Manusia Dan Kegelisahan: Dalam zaman moden ini,tekanan atau strees adalah perkara yang tidak dapat dipisahkan daripada hidup seseorang.Di mana-mana sahaja seseorang itu tidak terlepas daripada lingkaran tekanan,tidak kira sama ada ketika belejar di sekolah ataupun universiti,bekerja di pejabat,bermain di padang,berada di dalam ataupun di luar rumah mahupun ketika sedang memandu kenderaan. Setiap individu juga memberikan reaksi dan tindak balas yang berbeza-beza kepada tekanan yang dialaminya.Ada individu yang mampu menghadapi tekanan dengan mudah, tetepi tidak kurang juga yang terpaksa memerlukan sokongan dan bantuan orang lain ketika menghadapi tekanan .Apa yang pasti ialah, tekanan ialah satu punca kepada hampir semua masalah dan kecelaruan psikologi.Tekanan yang berlebihan dapat mengakibatkan perasaan bimbang,gelisah,rungsing,sedih dan kadang-kadang menimbulkan berbagai masalah psikosomatik(tekanan jiwa). Seseorang individu yang sedang dalam situasi sebegini ada kemungkinan bertindak di luar batas normal masyarakat akibat daripada terjejasnya kemampuan berfikir secara rasional.Dr. Rohany mengatakan,”Apabila berlakunya krisis,seseorang itu tidak mampu berfikir dengan baik.Keupayaan berfikir juga terjejas kerana gangguan emosi yang serius. Sesuatu kejadian berlaku dalam situasi begini juga biasanya dikaitkan dengan persepsi ancaman kepada kehidupan atau integriti diri seseorang”. (Berita Harian,6 Jun 1994,hal. 21) Perasaan gelisah yang disebutkan bukanlah penyakit fizikal yang dapat dikesan daripada perubatan fizikal seseorang individu.Sebaliknya, kegelisahan adalah gangguan emosi yang meletakkan seseorang itu di dalam keadaan yang tidak meyenangkan.Keadaan ini disebabkan oleh ketiadaan perangkaan atau perangcangan awal dalam membolos kehidupan sarat berisi cabaran.Sesetengah individu silap menilai dengan menyangka mengambil ubat-ubatan kimia daripada doktor dapat menyembuhkan gangguan emosinya.Anggapan mereka dengan memekan ubat tidur,masalah akan terurai dan tenang selepas bangkit dari tidurnya.Ternyata sangkaan itu meleset sama sekali. Kecuaian mengisi kekosongan hati menyebabkan mental dan fizikal mengalami ketidakkeruan dalam kehidupan.Entah hiulu ataupun hilir hala tuju langkahnya.Semua ini berasaskan sekatul darah yang salah slot penghayatan.Jiwa seseorang insan memerlukan bimbingan atau satu pengisiaan pemantapan kepercayaan dalam kehidupan sehariannya.Selain Islam,tidak ada pedoman hidup yang sempurna dan jitu dengan fitrah seorang insan.Sekiranya tersilap langkah, individu itu akan melalui kehidupan yang tidak bermakna ,berfikiran pasif,tidak kuat untuk mencuba sesuatu dan tiada cita-cita yang tinggi.Pada hakikatnya individu ini telah mati sebelum ajal menjemputnya.
Kebanyakan individu tidak menghiraukan betapa tandusnya rohani dan tidak diberi santapan secukupnya seperti gelojoh santapan jasmaninya.Dengan mendekati dan terukir rasa cinta kepada Allah baharulah terubat rohani dengan mujarab.Sedarlah,rohani begitu merindui belaian ingatan iklas kepada penciptanya.Mari bersama-sama sahabatku mencapai ridha Allah. Setiap manusia yang bergelar insan haruslah berhati-hati dalam memandu perjalanan hidupnya agar sentiasa diatas landasan yang tepat dengan kemahuan Illahi.Sekiranya berlaku khilaf,bawalah Istirfar dan kembali pada fitrah seorang insan setulusnya.Ampun maaf sekiranya terdapat kesilapan dalam article ini,segalanya kembali pada diriku yang kerdil ini dan tiada barmaya disisi Illahi. Hasil Ukiran: A.A.Ghazali