Mari ke pasar. Permainan ini dimainkan oleh murid-murid tahap 1. Setiap pasukan dianggotai oleh 2 orang. Pasangan mestilah dari jantina yang sama. Cara permainan. 1.Dua orang peserta akan berada di stesen yang pertama untuk mengambil tugasan dari juri. Setiap pasukan akan menerima 4 pantun teka teki yang mudah. Setiap pasukan tidak di benarkan membuka tugasan sehinggalah mereka berada di stesen yang ke-dua. 2.Salah seorang dari setiap pasukan akan membawa bakul untuk pergi ke stesen yang kedua. Dua orang peserta dalam setiap pasukan akan pergi kestesen kedua untuk menyelesaikan teka-teki yang diberikan. Setiap pasukan dikehendaki mencari keempat-empat barangan yang dikehendaki berdasarkan teka-teki yang diberi dan memasukkan barangan tersebut ke dalam bakul yang dibawa. 3. Setelah keempat-empat barangan yang dikehendaki ditemui, setiap pasukan bersama barangan yang mereka bawa di dalam bakul akan berlari bersama-sama ke stesen yang ke tiga untuk menggepit bola di pinggang dan seterusnya berlari ke garisan penamat iaitu di garisan permulaan. 4. Peserta yang sampai dahulu dan membawa barangan yang tepat dan lengkap akan dikira sebagai pemenang. Peraturan permainan. 1. Peserta mestilah melengkapkan semua tugasan disetiap stesen. 2. Tugasan teka-teki hanya boleh dibuka dan dibaca distesen yang kedua. 3. Untuk sampai ke garisan penamat, peserta secara berpasukan mestilah menggepit bola tersebut di bahagian pinggul. Peserta tidak di benarkan sama sekali, memegang, membawa lari atau yang sama waktu dengannya. Sekiranya pihak juri mendapati pasukan tersebut berbuat demikian Juri berkuasa membatalkan pertandingan pasukan tersebut dan dianggap batal. 4. Hanya pasukan yang berjaya menyelesaikan setiap tugasan yang diberi dengan sempurna dan lengkap akan dikira sebagai pemenang.
5. Sekiranya pasukan yang sampai dahulu tetapi tugasan tidak lengkap akan dianggap sebagai batal.
Gelanggang
Pasukan berlari ke stesen ke dua sambil membawa bakul.
Setiap pasukan bersama-sama barang yang lengkap akan berlari ke stesen ketiga.
Mula -setiap pasukan
Stesen 2
Stesen 1 Setiap pasukan bersedia di garisan permulaan.
30m
Setiap pasukan membuka tugasan dan menyelesaikannya. Setiap barangan yang ditemui akan dimasukkan ke dalam bakul. Setiap pasukan mesti mencari 4 barangan berdasarkan teka-teki.
Setiap pasukan sambil menggepit bola dipinggul bersama barangan di bakul berlari ke garisan penamat. Tamat.
Stesen 3 Setiap pasukan akan menggepit bola dibahagian perut bersamasama bakul 20m yang berisi barangan tugasan akan berlari kegarisan penamat iaitu di garisan permulaan.
30m Isi air dalam botol 1. Acara ini dipertandingkan secara berkumpulan. 2. Setiap pasukan diminta menghantar 6 peserta iaitu 3 lelaki dan 3 perempuan dimana setiap kelas tahap 1 diwakili oleh 2 orang peserta. 3. Masa yang peruntukan untuk acara ini ialah 5 minit sahaja. 4. Pemenang akan diberikan kepada pasukan yang lebih banyak mengisi air kedalam botol. Gelanggang