebelakangan ini, bilangan yang memohon untuk memasuki profesion perguruan sangat ramai. Pada satu ketika pernah dilaporkan hampir 65,000 siswazah telah memohon untuk mengikuti kursus perguruan lepas ijazah sedangkan tempat yang ada hanya 5,000 (Teacher colleges now institutes, 2005). Sementara itu, kira-kira 82,000 guru bukan-siswazah telah memohon untuk mendapatkan 2,000 tempat dalam program ijazah pertama dalam pendidikan di universiti-universiti. Di samping itu, bilangan guru siswazah yang diperlukan sentiasa ramai, iaitu 7,000 bagi sekolah menengah dan 16,000 bagi sekolah rendah diperlukan setiap tahun sehingga 2010 (Teacher colleges, 2005). Dalam keadaan terdapat permintaan yang tinggi terhadap program persediaan guru seperti ini, mereka yang memohon datang daripada latar belakang disiplin yang sangat pelbagai dan sesetengahnya tidak mempunyai kaitan langsung dengan mata-mata pelajaran di sekolah. Oleh itu, tidak menghairankanlah jika terdapat ramai mereka yang akhimya dipilih untuk mengikuti program dan seterusnya menjadi guru sebenarnya tidak menjalani pengajian dalam mata pelajaran yang mereka akhirnya mengajar di sekolah. Ringkasnya, mereka mengajar di luar bidang pengkhususan mereka {out-of-field teaching). Fenomena Pengajaran di Luar Bidang Pengkhususan Di Amerika Syarikat, Ingersoll (1996, 2000, 2001) telah membawa perhatian pendidik terhadap fenomena ini sejak satu dekad lalu. Seperti yang beliau definisikan, fenomena

150

Jurnal Pendidikan 2007, Jilid 27 (1)

ini bermakna guru "assigned to teach subjects for which they have little education or training" (him. 21). Satu kajian U.S. Department of Education juga mendefinisikan "teachers as out-of-field if they did not hold an undergraduate major or minor in the field in which they taught most courses" (Zumwalt & Craig, 2005, him. 174). Seperti yang Ingersoll (2001) tekankan, masalah ini merupakan satu masalah penting yang telah sekian lama tidak diakui {unrecognized) kerana tiadanya maklumat tepat tentangnya. Ingersoll menjelaskan, andaian penting yang mendasari penyelidikan tentang pengajaran di luar bidang pengkhususan ini adalah bahawa guru, temtamanya yang mengajar di sekolah menengah, hendaklah mempunyai latar belakang pendidikan dan latihan dalam mata pelajaran yang mereka ajar. Oleh itu, beliau dan beberapa penyelidik lain telah menjalankan kajian tentangnya. Jerald (2002), misalnya, telah menggunakan data daripada School and Staffing Survey tahun 1999-2000 dari U.S. Department of Education untuk meneliti isu ini di sekolah menengah. Beliau mendapati bahawa sekolah menengah di negara itu mempunyai kadar yang tinggi pengajaran di luar bidang pengkhususan dalam mata-mata pelajaran akademik asas. Tambah beliau lagi, apa yang membimbangkan adalah bukan sahaja masalah ini tidak dapat dikurangkan antara 1993-94 dengan 1999-2000, malah "the problem actually got somewhat worse, a change largely driven by higher rates of out-of-field teaching in the nation's lowest-income and highest-minority schools, the very schools where students need good teaching the most desperately" (him. 1). Seastrom, Gruber, Henke, McGrath, dan Cohen (2002) pula mengkaji isu ini daripada perspektif murid, iaitu peratusan murid yang diajar oleh guru yang mengajar di luar bidang pengkhususan mereka. Apabila ini diukur berdasarkan sama ada guru mempunyai major, minor, atau sijil dalam mata pelajaran yang mereka ajar, mereka mendapati, di peringkat middle school dalam tahun 1999-2000,11 hingga 14 peratus murid yang mengambil mata pelajaran sains sosial, sejarah, dan bahasa asing; dan 14 hingga 22 peratus yang mengambil Bahasa Inggeris, matematik, dan sains diajar oleh guru "di luar bidang" {out-of-field). Di peringkat sekolah tinggi, antara 5 hingga 10 peratus murid dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, matematik, sains, sains sosial termasuk sejarah, seni, muzik, dan pendidikan jasmani mendapat guru yang sedemikian. Apabila definisi "di luar bidang" ditakrif sebagai guru yang tidak mempunyai sijil dan major dalam mata pelajaran yang diajar, peratusan pengajaran di luar bidang pengkhususan didapati meningkat. Beberapa pengkaji lain telah melihat isu ini secara spesinknya dalam mata pelajaran mereka. Shimon dan Brawdy (2001) berhujah menentang pengajaran di luar bidang pengkhususan bagi mata pelajaran pendidikan jasmani. Brown (2003) pula menggunakan data U.S. Department of Education untuk melihat pengajaran di luar bidang pengkhususan dalam mata pelajaran Sejarah. Bagi tahun 1999-2000, Brown mendapati 71% guru Sejarah middle school tidak membuat pengkhususan major atau menerima pensijilan dalam sejarah, sementara 11.5% tiada pengkhususan major atau minor atau menerima pensijilan dalam mata pelajaran itu. Di peringkat sekolah tinggi, beliau mendapati 62.5% tidak mempunyai major atau pensijilan dalam sejarah, sementara 8.4% tidak mempunyai major, minor, atau sijil dalam mata pelajaran itu. Kewujudan fenomena ini di Malaysia juga telah sekian lama tidak diberi perhatian serius. Misalnya, data tahun 1991 bagi mata pelajaran Sejarah sahaja menunjukkan hampir separuh (46.3%) daripada guru yang mengajar Sejarah di sekolah menengah tidak

Mengajar di Luar Bidang

151

mempunyai latihan khusus dalam mata pelajaran itu (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991). Terkini, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah membuat kenyataan sebagai reaksi kepada rungutan bahawa berlaku masalah kekurangan guru di negara ini; di sebaliknya beliau melaporkan terdapat lebihan 6000 guru (Penempatan guru tidak seimbang, 2006). Beliau dilaporkan memberitahu bahawa lebihan itu berpunca daripada pengagihan penempatan guru yang tidak seimbang (mismatch): kawasan bandar rnempunyai terlalu ramai guru sementara kawasan luar bandar tidak mempunyai guru yang mencukupi. Misalnya, terdapat terlalu ramai guru Bahasa Malaysia. Untuk meninjau tahap pengajaran di luar bidang pengkhususan di negara ini, data daripada satu penyelidikan di bawah peruntukan program Intensification of Research in Priority Areas (IRPA) dianalisis dan dibincangkan. Di samping itu, satu set data tentang latar belakang pengkhususan sekumpulan pelajar yang sedang mengikuti satu program terkini, iaitu program Diploma Pendidikan Lepas Ijazah (DPLI) dianalisis dan dibincangkan juga untuk melihat sejauh mana fenomena ini masih berterusan. Data dari Kajian IRPA Data yang dibincangkan di sini diambil daripada satu penyelidikan yang dijalankan di bawah peruntukan IRPA RMK8 dalam tahun 2003-2005. Secara khususnya, data ini diambil daripada maklumat latar belakang responden yang memberi respon kepada soal selidik yang bertujuan meninjau persepsi guru berhubung dengan asas pengetahuan yang diperlukan bagi pengajaran berkesan dan persediaan yang mereka telah terima baginya dalam program pendidikan guru yang telah mereka lalui. Kajian melibatkan 900 orang guru yang berada dalam tiga tahun pertama pengalaman mengajar di bilik darjah setelah tamat program pendidikan guru. Kaedah persampelan strata (stratified sampling) digunakan, iaitu pembahagian kepada enam zon: Selatan (Johor), Utara (Pulau Pinang), Timur (Kelantan), Tengali (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), Sabah dan Sarawak. Seramai 150 orang guru telah dipilih setiap negeri/zon. Soal selidik berserta dengan sampul surat bersetem dan beralamat sendiri telah dihantar pada bulan Jun 2004. Sebanyak 401 soal selidik yang telah diisikan (kadar pulangan 44.5%) telah diterima. Data yang dibincangkan di sini diperoleh daripada bahagian pertama soal selidik itu yang bertujuan mendapatkan maklumat latar belakang responden seperti jantina, umur, bilangan tahun mengajar, kelayakan responden seperti peringkat kelayakan dan pengkhususan pertama serta kedua. Juga diperoleh, maklumat tentang kerjaya sebagai guru khususnya dari segi mata pelajaran yang diajar dan tugas yang dipegang selain mengajar. Dalam bahagian yang berikut dibincangkan dapatan kajian berhubung dengan latar belakang pengkhususan dan mata pelajaran yang diajar oleh guru responden. Analisis ini bertujuan memperlihatkan sejauh mana pengajaran di luar bidang pengkhususan wujud di Malaysia. Hubungan antara Latar Belakang Pengkhususan dan Mata Pelajaran yang Diajar Bahagian ini membincangkan dapatan kajian tentang pengkhususan guru dan kaitannya dengan mata pelajaran yang diajar di sekolah. Perbincangan akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pengkhususan guru dan kesepadanan antara bidang pengkhususan dengan mata pelajaran yang diajar di sekolah.

152

Jurnal Pendidikan 2007, Jilid 27 (1)

Pengkhususan guru, Dapatan kajian menunjukkan pengkhususan yang sangat pelbagai telah diambil oleh guru semasa mereka di peringkat ijazah pertama, iaitu 55 bidang pengajian telah dikenal pasti menjadi pengkhususan mereka seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1 (17 orang responden tidak menyatakan bidang pengkhususan mereka). Jadual l Pengkhususan Pertama/Major di Universiti Bi!

Bidang Pengkhususan

Bilangan Guru

1.

Perakaunan

32

2.

Matematik

30

3.

Bahasa Melayu

29

4.

Bimbingan dan Kaunseling

28

5.

Kimia

26

6.

Biologi

20

7. 8. 9. 10.

TESL

20

Pengurusan

13

Ekonomi

13

Sejarah

12

11. 12. 13.

Teknologi Maklumat

12

Fizik

11

Bahasa Arab

10

14.

Geografi

10

15.

Sastera

9

16.

Pendidikan Sains

8

17. 18. 19.

Sains Komputer

7

Sains Sukan

6

Pendidikan Seni

6

20.

Perdagangan

5

21. 22.

Kejuruteraan Mekanikal

5

Kejuruteraan Elektrik Statistik

5 5

23.

Selain bidang-bidang pengkhususan di atas, terdapat empat bidang, iaitu Seni Reka Perindustrian, Pentadbiran, Bahasa Cina, dan Pendidikan Islam yang setiap satunya empat orang guru. Lima bidang lain, iaitu Hortikultur, Sains Pemakanan, Bangunan, Perniagaan, dan Kemahiran Hidup, setiap satunya terdapat tiga orang guru. Enam lagi bidang terdapat dua orang guru setiap satunya: Sains Bahan, Pengurusan Pelancongan, Kejuruteraan Awam, Pemasaran, Usuluddin, dan Perundangan Islam. Sementara itu, terdapat 17 lagi bidang yang masing-masing menjadi pengkhususan seorang guru, iaitu: Biokimia, Bioperubatan, Pengajian Asia Tenggara, Perancangan Bandar, International Mengajar di Luar Bidang

153

Business, Genetik, Kejuruteraan Gas, Comparative Religion, Lukisan Kejuruteraan, Psikologi, Sains Politik, Perikanan, Ukur, Komunikasi, Bioindustri, Kawalan, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Geologi, dan Multimedia,

Mata pelajaran yang diajar. Merujuk kepada mata pelajaran yang diajar di sekolah, dapatan menunjukkan pelbagai mata pelajaran diajar oleh guru-guru yang terlibat dalam kajian ini.Terdapat 35.mata pelajaran pertamayang disenaraikan oleh guru (lihat Jadual 2). Jadual2 Mata Pelajaran Pertama yang Diajar di Sekolah Bil

Mata Pelajaran

Bilangan Guru

1.

Sains

43

2 3.

Matematik Bahasa Melayu

42 39

4.

Bahasa Inggeris

30

5. 6.

Kemahiran Hidup Pendidikan Islam

24 20

7.

Sejarah

17

8.

Pendidikan Seni

15

9.

Fizik

14

10. 11.

Pengajian Am Kirnia

13 13

Bagi dua mata pelajaran, iaitu Perdagangan dan Reka Cipta, terdapat 10 orang guru, sementara empat mata pelajaran yang berikut, terdapat sembilan orang guru: Biologi, Geografi, Bahasa Arab, dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Dua mata pelajaran berikut pula terdapat lapan orang guru: Perakaunan dan Bimbingan dan Kaunseling, dan dua lagi mata pelajaran, iaitu Bahasa Cina dan Sains Pertanian, masing-masing terdapat enam orang guru. Bagi mata-mata pelajaran Ekonomi Asas pula terdapat lima orang; empat orang bagi mata pelajaran Komputer, sementara dua mata pelajaran lain, iaitu Matematik Tambahan dan Pendidikan Moral, masing-masing terdapat tiga orang guru. Seterusnya, tiga mata pelajaran, iaitu Lukisan Kejuruteraan, Bahasa Iban dan Multimedia, masing-masing terdapat dua orang guru, dan empat mata pelajaran lain masing-masing terdapat seorang guru: Malaysian University English Test (MUET), Tasawwur Islam, Syariah Islamiah, dan Sastera Melayu. Kesepadanan pengkhususan dengan mata pelajaran yang diajar. Dapatan kajian ini jelas menunjukkan berlakunya ketidaksepadanan antara pengkhususan guru dengan mata pelajaran yang diajar, iaitu sangat ramai guru didapati mengajar di luar bidang pengkhususan mereka. Data daripada tujuh mata pelajaran yang paling ramai bilangan guru yang mengajarnya, menunjukkan ketidaksepadanan ini agak kritikal. Tujuh mata pelajaran tersebut ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Kemahiran

154

Jumal Pendidikan 2007, Jilid 27 (1)

Hidup, Pendidikan Islam, dan Sejarah. Mata-mata pelajaran lain juga menunjukkan aliran yang sama. Bagaimanapun hanya lima mata pelajaran teras sahaja yang akan dibincangkan secara terperinci di sini, iaitu: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Sejarah. (i) Mata pelajaran Bahasa Melayu Bagi mata pelajaran ini, dapatan menunjukkan guru yang mengajar terdiri daripada mereka yang mengikuti pelbagai pengkhususan. Rajah 1 menunjukkan 51%, iaitu 20 daripada 39 orang guru yang mengajar mata pelajaran ini tidak membuat pengkhususan dalam bidang bahasa tetapi membuat pengkhususan dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling (10%, 4), Geografi (5%, 2), Pengurusan Pendidikan (6%, 3), Kejuruteraan Mekanikal (6%, 3), manakala Biologi, Perakaunan, Sastera Inggeris, Sains Komputer, Sejarah, Sains Sukan, Pentadbiran dan Sastera Melayu masing-masing seorang. Pengkhususan Guru Yang Mengajar Bahasa Melayu (%)

1 Bahasa Melayu 13 Bim.& Kaun 12 Geografi 11 Peng dgn Pend 10 Kej.Mekanikal 9 Biologi 8 Perakaunan 7 Sastera 6 Sains Komputer s Sejarah 4 Sains Sukan 3 Pentadbiran 5%

2 Sastera Melayu

Rajah 1. Pengkhususan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu

(ii) Mata pelajaran Bahasa Inggeris Peratusan yang sama juga, iaitu 51% (16) daripada 30 orang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris tidak membuat pengkhususan dalam bidang yang berkaitan dengan mata pelajaran ini. Dapatan menunjukkan 49% (14) daripada guru Bahasa Inggeris mempunyai pengkhususan dalam bidang berkaitan manakala 7% (2) lagi mempunyai pengkhususan dalam bidang Sastera Inggeris. Selebihnya terdiri daripada guru yang membuat pengkhususan dalam bidang Perakaunan (15%, 5), Ekonomi (11%,

Mengajar di Luar Bidang

155

3), dan raasing-masing seorang dalam Bimbingan dan Kaunseling, Pengurusan dengan Pendidikan, Sains Komputer, Kejuruteraan Elektrik, Comparative Religion, dan Psikologi. (RujukRajah2).

PengMiususan Guru Yang Mongajar Bahasa Inageris (%) 15%

Sastera 5 Bim.& Kaun 6 Peng dgn Pend Sains Komputer s Kej. Eletrik 9 CompReligion

Rajah 2. Pengkhususan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris (iii) Mata pelajaran Sains Bagi mata pelajaran Sains pula, dapatan menunjukkan bahawa bukan hanya guru-guru yang mempunyai latar belakang dalam pelbagai bidang sains mengajar mata pelajaran ini, tetapi ada juga dalam kalangan mereka yang datang daripada latar belakang bukan sains. Rajah 3 menunjukkan ada daripada mereka membuat pengkhususan dalam bidang Perakaunan (7%, 3), Bimbingan dan Kaunseling (5%, 2), Geografi (5%, 2), Sastera Inggeris (2%, 1), dan Pengurusan dengan Pendidikan (2%, 1). Peratusan selebihnya adalah terdiri daripada guru yang membuat pengkhususan dalam pelbagai bidang sains, seperti Kimia (26%, 12), Biologi (17%, 8), Matematik (5%, 2), Fizik (5% 2), manakala Sains Komputer, Genetik, Sains Pemakanan dan Kesihatan, Kejuruteraan Awam, Statistik, Sains Aktuari, Perikanan, dan Geologi masing-masing seorang.

156

Jurnal Pendidikan 2007. Jilid 27(1)

Rajah 3. Pengkhususan guru yang mengajar mata pelajaran Sains (iv) Mata pelajaran Matematik Mata pelajaran ini yang menjadi mata pelajaran teras dalam kurikulum sekolah menengah juga diajar oleh guru daripada pelbagai bidang pengkhususan. Analisis data menunjukkan 41% (18) daripada 42 orang guru yang mengajar mata pelajaran ini berpengkhususan Matematik dan yang selebihnya, iaitu 59% (24), terdiri daripada guruguru yang pengkhususan utamanya bukan Matematik. Mereka terdiri daripada guru yang berpengkhususan Kimia (8%, 4),Teknologi Maklumat (8%, 4), Perakaunan (5%, 2), Sains Komputer (5%, 2), Statistik (5%, 2), TESL (5%, 2), Ekonomi (5%, 2), manakala Fizik, Pengurusan dengan Pendidikan, Perdagangan, International Business, Kejuruteraan Gas, dan Kawalan masing-masing seorang (3%) (rujuk Rajah 4). Bagaimanapun, kebanyakan daripada pengkhususan ini ada kaitannya dengan matematik dan sains melainkan bagi guru yang membuat pengkhususan TESL dan Pengurusan dengan Pendidikan.

Mengajar di Luar Bidang

157

Pengkhususan Guru Yang Mengajar Matematik (%)

3%

1

Matematik

2

Kimia Tek. Maklumat Perakaunan Sains Komputer Statistik TESL Ekonomi Fizik Peng dgn Pend

3 4

41%

5 6 7 8 9 10 11 12 13

5%

14

Perdagangan Int. Business Kej. Gas Kawalan

5%

Rajah 4. Pengkhususan guru yang mengajar mata pelajaran Matematik (v) Mata pelajaran Sejarah Sebagai salah satu daripada mata pelajaran teras di sekolah menengah, mata pelajaran Sejarah sepatutnya diajar oleh guru yang berpengkhususan Sejarah. Bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan hanya 27% (5) daripada 17 orang guru yang didapati mengajar mata pelajaran ini membuat pengkhususan dalam bidang Sejarah; 73% (12) lagi terdiri daripada guru yang pengkhususan pertama mereka merangkumi pelbagai bidang yang tidak berkaitan. Rajah 5 menunjukkan 10% (2) daripada mereka terdiri daripada guru yang membuat pengkhususan dalam bidang Geografi, masing-masing 11% (2) dalam bidang Ekonomi, Bimbingan dan Kaunseling, dan Sastera Melayu, manakala masing-masing seorang (6%) berlatarbelakangkan Perakaunan, Biologi, Bahasa Melayu, Sains Sukan dan Sains Politik.

158

Jurnal Pendidikan 2007, Jilid 27 (1)

Pengkhususan Guru Yang Mengajar Sejarah (%)

1 Sejarah 2 Geografi 3 Ekonomi 4 Bim.& Kaun 5 Sastera 6 Perakaunan 7 Biologi 8 Bahasa Melayu 10%

11%

9 Sains Sukan 10 Sains Politik

11%

11%

Rajah 5. Pengkhususan guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah

Dapatan tentang ketidaksepadanan latar belakang pengkhususan dengan mata pelajaran yang diajar oleh guru bagi lima mata pelajaran teras yang telah dibincangkan menunjukkan pengajaran di luar bidang pengkhususan berleluasa di sekolah. Bagi mata pelajaran bahasa, baik Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris, walaupun hampir 50% daripada guru yang mengajar terdiri daripada guru yang membuat pengkhususan dalam mata pelajaran tersebut, tetapi angka 50% lagi bagi guru bukan pengkhususan merupakan peratusan yang besar. Bagi mata pelajaran Sains dan Matematik pula, dapatan juga menunjukkan masih ramai guru yang bukan pengkhususan mengajar kedua-dua mata pelajaran ini. Walaupun sebahagian besar guru, iaitu 59% bagi Matematik dan lebih 60% bagi Sains terdiri daripada guru yang berpengkhususan dalam bidang yang berkaitan dengan sains dan matematik, tetapi masih ada juga guru berpengkhususan lain seperti TESL, Bimbingan dan Kaunseling, Sastera Inggeris, dan Pengurusan Pendidikan yang mengajar mata pelajaran ini. Bagi mata pelajaran Sejarah pula, fenomena yang wujud pada tahun 1991 masih lagi ketara, Malah, dapatan menunjukkan adanya peningkatan, iaitu 73% daripada guru yang mengajar mata pelajaran ini terdiri daripada guru yang tidak membuat pengkhususan Sejarah di peringkat ijazah pertama. Kadar yang tinggi ketidaksepadan antara pengkhususan guru dengan mata pelajaran yang diajar di sekolah ini dikhuatiri akan memberikan kesan secara langsung kepada kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Mengajar di Luar Bidang

159

Data daripada Program Terkini Untuk melihat sama ada aliran ketidaksepadanan yang sama dan seterusnya pengajaran di luar bidang pengkhususan masih berterusan hingga kini, satu tinjauan telah dilakukan terhadap sekumpulan pelajar yang sedang mengikuti Program Diploma Pendidikan Lepas Ijazah (DPLI) di salah sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA). Satu borang soal selidik ringkas yang menanyakan maklumat demografi dan latar belakang pengkhususan mereka semasa di institusi pengajian tinggi (IPT) telah diedarkan kepada mereka. Pelajar juga ditanya tentang sama ada mereka telah menduduki peperiksaan yang dikehendaki, sama ada mereka lulus atau tidak, dan juga sama ada mereka telah ditemu duga atau tidak sebelum diterima mengikuti program berkenaan. Program DPLI. Seperti yang dinyatakan dalam penguruuman yang dibuat oleh Kementenan Felajaran Malaysia (KPM) dalam laman webnya pada 11 Jamian 2007, program DPLI di IPTA merupakan program khas kerjasama KPM dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) untuk menyediakan keperluan guru di sekolah menengah bagi tahun 2008. Mengikut penguruuman itu lagi, calon program khas ini telah dipilih daripada mereka yang lulus Malaysian Teacher Selection Test (MTeST) yang dikendalikan oleh KPM, dan "calon akan ditemu duga untuk memastikan mereka benarbenar berminat, layak dan sesuai menjadi guru" (lihat www.moe.gov.my). Dapatan tinjauan, Bagi kumpulan pelajar yang dibincangkan di sini, mata pelajaran yang terlibat ialah Matematik dan Teaching of English as a Second Language (TESL). Data menunjukkan, bagi mata pelajaran Matematik kesemua 19 (100%) orang pelajar yang mengikuti program DPLI untuk mengajar mata pelajaran ini memperoleh ijazah dalam aliran sains dari IPT tempatan, iaitu sama ada Sarjana Muda Sains (Fizik, Komputer, Matematik, Statistik) atau SarjanaMudaKejuruteraan (Aero Angkasa,Elektrik/ Elektronik, Mekanikal, Perisian, Sistem Maklumat). Keadaan di sebaliknya didapati bagi pelajar yang mengikuti program TESL, iaitu kesemua 21 (100%) orang pelajar didapati tidak membuat pengkhususan berkaitan dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris. Hanya seorang pelajar yang telah memperoleh ijazahnya dari negara yang bahasa pengantarnya Bahasa Inggeris, iaitu di Scotland, sementara yang lainnya semua merupakan graduan institusi pengajian tinggi tempatan. Jadual 3 memaparkan pelbagai jenis ijazah yang mereka peroleh.

160

Jurnal Pendidikan 2007, Jilid 27 (1)

Jadual 3 Pelbagai Pengkhususan Pelajar TESL Program DPLI 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.

Pengkhususan Ekonomi/Pentadbiran Perniagaan/Pengurusan Kejuruteraan (Awam, Kimia, Pembuatan) Komputer/TeknologiMaklumat/Multimedia Sastera/Sains Sosial - Antropologi & Sosiologi Sains - Teknologi/Pengajian Makanan Undang-Undang Matematik Komputasi Pembangunan Manusia Pengajian Melayu Perakaunan Sains Kognitif Jumlah

Bilangan 4 3 3 2 2 2 1 1 1 1 1 2T

Perbincangan dan Rumusan Data daripada tinjauan ini menunjukkan bahawa bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, berlaku ketidaksepadanan yang serius. Lebih membimbangkan lagi adalah dapatan bahawa 90.5% (19) daripada mereka tidak pernah ditemu duga, khususnya mereka yang memohon dan menduduki peperiksaan pada tahun 2006. Hanya dua orang (9.5%) pemah ditemu duga dan itu pun pada tahun 2005, iaitu mereka telah memohon dua tahun berturutturut. Di samping itu, walaupun kesemuanya pernah menduduki peperiksaan, hanya 6 orang (28.6%) lulus, sementara dua orang (9.5%) gagal dan selebihnya (61.9%, 13) tidak pasti sama ada mereka lulus atau tidak. Perkara yang hampir sama didapati bagi pelajar pengkhususan Matematik: 31.6% (6) lulus, 10.5% (2) gagal, dan selebihnya (57.9%, 11) tidak pasti. Dapatan daripada kajian IRPA dan tinjauan terhadap latar belakang pengkhususan pelajar program DPLI yang dibincangkan di atas menunjukkan pengajaran di ruar bidang pengkhususan masih berlaku dengan meluasnya di negara ini. Dapatan ini menimbulkan pelbagai persoalan dan implikasi, terutamanya apabila diambil kira aliran penyelidikan dalam dua dekad yang lalu yang menekankan kepentingan pengetahuan isi kandungan {subject matter knowledge) dalam asas pengetahuan bagi pengajaran {knowledge base for teaching) (Ishat rnisalnya, Murray, 1996). Penyelidikan tentangnya yang dipclopori oleh Shulman (1986, 1987) menunjukkan kualiti pengajaran dan pembelajaran sangat bergantung kepada kualiti pengetahuan isi kandungan guru dan dapatan sedemikian menonjolkan potensi seriusnya kesan pengajaran di luar bidang pengkhususan. Apabila hujah ini diaplikasikan kepada dapatan kajian di Malaysia yang dibincangkan di atas, gambaran yang diperoleh amat membimbangkan. Misalnya, dalam konteks dua keprihatinan semasa berhubung dengan Bahasa Inggeris, iaitu peningkatan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah mahupun universiti, dan rendahnya kecekapan penguasaan bahasa tersebut terutamanya di peringkat IPT. Seperti yang dilaporkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, satu pertiga

Mengajar di Luar Bidang

161

graduan yang lulus daripada universiti tempatan pada tahun 2006 lalu mempunyai tahap kecekapan bahasa Inggeris yang sangat rendah (English proficiency, 2007), Keseriusan perkara ini semakin terserlah apabila kandungan program Sarjana Muda TESL dianalisis; dapat dikenal pasti kira-kira 42% daripada kandungan kurikulum mengkhusus kepada aspek pengetahuan isi kandungan. Selain daripada kecekapan Bahasa Inggeris, pelajar mempelajari tentang pelbagai komponen bahasa dan pengajarannya seperti tatabahasa, linguistik, bacaan, penulisan dan kesusasteraan. Oleh itu, timbul persoalan yang berikut: Bolehkah pelajar program DPLI pengkhususan TESL yang sangat kurang asas pengetahuan isi kandungan mereka menjadi guru mata pelajaran Bahasa Inggeris yang berkualiti? Penulisan dan kajian di Amerika Syarikat juga mengaitkan pengajaran di luar bidang pengkhususan ini dengan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, Zumwalt dan Craig (2005) merujuk kepada data daripada U.S. Department of Education, yang menunjukkan pengajaran di luar bidang pengkhususan "is one of the least recognized causes of underqualified teachers" (him. 174). Walaupun seperti yang dirumuskan oleh Floden dan Meniketti (2001), bukti tentang kesan kerja kursus di peringkat ijazah dasar/ pertama adalah "extremely thin, with the exception of studies about the connections between secondary-school pupils' mathematics achievement and the amount of college mathematics taken by those pupils' teachers" (him. 287), ini tidak bermakna fenomena pengajaran di luar bidang pengkhususan tidak patut ditangani. Floden dan Meniketti juga menegaskan perkara ini dengan pernyataan ini: The intuitive sense that teachers should know their subject and understand how people learn is powerful, perhaps as powerful as the sense that doctors should know anatomy and understand how medicines work. (him. 287) Sehubungan itu, konsepsi tentang skop pendidikan guru perlu diperluaskan: "pendidikan guru" tidak boleh ditakrifkan sebagai merangkumi hanya kursus-kursus kaedah dan pengalaman praktikum yang berorientasikan amali, tetapi merangkumi juga kerja kursus di peringkat ijazah pertama. Seperti kata seorang tokoh terkenal pendidikan guru di Amerika Syarikat, pendidikan guru "extends well beyond experiences in the professional component to include subject matter and general education courses offered by faculty in the arts and sciences" (Grossman, 2005, him. 426). Dalam konteks usaha meningkatkan kualiti guru seperti yang ditekankan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang diumumkan baru-baru ini, isu pengajaran di luar bidang pengkhususan perlulah diberi perhatian yang lebih serius. Jika seperti yang ditekankan oleh Ingersoll (2000), data menunjukkan sumber pengajaran di luar bidang pengkhususan terletak pada "a lack of fit between teachers' fields of training and their teaching assignments" (him. 3), perlu difikirkan dan dilaksanakan mekanisme untuk memastikan guru diberi tugasan mengajar mata pelajaran yang menjadi pengkhususan mereka. Di samping itu, dan mungkin lebih penting lagi, adalah memastikan calon yang diterima untuk mengikuti program pendidikan guru lepas ijazah bagi sesuatu mata pelajaran telah membuat pengkhususan dalam mata pelajaran itu ataupun sekurang-kurangnya dalam bidang yang berkaitan dengan mata pelajaran berkenaan. Perkara ini dijangka tidaklah begitu sukar dilaksanakan dalam situasi permintaan terhadap tempat dalam program sedemikian tersangat tinggi seperti yang disebut pada awal perbincangan.

162

Jurnal Pendidikan 2007, Jilid 27 (1)

Penutup Seperti yang cuba dilakukan oleh Ingersoll (1996,2000,2001) di Amerika Syarikat, artikel ini telah cuba menarik perhatian semua pihak yang terlibat dengan bidang pendidikan, khususnya pendidikan guru di Malaysia, terhadap fenomena pengajaran di luar bidang pengkhususan. Perkara ini adalah kerana, sama seperti di negara itu, walaupun masalah ini telah sekian lama wujud, ia seperti tidak diakui keseriusannya seperti yang jelas tergambar daripada situasi semasa yang tidak menunjukkan pengurangannya. Sikap ini juga tergambar daripada amalan pemilihan calon bagi mengikuti program pendidikan guru lepas ijazah yang seolah-olah tidak mengambil kira langsung pengkhususan calon pada peringkat ijazah pertama. Oleh sebab jangka masa program pendidikan guru lepasan ijazah yang singkat, iaitu kira-kira 10 bulan sahaja, tumpuan terhadap aspek pengetahuan isi kandungan adalah sangat cetek dan ini dikhuatiri akan memberi kesan negatif terhadap kualiti pengetahuan isi kandungan yang akan guru sampaikan kepada pelajar. Ringkasnya, dalam konteks usaha meningkatkan kualiti guru seperti yang digariskan dalam PIPP, dan pada masa yang sama bertambahnya bukti empirikal akan kepentingan pengetahuan isi kandungan dalam asas pengetahuan bagi pengajaran, semua pihak yang terlibat perlulah mengambil langkah untuk mengurangkan pengajaran di luar bidang pengkhususan. Perkara ini adalah kerana latar belakang pengkhususan guru boleh mempunyai kesan langsung terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah.

Mengajar di Luar Bidang

163

Rujukan Brown, S, D. (2003). State certification requirements for History teachers. ERIC Digest (ERIC Document Reproduction Service No ED482210). English proficiency still low at local universities. (2007, 23 Januari), The New Straits Times. Dimuat turun pada 10 April 2007, daripada http://www.nst.com.my Floden, R. E., & Meniketti, M. (2005). Research on the effects of coursework in the arts and sciences and in the Foundations of Education. Dalam M. Cochran-Smith & K. M. Zeichner (Sid, Ed.), Studying teacher education: The Report of the AERA Panel on Research and Teacher Education (him. 261-308). Washington, DC: American Educational Research Association. Grossman, P. (2005). Research on pedagogical approaches in teacher education. Dalam M. Cochran-Smith & K. M. Zeichner (Sid. Ed.), Studying teacher education: The Repoil of trie AERA ru/idl on Research ciiiti TeacTiei Education (Will. 425-470). Washington, DC: American Educational Research Association. Ingersoll, R. (1996). Are high school teachers teaching core subjects without college majors or minors in those subjects? (ERIC Document Reproduction Service No. ED395720). Ingersoll, R. M. (2000). Out-of-field teaching. ERIC Digest (ERIC Document Reproduction ServiceNo.ED449119). Ingersoll, R. M. (2001). Rejoinder: Misunderstanding the problem of out-of-fi eld teaching. Educational Researcher, 30(1), 21-22. Jerald, C. D. (2002). All talk, no action: Putting an end to out-of-field teaching. (ERIC Document Reproduction Service No. ED46874). Kementerian Pendidikan Malaysia. (1991). Laporan kajian kedudukan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah, Kuala Lumpur: Penulis. Murray, F. B. (Ed.) (1996). The teacher educator's handbook: Building a knowledge base for the preparation of teachers. San Francisco: Jossey-Bass. Penempatan guru tidak seimbang. (2006, 27 Januari). Utusan Malaysia, Dimuat turun pada 20 Mei 2007, daripada http://www.utusan.com.my Seastrom, M. M., Gruber, K. J., Henke, R., McGrath, D. J., & Cohen, B. A. (2002). Qualifications of the public school teacher workforce: Prevalence of out-of-field teaching, 1987-88 to 1999-2000. Statistical analysis report. (ERIC Document Reproduction Service No. ED468740) Shimon, J. M., & Brawdy, P. (2001). A good teacher can teach anything? (ERIC Document Reproduction Service No. ED462382) Shulman, L. S. (1986). Those who understand: Knowledge growth in teaching. Educational Researcher, 75(2), 4-14. Shulman, L. S. (1997). Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. Harvard Educational Review, 57(1), 1-22. Teacher colleges now institutes. (2005, Julai 15). The New Straits Times. Dimuat turun pada 8 April, 2007, daripada http://www.nst.com.my Zumwalt, K., & Craig, E. (2005). Teachers' characteristics: Research on the indicators of quality. Dalam M. Cochran-Smith & K. M. Zeichner (Sid. Ed.), Studying teacher education: The Report of the AERA Panel on Research and Teacher Education (him. 157-260). Washington, DC: American Educational Research Association.

Related Documents