JURNAL MINGGU 4
Bilangan Jurnal Minggu Tempoh Tajuk
: : : :
4/12 Minggu Keempat 27 Ogos – 31 Ogos 2018 Pemakaian Murid Yang Tidak Kemas
1. Masalah / Peristiwa Sepanjang sesi praktikum fasa 1, terdapat satu perkara yang sudah lama saya perhatikan mengenai etika pemakaian murid ketika berada di sekolah khususnya dari segi pemakaian Kemeja T. Bagi murid yang memakai kemeja T, kebanyakannya tidak akan memasukkan baju mereka ke dalam seluar dan menampakkan etika pemakaian yang tidak kemas ketika memakai kemeja T. Bagi murid yang memakai kemeja pula, terdapat segelintir murid yang tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap. Misalnya, terdapat murid yang tidak memakai tali leher, tidak memasang lencana dan tanda nama pada baju dan tidak memakai tali pinggang. Hal ini menyebabkan pemakaian murid kelihatan tidak seragam dan tidak kemas. 2. Analisis Saya mendapati masalah ini berpunca daripada sikap murid yang sudah menjadi tabiat mereka untuk tidak memasukkan baju ke dalam seluar. Sebagai contoh, saya pernah menegur seorang murid untuk tuck-in bajunya namun selepas selesai sahaja sesi PdP, murid tersebut dengan pantas mengeluarkan kembali bajunya daripada seluar. Hal ini juga mungkin disebabkan isu ini tidak dititikberatkan di sekolah sehingga murid berasa selamat walaupun tidak memakai pakaian yang lengkap. 3. Cadangan Tindakan Susulan Bagi mengatasi isu ini, saya telah menegur setiap murid yang memakai pakaian yang tidak lengkap apabila murid tersebut berselisih dengan saya dimana jua saya berada. Penegasan juga diberi supaya murid tersebut tidak mengulangi lagi tabiat itu. Pihak sekolah juga perlu membelikan pakaian yang lebih kemas kepada murid yang susah dan tidak mampu untuk membeli pakaian sekolah yang lengkap. 4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya memanjangkan masalah ini dapat saya aplikasikan sehingga minggu hadapan dan minggu-minggu yang seterusnya.
Disemak oleh Guru Pembimbing,
Disemak oleh Pensyarah Pembimbing,
Tandatangan
: .............................................
Tandatangan
: .............................................
Nama
: .............................................
Nama
: .............................................
Tarikh
: .............................................
Tarikh
: .............................................