1.0 PENGENALAN Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), semantik berasal daripada perkataan Greek, iaitu semantikos yang membawa maksud memberikan tanda, sesuatu gejala atau tanda atau sesuatu yang bermakna. Semantik bermula daripada perkataan sema yang merujuk kepada aspek makna atau maksud, iaitu makna seperti yang diungkapkan dalam sesuatu bahasa atau sistem tanda yang lain. Selanjutnya, menurut Akmajian et al. (1995: 222), menyatakan bahawa dalam bidang linguistik, semantik bermaksud kajian tentang makna dan bahasa. Semantik berkaitan dengan kajian berkaitan unit linguistik dan prinsip gabungannya. Dalam bidang logik, semantik dilihat atau ditafsirkan sebagai kajian tentang rujukan linguistik atau denotasi dan syarat kebenaran. Kajian semantik boleh dibuat dari aras kata atau pada aras yang paling tinggi , iaitu kalimat yang terhasil daripada frasa dan ayat. Fakta semantik merupakan maklumat atau bahagian penting dalam tatabahasa kerana tatabahasa digunakan untuk menghuraikan sesuatu bahasa. Selain itu, menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), sematik ialah bidang kajian tentang aspek makna dalam bidang ilmu linguistik. Semantik sebahagian daripada bidang kajian tatabahasa secara khusus, iaitu merujuk kepada kajian yang melibatkan struktur dalam sesuatu bahasa seperti juga aspek kajian fonologi, morfologi dan sintaksis. Semantik merupakan komponen tatabahasa yang sukar difahami kerana berkaitan dengan perkara abstrak yang memerlukan taakulan yang tinggi. Sehubungan itu, hingga kini suatu teori makna dalam bidang linguistik yang bersifat autoritatif serta menyeluruh belum dapat diketengahkan secara mantap. 2.0 PERKEMBANGAN SEJARAH ILMU SEMANTIK Berdasarkan sejarah linguistik, pada mulanya istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada perkembangan dan perubahan makna dalam bahasa. Menurut Nor Hashimah Jalaludin (1994), terdapat dua tahap perkembangan dalam ilmu semantik. Kedua-duanya ialah semantik falsafah dan semangat linguistik. Pada tahap pertama, semantik dilihat dari sudut falsafah dan dengan demikian tergolong dalam bidang kajian falsafah. Perkembangan dalam ilmu linguistik kemudiannya menyebabkan kemunculan pandangan bahawa ilmu semantik harus tergolong dalam ilmu linguistik, dan bukannya dalam bidang falsafah lagi. Perkembangan semantik linguistik pula dapat dibahagikan kepada empat peringkat iaitu peringkat semantik struktural, semantik generatif dan interpretif, semantik formal dan akhirnya semantik sistem penuh. 1
2.1 PERINGKAT SEMANTIK STRUKTURAL Semantik struktural didefinisikan sebagai salah satu daripada komponen tatabahasa yang mengkhususkan representasi semantik kepada ayat. Pada peringkat semantik struktural, setiap perkataan dalam sesuatu ayat dianalisi dengan memberi fitur distingtif seperti didekati dalam bidang fonologi. Dengan cara ini, fitur yang khas tentang sesuatu kata dapat diperlihatkan untuk mengesan hubungan antara fitur tersebut. Antaranya ialah perbezaan makna antara perkataan abang dengan kakak : Abang
Kaka
Lelaki
+lelaki
-lelaki
Perempuan
-perempuan
+perempuan
Dengan memberi fitur yang khas, kita dapat menentukan perbezaan dan persamaan makna perkataan. Maka, pada peringkat ini, tugas ahli semantik adalah untuk mencari satu set fitur semantik yang dapat disebarluaskan bagi seluruh perbendaharaan kata. Contohnnya bagi interpretasi yang surupa membentuk sinonim ialah perkataan ‘teruna’ dan ‘bujang’. Manakala bentuk antonim ialah ‘perempuan’ dan ‘lelaki’. Tambahan pula Semantik pada peringkat ini telah mengenepikan langsung makna pada peringkat ayat. Malah pengkaji semantik pada peringkat ini telah mengandaikan fitur semantik bagi sesuatu perkataan dalam sesuatu ayat dapat digabungkan untuk mendapatkan makna seluruh ayat tetapi aturan ayat mesti serupa. Contohnya ‘Anjing mengejar kucing’ dan ‘Kucing mengejar anjing’. Ayat ini walaupun dibina oleh bentuk dan jumlah perkataan yang sama tetapi masing-masing tidak mendukung makna yang sama
2.2 PERINGKAT SEMANTIK INTERPRETIF DAN GENERATIF Semantik pada peringkat ini dikenali juga sebagai semantik generatif dan interpretif. Pada peringkat ini semantik dilihat sebagai salah satu daripada komponen tatabahasa yang memperuntukkan bentuk-bentuk logik kepada ayat. Contoh ayat melibatkan ilmu logik menggunakan predikat kalkulus : P Kalau Siti mendapat biasiswa
Q Siti
dapat
meneruskan
pengajiannya
di
universiti
2
Berdasarkan ayat di atas, ‘Siti mendapat biasiswa’ adalah sebagai inferens. Manakala ‘Siti meneruskan pengajiannya di universiti’ adalah bentuk logik pada P dan Q. Oleh itu, golong logik hanya mampu memberi keterangan setakat ini tanpa memberi penjelasan sebab dan akibat tentang perkara ini. Tambahan pula, teori semantik interpretif menyatakan hubungan antara struktur sintaksis dengan struktur semantik adalah jalinan antara struktur sintaksis dengan kandungan leksikal pada ayat tersebut. 2.3 PERINGKAT SEMANTIK SYARAT BENAR Semantik pada peringkat ini pula dikenali sebagai semantik formal iaitu syarat benar. Pada peringkat ini, semantik dianggap sebagai salah satu daripada komponen tatabahasa yang memperuntukkan interpretasi semantik kepada ayat bagi mendapatkan syarat-benar sesuatu ayat. Tujuan utama peringkat ini dibentuk adalah untuk membezakan bukti yang sah daripada yang tidak sah, kemudiannya memastikan bahawa daripda cadangan yang benar sahaja kesimpulan sebenar dapat dihasilkan. Oleh itu, premis dan kesimpulan mestilah benar. Dengan itu, ahli semantik pula mencipta satu formula, iaitu ‘A adalah benar jika dan hanya jika P’. Contoh ayat : 1. Rumput itu hijau jika dan hanya jika rumput itu hijau. 2. Salji itu putih jika dan hanya jika salji itu putih.
2.4 PERINGKAT SEMANTIK SISTEM PENUH Kajian semantik pada peringkat ini dipelopori oleh Sperber dan Wilson. Sperber dan Wilson tidak bersetuju dengan idea yang dikemukakan oleh golongan semantik syarat benar dalam memberikan makna sebenar bagi sesuatu ayat atau ujaran. Contoh ayat : 1. Saya berasa gembira. 2. Ali membeli ketam. 3. Dia juga. 1.
Saya gembira pada
Bentuk logik – Penutur, waktu ujaran
2.
Ali membeli ketam
Bentuk logik – individu bernama Ali, ketam adalah sejenis makanan laut
3.
Dia juga
Bentuk logik- individu, ciri-ciri 3
Oleh itu, bentuk-bentuk logik melahirkan makna ayat tetapi kebanyakkan meninggalkan ketaksaan dan rujukan yang belum diselesaikan. Selain itu, sistem ini memerlukan selapis representasi iaitu antara bentuk logik dan interpretasi semantik. Ia juga dikenali sebagai bahasa pemikiran. Rumusannya, sistem ini menghubungkaitkan ilmu semantik dan pragmatik bagi memperoleh makna yang lebih sempurna.
3.0 RUMUSAN Kesimpulannya, dengan ilmu semantik yang cukup, guru dapat membezakan dengan jelas, iaitu dapat memberikan contoh-contoh ayat yang menggunakan maknasemantik tersebut. Guru juga dapat kenalpasti, melalui ayat yang pelajar tuliskan ketepatan makna yang ingin digunakan. Dengan ini pengajaran akan jadi lebihmudah dan menjimatkan masa. Guru hanya perlukan sedikit usaha untuk mempelajariilmu semantik yang perlu diteruskan sehingga akhirnya
4