Majlis Pelancaran Pakaian Seragam Baru JPAM
Tanggal 13 September 2009, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sekali lagi
melakar sejarah
apabila melancarkan pakaian seragam yang baru , menunjukkan peningkatan yang setanding dengan agensi pertahanan awam seragam
asal
berwarna
antarabangsa. Pakaian kelabu
kehijauan
telah
ditukarkan kepada warna biru, melambangkan
kemegahan
serta kesiapsiagaan JPAM dalam menangani apa jua cabaran. Warna pakaian seragam baru JPAM
ini,
adalah selaras dengan warna uniform International Civil
Defence
Organisation
(ICDO)
yang
turut
digunakan di Singapura, Ireland, United Kingdom dan New
Zealand.
Ianya
tidak
menyerupai
pakaian
seragam agensi lain dan mudah dikenali kerana masih mengekalkan aksesori yang sedia ada seperti beret, mufla, jambul dan kemeja dalam berwarna oren, tanda pangkat pegawai berwarna emas dan tali pinggang Belt 70 berwarna hitam. Majlis yang berlangsung pada jam 2.30 petang di Akademi Latihan Pertahanan Awam ini, telah dirasmikan oleh Y.B. Dato` Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri. Turut hadir, Y.B. Datuk
Wira
Timbalan .Dato'
Sri
Abu
Menteri
Seman Dalam
Mahmood
b.
bin
Yusop
,
Negeri,
Y.Bhg
Adam,
Ketua
Setiausaha KDN, Y.Bhg Dato' Haji Abdul Halim Abdul Hamid , Ketua Pengarah JPAM
serta dua Timbalan Ketua Setiausaha KDN . Majlis ini ternyata istimewa kerana turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi Kementerian Dalam Negeri yang lain. Majlis dimulai dengan tabik hormat oleh perbarisan kehormat JPAM, diikuti ucapan pelancaran uniform baru oleh Y.B. Dato` Seri Menteri Dalam Negeri. Dalam majlis tersebut, Y.B. Dato` Seri turut menyaksikan satu demonstrasi uniform baru oleh pegawai dan anggota JPAM Kuala Lumpur. Turut mengisi majlis pelancaran, perbarisan pasukan khas pertahanan awam (PASPA) beruniform baru, memberi penghormatan terakhir kepada uniform yang lama.
Y.Bhg. Dato` Ketua Pengarah kemudiannya
mengiringi Y.Bhg. Dato` Seri ke sidang media. Menurut Y.Bhg Dato` Ketua Pengarah, perubahan pakaian seragam ini dapat mengurangkan kekeliruan orang ramai yang beranggapan bahawa JPAM adalah juga sebahagian atau cabang pasukan tentera. Selain itu, ianya dapat memberi rangsangan dan anjakan paradigma kepada imej JPAM untuk bersaing serta meningkatkan kemampuan secara global setara dengan agensi sama di seluruh dunia.