M7.docx

  • Uploaded by: Akmal Azman
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View M7.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 368
  • Pages: 2
JURNAL MINGGU 7

Bilangan Jurnal

:

7/12

Minggu

:

Minggu Ketujuh

Tempoh

:

10 September 2018 – 14 September 2018

Tajuk

:

Disiplin Murid-Murid Semasa Waktu Rehat

1. Masalah / Peristiwa Sepanjang pemerhatian saya pada minggu ini, saya dapati bahawa murid murid sering berlari ke kantin apabila tiba masa rehat. Hal ini berpunca apabila murid berebut-rebut untuk mendapatkan masakanan. Keadaan lantai yang tidak rata boleh menyebabkan murid terjatuh apabila mereka berlari. Selain itu mereka juga tidak beratur semasa membeli makanan. Insden makanan dan minuman tertumpah berpunca daripada murid-murid bertolak ketika beratur membeli makanan. Hal ini telah menyusahkan guru, penyelaras kantin, kumpulan janitor dan murid itu sendiri. Masalah seperti ini kerap berlaku kepada kumpulan murid lelaki manakala tidak pernah berlaku untuk kumpulan murid perempuan. Setelah tamat waktu rehat, muridmurid tidak bergegas pulang ke kelas sejurus tamat waktu rehat. Mereka banyak meluangkan masa untuk bersembang sesama sendiri daripada terus pulang ke kelas. 2. Analisis Saya mendapati bahawa masalah ini berpunca daripada sikap murid-murid itu sendiri. Mereka terlalu ghairah untuk mendapatkan makanan semasa rehat sehinggakan mereka sanggup bertolak antara satu sama lain. Penghayatan nilai murni tidak diaplikasikan semasa mereka berada di kantin tersebut. Murid murid yang bertolak semasa beratur ini lebih mementingkan diri sendiri dan tidak memberi peluang kepada murid lain untuk mendapatkan makanan. Masalah murid tidak masuk kelas setelah tamat waktu rehat adalah berpunca daripada budaya murid-murid itu sendiri. Mereka sering kali tidak mengendahkan loceng yang berbunyi menandakan tamatnya waktu rehat dengan terus menjamah hidangan sambil berbual-bual antara satu sama lain.

3. Cadangan Tindakan Susulan Bagi masalah ini, saya perlu mencadangkan untuk guru bertugas memberi teguran terutamanya semasa perhimpunan pagi. Selain itu, guru yang bertugas perlu menjawa kawasan kantin supaya disiplin murid-murid terkawal terutamanya semasa membeli makanan dan minuman dan setelah tamat waktu rehat. Budaya murid lewat masuk ke kelas dapat dibanteras sekiranya meraka mula mengamalkan untuk terus pulang awal ke kelas sejurus tamat waktu rehat. Guru bertugas amat memainkan peranan penting bagi isu ini.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya memanjangkan masalah ini dapat saya aplikasikan sehingga minggu hadapan dan minggu-minggu yang seterusnya.

Disemak oleh Guru Pembimbing,

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing,

Tandatangan : .............................................

Tandatangan : .............................................

Nama

: .............................................

Nama

: .............................................

Tarikh

: .............................................

Tarikh

: .............................................

More Documents from "Akmal Azman"

M7.docx
November 2019 16
M4.docx
December 2019 6
December 2019 34