Kesan Pergantungan Ekonomi Negara Kepada Sektor Utama DARI SEGI : PENDAPATAN NEGARA 1.turun naik harga komoditi sektor utama -harga komoditi terdedah kepada ketidakstabilan harga di pasaran dunia sebab faktor musim. -maka pendapatan negara turut tidak stabil 2.daya keluaran sektor utama yang rendah -daya keluaran yang rendah menyebabkan sumbangan barangan utama seperti getah dan bijih timah semakin menurun -daya keluaran rendah sebab: (a)saiz tanah yang tidak ekonomik (diusahakan secara kecil-kecilan) (b)mengalami kehausan dan kepupusan yang berterusan seperti bijih timah dan petroleum (c)kaedah tradisional diamalkan 3.persaingan daripada barang tiruan -hasil sektor utama mempunyai bahan pengganti hampir seperti getah tiruan untuk getah asli, minyak kacang soya untuk minyak kelapa sawit dan plastik untuk bijih timah -bahan gantian adalah lebih murah daripada sumber asli menyebabkan permintaan hasil sektor utama jatuh -maka pendapatan negara turut jatuh DARI SEGI: GUNATENAGA 1.pelaburan yang berkurangan -pelaburan berkurangan akibat penurunan pendapatan negara -kesannya penyerapan gunatenaga terjejas. Ramai penduduk kehilangan pekerjaan. Kadar pengangguran akan meningkat 2.penghijrahan penduduk desa ke bandar -penghijrahan penduduk dari desa ke Bandar akibat peluang pekerjaan yang terhad di sektor pertanian terutamanya pertanian dan perlombongan -ramai penduduk berhijrah ke bandar mencari pekerjaan dalam sektor perkilangan dan pembinaan -maka gunetenaga di sektor utama berkurangan 3.peningkatangunatenaga dalam sektor lain -tumpuan pelaburan berubah dari sektor utama ke sektor kedua dan ketiga maka peluang pekerjaan bertambah di kedua-dua sektor itu -kesannya sektor utama mengalami pengurangan gunatenaga