Mashitah Sakinah Binti Abdul Rahman (pek 060057) - (yang Sebenar)

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Mashitah Sakinah Binti Abdul Rahman (pek 060057) - (yang Sebenar) as PDF for free.

More details

  • Words: 4,896
  • Pages: 23
IQEU 3301: Hadith & Isu Semasa Tugasan 1: Hadith & Makanan ( Isu Halal & Haram ) Tajuk : Ayam & Daging Berperisa Arak Semester 1, sesi 2008/2009

Pensyarah: Prof Madya Dr Ishak Bin Haji Suliaman

Nama No. Metrik No. K/P Kumpulan

: : : :

Mashitah Sakinah Binti Abdul Rahman PEK 060057 850825-08-5282 1

RINGKASAN ISU Isu yang dipilih adalah tindakan biadap sebuah syarikat katering yang menipu pihak pengguna terutamanya pengguna Islam khususnya yang berada di Lembah Kelang serta persekitarannya. Syarikat katering ini telah menghalalkan perniagaan dan operasinya disebalik logo palsu JAKIM yang diperolehi dengan membelinya daripada agen-agen sindiket tertentu dengan harga hanya RM2500.00. Selain itu, syarikat katering ini juga turut bertindak melampui batas kerana menggunakan sejenis wain atau arak yang diimport dari China sebagai perisa utama dalam menu masakan untuk memerap daging dan ayam. Tujuan syarikat katering ini berbuat sedemikan adalah bagi menambahkan keenakan serta bau wangi hidangan daging dan ayam. ANALISIS ISU Isu yang dipilih ini adalah berkaitan dengan penggunaan arak yang digunakan sebagai perisa utama dalam proses menu hidangan daging dan ayam oleh sebuah syarikat katering yang beroperasi di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Kebanyakan arak yang digunakan syarikat katering ini didapati telah diperolehi dari China. Syarikat ini bukan sahaja menggunakan arak dalam menyediakan resepi hidangan mereka, malah turut menggunakan logo palsu JAKIM bagi menggaburi pengguna khususnya pengguna Islam yang menjadi pelanggannya. Tindakan biadab pihak syarikat katering ini hanya terbongkar apabila sepasukan empat pegawai penguat kuasa Jakim dan dua pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan, melakukan serbuan mengejut ke atasnya pada pagi 15 November 2007. Tindakan yang dilakukan oleh syarikat katering ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa telah berlakunya kelemahan yang amat ketara serta penyelewengan seperti rasuah, sogokan dan sebagainya dalam penguatkuasaan undang-undang yang sedia ada. Hal ini kerana walaupun terdapat dalam akta undang-undang yang diwujudkan untuk mendakwa mana-mana pihak yang menyalahgunakan logo halal iaitu di bawah Seksyen 3 (1) (b) Akta Perihal Dagangan 1972, namun undang-undang

in adalah amat terbatas sekali serta didapati gagal untuk mengekang penyelewengan yang berlaku. Jika kita melihat dengan teliti, umat Islam pada hari ini adalah merupakan di antara kumpulan pengguna yang terbesar samada di Malaysia mahupun di serata pelusuk dunia. Umat Islam di Negara ini juga perlu menilai sejauh manakah nilai serta makna kehidupan mereka jika hak mereka sendiri sebagai pengguna Islam yang wajib mematuhi segala hukum syarak tidak dihormati. Oleh hal demikian, umat Islam perlu mempunyai prinsip yang tetap serta jelas tentang barangan yang digunakan pada setiap hari. Ini bersesuaian dengan firman Allah Taala :ٌ‫ لَكُم نْ عَدُوّ مّ ِبيْنن‬,ُ‫طيّبًا وَلَ َتتّبِعُوْا خُطُوَاتنِ ﭐلشّيْطَاننِ اِنّهن‬ َ ً‫يآَيّهَا النّاسنُ كُلُوْا مِمّا ن فِى الَرْض نِ حَلَل‬ ﴿ ١٦٨ : ‫﴾سورة البقرة‬ Terjemahan:“Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, keranan sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang terang nyata bagi kamu” (Surah Al-Baqarah : ayat 168) Berdasarkan maksud ayat di atas, perkataan ‫‘ طَيّبًا‬Thoiyyiban’ ini membawa maksud baik. Perkataan baik ini dengan kata lain bererti makanan tersebut mestilah yang baik, bermanfaat, berkhasiat serta berfaedah untuk dimakan.makanan itu juga mestilah diperolehi daripada sumber yang asli yakni yang halal lagi suci serta diyakini kebersihannya. Namun begitu, jika dilihat kembali isu ‘Ayam dan Daging Berperisa Arak’ ini, pengguna Islam seolah-olah diperbodohkan dengan penggunaan logo palsu JAKIM yang dibeli oleh syarikat katering dengan hanya RM2500.00 daripada agen sindiket tertentu. Selain itu, dengan berselindung disebalik logo palsu JAKIM, pengguna Islam juga turut ditipu hidup-hidup oleh syarikat katering tersebut yang menggunakan arak atau wain dalam resipi utama hidangan ayam dan daging kononnya atas alasan untuk mewangikan hidangan daging dan ayam yang disediakan.

Dalam kes ini, kita dapat melihat bahawa sesungguhnya pengguna Islam di Negara Malaysia masih lagi tidak sensitif dengan isu adakah logo yang digunakan tersebut benar-benar betul dan tulen ?. Adakah penyediaan serta perkhidmatan yang disediakan syarikat katering ini disahkan dan dipantau oleh orang Islam atau manamana pihak berkuasa yang bertanggungjawab ?. Adakah juga pekerja-pekerja yang menyediakan hidangan tersebut terdiri daripada pekerja Islam atau pekerja bukan Islam ?. Kesilapan paling besar yang dilakukan tanpa sedar oleh pengguna Islam dalam kes seumpama ini ialah tidak pernah bertanya apakah bahan-bahan yang digunakan dalam proses penyediaan hidangan yang ditempah, siapakah yang menyediakan hidangan tersebut, tidak menyiasat latar belakang syarikat serta tidak melihat sendiri tempat penyediaan hidangan tersebut. Pengguna Islam juga tidak pernah menyoalkan kemanakah hasil keuntungan yang diperolehi syarikat tersebut disalurkan , samada keuntungan syarikat digunakan untuk pembangunan umat Islam atau kehancuran umat Islam itu sendiri ?. Pada hakikatnya, pengguna Islam di serata dunia khususnya di Malaysia hanyalah menjadi pengguna yang hanya tahu mengguna semata-mata. Pengguna Islam pada hari ini hanya melihat sesuatu produk atau hasil akhiran sahaja. Tidak pernah bertanyakan samada proses serta perjalanan penghasilan produk atau hasil tersebut benar-benar mengikut keperluan yang digariskan oleh Islam yang sebenar atau hanyalah menggunakan sebahagian ataupun sebenarnya tidak langsung bertepatan dengan kehendak syarak. Menyorot kembali kes ’Ayam dan Daging Berperisa Arak’ ini, sebagai pengguna Islam khususnya di Malaysia perlu menyedari sesungguhnya Kaum Yahudi dan Nasrani (orang-orang bukan Islam) akan mencari sedaya upaya jalan bagaimana caranya mereka untuk memesongkan akidah umat Islam secara halus. Diantaranya ialah melalui makanan serta minuman yang kita suap dan masukkan ke dalam tubuh badan kita melalui anugerah mulut yang Allah berikan kepada kita.

Apabila kita melihat kembali di dalam Al-Quran Al-Karim, sesungguhnya Allah Taala telah mengingatkan kita sebagai umat Islam supaya berhati-hati terhadap tipu daya serta helah yang digunakan oleh Yahudi dan Nasrani dalam memesongkan aqidah serta pegangan kita terhadap Allah Taala. Firman Allah Taala yang berbunyi :‫ ولن ترضى عنك اليهود و لالنصر حتى تتبع ملتهم‬................. “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tiada suka kepada engkau, kecuali kalau engkau turut agama mereka ………”

(Surah Al-Baqarah : ayat 130)

Berdasarkan kes “Ayam dan Daging Berperisa Arak” ini, sebagai umat Islam yang merupakan penduduk serta pengguna majoriti di Malaysia, maka sewajibnyalah kita agar berusaha untuk menyelidik terlebih dahulu setiap produk atau bahan makanan yang kita makan. Ini bersesuaian dengan hadis dari Abu Abdillah An-Nu’man bin Basyir r.a. Beliau berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat ( samar-samar / tidak jelas halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubhat itu, maka dia telah melindungi agama dan kehormatannya dirinya. Dan barangsiapa yang tergelincir ke dalam perkara syubhat itu bererti ia tergelincir masuk ke dalam perkara haram. Laksana seorang penggembala di pinggir sebuah daerah larangan, yang akhirnya masuk ke dalam daerah larangan itu. Ketahuilah sesungguhnya bahawa setiap raja mempunyai daerah larangan, Ketahuilah, sesungguhnya daerah larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah, dalam setiap tubuh itu ada segumpal daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuh itu dan jika ia rosak maka rosaklah seluruh tubuh itu. Ketahuilah, Itu adalah hati.” (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim) Berdasarkan hadith di atas juga, terdapat sebuah kisah seorang hamba abdi lelaki yang bernama Luqman Al-Hakim yang mana turut menyatakan bahawa hati yang baik akan menadikan seseorang itu menjadi manusia yang paling baik. Hal ini kerana jika hati manusia itu baik, maka ia akan bercakap perkaa-perkara yang baik

sahaja. Tetapi apabila buruk dan keji, maka manusia itu merupakan manusia yang tidak baik dari segi perangai, akhlak, tingkahlaku dan sebagainya. Selain itu, makanan yang halal, bersih serta berkhasiat yang dianjurkan oleh agama Islam sebenarya mempunyai tujuannya yang tersendiri. Salah satu daripadanya adalah kerana makanan yang dimakan akan menjadi darah daging manusia. Pendidikan berkaitan makanan yang halal terhadap anak-anak perlu dititik beratkan sejak janin masih lagi berada di dalam kandungan lagi. Ini kerana segala apa yang dimakan oleh ibu yang hamil, makanan tersebut juga akan dimakan oleh janin di dalam kandungan ibu tersebut. Imam Al-Ghazali juga telah berpesan yang berbunyi ”Jika kita ingin anak kita menjadi soleh, bijaksana dan berguna, berikanlah ia makanan daripada rezeki yang halal sejak ia lahir. Makanan yang halal selain menjadikan anak kita berguna, boleh menjadikan mental mereka pintar dan cerdas. Sebaliknya anak akan menjadi derhaka terhadap kita jika ia diberikan makanan yang haram dan kotor”. Oleh itu berdasarkan pesanan Imam Al-Ghazali di atas, maka ibu bapa perlu menjaga serta mengajar anak-anak mereka untuk menjaga segala apa yang disuruh dan meninggalkan segala larangan Allah Taala. Ini kerana setiap anak yang dilahirkan itu suci, kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikan anak mereka samada baik atau buruk. Ini bertepatan dengan sebuah hadith dari Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud ”Tidak ada seorang yang lahir melainkan menurut fitrahnya. Maka kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasara atau Majusi. Sebagaimana halnya binatang dilahirkan dengan sempurna”. MAKSUD HALAL DAN HARAM Terdapat pelbagai maksud atau tafsiran untuk mentafsirkan apa itu halal dan haram yang dimaksudkan di dalam Islam iaitu yang pertamanya daripada buku Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang tahun 2006 yang bertajuk Halal Haram – Buku Penting Untuk Umat Islam. Di dalam buku ini, Halal bermaksud dibenarkan atau tidak dilarang pengambilannya dalam Islam, Haram pula bermaksud tidak dibenarkan atau dilarang pengambilannya dalam Islam. Buku ini juga menerangkan bahawa merujuk kepada Al-Quran pula, semua makanan yang bersih adalah halal.

Menurut nota kuliah Subjek Hadith Dan Isu Semasa I pada hari Isnin, 14 Julai 2008), Semester 1, Sesi 2008/2009, Profesor Madya Dr Ishak Bin Haji Suliaman dari Jabatan Al-Quran & Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya mengatakan bahawa Halal dan haram ialah sesuatu benda yang halal dan haram yang ada pada zatnya dan sifatnya (warna, wau dan rasa) yang dihalal serta diharamkan kerana adanya dalil-dalil yang berkaitan dengannya samada daripada dalil Al-Quran mahu pun daripada dalil Hadith. Menurut beliau lagi, di dalam Kitab Shahih Bukhari , halal dan haram meliput 3 perkara iaitu makanan, minuman dan penyembelihan. SEBAB PENGHALALAN DAN PENGHARAMAN DALAM ISLAM Mengikut pensyarah di Jabatan Al-Quran Dan Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya iaitu Profesor Madya Dr Ishak Bin Haji Suliaman, terdapat 6 sebab utama penghalalan dan pengharaman dalam Islam iaitu pertama untuk menjaga agama. Hal ini kerana sesungguhnya apabila seseorang umat Islam itu patuh dan taat kepada apa yang diarahkan oleh Allah Taala, dia telah menjaga agama Islam itu sendiri. Sebab kedua adalah untuk menjaga diri, nyawa dan batang tubuh. Ini kerana segala larangan dan suruhan di dalam agama Islam, di antara tujuannya ialah ianya boleh mencegah kemudharatan. Sebab ketiga ialah untuk menjaga akal. Setiap umat Islam perlu menjaga akalnya. Hal ini kerana syarat sah bagi setiap ibadat seseorang mukmin itu ialah dia mestilah berakal. Sebab keempat ialah untuk menjaga keturunan. Manusia adalah berbeza dengan haiwan. Ini kerana manusia mempunyai keturunan dan nasab, tetapi haiwan adalah sebaliknya. Sebab kelima adalah untuk memelihara harta. Ini disebabkan halal dan haram sesuatu makanan dan minuman itu akan mempengaruhi keberkatan hartanya. Sebab keenam pula ialah untuk memelihara maruah diri seseorang.

DALIL PENGHARAMAN ARAK Terdapat 2 jenis dalil yang berkaitan dengan pengharaman arak. Dalil yang pertama ialah melalui dalil Hadith. Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Sesungguhnya Allah dan RasulNya telah mengharamkan jual beli arak, babi, bangkai dan berhala”

(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Selain itu, terdapat satu lagi hadith yang menerangkan mengenai pengharaman arak iaitu sabda Rasulullah S.A.W : “Tiap-tiap sesuatu yang memabukkan itu, hukumnya haram” (Hadith Riwayat Muslim) Dalil yang kedua pula ialah pengharaman arak melalui dalil Nas Al-Quran. Firman Allah Taala : “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, melakukan korban untuk berhala dan menengok nasib dengan menggunakan anak panah, adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan, maka tinggalkanlah ia semoga kamu berjaya.”

(Surah Al-Maidah : Ayat 90)

DALIL KESAN ARAK Terdapat 2 jenis dalil yang menerangkan kesan berkaitan arak. Dalil yang pertama ialah melalui dalil Hadith. Ibnu Abbas r.a mengemukakan sebuah hadith di mana Rasulullah S.A.W telah bersabda : ”Sesungguhnya Allah mempunyai seorang malaikat di Baitul Muqaddis yang setiap malamnya berseru : Barangsiapa yang memakan makan yang haram, tidak akan diterima amalannya sedikit pun, baik yang sunnah mahupun yang wajib” (Hadith Riwayat Ad-Dailamy) Hadis di atas ditujukan khusus untuk pembeli atau pengguna arak. terdapat sebuah lagi hadith yang ditujukan khusus untuk golongan ini. Sabda Rasulullah S.A.W yang berbunyi ;‫كل لحم نبت من حرام فالناراولى به‬ ”Setiap daging yang tumbuh dari yang haram, maka nerakalah tempat yang layak baginya”

(Hadith Riwayat At-Tirmizi)

Terdapat juga hadith berkaitan kesan arak terhadap si penjual atau peniaga arak. Sabda Rasulullah S.A.W : ”Barangsiapa tidak peduli darimana ia memperolehi harta, maka Allah pun tidak akan peduli dari pintu mana akan dimasukkan ia ke neraka” (Hadith

Riwayat

Ad-

Dailamy) Sebuah lagi hadith yang ditujukan kepada golongan di atas berbunyi, bahawasanya Rasulullah S.A.W telah bersabda : ”Barangsiapa yang mengusahakan harta dari jalan yang haram, kalau ia sedekahkan, maka sedekahnya itu tidak diterima dan kalau dibiarkan begitu sahaja hartanya, maka hartanya itu akan menjadi bekalnya ke dalam neraka” (Hadith Riwayat Ahmad) Selain itu, terdapat dua buah lagi hadith yang menyatakan betapa besarnya kesan arak. Yang pertama ialah terhadap terhadap 10 jenis golongan. Sabda Rasulullah S.A.W : ”Nabi S.A.W melaknat minuman keras itu dalam 10 macam orang: yang memerasnya, yang minta diperaskan, yang meminumnya, yang membawanya, yang minta dihantarkan, yang menuangkannya, yang menjualnya, yang makan harganya, yang membelinya dan yang minta dibelikan” (Hadith Riwayat At-Tirmizi & Ibnu Majah) Sebuah lagi hadith ialah di mana Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Setiap daging yang tumbuh dari yang haram, maka nerakalah tempat yang layak baginya”

(Hadith Riwayat At-Tirmizi)

Dalil yang kedua dalam konteks kesan arak ialah diambil daripada dalil AlQuran. Di antara dalil yang ditujukan terus kepada pembeli atau pengguna arak ialah di mana firman Allah Taala : ”Mereka itu bertanya kepada engkau dari hal tua (arak) dan judi. Katakanlah : Pada keduanya itu dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Tetapi dosa keduanya adalah lebih besar dari manfaatnya ......... ” (Surah Al-Baqarah Ayat 219) Selain itu, terdapat juga dalil berkaitan kesan arak terhadap penjual dan peniaga arak di mana Allah Taala berfirman :

”Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya minuman keras (arak, bir dan lain-lain), judi berhala dan mengundi nasib itu adalah pekerjaan yang keji dari pekerjaan syaitan, sebab it hendaklah kamu menjauhinya, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan”

(Surah Al-Maidah : Ayat

90) PENDAPAT TOKOH AKADEMIK MENGENAI KESAN ARAK Terdapat 2 orang tokoh dalam bidang masing-masing telah menyatakan apakah yang akan berlaku kesan daripada arak. Tokoh pertama ialah pensyarah di Jabatan Kaunseling dan Psikologi, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Profesor Madya Dr. Mariani Md Nor dalam bidang psikologi, makanan adalah merupakan salah satu faktor utama yang memberi kesan dalam proses pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu. Sebagai contoh, seorang ibu yang hamil. Jika ibu tersebut mengambil arak samada dalam kuantiti yang sedikit ataupun banyak, ia akan memberi kesan buruk terhadap bayi yang berada di dalam kandungannya. Kesan pengambilan arak akan menjejaskan pertumbuhan fizikal bayi yang bakal lahir dan turut menjejaskan perkembangan bayi dari segi sosioemosi dan kognitif (mental) yang mana sekaligus akan mengakibatkan bayi akan membesar sebagai seorang individu yang bermasalah. Mengikut pendapat tokoh kedua pula iaitu pensyarah di Jabatan Sains dan Matematik, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Encik Lim Longg Fatt, dalam perspektif sains, arak adalah baik jika diambil dalam kuantiti yang sedikit. Ini kerana arak akan menyebabkan darah yang mengalir dalam saluran pembuluh darah tubuh badan mengalir dengan cepat berbanding normal. Namun jika ia diambil dalam kuantiti yang banyak, etanol yang terkandung di dalam arak akan menyebabkan darah mengalir terlalu cepat. Darah tersebut akan naik ke muka sehingga muka menjadi merah dan terus mengalir mendadak ke otak. Apabila darah sampai ke otak secara mendadak, ia akan menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan betul dan individu yang terbabit akan hilang akal. Kebiasaannya masyarakat Cina akan memasukkan arak yang diperbuat daripada beras yang diimport dari Negara China. Tujuan mereka memasukkan arak

adalah untuk menjadikan makanan tersebut menjadi wangi. Namun bagi ibu-ibu yang mengandung, yang meminum arak samada secara terus atau dari masakan, bayi di dalam kandungannya akan menjadi mabuk kerana bayi dalam kandungan tidak ada daya ketahanan yang kuat berbandingn orang dewasa. Hal ini disebabkan arak tersebut akan menjadi darah dan segala apa yang mengalir di dalam darah ibu, akan mengalir terus ke tali pusat dan plasenta yang menghubungkan di antara ibu dan bayi dalam kandungan. KESAN ARAK DALAM SUDUT KESIHATAN Mengikut laman web http://www.anakku.net.my terdapat 5 jenis kesan yang paling besar terhadap diri seseorang individu apabila ia meminum arak. Kesan pertamanya adalah kesan pada otak dimana sifat malu akan berkurangan kerana otak akan bercelaru dan gagal untuk mempertimbangkan antara yang baik dan buruk, pergerakan diri menjadi tidak terkawal, kurang keupayaan untuk belajar, tidak sedarkan diri dan jika arak yang diambil dalam kuantiti terlalu banyak akan menyebabkan kematian kerana otak gagal berfungsi. Kesan kedua ialah kesan pada hati iaitu hati akan mengalami luka. Apabila hati menjadi luka, akan berlakunya sirosis hati (hati tidak dapat berfungsi akibat luka) dan menyebabkan kematian selain hati akan menjadi bengkak (hepatisis).Kesan yang ketiga adalah kesan pada perut dimana peminumnya akan mengalami gastrik. Jika keadaan gastrik terlalu teruk, akan membawa peminum tersebut kepada ulser perut. Kesan keempat pula ialah kesan pada saraf. Peminum arak akan endapat penyakit Wernicke-Korsakoff, akan berlakunya kerosakan sel-sel otak, mengalami halusinasi pendengaran, penyakit amnesia, penyakit paranoia dan depresi serta berkecenderungan untuk membunuh diri. Kesan terakhir iaitu kesan yang kelima ialah kesan yang akan berlaku pada pada janin yang berada dalam kandungan ibu hamil yang meminum arak. Kandungannya akan mempunyai ciri-ciri kecacatan seperti kekurangan berat badan, saiz kepala yang terlalu kecil berbanding tubuh, kurang penyelarasan otot, keadaan muka yang rata serta mengalami kelemahan sendi-sendi.Apabila dilahirkan pula, bayi tersebut akan mengalami beberapa penyakit seperti anemia, hipoglisemia

(kekurangan gula di dalam darah), ketandusan vitamin, sakit jantung, kanser dan kecenderungan membuang air kecil lebih kerap. DALIL

KEBAIKAN

MENINGGALKAN

ARAK

/

SESUATU

YANG

DIHARAMKAN DALAM ISLAM Terdapat 2 jenis dalil yang berkaitan dengan kebaikan meninggalkan arak atau sesuatu yang diharamkan dalam agama Islam. Dalil yang pertama ialah melalui dalil Hadith. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang ditujukan kepada para pembeli atau pengguna yang berusaha mencari makanan yang halal. Sabda Rasulullah S.A.W : ”Barangsiapa memakan makanan yang halal selama 40 hari, maka Allah Taala akan menyinari kalbunya dan akan memancarkan ilmu hikmat dari kalbunya ke lisannnya”

(Hadith

Riwayat

At-Tabrani) Selain itu, terdapat sebuah hadith yang berkaitan dengan penjual dan peniaga yang berusaha mencari rezeki yang halal. Sabda Rasulullah S.A.W : ”Barangsiapa mengusahakan buat keluarganya dari barang yang halal,

maka ia

ibarat seorang pejuang di jalan Allah. Dan barang siapa mencari dunia yang halal dengan menjaga diri dari sesuatu yang tidak berguna, maka ia menduduki darjat seperti darjat seorang syuhada”

(Hadith Riwayat At-Tabrani)

Dalil yang kedua dalam konteks kebaikan meninggalkan arak atau apa-apa perkara yang diharam serta dilarang dalam Islam ialah diambil daripada dalil AlQuran. Di antara dalil yang ditujukan terus kepada pembeli atau pengguna yang menjauhkan diri dari arak ialah di mana firman Allah Taala : ”Tiada berdosa orang-orang yang beriman dan mengerjakan yang baik-baik kerana mereka telah minum arak (dahulunya), jika mereka bertaqwa dan beriman, serta mengerjakan yang baik-baik, kemudian mereka bertaqwa dan beriman, kemudian bertaqwa dan berbuat kebaikan. Allah mengasihi orang-orang yangberbuat kebaikan”.

(Surah Al-Maidah : Ayat 93) Dalil Nas Al-Quran yang berkaitan dengan penjual atau peniaga yang

berusaha menghindarkan diri daripada arak dan jualan yang haram terdapat dalam firman Allah Taala iaitu :

“Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman ”

(Surah Al-Maidah : Ayat 88)

ALTERNATIF Terdapat banyak alternatif yang boleh digunakan oleh pengguna atau umat Islam dalam menglakkan diri dari terjerumus ke dalam makan yang haram serta syubhah. Di sini terdapat 3 jenis alternatif yang dikemukakan. Altrnatif pertama ialah melalui tempahan di Syarikat Katering K.K. Syarikat katering dimiliki sepenuhnya 100% oleh pengusaha Bumiputera Melayu yang berpengalaman iaitu Puan Fauziah Bt. Mat Jita yang bertindak sebagai pengurus. Katering ini terletak alamat berikut : I. No E-2 Kedai Mini MPKK, Tepi Sg. Perak Jalan Nakhoda, 33000 Kuala Kangsar, Perak (012-4642652) II. 12 Persiaran Bendahara 1, Bandar Baru Kuala Kangsar, Fasa 11 33000 Kuala Kangsar, Perak (05-7773654) Mengikut Puan Fuziah, untuk memasak sesuatu hidangan ayam khususnya menu hidangan ayam masak tanduri perlulah mengikut langkah-langkah berikut iaitu ayam yang dibeli perlu disimpan di dalam peti sejuk selama 8 jam. Tujuannya adalah untuk mengelakkan ayam tersebut cepat berbau busuk, supaya ayam tahan lama serta mengelakkan dari dijangkiti bakteria-bakteria perosak.Setelah 8 jam, ayam perlu dibasuh. Proses membasuh ayam ini perlu menggunakan 3 jenis bahan iaitu serbuk kunyit, asam keping (asam gelugur) dan garam. Tujuan utama ketiga-tiga bahan ini digunakan ialah untuk memastikan segala kotoran yang ada pada ayam akan tertanggal dan memastikan tangan individu yang membasuhnya tidak kembang.

Selepas dibasuh, ayam perlu dikukus separuh masak sebelum digaulkan dengan bahan-bahan resepi mengikut menu hidangan yang diinginkan. Tujuan ayam dikukus terlebih dahulu adalah bertujuan untuk melembutkan ayam tersebut. Apabila ayam sudah dikukus, barulah ia digaulkan dengan resepi yang disediakan. Puan Fuziah juga berbesar hati untuk berkongsi cara untuk mendapatkan hidangan ayam yang berbau wangi iaitu ayam yang hendaklah digaulkan bersamasama daun kari. Selain itu, penggunaan gula, garam dan sebuk kunyit akan membuatkan ayam yang dimasak lebih tahan lama. Bagi melembutkan ayam yang hendak dimasak pula, penggunaan serai yang kisar halus amat berkesan. Berikut merupakan resepi yang digunakan Syarikat Katering K.K dalam hidangan menu Ayam Tanduri bagi seekor ayam :I. 1 ekor ayang yang sudah dikukus separuh masak II. 4 batang serai III. 1 ½ inci halia IV. 1 ½ inc lengkuas V. 2 biji bawang besar VI. 4 biji bawang putih VII. 2 sudu rempah kari VIII. 2 sudu serbuk cili IX. Daun kari X. Gula dan garam secukup rasa Kesemua bahan di atas perlu dikisar halus sebelum digaulkan dengan ayam. Ayam yang sudah digaul, diperapkan selama 4 jam. Setelah diperap, barulah ayam tersebut boleh digoreng. Alternatif yang kedua ialah gerai Bonda Soup Corner (BSC). Gerai ini merupakan gerai Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) di Festival Konvokesyen Universiti Malaya 2008 (FESKUM08). Terdapat pelbagai menu hidangan yang ditawarkan oleh mereka. Di antara yang menu yang menggunakan ayam sebagai salah satu menu hidangan mereka ialah nasi ayam. Salah seorang tukang masak bagi gerai ini telah memberikan satu petua untuk mendapatkan hidangan ayam berbau wangi dan sedap, mereka telah merebus separuh

masak terlebih dahulu ayam yang akan digunakan. Selepas itu, mereka akan memerapkan ayam tersebut di dalam resepi berikut :I. Kicap Manis II. Kicap Pekat III. Sos Cili IV. Sos Tiram V. Jintan Manis VI. Halia VII. Bawang Putih VIII. Jintan Putih Setelah ayam tersebut diperap dalam tempoh selama 3 hingga 4 jam, barulah ia boleh digoreng Alternatif yang terakhir iaitu yang ketiga pula ialah dari sumber internet. Di dalam Resepi ’Ayam Goreng Lebih Sedap’ yang diambil daripada alamat laman web ini iaitu http://rozana.blogdrive.com, penulis laman web ini telah mengemukakan resepi berikut bagi mendapatkan ayam yang berbau wangi iaitu :I. Tumbukkan 3 ulas bawang putih untuk 1/2 ekor ayam. II. Gaul dengan garam kunyit. III. Lumurkan pada ayam yang hendak digoreng. IV. Goreng sampai benar-benar garing dan angkat. SUMBANGAN NGO Terdapat beberapa buah Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang menunjukkan sikap keperihatinan dalam membantu umat Islam di Malaysia bagi memastikan status halal sesuatu produk, restoran, katering, hotel dan lain-lainnya. Di antaranya ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Di antara inisiatif yang dilakukan oleh PPIM ialah :a) Laman webnya sendiri – http://www.muslimconsumer.org.my/ppim b) Talian bebas tol +603-4256 6618 atau +603-4257 7222

c)

Sistem khidmat pesanan ringkas - Taipkan HALAL <jarak> nombor kod bar makanan dan

hantar ke 32728 e) Email - [email protected] f)

Siaran langsung di Radio IKIM - “ Talk Show Bersama Toki ” di radio IKIM setiap hari Isnin

jam 5 petang bagi membincangkan isu-isu kritikal berkaitan kepenggunaan Islam. Selain PPIM, terdapat sebuah lagi persatuan yang begitu aktif dalam menegakkan isu-isu pengguna di Malaysia iaitu Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Di antara inisiatif yang dilakukan oleh CAP ialah :a) Menerbitkan buku -

Halal Haram – Buku Penting Untuk Umat ISLAM. Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang 2006.

b) Surat Kepada Akhbar / Kenyataan Dalam Akhbar -

SM Mohamed Idris iaitu Presiden CAP seringkali

tampil

menyatakan kenyataan atau surat terbuka di dalam akhbarakhbar Malaysia. Contohnya surat kepada Surat khabar Harakah sisipan Siasah dalam keluaran

15-17 Ogos 2008

(Edisi Jumaat). MRR2 : Semak Semula Proses Tender KESIMPULAN Sesungguhnya, semua umat Islam perlu berpegang pada prinsip bahawa mencari yang halal itu merupakan sesuatu kewajipan ke atas setiap muslim. Hal ini kerana Rasulullah SA.W sendiri telah bersabda iaitu : “Menuntut yang halal itu wajib atas setiap muslim”

SUMBER a) Isu

:



Laman web



Tajuk

: Daging Perisa Wain



Tulisan

: Mohd Jamilul Anbia Md Denin



Akhbar



Tarikh

b) Rujukan

: http://www.jphpk.gov.my/Malay/berita/Nov07

: Harian Metro : 16 November 2007 :



http://www.jphpk.gov.my/Malay/berita/Nov07



http://www.muslimconsumer.org.my/ppim



http://www.zaharuddin.net



http://rozana.blogdrive.com



http://www.anakku.net.my



Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang 2006. Halal Haram – Buku Penting Untuk Umat ISLAM. Pulau Pinang : Persatuan Pengguna Pulau Pinang.



Nor Aini Ramlan 2000. Halal Haram – Panduan Menuju Kehidupan Bersih dan Sihat. Batu Caves : Pustaka Ilmi.



Profesor Madya Dr. Ishak Bin Haji Suliaman 14 Julai 2008 (Isnin). Nota Kuliah Subjek Hadith dan Isu Semasa, Semester 1, Sesi 2008/2009. Universit Malaya : Akademi Pengajian Islam.



Profesor Dr. H. Mahmud Yunus 1973. Tafsir Quran Karim. Djakarta : P.T Hidakarya Agung



Fathullah Al-Hafnai (-). Himpunan Wasiat-wasiat Luqman Al-Hakim Untuk Anak-anak. Gombak : Syarikat Hurulhas.



Abu Mohd Jibril 1996. Wanita Solehah : Ciri-ciri Dan Fungsinya. Batu Caves : Pustaka Ilmi.



Ustaz Abdul Hadi Bin Awang 1992. At-Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran : Surah Al-Luqman. Kuala Terengganu : Pustaka Sinaran.



SM Mohamed Idris 15-17 Julai 2008 (Edisi Jumaat). MRR2 : Semak Semula Proses Tender Kerajaan. Surat Khabar Harakah, sisipan Siasah.



Puan Fuziah Bt. Mat Jita 22 Ogos 2008 (Khamis). Syarikat Katering K.K. Perak : Kuala Kangsar



Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) 9 Ogos 2008 (Sabtu). Gerai Bonda Soup Corner (BSC). Universiti Malaya : Festival Konvokesyen Universiti Malaya 2008 (FESKUM08)

LAMPIRAN 1.1 Keratan Akhbar Berkaitan Isu

Daging perisa wain Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin [email protected] Harian Metro, 16 Nov 2007

KUALA LUMPUR: Memeranjatkan apabila sebuah syarikat katering terkenal yang kerap mendapat tempahan daripada pelanggan elit, termasuk bergelar Datuk dan Tan Sri, dikesan mencampurkan pelbagai jenis wain dalam masakan seperti hidangan ayam dan daging bagi menambah keenakannya. Syarikat itu yang mendakwa mempunyai sijil halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dipercayai menggunakan pelbagai jenis wain dari China sebagai sebahagian resipi utama untuk memerap ayam dan daging. Syarikat terbabit memperdaya pelanggan dengan berselindung di sebalik logo halal Jakim palsu yang dibeli daripada sindiket pada harga RM2,500. Kegiatan itu dibongkar apabila sepasukan empat pegawai penguat kuasa Jakim dan dua pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan, melakukan serbuan mengejut di kedai terbabit di Jalan Klang Lama di sini, pagi semalam.

Dalam serbuan jam 11 pagi itu, pegawai Jakim dan KPDNHEP Wilayah Persekutuan memasuki kedai dua tingkat itu yang dijadikan pusat penyediaan bahan mentah dan memasak makanan yang ditempah pelanggan. Sumber KPDNHEP berkata, ketika serbuan, beberapa pekerja bukan Islam, termasuk wanita warga asing sedang sibuk memasak pelbagai masakan di tempat yang kotor dan menjijikkan. Menurutnya, sewaktu pemeriksaan dilakukan, pegawai Jakim turut mendapati tiga lori milik syarikat terbabit yang tertera logo Jakim berada di luar kedai berkenaan. “Seorang wanita yang dipercayai penyelia syarikat katering terbabit kemudian muncul dan mendakwa mereka memiliki sijil halal Jakim dan tidak perlu diragui. “Wanita terbabit yang berusia 40-an menunjukkan sijil halal Jakim yang dimasukkan dalam bingkai gambar kepada pegawai Jakim. Namun selepas diteliti, sijil halal terbabit didapati palsu,” katanya. Menurutnya, sijil halal palsu terbabit jauh berbeza dengan sijil halal Jakim tulen walaupun ia cuba meniru dengan meletakkan nombor siri, cop Jakim dan tandatangan pegawai kanan Jakim. Katanya, siasatan mendapati sijil halal palsu terbabit dibeli pemiliknya daripada seorang lelaki dipercayai anggota sindiket menjual sijil halal palsu pada harga RM2,500. “Menyedari sijil halal Jakim mempunyai kepentingan bagi tujuan pemasaran di kalangan pengguna Islam, pemiliknya bersetuju membayar harga ditetapkan,” katanya. Siasatan seterusnya menemui berpuluh-puluh botol wain, terutama dari China yang diletakkan dalam rak bahan mentah masakan. “Ketika ditanya, pekerja syarikat terbabit mengaku menggunakan wain yang mengandungi alkohol hingga 18 peratus untuk memerap daging ayam sebelum dimasak. “Difahamkan, kaedah itu menyebabkan masakan berkenaan lebih lazat seperti kebanyakan resipi dari barat dan China,” kata sumber itu. Turut ditemui, beberapa tin puding mengandungi kandungan arak jenis `ram.’ “Semua botol arak terbabit diambil untuk siasatan bersama contoh daging lembu, ayam dan kambing untuk pemeriksaan lanjut,” katanya. Pemilik syarikat yang berusia 50-an itu muncul sekitar jam 1 tengah hari sebelum mendakwa tidak tahu mengenai kewujudan sijil halal palsu itu. Lelaki berkenaan bagaimanapun akur dengan penerangan dan bentuk kesalahan dilakukannya selepas diberikan penjelasan terperinci oleh pegawai Jakim. “Mengikut syarat pemberian logo halal Jakim, pengusaha atau pengilang makanan perlu mengikut garis panduan dengan tidak mencampur atau menyimpan produk haram di dalam premis. “Syarikat bukan Bumiputera yang ingin mendapatkan sijil halal Jakim sepatutnya membuat permohonan melalui laman web Jakim atau datang sendiri bagi mendapatkan borang permohonan di ibu pejabat Jakim di Putrajaya,” katanya. Sementara itu, Ketua Penguat kuasa KPDNHEP Wilayah Persekutuan, Othman Nawang, yang dihubungi Harian Metro, semalam berkata, kes terbabit akan disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 atas kesalahan berkaitan penggunaan perbahasan halal. Menurutnya, jika sabit kesalahan, pemilik syarikat katering terbabit boleh didenda RM250,000 bagi syarikat atau RM100,000 kepada individu atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

1.2 Gambar Kajian Kes (Syarikat Katering K.K)

Kedua-dua gambar menunjukkan pekerja syarikat katering ini sedang membersih dan membasuh ayam

Sebahagian bahan-bahan, peralatan serta kuali yang akan digunakan untuk memasak ayam tanduri

Ayam sedang dikukus di dalam

Sos yang digunakan sebagai

periuk khas untuk mengukus

pencecah ayam tanduri

1.3 Gambar Kajian Kes (Bonda Soup Corner - BSC)

Ayam yang sedang diperap sebelum

Ayam yang sudah digoreng

digoreng

Senarai

menu

yang

di

tawarkan di gerai ini

Di hadapan gerai

Related Documents