Manual Kit Fertigasi Full V10092007

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Manual Kit Fertigasi Full V10092007 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,163
  • Pages: 11
Manual Kit Fertigasi

sabakAgro

Manual Kit Fertigasi 10 Beg Pengenalan Fertigasi ialah kaedah penanaman yang menggabungkan sistem pembajaan dalam sistem pengairan. Bermakna, pembajaan dilakukan semasa penyiraman pokok dilakukan. Penanaman dilakukan samada didalam polibeg atau diatas tanah atau dalam apaapa bekas yang mengandungi media tanaman yang tidak semestinya tanah dan bukan cecair. Kandungan Ada 4 jenis Kit Fertigasi iaitu : 1. Kit Fertigasi Emas - Sesuai untuk anda yang ingin mengenali lebih dekat sistem fertigasi. 2. Kit Fertigasi Perak - Sesuai untuk anda yang telah mengenali sistem fertigasi. 3. Kit Fertigasi Hijau - Sesuai untuk anda yang mahir mengenai sistem fertigasi. 4. Kit Fertigasi Am - Sesuai untuk profesional 1. Kit Fertigasi Emas ( 10 beg ) Kit Fertigasi ini mengandungi : - 10 helai Polibeg Putih 16x16cm - 10 unit Pen Penitis 4/6mm (Pen Dripper) - 5 unit Penyambung Tee Mikro 4/6mm (Joiner Micro Tee) - 7.5m Tiub Poli 4/6mm (PolyTube) - 10m Tiub Poli 16mm (PolyTube) - 1 unit Injap 16mm (Quick Action Valve) - 1 unit Pam Mini - 1 unit Pengukur Masa Digital (Digital Timer) - 1 set Baja (Organik atau Komposit) - 1 set Bahan Kawalan Serangga Mesra Alam (DIPEL atau Ekstrak Neem/ Semambu) - 2 jenis Biji Benih - Peralatan Asas, seperti penebuk lubang dan lain-lain (Basic Tools) - Manual kaedah pemasangan dan penjagaan Sistem Fertigasi

sabakAgro

Manual Kit Fertigasi

sabakAgro

2. Kit Fertigasi Perak ( 10 beg ) Kit Fertigasi ini mengandungi : - 10 helai Polibeg Putih 16x16cm - 10 unit Pen Penitis 4/6mm (Pen Dripper) - 5 unit Penyambung Tee Mikro 4/6mm (Joiner Micro Tee) - 7.5m Tiub Poli 4/6mm (PolyTube) - 10m Tiub Poli 16mm (PolyTube) - 1 unit Injap 16mm (Quick Action Valve) - 1 unit Pam Mini - 1 set Baja (Organik atau Komposit) - 1 set Bahan Kawalan Serangga Mesra Alam (DIPEL atau Ekstrak Neem/ Semambu) - 2 jenis Biji Benih - Peralatan Asas, seperti penebuk lubang dan lain-lain (Basic Tools) - Manual kaedah pemasangan dan penjagaan Sistem Fertigasi 3. Kit Fertigasi Hijau ( 10 beg ) Kit Fertigasi ini mengandungi : - 10 helai Polibeg Putih 16x16cm - 10 unit Pen Penitis 4/6mm (Pen Dripper) - 5 unit Penyambung Tee Mikro 4/6mm (Joiner Micro Tee) - 7.5m Tiub Poli 4/6mm (PolyTube) - 10m Tiub Poli 16mm (PolyTube) - 1 unit Injap 16mm (Quick Action Valve) - 1 set Baja (Organik atau Komposit) - 1 set Bahan Kawalan Serangga Mesra Alam (DIPEL atau Ekstrak Neem/ Semambu) - 2 jenis Biji Benih - Peralatan Asas, seperti penebuk lubang dan lain-lain (Basic Tools) - Manual kaedah pemasangan dan penjagaan Sistem Fertigasi 4. Kit Fertigasi Am Kit Fertigasi ini mengandungi : - 1 helai Polibeg Putih 16x16cm - 1 unit Pen Penitis 4/6mm (Pen Dripper) - 1 unit Penyambung Tee Mikro 4/6mm (Joiner Micro Tee) - 0.75m Tiub Poli 4/6mm (PolyTube) - 1m Tiub Poli 16mm (PolyTube)

sabakAgro

Manual Kit Fertigasi

sabakAgro

Kaedah Pemasangan

Sebelum anda memulakan pemasangan sistem ini, sila pastikan anda telah ada : 1. 10 beg media semaian...boleh didapati dari nurseri tanaman. 2. 1 bekas yang boleh mengisi 4 liter air atau lebih. Setelah pemasangan siap, anda akan mendapat hasil seperti gambar.

Jarak Antara Polibeg : 80cm ~ 120 cm

Pen Penitis (Dalam Polibeg )

Pam Mini & Timer

Polibeg Tiub Poli 6mm

Tiub Poli 16mm

Mikro Tee

Jarak Antara Polibeg : 80cm ~ 120 cm Klip Hujung Urutan Pemasangan 1. Isikan polibeg dengan media semaian pada kadar 2/3 beg, jangan isi penuh. 2. Susun polibeg pada jarak yang anda selesa ( 80 cm ~ 120 cm ). 3. Rentangkan Tiub Poli 16mm seperti gambar. 4. Tebuk lubang pada Tiub Poli 16mm untuk Mikro Tee dengan penebuk lubang yang disediakan. 5. Masukkan Mikro Tee pada lubang tersebut.

Penebuk Lubang

Mikro Tee

sabakAgro

Manual Kit Fertigasi

sabakAgro

6. Potong Tiub Poli 6mm sepanjang 75cm atau panjang yang anda selesa. 7. Masukkan hujung Tiub Poli 6mm kedalam salah satu hujung Mikro Tee. Tiub Poli 6mm

Tiub Poli 6mm

Tiub Poli 16mm

8. Masukkan hujung Tiub Poli 6mm yang lain ke Pen Penitis.

Pen Penitis

9. Cucuk Pen Penitis kedalam media dalam polibeg. Tiub Poli 6mm Tiub Poli 16mm

10. Ulang proses di atas untuk semua polibeg.

Pen Penitis

sabakAgro

Tiub Poli 6mm

Manual Kit Fertigasi

sabakAgro

11. Lipat hujung Tiub Poli 16mm dan matikan dengan End Clip untuk menghalang air keluar. Ikut urutan gambar di bawah. End Clip

Pemasangan Pam & ‘Timer’

1. Hujung lain Tiub Poli 16mm akan disambung kepada Pam Mini dan Pam Mini akan dihidupkan oleh ‘Timer’. 2. Hujung lain Tiub Poli 16mm disambung kepada Tiub Lutsinar Besar seperti gambar di bawah.

3. Sambung Tiub Lutsinar Besar dengan Tiub Lutsinar Kecil dengan perantaraan Tiub Getah seperti gambar di bawah.

4. Tiub Lutsinar Kecil akan disambung lagi dengan Pam Mini melalui Tiub Getah.

sabakAgro

Manual Kit Fertigasi

sabakAgro

5. Masukkan Pam Mini hingga ke dasar bekas air.

Digital Timer

6. Pasangkan kabel Pam Mini pada soket ‘Timer’. 7. Pasang ‘Timer’ pada punca elektrik. ‘Timer’ akan terus berfungsi.

Ujian Sistem Sebelum memulakan ujian sistem anda, sila pastikan bahawa : 1. Polibeg anda telah diisi dengan media semaian iaitu 2/3 dari tinggi polibeg. 2. Anda telah menyucuk semua Pen Penitis ke dalam media dalam polibeg. 3. Anda telah menyambung semua Tiub Poli hingga ke Pam Mini Apa yang harus anda lakukan seterusnya ialah : 1. Buka End Clip dihujung Tiub Poli 16mm 2. Hidupkan Pam Mini 3. Pastikan air keluar di hujung Tiub Poli 16mm selama 30 saat untuk membuang semua kotoran. 4. Pasang semula End Clip untuk menutup jalan keluar air. 5. Pastikan semua Pen Penitis menitiskan air. 6. Jika air yang keluar daripada Pen Penitis terlalu deras atau terlalu lambat atau tidak keluar langsung,sila pusingkan tiub berwarna biru pada Pam Mini kearah jam tau lawan jam untuk mengawal kelajuan air. Sila rujuk gambar di bawah. Tiub Pelaras Kuantiti Air

Sistem Fertigasi anda sepatutnya akan berfungsi dengan baik. Sila hubungi kami jika sistem anda tidak berfungsi. Punat Pelaras Kuantiti Air

sabakAgro

Manual Kit Fertigasi

sabakAgro

Cara Guna Gabungan Baja EM & Baja Komposit Dalam Kit Fertigasi Gabungan baja ini boleh digunakan untuk 10 ~ 30 polibeg. • Pada hari pertama penyiraman, masukkan 1 pek baja komposit dan satu penutup baja EMAS kedalam tangki air. • Masukkan air hingga penuh tangki air. • Pasang ‘Digital Timer’ anda, campuran baja dan air akan dipam ke polibeg secara automatik. • Campuran Baja EMAS & Komposit mestilah dilakukan setiap 7 hari iaitu hari pertama, hari ke 7, hari ke 14 dan seterusnya. • Pek baja yang dibekalkan boleh diguna selama 3 bulan.

sabakAgro

Manual Kit Fertigasi

sabakAgro

Manual Kit Fertigasi 10 Beg Siri 2 Kaedah Penanaman

**Sebelum memulakan sessi ini, anda perlu memastikan media polibeg anda lembab dengan cara menyiram air pada setiap polibeg. Jika boleh, gunakan air kumbahan dari sinki dapur anda atau air basuhan beras. Jika tidak, air paip juga boleh digunakan. Sebagai info, sebahagian benih perlu disemai dahulu sebelum menanam di dalam polibeg. Sila rujuk www.sabakagro.com.my tentang cara penanaman sesuatu benih di bahagian BENIH. Cara mudah CARI ‘nama benih’. Anda boleh juga menyemai benih terus ke dalam polibeg dengan menggunakan kaedah yang di terangkan dalam ruangan BENIH untuk setiap benih. Kaedahnya, masukkan benih ke dalam media sedalam 2.5cm, ulangi proses ini untuk 2~3 biji benih setiap polibeg. Setelah tumbuh setinggi 10cm, pilih satu anak benih yang paling sihat dan buang yang lain dengan cara memotong dan bukan mencabut. Anda juga boleh menggunakan kaedah menyemai di bekas lain dahulu, seperti tray penyemaian dan bila benih telah mencapai tinggi 10cm, alihkan kedalam polibeg. Kaedah ini dapat menjimatkan biji benih bila anda memulakan projek fertigasi secara komersil. Kaedah Pembajaan & Kawalan Serangga

**Didalam kotak Kit Fertigasi anda, ada 3 jenis pek disediakan. Pek kecil yang mengandungi serbuk berwarna KELABU adalah bahan kawalan serangga. Pek lain adalah baja. Baja yang disediakan ada 2 jenis, mengikut permintaan anda. -Baja Organik >> dibuat dari ekstrak pokon Neem (semambu) dan di bungkus dalam bentuk pallet. -Baja Komposit >> dari jenama Miracle Gro dan di bungkus dalam bentuk serbuk (powder)

Cara pembajaan menggunakan Baja Organik adalah seperti berikut :

Masukkan semua isi pek Baja Organik (pek besar) ke dalam bekas takungan air anda. Masukkan juga 1 pek Baja Komposit (pek kecil). Masukkan air kedalam takungan sehingga 90% penuh dan peram selama 24 jam. Selepas itu anda boleh memasukkan Pam Mini ke dalam bekas takungan air untuk disalurkan ke setiap polibeg. Setiap 14 atau 21 hari, anda digalakkan memasukkan 1 pek Baja Komposit sebagai baja tambahan untuk pokok. Ini bukan satu kemestian jika anda mahukan 100% hasil organik. sabakAgro

Manual Kit Fertigasi

sabakAgro

Cara pembajaan menggunakan Baja Komposit adalah seperti berikut :

Masukkan 1 pek Baja Komposit (pek kecil) ke dalam bekas takungan air. Masukkan air sehingga 90% bekas takungan penuh. Kacau air dalam takungan untuk memastikan baja terlarut. Selepas itu anda boleh memasukkan Pam Mini ke dalam bekas takungan air untuk disalurkan ke setiap polibeg. Setiap 7 hari anda mesti memasukkan 1 pek Baja Komposit ke dalam takungan air anda. Pek baja yang disediakan boleh digunakan untuk tempoh 3 bulan.

Sila rujuk mukasurat akhir untuk penggunaan BAJA EM

Cara Pengawalan Serangga **Bahan Kawal Serangga ialah pek yang mengandungi bahan berbentuk serbuk berwarna KELABU. Gunakan penyembur (sprayer) kecil yang ada dijual di kebanyakan pasaraya. Jika ada, gunakan penyembur yang mempunyai bekas isi air 1.5 liter. Masukkan sebungkus Bahan Kawal Serangga untuk setiap 1 ~ 1.5 liter bekas air. Selepas itu masukkan air dan goncang sekadar air dan Bahan Kawal Serangga boleh larut dan bercampur dalam air. Sembur pada bahagian daun, batang dan tanah (media) pada kadar 7 hari sekali. **Bahan Kawal Serangga yang digunakan berjenama DIPEL dan tidak merbahaya kepada manusia dan binatang peliharaan. Telah diiktiraf sebagai bahan kawalan serangga organik.

Secara Amnya

Pengairan ke dalam polibeg perlu dilakukan setiap hari selama 5 ~ 10 minit, 2 kali sehari, sebaiknya pada pukul 5 pagi dan selepas pukul 5 petang. Lama masa pam air berfungsi adalah bergantung kepada kelembapan media. Jangan terlalu lembab sebab ia akan menyebabkan kulat mudah membiak yang boleh menyerang pokok anda. Penyaluran baja dilakukan setiap 7 hari untuk Baja Komposit dan setiap hari untuk Baja Organik. Baja Organik sememangnya telah terendam di dalam air, jadi anda hanya perlu menambah air sahaja untuk setiap kali penyiraman dilakukan. Penambahan air boleh dilakukan secara automatik jika anda menambah pelampung injap air (yang digunakan pada tangki air tandas) pada takungan air anda. Harga sekitar RM 5 ~ 7 di pasaran. Penyemburan Bahan Kawal Serangga perlu dilakukan pada setiap 7 hari. Manual ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan masalah

sabakAgro

Manual Kit Fertigasi

sabakAgro

Masalah & Penyelesaian Masalah

Penyelesaian

1. Pam Mini tidak berfungsi

Sila pastikan ‘power source’ anda atau ‘setting digital timer’ anda berfungsi dengan baik.

2. Air tidak keluar

1. Pastikan pam anda berfungsi. 2. Sila buka ‘end clip’ dan alirkan air selama 15 saat untuk membuang udara terperangkap. 3. Keluarkan pen penitis dari media dan cabut pen penitis dari tiub 6mm. Bersihkan / basuh bahagian aliran masuk pen penitis dengan air bersih.

3. Pokok layu

Jangan terlupa memberi air. Air dalam polibeg tidak seperti air di dalam tanah. Ianya cepat kering.

4. Daun pokok kekuningan

Pastikan anda memberi baja pada setiap 7 hari untuk baja komposit dan setiap 14 hari untuk baja organik + komposit.

Penyelenggaraan 1. Pada kadar 15 hari sekali atau pada bila-bila masa jika perlu, lakukan pembersihan Pam Mini terutama dibahagian kipas penyedut. Lakukan juga pembesihan di bahagian alur masuk air Pen Penitis secara berkala. Ini untuk mengelakkan sampah atau kotoran lain yang akan menyekat perjalanan air. 2. Pastikan punca elektrik untuk ‘Digital Timer’ anda sentiasa ‘ON’ sebab bateri di dalamnya mesti sentiasa di cas semula. 3. Pastikan media tanaman anda tidak terlalu lembab untuk mengelakkan kulat membiak. Cara Guna Gabungan Baja EM & Baja Komposit Dalam Kit Fertigasi Gabungan baja ini boleh digunakan untuk 10 ~ 30 polibeg. • Pada hari pertama penyiraman, masukkan 1 pek baja komposit dan satu penutup baja EMAS kedalam tangki air. • Masukkan air hingga penuh tangki air. • Pasang ‘Digital Timer’ anda, campuran baja dan air akan dipam ke polibeg secara automatik. • Campuran Baja EMAS & Komposit mestilah dilakukan setiap 7 hari iaitu hari pertama, hari ke 7, hari ke 14 dan seterusnya. • Pek baja yang dibekalkan boleh diguna selama 3 bulan. Manual ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan masalah

sabakAgro

Manual Kit Fertigasi

sabakAgro

Cara Guna Gabungan Baja EM & Baja Komposit Dalam Kit Fertigasi Gabungan baja ini boleh digunakan untuk 10 ~ 30 polibeg. • Pada hari pertama penyiraman, masukkan 1 pek baja komposit dan satu penutup baja EMAS kedalam tangki air. • Masukkan air hingga penuh tangki air. • Pasang ‘Digital Timer’ anda, campuran baja dan air akan dipam ke polibeg secara automatik. • Campuran Baja EMAS & Komposit mestilah dilakukan setiap 7 hari iaitu hari pertama, hari ke 7, hari ke 14 dan seterusnya. • Pek baja yang dibekalkan boleh diguna selama 3 bulan. Manual ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan masalah

sabakAgro

Related Documents