Manual Usrah Ipij

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Manual Usrah Ipij as PDF for free.

More details

  • Words: 4,049
  • Pages: 17
Kertas Kerja Dasar

Manual Usrah IPIJ

Manual Usrah IPIJ MUQADDIMAH Usrah adalah satu dari institusi tarbiyyah yang paling berkesan untuk mendidik dan melahirkan insan haraki. Ini adalah kerana unit-unit usrah diwujudkan secara terancang dan tersusun, serta dilaksanakan sesuai dengan tahap keperluan anggota-anggota yang berada di dalamnya. Melaluinya anggota-anggota yang sudah memperlihatkan kecintaan terhadap Islam, dapat dididik dan dengan cara diberikan kefahaman yang benar terhadap tasawwur Islam dan kaedah-kaedah bagaimana cita-cita keIslaman dapat diperjuangkan. Kefahaman yang benar lagi bersih serta fikrah harakah adalah menjadi syarat asasi kepada setiap petugas dan pemimpin Harakah Islamiyyah. Seluruh petugas Harakah Islamiyyah perlu menyedari bahawa cita-cita dan kejayaan harakah adalah sentiasa bergantung kepada KEKUATAN DAN KESELAMATAN saff pemimpin jama'ah di semua peringkat. Segala usaha dan jalan yang telah dirintis oleh pemimpin perlu disambung dan disempurnakan oleh generasi pelapis berikutnya. Oleh yang demikian, kesinambungan perancangan dan gerak kerja hanya dapat diwujudkan sekiranya ada pewarisan FIKRAH dan ORIENTASI kerja dan pengurusan yang tersusun yang diberikan oleh pemimpin semasa kepada pemimpin pelapis mereka. Pewarisan FIKRAH dan orientasi pengurusan organisasi serta program-program jama’ah, perlu menjadi kegiatan utama kepada jama’ah bagi menjamin penerusan fikrah dan penghayatan Manhaj Islami sentiasa terpelihara. Satu dari saluran pembinaan FIKRAH dan orientasi yang dimaksudkan ialah USRAH. Oleh itu, USRAH perlu difahami dan dihayati sewajarnya supaya saluran ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh pemimpin dan anggota jama’ah di semua peringkat. Berikut dikemukakan beberapa perkara pokok tentang USRAH dengan harapan panduan ini dapat memenuhi sebahagian dari kefahaman dan penghayatan yang diperlukan oleh anggota Harakah Islamiyyah. InsyaAllah.

PENGERTIAN USRAH Perkataan usrah berasal dari kalimah Bahasa Arab yang bererti keluarga. Pada umumnya ia adalah untuk menunjukkan adanya hubungan atau ikatan persaudaraan sesama manusia sama ada dalam hubungan rumahtangga, darah keturunan, suku bangsa atau puak. Dalam konteks harakiah Islamiyyah: “ Usrah bererti satu unit keluarga yang diikat oleh kesatuan a’kidah(kesatuan keimanan), kesatuan pemikiran(fikrah), kesatuan kesedaran tentang persamaan sejarah dan nasib dan kesatuan cita-cita perjuangan untuk bekerjasama dan bantu-membantu memperkukuhkan Jama’ah Islam dari berbagai sudut Bagi membolehkan kerja-kerja amal jama’i dan amal Islami dilaksanakan dengan teratur sehingga tertegaknya Daulah dan Khalifah Islamiyyah.” Berdasarkan ta’rif di atas dapatlah difahami bahawa USRAH dalam konteks gerakan kita adalah keluarga yang diikat dengan ikatan yang lebih kukuh dan khusus. Ikatan yang mengatasi sempadan bangsa dan keturunan. Itulah ikatan a’qidah, yang merupakan ikatan yang paling bersih dan paling mulia, kerana a’qidah inilah yang menjadi kayu pengukur bagi menentukan kebenaran sesuatu sistem dan matlamat hidup manusia. Harakah Islamiyyah akan memperoleh keuntungan yang besar jika anggotaanggotanya yang terdiri dari orang-orang yang mempunyai kefahaman Islam yang baik, memiliki sahsiah yang mulia dan menarik, memahami tatacara bergerak dalam jemaah Islamiyyah, mampu membawa fikrah jama’ah dan yang paling utama ialah berpegang teguh dan beriltimzam dengan manhaj pergerakan yang diputuskan oleh jama’ah. Memandangkan kesemua perkara di atas adalah merupakan bekalan dan syarat-syarat yang sangat bermakna bagi jama’ah, maka anggota jama’ah Islam wajib mengambilnya secara langsung

dari pemimpin jama’ah yang bertanggungjawab menyediakannya melalui program-program tarbiyyah jama’ah. Salah satu dari institusi tarbiyyah yang penting ialah USRAH.

TUJUAN DAN MATLAMAT USRAH Tujuan utama dalam usrah merangkumi 10 perkara yang berikut:

1) Memberi kefahaman yang benar dan jelas terhadap Tasawwur Islam kepada anggota supaya dapat menentukan sikap atau hukum terhadap sesuatu perkara atau permasalahan. 2) Meningkatkan penghayatan a’mal Islami dan menghidupkan rasa tanggungjawab untuk menjaga dan mempertahankan kemuliaan dan ketinggian ajaran Islam sama ada secara peribadi(fardi) atau berjama’ah(jama’i). 3) Menjalin dan mengukuhkan ikatan ukhuwwah dan persaudaraan dan memupuk semangat bertindak dan bekerja secara jama’ah. 4) Membina ‘aqliyyah jama’iyyah di kalangan anggota agar mereka sentiasa memberi keutamaan kepada gerak kerja secara jama’I atau bertindak mengikut kaedah atau keputusan yang dibuat oleh jama’ah. 5) Menyalurkan arahan-arahan jama’ah atau gerakan dalam rangka pembinaan anggota mahupun program-program mengislahkan masyarakat dan pemerintahan. 6) Menggiat dan menyelaraskan usaha untuk mempelajari selok-belok perjuangan dari pengalaman gerakan-gerakan Islam seluruh dunia. 7) Mendidik, memupuk bakat serta mengeluarkan aktivis-aktivis yang benar-benar mampu dan teguh pendirian serta sihat tubuh badan, sempurna dalam pemahaman ilmu serta akhlaq. 8) Memastikan bahawa yang bakal menempati saff pimpinan ialah orang – orang yang layak, jujur dan ikhlas. Memastikan bahawa orang yang memegang pimpinan adalah Arrajulul Munasib fil Makanil Munasib-orang yang layak di tempat munasabah. 9) Memastikan bahawa barisan perjuangan tidak dimasuki oleh pemikiran yang sumbang atau musuh. 10) Berusaha meningkatkan bentuk penyusunan organisasi yang piawai atau mampu menghadapi tahap-tahap perjuangan tanpa diserapi oleh anasir pemecah yang menggugat harakah.

RUKUN-RUKUN USRAH Usrah menjadi suatu kelaziman di dalam program tarbiyyah harakah kita ini. Ianya mestilah mempereratkan pertalian aqidah dan menanamkan cinta kepada perjuangan, menanggapkan kebenaran walau apa kesusahan yang dihadapi dan diterima oleh seorang mujahid. Rukun usrah itu ialah tiga perkara ianya mestilah diperkukuhkan, sekukuh-kukuhnya iaitu: i. Al-Ta'aruf Al-Ta’aruf ertinya berkenalan secara paling mendalam yang menimbulkan kasih sayang dengan tujuan Al-Hubbufillah. Sebagaimana firman Allah Taala: Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara…"(Al-Hujurat:10) Dan Sabda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya: "Orang yang beriman dengan orang yang beriman yang lain laksana satu binaan, saling kuatmenguat di antara setengah dengan setengah yang lain."(Riwayat Bukhari dan Muslim) Di samping itu sikap mahabbah mesti dibuktikan dalam amalan dan penghayatan bukan sekadar teori semata-mata. Al-Ta’aruf iaitu kenal mengenal daripada bab mufa’alah (daripada dua belah pihak) Salbi dan i~jabi (memberi dan menerima). Kenal yang benar-benar, tahu selok-belok tentang saudara kita, supaya kita membuat dan bertindak untuk mengarah sesuatu yang sesuai dengannya. ii. Al-Tafahum Al-Tafahum ertinya bersefahaman. Al-Tafahum daripada bab mufa’alah juga, adalah menjadi tujuan usrah iaitu supaya membuatkan satu sikap, satu tindakan hasil daripada sama-sama faham, sama-sama beramal iaitu sama-sama menjalankan perintah Allah, tunduk kepada kebenaran, muhasabah diri, muhasabah sama-sama jama’ah dan disusuli dengan nasihat menasihati di antara saudara, (Ad-Dinul Nasihah). Awas jangan sama sekali nasihat menasihati ini menimbulkan apa-apa perasaan yang tidak senang kepada salah satu daripada yang lain, baik yang memberi atau yang menerima. Sabda Rasulullah SAW, “ Ad-Dinun Nasihah”(Agama itu adalah nasihat) iii. Al-Takaaful Al-Takaful ertinya saling bantu-membantu. Rukun ini merupakan dasar membela nasib sesama sendiri, supaya jangan ada orang yang terbiar atau terlantar nasibnya tidak terbela, maksud rukun ini ialah anggota usrah hendaklah mengambil berat masalah-masalah yang dihadapi oleh saudaranya. Takaaful ini merupakan pancaran pekerti yang dilahirkan daripada keimanan, dan merupakan intisari dari ukhuwwah yang murni. Cuba saudarasaudara teliti sabda Rasulullah s.a.w.: Maksudnya: "Sesungguhnya seseorang kamu pergi menunaikan sesuatu keperluan saudaranya lebih baik baginya daripada beriktikaf dimasjid aku ini selama sebulan." Dan sabdanya lagi: Maksudnya: "Sesiapa yang telah memasukkan kegembiraan iaitu menghilangkan kesusahan dan kesukaran kepada keluarga muslim, maka Tuhan tidak melihat balasan kepadanya selain daripada syurga."

STRUKTUR DAN KEANGGOTAAN USRAH. 1. Usrah terdiri 5 ke 6 orang anggota; sekurang-kurangnya 2 orang. Naqib dipilih dari kalangan mereka yang telah mendapat tarbiyah dari marhalah takwim. Naqib mewakili jemaah dalam penyebaran ilmu. Usrah juga saling memikul tanggungjawab jemaah. 2. Usrah berkumpul bersama dirumah para anggota pada siang atau malam hari secara bergantian. Perkara ini dilakukan bertujuan menekankan jalinan sosial antara anggota usrah, kemudian cinta kasih dan persahabatan, hasil dari saling mengunjungi rumah-rumah mereka. Struktur usrah sendiri kadang-kadang perlu diusahakan untuk menghimpunkan para anggota usrah dengan berbagai cara yang lebih efektif. 3. Antara syarat-syarat keanggotaan usrah adalah taat dan komitmen dengan seluruh program usrah. 4. Membahagikan para anggota kepada beberapa usrah. Usrah muslimat, usrah muslimim, dan lain-lain. 5. Usrah adalah sistem yang tidak tertutup, bahkan setiap usrah sebagai hasil interaksi para anggotanya dengan lingkungan masyarakat- mungkin melahirkan usrah baru yang memiliki komitmen dengan program-program dan tata tertib usrah induknya, dan kepimpinannya mengikut usrah induk, dan seterusnya. 6. Dengan menganalisis struktur diatas dapat disimpulkan: a. Usrah terdiri daripada jumlah anggota yang sangat terbatas, berkumpul pada suatu siang atau malam dalam satu kawasan dirumah salah seorang anggota, atau dimana pun dan bila pun tanpa ketentuan. Ia memiliki naqib yang bertanggungjawab kepada pimpinan usrah induk dari IPIJ. b. Pengololaan kepimpinan usrah-usrah adalah dibawah kepimpinan IPIJ. Usrah menerbitkan semua arahan yang berkaitan dengannya. Usrah-usrah tersebut merupakan bukan system yang hanya pengisian, tetapi juga merupakan aset jemaah untuk merealisasikan hal-hal yang dicita-citakan.

PROGRAM-PROGRAM KHUSUS SISTEM USRAH A. PROGRAM ILMIAH Program ini terselenggara ditenggah pertemuan usrah: 1. Kajian mengenai persoalan-persoalan islam dan dakwah, perbincangan antara anggota tentang hal itu dalam batas-batas saling menghormati dan menghargai, dengan tetap komitmen pada etika perbincangan. 2. Mengikut perkembangan peristiwa dan mengkaji perkembangan yang terjadi, serta menentukan keputusan yang relevan dengannya. 3. Membaca- dan menerima arahan-arahan dan risalah-risalah dari pimpinan umum usrahdengan memberi hak kepada keanggotaan untuk meminta penjelasan, dan naqib harus menjelaskan dalam batas-batas pengetahuannya. Jika tidak, ia harus merujuk kepada pimpinan. 4. Mengkaji salah satu buku yang direkomenkan pimpinan IPIJ, yang lebih banyak merupakan bentuk program pembelajaran. 5. IPIJ sendiri telah mengeluarkan generasi baru yang perlu dibaca oleh setiap usrah dibawah IPIJ. *Sebahagian besar pertemuan usrah mencakup aspek ilmu secara kolektif.

B. PROGRAM SOSIAL

Program ini terselenggara di dalam dan di luar pertemuan usrah, sebagai berikut: 1. Diawal pertemuan setiap usrah, masing-masing anggota secara berdisplin menyampaikan permasalahan-permasalahannya, dan semua perlu mengikuti masalah tersebut dalam suasana persaudaraan dan ketulusan. Tidak diragukan lagi, bahawa hal ini memperkuatkan hubungan antara anggota dengan pendalaman perkenalan, dan keterbukaan. Ini merupakan sosial antara perseorangan berdasarkan prinsip yang benar. 2. Setiap anggota harus berpengang teguh etika pergaulan sosial, seperti mengunjungi orang sakit, menanyakan yang tidak hadir, mendekati yang enggan datang, membantu yang memerlukan, dan sebagainya. Disamping itu juga, ada komitmen untuk memberi bantuan kewangan dari setiap anggota usrah untuk kepentingan didalamnya. Sebahagian diantaranya dibelanjakan untuk membantu anggota yang lain. Ini untuk merealisasikan slogan “individu untuk semua dan semua untuk individu”, dan apa yang ditetapkan oleh setiap usrah, bahawa para anggota usrah saling sepenangungan antara mereka dalam menanggung beban kehidupan. 3. Disamping itu, ia juga harus melakukan aktiviti-aktiviti jama’i (kolektif) bersama-sama saudaranya:  Bermalam bersama satu malam per bulan disatu tempat. Disana mereka menikmati makan malam dan sarapan pagi secara bersama.  Puasa bersama sehari per minggu atau per dua minggu, shalat subuh dan isyak bersama per minggu atau per bulan disuatu tempat yang mereka pilih.  Melakukan berbagai rihlah, baik berupa jogging, berbasikal, menyusuri sungai mendaki gunung dan lain-lain. 4. Rencana Tambahan: Untuk mengukuhkan ikatan persaudaraan di antara usrah, maka mereka sendiri hendaklah memandang mustahak perkara-perkara yang berikut: (1)  Mengadakan perkelahan yang bercorak kebudayaan untuk melawat ke tempat-tempat yang bersejarah, gudang-gudang perusahaan, dan sebagainya. (2)  Mengadakan perkelahan riadah pada setiap bulan. (3)  Mengadakan perkelahan berdayung sampan. (4)  Mengadakan perkelah-kelahan ke bukit-bukit, ke padang-padang pasir dan ke ladangladang (5) Mengadakan bermacam-macam perkelahan dengan menggunakan basikal. (6) Berpuasa seminggu sekali atau dua minggu sekali. (7) Sembahyang Subuh berjama’ah di masjid sekurang-kurangnya seminggu sekali. (8) Berikhtiar seboleh-bolehnya bermalam beramai ramai seminggu sekali atau dua minggu sekali.

C. PROGRAM MORAL DAN SPIRITUAL. Usrah memiliki program moral dan spiritual sebagai berikut. 1. Mengharuskan setiap anggota usrah untuk menunaikan berbagai kewajipan atau dikenali sebagai kewajipan individu. Misalnya, mengikhlaskan niat kepada Allah, memperbaharui taubat, mengembalikan hak kepada pemiliknya, sentiasa melakukan wirid Al-Quran dan zikir (mathurat), menghormati dan mendahulukan saudara-saudaranya dalam berinteraksi antara mereka, memelihara solat, menunaikan zakat, puasa ramadhan, menyucikan diri dari riba, dan penghasilan yang haram di seluruh interaksi ekonominya, menjauhi zina dan sebagainya. 2. Harus memegang teguh pada kewajipan-kewajipan tersebut.  Hendaklah memiliki bacaan setiap hari, tidak kurang 2 muka surat.  Perelokan bacaan Al-Quran, mendengarnya dan mentadabbur makna-maknanya.  Memperbanyakkan bacaan kitab-kitab hadis sekurang-kurang hadith 40 imam al-nawawi.

Segera membuat pemeriksaan kesihatan umum, segera mengambil rawatan apa jua penyakit yang kamu hadapi.  Jauhi berlebih-lebihan meminum kopi, teh dan seumpanya. Ditegah dari menghisap rokok.  Menjaga kebersihan rumah pakaian, tempat tinggal, badan dan juga tempat study.  Bercakap benar jangan sekali-kali berdusta.  Hendaklah menepati janji.  Hendaklah menjadi seorang yang berani dan cekap seperti bercakap benar dll.  Sentiasa serius dan bersungguh-sungguh. Tetapi tidak menghalang kita dari senyu m.  Hendaklah menjadi seorang yang sangat pemalu berjiwa halus, sensitive dengan kebaikan dan keburukan.  Hendaklah menjadi seorang yang adil.  Hendaklah menjadi seorang yang mempunyai kecergasan yang maksimum, berlatih untuk khimat awam.  Berjiwa penyayang, bertolak ansur, memberi maaf dan lain-lain.  Memperelokan bacaan dan tulisan.  Bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas.  Menjauhi segala judi.  Menjauhi riba  Berkhimat untuk kebangkitan islam.  Menyumbang kepada dakwah.  Memperelokan bersuci dan sentiasa dalam keadaan berwudhuk.  Memperelokkan solat seperti solat jemaah dan sebagainya.  Sentiasa berniat untuk berjihad  Memperbaharui taubat.  Bermujahadah semampunya sehingga mampu menjaga pandangan mata dan gelojak jiwa dan lain-lain.  Menjauhi arak  Menjauhi rakan-rakan yang buruk lakunya.  Menjauhi tempat-tempat hiburan.  Mengenali anggota usrah dengan sempurna.  Bekerja untuk berdakwah disetiap tempat. 

3. Disamping itu juga, mengharuskan mereka melaksanakan tata tertib usrah yang juga merupakan tatatertib jemaah. Setiap anggota dianjurkan untuk melakukan evolusi diri setiap hari komitmennya dengan tata tertib dan kewajipan-kewajipan moral tersebut. Ini merupakan latihan bagi setiap anggota untuk mengembangkan perasaan moral dan menambahkan komitmennya secara spiritual.

D. ATURCARA USRAH MARHALAH TA’ARIF

PROSES (1) PENDAHULUAN (a) Al-Fatihah (b) AsmaulHusna

MASA

(2)TADARRUS AL-QURAN,  TAFSIR QURAN @ PERBENTANGAN HADIS DAN HAFAL DOA

[15 minit]

(3) TAZKIRAH RUHIYYAH (a) Iman yakin (4) PENGISIAN (a) Naqib mesti mematuhi Outline Usrah Marhalah Ta’arif (5) PERBINCANGAN (a) Naqib merangsang perbincangan berkaitan (b) pengisian

[10 minit]

TINDAKAN Pengerusi Majlis

RUJUKAN

Naqib

Quran, hadis40, tafsir dan Terjemahan

Naqib @ Ahli [10 minit] [60 minit]

Naqib

Outline Usrah Marhalah Ta’arif

Naqib & Ahli [15 minit]

(6) ISU SEMASA

Naqib

Internet

Naqib & Ahli

Takwin IPIJ/Universiti, diari peribadi

[15 minit] (7) PERKARA BERBANGKIT (a) Tarikh usrah berikutnya (b) Tempat usrah berikutnya (c) Pengerusi usrah berikutnya (d) Agenda usrah berikutnya (e) Perkara-perkara lain (f) Muhasabah (8) PENUTUP (a) Bacaan Mathurat (b) Tasbih Kifarah

[15 minit]

[10 minit]

Pengerusi Majlis

PERINGATAN: (1) Matlamat utama: mempererat ukhuwah (2) Patuhi masa (3) Pastikan ada riadah mengikut kesesuaian ahli (4) Untuk Usrah Tempatan: a. Ikut urutan (1)~(8) b. Jumlah masa: 2jam 30minit c. Boleh diubah mengikut keadaan mad’u.

E. PERLAKSAAN USRAH.

Usrah terbahagi kepada dua bahagian besar iaitu: a. Usrah mingguan 1. 2. 3. 4.

Majlis usrah dikendalikan oleh seorang naqib atau naqibah. Usrah diadakan dua minggu sekali Solat berjemaah, berwirid, membaca al-Quran adalah rukun utama majlis usrah. Atur cara tetap usrah yang dicadangkan ialah solat Maghrib berjemaah, berwirid dengan al-mathurat dan membincangkan kertas-kertas kerja yang telah disediakan oleh naqib atau naqibah. 5. Majlis usrah mestilah mempunyai tajuk yang tertentu yang telah ditetapkan terlebih dahulu dan dimaklumkan kepada anggota, sebaik-baiknya telah ditentukan bahan rujukan atau teksnya. 6. Sesudah berbincang dan berbahas dan bertukar-tukar fikiran dengan teliti, maka majlis mengambil satu keputusan atau rumusan yang menjadi pegangan kepada semua. Usrah ditegah sama sekali ditamatkan tanpa menghasilkan sesuatu persetujuan. Perbahasan boleh dilanjutkan kepada beberapa siri usrah sehingga dapat rumusan yang bulat dan konkrit, sekiranya tajuk perbahasan merupakan isu pokok dan memerlukan pandangan pimpinan yang lebih tinggi, maka hendaklah dirujuk kepada peringkat yang lebih bertanggungjawab dalam jemaah. 7. Tajuk yang akan diusrahkan pada minggu yang akan datang ditentukan oleh naqib atau menurut ketetapan bersama atau menurut arahan pimpinan. 8. Sebahagian daripada waktu usrah hendaklah diperuntukkan khusus kepada organisasi dan hal ehwal semasa dan perkembangan perjuangan umat Islam di dalam dan luar negara. 9. Usrah dilaksanakan sekurang-kurangnya dalam masa 2 jam. 10. Memiliki tabung usrah yang seragam sama dengan usrah induk dengan sumbangan 100 yen sekurang-kurangnya. 11. Mempunyai organisasi yang lengkap bagi setiap usrah. 12. Setiap usrah perlu ada penyegaraman bahan bacaan dan tajuk. b. Mukhayyam 1. 2. 3. 4.

Dilaksanakan 3 bulan sekali. Program berjalan dari waktu magrib dan diakhirinya dengan petang esok. Mukhayyam dilaksanakan diantara ahli usrah sahaja. Dilaksanakan dirumah ahli usrah. 5. Bermalam di salah seorang rumah ahli usrah. 6. Cuba menbina satu kehidupan seoragn muslim sebenar. 7. Antara aturcara Mukhayyam adalah: a. Solat isyak berjemaah. b. Baca surah al-mulk dan surah al-sajadah sebelum tidur. c. Adab tidur. d. Tidur selepas solat isyak. e. Bangun qiamulai. f. Solat subuh berjemaah. g. Tadarus Al-quran. h. Riadah.(berjoging ataupun berbasikal) i. Rehat. j. Sarapan dan masak bersama. k. Usrah seperti biasa. l. Bersurai.

F. LAPORAN USRAH 1. Laporan usrah dibuat sebulan sekali dalam mesyuarat exco. 2. Antara ciri-ciri laporan usrah adalah: a. b. c. d. e.

Berapa kekerapan kali usrah yang telah dibuat. Kehadiran anak usrah Tabung usrah Kedudukan tajuk usrah Pemberitahuan kemampuan dan kelebihan anak usrah yang komitmen (anak usrah yang berpotensi) f. Bilangan buku yang telah dibaca oleh anak usrah g. Laporan naqib disiapkan berdasarkan pamplet contoh seperti di bahagian lampiran.

G. ORGANISASI USRAH 1.

2.

Naqib: mengawal perjalanan usrah dengan baik. Setiausaha: -menyediakan laporan setiap minggu usrah,merekod kedatangan, mengingatkan waktu usrah kepada anak usrah lain, mencatat muhasabah harian atau muhasabah usrah. -jawatan ini digilirkan antara anak-anak usrah atau ditetapkan sahaja. -memiliki buku laporan usrah.

3.

Bendahari: mengutip wang tabung usrah , menghasilkan akaun untuk usrah (bagi yg mampu)

H. ADAB-ADAB USRAH 1. Meminta keizinan  meminta keizinan sebelum masuk ke bilik (jika usrah dibuat di dalam bilik ) 2. Mengucap salam  mengucap salam kepada saudara-saudaranya, elok juga berjabat tangan 3. Adab majlis  duduk di tempat yg disediakan, jangan mencelah antara dua orang melainkan setelah mendapat keizinan  menyediakan buku nota dan bahan-bahan rujukan lain yang diperlukan dalam usrah 4. Adab menghormati waktu  datang tepat pada waktu yang telah ditetapkan  sedaya upaya mematuhi had masa yang ditetapkan bagi setiap pengisian 5. Adab bercakap dan mendengar  bercakap dengan jelas dan bahasa yang mudah difahami  mempermudah bahasa dan jangan meninggi-ninggikan pengetahuan terhadap saudaranya  memilih kata-kata yang baik

hendaklah mendengar ucapan saudaranya dan jangan mencelah ucapannya hingga beliau selesai  mendengar dengan khusyuk walaupun terhadap perkara-perkara yang sudah diketahui 6. Adab berbincang  berbincang dalam suasana tenang dan merendahkan suara  meletakkan matlamat perbincangan adalah untuk mencari kebenaran 

7. Adab bergurau  apabila berlaku perkara lucu atau senda gurau, hendaklah ketawa sekadar tersenyum tanpa suara  dilarang bersenda gurau melampaui batas-batas syarak 8. Adab membaca Al-Quran  membaca Quran dengan berwudhu  j ika yang membaca ramai tidak mengapa bergilir-gilir; orang yang kedua menyambung bacaan orang yang pertama  membaca Quran dengan tenang dan khusyuk; jangan dibiarkan tangan bermainmain dan mukanya berpaling tanpa keperluan  mendengar bacaan Quran mengarahkan pancaindera pendengaran kepada bacaan ;dan berdiam diri, diam untuk mendengar dengan tidak diganggui daripada memahami bacaan 9. Adab-adab makan  menghadap makanan dengan niat supaya dapat membantunya menunaikan hakhak Allah  membasuh tangan sebelum menikmati makanan  membaca doa makan  membaca Bismillah dan makan dengan tangan kanan  bersederhana dalam makan  tinggalkan makanan yang tidak disukai tanpa disebut keburukannya  sunat mengecilkan suapan, mengunyahnya dengan baik dan makan makanan yang paling hampir dengannya  selesai makan, hendaklah membaca doa  membasuh tangan setelah selesai makan 10. Adab-adab tidur  tidur awal malam; kerana ia membantu bangun dalam keadaan cergas untuk melakukan qiamullail dan solat Subuh  memilih tempat yang luas hingga dia dapat tidur dengan selesa jauh dari saudaranya dengan menggunakan selimut sendiri  disunatkan berwudhu’ sebelum tidur kemudian dikibaskan kainnya dan tempat tidurnya dan tidur di atas pinggang kanannya kemudian berdoa dengan doa tidur yang sabit dari Rasulullah SAW  makruh tidur meniarap kerana ia dibenci Allah  bangun tidur kemudian berdoa dengan doa bagun tidur 11. Adab-adab qiamullail  tidur awal malam, mengurangkan makan supaya tidak merasa malas dan juga berniat sebelum tidur untuk bangun qiamullail  membasuh muka dan bersugi selepas terjaga dari tidur  mulakan qiam dengan solat sunat 2 rakaat yang ringkas  jangan tunaikan solat dalam keadaan memaksa sedang dia penat dan mengantuk

 disunatkan bangun pada sepertiga akhir malam, harus dilakukan pada pertengahan atau akhirnya selagi selepas solat Isya’ 12. Penutup majlis  tutup majlis dengan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr

SIFAT-SIFAT DAN CIRI-CIRI NAQIB/NAQIBAH YANG DINAMIK Setiap naqib/naqibah mestilah berusaha untuk menyemai sifat-sifat berikut dalam diri masing-masing untuk menjayakan perlaksanaan usrah. 1) Al-Fahmu Naqib/naqibah mesti memahami Islam dari sumber yang sejati.Islam ialah suatu peraturan yang meliputi semua lapangan hidup tidak kira dalam kebudayaan,undang-undang,ilmu pengetahuan mahupun kehakiman. Naqib/naqibah hendaklah bertindak mengikut ilmu dan kefahaman(contoh tindakan=memberi pengisian) untuk mengelakkan dari timbulnya masalah-masalah akibat tindakan yang tidak berasaskan kefahaman. 2)

Iman yang mendalam Dengan hanya ilmu dan kefahaman tanpa disertai iman yang mendalam, naqib/naqibah tidak dapat memberi apa-apa kebaikan untuk perjuangan.Keimanan yang mantap sahaja akan membolehkan naqib/naqibah menghadamkan fikrah perjuangan Islam kepada anak usrahnya.Harus diingat bahawa kekuatan jemaah Islam terletak pada kekuatan iman yang sejati dan mendalam.Tanpa iman yang mantap, perjuangan akan berakhir di tengah jalan.Naqib/naqibah yang mempunyai iman yang mantap akan bermotivasi untuk menaikkan semangat di kalangan ahli usrah.

3)

Benar Naqib/naqibah mestilah benar didalam niat,perkataan dan pekerjaannya.Jangan sekali-kali ada penipuan dan pendustaan.Sekiranya wujud penipuan dalam ucapan dan tindakan, ia akan menimbulkan kesan buruk kepada usrah yang dipimpin.

4)

Sabar Kerja membentuk manusia bukan sesuatu yang mudah.Ia memerlukan kesabaran yang padu serta himmah yang tinggi bagi mencapai target yang dikehendaki.Oleh itu, naqib/naqibah hendaklah sentiasa sabar dengan kerenah ahli usrah yang berbagai ragam.

5)

Rahmat Sabda Rasulullah yang bermaksud,”Tidak dirahmati orang yang tidak merahmati orang lain”. Naqib/naqibah hendaklah jangan kecewa sekiranya ada di kalangan ahli usrah yang menolak apa yang disampaikan, mungkin mereka tidak faham dan jahil ataupun mungkin apa yang disampaikan masih belum cukup bagi mereka.Naqib/naqibah hendaklah memandang mereka dengan pandangan rahmah seperti yang Nabi lakukan ke atas puak Taif walaupun mereka telah mencederakan Nabi.

6)

Tawaduk Sifat tawaduk akan membuatkan orang lain tertarik untuk menerima dan mendengar nasihat atau percakapan kita.Sikap takabur akan menyebabkan kita terhijab dari kebenaran dan rahmat Allah.Seorang naqib/naqibah hendaklah seseorang yang mudah bergaul dengan ahli usrahnya dan tidak sombong untuk menambah

keakrabannya dengan ahli usrah.Naqib/naqibah hendaklah menegur ahli usrah dahulu dan bukan sebaliknya untuk menampakkan sifat tawaduk. 7)

Pemurah Seorang naqib/naqibah semestinya bukan seorang yang kedekut.Sifat kedekut akan menjauhkan ikatan ukhuwah.Naqib/naqibah hendaklah memberi keutamaan kepada mereka yang memerlukan bantuan dan membiasakan diri memberi kepada mereka yang berhajat.Sikap ini dapat melatih ahli usrah supaya turut bersikap pemurah.

8)

Suka menolong orang Naqib/naqibah hendaklah menampakkan bahawa kepentingan ahli usrah melebihi kepentingan diri sendiri.Ini akan menambahkan ikatan ukhuwah dan kepercayaan di kalangan ahli usrah.Contohilah sikap Rasulullah yang turut sama bersama pengikutnya menggali parit ketika perang Khandak.

9)

Beramal dengan ilmu Seseorang dihormati dan dicontohi kerana beramal dengan ilmu.Alangkah malangnya orang yang dipandang memiliki banyak ilmu tetapi tidak beramal. Dewasa ini kita melihat ramai dikalangan yang berilmu tidak beramal sejajar dgn ilmu yang mereka miliki. Natijahnya kita melihat mereka menjadi golongan yang tersisih dari arus 'amal Islami, sekali pun mereka seorang yang berpelajaran tinggi dari sudut ilmu.

10)

Mengenal jiwa Hikmah Allah Ta'ala mendahului segala-galanya. Diantaranya manusia dicipta dengan berbagai bakat dan pembawaan. Ada yang dapat dipupuk dan dimanfaat ke arah kebaikan dan ada pula yang sampai menjadi penghalang. Semua ini ditangani secara bijaksana dalam mendidik manusia.Oleh itu seorang naqib sebaiknya, dapat mengenal jiwa seseorang , bakat-daya(potensi) dan kecenderungan tertentu sehingga membolehkannya menghadapi mereka secara bijaksana, memahami keperluan dan dapat mengelak pertentangan. Kejadian manusia adalah sesuatu yang seni dan mendidik mereka juga adalah sesuatu yang seni.Jika ahli usrah dilihat sebagai seorang yang agak kedekut, perbanyakkan pengisian mengenai hal-hal dan kemuliaan orang yang pemurah dan lain-lain lagi untuk menggalakkan sikap-sikap mulia dalam peribadi ahli usrah.

11)

Pergaulan yang baik Seorang naqib mestilah pandai bergaul dengan semua anggota usrah dan dapat menyesuaikan diri dengan berbagai suasana dan keadaan. Ia mestilah memastikan tidak ada seorang pun anggota usrahnya merasa dipinggirkan atau tidak diberi perhatian. Dia mestilah berusaha mewujudkan suasana kemesraan di kalangan seluruh anggota usrahnya, saling mengambil berat dan merasa adanya tanggungjawab antara satu sama lain. Haruslah diingat bahawa tujuan dasar usrah ialah persahabatan dan kasih sayang kerana Allah

12)

Menjauhi maksiat Peribadi yang bersih, tenang dan bersahaja adalah watak yang diperlukan oleh pendidik. Naqib diperingatkan dapat memelihara diri dari hal-hal yang meragukan atau dapat disebut sebagai perkara muhlikat. Jika perkara-perkara tersebut terjadi, sudah pasti akan menjejaskan kerohanian para naqib dan rasa hormat orang lain terhadap mereka. Mereka juga perlu menjauhkan diri dengan urusan-urusan bersifat keduniaan atau hiburan dan bersenang-senangan yang

membazir dan berlebih-lebihan. Dalam hal ini, adalah lebih baik mereka memilih hidup yang sederhana, bersih dan tenang serta jauh dari pengaruh keduniaan semata-mata 13)

Muhasabah dan mujahadah Naqib lebih dituntut untuk membuat muhasabah dan mujahadah. Setiap ‘amal kerja yang telah berlaku perlu dinilai dengan neraca syari’at Ilahi. ‘Amal da’wah dan tarbiyyah lebih perlu dinilai supaya ia dapat diperbaiki dan dibersihkan, agar da’wah benar-benar menjadi bersih dan murni. Seorang penda’wah juga manusia biasa, tidak terlepas dari kesilapan, justeru itu dia perlu menghisab dan memperbaiki diri apabila terlanjur membuat sesuatu kesilapan.Sifat sanggup menegur dan memperbaiki diri adalah sifat yang baik dan terpuji. Renungilah kata-kata Sayyidina Umar Al-Khatab : “Hitunglah diri kamu, sebelum kamu dihitung di hadapan Allah, dan timbanglah ‘amal diri kamu sebelum kamu ditimbang di hadapan Allah."

LAMPIRAN

Laporan Usrah Mingguan Tarikh : Masa : Tempat : Naqib /Naqibah: Organisasi usrah Pengerusi: Setiausaha: Bendahari: Pentarghib: BIL PERKARA 1. Kandungan usrah.

2.

Aktiviti usrah

3.

Jumlah tabungan

4.

Muhasabah

CATATAN

Related Documents

Manual Usrah Ipij
November 2019 8
Outline Usrah Ipij
November 2019 3
Konsep Usrah
June 2020 16
Assignment Usrah
May 2020 18
Modul Usrah 5 (hadith)
November 2019 31